Ahad, Disember 20, 2015

Well done SDARA 85!

dari kiri, mat bo, lan hasan, iq, joe rangkszc dan iron mat lani


Assalamualaikum wbt pembaca yang aku hormati dan sayangi. Sekali lagi aku bernasib baik dan berkesempatan untuk mengadakan perjumpaan dengan rakan-rakan sepermainan, sesama kongsi nasi kawah, sesama asrama, rakan-rakan yang sesama bersusah-payah bersama aku selama 5 tahun kami bersama dari tahun 1981-1985. Budak-budak ni semua dah lebih daripada pangkat rakan-rakan dan juga lebih daripada pangkat adik-beradik! Aku tak tahu nak cakap apa. "Blood Brothers" mungkin? Perangai sensorang memang kami dah tahu luar dan dalam. Apa yang bermain dalam kepala otak sensorang pun kami dah tahu sangat-sangat. Jangan nak kelentong! Kalau sorang ditimpa masalah, kami akan semua sebanyak-mungkin membantu.  Makan malam kali ni amat bermakna kerana ada yang datang dari Kelantan dan Johor. Masyallah...tengok muka sorang-sorang mengingatkan aku kembali kepada hari pendaftaran kami untuk masuk ke tingkatan 1 ditahun 1981. Aku tahu aku dah banyak kali menulis pasal budak-budak ni tapi aku tak boleh duduk diam setiap kali selesainya perjumpaan sebegini. Tangan mesti gatal nak menulis...hahahahahahaha....35 tahun oooo kenal penyamun ni semua! Cuma orang yang dah lalui pengalaman duduk diasrama saja akan paham apa yang aku rasa!

dari kiri, lan hasan, kudo dan aku


Pertemuan pada kali ini dilangsungkan di "That Little Gerai" ataupun nama singkatannya TLG pada 12/12/2015. TLG ni terletak di AU5. Berhampiran dengan Syed Bistro Taman Permata. Dikelolakan oleh 2 orang saudara yang kebetulan bersekolah di STF. TLG telah melalui banyak perubahan. Dari hanya sebuah gerai yang menumpang di kedai tomyam, kini mereka boleh berbangga kerana memiliki kedai makan yang telah dibesarkan agar pengunjung dapat menikmati suasana "al fresco". Chefnya bukan calang-calang orang. Chef Ray yang kini merupakan Executive Chefnya sangat berpengalaman. Merupakan pioneer didalam pembukaan restaurant berkonsepkan eropah/meditterranean sekitar bangsar suatu waktu dulu. Sangat mahir di dalam penyediaan pasta. Chef Ray juga merupakan salah sorang chef terawal bertugas di JW Marriott Kuala Lumpur sewaktu pembukaan hotel tersebut dulu. Setelah beberapa tahun disitu, beliau telah pack barang-barang dan merantau ke Eropah seorang diri selama beberapa tahun dan akhirnya kembali ke tanahair dan merupakan salah seorang perintis di TLG ini. Aku sukakan masakannya seperti kesemua jenis pasta, short ribs lah...lamb shanks lah...dan banyak lagi. Ok untuk lebih lanjut lagi, silalah kunjungi sendiri tempat tu. 

gambar masa kami form 1 tahun 1981 di t-shirt


Dah lama aku tak jumpa dengan Wak DD. Seorang yang berwajah serious but with an incredible sense oh humor! Dah bertahun tak muncul tetapi tiba-tiba entah macamana seminggu sebelum tarikh makan malam, tiba-tiba Wak DD muncul didalam group whatsapp kami. Semua jadi kecoh dan hampir setiap malam kami berwhatsapp tak ingat dunia. Pasangan masing-masing pasti hairan ingatkan kami berwhatsapp dengan pompuan mana sambil tersenyum sendirian. Jangan risau...kami tak "kearah" itu. Kami hanya nakal sesama kami didalam batasan yang dibenarkan. Belum ada yang terlanjur lagi! InsyAllah. Clean...Wak DD kini menjadi pakar bahasa Inggeris bilamana beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas SPM dulu bagi mendalami lagi bahasa inggeris. JR yang juga lama dan jarang kami jumpa turut hadir bilamana beliau dapat meloloskan diri daripada jadual kerja padat yang memerlukan beliau ke luar negara selalu. KISS pada malam itu memberikan tazkirah mengenai betapa pentingnya kita menjaga kedua ibubapa. Kami terpukau dengan hujah-hujah beliau. KISS mendapat nama daripada kumpulan rock yang terkenal diseluruh dunia dengan lagu-lagu keras, seluar ketat dan muka berconteng! Beliau memang gilakan kumpulan tersebut. In fact kami juga!

ramai nak sebut disini. Gilos extreme left pakai ketayap..

Gilos ni merupakan sorang lagi rakan kami yang tak henti-henti support kumpulan ni walaupun dia duduk di Kelantan. Dah banyak kali dia datang ke KL semata-mata nak bersama adik-beradik yang lain. Memang gila si Gilos nih! Kapten rugby aku masa U15 dulu. Badan punyalah keras..."dummy" pon first class....nangis Dan Carter kalau tengok si Gilos main! Dulu dia ambik flight turun di Subang airport, jumpa kami, lunch, main bowling, minum teh tarik then ambik flight lepas tu balik KB! Kompom Gilos budak ni!

Fuuuhhh memang ramai betul kalau aku nak ceritakan satu persatu....Ada sorang lagi. Baik budaknya. Haq. Lawyer hebat di lembah kelang ni. Minggu lepas aku pergi kidnap dia ajak minum. Aku cuti sedangkan dia kerja..hahahahahaha....saja suka kacau kawan yang bekerja! Banyak kami bualkan. Hinggalah kepada topik menjaga kesihatan. Haq ni dah jadi "freak". Aku tanya dia, berapa kali dan berapa hari dia jogging seminggu. Dia jawab, "aku jog tiap-tiap pagi, Kel...". Pergh....satu tamparan paling hebat untuk aku yang sangat malas nak jogging.But thanks to you Haq, aku dah install "calory count" dalam mobile aku! Hahahahahahah....
ikatan selama 35 tahun..

Jadi, kepada kawan-kawan aku yang hadir pada majlis makan malam hujung tahun pada 12/12/2015 yang lepas (dan yang tak dapat hadir), aku nak ucapkan berbanyak-banyak terimakasih, aku doakan agar kesihatan masing-masing terpelihara dan apabila kesihatan kita terpelihara maka kita akan bertambah positif dan produktif...tambahkan amal jariah kita...Jangan lupa 26/12/2015 nanti sama-sama kita berkunjung ke Tg Malim untuk meraikan dua orang anak Betok yang akan menikah pada hari itu...Errr, aku rasa anak si Betok.....tapi lupa nak tengok betul-betul nama pengantin tu....entah-entah........"Tok, lu jangan buat gila, Tok!"

14 ulasan:

Unknown berkata...

Assalam. Persahabatan yang sangat bermakna. Alhamdulillah

Omong Mak Long..... berkata...

Assalamualaikum Uncle,

Alhamdulillah dapat berkumpul jumpa "adik-beradik" makan nasi kawah zaman membesar kan. Mak Long pun sangat rindu hendak jumpa adik-beradik makan nasi kawah zaman kami dulu-dulu. Mesti porak peranda bila sudah berkumpul ramai-ramai. Mak Long kenal sangat sister STF yang Uncle cakap tu. My senior.. Udah berazam hendak jumpa beliau bila balik Malaysia nanti.

Jangan tinggal bersenam tu Uncle, ia penting! Mak Long tiap-tiap pagi paksa diri keluar pintu rumah untuk 1 hour walk .....

azieazah berkata...

Alhamdulillah....seronoknya tengok gambar dan baca kisah reunion nih. Memang betullah Uncle. Giler dibuatkanya keseronokan tuh.

Wooooo mesti tido pun senyum sendiri tuh!

Syabas!

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Mak Long! Saya tahu Mak Long mesti kenal punya...Aunty Mi yg dimaksudkan ye...sorang lagi your junior, Aida batch 85! Saya sering jugak ke situ Mak Long...nanti balik bagitahu ye!

Uncle berkata...

Azieazah apakhabar? Budak2 ni semua memang giler tapi best giler! Hahahaha... Sampai Sekarang saya dok senyum!

Kusha berkata...

Akujanji : Mesti hadir setiap program 815, kecuali ada aral. Hihi....

rezeki berkata...

Uncle

TLG dah pindah ke premis baru ya, saya ingat dah tutup krn tahun lps kalau tak silap , nk pi mkn kat situ tmpt lama, tgk takde

Uncle berkata...

Rezeki.

Eh sama je...cuma selang 2 meter dari tempat lama...Nanti datang KL saya syorkan agar berkunjung ke situ..

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Zana.

Alhamdulillah. Bukan senang nak dapat kawan-kawan gila macam ni!

Uncle berkata...

Kusha.

Terimakasih kerana meninggalkan sedikit pesanan disini. Yes...akujanji yang aku sendiri selalu lupa! Hahahahahaha.....thanks for being there all the time despite your busy schedule mate!

Etuza berkata...

asalam saya follow blog uncle ya

Uncle berkata...

Waalaikumsalam. Silakan...terimakasih..

wandi wansu berkata...

Masa thn 85 aku baru form1 sdar. Ini lah batch kita org takut. Tp depa baik kpd aku sbb abg aku senior dia org hehe

Uncle berkata...

Wan Hamidi. Tq for visiting. 5 tahun di SDAR telah menerapkan kita dgn semangat juang dan jatidiri yg kental. Keep on reading and do keep in touch!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...