Sabtu, Ogos 27, 2016

Pembinaan Hotel Kecil (bah 2)

1985 Sdar vs King's College Thailand

Bertemu kita sekali lagi. Gambar diatas sebenarnya tidak ada kena-mengena dengan topik. Memang lari jauh! Aku berdiri didepan sedang menoleh ke kanan sambil sama-sama menyanyikan lagu tradisional kalau tak salah aku. Waktu tu berat aku dalam lingkungan 68-70 kilo. Mampu berlari pantas dengan 'tackle' yang padu. Itu cerita 31 tahun yang lalu! Hahahahahahaha....

Sekarang kita beralih semula ke topik yang agak serious. Ini dah masuk ke bahagian 2. Aku tak tahulah berapa bahagian akan jadi siri ni nanti....

Andaikanlah adik-adik telahpun mendapat pinjaman daripada pihak bank dan permohonan adik-adik melalui 'architect' bertauliah yang dilantik untuk mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa telah berjaya sepenuhnya, alhamdulillah....itu merupakan satu kejayaan kecil. Kini architect tersebut perlu membuka tender untuk projek. Adik-adik mungkin ada preference tersendiri. It's up to you. Satu yang aku nak nasihatkan ialah, pilihlah yang betul-betul berwibawa. Janganlah dipilih kawan-kawan ataupun adik-beradik dekat dengan niat untuk menolong sedangkan kita dari awal sudah tahu yang mereka tidak ada pengalaman! Adik-adik akan menyesal nanti. Biarlah depa nak kata apa....biarlah depa nak berjauh hati...bagi aku, lantaklah! Ini business...ini bukan main-main. Kalau kerja tak jalan macamana? Depa nak bertanggungjawab? Duit siapa yang akan habis nanti? Duit depa ka? Adik-adik kena berkeras didalam hal-hal sebegini.....ini bukan kerja main-main. Ini bukan juga kerja nak jaga/ambik hati orang...jangan salah hitung! 

Didalam kes aku, kami menutup untuk 'renovasi' dan akan membukanya semula lebih kurang 12-18 bulan yang akan datang. Jadi sementara menunggu architect bersedia dengan teamnya, apa yang aku buat ialah memastikan segala tugasan behind the scene berjalan dengan licin. Apakah tugasan-tugasannya? Aku harus pastikan yang seramai mungkin tetamu aku tahu yang kami akan menutup buat sementara waktu samada melalui website, facebook, instagram ataupun daripada personal messages. Berhubung dengan kesemua 'online booking engines', menghubungi TNB, SYABAS dan yang sewaktu dengannya seperti suppliers dan memberikan notis tempoh yang baik untuk tindakan selanjutnya. Banyak tu....

Foto harus diambil dan inventory juga harus dibuat sebelum barangan dipindahkan ke gudang yang telah dikenalpasti dan setuju dengan kadar sewa selama dalam pembinaan. Adik-adik jangan lepas tangan. Setiap 'packing' yang dibuat, adik-adik haruslah ada sebagai witness. Jangan ingat dah tutup dan sedang pack barang, adik-adik boleh lepas tangan. Jangan buat begitu. Ini semua ialah asset adik-adik. Jika tidak digunakan semula (dapat kurangkan perbelanjaan), adik-adik juga boleh ambil keputusan untuk lupuskannya secara berhemah. Kekalkan disiplin dengan datang seperti hari bekerja biasa. Jika 9-5, 9-5 lah waktu yang adik-adik harus ada di site. Rondalah didalam bangunan tersebut sewaktu barangan sedang dibawa keluar dan pastikan semuanya ada dalam kepala otak adik-adik. Pintu bilik, pintu toilet, almari, tv, penghawa dingin dll mestilah masuk dalam inventory. Masuk juga dalam kepala otak adik-adik. Pastikan hingga ianya terpahat didalam fikiran. Adik-adik juga harus tahu dimana barangan tersebut disimpan didalam stor. Ini penting kerana apabila ditanya, adik-adik dah dapat membayangkan dan mampu menjawab soalan yang ditanyakan oleh tuanpunya syarikat ataupun owner/shareholder dengan baik. 

Pada masa yang sama, adik-adik harus mula membuat jaringan business (business networking) dengan syarikat-syarikat besar yang adik-adik rasa kerjasama dengan mereka bakal membantu adik-adik nanti. Senaraikan contact-contact tersebut. Didalam kes aku, aku dah pastikan 'market segment' mana yang aku harus penetrate nanti dan mula membuat 'link' dengan mereka. Masa masih lama? Tidak! Setahun atau setahun setengah ialah jangkawaktu yang amat singkat. Raya tahun ni baru berlalu. Tiba-tiba adik-adik dah mula berpuasa lagi. Itu menandakan setahun hampir tamat. Tak lama bukan?  

Dalam waktu yang sama, building plan serta hotel plan yang aku dapat daripada architect aku amati betul-betul. Drawings ini aku harus kerap tengok supaya aku tahu suraunya dimana? Biliknya besar mana? Emergency exit dimana. Setelah semuanya aku hafal, aku akan mula berangan seakan-akan hotel telah mula beroperasi...kesibukannya, keluar-masuk tetamu, masalah yang bakal ditempuhi dan macam-macam lagi. 

"Critical Path" juga harus disediakan. Adik-adik harus sediakan carta ini supaya adik-adik tahu perjalanan projek tersebut. Ini penting agar adik-adik tidak terbabas melakukan sesuatu yang tidak diperlukan! Sewaktu aku bertugas di Renaissance KL diawal pembinaannya, kami akan mengadakan mesyuarat sebanyak 2 kali sehari. Ini merupakan 'internal progress meeting'. Director mahu tahu progress kerja kami dan beliau juga perlu tahu untuk beliau laporkan kepada General Manager yang seterusnya akan melaporkan kepada Owner. Malamnya pula kami berjumpa sekali lagi untuk memastikan tugasan hari itu selesai. Jika tidak selesai, apakah masalahnya dan bilakah akan selesai? Ini semua penting. 

Critical Path aku merangkumi tarikh sekian ke tarikh sekian, para tetamu diberitahu akan penutupannya. Tarikh sekian ke tarikh sekian, suppliers semua diberitahu. Kemudian aku harus ada 'final artist impression' sebagai modal kepada aku apabila berjumpa dengan clients. Bila brochures baru akan siap? Bila aku harus melawat ke agensi-agensi kerajaan ataupun swasta untuk pastikan networking aku masih baik? Bila aku harus ke luar negara untuk 'menjual' hotel ini. Bila aku harus membuat 'dry-run'. Bila aku nak buat 'soft launch' dan seterusnya 'official launch'. Bila aku nak berhubung dengan media untuk tujuan promosi?

Untuk building progress pulak, aku harus tahu bilakah bangunan ini akan dirobohkan. Bila akan bermula pembinaannya. Bila supplies akan masuk. Bila 'interior design' akan bermula. Apabila dilakukan 'dry-run' nanti aku harus kenalpasti cabaran dan selesaikan dalam 48 jam. Masalah-masalah yang bakal timbul nanti ialah booking yang tidak masuk sedangkan tetamu sudah buat. Check in yang lambat. Petugas yang tidak tahu head and tail. Penghawa dingin tidak berfungsi. Petugas kurang latihan. Air panas di bilik mandi tidak panas. Kebocoran dll. Banyak ya adik-adik....bukan senang ya!

Adik-adik pergi lah cari buku yang hampir-hampir sama dengan apa yang aku ceritakan kat sini. Kemungkinan besar, adik-adik tak akan jumpa. Jika aku diminta untuk menulis buku untuk cafe ataupun hotel didalam bahasa standard ataupun baku, aku tak mampu nak ceritakan kerana 'lenggoknya' akan jadi lain dan intipati yang aku nak sampaikan tak akan kena. Makanya aku lebih selesa menulis dalam bahasa sebegini. 

Aku berhenti dulu setakat ini. Seperti yang aku bagitahu, ini ialah cerita dari pengalaman peribadi. Pengalaman membuka Renaissance Hotel KL yang mempunyai 900 bilik, Pengalaman membuka Marriott Jakarta. Pengalaman membuka hotel yang mempunyai 570 bilik di Madinah dan Al Safwah di Mekah yang mempunyai 900 bilik. Cerita-cerita aku ini tidak mewakili mana-mana syarikat.  Kalau adik-adik rasa seronok membaca dan dapat membantu adik-adik, aku bersyukur. Jika ada soalan, kemukakan untuk dibincangkan secara terbuka disini. Aku alu-alukan. Jika tidak mahu disiarkan, juga nyatakan supaya aku tak publish. Tetapi aku akan tetap membalasnya jika disertakan email address. Niat aku hanyalah untuk berkongsi pengalaman. Have fun with your loved ones over the weekend! Ciao!

12 ulasan:

mokja berkata...

Uncle,
Suka baca tulisan yang memberi pedoman dalam menjalankan sesuatu misi. Semoga dimunafaatkan oleh anak2 muda . Kesungguhan,ketelitian dan ilmu tu penting utk kejayaan . Ilmu yang uncle perturunkan besar gunanya.

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

Assalam Uncle, walaupun belum ada niat nak buka hotel, tapi sy suka baca.. sy tggu bahagian 3 ya!

Uncle berkata...

Mokjadeandell.

Terimakasih kak. Nak bagi wang ringgit, saya pon tak berapa nak ada. Jadi ilmu sebegini sajalah yang saya mampu untuk berkongsi dengan semua orang. Saya sangat terpanggil untuk membantu adik-adik yang mempunyai minat yang sama dengan saya tetapi tidak tahu bagaimana nak mula. Semoga ia memberi manfaat kepada pembaca terutamanya adik-adik! InsyAllah...

Uncle berkata...

Seri Kandi Tanah Jauhar.

Waalaikumsalam. SKTJ boleh juga menggunakan pendekatan saya untuk membuka cafe.Frameworknya hampir sama. Cuma nak kena olah mengikut kesesuaian. Insyallah bahagian ke 3 akan menyusul nanti....hahahahahaha keep on reading!

Tanpa Nama berkata...

Betul tu Uncle,

Baru-baru ini cousin saya mengikuti kursus membuka homestay, chalet, oleh badan kerajaan. Modul yang di beri adalah terjemahan dari Bahasa Inggeris dengan mengunakan Bahasa Malaysia yang tak di fahami. Saya dapat rasakan penulis modul tidak ada jiwa, tentang apa yang ditulis nya.

Sangat kesian dan sedih kepada peserta-peserta yang kebanyakkannya datang dari Sabah. Mereka keliru dan hanya gembira bila dapat jalan-jalan ke KL.

Saya harap Uncle dapat buku kan tulisan Uncle dan hantar kepada badan kerajaan ini sebagai rujukkan.

Terima kasih Uncle atas tulisan yang sangat bermanfaat ini.

Ain

Uncle berkata...

Hi Ain.

Terimakasih kerana meninggalkan ulasan disini. Rasanya ini pertama kali Uncle nampak nama Ain.

Uncle rasa amat sedih dan marah bila mendapat tahu bahawa ini yang sedang berlaku sekarang! Sedih sangat kerana ia seolah-olah dibuat hanya sebagai memenuhi kuota. Kemungkinan terjemahan menjadi pelik ialah kerana ia mungkin 'direct translation'. Satu lagi punca yang menyebabkan tulisan menjadi hambar ialah kerana penulis/penterjemah sendiri tidak mempunyai pengalaman didalam bidang yang ditulisnya. Begitu juga jika disuruh ahli akademik menulis tentang hotel. Dari segi ilmiah mereka memanglah tak dapat ditandingi. Mereka mungkin ada pengalaman tetapi pengalaman mereka amatlah sedikit atau mungkin pengalaman itu semua dikutip daripada 'internship' yang hanya selama beberapa bulan! Therefore 'jiwa' dan lenggok'nya tiada! Uncle faham dengan apa yang Ain cuba sampaikan dan Uncle bersimpati dengan peserta yang berminat untuk menceburi bidang ini.

Seperti yang Uncle nyatakan, Uncle pernah dipanggil untuk memberi ceramah mengenai 'homestay' di NS, Pahang dan Kedah dan Uncle lihat usaha tidaklah bersungguh. Semuanya mempunyai produk keluaran yang hampir sama yakni 'madu kelulut'. Madu kelulut ni bagus sebab tak berapa manis tetapi apakah caranya mereka nak memajukan industri ini? Kenapa tidak dipackkan dengan komersil dan edarkan dihotel-hotel di Malaysia seperti Bereenberg dll produk yang digunakan disemua hotel antarabangsa? Ahhhh...sedih Uncle!

Terimakasih Ain. InsyAllah jika ada orang yang boleh membetulkan bahasa Uncle dari 'pasar ke baku' dan jika Uncle ada masa, insyAllah....

Kakzakie Purvit berkata...

Buat adik-adik sungguh catatan uncle ini amat bermakna tapi tidaklah pada kakak yg hanya mampu termangu kagum dan salute dgn perancangan uncle dalam proses menjadikan renovation satu yg membanggakan ramai.

Bukan senang nak mula dari a to z kalau tak ada ilmu.

Uncle berkata...

Kakzakie Purvit.

Hahahahahahaha...takpa aihh.....saya pon bercadang nak membantu adik-adik kita maju dan tahu selok-belok bidang ini.

Tanpa Nama berkata...

Salam Tuan

Anak lelaki saya amat berminat dalam bidang kulinari dan pastri dan saya berharap anak saya dapat bekerja secara part time dgn Tuan selepas SPM berakhir (2016)nya nanti. Selepas itu saya bercadang untuk menghantarnya belajar di www.sagesinst.org atau di dalam negara sahaja.

Minta pendapat dari Tuan yang banyak pengalaman.
Saya boleh di hubungi celikmata@icloud.com

Terima kasih

Uncle berkata...

Tanpa Nama.
Waalaikumsalam. Terimakasih kerana menghubungi saya. Anak anda boleh berjumpa saya bila-bila masa nanti. Buat masa ini saya masih di Bangsar utk proses "pemindahan". Pertengahan bulan September saya akan berada di hq kami di Plaza Mont Kiara. Kita boleh duduk bersembang mengenai hal-hal sebegini di cafe-cafe yg bercambah disitu utk sesi "mengenalpasti minat".

Saya juga boleh cadangkan sekolah kulinari mana yg bersesuaian...insyAllah.

NEKCIK berkata...

Salam uncle...mungkin anak bungsu nekcik juga akan ambil kursus culinary selepas spm tahun depan..boleh lah tanya tanya uncle nnti

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Nekcik.
InsyAllah tak ada masalah. Apa yang saya boleh bantu, saya akan cuba bantu...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...