Alhamdulillah....Bukan kerana aku happy JDR ditutup tetapi kerana akhirnya kami boleh menutupnya untuk membuat penambahbaikan demi memberi lebih keselesaan kepada bakal tetamu yang akan menginap atau juga yang bakal mengadakan acara disini. Banyak kemudahan akan diadakan termasuklah 'lift' dan sebagainya. Lebih moden, lebih menarik dan lebih baik daripada sebelum ini tanpa mengenepikan ciri-ciri tradisional.
Ini merupakan saat yang aku tunggu-tunggu. Aku suka saat ini kerana proses ini memerlukan penelitian. Ia memerlukan pemantauan. Ia memerlukan keputusan diambil dengan tepat. Ia memerlukan perbincangan demi perbincangan. Ia mementingkan deadline. Disiplin. Komitmen. Dan banyak lagi. Ini lah yang membuatkan adrenalin aku sentiasa terangsang. Dan aku sangat sukakan momen seperti ini to also keep me alive and kicking! Hahahahahahaha.....
Btw, kepada sesiapa yang merancang nak membina restaurant atau hotel, hahahahahahahahaha, bagitahu aku. Fee aku amatlah berpatutan. Aku sendiri yang pantau. Jangan risau! Take care and have a pleasant weekend with your loved ones!
12 ulasan:
Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya.
Aamiin...
assalamualaikum uncle..
lama jugak berehatnya tu..
Terimakasih Kakcik Nur!
SKTJ.
Waalaikumsalam....Biasalah nama pun berehatkan.....hahahahahaha.....
Muga semuanya berlansung seperti yang dirancangi.
Uncle
Dlm masa berehat ni Uncle boleh tulis buku lah...
Kembara uncle dlm bidang pekerjaan
Akak baca ayat 'perlukan penelitian'.. Itu sesuatu yg akak dah lama tak lakukan.
Bila tak bekerja, apa akak buat... 'Janji siap'....
Besar ertinya 'perlukan penelitian'.. Utk akak ni... Hehehehehehe kata dasarnya ialah 'malas'
Insan Marhaen.
Terimakasih.
Ibu N Abah.
Tulis buku tu memang dari dulu dok ingat. Cuma tak tahu nak tulis pasal apa....mungkin pasal pengembaraan saya ataupun mungkin tentang kerjaya saya yang bermula sebagai 'tukang cuci hotel'...hahahahahahaa. Tapi masalahnya bila menulis bahasa saya bukanlah bahasa buku. Mungkin penerbit akan 'reject' Hahahahaha
Walaupun tempat ini ditutup, tetapi banyak kerja yang perlu saya lakukan. Preparationnya amatlah banyak....Samalah macam dulu-dulu saya dok kata "ishhh reja jadi cikgu ni bestnya...weekend cuti...reja sampai pukul 2 saja...banyaknya masa free..." tetapi ternyata hakikatnya tidak begitu....
On paper, yes....free....yabedabedu!!!!!!
Development yg membanggakan ni uncle
Tutup bukan sebarang tutup, tutup ada perancangan yg lebih baik
Tahniah dan semoga lebih berjaya
Kakak manalah ada business uncle. Kalau ada memang good sign kan. Mesti dpt rate kawan-kawan heee...
Kakzakie Purvit.
Insyallah perancangan sedang berlangsung. Smooth setakat ini....Doakan perjalanan ini berjaya!
Wah klau nekcik kaya ..boleh lah nekcik ambik Uncle utk mengurusnya kan
Anyway nekcik doakn semua perancangan berjalan lancar amiin
Bila kita buat sesuatu dgn ikhlas..insyaallah hasilnya adalah kepuasan hati
InsyAllah Nekcik...nanti bagitahu saya....
Catat Ulasan