Isnin nanti aku bakal bertemu dengan seorang pengusaha 'bali spa'. Sedang berkembang maju di Malaysia kini. Pertemuan ini adalah untuk mengenal pasti apakah spa ini masih relevant dihotel-hotel. Siapa tahu aku boleh berkolaborasi dengan mereka suatu hari nanti. Bukan niat aku untuk membuka spa. Spa bukanlah bread and butter aku tetapi ia sebagai icing untuk hotel di Bangsar nanti. Samada ia akan berada dipremis kami di Bangsar atau kami hanya berkolaborasi dari segi packagenya, akan aku lihat dan bincang pada isnin nanti. It's going to be fun!
Rabu depan aku bakal bertemu dengan seorang rakan lama yang mahu menceburkan diri didalam bidang restaurant. Aku yakin beliau dan pasangan mampu melakukannya. Mereka sangat memberi perhatian kepada perkara-perkara detail dan aku suka dengan cara kerja mereka. Siapa dan dimana, aku akan bagitahu selepas cafenya dibuka nanti!
Tadi aku ke gym lagi. Walaupun ramai yang dah balik kampung kerana cuti Diwali, sebahagian masih lagi cekal untuk meneruskan kegiatan riadah berpasukan. Yang hadir hanya sekitar 12 orang termasuklah aku. Rakan-rakan di gym yang rata-ratanya pangkat adik-adik untuk aku, memanggil aku dengan nama 'Uncle' juga. Hahahahahahaha. Lebih selamat rasanya....Coach Zack menggasak kami dengan latihan-latihan untuk upper body. Bicep, tricep, lower back, abs, shoulder...makk aiii....masa badan panas aku tak rasa sangat tapi bila balik rumah, dah selesai mandi, pergh......nak bangun payah, nak duduk payah, nak angkat tangan payah....senang cakap, semuanya payah! Aku bagi masa selama 2 tahun lagi untuk membina chest pulak....hahahahahahaha.....siapa kata umur yang menghampiri 50 tak boleh jaga badan?
Esok awal pagi aku bakal ke sungai gadut sekejap untuk menyaksikan adik-adik SDAR aku yang berumur 13 tahun beraksi didalam perlawanan rugby. Tujuan aku kesana hanyalah untuk menunjukkan sokongan. Semangat old boys yang ada pada aku dan juga rakan-rakan lain amatlah kental sekali. Cukuplah untuk menyaksikan 1-2 perlawanan mereka. Aku bakal kesana dengan komuter. Tinggal moto di parkir KTM, naik komuter lebih selamat. Aku boleh tidur sepanjang perjalanan selama lebih kurang 1 jam tu! Hahahahahaha....Kudo bakal menunggu aku di stesyen sg gadut! Horey!
Ok cukup untuk kali ni...kepada semua rakan-rakan aku yang menyambut Deepavali, aku nak ucapkan Selamat Diwali. Semoga kita rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan harmoni....Good night people...(badan sakit ni...)
12 ulasan:
Dapat dirasakan kesibukan itu walau hanya sekadar membaca...
Assalamu'alaikum dan selamat berhujung minggu Tn Haji. :)
Assalamualaikum uncle...bz sungguh ni..apapun takecare.dil doakn moga Allah mudahkan segalanya..amin..😃
Bagus bagus..dalam sibuk sibuk tu sempat lagi bagi sokongan pada adik-adik main rugby. Kudos Uncle!
LW
Assalamualaikum Uncle,
Lama betul Mak Long tidak dapat kesempatan jengok-jengok blog sahabat. Banyak penulisan yang Mak Long keciciran membaca. Syabas Uncle, Mak Long doakan segala usaha dan urusan dipermudahkan. Mak Long syok baca penulisan tentang "Bali", sampai dua kali baca hahaha. Apa pun Uncle mesti jaga kesihatan.
Busy like bee. Dalam busy terbang sana-sini ada 'madu manis' dihasilkan
Banyak kebaikan disebalik terbang sana-sini.
Itulah sebenarnya uncle kan:)
Terimakasih Kakcik Nor. Saya yg menulis pon terasa sibuknya. Apalagi yg membaca. Haha!
Waalaikumsalam dan didoakan kesihatan yg baik pada Kakcik sekeluarga!
Waalaikumsalam Ummi.
Macam tu lah kalau nak cari rezeki. Tapi ini juga merupakan kerja/passion Uncle. Terus, jika ianya 'passion', ia tidak membebankan malah menyeronokkan.
LW
Seperti yg Uncle katakan, semangat kami pada sekolah lama mmg luarbiasa. Bukan batch Uncle saja malah batch tahun 60-an juga begitu. Setiap negeri/region ada 'chapter' masing-masing yg sering mengadakan 'sesi tt@teh tarik'. Apa yg adik-adik disekolah perlukan akan old boys adakan termasuklah full penghaw dingin di dewan besar dan masjid sekolah!
Waalaikumsalam Mak Long.
Saya ada berkongsi cerita mengenai satu projek kecil yg saya lancarkan utk membantu pasukan bolasepak anak-anak Ubud (Projek Sepakbola ubud) dengan rakan-rakan batch 85 saya. Malam tadi saya menerima panggilan dari rakan batch yg kini bermastautin di USA. Beliau akan sponsor satu set jersey! Yeayyyyy!
Kakzakie.
Setiap destinasi yang saya pergi, saya akan pastikan yg saya bertemu rakan lama. Jadi saya akan rancang dgn baik sekali. Cukup sekadar bertemu, ngopi dan pulang. Again, saya bernasib baik kerana dikelilingi oleh rakan-rakan yg amat baik! Jakarta trip nanti juga begitu. InsyAllah. Btw, this friday i will fly to JB for a small gathering of old boys. Till Sunday....trip gila ni!
Salam uncle.
uncle nak bukak hotel ye..
why not spa too.
best tu uncle.
Waalaikumsalam Azian Elias.
Kebetulan dengan pertanyaan tersebut, ya, saya dalam perbincangan kearah itu. InsyAllah minggu depan pertemuan ke dua bakal berlangsung! Haahahahahahahaha...doakan semuanya berjalan lancar!
Catat Ulasan