Grand Palace
Hari terakhir kami di Bangkok, kami tidak bersarapan. Hanya minum juice dan kopi di bilik sebelum kami mengatur langkah menaiki skytrain sekali lagi. Sampai dipertengahan jalan, kami menukar keretapi di 'line Silom' yang membawa kami terus ke Chatujak. Manusia belum lagi ramai. Kami masih sempat membelek barangan satu-persatu. Yuya lapar sebab tak bersarapan. Terus kami mencari gerai halal untuk makan. Jam baru menunjukkan pukul 10.45 pagi tapi kami dah siap makan tengahari. Walaupun gerainya hanyalah simple, kecil dan sempit tetapi makanannya memang sedap. Inilah masalahnya kalau aku ke Thailand ataupun Indonesia. Makanan mereka amat menyelerakan.....Lepas makan, kami sambung berjalan. Makkk aiii....berkilometer jugak kami menapak. Yuya nak cari 'pure leather' wallet yang direkomenkan di internet. Kami mencari kedainya dan ternyata Yuya lebih bijak mencari. Aku hanya mengikut kerana aku tak cari apa-apa. Di Chatujak aku belikan beberapa souvenir untuk Aunty, Azumi, Marina dan tak lupa juga beg untuk Wiwit! Yeayyyy!!!!! Wiwit pon dapat. In fact kemana-mana aku pergi, insyAllah aku tak pernah melupakan Wiwit. Banyak dia bantu kami. Dah nak 10 tahun dia dengan kami. Marina tak bagi Wiwit balik ke Madiun! Hahahahahahaha.....
Petangnya kami naik subway pulak. Half way kami tukar ke skytrain. Sesampai di stesyen, kami melompat ke dalam feri sekali lagi untuk menyeberangi sungai. Sewaktu menapak ke hotel, aku sempat memberi isyarat di pusat urut yang sama bahawa aku akan kesitu malam nanti untuk selama 2 jam! Pulang ke bilik aku terlampau letih. Begitu juga dengan Yuya. Sebelum terlelap aku bagitahu Yuya yang aku tak berhasrat nak kemana-mana. Cukuplah hanya makan malam, berurut dan berehat sahaja.
Esok pagi aku bangun awal. Packed barang, turun kebawah dan memesan teksi untuk ke airport. Aku naik Malindo untuk balik ke KL kerana lebih cepat dan keesokan harinya pula Yuya nak ambil result PT3! Hahahahahahaha....Lepak di airport sambil bersarapan. Thai Baht masih berbaki. Flight to KL was smooth. Everything went so well!
Apa yang aku belajar dari trip ni? Aku belajar bersabar. Aku belajar merancang awal. Aku belajar berjimat-cermat. Aku belajar budaya orang. Aku belajar bahawa untuk melancong, aku tak perlukan wang yang banyak. Aku belajar bertanya. Aku belajar bertoleransi dan banyak lagi.
Walaupun baru 2 minggu aku pulang, keinginan aku untuk sekali lagi ber backpacking kini kembali mengganggu minda aku. InsyAllah aku akan sekali lagi buat kerja gila dengan backpack dari KL ke Vientienne di Laos pada waktu yang sama tahun depan. Tapi sebelum itu jika diizinkan Allah di penghujung bulan Januari 2017 akan ada satu lagi pengembaraan yang akan aku buat. Kali ini aku akan berkelana selama 2 minggu. Dimanakah destinasi aku kali ini? Hahahahahahaha.....tunggulah cerita aku nanti ya! Have a good week ahead and Happy New Year people!
6 ulasan:
Happening juga trip dgn Yuya ye uncle.
Makanan biasalah di Thailand kalau tak control balik M'sia tahu-tahu naik berkilo-kilo:)
Tapi yg kakak gelihati Yuya tak nak dah berurut lagi dah.
Takut kena uli lagi dia haha...
Memang seronok trip kali ni Kakzakie. Budget trip saja pon....inilah yang saya suka buat sejak dari kecik lagi. Dulu saya sering buat lagu ni tapi lepas tu sibuk pulak membina kerjaya. Alhamdulillah sekarang ni ada sikit kelonggaran dan syukur kerana majikan amat memahami. Bukan senang nak mendapat majikan seperti yang saya dapat sekarang ni. Dah 6 tahun pun dengan majikan yang sama. Alhamdulillah.
Tu lah seperti yang saya kata tadi. Sabtu hari tu saya dah ke Kinokuniya mencari buku-buku mengenai backpacking untuk rancangan saya seterusnya....hahahahahahahahahahahaha.......'that backpacking thingy starts to kick-in'...hahahahahaha
Assalamu'alaikum
Kakcik yg baca turut rasa seronok seolah-olah ikut mengembara bersama. Untung Yuya dapat pengalaman...
Waalaikumsalam.
Terimakasih Kakcik kerana tetap membaca....Bukan hanya untuk Yuya malah pengalaman yang berharga itu juga untuk saya! Hahahahaha...
Seronok baca adventure uncle dgn Yuya. Rasa teruja nak ajak cikli pi sama jalan2 sana tapi la ni tak sihat pula. Hatnyai dekat sini tapi baru 2 kali pi.
Cikgu mokjadeandell,
Pi lah....dekat sangat dah nuu.....naik retapi dari arau pi padang besaq then sambung pi hatnyai.....tak pon naik ven pon 'choiihhh' sampai dah aihh........
Saya doakan semoga Cikli cepat semboh cikgu!!!
Catat Ulasan