aku paling junior tau!
Old boys dah banyak melaksanakan pelbagai usaha termasuklah yang melibatkan dana. Kerja mereka tak habis siang dan malam. Yang tu memang aku respect habis. Jadi, pada satu tarikh yang ditetapkan dan bersesuaian dengan semua, kami pon berangkat ke sana. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Aku sampai agak awal. Bersama dengan abang ZZ, kami sampai pada pukul 5! Aku ambil kesempatan untuk meronda ke semua kawasan termasuklah asrama (bahagian bawah). Waaaahhhh banyak sungguh perubahannya berbanding dengan zaman aku dulu. Itu sudah pasti lah memandangkan perbezaannya ialah lebih dari 30 tahun!
Aku berjalan ke bangunan asrama. Ada yang bermain basketball, ada yang hanya melepak ditepi court, ada yang berjumpa ibubapa dll. Aku approach satu keluarga dan bertanya siapakah yang mereka tunggu dan tingkatan berapa. Aku diberitahu bahawa anaknya baru masuk tingkatan 1 tapi sering menangis nak pulang. Aku faham sangat perasaan anaknya. Bapanya memandang kearah aku dan meminta aku menasihati anaknya setelah mengetahui bahawa aku juga merupakan bekas pelajar..aku mengangguk dan menyambung rondaan aku.
Seketika kemudian setelah terlihat anaknya bersalam dengan mereka, aku menghampiri. Masih terdengar sedikit esakan. Aku perkenalkan diri kepada anaknya sebagai "Pakcik bekas pelajar". Kami kemudian bersalam. Ayahnya bertanyakan aku beberapa soalan dan aku menjawab serta menasihati adik tadi agar cekal. Aku juga bagitahu adik tadi agar sentiasa bergaul dengan semua pelajar yang ada dan jangan sesekali duduk menyendiri kerana apabila kita duduki menyendiri, kita pasti akan teringatkan keluarga dan ingin pulang. Aku juga begitu dulu. Aku harap yang adik ini kini masih lagi berada disana dan sedang enjoy dengan kehidupan di asrama.
Selepas meninggalkan sedikit amanat kepada adik itu tadi, aku mempercepatkan langkah aku ke surau baru. Ramai senior aku yang aku kenal dah pun sampai. Berbaju melayu segak gaya macam nak menikah pon ada! Kami bersalam, berpeluk, ketawa...Aku tak reti nak cerita 'feeling' apabila bertemu semula rakan-rakan satu sekolah, junior dan juga senior. Bersalam dan berpeluk, cuit sana sikit, cuit sini sikit....Itulah satu lagi nikmat persahabatan yang aku dapat. Beruntung bukan?
Ada beberapa ucapan. Ada dari arkitek yang bertungkus lumus menyiapkan surau baru dengan budget yang cukup-cukup, ada ucapan dari pengetua, ada ucapan dari YDP PIBG, ada juga ucapan dari YDP Sdara. Bersemangat aku mendengar. Aku berdoa agar adik-adik aku disekolah menggunakan fasiliti yang ada dengan sebaik mungkin. Difahamkan juga bahawa di situ telah disediakan internet berkelajuan tinggi untuk adik-adik melangsaikan tugasan. MasyAllah banyak sumbangan yang telah dan sedang direncanakan oleh AJK Sdara. Aku doakan semuanya sihat-walafiat lantas dapat melaksanakan assignments untuk membantu alma mater dan meningkatkan lagi tahap prestasi adik-adik. InsyAllah.
Hebat sekolah aku sekarang ni. Dah ada internet! Dulu sewaktu di kampus lama, kami cuma ada satu talipon awam ditepi kantin sekolah dan satu lagi di blog IA sebelah Tunku Durah. Weekend je penuh. Hujung bulan pon penuh. Muka bengis datang talipon, budak-budak junior tunduk dan bagi laluan....kalau junior sedang guna talipon dan senior datang, conversation tu akan tiba-tiba jadi pendek dan sekali lagi laluan diberikan kepada abang-abang senior yang muka macam nak telan orang...Hahahahahahahaha.....
Senior aku yang ada disekolah untuk perasmian surau baru malam tu dan aku masih ingat nama-nama mereka seperti Grr, Ehsan, Bappu, Mong, abang ZZ, abang HJ, Kalu, Biddu, Ajak Kandos, Munas dan ramai lagi yang aku dah tak boleh nak ingat. Wahhhh terlampau ramai. Junior aku seperti Moondoc dan Naz, batch aku pulak seperti Apam, Kudo, Ketat dan Pahlavi. In a way, ia seperti reunion yang menemukan aku dengan budak-budak batch aku, batch bawah aku, batch atas aku dan juga budak-budak batch sekarang ni! Hahahahahahaha...awesome!
All in all, pengalaman balik semula ke sekolah walaupun bukan kampus yang sama kembali mengimbau saat-saat indah bersama rakan-rakan sebaya. Saat-saat nakal dan banyak lagi. Bagi aku, hampir semuanya manis walaupun pada waktu itu ianya pahit! Hahahahahahaha..."Once A Sdarian Always A Sdarian".
|
4 ulasan:
Salute betullah kakak dgn kegiatan (kira alumni sekolah lama) uncle. Beruntung pihak sekolah dapat ex-student yg ambil berat begini. Untung juga anak-anak yg sekarang belajar di sana.
Syabas dari kakak.
Alhamdulillah Kakzakie.
Ni berkat kerja keras semua pihak terutama YDP Sdara brade Mat Grr (senior saya 3 tahun) dan YDP PIBG Sdar, brade Joe Kalu (senior saya setahun). Tanpa mereka yang menggerakkan semua, tak jalan jugak aktivitinya. Of course saya kena sebut jugak semua ajk mereka yang bertungkus lumus setiap hari sampai tengah malam. Melihatkan kerja mereka setiap hari hampir 24 jam, rasanya kalau di syarikat korporat yang besar, gaji sorang-sorang paling rendah mahunya RM60,000 sebulan tu layaknya! Gila betul komitmen sensorang. Paling 'gila' si SU Sdara, brade Dr Naz (junior saya bertahun-tahun, tak jumpa pon).....tak ada perkataan yang layak saya sebutkan kecuali perkataan "GILA". Seorang yang available almost 24 jam. Saya personally hairan dengan tenaga dan komitmen beliau yang amat tinggi dalam menjayakan kesemua program. Satu Malaysia beliau pergi untuk menguruskan program Sdara. Ini semua kerja takde gaji ni!
To all my 'Brothers In Arms', hats off to all of you!
Mereka yg begini termasuklah tuan punya blog ini bukan aje nak kesatuan rakan tapi juga jariah yg panjang sebgai bekalan di 'sana' kelak.
Kakzakie.
Saya cuma suka menolong. small scale. Teringin nak buat yang besar tetapi masih belum mampu lagi pada masa ini. Cukuplah dengan apa yang saya buat sekarang ni....in fact ada satu lagi 'personal project' yang saya sedang rancangkan....tapi biarlah saya simpan dulu sehinggalah ianya telah berjalan...doakan saya dapat membantu orang lain, kak!
Catat Ulasan