Ahad, Mac 12, 2017

Kembali ke pangkal jalan!

Aku di kiri....

Assalamualaikum semua. Jumaat yang lalu, aku telah kembali kenegeri kelahiran aku di Kelantan. Memang aku dilahirkan disana dan kad pengenalan aku juga bernombor tengahnya '03' tetapi ia hanyalah tercatat sebagai tempat kelahiran kerana selepas itu arwah bapak ditukarkan ke Penjara Pulau Jerejak. Maka dengan itu, aku dah jadi biasa dengan merantau dari satu tempat ke tempat yang lain tanpa banyak masalah. Alhamdulillah aku dapat sesuaikan keadaan dimana sahaja aku berada. Bagaikan 'sesumpah!' Hahahahahaha....

Sebahagian daripada rakan-rakan aku dah pun bergerak ke sana pada hari Jumaat petang. Ada yang memandu dan ada yang membuat solo ride....IQ, Apam, Ketard dan Kudo naik kereta manakala Chelayer (geng Henry Gurney High School) naik moto sorang. Chelayer tu gila orangnya jadi, tak boleh diikut! Hahahahahahaha.......Tujuan kami kesana ialah selain daripada menjalinkan silaturrahim juga untuk melawat rakan-rakan yang dah lama kami tak ketemu. Program ini telah lama dirancang yakni sejak tahun lalu. Banyak acara telah diatur dan yang paling aku ngeri ialah acara makan....Kalau diikutkan itinerary yang dikirimkan oleh Gilos, nampak gayanya kami tak sempat berlapar! Dari mula tiba sampailah kesudahannya ada saja program ke segala ceruk untuk makan. Ada yang hostkan dinner, ada yang hostkan lunch dan ada yang hostkan breakfast....habislah aku kali ni!

Di KB saja ada beberapa orang penyamun dari batch aku yang menunggu. Mereka ni memang hardcore kerana sejak dulu asyik memerap disana. Datang ke KL hanya kerana ada tugas yang harus diselesaikan ataupun mengunjungi anak-anak yang samada belajar ataupun dah mula bekerja di KL.

Ok biar aku hentikan disini dulu kerana bila aku free nanti aku akan ceritakan perkara 'dahsyat' yang dah berlaku di Kelantan....Ngeri aku masih tak terpadam. Ingatkan peristiwa di Kelantan tu aku jadi seram sejuk dan dah rasa macam nak demam walaupun hotel aku betul-betul di depan masjid!....MasyAllah...kuatkanlah jiwa aku......

8 ulasan:

NEKCIK berkata...

Saspen Uncle..cepat cepat

Kakcik Seroja berkata...

Apakah agaknya peristiwa itu?

Bercerita tentang peristiwa hotel depan masjid, teringat pengalaman En Suami sewaktu kami menginap di Dormani Hotel, Kuching. Menjadi tabiat En Suami suka sangat keluar sebelum subuh un tuk melihat-lihat kawasan sekitar hotel.

Pada hari kejadian (kakcik pun tak sedar dia keluar), dia keluar awal untuk ke masjid di hadapan hotel dengan tujuan untuk solat Subuh. Selepas solat, waktu menyeberang jalan untuk balik ke hotel, dia teserempak dengan sebuah kancil putih yang sedang ditolak oleh seorang lelaki. Kerana sikap prihatinnya, dia pun ikut tolong menolak kancil itu. Tidak berdaya hendak ditolak kerana kancil itu sangat berat!

Selepas beberapa minit, dia bertanya kepada lelaki itu apa masalah kancil itu? Lelaki itu menjawab 'habis minyak'. Jika ikut logik, walaupun habis minyak, kancil itu masih boleh ditolak, kan? Hehehe...

Selepas tak berjaya ditolak, En Suami terus masuk ke hotel dan bercerita kepada petugas hotel. Petugas itu jawab 'oh...pernah juga ada yang kena...' Apa lagi, menggigillah En Suami naik ke bilik dan mengetuk pintu macam nak roboh! Sebaik masuk, terus bergulung dalam selimut! Dah siang baru dia bercerita...

Ha...buat lagi. Mujur balik dari masjid, taklah teruk disakat...hehehe

p/s : bersebelahan masjid adalah kawasan tanah kubur yang agak luas

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

huwaaaaaaaaaaaaaaaaa... Kakcik punya komen serammm.. hahaha.

Uncle, tak sabar nak baca kisah ngeri uncle pulak.

Warisan Petani berkata...

Misteri

Uncle berkata...

Kakcik Nur...

Yang tu memang ngeri... kalah Tamar Jalis tu Kakcik....walaubagaimanapun, semuanya selamatkan....alhamdulillah...nanti bila 'pree' saya cerita kisah 'ngeri' saya pulak!

Uncle berkata...

SKTJ.

Sabar ya....telah kumpul semangat untuk menulis ni..hahahahahah

Uncle berkata...

Warisan Petani.

Misteri ni bukan macam cerita Enid Blyton - Famous Five tau!

Uncle berkata...

Nekcik.

Sabar itu separuh dari iman........hahahahahaha

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...