Khamis, November 02, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 8


Saya tidur dengan nyenyaknya semalam. Hujan lebat menambahkan lagi nikmat melepaskan lelah setelah beberapa hari berkeretapi. Dari pengembaraan ini apa yg saya dapat belajar ialah saya tidak boleh membuat perjalanan terus menerus. Saya harus ada beberapa stopover utk melepaskan lelah. Saya harus berehat secukupnya dan menjaga makanan saya agar sentiasa bertenaga. Jika 30 tahun dulu mungkin ok. 

 
Oleh kerana saya tidur cukup dengan nyamannya, saya terjaga pukul 5 pagi. Mata terkebil-kebil celik. Saya tarik kerusi dan letakkan di balkoni. Relax dan menunggu langit bertukar cerah. Hujan dahpun reda. Cuaca dingin mencengkam hingga ke tulang. Saya duduk bersila diatas kerusi empuk. 


Sebentar kemudian terdengar lagu kebangsaan Laos dimainkan dengan diiringi suara gemersik anak-anak kecil. Tahulah saya bahawa disebelah tempat penginapan saya ada sebuah sekolah rendah...ini mengingatkan zaman kanak-kanak saya. Setelah selesai, saya bingkas bangun dan masuk mandi.


Tepat jam 7.45 pagi saya dijemput seorang lelaki Lao bernama Do utk dibawa ke lapangan terbang antarabangsa Vientienne. Seperti kebiasaan, saya sampai awal dan minum kopi disalah sebuah cafè di tingkat bawah lapangan terbang di ruang 'arrival'. Lega...
Tepat pukul 8.25 pagi, rakan-rakan nasi kawah yakni Lan H dan Aidi Salihin pula sampai. Saya terkejut kerana kehadiran Aidi Salihin yang memang tak saya ketahui. Mereka berdua menyimpan rapi rahsia dan ingin membuat kejutan kpd saya. Haha....anda berjaya! Do membawa kami ke money changer utk menukar wang dan dari situ kami ke Lao Telecom utk 2 rakan saya membeli sim card tempatan. Kami pulang ketempat penginapan selepas itu. 

Kini kami baru saja selesai makan tengahari. Mata dah layu dan petang nanti akan mula merayap kebeberapa tempat. Btw, pada pagi ini ramai masyarakat menuju ke temple utk memberi 'alms' kepada sami. Cantik pakaian mereka terutama kaum wanitanya. Berkain sutera 3/4 menutupi paras lutut menambahkan lagi keayuan mereka. Saya kagum. Kemanakah arah tujuan saya/kami selepas ini, sila tunggu...

"Live Balanced Life To The Fullest" #unclefrommas

Tiada ulasan:

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...