Jumaat, November 03, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 9


(dipetik dari fb saya)

Pagi ni sekali lagi saya bangun awal. Jam 5 pagi mata dah celik walaupun hanya tidur cuma 5 jam. Banyak program yg sedang/telah diatur utk hari Jumaat ini. Hari terakhir saya di Vientiane, Lao. Bersarapan hanya ditempat penginapan hari ini. Ringkas sahaja sebelum Lan, Aidi dan saya mula mengatur langkah menyusuri lorong di depan tempat penginapan. Belok ke kanan, tidak banyak tempat menarik yg ada kecuali kedai-kedai kecil seperti kedai-kedai kayu kita di tahun 70an. Walaubagaimanapun saya amat senang...

Hampir-hampir ditangkap!
Kami berpatah balik dan jalan kearah bertentangan. Kali ini kami cuba untuk mengunjungi Patuxay Arch yg menjadi mercu tanda di bandar Vientiane ini. Arch ini mengingatkan saya kpd Arc de Triomphe di kota Paris yg pernah saya lawati ditahun 94 dulu. 30 minit digunakan utk berjalan pergi. Saya puas kerana hampir seminggu berkelana, inilah kali pertama saya berjalan dan berpeluh. Archnya cantik dan kami menaiki anak-anak tangga yg berselekoh utk sampai diatas. Pemandangan dari atas amat indah. Hampir keseluruhan bandar Vientiane dapat dilihat dengan jelas ditambah dgn cuaca yg baik hari ini tambah memudahkan kami berjalan kaki pergi dan balik. 

Masa khutbah ada karaoke...sebelah masjid!
Saya berpeluh sakan. Mandi dan terus bersiap sementara menunggu Tongxay mengambil kami utk bersolat jumaat di Masjid Jamek bersebelahan Ibis Hotel. Ia juga hampir dengan sungai Mekong. Khutbah dilaksanakan imam muda yg membacakan teks didalam bahasa Arab. Bersebelahan masjid pula nyanyian karaoke berkumandang......toleransi kaum amat penting dan sikap saling menghormati harus ada. Saya dapati yg masyarakat disini amat sopan. Bukan dibuat-buat. Mereka amat menghormati tetamu dan sedia membantu pada bila-bila masa. Satu lagi yg saya perhatikan ialah rata-rata masyarakatnya tidak gemuk. Semuanya langsing dan berkulit cerah mulus. Setelah dikaji dan hasil perbualan saya dengan Do, saya diberitahu bahawa sayur-sayuran merupakan makanan penting didalam setiap sajian mereka. Saya kagum!

Payah hilang - senang nak cam..
Selepas makan tengahari, kami berangkat ke tebing sungai Mekong dan menyaksikan pertandingan lumba perahu panjang. Keadaan persekitaran amat sesak dan terasa spt pesta pulau pinang dipenghujung tahun 70an dulu. Setelah penat, kami berhenti di restoran Nazim. Saya minum masala tea....in fact kini kami masih direstoran Nazim. Duduk bersembang ttg pelbagai hal. Inilah masa yg kami ada utk merapatkan tali silaturrahim. Alhamdulillah trip kami sentiasa 'aman'.....haha....Bil dah dibayar. Kami nak bergerak balik ke tempat penginapan sebelum sekali lagi keluar dengan 'bos' besar utk malam terakhir saya disini....Esok awal pagi saya akan bertolak balik dgn penerbangan AA.......

"Live Balanced Life To The Fullest"
#unclefrommas

Tiada ulasan:

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...