Jumaat, September 18, 2009

28th Day Posa

(aku bukanlah hero bunga!)

(tengok betul2..ada sambal belacan, ada cili potong heh3...)

(local fruits memang sedap, errr...from Yemen actually!)

(booking table pakai sejadah!)

(terimakasih Khairani from TH. Packaging yang sangat menarik..)

Hari yang ditunggu-tunggu bakal menjelma. Aku rasa orang kat Malaysia sekarang ni mesti tengah dok sibuk balik kampung ni. Maklumlah lusa dah Raya...semua dah dalam mood "dam-dam-dum", seronoknya...aku kalau ada kat KL pun tak kurang jugak perancangan. Selalunya kami anak-beranak akan beraya kat KL,semua adik-beradik ada kat KL. Masa tu Mama seronoklah sikit sebab anak, cucu, menantu dan cicit akan berkumpul dan bergossip sambil mengembangkan badan. 2-3 hari sebelum Raya aku akan pasang panjut kat depan rumah. Beli yang pasang siap kat Giant, beli minyak, bakar sumbu, voila, dah siap....horey-horey...2 jam kemudian, Nyonya kat atas rumah aku pun menjerit, "Saley aah....itu asap manyak hitam la.....", maksudnya dia suruh aku pergi pasang panjut jauh-jauh sikit la tu!

Gambar 1: bunga tu memang cantik. Oleh sebab dia sangat cantik, aku pun snaplah gambar sekeping. Kaler dia memang kelas...tapi macam biasa, aku tak kenal dia. Mungkin Siti Tanjong kenal sebab Siti dan Bunga adalah satu komposisi yang sangat berkesan, ibarat "langit dengan bumi!"

Gambar 2: ada guest aku mintak sambal belacan dan cili potong nak makan dengan nasi. Jadi, cili tu aku potongkan cantik-cantik dan aku masukkan bla...bla...bla...resipi dia aku tak boleh kasi kat sini. Memang sedap dan lain dari yang lain...special habis...sampai ada VIP tanya aku macamana nak buat. Kalau VIP dah tanya, mestilah sedapkan...aku rasalah...aku pun tangkap muat saja! Heh3...lepas tu bila aku clear, sambal dengan cili potong tu memang dah pun clear...

Gambar 3: Buah pear kuning tu memang sedap. Ada tangkai seco' et kat atas. Manis tapi jangan khuatir sebab dia natural sugar. Jadi kepada pesakit-pesakit sekelian, anda tak perlu bimbang kalau makan buah ni kecualilah kalau anda makan sampai 13 kilo sorang sambil nyanyi lagu "Tidurlah Wahai Permaisuri.."

Gambar 4: Oleh sebab kedai kopi aku ni tak boleh advance booking macam panggung wayang MBO kat rumah aku, jadi Tok-Tok Arab ni semua dah jadi pandai sikit. Sebelum bukak puasa depa dah siap booking meja dengan cara letak sejadah kat kerusi. Untuk VIP kita pulak, aku letakkan cili potong dengan sambal belacan atas meja depa. Huh baru Tok Arab tahu...sapa lagi pandai...

Gambar 5: Kawan aku dari TH Jeddah datang ambik guest untuk hantar balik KL. Dalam pada dia datang tu, dia pun bawak lah makanan sikit kat aku. Ada kuih raya. Packaging memang menarik sekali. Kata dia untuk Corporate Client....kira aku pun boleh masuk kategori yang sama lah kot. Heh3..."Selamat Berpuasa"

6 ulasan:

Pak Zawi berkata...

Uncle,
Cantiknya bunga. Sedapnya makanan bila makan dengan cili potong.
Selamat Hari Raya. Walaupun jauh disana, beribu ribu rakyat Malaysia bersama anda merayakanya bersama anda disana. Cuma sambuatan hari Raya di Mekkah tak sama ngan di Malaysia ye.

Hajah Zainab bt Abdullah berkata...

Salam Uncle,

Selamat Hari Raya.

Uncle berkata...

Dear Pak Zawi.
It's an honor to have you visiting my blog. Yes bunga tu memang cantik tapi boleh tahan cuma 3 hari. Masuk tahun ni dah 2 kali saya beraya kat Mekah, alhamdulillah. Tapi keluarga tetap dihati...

Uncle berkata...

Dear KN.
Domo arigatou gozaimas.....I wish the same to you and your family!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

pic1- bunga yang kaler pink itu dlm keluarga Amaryllidaceae.lebey kurang spider lily jugak.yg kaler nak purple tu bunga kekwa @ dlm bhs inggeris nya Chrysanthemum..hehe..
uncle yg makin slim,
di sini sy nk ucapkan selamat hari raya aidilfitri.
maaf zahir batin.jgn sedey2 tau.raya kita kena gembira :D uncle, nak angpow! hee

Uncle berkata...

Dear Siti.

Oooo kekwa ka nama dia? Bulehla Uncle buat teh kekwa kot..heh3...btw, Uncle lagi slim ka? Horey...horr liao....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...