Sabtu, September 19, 2009

29th Day Posa

(ahmad albab in action)

(aku tengah bayar fitrah)

(depan abraj al bait)

(aku depan hotel)

(kawan tengah pack nak balik kampung)

Hari yang paling meriah aku rasa ialah sehari sebelum Raya. Ni lah hari yang aku suka sangat-sangat. Bukannya suka pasal apa, tapi suka pasal esok nak raya. Rumah dah siap kemas, baju raya dan baju melayu dah tersusun rapi. Makanan raya dah mula terbau-bau...ketupat daun palas, rendang ayam, kari daging, dan menu-menu lain semuanya dah tersusun dalam kepala. Buat kanak-kanak yang sebaya anak-anak aku, semua nak horey-horey pikirkan duit raya, berapalah dapat? Berapa Pak Su bagi tahun ni? Berapa Pak Ngah bagi tahun ni? Berapa pulak Pak Lang bagi tahun ni? Seronok sungguh.

Semalam aku pergi Abraj al Bait sekejap sebab saja nak ambik angin. Masuk aja dah ternampak pusat zakat. Aku pun terus pergi dan settlekan. Lepas bayar, lega. Dia cuma tanya untuk berapa? Aku jawab then bayar. Dia bagi resit dan cakap selesai. Aku ambik resit dan terus jalan. Habis cerita. Memang tak sama dengan cara kita kat Malaysia. Jauh beza sungguh depa ni buat kerja.

Aku sempat jalan-jalan kat dalam shopping complex tu sambil cuba-cuba tangkap gambar sebelum aku kena tegur dengan security kat situ tak bagi aku tangkap gambar. Heh3...ala, sikit je takkan tak boleh kot?

Ada kawan aku hari ni nak balik KL. Aku tumpang kirimkan barang sikit untuk kakak-kakak aku yang pesan hari tu. Esok barang sampai KL. Ada lip-lap lip-lap oooooo"Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin"

4 ulasan:

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

a`ah,time kecik2 dulu syok kutip duit raya.time dah keja ni kena huluq duit raya la pulak.adus.xpe2.jumlah x kesah,yg penting ikhlas.uncle.selamat hari raya lagi sekali.

Uncle berkata...

Memang seronok pun kan Siti...Uncle dok sedih ni...apa lah anak-anak dok buat gamaknya!

Salam sejahtera....... berkata...

uncle
selamat hari raya..semoga bergumbira selalu, kat sana tak payah sediakan paket duit raya kan?

Uncle berkata...

Dear SS.
Memang tak payah nak ingat bagi angpow pun....cuma anak-anak kat KL yang selalu ingatkan!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...