Jumaat, September 18, 2009

27th Day Posa

(baby kat salon)

(homemade cheese cake)

(abang dok masak nasi)

(bukak posa kat kde)

Ramai guest-guest aku yang dah mula check out hari ni. Walaupun begitu, hotel masih lagi penuh. Aku masih lagi sibuk dengan jemaah yang datang nak berbuka puasa dan bersahur. Esok kuranglah kot...tiap-tiap hari aku dok kata macam ni kat diri sendiri. Esok kuranglah kot...esok kuranglah kot...tapi tak kurang-kurang jugak! Makin bertambah ada la...tapi semua tu tactic untuk tenangkan perasaan. Kalau tak biasa, mahu mati terbeliak!

Aku jugak nampak yang jemaah dah mula usung kotak-kotak balik ke bilik. Kotak-kotak tu semua depa nak isi dengan barang-barang yang depa dah shopping dalam Mega Sales! Habis kotak kleenex aku dengan kotak telur jadi mangsa. Macam ni punya masyarakat pun ada. Tapi memandangkan aku ada banyak kotak dan kalau tak pakai aku akan buang, jadi aku sedekahlah kat depa yang memerlukan. Part kotak ni, macam aku dulu jugak nak balik dari Tokyo. Habis kotak kat Pejabat Pos Gotanda aku borong sampai tokay PP siap tanya aku nak buat apa banyak-banyak? Then lepas kahwin aku melilau dok cari kotak kat Damansara Jaya. Sampai kotak kasut pun aku ambik jugak. Yang tu aunty simpan surat. Sedih jugak aku sebab surat cinta masuk dalam kotak kasut! Tsk...tsk...tsk...

Kak Anne pesan buah kurma ajwa yang terbaik. Aku kan dah ada kedai special kat bawah, dan tiap-tiap kali aku pergi, mesti dapat discount. Sampai dia pun dah kenal muka aku. Ada sekali tu aku terserempak dengan dia kat Misfalah (belakang Hilton). Terus dia tegur aku. Aku buat-buat tak kenal. Dia kata, "ni Ahmed lah..". Aku saja-saja tanya kat dia, "ni Ahmed Albab ka?" Dia geleng-geleng, angguk-angguk sambil cakap, "ana Ahmed Kurma la..." Heh3...kami sama-sama kerenyeh-kerisin!

Malam tadi guest aku ada special dinner kat bilik. Set-up sana, set-up sini, aku ternampak ruangan Kaabah yang penuh sesak. Aku cuba snap tapi tak dapat sebab cahaya cermin memantul balik. Ish...kalaulah aku ada SLR, Ini tak habis-habis dok berangan dari dulu. Memang ramai kat sana sebab aku dah mula buat kenduri untuk 1500 orang tadi. Pergh memang kena serang memanjang! Bila lah pulak aku yang nak serang balik? Ni tengah clear then set balik, then clear, then set balik. Ulang sebanyak 47 kali...."Selamat Berpuasa"

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

surat chenta lps dlm kotak ksut no uncle.. pd sgh.. ahiksss..
selamat ari raya uncle.. jom blik jitra..!!

PINATBATE berkata...

Uncle,
cute jer tengok Marina buat rambut raya tu..amboi!beraya sakan nohh...
Wah!banyak kemahiran aunty rupanya..menjahit pandai,buat cheese cake pun pandai..patutlah Uncle terpikat! surat masuk kotak kasut tu biasalah...saya pun buat..ekekeke..

♥♥♥♥ dilaBanGi ♥♥♥♥ berkata...

Salam uncle....
dilla mohon ribuan kemaafan jika ada silap dan salah katakata
Mohon dimaafi ya.....

Raya lagi berapa hari lagi. unty & anakanak raya kat mana uncle?
teringin nak jumpa unty dan baby.

Untuk uncle moga beraya dengan meriahnya. Biarpun jauh dari keluarga Moga 3G menjadi penyambung ikatan, amin

Uncle berkata...

Balik Jitra? Pergh...tu pon nostalgia tu...malaih nak cerita saja, nanti tergeyak keluaq hinguih!

Uncle berkata...

Dear Pinat.
Aunty memang pandai macam2! Gulai ikan kerin pun pandai buat...Tu yang pokok karapoley mesti ada kat tepi tingkap!

Uncle berkata...

Dear Dila.
Uncle memang raya kat Mekah lagi lah tahun ni. Sedih jugak teringat kat anak-anak. Aunty selalunya tak pi mana...1st mungkin pergi HQ (rumah kak anne) kat DJ kot. Then memang aunty akan duduk rumah...singgahlah ke rumah kecik kami tu!

SITI FATIMAH ISMAIL berkata...

che..wah..cumel marina ayumi pi salon ye..aunty siti pon igt nak pi trim skit rambut ni...rambut raya..heee..

Uncle berkata...

Kelaskan? Uncle sampai la ni pi Mamak Salon!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...