Sabtu, Oktober 10, 2015

Kampung

Homemade..

Aku jadi begitu sayu apabila anak-anak bertanya bila nak balik kampung? Baru-baru ni Marina ada bersuara. Katanya cuti sekolah nanti ramai kawan-kawannya akan balik ke kampung. Marina nak kemana? Malam tadi sedang Marina membuat revision dengan aku didalam bilik, tiba-tiba dia menoleh ke arah aku dan bertanya, "Papa...kampung kita kat mana?" Sekali lagi aku tergamam dan tak mampu menjawab. Kalau dulu arwah bapak dan mama masih ada, kami sering juga balik ke Pulau Pinang yang aku ceritakan sebagai kampung walaupun persekitarannya tidak melambangkan suasana kampung langsung. Tidak ada sawah padi, tidak ada sungai dan tidak ada bukit-bukau sebagai latar belakang pemandangan. 

Rumah keluarga kami di Pulau Pinang itu meninggalkan 1001 kenangan kepada aku. Disitulah aku membesar. Seingat aku sejak aku berumur 5 tahun aku dah menginap disitu. Rumah aku waktu itu masih dalam pembikinan. Aku tahu unit mana rumah yang bakal kami duduki kerana arwah mama dah bawak aku ke office developer di Jelutong (kalau tak salah aku). Setiap petang aku akan berlari ke situ dan berhenti didepan unit yang kami beli. Cuma ada tiang! Berhenti didepan rumah, aku akan mula mengelamun membayangkan bilik tidur aku nanti. Bilik air yang aku akan kongsi dengan adik-beradik aku. Berlari turun dari tingkat atas ke bawah, menyiram pokok di laman yang hanya sejemput, menonton tv bersama-sama dengan ahli keluarga, makan bersama-sama dan bermacam-macam lagi. Sebuah padang yang besar bakal diadakan berhadapan dengan rumah kami. Disitu ada 3 padang. Satu ada gelanggang badminton, satu ada taman permainan kanak-kanak dan satu lagi padang untuk permainan bolasepak. Waahhh...tak sabar aku!

Apabila sebahagian rumah kami telah siap, aku lihat bahagian bawah dan lantai tingkat 2 telahpun didirikan. Apabila pekerja pembinaan meninggalkan kawasan lebih kurang pukul 5 petang, aku ambil kesempatan tersebut untuk masuk ke dalam. Waktu itu masih belum ada pagar dan pintu. Timbunan pasir berlonggok didepan rumah. Aku meninjau satu persatu segenap pelosok rekabentuk rumah.. Ada satu bilik air di bawah dan ada satu bilik air diatas. Ada 3 bilik kesemuanya. Aku mula mencongak bilik mana aku akan tidur. Mencari sudut yang bersesuaian dengan usia kanak-kanak aku waktu itu. Seketika aku berlari ke dapur yang dibahagikan oleh dinding living area. Di belakang dapur ada kawasan menyidai pakaian yang tidak berapa besar yang kemudiannya kami letakkan reban ayam 2 tingkat disebelah kiri dan rak kasut disebelah kanannya. Di tengah-tengah ada pintu kecil untuk keluar ke belakang. Ini fikir aku untuk memudahkan aku masuk dan keluar selepas pulang dari kelas mengaji nanti! Aku naik semula ke atas. Ada sebuah bilik yang mempunyai balcony. Pintu masih tidak ada. Maka aku mampu untuk keluar sebentar dan berdiri di balcony. Ada dinding pemisah setinggi pinggang orang dewasa tapi diperbuat daripada kayu. Aku panjat kayu penghadang tersebut dan melompat ke atas bumbung yang kemudian merupakan bumbung porch untuk meletakkan kereta. Ketinggiannya dari situ ke bawah ialah sekitar 12 kaki. Aku merangkak hingga ke hujung lantai dan melihat kebawah...aku jadi gayat! Tapi dibawahnya ada selonggok pasir! Aku mula terfikir bagaimana caranya orang terbang? Ingatan-ingatan gila itu membuatkan adrenalin aku kencang. Aku mengelamun lagi. Apa rasanya orang terbang? Apa rasanya bila jatuh ke bawah? Apa bakal terjadi jika aku tidak jatuh tetapi terus terbang seperti burung? Bermacam-macam perkara bermain di fikiran aku. Menggelongsor semula ke belakang. Tak lama aku berfikir sebelum membuat keputusan. Dari atas bumbung garage aku melompat turun ke timbunan pasir. Aku jadi seronok selepas berjaya buat kali pertama. Timbunan pasir berselerak tetapi masih bertimbun! Aku berlari ke atas lagi dan mengulangi aktiviti yang sama. Aku tambah seronok dan tak puas...berulang-ulang aku buat sampailah timbunan pasir tidak berupa timbunan pasir lagi gara-gara impak terjunan aku. Setelah hampir 17 kali aku naik terjun, naik terjun, aku perasan yang langit dah mula gelap! Waktu itu baru aku perasan yang kira-kira 20 minit tadi aku ada kedengaran azan maghrib. Aku bergegas membersihkan diri ala kadar. Seluar aku, baju aku kesemuanya penuh dengan pasir. Muka, tangan dan kaki juga begitu. Rambut aku pun ada. Aku menggoyang-goyangkan badan untuk meleraikan kesemua pasir-pasir binaan. Selipar aku sebelah saja ada dan sebelah lagi tak kelihatan. Mungkin tertinggal didalam rumah dan aku dah tak berani nak masuk ke dalam kerana cuaca dah gelap! Tersenyum puas dan merancang untuk aktiviti yang sama keesokan harinya, aku mula mengatur langkah berjalan pulang..

Sesampainya aku dirumah, arwah mama dah kelihatan dengan rotan ditangan. Cekak pinggang. Aku nampak muka arwah mama dah macam 3 hari tak melibas aku! Menakutkan....aku bagi salam dan cuba menyelit melalui pintu depan. Belum sempat aku melangkah masuk, betis aku dah berbirat. Aku nak lari tapi tangan kiri aku dipegang erat. Inilah masalahnya bila arwah mama selalu tengok "wrestling" di tv! Aku menjerit melolong macam kena sampuk. Siappp...siapppp....2-3 round lagi dibilasnya betis aku! Aku lari masuk ke bilik. Masuk mandi. Tukar baju dan terus tidur! Tengah malam aku terjaga kerana arwah mama tengah menyapukan minyak angin di betis aku. Cepat-cepat aku tutup mata rapat-rapat takut arwah mama kembali bertukar fikiran...hahahahahaha....

Begitulah kisahnya aku dengan rumah kami di Pulau Pinang yang aku anggap dah sebagai kampung. Kini rumah tersebut kosong tak berpenghuni. Setiap kali aku balik dan singgah, aku mula terbayang arwah bapak dan mama, kakak-kakak aku sewaktu mereka remaja, abang-abang aku diusia mereka belasan tahun dan aku lantas menjadi sayu. Cepat masa berlalu. Dulu aku berusia 5 tahun. Kini 47 tahun! Makanya apabila Marina membuka mulut bertanyakan perihal kampung kami, aku menjadi sebak. InsyAllah bulan November nanti aku akan cuba mencuri waktu untuk kesana bersama-sama dengan kakak-kakak aku dan abang-abang aku yang lain dan fikirkan apa yang mampu kami buat. Sayang kalau ditinggalkan begitu sahaja....Bukan untuk aku. Bukan untuk keluarga aku. Tetapi untuk kami adik-beradik yang seramai 6 orang ini. Hiishhhh...tiba-tiba mata masuk habuk pulak!

Have a pleasant weekend people and don't forget to watch Rugby World Cup....quarter finals coming up!

12 ulasan:

iryantyismail berkata...

Asalamualaikum uncle..sebak baca entri kali ni...mujur yan ada kampung lagi..alhamdulilah...

Uncle , mak ayah wife masih hidup tak..kan boleh becuti dgn family..balik kampung oversea

Uncle berkata...

Waalaikumsalam iryanty. Alhamdulillah mereka masih ada dan berumur didalam lingkungan 80-an. Insyallah akan pulang. Tapi tak boleh pergi hanya semunggu. Tak berbaloi!

Kakcik Seroja berkata...

Assalamu'alaikum...

Kakcik masih ada rumah di kampung. Sekarang disewakan dengan nilai di bawah RM200 sahaja kerana mahukan rumah itu 'hidup'.

Anehnya, bila balik ke kampung kakcik tak punya keinginan untuk naik ke rumah itu. Entahlah. Ada satu perasaan yang 'lain'. Tak sama bila balik kita bertemu dengan mak ayah berbanding dengan bertemua 'orang lain' yang tiada hubungan darah langsung dengan kita...

rezeki berkata...

Salam uncle

Balik kg jelutong, pekena nasi dalca hehehe

Omong Mak Long..... berkata...

Assalamualaikum Uncle,

Apa kabar? Uncle dulu-dulu waktu zaman kanak-kanak suka berfikir dan berangan macam-macam ya... Agaknya semua begitu kan. Sebab Mak Long dulu pun suka berangan dan bercakap sendiri hahaha.... Mak Long orang kampung maka adalah kampung sendiri bila balik ke tanahair.

Uncle berkata...

Assalamualaikum Kakcik Nur.

Maka oleh sebab itu, kami tak menyewakan rumah tersebut kepada sesiapa. Dulu sewaktu berpindah ke Melaka pada tahun 77' kami ada menyewakan selama beberapa tahun. Penyudahnya, rumah tu rosak teruk. Pagarnya rebeh terus! Kesian pada neighbour disebelah yang terpaksa memendam rasa....bila kami balik ke Penang, banyak duit dihabiskan untuk membaik pulih rumah tersebut.

Uncle berkata...

Rezeki.

Sebab tu tak boleh balik selalu! Bahaya.....

Uncle berkata...

Waalaikumsalam Mak Long.

Ya benar. Saya suka berfikir...semuanya "what if's"....hahahahahaha...seronok tau...Saya pun dulu duk bercakap sorang jugak. Especially bila bermain perang-perang dengan askar miniatures....ataupun main bolasepak dengan kertas kulit buku yang keras. Buat sendiri, ada 2 pasukan dan saya akan beralih tempat sebelah sana dan sebelah sini....hahahahahaha...

Kakzakie Purvit berkata...

Mengenang kisah kanak-kanak bagaimana org tua kita mendidik kita sedikit sebanyak memang boleh buat mata bagaikan masuk habuk uncle.

Moga plan balik kg itu menjadi kenyataan. Sesekali jenguklah walau dah tak ada siapa tapi ada memori di situ.

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Very nostalgic....saya dok nampak di mata semua pergerakan kami adik-beradik!

Wak Lat berkata...

nostalgik kann .,

Uncle berkata...

Assalamualaikum wbt Tiga Lalat.

Sangat-sangat....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...