Isnin, Oktober 23, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 6


(cerita ini diambil dari  fb saya, trip 30/9-7/10)

Hari ni saya sangat berpuas hati kerana rakan yg dah lebih 20 tahun saya tak jumpa datang menjenguk saya di Pop Art Hostel. In fact lepas saya check in, saya mandi dan terlelap sekejap. Oh, lupa nak bagitahu yg tangga nak ke bilik saya sangatlah curam. Sama curam macam tangga rumah mak mertua saya di tokyo! Bila naik, saya kena pegang anak tangga atas dan bila turun, saya kena baca doa banyak-banyak!

"O" datang sekitar pukul 4 petang. Kami berpeluk sakan dilobi dan keluar mencari kedai kopi berdekatan. Bercerita mengenai kisah kami sewaktu bergelar pelajar, pulang kenegara masing-masing, cerita mengenai karier, cerita mengenai keluarga dan anak-anak yg sedang membesar dan banyak lagi....banyak persamaan rupanya.."O" lah yg sering masak dan menjamu saya dihujung minggu dan "O" jugalah yg sering menjemput saya di malam minggu sewaktu kami di Geneva dulu. Jasa baik beliau takkan saya lupa hingga bila-bila. Saya sempat berbual dengan isterinya yg juga saya kenali melalui talipon. Kami berjanji akan bertemu lagi samada di Bangkok ataupun di KL. 



Sewaktu check out pada pukul 6 petang dan menunggu hujan reda, saya sempat berbual dengan seorang lagi backpacker dari Germany yg sudah 15 bulan mengembara. Kami bercerita mengenai kesedapan makanan Thai yg sudah sememangnya authentic dan tak sama dengan dinegara kami. Saya gelihati bila "O" kata dinegaranya tak pernah wujud nasi goreng Pattaya! Hahahaha....mungkin sama dengan sirap bandung atau mee jawa yg tak pernah wujud di tempat asal masing-masing! Saya dan "O" berjalan pantas ke stesyen Hualamphong. Kami makan malam dulu sebelum "O" menyuruh saya menghabiskan makanan dengan cepat kerana terdengar announcement memanggil penumpang yg nak ke Nongkhai segera ke platfom 3. Kami sempat bergambar sekali lagi. "O" berjalan bersama saya ke gerabak no 2. Sekali lagi kami berpeluk sakan dan berjanji akan bertemu di masa akan datang.....

Nice Thai chic curry
Buat kesekian kalinya saya merasa nikmat dunia yg Allah kurniakan kepada saya terlalu hebat. Nilai persahabatan yg utuh ini harus saya pelihara. Saya amat bersyukur kerana dikelilingi oleh rakan-rakan sebegini....

Apakah destinasi saya esok selepas Nongkhai dan dimanakah saya akan menginap, biarlah saya rahsiakan dulu.....apakah saya akan menginap di hostel seperti Pop Art lagi? Siapakah yg akan saya bertemu esok? Silalah tunggu cerita sambungan saya. Yg penting anda doakanlah agar kesihatan saya terus baik....

Keretapi dahpun bergerak meninggalkan Stesyen Hualamphong. Esok 6.45 pagi saya akan sampai di tebing sungai Mekong. Saya pernah belajar tentang sungai ini dari cikgu Sabarudin Ahmad. Cikgu Sabarudin selalu sebat saya dengan pembaris tebalnya.....esok bila nampak sungai tu, saya nak ambil gambar dan hantar kepada beliau....hahahaha......Good night!

"Live Balanced Life To The Fullest"  
#unclefrommas

6 ulasan:

Azian Elias berkata...

Salute tu uncle nama cikgu pun masih ingat.

friends ni mmg hebat kan bondingnya.

Normala Saad berkata...

Betul tu uncle kalau kat Msia ni mcm2 nama makanan depa Thaikan...padahal kat Thai tak ada pun.

Lady Windsor berkata...

Rasa berbaloi sangat kan Uncle bila travel, ada di antara hentian atau persinggahan tu ada rakan lama yang sempat ditemui. Nostalgia ke apa, yang penting rasa tu hanya orang yang mengalami ja yang tahu kan.
Cakap pasai tangga, masa saya travel jugalah (backpack), kami sewa satu hotel murah, tangganya kecil gilaaa tapi tinggi dan curam. dok pula di tingkat lima, masa nak naik dah rasa semput, masa nak turun lagi semputtttt sebab curamnya mengalahkan gunung apa ntah. Tapi sumpahhh masa dalam bilik hotel tu syiokkk sebab kain langsir tu depa guna renda peranchis! So tau tau la kat mana hotel tu kan..tak jauh dari Galery Lafayette hahaha..hotel bajet je pun tapi saya dok agak renda Peranchis tu mahai kot. Masa tu kami makan ayaq milo dan biskut lutut ja...mengeluh pun tak guna sebab dah tersampai kat sana, esok tak sabaq nak check out, gerun tengok tangga lagu tu...

Uncle berkata...

Azian Elias.

Alhamdulillah kami masih berhubung hinggalah kini...cikgu pon habis semua dah pencen...hahahahahahaha tapi ingatan depa masih kuat pada kami mungkin sebab kami ni semua baik sangat kot. Berpeluk kami bila jumpa....dulu tangan depa lah yang dok singgah kat pipi kami kiri dan kanan! Hahahahahaha

Uncle berkata...

Normala Saad.

Dulu kawan Uncle datang dari Hatyai. Dok gelak terbahak-bahak dia bila tengok Nasi Goreng Pathaya kita.....entah apa yang lucunya!

Uncle berkata...

LW.

Uncle pernah duduk di apartment di tengah kota Paris. Kepunyaan anak pengusaha jeans ternama Indonesia. Mungkin ada yang pernah dengar nama LEA Jeans. Anaknya bernama Ley dan mempunyai apartment di sana. Pada cuti musim luruh, Ley sering mengajak Uncle untuk ketempatnya. Very centrally located. Ley is now back in Jakarta and we are still in contact...anak-anak Ley pon dah besar...hahahahahahaha

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...