Khamis, November 30, 2017

Buku


Membaca itu amatlah penting sekali. Tak kiralah apa jenis buku dan apa jenis genre (bunyinya 'jon-rer'). Banyak kelebihan apabila kita banyak membaca. Saya tidaklah begitu rajin jika nak dibandingkan dengan majikan saya. Tetapi saya terus membaca dari satu buku ke satu buku yang lain. Yang membuatkan saya bernasib baik ialah majikan saya mempunyai beribu-ribu naskhah buku pelbagai tajuk. Bacaannya tidak menjurus kesesuatu arah sahaja. Diperpustakaan peribadinya, terdapat 30,000 tajuk buku yang tersedia di 2 lantai bawah rumahnya. Kepada yang minat membaca, saya pasti apabila berpeluang mengunjunginya mungkin tak perlu keluar library selama seminggu! Hahahahahahahaha.

Ada beberapa rakan saya yang juga merupakan pengarang dan buku mereka sedang hangat dipasaran kini. Yang pertamanya ialah Lutfi Lokman. Seorang ustaz yang 'hip' yang saya kenali sejak dari tahun 2008 sewaktu kami sama-sama bermastautin di Mekah dulu. Manakala seorang lagi ialah junior saya yang bernama Arif. Arif menulis mengenai pengalaman beliau mengikuti konvoi menghantar ambulan ditanah bergolak di timur tengah dulu. Mereka berdua ini hebat...Saya suka membaca autobiography. Banyak yang saya pelajari disitu. Tolong jangan bagi saya 'science fiction' kerana saya tak paham dan terus mengantuk.... 

Apa yang saya nak buat lepas pencen nanti?  Saya nak menulis buku dan juga membaca banyak buku di holiday home saya yang ditepi laut tu..... Hahhhahahahahaha...bila nak pencen nehhh?

16 ulasan:

Warisan Petani berkata...

Mudah2an hasrat murni uncle akan terlaksana kelak.

Uncle berkata...

insyAllah dan terimakasih. mmg itulah harapan saya....

Normala Saad berkata...

Saya dulupun suka sangat membaca novel dan makalah tapi la ni makin tua makin mengurang pula...

Uncle berkata...

alhamdulillah momentum sama masih sama dan tambahan pulak majikan mmg suka membaca, jadi saya pon terangsang utk berbuat perkara yg sama...in fact saya baca semua jenehh...dari buku budak sampai ke tua..haha..TinTin pon saya baca lagi!

mokja berkata...

dulu dulu kala segala kertas pembalut semua saya baca sebelum dilupuskan. Lepas tu advance ke komik ,then to novels .Segala jenis novels and books dpt dibaca sbb pegang kunci library sekolah. Dictionary,encyclopedia sebut aja. La ni pun masih minat tapi dah beralih ke on line pula. Ada juga niat nak tulis novel ilham dari melihat n melalui kehidupan tapi angan angan saja lah nampaknya. Tak tau nak start .
Hope one day to see your books on the shelves of bookstores.Happy days to you and family.

Tanpa Nama berkata...

Asslaamualaikum Uncle,

fara pun suka membaca juga...dulu ayah selalu belikan buku..kalau kat libray sekolah suka baca, siri penyiasatan Sarah Latiff dan siri budak2 duduk Asrama...tak silap la tajuk siri tu..haha..sebab terpengaruh dengan buku tu, maka masuk la Sekolah Tinggi Perempuan..time sekolah menengah mampu pinjam buku cerita kawan je..bila da kerja..ada duit sikit..gigih cari balik buku2 yang pernah baca dulu..hehehe..fara suka pengarang Ramlee Awang Murshid..sebab dalam buku dia suka selitkan fakta2..contoh, dalam buku Mandatori..dia ceritakan suasana banduan yang dijatuhkan hukum gantung..macam mana prosedur2 hukum gantung..jadi takda la semata-mata cerita cinta kosong...hehehehe

-Faradia-

Uncle berkata...

mokjadeandell.

Saya juga gemar membaca sejak dari kecil dan juga membaca sampai kertas bungkus nasi lemak pon...Hari jadi saya saya sentiasa mendapat buku-buku hardcover seperti TOPPER, BEANO dan DANDY. Dari situlah minat saya untuk membaca menular. Kini saya berada disuasana seolah-olah seperti berada didalam sebuah library. Amat relax dan santai. Ini melonjakkan lagi minat saya untuk terus membaca...hahahahahaha

Uncle berkata...

Fara,

Uncle jarang bertemu buku yang tidak membicarakan persoalan 'cinta' di rak buku kedai-kedai...itu yang sedikit menyedihkan.Kadang-kadng teringin juga nak cari dan baca buku-buku Melayu tetapi amat kurang sekali...Jika Fara tahu ada dimana tolong beritahu Uncle..tq!

Tanpa Nama berkata...

Uncle,

fara selalu beli di Karangkraf Mall,di Shah Alam. Banyak sikit pilihan tajuk. Cerita cinta memang tak boleh lari Uncle,tapi biasanya fara pilih yang penulisannya selitkan fakta. Kalau Uncle nak baca Ramlee Awang Murshid, situ ada set lengkap buku2 tulisan beliau.

penerbit https://lejen.my/ pun ok juga buku2 mereka. selalu fara beli buku mereka time pesta buku. buku penulis penerbit ni hipster sikit..hehe

sekarang ni Big Bad Wolf pun ada seksyen buku melayu. Dari 8-18 Disember, di Miecc, the Mines akan ada pesta buku Big Bad Wolf.boleh Uncle cuci mata kat sana.

-Faradia-

meintheswim berkata...

Autobiograhy kesukaan saya juga tetapi sudah lama sangat tak baca buku, dah outdated. Masih ingat biasa baca kisah hidup Queen Noor, permasuri Jordon dalam Leap of Faith.

Uncle berkata...

Fara..
Thank you so much kerana tolong bagitahu Uncle dimana nak cari buku melayu dengan pelbagai topik. Akan Uncle usahakan. BBW mula memang menarik tapi yang ngerinya orang terlampau ramai. Mungkin Uncl patut pergi dengan moto sahaja...hmmm...i'll go by bike....great..tq Fara..u have an awesome day!

Uncle berkata...

Hi .....in the swim...

ohhh Queen Noor....with the heart of gold! Memang seronok membaca autobiography kerana seolah-olah mengikut mereka membesar bersama-sama....hahahahhah....nak cari lagi ni...

Tanpa Nama berkata...

Uncle,

kalau nak pergi BBW..pergi hari biasa, waktu lepas pukul 12...orang kurang sikit..walaupun cuti sekolah..fara biasa pergi waktu tu..heheheh..waktu yang dilarang, waktu pergi kerja dan balik kerja..sehingga pukul 9 malam..sebab situ selalu jam..kadang2 pukul 10 pun masih jam..have fun..kalau susah2 sangat..grab kan ada..hehehe

-faradia-

Uncle berkata...

Thank you Fara for the infos...rasanya Uncle naik moto je kot lebih mudah!!!

raihanah berkata...

bagus uncle siap dah ada plan apa nak buat tu. semoga dipermudahkan

Uncle berkata...

Raihanah. Tq kerana meninggalkan sikitbpesanan disini..haha..rencana uncke tu hanya rencana...in fact hol home tu pon hanya angan-angan...ntah jadi ntah tidak..haha..doakan ya!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...