Isnin, November 20, 2017

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan punat, lampu menyala....wahhh luarbiasa!

Apabila mula bekerja, saya merasakan bahawa jam merupakan aksesori yg penting dan stylish...waktu itu tidak ada talipon bimbit utk saya jeling pada waktunya...pernah sekali saya ditegur sewaktu meeting kerana memakai jam swatch berwarna-warni...harganya sekitar rm200. Hahaha......

Waktu silih berganti dan saya mula membeli jam. Paling mahal pon rm400. Paling mahal pernah saya beli. Itu pun setelah jam sebelumnya rosak akibat masuk air sebab saya naik moto dlm hujan! Hahaha.....

Fast forward, sewaktu saya bertugas di Hotel Al Safwah, saya ada menjaga sebuah keluarga arab sepanjang mereka menginap disitu. Sebelum mereka pulang, "Syeikha" memanggil saya ke biliknya (corridor) dan saya dihadiahkan sebuah jam tangan berharga ribuan ringgit..alhamdulillah, luarbiasa!

Kini setelah adanya mobile phone yg canggih, saya pon dah tak pakai jam tangan lagi...dah bertahun...2 hari lalu Marina pulang dari 'lawatan sejarah' di JB. Sesampainya kami dirumah, Marina memberikan saya sesuatu yg di pek kemas. Saya buka dan terkejut..ia merupakan sebuah jam tangan....Marina kata jangan ditanya berapa harganya....saya senyum, ucapkan terimakasih dan cium dahinya.

Thank you Marina. It doesn't matter berapa harganya...Papa akan pakai jam ini sentiasa dengan bangganya...didalam mesyuarat juga...dengan bangganya...

live balanced life to the fullest
 #unclefrommas

No automatic alt text available.

6 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Berbunga-bunga hati bila pemberian dihargai... :)

Uncle berkata...

Memang betul kakcik...harga tu tak penting...bak kata orang, "it's the thought that counts!"

Lady Windsor berkata...

Untung laaa uncle dapat hadiah jam tangan..simbolik di sebalik hadiah jam itu adalah 'masa' yang sangat berharga saya kira..

Saya masih teringat-ingat bentuk jam tangan yang saya nak beli 35 tahun lalu tapi tak terbeli sampai sudah sebab tak mampu. Dan dengan tak mampu itulah saya berkerja untuk membeli jam yang saya suka dan aim sejak dulu. Nak tunggu orang bagi hadiah jam memang tadak la kan, so beli sendiri..

Uncle berkata...

tapi sekarang uncle dah terbiasa tak pakai jam tangan....tapi bila Marina yg belikan, Uncle pon pakai balik....haha...

Normala Saad berkata...

Uncle, tangan saya lebih wajib ada jam tangan dari gelang mas....memang tak boleh pisah dengan jam. Ni pun dalam rangka2 nak beli jam tangan baru hadiah harijadi untuk diri sendiri.

Uncle berkata...

Normala, hbd to you.....harruihh beli satu utk diri seniri...biaq puaaihh...saya pulak, la ni tak pakai pon tak pa dahh...haha..pasai buleh jelin kat mobile..

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...