Selasa, Disember 11, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali bah 18 (akhir)






Assalamualaikum semua. Mohon maaf kerana dah lama saya tak menulis. Yang sebenarnya, secara tiba-tiba saya kehilangan mood untuk menyambung blog ini tetapi entah kenapa sewaktu menunggang kapchai untuk ke tempat kerja, kenangan saya bersama Tan Sri terus-menerus menerjah ke fikiran saya. Tambahan pula tatkala melalui jalan dihadapan IJN.

Saya masih ingat pada suatu pagi tanggal 8hb Mac 2018, Tan Sri mengirimkan pesanan ringkas kepada saya bahawa pada sebelah petangnya bakal diadakan satu mesyuarat bersama dengan rakan-rakan serta ahli persatuannya. Seperti biasa, saya membalas, "Baik, Tan Sri".  Sejam sebelum mesyuarat bermula, saya menghidupkan enjin moto saya dan memecut laju menghala ke arah Bangsar. Ada satu gerai kuih yang saya selalu singgah dan beli untuk Tan Sri. Ia terletak di Lucky Garden, sedikit ke tepi diantara Mahbob dan Giant Hypermarket kalau tak salah saya. Saya beli goreng pisang, cucoq kodok, cucoq ubi. Ada lah 3 peket besar. 

Tan Sri sampai dan memulakan mesyuaratnya. Saya ada disitu. Sesuatu yang saya amat hormat kepada Tan Sri ialah, walaupun kami banyak perbezaan pendapat didalam beberapa isu, tetapi Tan Sri tak pernah menyuruh saya tunggu diluar ataupun jangan berada didalam tempat mesyuaratnya. Walaubagaimanapun, saya faham. Jika ada sesuatu yang Tan Sri agak kurang selesa dengan adanya saya, dari mimik muka dan pandangan sepintas lalu, saya faham bahawa itulah cara sopan Tan Sri memberi isyarat berhemah untuk saya tidak berada bersama. Pernah sekali saya dibawa untuk menghadiri satu mesyuarat. Oleh kerana disana terdapat beberapa tokoh besar,  saya memohon izin daripada Tan Sri untuk hanya menunggu diluar. Selang 10 minit kemudian, pengiring kepada salah seorang tokoh besar itu keluar dan memanggil saya untuk sama-sama berada didalam. Tan Sri menyuruh saya duduk disebelahnya dengan memperkenalkan saya sebagai seorang penulis blog! Saya terkebil-kebil. Tangan saya berpeluh! Dalam hati, saya berdoa agar mereka tidak bertanya jenis apakah cerita-cerita yang saya tulis didalam blog? Yang pasti, kebanyakannya, tak berjenis...satu jam tiga puluh minit yang amat menyiksakan bagi saya! Ditangkap cikgu Azizi dan cikgu Sabarudin kerana tak pergi kelas pon taklah se ngeri ini...

Berbalik kepada mesyuarat Tan Sri tadi, ia berjalan dengan amat rancak. Sesekali diselangi dengan gelak tawa kecil dari semua. Saya turun dan menuju ke arah dapur/pantry. Bancuh kopi untuk diri sendiri dan menjamah sedikit kuih yang berbaki. Tiba-tiba Tan Sri datang dan menegur saya. Katanya, "Shahrir,   sedap sunggoh kuih hari ni....ada lagi ka, pi tambah sikit lagi...". Saya hairan lantas berkata, "Tan Sri, kuih ni lah yang saya selalu dok pi beli kat Tan Sri selama 7-8 tahun ni. Baru hari ni Tan Sri habaq sedap kat saya..." Kami bergelak sakan.....Tan Sri naik keatas dan menyambung mesyuaratnya. Saya masih dibawah mengelamun. Seketika kemudian sekali lagi Tan Sri turun dan kali ini kami makan goreng pisang dan cucoq ubi bersama dari satu piring sambil minum kopi....

Keesokannya, diawal pagi, saya mendapat panggilan daripada salah seorang anak-anak Tan Sri yang memberitahu saya bahawa AYAH dah tiada sewaktu sedang menunggu masuknya waktu subuh. Saya segera bersiap dan terus menuju ke rumah Tan Sri.

Al fatihah



7 ulasan:

Kakcik Seroja berkata...

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh... Aamiin...

Normala Saad berkata...

Alfatihah untuk arwah. Saya kenangkan dia sebagai seorang bekas menteri besar Kedah yangbmempunyai idea yang unik.

xairlinepilot berkata...

As salam Uncle @ Sharil,

Tksh kerana sudi berkongsi samapi habis kenangan bersama TB Arwah TSSJ. Kebetulan saya tinggal di Alor Setar dan berjiran dengan Arwah di Jln Sultanah @ Jalan Day. Setahu saya, Arwah adalah seorang minat membaca, sama dgn Uncle juga dan didapati banyak sangat buku2 Arwah (he even have a library in one of the house) dan sejak pemergian Arwah TSSJ, saya dapati sekarang buku2 peninggalan Arwah diletak di "porch" saja. Amat rugi jika buku2 ilmiah ini terbiar, akan rosak kerana hujan dan matahari.

Kalau Uncle tak keberatan, mohon tolong maklum kepada family Arwah kalau boleh sedekah atau derma kepada library di mana2 saja sebab saya rasa buku2 Arwah sangat tinggi nilai ilmiah dan seperti Uncle maklum, minat Arwah terhadap buku2 sangat tinggi.

Just my 2 cents.....

Uncle berkata...

Kakcik.

Amiin...

Uncle berkata...

Normala Saad.

Benar sekali. Banyak idea-ideanya yang unik..

Uncle berkata...

xairlinepilot

Terimakasih kerana ama prihatin. Saranan yang amat baik sekali dan saya pasti bahawa keluarga Tan Sri sedang dan akan terus melakukan sesuatu di sana.

Saya juga pernah menetap disana. Berek penjara ditahun 1980-1983. Pernah bersekolah di Sek Iskandar selama setahun. Saya sepatutnya masuk ke KSAH tetapi telah menerima tawaran yang lebih awal dari Seremban. Semoga suatu hari nanti kita dapat bertemu. Arwah bapak saya orang Seberang Perak dan arwah mama orang Bakar Bata. Saya boleh dihubungi melalui email di ali.shahrir@gmail.com atau fb saya Mohd Shahrir Ali.

Terimakasih sekali lagi diatas saranannya.

Mummy Eda berkata...

Al Fatihah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Uncle kaya pengalaman.

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...