Isnin, Oktober 09, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 1

(petikan dari entry di FB)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sejak berumur 13 tahun saya dah jatuh hati dengan perjalanan jauh menaiki keretapi. Bersekolah di Seremban dan hanya pulang ke kampung di Pulau Pinang setahun 3 kali membuatkan saya begitu dekat dgn keretapi.

Perjalanan kali ini adalah urutan daripada trip saya dengan Yuya ke Bangkok tahun 2016. Ini juga merupakan 'warmup trip' secara solo saya sebelum saya melangkah kaki dengan lebih jauh lagi. Saya mengimpikan 'solo long distance train trip' menjejaki "laluan sutera" hingga ke Rome. Laluan pedagang-pedagang merentasi benua dgn rempah-ratus, sutera dan juga gun powder. Itu ultimate aim saya. Bila? Bergantung kepada kesihatan dan juga kewangan saya.

Pagi ini saya menaiki ets jam 8 pagi dari KL Sentral menuju ke destinasi terakhir ets yakni di Padang Besar dan seterusnya mengambil connecting train dari sana terus ke Hatyai.
Train datang dan berlepas tepat pada waktunya. Didalam train ets ini, kenangan saya kembali menjurus ke tahun 1981 sewaktu mendapat konsesi ktm utk pulang bercuti setibanya musim cuti sekolah. Seminggu sebelum cuti tiba, fikiran saya tepu dengan pelbagai rencana. Pelajaran di kelas tak dihiraukan. Cikgu Sains Paduan, Yap Kar Hong sering menjeling kearah saya yg terlihat seolah-olah berada didunia sendiri yg sekali-sekala tersenyum tanpa sebab yg valid.

Perebutan utk mendapat tempat duduk didalam train adalah seperti berebut utk membeli tiket bolasepak di stadium merdeka sewaktu Selangor menentang Mohan Bagan (team terkuat bolasepak di India) waktu itu!
Saya melihat seniors membaling beg melalui tingkap even sebelum keretapi berhenti serta aksi-aksi akrobatik mereka melompat masuk melalui tingkap amat "adventurous" sekali. Kali pertama saya seperti 'culture shock' dan terus menggeleng-gelengkan kepala. Kali kedua mereka pulak menggeleng-gelengkan kepala kerana saya lebih pantas menerobos melalui tingkap! Hahaha...
Perjalanan ini bakal mengambil masa maksima selama 5 jam dan saya membeli tiket ETS Platinum yg kurang stesyen hentiannya. Tiket berharga rm120. Malangnya saya masih belum layak mendapat tiket warga emas walaupun tak lama lagi saya bakal meng arah ke situ!

Apa yg saya cari didalam PSTT saya kali ini? Saya ingin mencari diri sendiri. Bersendirian sebegini memberi ruang luas utk saya bermuhasabah diri. Peluang ini memberi saya kesempatan utk saya merencana perjalanan karier dan hidup saya. PSTT ini juga memberi saya kesempatan utk menukilkan perjalanan keluarga saya. Saya enjoy dengan cara saya ini. Sepanjang perjalanan ini juga saya bakal bertemu beberapa rakan lama saya. Kesemua ini akan saya ceritakan nanti.
Bunyi keretapi dilandasan amat menenangkan sekali. Therapautic! Alunan keretapi kembali membawa saya ke alam awal remaja....To all my beloved batchmates from class of 85', you guys are always in my thoughts....

"Live Balanced Life To The Fullest" #unclefrommas


9 ulasan:

mokja berkata...

Have a safe journey uncle. Semoga perjalanan dipermudahkan.

Uncle berkata...

Terimakasih cikgu tapi itu minggu lepas...in fact saya dah balik kl 2 hari yg lepas....

Normala Saad berkata...

Seumur hidup baru sekali naik keretapi. Dari stesen Anak Bukit ke pekan Alor Setar...Dah lupa kena berapa sen tah masa tu. Akhir 70an rasanya.

Hayati Ghazali berkata...

Have a safe and pleasant journey Uncle. Jangan lupa share pengalaman tu kat blog ye :-)

Uncle berkata...

Alamak...akhir 70an? Saya mula naik di penghujung tahun 76 sewaktu arwah bapak berpindah dari Penjara Pulau Jerejak ke Henry Gurney Telok Mas di Melaka.

Uncle berkata...

Hayati, Uncle dah balik pon. Cuma 7 hari kali ni..haha tapi menarik...

Seri Kandi Tanah Jauhar berkata...

sy suka naik keretapi tapi sy serik tentang tandasnya, hihihi

Uncle berkata...

SKTJ.

Zaman bila tu? Sekarang setakat yang saya naik sekarang ni semuanya baik. Apalagi keretapi yang saya naik di Thailand tu! Hebat...

norh berkata...

assalamualaikum uncle :)

fb uncle nama apa?

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...