(cerita ini diambil dari FB posting saya minggu lalu)
Pada saat saya sedang menulis/menaip ini, saya berada didalam 'sleeper
train', katil bawah kelas 2 yg bertolak dari stesyen Hatyai tepat pada
pukul 6.45pm. Kini telah hampir 30 minit keretapi ini berlepas dan saya
terasa seperti diawangan. Terbuai-buai kekiri dan kanan.
Pagi
tadi saya memohon kepada pihak hotel utk check out sedikit lewat dari
waktu kebiasaannya yakni pukul 2 petang. Tunggu di lobi hotel, kepala
otak saya ligat berfikir apa yg harus saya buat bagi menunggu keretapi
yg dijadualkan berlepas pada pukul 6.45pm. Saya menyandang beg di bahu
dan kembali melangkah ke kedai Sulaiman untuk makan tengahari. Dua hari
saya disitu utk minum, tidak kelihatan seorang pun yg mengunjungi kedai
makan tersebut. Saya hairan..apabila berada disituasi sebegini, anda
janganlah pergi bertanya kepada "tokmoh". Jawapan yg bakal anda terima
ialah, 'terkena buatan orang' ataupun 'ada orang dengki'. Berdasarkan
kepada jawapan clichè yg sering kita dengar, saya memberanikan diri utk
memesan makan. Saya pesan ayam masak merah, nasi putih dan juga bistik
(bistik? beef steak?) manakala minuman yg saya pesan ialah kopi ais. Oh,
lupa nak bagitahu. Kehadiran saya langsung tak disedari walaupun saya
melintas betul-betul disebelah gadis manis pekerja restoran tersebut.
Beliau asyik bermain game di mobilenya....saya mengambil menu sendiri
dan duduk di meja belakang berhampiran cashier...saya memanggil cashier
dan memberitahu yg saya nak makan! To cut the story short, kesemua
makanan yg saya pesan, tak sedap. Entah kenapa kesemua masakannya terasa
tomato based! Terlalu 'kental' dan terasa spt tomato sauce jenama maggi
yg dituang kedalam kuali dan dipanaskan. ...Seperti kebiasaannya,
walaupun tak sedap, saya habiskan juga makanan yg saya pesan kerana
menghormati tukang masaknya yg masak! Kini saya faham kenapa tidak ada
kelibat seorang pun yg makan dan minum di restoran tersebut selama 2
hari saya disitu! Misteri terungkai sudah....
Selesai makan, saya
berjalan longlai menuju ke stesyen keretapi. Cuaca sedikit redup dan
agak dingin. Setahun yg lalu, diwaktu yg hampir sama, saya berjalan
dengan Kamal Ariffin Yuya menyusuri sungai Chao Phraya di Bangkok. Terdetik dibenak saya, cepat masa berlalu....
Sesampainya saya di stesyen, saya terfikir, apa saya nak buat selama 4
jam sebelum keretapi bertolak? Kaki saya melangkah laju menuju ke Hatyai
Train Station Hotel/Hostel. Di resepsi, saya mengambil katil di
dormitory yg berharga baht150 utk 3-4 jam berehat. Depositnya baht300
dan akan dipulangkan semula apabila kita serahkan kunci sewaktu check
out. Ada 4 katil didormitory tersebut. Ada penghawa dingin, tilam keras
(saya selesa), bantal keras, selimut baru dikeluarkan dari plastik
laundry, tuala mandi, sebuku kecil sabun mandi dan sepeket shampoo. Not
bad....saya caskan mobile saya dan terlelap nyenyak.
Jam 5.45pm
saya terbangun dengan sendirinya. Bersiap dan turun ke resepsi utk
mengembalikan kunci dan mengambil wang deposit saya semula. Terasa
sedikit segar. Mungkin pada usia yg muda (muda?) sebegini saya
memerlukan rehat yg cukup ketika berjalan jauh......hmmmmm.....
Usai membeli sebotol besar air mineral saya hampiri pintu masuk stesyen
keretapi Hatyai dan scan beg sandang saya. Capai semula beg sandang,
saya lihat keretapi ke Bangkok telahpun berada dilandasannya. Saya di
koc bernombor 4 dan katil bawah saya bernombor 34. Tiket kelas 2 tempat
tidur katil bawah ini berharga baht945. Obviously katil atas sedikit
murah manakala ruang kepalanya sempit. Pilihan saya tepat. 30 minit
bergerak, barulah pekerjanya menukarkan tempat duduk kami menjadi sebuah
katil utk saya harungi perjalanan selama hampir 16 jam ini...Diberikan
bantal, selimut, disisi saya ada reading light dan socket utk mengecas
peralatan spt telefon bimbit. Sangat convenient. Tempat tidurnya selesa
dan lebih lebar. Personally, saya prefer yg ini dari sleeper train ktm
kita..
Malam ini saya akan cuba dapatkan rehat yg secukupnya
kerana esok, hari saya amat panjang sebelum mengambil connecting train
ke Nongkhai pada jam 8 malam, hari yg sama. Tapi seperti yg saya
beritahu sebelum ini, di Bangkok saya akan bertemu rakan lama saya dan
kemudian saya ada sedikit tugasan rasmi yg perlu diselesaikan sebelum
mencari hostel murah utk saya berehat dan mandi sebelum bersiap utk
perjalanan seterusnya...
Saya suka perjalanan seperti ini. Tidak
ada dateline (tetapi harus selesaikan juga beberapa tugasan penting),
menaiki keretapi seorang diri, bertemu rakan lama, singgah dibeberapa
café dan hostel-hostel kecil yg murah, melihat kehidupan masyarakat
setempat serta mengambil foto. MasyAllah...inilah yg sering saya
nyatakan sebagai nikmat dunia! Good night people dan nantikan sambungan
cerita saya esok yakni selesai pertemuan saya dgn rakan lama
saya....SELAMAT MALAM!
#unclefrommas
7 ulasan:
Kakcik baca semua catatan Uncle di fb...dan ianya menyeronokkan... :)
Terimakasih Kakcik kerana setia mengikuti cerita saya....
Kalaulah masih bertenaga dan ada kesempatan mau ajak cikli pi jalan jalan begini. Light and easy. Cerita uncle buat saya mengimbau kembali kenangan balik dari KL ke Perlis naik keretapi Senandung Malam. Tak boleh tidoq langsung kerana ketapi dok goyang goyang.Besok pagi jln pun terhoyong hayang. haha.
Cikgu, saya rasa yg paling dekat utk cikgu ialah pekan Songkhla. la ni dah cantik...banyak street art, murals, tiny and hip cafés, rumah2 lama dan gudang lama yg diubah menjadi tempat utk pelancong kunjungi. Juga banyak boutique hotels. Tak banyak stall perniagaan spt di hatyai...mungkin dikawal oleh majlis daerah dan yg paling bagus ialah kawasan tersebut "bersih" dari gejala maksiat. Itu pengamatan saya selama beberapa jam disitu. Jika sebaliknya, tak pasti pulak saya..
Lady Windsor.
Mohon maaf sebab Uncle terpadam komen LW yg ditinggalkan. Walaubagaimanapun, Uncle masih ingat intipatinya..
Uncle juga terkejut kenapa makanannya tak sedap spt kebiasaan gerai/kedai Thai yg lain. Tetapi hakikatnya begitulah. Uncle rasa ini perniagaan keluarga kerana pekerjanya semua pompuan, muka seiras dan rasanya usia mereka berturutan. Yg sulong buleh cakap melayu/thai manakala 2 lagi pompuan tak reti. Uncle rasa mak depa jadi cashier. Mungkin ia hanya business sampingan...lelaki (ayah atau abg) tak kelihatan..
Tapi sejak hari pertama (Uncle pi 3 hari berturut utk minum hanya last day order lunch)
Tak pe Uncle..terdelete ke apa, tak dal hal punyalah..
Saya rasa betui tu, depa bisness suka-suka ja..sebab kalau depa nak bisness betui2, mesti depa cari tukang masak yang tahu tackle 'citarasa' dan selera pelanggan kan. Dan setahu saya lagi laa, orang Siam ni kalau bab masak dan makan, depa tak main-main nak-nak lagi kalau yang muslim. Pun begitu ada juga yang makan ular dan segala bagai haiwan eksotik lain dan depa bukan muslim so tak jadi masalah dengan kita.
o ya, kat AU2 tu Uncle ada satu food court yang berhadapan dengan pejabat kastam tu..kat situ ada satu kedai siam offer nasi daging padprik...saya dulu masa dok AU3, tiap-tiap minggu ulang p makan sebab rasa kena dengan tekak..hehe sebenarnya memang depa masak sedap...padahal lelaki yang masak, kombinasi anak dan ayah rasanya. La ni pun masih ada..
AU2? Hahahahhahaha...thanks for the info...insyAllah bila free, Uncle akan sampai...
Catat Ulasan