Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan.
2. Walaubagaimanapun saya ingin menjemput anda semua ke facebook saya untuk membaca kisah-kisah saya. Pergi ke fb dan taip saja nama saya. Mohd Shahrir Ali.
3. Disitu saya update hampir setiap hari cerita-cerita saya berkenaan daily routines, aktiviti ragbi saya setiap hujung minghu selepas program Masjid Jamik dan terbaru ialah masukan tentang pembikinan Boutique Hotel yang bakal beroperasi tak lama lagi.
4. Singgahlah di fb saya ya...jika suka dengan cerita-ceritanya, tekan saja butang like. Lebih indah jika anda meninggalkan sedikit komen diruang 'komen'.
Jumpa disana ya....
Merupakan satu kisah perjalanan dan kehidupan aku mengembara mencari rezeki untuk dijadikan tauladan oleh anak-anak aku dikemudian hari. Jika ada yang berminat untuk mendapatkan gambar ataupun cerita dari blog ini, silalah berhubung dengan aku terlebih dahulu! Terimakasih.
Khamis, Februari 20, 2020
Jumaat, Januari 24, 2020
Sibuk betul!
Ini merupakan route saya pergi dan balik kerja setiap hari. Dah lama saya nak berhenti dan ambil gambar tetapi oleh kerana jalan agak sesak dan selalu juga cuaca kurang memuaskan, saya terpaksalah batalkan hasrat saya. Tetapi pagi ini jalanraya lengang. Orang dah mula bercuti dan balik kampung. Cuaca yang panas pula menaikkan seri langit yang biru tanpa setompok pun awan. Cepat-cepat saya rapat ke bahu jalan, keluarkan talipon bimbit saya dan snap. Puas. Simpan talipon dan terus memecut menuju ke destinasi kerja. Haha, akhirnya dapat juga saya ambil gambar bangunan 2 ni..
Pagi tadi saya mencari dokumen penting yang saya amat-amat perlukan untuk satu tugasan maha penting pada minggu depan. 2 jam saya selongkar meja , shelves dan laci sekeliling saya. Tak berjumpa. Menarik nafas panjang dan sekali lagi memulakan pencarian. Masih tak berjumpa. Tak mengapa saya harus ke tempat satu lagi di Bukit Damansara dan cari disana. Saya konfiden yang dokumen yang saya cari ada disana. Juga sama. Selongkar sini dan sana tetapi masih tetap hampa. Total pencarian ialah selama 2 jam dipejabat sekarang dan satu jam dipejabat lama. Jumlahnya 3 jam! Saya sakit hati.
Balik semula ke office dan bersiap untuk ke masjid berdekatan untuk solat Jumaat. Dalam perjalanan ke masjid, saya berdoa agar saya temui dokumen penting itu. Berdoa dan terus berdoa. Usai solat saya berhenti digerai tepi jalan untuk membasahkan tekak. Saya terus sambung berdoa.
Naik ke pejabat, saya bersandar sambil memikirkan dimanakah dokumen tersebut saya letakkan...Dah habis semua tempat saya selongkar dan saya pasti. TIDAK ADA. Saya mula menulis sesuatu didalam buku nota saya untuk semua appointments saya minggu depan. OUT TRAY saya agak semak dengan beberapa fail. Saya keluarkan semua fail, ketuk-ketuk untuk ratakan hujung kesemua fail, Tiba-tiba saya ternampak dokumen yang saya cari seluruh pagi tadi rupanya ada diatas meja saya, di OUT TRAY dan difail yang paling atas......masyAllah......alhamdulillah...syukur saya jumpa....kalau tidak, sia-sia kerja saya hampir dua setengah tahun ni. Dan dibanyak-banyak tempat, ia berada betul-betul diatas meja saya.....Aduuhhhhhhhhhh (setelah merata saya pergi cari)
Jumaat, Januari 10, 2020
J - Sebuah Hotel Butik
Ramai yang tersalah anggap dengan istilah ini. Ramai juga pengusaha yang tersalah guna perkataan ini. Penggunaan perkataan 'boutique hotel' sewenang-wenangnya amat saya kesali. Deretan kedai 2-3 tingkat yang diconvert menjadi tempat penginapan, dijenamakan sebagai 'boutique hotel'. Ini amat 'tak kena'.
Boutique Hotel ialah sebuah hotel unik. Tidak banyak bilik-bilik inapnya. Ia juga menyediakan 'personalised service'. Personalised service yang merangkumi banyak perkara sedari guest arrival hinggalah ke guest departure. Mereka kenal tetamu-tetamu mereka. Mereka membuat 'homework' tentang kedatangan tetamu-tetamu mereka. Mereka merekod 'likes' dan 'dislikes'. Mereka juga diibaratkan sebagai 'one stop centre' kepada para tetamu. Para petugasnya berpengetahuan luas tentang tempat-tempat menarik. Mereka knowledgeable.
Mereka tidak ramai tetapi cukup untuk menjadikan operasi hotel itu 'nyaman'. Para petugasnya amat 'attentive' tetapi tidak sampai mengganggu 'privacy' para tetamu.
Boutique Hotel ini amat istimewa kerana mereka tiada duanya. Tidak terdapat boutique hotel yang 'duplicate' ditempat-tempat lain. Kebiasaannya ia dipunyai oleh orang persendirian yang ada 'sense' tentang hospitality. Memasuki hotel-hotel sebegini merupakan suatu pengalaman. Pengalaman yang payah nak diceritakan tetapi amat indah tatkala sedang dinikmati.
Rekaan dalamannya lebih kepada konsep yang ingin diketengahkan oleh pemilik-pemilik persendirian ini. Pemilik-pemilik ini biasanya akan mencetuskan garapan-garapan hiasan bertitik-tolak dari pengalaman mereka. Dimana mereka pernah menginap, apa yang mereka gemari, tona warna apa yang mereka sukai. Apakah mereka minimalis atau apakah mereka ingin ketengahkan idea-idea berat didalam hasil boutique hotel mereka. Ada yang mengenengahkan ruangan mini library kerana mereka gemar membaca. Ada yang menonjolkan lukisan-lukisan abstrak kerana mereka suka melukis. Ada yang menonjolkan senibina kayu kerana itu hobi mereka. Nah..itulah kelebihan 'boutique hotel'. Bukan sewenang-wenangnya menzahirkan sebuah hotel ala-kadar tetapi dijenamakan sedemikian....
- orang baru dunia perhotelan
Jumaat, Januari 03, 2020
Selamat datang 2020
Assalamualaikum semua. MasyAllah sudah hampir setahun saya mendiamkan diri tanpa berita.
Ini tiba-tiba saya terpanggil untuk cuba menulis dari mobile sahaja kerana rasanya lebih mudah untuk saya buat masukan baru. Itupun jika ada yang ingat kepada saya ataupun masih mahu membaca cerita-cerita saya. Haha.....ada ka?
Rabu, Februari 20, 2019
2019 yang indah (setakat ini)
![]() | |||||
| Marina and I |
Alhamdulillah kini kita sudah menjejak kaki ke bulan Feb tahun 2019. Tanggal 9hb Feb yang lalu, umur saya meningkat lagi sebanyak setahun. Dengan bangganya saya kini berusia 51 tahun. Umur yang tak terlintas difikiran saya sewaktu dizaman kanak-kanak dulu. Dikala kecil, saya tak mampu nak membayangkan bagaimanakah keadaan saya tatkala umur menjengah ke usia 50. Terasa seperti orang tua-tua. Terasa seperti arwah bapak suatu masa dulu. Terasa seperti pakcik-pakcik dilorong kawasan perumahan saya yang hanya berkain pelikat dan berlenggeng memberikan makan ayam peliharaan ataupun menyapu dedaun mangga yang luruh kering. Hahahahahahaha......fast forward, saya kini sedang meniti usia tersebut!
Saya bersyukur, diumur sebegini, saya masih boleh bekerja dengan baik, masih turun berlatih bermain bola lonjong saban minggu walaupun sekarang tidak lagi bermain full contact rugby tetapi sekurang-kurangnya saya masih mampu menjalani latihan intensif dari jam 9 pagi hingga ke jam 3 petang Sabtu lalu dan kembali menyarung boots keesokan harinya dan terus berlatih dari pukul 9 hingga ke pukul 12.30 tengahari. Saya bernasib baik kerana anak-anak dah besar sekarang ini dengan mereka berumur 21, 18 dan 13. Saya juga amat bersyukur kerana masih mampu meneuskan hobi saya iaitu menjejalajah secara solo dengan menaiki keretapi bagi melaksanakan misi "Trans Java Solo Train Ride" saya tempohari.
Ada juga yang bertanya, apakah saya membelanjakan wang yang banyak setiap kali saya mengembara. Bagaimanakah saya merancang? Jawapan saya, saya tidak menggunakan wang yang banyak. Tetapi saya merancang dan berbelanja dengan berhemah. Bagaimana saya boleh berbuat sedemikian?
Setiap perjalanan solo saya, saya rancang diantara 6 hingga 12 bulan. Segala detail saya catatkan. Saya melancong bukan untuk shopping dan bukan juga untuk berpesta makan. Niat saya melancong selai daripada hobi ialah juga untuk melihat budaya asing. Untuk trip yang baru lalu, saya berkelana selama seminggu. Menaiki Malindo untuk pergi dan AA untuk pulang. Saya menginap di 4 tempat berbeza. Hari pertama saya menginap di rumah tumpangan yang berharga RM60. Minum teh botol yang dibeli dari gerai berhampiran. Tujuan saya melancong bukanlah untuk berpesta makan. Sepanjang seminggu saya disana, hanya sekali saya makan nasi padang. Itupun kerana hujan terlalu lebat dan saya tak boleh keluar kerana terlalu 'macet'. Itupun saya pesan nasi padang saya melalui GRAB FOOD! Nasi padang tersebut dan Sup Buntut Goreng merupakan makanan mewah saya. Minus my heavenly breakfast at JW..
Keesokannya saya menaiki keretapi ke Jogja selama 8 jam dan menginap di "losmen" yang berharga rm60. Makan digerai celah-celah lorong di Malioboro dan minum kopi di warkop yang banyak dipinggir jalan. Selang beberapa hari di Jogja dan setelah melawat Borobudur dan Prambanan saya kembali menaiki keretapi selama 5 jam ke Surabaya. Oleh kerana saya telah ber backpack selama beberapa hari, saya manjakan diri selama satu hari dan menginap di JW Marriott Hotel di Surabaya. Enjoy facilitiesnya seperti gym, sauna dan steam bath, pulang ke bilik, makan cup noodle dan tidur ditilam yang paling empuk dalam dunia. Breakfast esoknya saya makan American Buffet Breakfast. Hahahahahahaha....Ok, penginapan ini mahal sikit tapi, ia berbaloi pada pendapat saya. Check out dari situ saya menginap pula dihotel murah yakni POP Hotel. Harganya juga sekitar rm60 semalam. Jadi, all in all, saya hanya berbelanja minimal. Duit ini saya kumpul selama 6 bulan sejak mula merancang.
Saya dan keluarga jarang makan diluar. Mungkin 2-3 bulan sekali baru kami makan diluar jika ada acara seperti birthday anak-anak dan sebagainya. Jika tidak, setiap hari kami makan dirumah dan kami sekeluarga membawa bekal ketempat kerja.
Apa yang ingin saya nyatakan disini ialah, berbelanjalah dengan berhemah. Oh ya, setiap kali sebelum saya kemana-mana, keperluan rumah telahpun dilengkapkan dan segala bayaran yang perlu dilakukan telah langsai. Jadi, jika kita berbelanja dengan berhemah, insyAllah kita akan mampu melakukan apa yang kita impikan walaupun dengan skala yang amat sederhana.
Cubalah....anda juga mampu melakukannya!
#livebalancedlifetothefullest
Rabu, Disember 19, 2018
IQ (dari 13 ke 50)
![]() | ||
| jr, iq dan boyo |
Iq ni budak 03. Sama macam saya. Tapi 03nya terus bermastautin disitu sedangkan saya tidak! Saya hanya mengenali beliau setelah kami masuk kedalam kelas yang sama, yakni 1 Putih (of all the names - hahahha) pada tahun 1981 dan guru kelas kami ialah Cikgu Azizi Sihab. Saya tak ingat apakah kami pernah duduk bersebelahan, tetapi kami sering bersama jika ada kesempatan. Ke kantin diwaktu rehat dan usai prep malam, ke surau, ke padang disebelah petangnya, melepak dibilik mahupun mencuci baju! Kami jadi akrab.
Saya tak menyangka walaupun beliau budak pantai timur dengan pelat yang pekat, sebahagian dari dirinya juga sebenarnya berdarah Negori. Lebih spesifik sekali, Kuala Pilah! Kadang-kadang Iq ada juga mengajak saya pulang ke kampungnya di KP. Saya masih ingat lagi yang kami menaiki bas dari stesyen bas lama menuju ke Pilahdelphia (panggilan kami dulu). Kalau tak salah, rumahnya separuh papan dan separuh batu. Ada tanah luas dengan rumput menghijau dan pokok buah-buahan. Saya suka kesitu kerana suasananya amat kampung. Anak-anak ayam masih berlari kesana-sini. Amat mendamaikan. Iq juga sering mengajak saya pulang ke kampungnya di Kuala Krai dan sering menceritakan cerita-cerita indah berkenaan air terjun di Lata Rek dan saya sungguh kesal kerana sehingga kini saya masih belum pernah melawat kampungnya disana!
![]() |
Gambar atas menunjukkan kami pada tahun 1985. Dah pun tingkatan 5 waktu itu. Iq duduk disebelah kiri sekali manakala saya disebelahnya. Sebelah saya ialah Chico, Mat Jeng (prefek), Ketard. Depan Iq yang tengah menyuap itu ialah Izamin manakala disebelahnya pula ialah Anje. Iq ni memang kena dengan panggilan namanya. Iqnya memang tinggi. Merupakan salah seorang pelajar batch 85 yang bakal menyinar didalam peperiksaan SPM. Saya rasa semua guru-guru dan pihak sekolah dah dapat mengagak keputusan positif yang bakal beliau dapat. Samalah juga macamana pihak sekolah amat susah hati dan dah boleh mengagak keputusan negatif yang bakal saya dapat. Hahahahahahaha! What a contrast.....
Salah satu yang saya puji tentang Iq ni ialah daya konsentrasinya yang amat tinggi. Didalam kelas, jika pelajaran itu berdurasi selama 2 period 40 minit, maka selama 80 minit itulah pandangan dan juga tumpuannya tak terganggu. Berlainan dengan saya yang konsentrasi saya hanya berdurasi selama 3 minit dan seterusnya saya akan mengganggu orang lain! Beliau amat serius dengan setiap apa yang dilakukannya. Prep petang dan prep malam dia samada membuat homework ataupun sibuk mengulangkaji pelajaran. Saya, samada saya bersembang atau buat-buat sibuk.
Selain dari satu kelas sejak dari tingkatan 1, kami juga terus berada dikelas yang sama sehingga ke tingkatan 5. 5 Al Tabari. Kelas budak-budak hebat! Hahahahahahahaha....selain dari itu, kami juga didalam kumpulan pengakap yang sama.
Setiap masa santai yang terluang, kami sering bercerita mengenai pengembaraan. Iq merupakan rakan yang mengikuti saya mengembara ke Langkawi dari Seremban sewaktu kami di tingkatan 2. Saya ada menceritakan perkara ini didalam masukan blog saya yang terdahulu. Seorang yang amat adventurous dan pada umur-umur sebegitu, semuanya jadi mencabar tanpa memikirkan risiko!
Iq merupakan bukan orang pertama yang akan saya cari jika terputus bekalan "asap" malah beliau merupakan bantuan terakhir yang akan saya dapatkan kerana jenamanya ialah Benson sedangkan kami semua Marlboro. Tetapi seperti kata pepatah, "tiada rotan, akar pon jadi", BH pon BH lah...........hahahahahahahaha.......
![]() | ||
Gambar diatas menunjukkan kami sedang menunggu pasukan ragbi dari Thailand untuk sampai ke sekolah nasi kawah kami. Berdiri dari kiri ialah Judd, Apam, Dino, Kuyat, Chico, Iq, BuG, Uncle dan yang berdiri segak dengan memakai blazer ditengah panas, Demang. Dari dulu sampai sekarang Demang masih pakai blazer!
Setelah tamat peperiksaan, Hampir kesemua mereka telah mendapat sponsorship untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sebahagian kecil di universiti tempatan dan seperti yang dijangkakan, saya tak mendapat apa-apa. Hahahahahahaha...............Dan Iya, Iq, seperti yang dijangkakan, melanjutkan pelajaran ke New Zealand. Sepanjang beliau disana, kami terputus hubungan.
Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, teknologi canggih telah memudahkan kami untuk bersatu semula. Seorang demi seorang mula kembali ke tanahair dan bekerja dengan sponsor masing-masing. Berita pertunangan rakan-rakan mula sampai ke telinga saya. Selang setahun dua, kad jemputan ke majlis perkahwinan pula menyusul. Saya tak tahu saya berada dimana tetapi saya tidak menghadiri majlis perkahwinan Iq. Seorang demi seorang mendapat anak. Anak-anak pula kemudiannya mula masuk ke sekolah dan begitulah seterusnya.
Apabila masa mengizinkan, Iq akan datang membantu saya dan ahli Unggas KL yang lain di MJ. Membungkus makanan, mengagihkan makanan serta memberi pakaian pada yang memerlukan. Tahun lalu saya mendapat jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sulung beliau yang dilaksanakan di Ampang. Berhampiran dengan rumah saya. Saya hadir. Kami berpeluk sakan, menggenggam erat tangan masing-masing sambil mengucapkan tahniah.
Kini, saya mendapat berita gembira dari Iq. Beliau bakal menimang cucu tak lama lagi. Saya tumpang seronok. Pada masa yang sama, sambil minum neskapeyy, saya tersenyum sendirian mengenangkan perjalanan hidup kami. Bertemu sewaktu berumur 13 tahun ditahun 1981. Berada didalam kelas yang sama, pasukan pengakap yang sama, minat mengembara yang sama, dilahirkan dinegeri yang sama, menetap dikawasan yang hampir sama kini....dan kini beliau bakal mendapat cucu! Hahahahahahahaha........Iq dimata saya masih merupakan seorang budak 13 tahun yang saya kenal 37 tahun dulu. Berbadan kecil tetapi bercita-cita besar. Wow.........Iq bakal menimang cucu.......tak tercapai akal saya dan inilah yang sering membuatkan saya tersenyum sendirian tatkala menghirup neskapeyy panas.....
#livebalancedlifetothefullest
#43daystogo
Selasa, Disember 11, 2018
Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali bah 18 (akhir)
Assalamualaikum semua. Mohon maaf kerana dah lama saya tak menulis. Yang sebenarnya, secara tiba-tiba saya kehilangan mood untuk menyambung blog ini tetapi entah kenapa sewaktu menunggang kapchai untuk ke tempat kerja, kenangan saya bersama Tan Sri terus-menerus menerjah ke fikiran saya. Tambahan pula tatkala melalui jalan dihadapan IJN.
Saya masih ingat pada suatu pagi tanggal 8hb Mac 2018, Tan Sri mengirimkan pesanan ringkas kepada saya bahawa pada sebelah petangnya bakal diadakan satu mesyuarat bersama dengan rakan-rakan serta ahli persatuannya. Seperti biasa, saya membalas, "Baik, Tan Sri". Sejam sebelum mesyuarat bermula, saya menghidupkan enjin moto saya dan memecut laju menghala ke arah Bangsar. Ada satu gerai kuih yang saya selalu singgah dan beli untuk Tan Sri. Ia terletak di Lucky Garden, sedikit ke tepi diantara Mahbob dan Giant Hypermarket kalau tak salah saya. Saya beli goreng pisang, cucoq kodok, cucoq ubi. Ada lah 3 peket besar.
Tan Sri sampai dan memulakan mesyuaratnya. Saya ada disitu. Sesuatu yang saya amat hormat kepada Tan Sri ialah, walaupun kami banyak perbezaan pendapat didalam beberapa isu, tetapi Tan Sri tak pernah menyuruh saya tunggu diluar ataupun jangan berada didalam tempat mesyuaratnya. Walaubagaimanapun, saya faham. Jika ada sesuatu yang Tan Sri agak kurang selesa dengan adanya saya, dari mimik muka dan pandangan sepintas lalu, saya faham bahawa itulah cara sopan Tan Sri memberi isyarat berhemah untuk saya tidak berada bersama. Pernah sekali saya dibawa untuk menghadiri satu mesyuarat. Oleh kerana disana terdapat beberapa tokoh besar, saya memohon izin daripada Tan Sri untuk hanya menunggu diluar. Selang 10 minit kemudian, pengiring kepada salah seorang tokoh besar itu keluar dan memanggil saya untuk sama-sama berada didalam. Tan Sri menyuruh saya duduk disebelahnya dengan memperkenalkan saya sebagai seorang penulis blog! Saya terkebil-kebil. Tangan saya berpeluh! Dalam hati, saya berdoa agar mereka tidak bertanya jenis apakah cerita-cerita yang saya tulis didalam blog? Yang pasti, kebanyakannya, tak berjenis...satu jam tiga puluh minit yang amat menyiksakan bagi saya! Ditangkap cikgu Azizi dan cikgu Sabarudin kerana tak pergi kelas pon taklah se ngeri ini...
Berbalik kepada mesyuarat Tan Sri tadi, ia berjalan dengan amat rancak. Sesekali diselangi dengan gelak tawa kecil dari semua. Saya turun dan menuju ke arah dapur/pantry. Bancuh kopi untuk diri sendiri dan menjamah sedikit kuih yang berbaki. Tiba-tiba Tan Sri datang dan menegur saya. Katanya, "Shahrir, sedap sunggoh kuih hari ni....ada lagi ka, pi tambah sikit lagi...". Saya hairan lantas berkata, "Tan Sri, kuih ni lah yang saya selalu dok pi beli kat Tan Sri selama 7-8 tahun ni. Baru hari ni Tan Sri habaq sedap kat saya..." Kami bergelak sakan.....Tan Sri naik keatas dan menyambung mesyuaratnya. Saya masih dibawah mengelamun. Seketika kemudian sekali lagi Tan Sri turun dan kali ini kami makan goreng pisang dan cucoq ubi bersama dari satu piring sambil minum kopi....
Keesokannya, diawal pagi, saya mendapat panggilan daripada salah seorang anak-anak Tan Sri yang memberitahu saya bahawa AYAH dah tiada sewaktu sedang menunggu masuknya waktu subuh. Saya segera bersiap dan terus menuju ke rumah Tan Sri.
Al fatihah
Jumaat, Oktober 05, 2018
Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali bah 17
Assalamualaikum dan bertemu sekali lagi kita pada kali ini setelah agak lama saya mendiamkan diri mengumpul bahan. Sewaktu saya dan TS masih disana, kami telah bertemu dengan seorang tokoh besar negara secara kebetulan. TS dan 'tokoh besar (TB)' ini terus sambung berbual manakala saya pula yang tiba-tiba tenggelam punca tak tahu apa nak buat, memulakan conversation saya dengan salah seorang pengiringnya. Kami bertukar nombor talipon. Malamnya saya menghantar pesanan ringkas kepada beliau dan mengajak beliau keluar makan tetapi ditolaknya dengan sopan kerana harus mengiringi TB untuk makan malam....
Sewaktu saya pulang ke KL dan bertemu sambil berbual dengan rakan saya Jamsari, saya ceritakan kepada beliau bahawa sewaktu saya disana, saya telah bertemu dengan TB tersebut dan ada berhubung pula dengan pegawai khasnya merangkap pengiring TB tadi......Jamsari yang mendengar cerita saya dengan khusyuk tiba-tiba tersenyum sambil memberitahu saya, "Ohhhh itu R....adik bongsu saya tu!" sambil menunjukkan saya foto keluarga mereka yang diambil sewaktu raya sebelumnya! Hahahahahahaha.....saya tampar dahi, mulut saya melopong! Dalam fikiran saya berfikir, "macamana buleh jadi lagu ni?"
Saya bukanlah kaki shopping. Jika saya pergi dengan 3 helai baju, begitu jugalah apabila saya balik. Tidak ada apa yang saya beli untuk diri sendiri. Kecuali untuk anak-anak. Bagi saya, cukuplah dengan mengambil foto dan menulis diblog sebagai bahan bukti yang saya pernah menjejakkan kaki disana. Saya lebih kepada cafe hopping, melihat bangunan-bangunan lama serta baca novel di park dan alhamdulillah Landen merupakan tempat ideal untuk saya melaksanakan apa yang saya suka ditambah pula dengan cuacanya yang nyaman.
2 minggu berada di kota Landen membuatkan saya tambah memahami diri seorang tokoh besar negara ini. Sewaktu menaiki pesawat untuk pulang, fikiran saya kembali melayang memikirkan bahawa TS merupakan seorang tokoh yang melihat sesuatu bukan hanya dengan mata kasar. Seorang tokoh yang menilai dan terus menilai setiap sesuatu yang hendak disampaikannya. Bagi kebanyakan orang, tokoh ini bolehlah dikatakan sebagai satu figura serius setiap kali berbicara tetapi bagi saya, tidak. Of course beliau seorang yang tegas dan serious tetapi sisi yang saya kenali merupakan sisi luarbiasa beliau yang tak mungkin dapat dilihat oleh orang lain. Cara pertuturannya, mimik mukanya, 'chamdek'nya, buah fikirannya, cara kerjanya, cara pemakanannya, sahsiah dirinya, hubungannya dengan orang sekelilingnya. Amat menakjubkan saya. Sesungguhnya saya amat bertuah kerana dapat mengenali beliau dengan lebih dekat. Lebih dekat daripada orang lain yang mengenali beliau. Kenangan saya bersama beliau selama 8 tahun terus tersemat jauh disudut hati saya. Al fatihah...
#livebalancedlifetothefullest
Jumaat, September 07, 2018
Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali bah 16
Perjalanan saya kesana telah menemukan saya dengan seorang rakan lama saya yang sama-sama makan nasi kawah dengan saya dulu disekitar tahun 80an. Kami pernah bersekolah rendah yang sama sewaktu di Melaka dan surprisingly sewaktu saya masuk ke sekolah menengah nasi kawah di Seremban, beliau merupakan senior setahun saya. He is no other than my beloved brother ML (lain mak dan lain bapak) yang dah berpuluh tahun bermastautin di kota Landen. Anak-anak ML dah besar dan bersekolah disana.....message saya kepada ML ialah, "you better stay there......senang aku nak pergi!" hahahahahahaha...
Since saya dan TS berjanji untuk bertemu dan bersarapan bersama, saya tanya ML pada malam sebelumnya apakah beliau available untuk bersarapan dengan kami? Alhamdulillah dipagi harinya ML memberitahu saya bahawa beliau free dan akan menjemput saya di hotel. ML menunggu didepan lobi dengan kereta barunya. Saya tak perasan kereta yang mana satu kerana kereta yang dipandunya hebat....hahahahahahaha....ML keluar dan menggamit saya. Hahahahahahaha....sekali lagi saya rasa macam orang kaya! ML memecut laju kearah mana pun saya tak tahu tapi matlamat kami ialah untuk menjemput TS.
Kami bersarapan disebuah restaurant yang saya pon tak ingat namanya. Kami bertiga. Minum, makan, bergelak-ketawa. Minum, makan, bergelak-ketawa. Itulah TS. Tatkala kami duduk, takada cerita serious yang dibincangkan. Semuanya cerita-cerita santai yang kesudahannya happy ala-ala cerita Bollywood. Mungkin pada waktu-waktu tertentu TS juga mahu bercerita perihal perkara-perkara tak masuk akal dan lawannya bercerita ialah saya...hahahahahaha....Banyak ceritanya...tersangat banyak hingga tak mampu saya ceritakan disini. Kadang-kadang bila saya duduk sorang-sorang, saya akan terfikir kembali dan mengangguk-angguk kepala seorang diri mengiyakan apa yang TS pernah ceritakan kepada saya..
TS berpesan kepada ML untuk mengunjungi beliau bila-bila ML pulang ke KL dan kalau tak salah saya ada sekali kami bertiga bertemu di KL. Di Coffee Bean. TS seorang yang kuat daya ingatannya. Selalu menebak saya dengan kembali bertanya sesuatu perkara yang dah berlalu beberapa bulan yang lalu. Jika dari segi umur sepatutnya saya lah yang lebih banyak ingat.....hahahahaha tetapi ini tidak. Saya pulak yang banyak lupa! TS juga acapkali mengesyorkan saya untuk membaca banyak buku untuk menguatkan ingatan saya, katanya!
Ada sekali kami berjanji untuk bertemu sambil minum petang disebuah tempat yang 'best'. Setelah hampir pada waktunya, saya mula melajukan langkah saya menuju ke tempat tersebut kerana tidak mahu terlambat. Alhamdulillah saya tidak lambat apabila bertemu TS dihadapan bangunan besar tersebut. Saya bertanya kemanakah tujuannya dan TS hanya tersenyum sambil mengenyitkan mata kepada saya. Hahahahahahaha.....best ni...kami masuk ke dalam dan sewaktu sampai di hadapan restaurant, TS memberitahu yang beliau ada reservation. Kami dibawa ke meja kami. Memesan makanan dan minuman, saya memandang sekeliling....alamak, tak ada yang berpakaian macam saya...hahahahahaha....semuanya diambil jacket mereka sewaktu sampai! Kasut mereka berkilat-kilat...kasut saya bertompok-tompok.....jacket mereka nampak berkelas.....jacket saya cuma dari UNIQLO saja.....tapi takpalah.....jadi lah!
Seronok minum kat situ sebab mat salleh yg served saya....selalunya saya yg serve mat salleh...hahaha....
Petang tu angin kuat...menggigil saya....since lama tak exercise, saya mintak diri untuk jalan kaki pulang. Oleh kerana cuaca dingin, perjalanan santai pulang saya tak terasa lamanya....sedar-sedar dah dekat sejam setengah saya jalan. Eh, ada yg tak berapa kena nehh...datang tadi 20 minit je, apasal balik sampai sejam lebih? Saya mula garu pipi.....nak sms tanya TS saya segan sebab tadi diajaknya saya balik sekali tapi saya eksyen! Sekarang padan muka saya....hahahaha.....
al fatihah
#livebalancedlifetothefullest
Ada sekali kami berjanji untuk bertemu sambil minum petang disebuah tempat yang 'best'. Setelah hampir pada waktunya, saya mula melajukan langkah saya menuju ke tempat tersebut kerana tidak mahu terlambat. Alhamdulillah saya tidak lambat apabila bertemu TS dihadapan bangunan besar tersebut. Saya bertanya kemanakah tujuannya dan TS hanya tersenyum sambil mengenyitkan mata kepada saya. Hahahahahahaha.....best ni...kami masuk ke dalam dan sewaktu sampai di hadapan restaurant, TS memberitahu yang beliau ada reservation. Kami dibawa ke meja kami. Memesan makanan dan minuman, saya memandang sekeliling....alamak, tak ada yang berpakaian macam saya...hahahahahaha....semuanya diambil jacket mereka sewaktu sampai! Kasut mereka berkilat-kilat...kasut saya bertompok-tompok.....jacket mereka nampak berkelas.....jacket saya cuma dari UNIQLO saja.....tapi takpalah.....jadi lah!
Seronok minum kat situ sebab mat salleh yg served saya....selalunya saya yg serve mat salleh...hahaha....
Petang tu angin kuat...menggigil saya....since lama tak exercise, saya mintak diri untuk jalan kaki pulang. Oleh kerana cuaca dingin, perjalanan santai pulang saya tak terasa lamanya....sedar-sedar dah dekat sejam setengah saya jalan. Eh, ada yg tak berapa kena nehh...datang tadi 20 minit je, apasal balik sampai sejam lebih? Saya mula garu pipi.....nak sms tanya TS saya segan sebab tadi diajaknya saya balik sekali tapi saya eksyen! Sekarang padan muka saya....hahahaha.....
al fatihah
#livebalancedlifetothefullest
Selasa, Ogos 21, 2018
Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 15
Jumaat, Ogos 10, 2018
Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 14
| Kedai buku yang saban hari saya kunjungi selama disana kerana banyak buku-buku yang saya tak dapat disini. |
Dah lama saya tak melakukan perjalanan jarak jauh dengan pesawat. Setiap kali saya terfikir, bakal timbul 2 perasaan bercambur-baur. Pertama ialah keseronokan kembali menjelajah ke tempat baru dan yang kedua ialah risau duduk lama-lama dalam pesawat kerana ponggong saya cepat lenguh..Kalau setakat 1 jam setengah ke Krabi atau 3 jam penerbangan ke Bali saya masih ok dan masih mampu tersenyum tatkala menerima sebungkus kacang penghilang lapar. Tapi kalau travel jauh-jauh ni saya kembali ngeri. Ke Tokyo 6 jam. Ke Jeddah 9 jam. Selalunya saya travel ringan dan hanya menggunakan satu knapsack dengan membawa keperluan asas sahaja berserta ubatan. Semua pakaian, akan saya gulung kecil. Banyak yang saya tak bawa apatah lagi sambal ikan bilis, rice cooker dll. Nak makan nasik dan sambal ikan bilis, baik duduk rumah! Itu hanyalah pandangan peribadi saya sahaja...alhamdulillah tekak saya boleh adapt dengan apa-apa jenis makanan dan travel saya bukanlah semata-mata untuk makan..bagi saya, local street food is always the best.
Cuaca masih sejuk kerana kami disana pada musim spring (luruh). Lama saya tak 'spring'. Bila sekali-sekala kena spring, kering dan gatal habis satu badan! Hahaha...Anyway, sesampainya kami di sana sementara menunggu transport, kami sempat minum kopi dulu. Walaupun didalam lapanganterbang Heathrow, saya masih kesejukan. Menggigil. Pemandu menghantar saya dulu ketempat penginapan. Tan Sri kata, "wahhhh not bad tempat you Shahrir". Hahahahahaha....TS tak tahu bahawa bilik saya ialah bilik yang paling murah ditempat tu! Anyway, TS mengekor saya sampai ke lobi. Setelah saya mengambil kunci, TS pon mengorak langkah meninggalkan saya sambil kami berjanji bertemu untuk makan malam.
Next day, TS sms saya bagitahu kata beliau otw ketempat saya dan kami akan breakfast bersama di luar. Banyak cafe disitu. Next day bila TS sampai di lobby, saya dah tercegat tunggu macam saya tunggu TS di lobi hotel di Mekah dulu. Bila saya nak mula melangkah keluar, TS kata, "Shahrir, show me your room!". Adoiyai...part ni parah.....No worries. Bilik saya sentiasa bersih dan saya kemas setiap kali bangun walaupun lepas tu ada housekeeping staff akan datang kemaskan..TS ikut saya. Instead of naik keatas, saya bawak TS turun ke bawah. Dah sampai bawah, saya bawak TS turun lagi....TS mula heran. "Katanya,, "Ni nak pi mana ni?". Saya jawab, "Bilik saya TS!". Sampainya dibilik saya, TS pon masuk dan duduk dihujung katil saya. "Toilet mana?". Saya jawab, "Tang tu TS. Haluih..celuih la saya sorang". TS geleng-geleng kepala dan mengajak saya naik semula ke lobi. Sampai dilobi, TS berbisik kepada saya dengan nada tegas. "You check out later from here, i'll put you up somewhere else better than this...".
Nah..itulah TS yang saya kenal. Amat prihatin. Bagi saya bilik di basement itu sudah memadai bagi saya yang selalunya travel backpacking on a very-very tight budget. Cukuplah ada katil, hot water, wifi dan heater dimusim sejuk. Itu dah kira 'luxury' untuk saya. Makan, saya tak kesah sangat. Tak makan nasi pon takpa. Roti cicah kopi can be my meal throughout the day...btw saya pernah tidur di stesyen keretapi di Florence (Firenze) dulu, juga pada musim spring! In this case, TS tak sampai hati tengok saya duduk disitu. TS suruh saya check out segera lepas breakfast walaupun bayarannya telahpun saya buat.....persahabatan dan kenangan saya selama 8 tahun bersama TS akan saya kenang sampai bila-bila...
to be continued....
Al fatihah
#livebalancedlifetothefullest
Cuaca masih sejuk kerana kami disana pada musim spring (luruh). Lama saya tak 'spring'. Bila sekali-sekala kena spring, kering dan gatal habis satu badan! Hahaha...Anyway, sesampainya kami di sana sementara menunggu transport, kami sempat minum kopi dulu. Walaupun didalam lapanganterbang Heathrow, saya masih kesejukan. Menggigil. Pemandu menghantar saya dulu ketempat penginapan. Tan Sri kata, "wahhhh not bad tempat you Shahrir". Hahahahahaha....TS tak tahu bahawa bilik saya ialah bilik yang paling murah ditempat tu! Anyway, TS mengekor saya sampai ke lobi. Setelah saya mengambil kunci, TS pon mengorak langkah meninggalkan saya sambil kami berjanji bertemu untuk makan malam.
Next day, TS sms saya bagitahu kata beliau otw ketempat saya dan kami akan breakfast bersama di luar. Banyak cafe disitu. Next day bila TS sampai di lobby, saya dah tercegat tunggu macam saya tunggu TS di lobi hotel di Mekah dulu. Bila saya nak mula melangkah keluar, TS kata, "Shahrir, show me your room!". Adoiyai...part ni parah.....No worries. Bilik saya sentiasa bersih dan saya kemas setiap kali bangun walaupun lepas tu ada housekeeping staff akan datang kemaskan..TS ikut saya. Instead of naik keatas, saya bawak TS turun ke bawah. Dah sampai bawah, saya bawak TS turun lagi....TS mula heran. "Katanya,, "Ni nak pi mana ni?". Saya jawab, "Bilik saya TS!". Sampainya dibilik saya, TS pon masuk dan duduk dihujung katil saya. "Toilet mana?". Saya jawab, "Tang tu TS. Haluih..celuih la saya sorang". TS geleng-geleng kepala dan mengajak saya naik semula ke lobi. Sampai dilobi, TS berbisik kepada saya dengan nada tegas. "You check out later from here, i'll put you up somewhere else better than this...".
Nah..itulah TS yang saya kenal. Amat prihatin. Bagi saya bilik di basement itu sudah memadai bagi saya yang selalunya travel backpacking on a very-very tight budget. Cukuplah ada katil, hot water, wifi dan heater dimusim sejuk. Itu dah kira 'luxury' untuk saya. Makan, saya tak kesah sangat. Tak makan nasi pon takpa. Roti cicah kopi can be my meal throughout the day...btw saya pernah tidur di stesyen keretapi di Florence (Firenze) dulu, juga pada musim spring! In this case, TS tak sampai hati tengok saya duduk disitu. TS suruh saya check out segera lepas breakfast walaupun bayarannya telahpun saya buat.....persahabatan dan kenangan saya selama 8 tahun bersama TS akan saya kenang sampai bila-bila...
to be continued....
Al fatihah
#livebalancedlifetothefullest
Jumaat, Ogos 03, 2018
Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 13
Saya sungguh tidak menyangka yang perkenalan singkat saya dengan Tan Sri di tanah suci Mekah dulu bakal berterusan sekembalinya saya disini. Malah hubungan tersebut masih terjalin dengan ahli keluarganya kini walaupun Tan Sri telahpun tiada.
Pernah beberapa kali sewaktu kami berkesempatan untuk duduk berbual, saya bertanya, "Tan Sri, awat Tan Sri dok aktif lagi sampai ke la? Eloklah berehat saja" . Tan Sri terdiam sebentar. Selepas meneguk double shot latte, Tan Sri berkata, "Saya ni kalau tak aktif saya akan lagi cepat sakit...". Oh begitu rupanya! Saya tak tanya lagi...
Mempunyai character yang amat 'colorful' bagi pandangan saya. Kehidupan beliau sejak kecil tidaklah seindah yang disangka. Berasal dari keluarga susah dan membesar di sebuah perkampungan kecil di Yan banyak mengajar beliau tentang pahit-jerih kehidupan. Usaha keras, tidak takut gagal, disiplin yang tinggi merupakan sebahagian daripada kunci utama seorang anak kampung ini berjaya hingga mampu menjejakkan kaki hampir ke seluruh dunia.
Kesempatan untuk duduk sambil bercerita dengan Tan Sri amat saya nanti-nantikan. Tatkala kami bertemu, perbualan kami sering berkisar kepada kehidupannya disebalik "pangkat dunia". Cerita-cerita sewaktu beliau kecil memberikan banyak inspirasi kepada saya untuk menulis.
Pada suatu hari sedang saya menikmati makan malam bersama keluarga saya, saya menerima pesanan ringkas daripadanya. Tan Sri bertanya apakah paspot saya masih valid. Saya menjawap ya dan pada masa yang sama berasa hairan kenapa Tan Sri bertanya sedemikian. Itu merupakan kali pertama Tan Sri bertanya berkenaan paspot saya.
Message seterusnya yang masuk kepada saya ialah, "would you like to go to London with me? ". Saya tergamam. Tangan masih menggenggam mobile fon saya. Saya baca sms dari Tan Sri beberapa kali lagi kalau-kalau saya tersalah baca....diajaknya saya ke Port Dickson tapi saya terbaca London. Hmmmm tidak sama sekali....ini betul. Saya belum pernah sampai lagi kesana walaupun pernah menetap di Eropah beberapa tahun sebelumnya. Satu lagi sms masuk kepada saya. Mesaagenya, "see me in the office tomorrow, we have lunch and talk further". Jawapan saya hanyalah, "Baik Tan Sri."
Itulah Tan Sri yang saya kenal. Seorang yang amat-amat low profile, humble yet colorful and unpredictable. Juga seorang yang amat appreciate hubungan silatulrahim. Jika nak diikutkan, siapalah saya kepada beliau. Hanya seorang pekerja hotel yang menjaga makan-minum sepanjang penginapannya di Mekah dulu. Kepada pembaca blog ini yang sering mengikuti cerita-cerita saya sejak 2007 pasti pernah terbaca mengenai perjalanan saya ke London dulu tanpa saya sebut dengan siapa. Inilah kali pertama saya beritahu dengan siapa saya kesana.
Nanti bila saya free sikit saya akan cerita apa yang berlaku disana. Oh ya..gambar diatas itu ialah merupakan sebuah butik hotel yang sedang saya usahakan. Bukan milik saya ya....milik orang...saya hanya diberikan kepercayaan dan saya sendiri tidak berminat untuk memiliki hotel sendiri....ia tidak semudah yang disangkakan...ini 'baby' saya kini.
Al Fatihah
#livebalancedlifetothefullest
Jumaat, Julai 13, 2018
Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 12
Setiap kali saya ke pejabat Tan Sri, saya hanya sering berseluar jeans. Saya tidak memakai sepatu seperti nak masuk mesyuarat kerana saya hanya menunggang motosikal kapchai. Walaubagaimanapun, kasut saya sentiasa tersimpan rapi dibeberapa tempat untuk saya gunakan jika perlu. Begitu juga dengan kemeja saya, tie saya dan cufflink untuk melengkapkan pakaian saya. Semuanya bersesuaian dengan acara. Tetapi apabila saya tidak ada appointment, saya hanya berseluar jeans, tee shirt dan kasut santai yang kadang-kala warnanya agak 'ang-ang' (menyala). Kasut yang saya pakai tu saya sendiri tak reti nak describe sebagai kasut jenis apa....tak bertali. Orang Kedah kata, "serelom" saja. Kasut ni amat casual dan saya sukakan warna yang agak terang. Pada waktu itu kebetulan aunty belikan kepada saya yang warna merah untuk harijadi saya! Hahahahahaha...
Pada suatu pagi saya mendapat message daripada Tan Sri yang memanggil saya untuk bertemu beliau dengan segera. Tanpa berlengah lagi, saya pon terus ke pejabat Tan Sri dari tempat saya di Bangsar. Saya masuk ke pejabat. Di pejabat Tan Sri, kasut diletakkan di rak kasut. Kalau di rumah Jepun tempat untuk masuk ke rumah dan letakkan kasut dipanggil "genkan" dan/tetapi disebut sebagai "gengkang". Saya seperti biasa, meletakkan kasut saya di rak. Terus ke pintu pejabatnya dan memberi salam. Tan Sri mengangkat kepala dan menjawab.
"Hah...cepat sampai", katanya...
Saya tersenyum dan membalas, "moto Tan Sri, tu yang cepat".
Tan Sri menyuruh saya tunggu sebentar. Selang beberapa minit, Tan Sri keluar dan mengajak saya mengikutnya untuk satu mesyuarat penting katanya. Huh? Mesyuarat? Habislah saya. Dahi dah sedikit berpeluh. Saya tak bersedia kerana tidak diberitahu. Nasib baik saya pakai kemeja. Tan Sri sarungkan kasutnya. Saya sarungkan kasut saya. Sewaktu nak berjalan menuju ke lif, Tan Sri memanggil saya.
"Shahrir!!!!!, awat kasot rona merah????"
al fatihah.....
Live balanced life to the fullest..
Rabu, Julai 04, 2018
Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 11
TS merupakan seorang tokoh yang amat senang saya hubungi. Setiap sms yang saya kirimkan pasti berjawab didalam waktu yang singkat. Walaupun beliau sibuk, pesanan ringkas saya tidak pernah diabaikan. Kadang-kadang saya terlupa yang TS ada ceramah ataupun bermesyuarat kerana beliau tidak pernah memberitahu saya agar tidak mengganggu perjalanan programnya. Kecuali kadang-kadang jawapan pendek yang saya terima ialah, "Shahrir, saya di Jakarta..". TS pada kacamata peribadi, boleh diibaratkan sebagai seorang tokoh yang amat saya hormati. Hormat dengan tutur katanya, hormat dengan caranya, hormat dengan pandangan-pandangan tajam, sinis dan advancednya, hormat dengan kesederhanaannya dan banyak lagi. Nasihat-nasihat beliau kepada saya boleh diibaratkan sebagai nasihat/teguran daripada seorang ketua kepada pekerjanya ataupun dari seorang bapa kepada anaknya.
Oleh kerana TS sering ke luar dengan tugasan rasmi negara (sewaktu berkhidmat dengan kerajaan dulu), saya pasti TS selalu makan makanan yang enak-enak. Mungkin juga yang mahal seperti daging KOBE dll yang tak mampu saya rasa kerana harganya yang amat mahal. Pada suatu hari, sedang kami berbual santai, saya bertanya kepada TS........."TS, apa makanan yang TS teringin sangat-sangat nak makan dan dah lama TS tak makan?". TS berhenti sejenak berfikir, memandang tepat kearah saya dan lantas terpacul dari mulutnya, "Saya teringin nak makan sardin dengan sayoq bayam tomeh ayaq".
Selang 2 hari setelah saya check jadual TS yang agak free, saya mengajak TS makan tengahari. Sebaik TS melangkah kemeja makan, saya lihat ada senyuman dibibirnya....saya masakkan apa yang TS beritahu saya 2 hari lalu dan TS makan dengan berselera. "Tambah nasik sikit lagi...", katanya kepada saya. Hahahahaha...
al fatihah....
Live balanced life to the fullest!
Jumaat, Jun 29, 2018
Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 10
Setiap kali saya melihat koleksi buku-buku TS, saya jadi tak tahu mana saya nak mula baca dulu. Pegang yang kiri tertengok yang kanan, pon menarik. Last-last takdak satu pon yang saya sempat habis baca. Tapi ada bacalah perkara-perkara pokok yang penting. Buku-buku yang saya belek dan baca, hampir kesemuanya ada tanda-tanda garisan berulang. Ini saya pasti merupakan hasil kerja TS ketika beliau membacanya. Ada 2 kemungkinan. Satu, mungkin baris ayat tersebut berjaya menarik perhatiannya manakala yang kedua pula mungkin ada pengajaran penting yang ingin diingatinya mahupun diulang bacanya.
Saya juga perhatikan setiap kali TS mengunjungi library peribadinya, saya pasti TS akan mengambil semula salah satu buku lama daripada koleksi puluhan ribu buku-bukunya untuk selama beberapa hari dan perkara ini tak sempat nak saya tanya kepada TS kenapa. Tapi saya rasa ia ada kena mengena dengan 'isu semasa' dan juga perkara-perkara yang ingin 'ditekankannya'.
Blog Tan Sri telah habis saya baca. Saya amat gemar membaca penulisan TS melalui masukan-masukan diblognya. Banyak perkara yang saya pelajari dan yang membuat saya paling terharu ialah salah satu blog 'entry' yang ditulisnya sebaik saja beliau pulang dari mengerjakan haji pada tahun 2009 ialah....
40. Pengalaman di Makkah di bulan puasa yang lalu dan pengalaman mengerjakan haji pada tahun ini telah mengenalkan saya kepada banyak kawan-kawan baru. Istimewa sekali ialah Tuan Haji Shahrir yang menjadi pengurus Food & Beverage ( Makanan dan Minuman ) dan House-keeping ( Urusan bilik ). Khidmat beliau begitu cemerlang sehingga ramai penghuni hotel-hotel berdekatan yang datang ke Al Safwah untuk makan tengahari dan malam. Menteri dari Nigeria begitu kagum dengan khimat di Al Safwah dan berjanji akan memindahkan rombongan rasmi negaranya dari hotel kelas tinggi berdekatan ke Al Safwah.
Al fatihah..
live balanced life to the fullest...
Rabu, Jun 06, 2018
Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 9
![]() | ||
| Iftar Perdana sabtu lalu di sekolah nasi kawah |
Sepanjang perkenalan saya dengan TSSJ, banyak yang saya pelajari. Salah satunya yang pasti ialah beliau amat banyak membaca. Tak terikut saya dengan habit beliau. Setiap kali berkesempatan untuk ke luar negara, sudah pasti beg buku-buku yang dibelinya lebih berat daripada beg pakaian beliau suami-isteri. Kemana saja beliau pergi, sudah pasti sebuah buku akan kelihatan digenggamannya. Sedikit-sebanyak saya merasa kagum.
Ada sekali pernah TS mengajak saya ke rumahnya pada satu petang. Saya pon tanpa berlengah masa terus mencapai topi keledar, celapak naik diatas moto kapchai saya dan memecut laju ke rumahnya. Setelah masuk dan duduk, TS turun perlahan dari tingkat atas dan apabila ternampak muka saya, terus diberikannya salam. Begitu lah Tan Sri. Amat menghormati tetamunya. Kami mula bersembang. Tan Sri menceritakan kepada saya waktu-waktu beliau mula belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar dahulu dan bagaimana muscularnya Headboy beliau pada waktu itu (Yang diPertua Negeri Melaka kini). Cerita-cerita beliau amat lucu. Seperti biasa, mukanya tetap serious sewaktu menceritakannya kepada saya tetapi apabila saya mula ketawa, TS juga akan turut ketawa....Saya rasa mungkin TS ingin menguji samada saya faham ceritanya atau apakah saya faham sense of humor didalam perceritaannya..
Ada suatu ketika saya diajak untuk minum kopi (kami sering minum kopi...haha) di One World Hotel, Bandar Utama. Kami terus ke loungenya dan duduk sambil bercerita. TS memesan kopi dan saya juga begitu. Setelah dibawakan kopi, apabila ingin menggunakan 'artificial sugar', tiba-tiba TS perasan yang beliau terlupa nak bawa gula tersebut. Oleh kerana latarbelakang saya bekerja di hotel dan kini saya sering bertemu beliau, saya pastikan yang saya sentiasa membawa artificial sugar tersebut didalam beg sandang saya ataupun sekurang-kurangnya ada 2-3 peket kecil didalam poket saya setiap hari sebagai langkah berjaga-jaga apabila diperlukan. Kita tak boleh menjangka bila hal-hal 'darurat' akan berlaku. Ini telah menjadi kebiasaan saya sejak dulu lagi terutamanya apabila sering menjaga VIP hi hotel dan tahu apa yang mereka boleh dan tidak boleh makan/minum, saya jadi terbiasa untuk bersedia. Alhamdulillah. Timing saya amat tepat. Sedang TS mencari-cari gula didalam beg kecilnya, saya sudahpun dapat membaca pergerakannya lantas menghulurkan 2 peket EQUAL sugar ke piring kopi TS. TS menoleh dan mengucapkan terimakasih kepada saya sambil berkata, "you read my mind". Walaupun ia hanyalah ucapan yang amat kecil bagi TS, tetapi bagi saya, ia sesuatu yang besar dan kekal diingatan saya sehingga kini...al fatihah..
Live balanced life to the fullest
Jumaat, Jun 01, 2018
Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 8
![]() | ||
| InsyAllah saya bakal ada disana... |
Setiap hari Jumaat, kami sering bersolat Jumaat di Bangsar. Jika Tan Sri awal, beliau akan menghantar pesanan ringkas kepada saya untuk bertemu beliau di Coffee Bean dilantai bawah (street level) BV. Saya pula akan memecut laju moto kapchai saya menuju ke destinasi yang diberitahu. Kebiasaannya Tan Sri ditemani oleh FN. Seorang yang amat dipercayai Tan Sri. FN merupakan seorang ilmuwan dan kini sedang menghabiskan tesis PHDnya disalah sebuah universiti hebat tanahair di bidang WAKAF. Saya pasti jika Tan Sri ingin berbahas topik ilmiah, FN lah pilihannya bukan saya...hahahahahahaha.....
Jujur saya katakan bahawa setiap kali kami bertemu, jarang sekali kami berbincang mengenai topik-topik sensitif. Selalunya lebih kepada cerita-cerita santai semasa. Ini membuatkan perbualan kami bertambah 'enak'. Saya rasa Tan Sri tahu mengenai keluarga saya lebih daripada orang lain. Saban tahun kami berbuka puasa bersama. Tan Sri bersama keluarganya dan saya bersama keluarga saya. Kebiasaannya kami akan berbuka puasa disekitar Mid Valley kerana mudah untuk Tan Sri pergi dan balik selain daripada menggemari makanan yang dihidangkan disana..
Berbalik kepada solat Jumaat. Setelah selesai kami minum, kami akan berjalan perlahan menuju ke masjid. Tempat favourite untuk Tan Sri duduk ialah di bahagian bawah tepi tangga jika naik dari pintu kecil yang kini boleh masuk dan menuju ke foodcourt kecil. Jika masuk dari pintu kecil tersebut, Tan Sri hanya perlu melangkah sebanyak 15 tapak saja untuk sampai ke 'hot seat' favouritenya. Saya yang mengekor disebelah pada mulanya amat hairan kenapa Tan Sri sering ke situ. Selain daripada agak payah nak memanjat anak-anak tangga yang agak steep untuk sampai ke ruang solat. Apabila saya ajukan soalan kepada Tan Sri, berikut adalah jawapannya kepada saya...."Dok tang ni senang...satni kita mati depa dah kenai kita....". Saya hairan....2-3 minit saya cuba mencari jawapan. Melihatkan saya kebingungan, Tan Sri lantas mencuit saya lalu menunjukkan jari ke pintu tempat beliau bersandar sambil memuncungkan bibirnya...saya dongak dan terlihat tulisan yang berbunyi, "BILIK MANDI JENAZAH"
Have a pleasant weekend people!
Live balanced life to the fullest
Isnin, Mei 28, 2018
Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 7
![]() | ||||||
| baby grand.. |
Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali dan hormati merupakan seorang yang sangat simple. Banyak sungguh pengalaman beliau dan jika kita duduk bersembang dengan beliau kita akan mendapat banyak pengetahuan..bukan sahaja perkara-perkara didalam negara bahkan perkara-perkara luar juga.. Oleh kerana saya sering bertemu Tan Sri, saya bernasib baik kerana sebahagian daripada kesemua cerita-ceritanya saya tahu.
Tan Sri ada sedikit masalah gula dan mengikut kata doktor (saya difahamkan), tidak digalakkan mengambil kopi. Mungkin kerana kafeinnya dan harus mengambil sejenis gula special bagi menggantikan gula sedia ada. Even artificial sugar pun masih dianggap manis. Suatu hari Tan Sri menalipon saya. Katanya, "Shahrir, where are you? I'll pick you up and we go for Korean lunch somewhere near Marriott KL". Saya tergamam...sebagai menunjukkan rasa hormat, saya menawarkan diri untuk menjemput beliau dan dibawa ketempat yang diingini. Ia ditolak. Selang beberapa minit kemudian kelihatan Tan Sri memandu sendiri....dan kami berbual panjang didalam kereta menuju ke Marriott. Selesai makan, kami menuju ke valet untuk mengambil semula kereta dan Tan Sri bakal memandu untuk pulang. Baru saja kunci kereta diterima, Tan Sri menoleh kepada saya dengan airmuka yang kurang selesa..Saya lantas bertanya, "something's wrong Tan Sri?". Tan Sri mengangguk kepala dan mengajak saya keluar semula dari kereta dan menyerahkan sekali lagi kunci kereta kepada valet service lalu kami menuju ke Marriott Cafe dan memesan double shot latte. Kami minum dan diwaktu yang sesuai, saya bertanya, "kenapa Tan Sri ajak saya minum?". Lama Tan Sri termenung.....tiba-tiba terpacul dari mulutnya, "saya kurang gula!" Saya lega.....kami sambung bercerita dan bergelak sakan...hahahahahahahaha...
Apabila duduk bersembang dengan Tan Sri, saya harus betul-betul concentrate. Ini kerana setiap apa yang diucapkannya adalah merupakan idea baru, sangat inspirational atau juga bahan sejarah! Harus faham cerita-ceritanya kerana dengan muka yang serious akan diselitnya perkara-perkara lucu. Dan kelebihan saya ialah saya dapat 'menangkap' cerita-cerita lucu Tan Sri didalam kesiriusan mukanya!
Pernah sekali sewaktu kami sedang minum latte, tiba-tiba Puan Sri terpacul disebelah meja kami.......Puan Sri dengan nada lembut tetapi tegas bertanya, "Ayah....kenapa Ayah minum kopi? Kan Ayah tak boleh minum kopi?". Dengan muka paling selamba dan serious yang pernah saya tengok, Tan Sri menjawab, "Shahrir la ni yang order!" sambil menunjukkan jari kearah saya. Puan Sri memandang tepat ke arah saya. Saya blurr! Hahahahahahahaha.....
Khamis, Mei 24, 2018
Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 6
![]() | ||||||
| sebahagian drpd 30,000 judul bukunya. |
Tan Sri suka minum kopi. Setiap kali kami bertemu, Tan Sri pasti akan memesan kopi. Jika di PMK, kami sering minum di Secret Recipe ataupun sekali sekala di Starbucks. Kami juga acapkali mengunjungi kedai mamak yang bernama BANANA yang letaknya bersebelahan dengan McD. Petugas SR sudah tahu apa yang Tan Sri mahu. Tak perlu ditanya lagi...Kejadian lucu selalu berlaku tatkala kami ke kedai yang dinamakan BANANA ini. Mungkin tak ramai yang tahu bahawa Tan Sri boleh bertutur didalam bahasa Tamil. Jadi sewaktu kami dikedai tersebut Tan Sri akan menunjukkan skilnya berbahasa Tamil. Oleh kerana bahasa Tamilnya merupakan bahasa baku, ramai pengunjung kedai yang fasih akan beralih kepada kami dan sebahagiannya akan menunjukkan tanda 'thumbs up'. Waktu sebegitu Tan Sri akan bercerita dengan pelayan kedai itu tentang bintang filem Tamil dan saya suka melihat reaksi muka pekerja tersebut yang 'blurr' kerana pelakon yang Tan Sri sebutkan merupakan pelakon-pelakon Tamil di tahun 50-60an dan kesemua pekerja-pekerja itu masih belum lahir lagi...hahahahahaha
Ada sekali Tan Sri mahu berangkat ke luar negara dan saya lihat tidak ada buku baru yang dibelinya. Perlahan-lahan saya keluar dan menuju ke One Kiara (begitulah namanya kalau tak salah saya) dan diatasnya suatu waktu dulu ada sebuah kedai buku MPH disitu. Kecil. Saya buntu tak tahu apa yang nak dibelikan kepada Tan Sri untuk menghilangkan bosannya didalam penerbangan. Saya teringatkan buku 'sudoku' yang diusungnya kemana-mana sahaja beliau pergi. Saya belikan "SUDOKU for TRAVELLARS" sebagai ole-ole.....juga sebagai peneman didalam pesawat...hahahahahahha. Sewaktu beliau pulang, saya lihat kesemua mukasuratnya telah diconteng....terlintas dihati yang usaha saya telah berhasil....tetapi setelah itu saya kembali mushkil kerana seingat saya buku itu dipegang oleh salah seorang daripada berbelas cucunya yang masih belum sekolah!!!!!!
Live balanced life to the fullest
#unclefrommas
Selasa, Mei 15, 2018
Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 5
Sebelum Tan Sri berangkat meninggalkan Mekah pada tahun 2008-2009 (saya lupa tarikh sebenar), Tan Sri ada bertanya secara santai kepada saya kenapa saya tidak mahu pulang ke tanahair? Saya terdiam sebentar sambil memberitahu Tan Sri bahawa tidak ada lagi tawaran yang sesuai buat saya di tanahair. Perbualan kami terhenti disitu....
Arwah mama pada waktu itu sudah sangat tidak sihat akibat 'dementia' yakni hilang daya ingatan sedikit demi sedikit. Ini merupakan salah satu penyebab utama yang membuatkan saya bercadang untuk pulang. Selain itu obviously kerana anak-anak saya yang sedang membesar pada waktu itu. Diingat-ingatkan kembali zaman saya dahulu, sewaktu saya sedang membesar dipenghujung tahun 70an, arwah bapak tiada disisi kerana bertugas di Pulau Jerejak dan tatkala remaja pula, 5 tahun saya habiskan waktu di sekolah nasi kawah di Seremban..jadi saya tak mahu ia berulang kepada anak-anak saya...saya mahu melihat mereka membesar didepan mata saya.
Setelah pulang ke Kuala Lumpur, saya membuat temu janji untuk bertemu Tan Sri. Kami bertemu di sebuah kedai kopi dan menghabiskan beberapa waktu bertanya khabar. Saya terperanjat. Kebiasaannya orang-orang kenamaan yang saya jaga termasuklah artis Malaysia, sewaktu di luar negara hanya berjanji untuk bertemu apabila pulang. Tetapi setelah pulang ke tanahair, seolah-olah mereka dah tak kenal kita! Hahahahahahaha......btw, ada juga artis yang memesan (air liur - kini masih berlakon) kepada saya 'abaya' yang harganya ribuan ringgit dan hanya boleh dibeli digedung membeli-belah mewah di ZamZam Tower di Mekah.....bukan ditempat lain...hahahahahha...saya tak beli.....tapi sewaktu saya pulang, saya ada membuat courtesy call kepada beliau.....setelah mengetahui yang saya tak belikan abaya mahal itu untuknya seperti yang dikehendaki, panggilan saya tak diendahkan.....hahahahaha...banyak ragam manusia yang menginsafkan...Tetapi tidak dengan Tan Sri Sanusi Junid. Pengalaman saya bersama Tan Sri dan Puan Sri amat berbeza. Saya sungguh bernasib baik.
Sewaktu Tan Sri di KL, saya menerima sms yang beliau menjemput saya untuk makan malam disatu destinasi ditengah-tengah ibukota dan diminta saya membawa isteri kerana ingin berkenalan, katanya. Saya membalas RSVP tersebut. Pada hari dan waktu yang telah ditetapkan, saya dengan pakaian yang santai dan ditemani isteri, menuju ke satu destinasi makan malam yang telah ditetapkan. Saya sampai 30 minit lebih awal kerana tidak mahu tersangkut jem dan tidak mahu dianggap tidak menghormati tetamu. Sewaktu cuba menghabiskan waktu diluar, ada 4 buah kereta mewah sampai. 3nya ada driver dan satu tidak. Saya tergamam! Saya risau apakah saya berada di tempat yang salah? 13 kali saya baca sms dari Tan Sri dan 14 kali saya tanya isteri apakah kami berada ditempat yang betul? Jawapan yang saya terima masih sama.....saya tambah risau....
Tan Sri keluar dan menjemput kami semua masuk. Saya kenal kesemua mereka. Mereka adalah tokoh-tokoh politik dan tokoh korporat negara. Mereka jugalah yang saya jaga sewaktu di Mekah sewaktu mereka menunaikan umrah dan juga haji. Hanya kami 12 orang di meja makan panjang. Oleh kerana saya kenal kesemuanya, saya terasa santai sewaktu berbual tetapi tidak kepada isteri saya yang sangat tension waktu itu. Itulah kali pertama isteri saya berdepan dengan isteri-isteri pembesar negara, mantan menteri dan isteri tokoh korporat..beliau terus blurr....hahahahahahaha.....kesian jugak saya tengok...
Begitu lah Tan Sri yang saya kenali. Tidak pernah membezakan pangkat dan keturunan. Saya yang menjaga makan-minumnya dalam tempoh singkat sewaktu di Mekah dianggap sebagai rakan seolah-olah telah lama dikenali.....baik arwah Tan Sri mahupun Puan Sri, mereka berdua amat special pada pandangan saya......banyak lagi cerita yang bakal saya tulis.....
Al-fatihah...
Live balanced life to the fullest!
Langgan:
Catatan (Atom)
Tewas
Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...
-
(langit tak selalu cerah!) (cantik..) (supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik) (intensive training berlangsung) (barang...
-
(aku nak buat macam nilah kat pintu bilik aku!) (terpacak dessert aku) (traditional fool@ful container) (cold cut biasa2 ja) (entrance aku) ...
-
(budak ni lain kerja takde, cuma balut limau!) (fruit cake aku sebelum dipotong dan di icing kan..) (orange aku pulak sampai..) (tempat aku ...

















