Tapak berniaga nasi lemak..
Tapak kat atas ni ialah satu tapak paling syahdu untuk aku bila dikenang-kenangkan balik. Disinilah aku tolong BOB, kawan aku berniaga nasi lemak dan teyy tarik hampir setiap malam selepas pukul 11 malam sampai pukul 2-3 pagi. Waktu tu aku bekerja di SWENSEN's kedai aiskrim di Damansara Jaya yang kat sebelah tepi extreme right berhampiran dengan Sparkman Shop lama. Sorry tak nampak dalam gambar ni! (di Sparkman Shop tulah Bon Zainal ambik measurement untuk suit aku dulu masa nak ke luar negara dan sekarang Bon Zainal dah ada jenama sendiri!). Tempat makan ni memang happening masa tu sebab ada disko dihadapannya dan Fredo and the Flinstone selalu main kat situ. Nasi lemak Bob lah yang tiap-tiap malam dia makan. Begitu jugak dengan artis-artis lain yang buat performance kat disko di kompleks ATRIA di damansara jaya tu. Aku selalu dapat masuk sebab tolong hantarkan nasi lemak dan teyy pada bouncers yang ada kat situ. Jadi bila aku lapang, aku akan jumpa depa dan dapat masuk free....since aku tak ada duit, aku akan capai gelas kosong dari mana-mana meja dan jalan pi balik...pi balik kat dalam tu....orang tak perasan yang gelas tu kosong sebab dalam tu gelap. Tujuan aku masuk semata-mata nak tengok live band main kat situ! Sempat jugak tengok SEHA@FREEDOM dan ZAINAL@HEADWIND main kat sana....hahahahahaha!
|