Rabu, Januari 24, 2018

Memasak?


Beberapa hari yg lalu rakan lama saya ada menalipon dan bertanya dimanakah saya belajar mengenai masakan. Sejujurnya saya memberitahu beliau bahawa saya tidak pernah mengambil jurusan masakan tetapi masih tetap harus melaluinya kerana merupakan sesuatu yg amat perlu kami tahu...

Saya mengambil jurusan Hotel Management. Didalam jurusan tersebut kami belajar tentang semua perkara yg bersangkutan dengan bidang perhotelan. Ini merangkumi operasi setiap department dan juga cara-cara pengurusannya. Persoalannya sekarang, dimanakah saya belajar memasak? Didalam jurusan saya, salah satu bidang yg harus saya ambil/belajar ialah "European Classical Cooking". Subject ini amat menarik perhatian saya kerana ia mencakupi sejarah, nama-nama penting serta chef-chef terhebat dulu serta cara-cara masakan dan penyediaan makanan yg sungguh klasik. Jadi, disitulah saya mula belajar tentang masakan....

Walaubagaimanapun saya tidak serious bekerja didapur kerana saya lebih suka berada di 'depan' yakni front of the house jadi masa saya banyak dihabiskan di pelbagai department.

Kepada adik-adik yg berminat nak belajar bidang perhotelan diluar negara dan ibubapa kebetulan mampu, saya sarankan agar memohon utk belajar di Switzerland kerana banyak pendedahan yg adik-adik bakal perolehi berbanding disini. Persaingan hebat dari para pelajar seluruh dunia akan melonjakkan keupayaan adik-adik....namun begitu ia juga bergantung kpd berapa kuatnya disiplin adik-adik dan matlamat adik-adik utk berjaya....

Kepada adik-adik yg berminat, silalah layari  https://www.cesarritzcolleges.edu/en

Saya dulu belajar dikampus Le Bouveret...

Live balanced life to the fullest
#unclefrommas

Isnin, Januari 22, 2018

Long break..


Dah lama betul saya tak berblog....sedar2 dah berbulan juga rupanya! Haha....saya masiih lagi disini...cuma tak sekerap dulu kerana saya lebih kerap menulis di fb hampir saban hari...fb saya boleh diikuti di 'Mohd Shahrir Ali'. Banyak cerita2 saya disitu...dengan rasa rendah hati saya menjemput anda semua kesana....haha....

Tahun baru ni banyak juga yg saya dah buat..salah satu yg amat memuaskan hati saya ialah program gelandangan di MJ setiap ahad pagi dan 2 minggu lalu saya pulang ke Penang utk melawat makcik-makcik saya serta anak2 menakan dan juga cucu2 menakan....haha.....in fact banyak lagi rencana yg dah saya plan hingga hujung tahun nanti...silalah ikuti ya...ok jumpa lagi dilain waktu dan ketika!

live balanced life to the fullest
#unclefrommas


Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...