Rabu, Julai 30, 2008

Bilik baru aku



Ni gambar aku di bilik baru. Baru move to a single room. View is ok. Tak nampak kaabah tapi nampak tempat Sa'e dari arah Ajiad Street. This room is cosy with warm lighting. Aku suka sebab kerusi tu aku gunakan untuk membaca novel aku yang tak habis-habis lagi tu. "Three Cups of Tea" yang ada aku ceritakan sikit di entry aku yang dulu. Maybe seminggu lagi habis lah kot...

First day moved bilik baru, toilet aku dah buat hal. Flush saja air melimpah keluar dari bawah. Aku panggil Zulfikar dari Maintenance, dia pandai dan dibaikinya toilet aku dengan cepat. Dah settle, dia call aku, kata dah ok. Wah, pro jugak budak ni.

Aku susun buku-buku (novel) aku kat atas meja dan aku letakkan gambar keluarga aku kat situ. Nampak kot dalam gambar tu. Aku sangat rindukan keluarga aku. Mama pun aku rindu....

Almari baju aku ada 2. Terlebih cukup untuk aku selain tu ada coffee table, tempat aku selalu lepak dan makan maggi sambil gigit cili hijau dan menikmati pemandangan Hospital Ajiad! Azli duduk kat bilik sebelah. Selalu kami dok sembang-sembang. Kalau nak sembang kat non-smoking, aku pergi bilik dia tapi kalau nak sembang kat "gas chamber" dia akan datang bilik aku.Heh3!

Isnin, Julai 28, 2008

Dalca di Mekah?


Satu pagi aku pergi office. Tiba-tiba Chef dari Morocco bawak makanan sikit untuk dikongsi bersama-sama dengan rakan-rakan setugas. Rupanya macam biskut kering dan sedikit disaluti gula. Nama dia aku dah lupa tapi macam nilah rupanya. Aku makan sekeping tapi sebelum tu aku letak dulu atas pinggan then letak secawan teh. Bagi real sikit. Ni lah hasil yang tak seberapa tu. Rasanya memang macam biskut kering...hah3!

Office aku kat atas masih dalam pembinaan. Dinding belum cat dan pintu belum pasang. Frame pintu dah ada. Location is very strategic. Betul2 tepi main lift dan bersebelahan dengan Asian Restaurant. Secluded sikit..Macam "depan masjid, kanan mini market" (Nombor 5 Persiaran 1 - rancangan radio tahun 70-an). Executive Chef aku dari Egypt. Tiap-tiap hari bagi aku pening kepala. "Ana fenin lah..." Takpa..kita tengok dulu macamana dia organise tapi lately ni aku pulak bagi dia fenin...aku mintak menu cycle, aku mintak kitchen hygiene program etc...kalut dia talipon sana-sini.

Staff aku ramai yang mixed. Ada Bangladesh, Pakistan, Afghanistan dll. Kadang-kadang aku rasa macam duduk kat atas gunung di Afghanistan! Jangan kena tembak sudahlah..nanti aku cerita pasal staff aku. Memang seronok bercampur macam ni. Dalcha....dalcha....

Kal El: Rasa Sate Kajang yang Sebenar?#links

Kal El: Rasa Sate Kajang yang Sebenar?#links
Was there a couple of times since I live in Ampang. Excellent but the satay I had had turned cold!

Sabtu, Julai 26, 2008

Fellow Blogger from Dubai



Aku tak sangka yang dalam waktu terdekat ni aku dapat berjumpa dengan satu lagi blogger yang aku amt minat untuk membaca catatannya. "Kembara Musafir" datang membuat umrah 2 hari lepas dan oleh kerana keletihan, aku hanya sempat berjumpa semalam, hari Jumaat. Pekena teh tarik dikedai bawah dan terus menunaikan solat Jumaat bersama-sama.

Alhamdulillah pertemuan singkat itu dipenuhi dengan banyak juga kisah-kisah menarik. Nak dijadikan cerita, KM juga pernah bersekolah sama-sama dengan aku di Seremban dulu pada tahun 85, malangnya aku tak berapa ingat sebab aku dah di tingkatan 5 pada waktu itu sedangkan KM baru memulakan sessi di Tkt 1.

Banyak juga yang kami bualkan dan kebanyakannya berkisar kepada kehidupan kami di sini. Waktu solat Jumaat ialah waktu "peak" dan aku rasakan mungkin ada lebih kurang 1.5 - 1.8 juta orang bersembahyang. Luar penuh, bawah penuh dan begitu juga di tingkat satu. Kami cuma dapat tempat di bahagian construction masjid dan duduk bersesak-sesak sebelah tong air zam-zam.

Lepas bersembahyang, aku mengucapkan selamat jalan kepada KM semoga Allah pertemukan kami lagi dimasa-masa hadapan. Amin...kepada KM, please let me know when you are coming for the next umrah....

Rabu, Julai 23, 2008

Jeddah Lagi



Semalam ada aku bagitahu pasal Proton. Nilah gambar showroom dia yang menyakitkan hati tu. Anyway, bila aku masuk balik showroom dan nak ambil wuduk untuk solat Zohor, aku pergilah kat toilet dia. Not bad. Very clean and dry. Aku suka kalau toilet tu dry dan bukannya basah lecak. Bila nak flush saja aku terus ternampak iklan ni kat toilet. Dengan gatal tangan, aku terus ambil gambar....hah3.

Jeddah macam biasa, sibuk dengan kegiatan seharian. On the way back, aku ternampak bangunan yang ada office MAS yang pernah aku pergi dulu untuk tukar dan ambil ticket. Alamak kacau ni...tiba-tiba teringat kat Wakana dan anak-anak aku yang lain, Azumi, Yuya dan Marina. Banyak-banyak aku berdoa. Takut terlebih emotional nanti terus pi beli ticket...kacau...kacau...

Banyak yang depa buat kat sini. Tengah-tengah bandar ada pulak basikal besar kat tengah jalan, Then ada lagi replika bot dan macam-macam lagi kat Jeddah ni. Macam Arts Festival pulak! Tapi satu yang aku tak pernah tengok, orang training bola untuk kelab. Kat mana depa training? Tak pernah nampak pun tapi qualified World Cup! Kalau kat Malaysia, kita boleh nampak walaupun tak pernah qualified apa-apa. Anyway, that's Jeddah....

Selasa, Julai 22, 2008

Jeddah

Semalam aku ada kat Jeddah almost the whole day. Janji nak pergi pukul 8 pagi tapi last-last bertolak pukul 9. Arab Technology. Mengamuk aku kat Executive Chef aku. Banyak sangat alasan dia...Sampai aku kat Jeddah terus pergi showroom yang dok betul-betul sebelah Proton showroom. Lepas tengok barang dan order apa-apa yang patut aku pergi Proton showroom sekejap.

Masuk kat dalam tu adalah kereta Waja, Gen 2 dan satu lagi yang aku pun dah tak ingat. Belek sana belek sini, aku terpandang kat situ ada 7 orang staff yang macam biasa dok bersembang. Aku tunggu lagi kot-kot depa nak mai tanya aku...hampeh! Depa lagi syok dok bersembang. Langsung tak dilayannya aku walaupun aku pakai ala-ala saudagar minyak dhab! Jarak kami cuma 5 meter saja. Suasana showroom sungguh dull dan sungguh menyedihkan..kalau Pak Lah ka sapa-sapa mai tengok mesti nangis punya. Macam tu lah sedihnya keadaan kat situ.

Lepas 10 minit aku pun keluar dari showroom Proton pergi ke showroom hotel kat sebelah. Ada Bin Shihoun @ Royal Host dan Al Yatch. Amboi depa layan aku.....peh...memang macam saudagar minyak dhab. Final bill tengok2 masyAllah banyaknya. Hah padan muka kat Proton. Geram sungguh aku. Ni geram tak habis lagi ni...

To those top level management people in Proton, please do something....hangpa nak compete dengan GMC, BMW dan lain-lain lagi kat sini. So buatlah business elok-elok. Aku sebenaqnya nak juga drive Malaysian car kat Saudi ni tapi memandangkan depa tu macam mau tak mau buat business, takdak customer service langsung, aku ingat baik tutup sajalah....indah khabar dari rupa. Tak pernah pun tengok Proton kat atas jalan!

Isnin, Julai 21, 2008

FAM Trip


Last week aku berkesempatan melawat Le Meridien Tower. Memang gah tempat dia. Ada 8 tower semuanya tapi currently cuma 2 tower yang beroperasi. It is a well plan hotel siap dengan proper training equipment and room. Kitchen kat basement punyalah besar. Bilik dia cun pulak tu. Jealous betul. Walaumacamanapun, location dia memang out. It's about 10 minutes driving from hotel to Al Haram. Ada la perkhidmatan bas disediakan. Tapi nak ka jemaah duduk kat situ. Musim Ramadhan dan Haji mungkin ramai sebab no choice tapi waktu-waktu yang lain mungkin tak. Sebab tu dia cuma bukak 2 tower dulu sedangkan kami berlumba-lumba nak bukak semua tower secepat mungkin.

Yang sempat aku jumpa cuma Steward Supv dengan Restaurant Manager selain daripada Six Sigma Trainer. Guest langsung tak jumpa. Patutlah semua orang datang mintak kerja kat tempat aku. Rupa-rupanya business tak ada.

Malam tadi aku lapar sikit. Nak masak tak boleh cuma boleh masak air saja kat bilik. Melilau aku cari kedai. Jumpalah satu mini market. Cari punya cari ternampak maggi mee perisa cheese. Perisa Cheese? Hentam sajalah labu....aku pun beli dan balik rendam air panas. Teringat masa sekolah dulu! Rasanya "peh" memang meloyakan....tapi habis lah jugak. Aku ni bila makan, sedap ke tak sedap ke mesti habis. Dah rezeki...lupa pulak nak ambil gambar dia. Kat Malaysia tak ada lagi ni. Then aku tokak cili hijau untuk menambahkan perisa. Terbakar gusi aku! Takpalah...janji kenyang....kalaulah Wakana boleh masak kat aku......huah.......

Ahad, Julai 20, 2008

Mekah Dalam Pembinaan



Kedua-dua gambar ni aku ambil dari bilik aku je. Tak larat nak keluar sebab panas sangat. Sekarang ni favourite aku kalau ke masjid ialah, Zohor dan Asar aku ke tingkat 2 dengan Chef Jalil (Moroccan) dan kemudian aku ke atas bumbung untuk bersembahyang Maghrib dan Isyak. Seronok duduk atas bumbung ni sebab boleh nampak Tok Imam dari jarak dekat. Lepas sembahyang waktu saja terus sembahyang jenazah. Tengahari tadi ada sampai 7 kemudian malam ni ada 4 orang. Innalillah hiwa innalillah hi rajiun......orang ramai berkerumun sampai berasak-asak nak angkat mayat ke ambulan. Yang tu aku masih tak sempat nak ambil gambar lagi..

Kalau tengok betul-betul gambar tu, maka ternampaklah kita akan sebelah sana masjid yang kawasannya telah diratakan untuk dinaikkan banyak lagi hotel bertaraf 5 bintang. Yang membanggakan ialah, dipenghujung bukit tu ada pulak twin tower yang macam KLCC tu! Itu ikut perancanganlah. Kita tengok nanti apa jadi.

Sebenarnya aku tak sempat lagi nak explore seluruh kawasan Mekah ni. Tengoklah nanti bila dah sejuk sikit cuacanya insyAllah satu Mekah aku jalan. Sekarang ni temperature siang boleh naik sampai 45C. Memang sah terbakar!

Jumaat, Julai 18, 2008

Finally..



Dalam entry aku yang terdahulu ada aku bercerita tentang kawan aku yang bekerja di KPMG di Riyadh. Dulu dia memang selalu jugak buat surprise kat aku. Nak dijadikan cerita semasa aku nak keluar pergi lunch kat salah satu Malaysian Restaurant yang ada kat Mekah ni, aku terlihat satu kelibat familiar melintas betul-betul kat depan aku dari arah Ajyad Street masuk ke Al Safwah dari pintu tepi.

Aku panggil nickname dia "Nyem".....dia tak dengar, aku panggil lagi "Nyamuk!" pun dia tak dengar. Laju betul dia jalan. Kemudian aku panggil lagi, "Lan...!" baru dia berhenti dan menoleh tengok aku. La apa kau buat kat sini? Dia kata tengah buat auditing proposal for Felda and D'Saji. Dan Nyem dalam perjalanan ke D'Saji untuk makan tengahari. Patut lah laju sangat.

Kami bersalam maklumlah dah lama tak jumpa. Sempat pekena teh tarik kat D'Saji, kemudian kami berjanji untuk jumpa lagi selepas solat Isyak nanti. So lepas Isyak kami berjumpa kat tempat yang sama jugak sebelum menukar venue ke Zam-Zam Tower untuk sessi TT tambahan. Lama jugak kami berborak. Macam-macam yang kami bincangkan daripada hal-hal peribadi hinggalah kepada permasalahan dunia! We departed lebih kurang pukul 1 pagi. Nyem tinggal kat Inter Continental Hotel dan berjanji untuk sama-sama menunaikan solat Jumaat di Al Haram keesokan harinya.

Pagi Jumaat Nyem call aku mengatakan yang dia nak breakfast kat D'Saji. Aku turun join minum dengan Nyem. Sembang lagi...dan lagi.....dan lagi....Lepas solat kami sempat berposing sakan depan masjid untuk bergambar. Inilah hasilnya. MasyAllah God is so Great.....of all the places, kami berjumpa kat Mekah tanpa sebarang plan dan tanpa sebarang appointment. Dulu masa kat KL tak jugak jumpa!

Selasa, Julai 15, 2008

Mama


Masa aku di KL tempohari, mama tak berapa sihat. Aku faham sebab usia mama dahpun menjangkau ke 70 tahun. Mama sakit belakang, kencing manis, dan mata mama dah tak berapa nampak. Sayu kalau tengok mama dalam keadaan yang macam tu. Dulu mamalah sorang yang sangat energetic. Berlari kesana-sini dengan Volswagen biru muda BP4538. Mama banyak berjasa pada kami terutamanya aku.

Sebelum aku balik kesini mama ada kata yang dia nak buat cataract operation. Kami adik-beradik setuju sangat dengan keputusan mama. Apa yang baik untuk mama, baiklah untuk kami sekeluarga. Operation tak mengambil masa yang lama cuma 20 minit dengan laser dan lepas satu jam kat "day ward" terus discharged. Alhamdulillah semua ok. Mintak-mintak mama sembuhlah dengan cepat. Tak ada apa yang aku mampu buat kecuali berdoa lepas sembahyang didepan Kaabah memohon rahmatNya semoga mama cepat sembuh dan kembali ceria macam dulu.

Gambar yang diattachkan kat atas, ialah gambar mama sehari lepas operation dan sebelum berjumpa Dr. Baljit kat Ampang Putri. Kadang-kadangf terfikir jugak bila aku dah berumur 70 tahun nanti adakah anak-anak aku akan menjaga aku? Aku tak berharap tapi apa yang aku mampu buat untuk mama, insyAllah akan aku buat demi untuk membalas jasa mama yang dah berpuluh tahun menjaga kami sekeluarga.....Amin....

Isnin, Julai 14, 2008

Gardening



Tiba-tiba masa kat KL tempohari aku jadi rajin untuk bercucuk-tanam. Ini bukan disebabkan harga petrol naik, sebab yang aku tanam bukannya sayur tapi pokok-pokok bunga. Aku suka tengok kalau laman aku berwarna-warni. Ceria la sikit.. Jadi ada satu hari tu aku pergi ke Sg Buluh bersama-sama Mama dan Kak Lit. Aku tak beli banyak cuma 4 anak pokok yang setiap satunya berharga RM2.50. Balik saja kat rumah terus semangat nak menggali lubang. Lepas seminggu tak elok-elok jugak. Kemudian ada satu gardener kat apartment kami bagitahu yang tanah aku korek tu tak cukup dalam....alamak, so aku suruh dia yang buat balik. Hasilnya, lepas 2 hari saja saja pokok tu dah berbunga. Hah lega, tengoklah sendiri hasilnya...

Pokok-pokok yang aku beli tu takkan tahan lama. Mungkin 2-3 bulan saja, lepas ni mungkin mati. Aku bukannya pandai sangat, nak letak baja apa pun tak tau! Hentam sajalah labu!!!!!

Ahad, Julai 13, 2008

Makkah al Mukarramah


Tak pernah aku terfikir yang aku akan berada di Mekah untuk mencari rezeki. Ini semua kuasa Allah SWT. Dipermudahkan perjalanan aku untuk mencari rezeki disini. Alhamdulillah aku bersyukur walaupun terpaksa meninggalkan keluarga di KL.

Kedua-dua gambar tersebut aku ambil sewaktu hendak bersolat Maghrib diatas bumbung masjid. Sedang sibuk mengambil gambar dan berposing, tiba-tiba datang Polis merampas kamera aku. MasyAllah...panik sekejap. Aku ikut perlahan-lahan polis tadi. Dia pulak pergi tangkap orang lain yang ambil gambar Kaabah macam aku dari atas bumbung. Jadi terpaksalah aku ikut Polis Arab tadi macam orang bodoh....last sekali bila dah nak sampai waktu, barulah dibaginya pada aku dengan pesanan supaya tak ambil gambar lagi sebab takut disalahgunakan katanya. Kelakar jugak kalau ingat-ingatkan balik.

Pemandangan dari atas bumbung sungguh menakjubkan dengan cahaya matahari yang hampir-hampir tenggelam dan pemandangan bangunan-bangunan baru dan lama yang bercampur-aduk. Aku khayal sekejap. Esok pun aku sembahyang ditempat yang sama. Tapi Polis semalam tu dah tak ada. Orang ramai asyik dok ambil gambar...La pulak...tak aci nih...

Khamis, Julai 03, 2008

Exam!


Assalamualaikum.

Dah lama aku tak memasuki blog. Diam tak diam dah hampir 2 bulan aku berada di KL. Banyak kerja yang harus dilakukan. Maksud aku kerja dirumah...bukannya dipejabat. Masa aku balik tempohari, anak-anak aku betul-betul hendak menghadapi peperiksaan penggal pertama. Seperti kedua ibubapa aku dulu, aku yang kini menjadi nervous. Nervous sebab apabila aku bertanyakan anak-anak aku, katanya semua ok. Betul ke ni? Tempoh 2 hari yang aku ada, memang aku drill betul anak-anak aku. Kesian jugak tengok Abang dan Yuya terkebil-kebil mengulangkaji matapelajaran. Sabtu dan Ahad yang berbaki, aku gunakan sepenuh-penuhnya. Hari Isnin selepas bersolat Subuh sekali lagi aku memaksa mereka membuat last minute revision walaupun aku tahu yang itu agak kurang baik bagi mereka kerana hanya akan memberi tekanan yang lebih pada saat-saat akhir. Takpelah.....

Alhamdulillah kedua-duanya ok apabila result diumumkan walaupun aku rasa kalau aku ada kesempatan lagi, mungkin Abang dan Yuya mampu mendapat keputusan yang lebih baik lagi. Result abang naik mendadak dari nombor 25 turun ke nombor 6 keseluruhan manakala Yuya terkedu sebab cuma matapelajaran PAI yang membuatkan markahnya turun, jadi Yuya hanya mendapat nombor 14 walaupun hampir kesemua matapelajarannya mendapat A. PAI dapat C! Walaubagaimanapun, aku faham masalah mereka. Aku cuma tak sempat nak duduk bersama-sama mengulangkaji. Itu saja.....dan kelemahan-kelemahan menjawap dahpun aku huraikan pada Abang dan Yuya....

InsyAllah lepas ni dapat result yang lebih baik. Papa dan Mama sentiasa doakan...pesan Papa dan Mama, selalu-selalulah ulangkaji pelajaran, rajin bertanya, jangan malas, stick to the study roster dan sentiasa berdoa selepas solat! Gambatte Kudasai!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...