Rabu, Mei 21, 2008

SDAR 815






These are the photos promised to be uploaded. Tengoklah badan sorang-sorang yang datang. MasyAllah.....memang macam "prosperity burger"

Ahad, Mei 18, 2008

Old Boys Dinner

Aku sempat menghadiri reunion old boys yang dilangsungkan di KDE pada hari Sabtu yang lepas. Ramai jugak yang datang. Adalah hampir 40 kesemuanya. Kami tak perlukan ucapan yang berjela-jela, cukuplah dengan salam sebagai tanda kami masih mengingati antara satu sama lain. Gambar tak dapat nak aku uploadkan disini memandangkan tak semua gambar yang telah diterima. Aku akan cuba pada entry aku yang akan datang.

Sebenarnya dah seminggu aku tak updatekan blog aku ni. Ada saja halangan selain daripada tiba-tiba menjadi malas. Nantilah sehari-dua saja lagi aku akan buat ok? So for the time being, wait and see...

Khamis, Mei 08, 2008

Arab Technology Part 2



Sekarang ni banyak construction sedang dijalankan di Madinah. Semuanya nak membina hotel. Kalau minggu lepas ada tanah kosong kat mana-mana, seminggu lepas tu dah pun kena pagar dan korek. Ini semua sebab nak menampung jumlah pelancong yang bertambah setiap tahun dan selalunya pembinaan ini akan mengambil masa selama 24 bulan.

Sebelah apartment sarang burung aku ni pun (memang banyak burung, kalau tak percaya tanya Rozaimi!)sama. Lubang tu dah boleh buat underground carpark 3 tingkat dah... dan dilapik cuma dengan papan-papan kayu kat tepi supaya tak berlaku hakisan. Bunyi yang bingit sekarang daripada kerja piling yang kadang-kadang sampai pukul 1 pagi dah sama macam bunyi Utada Hikaru yang mendayu-dayu tu. Sedap pulak..Tak terganggu langsung tidur aku. Maklumlah, kerja banyak dan badan pulak penat!

Aku rasa kalau kat KL mahu dah runtuh apartment aku ni. Jangankan runtuh, retak pun tidak. Keras sungguh tanah dia, maklumlah setahun 2 hari ja hujan. Maklumat yang baru aku terima dari Mekah, 50,000 bilik penginapan lama dah pun dimusnahkan dan sekarang pembinaan untuk menggantikannya sedang rancak dijalankan. So kalau ada mana-mana syarikat dari Malaysia yang nak buat hotel, apalagi....

Di seberang jalan tu ada sebuah restoran yang dipanggl Mekah Hotel. Kenapa restoran tu dipanggil hotel aku tak pasti tapi yang pasti, aku dan lain-lain selalu singgah kat situ makan roti canai dengan kuah kari ikan tenggiri. Sebelah tu pulak ada kedai dobi yang tiap-tiap hari Khamis aku hantar baju untuk digosok (basuh buat sendiri!). Nama dia "Penat Tu!" Serious aku tak tipu, tanyalah kat Rozaimi ka Kamal ka mesti dia orang mengaku betul. Yang bestnya kat situ, boleh dapat diskaun then tak payah bil. Esok datang dia dah tahu yang mana aku punya. Regular lah katakan...

Walau macamanapun insyAllah kalau tak ada aral melintang, aku akan bangun pukul 5 pagi kemudian bersiap-sedia untuk ke Jeddah. Kena pergi MAS office tukar tiket untuk flight ke KL malam tu pukul 9 malam. Naik bas sajalah jawapnya. So for the next few days, maybe tak ada entry baru. InsyAllah sambung minggu depan dari KL.

Ahad, Mei 04, 2008

Arab Technology





Dari petang tadi aku berasa kurang sihat. Selepas bersembahyang Asar di masjid Rasulullah SAW dan memanjatkan doa untuk arwah bapak, mama dan ahli keluarga ku yang lain, aku berjalan longlai kembali ke pejabat. Melakukan sedikit kerja sebelum mengemas dan pulang. Aku malas menunggu ABH yang pada waktu itu sedang nyenyak tidur di apartment walaupun pada waktu itu menunjukkan tepat pukul 5.30 petang (Arab Technology)
Bukulali kiri yang bengkak masih terasa walaupun tidak seperti hari pertama dulu. Ini melambatkan sedikit pergerakan aku. Perlahan-lahan aku meninggalkan hotel untuk pulang. Sewaktu melewati masjid aku lihat ramai penjaja jalanan sedang mencari rezeki menjual sejadah, tasbih, baju, dan ada juga yang menjual pelampung Barbie! Kenapa pelampung, aku kurang pasti. Untuk dipakai di padang pasir? Mungkin sebagai hadiah untuk dibawa pulang..
Harga barang-barang agak standard disini samada SR5, SR10 ataupun SR15. Mungkin barang-barang yang dikawal harganya oleh Kementerian! Suasana sungguh meriah. Aku bercadang melepak di depan Hilton Hotel. Disitu ada satu kedai SR1 dan selalunya aku dan Rozaimi akan duduk dikaki lima melihat lautan manusia. Kali ini cuaca masih panas lalu aku terus berjalan kearah menara jam Madinah berhampiran dengan pintu masuk utama. Lepak sebentar disitu. MasyAllah sungguh ramai manusia…apatah lagi pada hujung minggu nanti. Sungguh menarik apabila aku terlihat seorang lelaki menaiki scooter menghantar teh Arab kepada kesemua penjaja. Rupanya penghantaran teh pun ada delivery service. Di scooternya sarat dengan thermos-thermos teh dan cawan disposable. Selepas menghantar teh dia akan terus pergi tanpa mengambil bayaran. Aku agak, mungkin bayaran dibuat secara bulanan. Wah ini betul-betul Arab Technology!!

Sabtu, Mei 03, 2008

Yuya




Ini Yuya. Baru darjah satu tapi jadual waktunya sangat padat. Setiap pagi Yuya bangun pukul 6 dan terus mandi kemudian bersembahyang subuh. Lepas tu Yuya bersarapan pagi dan selalunya dia makan roti sekeping sahaja kerana terlalu awal katanya. Pada pukul 7.10 pagi Wakana menghantarnya ke sekolah agama berdekatan. Selepas sekolah agama, Pak Haji akan menghantarnya ke Nursery yang merupakan "pusat transit" anak-anak aku. Disana Yuya akan mandi, makan tengahari, membuat homework sekolah agama dan bersiap untuk ke sekolah kebangsaan pada sessi petang
Pada pukul 12.30 tengahari Yuya dan kawan-kawannya akan berjalan kaki sejauh 200 meter dari Nursery untuk ke sekolah. Sekolah hanya tamat pada pukul 6.30 petang. Yuya akan berjalan semula ke Nursery yang akan ditemani oleh abang. Sesampainya di Nursery Yuya akan berehat sebentar untuk menghilangkan penat dan kalau ada homework dia terus akan buat (katanya!)
Wakana datang ambil lebih kurang pukul 7 malam untuk dibawa pulang ke rumah. Pukul 8 ialah waktu untuk makan malam. Setelah selesai makan dan mengemas meja, Yuya akan relax diatas sofa kat depan TV……….dan kemudian…….zzzzzzzzzzzz

Jumaat, Mei 02, 2008

Rio Ferdinand Junior




Kedua-dua gambar ni aku ambil semasa abang menentang Royal Selangor Club. Kami sampai awal. Abang tak boleh tidur malam sebelum itu sebab tak sabar nak lawan dengan team Mat Salleh katanya. Malam sebelumnya abang dah pun menyediakan boots, shin pad, ankle guard dan stokin yang semuanya disusun baik dan ditinggalkan ditepi pintu.

Pukul 5 pagi dah bangun dan mandi. Lepas solat subuh berjemaah, kami terus keluar bersarapan di Mc Donald berdekatan. Banyak kali abang tanya samada aku tahu atau tidak nak ke RSC. Aku pura-pura kata tak tahu walaupun di kelab itulah aku bermain ragbi dulu.

Sesampainya aku di RSC Mont Kiara, sorang pun tak nampak batang hidung lagi. Rupa-rupanya kami yang dulu sampai. Abang dengan semangat yang berkobar-kobar terus menukar pakaian dan terus warm up dan buat stretching. 2 jam lepas tu barulah coach nya sampai. Perlawanan dimulakan pada pukul 9 pagi. Abang seperti biasa bermain di posisi pertahanan tetapi diarahkan untuk membuat overlapping sekali-sekala. Aku seperti bapak-bapak yang lain terlebih-lebih semangatnya. Memang mengalahkan coach.

Kelab Bintang Muda mendahului dengan 1-0 diseparuh masa pertama. Masuk separuh masa kedua, abang mula dengan larian overlappingnya dari arah kiri penjuru gol lawan. Satu hantaran berjaya dibuat kepada striker Angah yang berjaya menggelecek seorang pemain pertahanan RSC. Angah mencari peluang lalu ditendangnya bola dengan kencang. Bola melencong, tiba-tiba kelibat abang ada disitu. Abang menyambut tendangan Angah dengan melakukan satu curl yang cantik melepasi tangkapan penjaga gol Mat Salleh tu. Bola menerjah ke gawang. KBM mendahului dengan 2-0. Abang happy. Berlari satu padang dia! Aku yang pada masa tu berada betul-betul di belakang tiang gol lagilah happy!

Keputusannya, KBM berjaya mengalahkan RSC dengan jaringan 2-1. Semasa didalam kereta, kami berbual panjang mengenai perlawanan tadi....."man to man talk!" yang orang lain mungkin takkan faham..........

SDAR Part 3



Seperti yang aku ceritakan dulu, aku minat sangat dengan game ni. Tak tahulah aku pasal apa, sampai bolasepak dan sepaktakraw semua aku boleh tinggalkan. Masa aku kat Tingkatan Satu lagi sewaktu dok melepak kat pavillion sekolah aku asyik tengok abang-abang senior aku training, phew, lasak betul dia orang ni....baju sampai koyak rabak dikerjakan...

Masa tu team sekolah memang power gila (sekarang pun!)....kalau tak silap aku ada Soon Cheong, Kendo dll yang ganas-ganas! Seronok tengok diaorang lawan kat padang KGV tu tapi yang tak syoknya bila malam tu aku kena panggil sebab kena cuci baju, seluar, stokin dan boots dia orang yang berbaldi-baldi tu. Tension betul. Panggil pulak kalau awal-awal lagi takpelah, ni dijeritnya nama aku masa dah dekat off light! Naknya esok pagi dah kering dan siap lipat lagi!

Kalau masa game tu berduyun-duyun kami bersorak kat tepi padang sebelah tapak kriket sampai terkeluar anak tekak. Selalunya menang. Tu yang seronok tu. Maka dari situ timbullah minat aku yang mendalam dalam permainan ni. Masa aku Tingkatan Dua aku tak berkesempatan sebab yang di Tingkatan Tiga untuk U15 semuanya power-power. Jadi sekali lagilah aku terlenggak kat tepi padang jadi penonton sambil aku berfikir, kalaulah aku yang main........tapi masa tu Apam dah start training dengan U15. Dia lah sorang-sorangnya batch aku yang melekat kat situ walaupun sebagai pemain simpanan. Bangganya dia!

Tahun 1983 semasa di Tingkatan Tiga, semangat aku memberontak untuk bermain. Dapat jugak aku menyarung jersi sekolah. Amboi bangganya aku...masa di Tingkatan Lima keinginan yang meluap-luap tu tak dapat dibendung lagi. Setiap petang aku akan berada dipadang awal untuk berlatih sendiri. Kicking aku mesti perfect! Semua tempat aku cuba. Dari penjuru kiri sampailah ke penjuru kanan, habis aku belasah. Hari minggu pun serupa. Namun hasil daripada latihan tendangan aku yang gigih tu akhirnya menampakkan hasil apabila jaringan tendangan aku tercatat sebagai mata jaringan terbanyak walaupun ia bukanlah official result (kira sendiri!)

Aku mengikuti perkembangan Tana Umaga ni dah lama sejak dari dia di sekolah lagi aku dah mula baca kisah dia yang menurut kata majalah ragbi dunia bahawa Tana Umaga akan menggegarkan dunia ragbi. Dia mula mewakili NZ ketika berusia 19 tahun lagi. Larian kencang dan bentuk fiziknya yang mantap memberi kelebihan kepadanya untuk memecah benteng pertahanan lawan. Ternyata sewaktu melawan Scotland didalam perlawanan persahabatan King Tana telah mula menunjukkan skillnya apabila beberapa kali dapat membuat try termasuklah yang dibawah palang. Hebat betul King Tana ni....

Kalaulah aku dapat pusingkan kembali waktu sebanyak 16 tahun, mahu saja aku ke NZ berlatih bersama-sama dia. Suatu waktu dulu ada rancangan di TV, "Benson & Hedges Golden Dream" dan "Golden Dream" aku pada waktu itu ialah untuk sama-sama turun menjalani latihan bersama Tana Umaga!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...