Rabu, Disember 30, 2009

Pagi yang cerah!

(aku dan encik hamzah serta anak dia yang melawat aku kat mekah dulu)

(lunch sama-sama kat Renaissance KL)

(malam horey-horey)

(ramai yang dah ada kat depan stage)

(aku dengan nazly)

Aktiviti horey-horey memang berlangsung dengan jayanya. Hasil daripada pelbagai sessi horey-horey, aku dah boleh berjalan dengan tegak....aku boleh berjogging...walaupun jalan yang lebih....boleh bawak kereta ke mini market beli paper dan boleh usung marina kat dalam bakul sambil pusing-pusing jalan cahaya 13 pergi dan balik!

Semalam lunch aku pergi ke Renaissance dengan aunty untuk berjumpa dengan encik hamzah dan makcik embun. Setiap kali aku balik ke Kl inilah salah satu aktiviti aku. Jumpa dengan guest aku yang dah 14 tahun aku kenal. Masa aku duduk dengan depa, Front Office Manager datang jumpa encik hamzah, director of rooms datang jumpa depa...manager-manager yang lain pun datang jumpa depa. Macam tu lah kami sayangkan guests kami. Memang encik hamzah rasa special sangat. Dan sebenarnya memang dia special pun...jumpa dengan guests, address them by name dan bertanya khabar depa, membuatkan depa bertambah rapat dengan kita. Lama kami dok bersembang. Almost 3 hours! Maklumlah lama tak jumpa. Anak pompuan encik hamzah yang buat haji tempohari pun datang jugak join kami. Seronok sungguh...

Malam tadi abang dah start tuition balik dah...muka abang dah muncung macam cencorot! Cikgu datang dengan lenggang kangkung...cikgu gandhi mengajar abang bahasa inggeris. Tapi aku rasa masih belum memadai walaupun result bahasa inggeris ada peningkatan sikit. Petang semalam dengan aunty aku pergi ke british council untuk check kan kursus bahasa inggeris untuk musim cuti sekolah. Katanya banyak program yang depa ada dalam tempoh tu dan kami berminat nak hantar abang dulu sebelum menghantar yuya pulak kesana. Semoga depa tak malu dan segan untuk berinteraksi didalam bahasa yang sangat penting tu. Aku dulu pun macam depa jugak. Teragak-agak nak bercakap takut digelakkan kawan-kawan...sebenarnya tu lah masalah kita. Bila orang lain boleh berbahasa lebih sikit, kita akan pandang dengan pandangan yang kurang enak. Tak baik macam tu. Kita patut lebih encourage depa ni supaya depa lebih confident untuk berinteraksi dengan rakan-rakan yang lain.

Pagi ni aku tengah tunggu anak-anak aku bangun tidur. Cadangnya nak pelan-pelan bawak kereta naik ke Kota Keriangan. Saja nak sejuk sikit. Depa kata kalau AC kat bilik tak payah pakai jacket...ish...budak-budak ni.....

Isnin, Disember 28, 2009

Malaysia meriah!

(lepas dinner kami ke Cyberjaya)

(dari kiri abul, apam dan aku)

(macam kat sekolah dulu....time speach semuanya hilang!)

(seronok jumpa depa ni..)

(baju merah tu organiser besar tu...si AYAM 84!)

(geng2 penyamun senior)

(meja aku...alamak sapa pompuan tu?)

26/12 lepas aku ada dinner di Putrajaya. Dekat seribu orang jugaklah...yang bestnya malam tu Tun Mahathir pun datang bagi speech jugak. Macam-macam cerita ada! Rugi sapa yang tak pergi. Kebanyakkannya rambut dah putih. Semua geng zaman-zaman Woodstock! Heh3...aku sampai ngam-ngam dah dekat sembahyang Isyak. Pahlavi dah siap tunggu kami kat dewan Puspanita. Jumpa senior-senior kami yang dari tahun 60-an zaman Pop Yeh-Yeh@Hippies@Woodstock, jumpa senior tahun 70-an zaman-zaman M. Daud Kilau dan kami dari zaman-zaman 80-an mewakili peringkat Duran-Duran, Flock of Seagulls, Iron Maiden, ACDC, Black Sabbath dll. Heh3...memang haru-biru! Ada yang usung anak berderet-deret dan kami, macam biasa, tak usung sapa-sapa! Kalau nak usung spouse pun memang depa tak nak ikut sebab malam tu sessi kami bersambung dengan sessi Teyy kat Cyberjaya sampai pukul 3.30 pagi! Hau-hau dok menguap...tapi kalau nak jumpa penyamun ni semua, memang kami sanggup hau-hau pun!

Sapa aku jumpa malam tu? Rahman Yeop, Munas Senior (tukang cucuk aunty), Munas Junior (Tok Mudim anak-anak aku), Baduk, Kiak, Brutus, Mat Grrrrr, Yek, Ayam dan beratus-ratus lagi yang aku pun dah lupa nama betul depa. Budak-budak batch aku jangan ceritalah...oh yea, tak lupa, special appearance daripada Uncle J. Uncle J ni sebenarnya senior aku kat seremban dulu rupanya. Dia ada jugak baca blog aku dan bagi komen-komen bernas dulu. InsyAllah kami akan jumpa lagi nanti kat Pullman dan akan bersambung cerita dongeng kami sampai ke pagi! Heh3...

Hari ni kami sambung lagi "adhoc meeting" kat Wisma Pekeliling. Ada lah 4 orang lagi selain daripada aku yang ada sama berlunch tadi....Apam, Kudo, IQ, Jawer dan aku. Kami balik pukul 4.30 petang...sama macam orang Gomen balik dari office! Kellaassss.....apa agenda kami tadi? Kami dok bersembang pasal reunion tahun depan. Ulangtahun ke 25 kami merosakkan harta benda sekolah! Mengekek-ngekek kami gelak walaupun kami dok ulang tayang cerita yang serupa setiap kali kami berjumpa...heh3...bila aku nampak muka-muka depa, terbayang aku muka budak-budak umur 13 tahun waktu 1981 dulu....la ni anak-anak kami tengah menuju ke sekolah menengah dah pun...cepat sungguh masa berlalu dan semahunya kami tak mahu masa tu bergerak langsung...biarlah kami dengan kawan-kawan masih ditahun 81-85....mana mungkin....

Sebelum aku pergi meeting tadi, aku sempat ke DBKL untuk settlekan saman parking aku yang aku kena 2-3 hari lepas tu. Aku cilok harley aku ke Kampung Baru. Depa kata kalau nak discount aku kena pergi ke Jalan Raja Laut. Aku celapak atas moto dan terus ke sana. Nasib baik depa kata Jalan Raja Laut...kalau depa kata kat Acapulco ka....jenoh aku nak kesana! Parking aku, macam biasa...kat atas divider tepi pintu DBKL! Nasib baik tak kena saman lagi sekali...heh3..."aku mudah lupa...". Depa bagi 50% discount sebab depa kata aku berkelakuan baik selama 2-3 hari tu. Jadi, aku bayar cuma RM50!

Pagi tadi pulak, anak dara aku dah kunci pintu bilik dari dalam. Dia kata tak nak kasi orang masuk....dia lupa yang aku pun orang jugak! Last-last aku kena panggil "tukang kunci", pecahkan door knob aku, ganti door knob baru dan bayar RM40! Ah Pan dah tibai duit aku pagi-pagi buta...apa, dia ingat aku chop duit? Ah Pan ni handyman aku dan berbelas tahun. Dari aku baru kahwin dan masa tu dia suspicious dengan kami. Bila aku dengan aunty panggil dia dulu, mata dia dok liar perati satu rumah...maklumlah masa kahwin dulu yang ada cuma honda cub dan mungkin dia ingat kami masa tu dok boypren-gerrpren...sampailah la ni anak aku 3, aku dok panggil si Ah Pan ni jugak. Tukar lampu, flush rosak, tukar knob, pecah pintu, semuanya Ah Pan yang buat. Sampaikan masa aku tak dak kat rumah pun dia dok buat kerja kat rumah aku. Ah Pan ni aku suka sebab tak banyak hal. Lepas 10 minit mesti sampai kat rumah aku. Charge pun tak mahal. Berbaloi-baloi...

Esok pulak, apa plan aku? Aku dengan aunty nak lunch kat Renaissance Hotel then berdating, then tengok wayang (sherlock holmes kot), then pergi Garden sekejap jalan-jalan sambil pegang-pegang tangan...heh3...jangan jealous yea....

Ahad, Disember 27, 2009

Banyaknya appointment!

(marina kat 1Utama)

(x'mas kat malaysia..)

(marina kelabu mata pilih selipar!)

(RB's tiny lobby area)

(di curve)

(di zoo)

(di jeddah)

(abang tunggu roti canai "groovy" masa breakfast di RB)

(muka-muka puas!)

2-3 hari aku tak sempat menulis. Badan jadi sangat letih dan aku dok berlari kesana-kemari. Bila dah malam, mata aku dah tuned in sampai juling-juling itik. Tapi orang kata, juling itik ni comel...orang lah yang kata...aku tak kata!

Macam aku bagitahu last week, lepas aku duduk kat Royal Bintang, the following day pulak aku ada lunch kat Plaza Damas. Jumpa kawan lama aku yang bukak Japanese Fashion Boutique. Lama sungguh kami duduk bercerita sebab dah bertahun tak jumpa. Aunty dan anak-anak pun ikut sama. Aku suka usung semua sekali jumpa kawan-kawan aku. Baru aunty tahu dan kenal sapa yang aku dok jumpa selalu. Jadi dia pun taklah suspicious sangat. In fact sekarang ni aku rasa aunty pun dah kenal semua kawan-kawan aku macam si IQ, Katak, Apam, Jawer, Abul, Nyamuk, Haq, Mat Bo, Kiss, Ayam, Cicak, Munas, dan lain-lain lagi. Kalau aunty tak jumpa depa, aunty kenal depa daripada cerita-cerita dongeng aku selama ni...ala-ala hikayat merong mahawangsa nih!

Malam tu pulak aku ada satu special invitation dari geng-geng old boys untuk makan malam kat Carcosa Sri Negara. Actually tempat ni aku tak pernah pun sampai. Jadi nak mencari hotel ni pun satu hal lah jugak walaupun almost tiap-tiap hari aku dok lalu kat tepi Mahameru tu...kami tak ramai, cuma 7-8 orang berserta spouse masing-masing. Yang lelaki dok cerita pasal dulu-dulu manakala yang pompuan pulak dok cerita apa nak masak esok! Pukul 10.30 malam, we bid farewell to each other dan berjanji yang esok malam kami akan jumpa lagi...heh3....bukannya lama pun...esok malam ja....reunion kat Putrajaya lah...

Dalam perjalanan balik aku singgah rumah kak anne kat DJ dulu sebab anak-anak aku semuanya ada kat sana for a bbq party. Horey-horey sungguh depa. Lama aku dok bersembang dengan kakak aku dan abang aku. Sambil lepak-lepak kat luar minum kopi sampai pukul 1 pagi! By the time aku sampai rumah dah 1.30 pagi. Anak-anak aku seronok sebab ramai sepupu sebaya ada kat situ sekali. Main games la...main kejar-kejar lah...main sorok-sorok lah...Malam tu kami tidur pukul 2 pagi! Heh3....BAHAGIA!

Tengah sedap terlelap, aku rasa dalam pukul 3.30 pagi, mama dah ketuk pintu bilik aku cakap dia lapar. Aku gosok mata aunty dan terus bangun. Buatkan susu kat mama, hantar dia ke bilik, bagi mama minum susu segelas, tanya kot-kot dia nak roti, baringkan mama atas katil, gosok-gosok kepala sikit, cium dahi sikit, aku keluar bilik dan tutup lampu. Aku masuk bilik dan nak terlelap bila mama ketuk bilik aku lagi. Sekali ni aku gosok mata marina pulak dan tengok jam, alamak...4.30 pagi. Mama cakap dia lapar lagi. Aku bawak dia ke bilik dan bagitahu yang next meal is at 7 am dan bukannya setiap jam. Mama lupa...dan setiap jam mama cari aku dan bagitahu yang dia lapar...tolong jangan tinggalkan dia...dan macam-macam lagi. Aku tarik nafas panjang-panjang dan beristigfar banyak-banyak semoga kami sekeluarga diberikan kekuatan untuk menjaga mama....jadi kepada pembaca yang masih ada mak dan bapak, aku nak pesan semoga tolong lah jaga depa sebaik mungkin. Selalunya "kita" ni, bila mak-bapak dah tak dak, masa tu lah baru nak cerita macam-macam....sama macam anugerah kat artist pulak bunyinya....aku nak berpesan kepada pembaca dan jugak untuk diri aku sendiri....macam mana kita dok jaga mak-bapak kita masa depa tua, macam tu lah anak-anak kita akan jaga kita masa kita tua nanti.....so guys, think about it!

Khamis, Disember 24, 2009

Royale Bintang, Curve Part 1

(kawan marina...spongebob!)

(dari balcony bilik)

(same spot)

(aku dan 3 sekawan)

(aunty dan 3 stooges)

Pagi tadi aku tak sedar diri. Terjaga dah pukul 6.30 pagi. Memang tak sedar diri! Kalut aku bangun dan terus check mama. Aku tanya mama dah makan atau minum ke belum? Mama kata dia lapar. Aku suruh Era buatkan susu. Err...by the way, sekarang aku ada 2pembantu kat rumah aku. Wiwit jaga rumah dan anak-anak aku manakala Era pulak solely jaga mama. Kami adik-beradik yang organisekan Era untuk jaga mama. Since mama duduk dengan aku la ni, jadi Era pun mengekor sekali. Dia tidur dengan Wiwit. Memang malam-malam depa dok "wok-wit...wok-wit..." (riuh-rendah).

Lepas bagi mama minum "special milk", aku teringat yang rantai harley aku ada bunyi "kruk-krak...kruk-krak..." Tepat pukul 9 pagi, aku menghala ke Pekan Ampang yang jaraknya sepelaung dari rumah aku. Pergi kedai moto kat belakang rumah. Aku kena sembelih RM45! Dulu aku dok dengar orang cakap "spoket...spoket..." last-last aku tengok kat kotak rantai tu yang satu set, dia tulis "SPROCKET". La.....bahasa orang putih ka? Aku ingatkan bahasa melayu....masa aku nak balik dari kedai moto, aku dapat call dari REZEKI bagitahu yang kami perlu berjumpa! Kami setkan dalam pukul 10.30 pagi. Aku balik sat, sikat rambut hitam aku, terus buat WILLIE dengan Harley aku sampai kat Pelita, Ampang Point. Kat mana aku parking? Biasa lah...kepala penyamun....tepi Pelita, kat atas divider, sebelah meter parking! Huh...PUAS!!!!

Kami pekena air sampai 7 gelas....heh3...baru boleh panggil TT session! Banyak yang kami bualkan dan banyak pengalaman yang kami kongsi bersama. Aku berbangga dapat kesempatan berkenalan dengan sorang lelaki gigih macam Rezeki. Alhamdulillah...rezeki dia melimpah ruah! Seorang yang cepat mesra dan kaya-raya dengan pengalaman...thanks Rezeki for the time walaupun aku tahu si Rezeki ni tersangatlah sibuk orangnya.

Aku pecut balik rumah lepas tu. Nasib baik kali ni moto aku tak kena saman...pernah sekali masa aku pergi buat payment kat Citibank, bila lepas buat payment aku jalan dengan semangat ke moto...sampai aje kat tepi moto aku tengok ada surat saman dalam bakul harley aku! Aku pergi bayar saman RM10! Heh3...

Aku balik rumah. Check samada mama ok ke tak. Era cakap mama dah makan. Aku lega...anak-anak aku pun semuanya dah makan. Bagus! Aku siapkan barang-barang, tunggu aunty balik kerja. Petang tadi sebelum keluar rumah, aku suapkan mama makan lagi. Aunty balik dan mandikan mama then aunty sapu ubat kat kaki mama. Dalam hati aku terdetik..."I married the right woman!"

Lepas tu abang dengan yuya dah asyik dok tanya aku kalau-kalau kat hotel nanti ada long bath ke tidak sebab depa nak berendam. Aku cakap mana boleh berendam...depa bukannya badak...dan kalau berendam nanti habis kembang, sapa yang susah? Depa angguk pelan-pelan dengan muka senoneng! Kami terus check in dan bilik kami memang macam iklan berbaloi...budak-budak happy dan aku puas tengok muka depa..

Kami turun untuk dinner kat DOME. Aku tak jadi makan sebab the day before aku dah terlebih makan. Jadi hari ni aku cuma light and easy. Oh yes...aku pergi check body fat kat Curve tadi and surprisingly, body fat aku cuma 19% dan aku berada didalam kawasan selamat. Heh3...BAHAGIA!

Anak-anak aku seronok. Bawak jalan tengok lampu dan depa masing-masing kata yang depa teringat kat Tokyo Disney. Lepas ronda-ronda dan depa complauint terasa ngilu, kami pun decide untuk balik bilik supaya depa tak ngilu lagi...heh3...

You have an appointment?

(marina sempat main sementara aku tunggu ubat kat APSH)

(surat apa tu?)

(surat saman parking DBKL la...)

(Marina atas kerusi Aceh...tapi bukan di Aceh..)

(Marina berlatarbelakangkan dinding Aceh....)

(Marina pose maut ditangga hotel Aceh..)

(cuba cari kesalahan kat situ..malunya!)

(horey2 di mc donald bangsar)

Pagi semalam aktiviti aku masih penuh, melawat kawasan dan bertemu rakyat jelata....heh3...apa aku buat semalam? Pagi macam biasalah. Aku kan driver....jadi pagi semalam aku hantar aunty pergi kerja. Tiap-tiap kali aku lalu, aku mesti pergi ke Infokraf Center sebab memang kena melalui jalan tu. Bila lalu kat infokraf tu, mata aku mesti dok "loq-liaq...loq-liaq..." tengok Royal Chulan....bila tengok hotel baru tu, hingus dengan air liur aku mesti meleleh...meleleh sebab aku teringin nak buat hotel opening lagi...dan lagi...dan lagi...nampak dari luar, mak aiii...grandnya...semoga service dan segala-galanya grand. Jangan cuma nampak saja grand! Cilok sana cilok sini, kami breakfast dulu kat Infokraf Center. Situ bagus sebab ada ample parking lot dan parkingnya tak perlu bayar.

Lepas tu baru aku hantar aunty pergi office. Sekarang ni nak pergi office dia cuma 15minit saja dan bukannya macam dulu. Isi minyak RM50, habis 2 hari! Balik rumah sampai pukul 9 malam dan kalau hujan sampai rumah pukul 10 malam....anak-anak dah tidur! Sedih kami mengenangkan masa-masa tu.

Rest sekejap kat rumah dan sebelum aku keluar meeting tengahari semalam, aku suapkan makan tengahari kat marina dan yuya. Bila abang tengok, dia pun nak jugak...aku suka sangat suap depa makan...rasa macam ada "special bonding" kat situ. Teringat masa mama dok suap aku dulu masa aku kecik-kecik...dah habis depa makan, aku suapkan mama pulak. Sedap aku tengok mama makan. Kosong pandangan mama....mama makan habis sepinggan. Dalam makanan mama aku masukkan carrot dan potato yang aku rebus lama-lama sebab mama dah tak ada gigi. Aku puas tengok mama makan sampai habis sepinggan. Malam tadi aunty pulak suapkan sambil aunty cuci kaki dia yang luka. Setiap kali sembahyang aku sentiasa memohon agar kami tidak "dihilangkan" kesabaran sewaktu menjaga mama. Aku memohon supaya aku dapat menjaga mama selama mungkin semacamana mama menjaga aku dari dulu sampai sekarang. Aku mintak dipelihara tingkah-laku aku, tutur kata aku, nada suara aku supaya tidak menyinggung perasaan mama. Aku sayangkan mama...

Tengahari pulak aku usung Marina pergi meeting sekejap. Sempat melencong ke Bangsar lepas parking kat Telawi 3 depan Starbucks! Aku lari ke Mc Donalds berjumpa kawan aku kat sana. Marina makan ice cream dan aku minum OJ. Lama kat situ, kawan aku tanya. Kau dah bayar parking? Alamak...part tu aku longlai sikit sebab aku terlupa macamana nak bayar parking. Aku terlupa yang aku kena bayar kat meter dan tayang kat dash board. Terlupa langsung! Aku masih dok ingat ada orang datang letak tiket kat screen. Aku berlari ke kereta yang jaraknya 400 meter. Terasa macam Nordin Jadi dok lari 400 meter berpagar kat sukan SEA dulu! Aku pun terikut macam Nordin Jadi....lari-lari lompat....lari-lari lompat....aku lari sebab nak kejar, takut kena saman dan aku lompat sebab ada longkang....amacam, sama kan? Yang bezanya cuma Nordin tu Nordin Jadi manakala aku pulak Slalu Tak Jadi! Bila sampai kat kereta aku tengok brother tu dah selit satu saman kat screen aku dan dia sempat jerit kat aku dari seberang jalan...."Encik nak parking satu hari pun boleh....saman, saman dah!!!!!" Aku golek-golek kat Jalan Telawi 3 sambil nyanyi lagu DJ Dave..."Maafkanlah....maafkanlah....". Penyamun tengok aku terus pecut motor. Heh3...

Lepas meeting kami diraikan dengan makan tengahari oleh depa. Hala tuju kami? Tempat yang sangat mengerikan....Pelita (eh...ka Kayu?) Bangsar....tempat orang-orang tak sedar diri makan...tempat orang yang dah tak punya masa depan makan....dan tempat makan yang selalu doktor-doktor persendirian selalu syorkan untuk makan supaya berat badan naik, darah naik, gula naik, segala-galanya naik! Very sinful indeed! Aku order maggi goreng tapi dilarang keras. Aku dipaksa makan nasi kandar berkuah banjir dan sotong sambal, dan perut lembu dan daging kambing dan kuah taruh atas....aku meronta-ronta nak lari tapi diikat dirusi besi dan di paksa makan......oh...tidak! Kesimpulannya, aku makan dengan tersangatlah lahapnya!

Aku lari balik ke ampang sebab abang ada appointment pulak dengan adik dr jisim...dr jawi! Doktor bagi clean bill of health tapi bagi ubat sikit kat abang sebab dr kata kat abang sambil melutut dan tangan menunjuk ke muka abang..."Luka yang lama terguris kembali...." Kami keluar hospital lepas bayar ubat. Tak boleh skipping sebab nanti aku sakit belakang dan depa pulak akan bengkak alat sulit nanti....

Aku memecut laju membelah jalan ampang. cilok sana, cilok sini....kidnap pompuan jepun sorang dan bawak balik. Heh3...Puas! Sampai rumah, aku terlelap dan anak-anak aku kejutkan aku pukul 6,cakap aku ada dinner appointment pulak kat Sime Darby Convention Center. Pergh.....first time terasa penting dan sibuk! Mandi, siap dan terus memandu laju. Bila sampai, aku tengok reporters ramai....ish...ni bukan untuk aku kot...sambil geleng-geleng kepala. Orang penting sampai. Kami bersalam. Dia suruh aku ikut dia. Aku ikut kat belakang.....apa function ni? Aku duduk kat meja vip, aku dongak kat stage, tengok-tengok depa tulis..."majlis Perasmian Pro Golf Malaysia" Whooohooo...ni bukan untuk aku ni...mati-mati bukan untuk aku.....oh tidak............errr kesimpulan dia, kalau tak keluar bahagian sukan dalam berita semalam, mungkin akan keluar malam ni Prime News at 8pm samada RTM ataupun TV3 ataupun Astro. Kalau nampak sorang teruna pemalu dok jalan belakang VIP sambil kepala tertunduk syahdu masuk convention centre, tolong jangan mengaku yang hangpa kenal aku naaaa......heh3...

Rabu, Disember 23, 2009

Pesanan untuk adik-adik

(apa lah budak ni makan?)

(pun tak habis2 lagi)

(bila sihat sikit, selera pun bertambah)

(pesakit2 dok main game)

(sampai macam ni letih...)

Semalam aku ada appointment lagi. Berjumpa sorang lagi yang sangat penting. Appointment pada pukul 2.30 petang katanya dalam e-mail untuk aku. Macam biasa, aku tak mahu terlambat untuk appointment penting ni. Selalunya aku dah siap buat "homework" supaya aku tahu dimana aku nak cari depa nanti ataupun kat mana terletaknya tempat untuk aku berjumpa depa. Bila dah dapat arah, aku akan plan betul-betul supaya aku tak terlambat sampai untuk berjumpa depa. Ini sangat penting especially kepada adik-adik yang akan pergi interview selepas sekolah ataupun selepas universiti nanti. Pukul 12 tengahari aku dah bersiap. Pukul 1 petang aku dah keluar dari rumah. Pukul 1.30 aku dah tersilap masuk highway dan terus mengarah ke Sungai Buloh...Pukul 2 petang aku dah tersalah masuk office depa dan diarahkan ketempat lain. Pukul 2.20 aku masih melilau dok cari parking. Pukul 2.23 petang aku dah masuk parking betul-betul kat depan office oarang yang aku nak jumpa tadi. 2.25 petang aku dah duduk kat dalam pejabat dia. Pukul 2.30 petang, kami dok bersembang sakan...

Adik-adik yang Uncle sayang sekelian....apabila adik-adik nak pergi berjumpa dengan orang penting ataupun interview, Uncle sarankan agar adik-adik buatlah homework secukupnya. Study tentang "company profile" tadi. Study siapakah yang berada didalam "Board". Cari klip-klip berita terkini tentang syarikat tersebut melalui "archive" ataupun di internet. Ini penting supaya apabila adik-adik ditanya nanti, adik-adik mampu menjawab dan tahu keseluruhan struktur syarikat tersebut termasuklah matlamat" dan pengstrukturan syarikat.

Jangan ambik mudah tentang lokasi tempat pertemuan. Ambik contoh Uncle yang keluar rumah pukul 1 tengahari dan sampai ngam-ngam kat depan office depa. Itu sangatlah merbahaya. Kalau adik-adik terlambat, 20% markah adik pada mata depa akan berkurangan. Ini menyebabkan adik-adik akan kalah sebelum berperang dan ini amatlah merugikan masa depan adik-adik.

Apa yang berlaku pada Uncle semalam sehingga Uncle sampai ngam-ngam kat tempat pertemuan? Macam yang Uncle kata, Uncle tersilap masuk highway. Bila dah betul, cari jalan pulak tak jumpa.....bila dah jumpa, silap office pulak! Kan dah menyusahkan, walhal beberapa hari sebelum tu Uncle dah ada betul-betul kat depan office depa! Ni memang "unsangkareable!". Walaumacamanapun, Uncle tetap sampai awal kecuali agak tercungap-cungap. Ini tak bagus untuk pernafasan adik-adik dan ketenangan adik-adik sebelum melalui proses temuduga.

Pakaian adik-adik pulak mestilah kemas. Murah atau mahal tidak memberikan banyak impact tetapi cara berpakaian (sesuai dengan tempat dan kerja), penampilan, eagerness, knowledgeable dan sedikit berkenaan dengan ketepatan waktu amatlah penting. Bila adik-adik sampai lambat, ini menunjukkan yang adik-adik tidak mengambil pusing perkara-perkara penting. Kalau di Jepun, contract-contract adik semuanya akan dibatalkan dan kesemua peluang yang bernilai jutaan ringgit akan habis begitu sahaja.

Hari ni Uncle cuma teringat nak pesan sikit kat adik-adik semua sebagai panduan dimasa depan....sekali lagi Uncle nak summarise apa yang Uncle dok merepet kat atas tadi tu...

1) Plan your route
2) Do your homework
3) Research sikit on the job that you are applying for
4) Research sikit pasal company tu dan siapa yang duduk didalam "Board" depa...
5) Study sikit apa depa punya "mission statement"
6) Jangan lambat ke tempat yang dijanjikan
7) Berpakaian kemas dan sopan, sesuai dengan pekerjaan yang dimintak dan mahal tak semestinya kemas!
8) Buatlah semua persiapan dengan baik i.e. resume, sijil-sijil dan surat-surat yang dirasakan relevant dan mampu membantu sewaktu temuduga

Uncle rasa dipagi yang syahdu ni, cukuplah dulu setakat ni. Uncle nak sembahyang subuh dulu naa....actually, Uncle pi jumpa kawan dan kami dok bercerita pasal interview ni yang selalunya kami tengok adik-adik gagal untuk menepati piawaian. Jadi kami sedikit frustrated. Kami pikir dan pikir macamana kami mampu membantu. Jadi Uncle ambik kesempatan ni untuk cerita sikit kat dalam blog merapu ni supaya adik-adik tahu apa tugas adik-adik nanti dan apa yang kawan-kawan Uncle yang dulunya "penyamun" lihat apabila adik-adik pergi interview. By the way, semoga "Bahagia..." heh3...

Isnin, Disember 21, 2009

Kunjungan

(tukang masak import dari Tokyo...mahal ni...)

(miss tokyo dengan harley davidson nya...)

(gadis ku....seri mewangi...bagai...)
(Uncle Pet di sebelah kiri dan adik Uncle Pet disebelah kanan. Yang tengah tu aku tak berapa kenal pulak!)

(dua tag team WWF)

(towkay laksa dok kacau periuk)

Semalam aku mendapat kunjungan dari fellow blogger yang tersohor....heh3...kami tak pernah berjumpa, dan kenal pun melalui alam maya. Tapi semangat kami memang tetap utuh. Planning nya kami nak TT kat PAP, tapi memandangkan aku injured disebabkan oleh perlawanan dengan NZ All Blacks 2 hari lepas dan takut diserbu peminat-peminat rugby dunia, kami mengambil keputusan untuk berjumpa dirumah aku saja sambil makan laksa yang kami tempah dari Tokyo!

Uncle Pet talipon dan bagitahu yang dia ada kat Galaxy (bukan nama majalah..), jadi akupun terpa pergi kesana. Aku talipon dan bagitahu kereta aku kaler apa dan bila aku tanya dia ada kat mana, dia jawab yang dia ada kat belakang kereta aku! Pergh.....hebat sungguh Uncle Pet ni....memang sah dia ada "bela" nih....

Uncle Pet datang dan melepak kat rumah aku dengan adik dia. Banyak kami sembang merapu. Tengok album gambar aku sekejap sebelum UP mintak diri dengan maha sopannya untuk balik ke Shah Alam dan Sri Damansara. Kaya sungguh UP ni, sampai 2 tempat dia nak balik! Jadi to UP dan adik dia, aku nak ucapkan terimakasih sebab datang tengok orang sakit belakang! Heh3...

Petang tu pulak aku melepak dengan aunty kat depan rumah sambil tengok Marina dok mengekek-ngekek gelak main sorang-sorang...abang dengan yuya dok gigit jari belakang grill tengok kami main sebab teringin nak join tapi pasal "sports injury", tak berkesempatan nak horey-horey sama. Kesian kat depa....pi balik pi balik pakai kain pelikat. Tu lah sekali aku tengok depa pakai kain pelikat. Depa pun macam aku jugak, allergic pakai kain pelikat ni....bukannya pasal apa, selalunya bila bangun pagi, kami 3 beranak jadi kelam-kabut cari kain pelikat.....memang mimpi NGERI!

Luka abang dah kering dan dah bersih kecuali ada bengkak sikit lagi....luka yuya pun dah kering sekarang ni. Hari ni Yuya dah tak nangis jadi kesimpulannya, dia dah agak baik...marina pulak la ni dok melepak sama dengan abang-abang semua dok melangut tengok cerita "masam-masam manis". Bergelak sakan sungguh depa. Ini satu pembaharuan pada abnag dan yuya yang selalu tengok Tom and Jerry. Dah dewasa anak-anak aku!

Hari ni aku tak kemana. Cuma duduk rest kat rumah. Aunty pergi kerja dan aku pulak duduk rumah jaga anak-anak....dan tak lupa jaga mama sama sebab semalam mama datang ke rumah. Tadi dah buatkan minuman untuk mama dan suapkan nasi kat mama. Mama tiba-tiba bagitahu yang dia teringin nak makan pindang@singgang. Horey...mama nak makan....aku bawak nasi dan pindang dan suapkan kat mama pelan-pelan. Habis sepinggan dan mama mintak tambah lagi...Wah ni dah ada perubahan ni....Tadi aku berpesan kat pembantu aku..."Wiwit...jangan tinggikan suara kamu, jangan marahkan mama, jangan buat muka kat mama....jaga mama macam kamu jaga mak kamu sendiri...". Wiwit angguk....

Ahad, Disember 20, 2009

Aku pulak jammed!

(bukan ubat depa tapi ubat aku pulak!)

(breakfast kami pagi ni, aunty buat tuna sandwich...yay!)


(lama tak jumpa pisang mas ni)

(rezeki selalu dok cerita pasal pasar tani, dalam sakit2 belakang aku pergi jugak pasar tani...heh3...)

(pandangan sisi pasar tani)

Semalam aku bawak anak-anak aku ke hospital untuk berjumpa dengan Dr. Mohammed. Pakar Urology merangkap Tok Mudim untuk anak-anak aku. Masa aku sampai kat hospital, Yuya cakap yang dia tak larat nak jalan. Jadi macam biasa, sebagai seorang bapak yang tersangatlah Mithalinya, aku berlari-lari anak sambil skipping ke lobby Ampang Puteri sambil mata dok melilau cari wheelchair...lepas jumpa wheelchair, aku cari Yuya pulak. Sambil surung Yuya ke pintu lif, aunty, abang dan marina mengekor dari belakang. Pintu lif bukak dan aku surung Yuya masuk. Lif penuh dan aunty cakap yang depa bertiga akan naik lif lepas tu. Aku cakap ok! Aku dan Yuya masuk. Tiba-tiba ramai pulak nak masuk. Mana depa ni datang pun aku tak tahu. Dah ramai macam orang berebut lif kat Mekah! Aku cuba nak dapatkan ruang, jadi aku angkat sikit bahagian belakang wheelchair untuk kekanan sikit. Masa tengah angkat tu tiba-tiba belakang aku berbunyi macam meletup. Aku jammed kat dalam lif. Nak pusing kiri tak boleh, nak pusing kanan pun tak boleh...nak tegak tak boleh, nak tunduk pun tak boleh! Ahhh sudah....aku tarik nafas dalam-dalam dan cuba reverse keluar masa pintu lif bukak kat tingkat 4. Kat luar lif aku dah berpeluh-peluh. Sorong jugak masuk dalam klinik dan cuba duduk.

Muka aku berkerut masa nak duduk. Nak betulkan ponggong pun muka aku berkerut. Nak pusing pun muka dah herot! Aunty masuk. Tengok muka aku yang masa tu dah tak nampak macam Brad Pitt! Aunty tanya aku ok ke tak? Aku cakap tak! Aunty papah aku bangun. Receptionist pun dah panic dan sempat dia cakap, "Encik salah klinik ni....' Aku cakap kat Leen yang datang nak jumpa Dr bukannya aku tapi anak-anak aku...

Pelan-pelan aku jalan ke lif dan terus ke emergency. Aunty nak ikut tapi aku cakap tak payah sebab aku boleh jalan lagi...sampai kat Emergency, aku dok bersoal-jawab dengan depa sekejap dan aku cakap belakang aku dah "jammed". Kalut depa suruh aku baring atas katil kat emergency. Muka aku berkerut-kerut sebab nak duduk pun sakit. Aku mintak tolong budak tu baringkan aku kat atas katil sebab setiap pergerakan aku sangatlah menyakitkan! Doktor datang check aku dan cakap yang dia nak cucuk ponggong aku...aku cakap kat doktor baru 2 hari lepas Doktor Gomez cucuk aku sebab gastric....doktor Noor sengeh kat aku. Aku tak sempat nak sengeh sebab sakit sangat!

Nurse datang kat katil aku dan suruh aku pusing belakang. Aku terpaksa ikut sebab aku tak ada pilihan....kalau tak ikut nanti Nurse tu tampar belakang aku, lagilah aku menjerit nanti...baik aku ikut...aku jeling kat Nurse, aku nampak dia keluarkan syringe....aku tengok syringe...syringe tengok aku....sama-sama panic! Pergh...jarum dia punyalah panjang aku tengok...aku tengok muka Nurse tu dah nampak macam muka "Witch" yang jahat-jahat dalam cerita Walt Disney.....jalan terbongkok-bongkok...ada pulak kawah yang berasap.....bawak pulak tongkat magic......dagu panjang...jalan terketar-ketar.....gelak nyaring....whooohooo NGERI! Pelan-pelan dia pedapkan air magic kat belakang aku dan gosok-gosok dengan kapas....then dia cakap dengan nada nyaman..."...saya cucuk yea...." Alahai Labu, kau cucuk je lah.....zapp...dia kasi sedas kat ponggong aku. Tersentak aku sekejap. Muka aku senget lagi....dalam dok senget-senget tu aku sempat jeling kat nametag dia....aku terkejut bila nampak nama dia...."BAHAGIA"........sungguh aku tak tipu....nama dia "BAHAGIA!" Kalau tak percaya, pergilah kat Hospital Ampang Puteri, bahagian emergency dan tanya ada tak nurse nama tu.....

Rasa-rasa apa aku nak wish dia kalau aku pergi wedding dia dan shake hand dengan dia nanti? "Selamat Berbahagia..." Heh3...

Reunion

Awal 20an Tak putus-putus 'reunion' datang dan pergi. Seperti yang selalu berlaku, sewaktu aku lepas sekolah/universiti dulu, top...