Khamis, Oktober 26, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 7


Alhamdulillah saya selamat sampai di Vientienne kini. Selepas naik keretapi malam tadi, saya terus terlelap. Apabila saya terjaga, jam dah pun menunjukkan pukul 11.30 malam waktu Malaysia yg juga bersamaan 12.30 malam waktu Thai. Saya terlelap dengan nyenyak. Deep sleep kata orang kampung saya.

Thanaleng to Vientiane
Tepat jam 7 pagi saya sampai di Nongkhai. Nongkhai ialah sebuah pekan kecil bersempadan dengan Lao. Saya lantas membeli tiket berharga Baht50 dan mula beratur utk melepasi immigresen Thai. Seterusnya saya kembali menaiki keretapi utk menyeberangi sungai Mekong untuk masuk ke Lao. Tatkala saya menyeberangi sungai Mekong, saya mengambil gambar dan mengirimkan pesanan nakal kepada cikgu Sabarudin Ahmad yg selalu menyebat tangan dan ponggong saya dengan pembaris lagendanya yg tebal pada tahun 1982-1983 dulu.......hahaha...berikut ialah message nakal saya kepada cikgu SA..

[10/4, 07:50] mohd shahrir ali: assalamualaikum cikgu.....ni sungai mekong!
[10/4, 07:51] mohd shahrir ali: dulu geografi ada cikgu ajar....umur nak masuk 50 baru saya sampai....hahaha....errr, cikgu dah sampai?💨💨
[10/4, 08:36] Cikgu Sabarudin: Untungla kau uncle...den dah pencen lon dapek lae nengok...

Begitulah akrabnya kami kini. Dulu? Hahahaha....walaubagaimanapun saya dah peluk dan cium tangan cikgu SA sambil memohon maaf dan alhamdulillah sambil menggosok kepala saya mcm kepala kucing, beliau memaafkan saya. Saya doakan cikgu SA diberikan kesihatan yg baik....

Breakfast with HE Mr Ambassador


Keretapi berhenti di Thanaleng Station dan sekali lagi saya beratur utk dicop paspot saya masuk ke Lao. Prosesnya tak lama. Dalam pada itu ada seorang makcik tua yg saya bantu sewaktu turun dari keretapi bertanyakan sesuatu kpd saya didalam bahasa Perancis. Beliau terkejut kerana saya menjawab didalam bahasa Perancis!

I'm safe!

Saya mengambil van menuju ke Vientienne utk bertemu rakan satu nasi kawah batch saya di Seremban dulu. Beliau kini bertugas sebagai Duta Besar Malaysia di Lao. Kami berjabat tangan dan berpelukan sebelum saya disajikan kopi oleh pegawai wanita kedutaan. Waahhh saya terasa besar....kawan saya HE Mr Ambassador.....haha....hidung saya kembang tatkala menandatangi buku rasmi kedutaan....haha! Kami lantas keluar utk bersarapan sebentar. Breakfast dgn Duta tau.....kalau cikgu Sabarudin atau cikgu Azizi Sihab baca, mereka pasti turut berbangga! Seriously!
Apa aktiviti saya disini? Nanti saya ceritakan. Meanwhile saya nak rest dulu......

Depan bilik saya di kediaman Duta Besar


"Live Balanced Life To The Fullest"

#unclefrommas

Isnin, Oktober 23, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 6


(cerita ini diambil dari  fb saya, trip 30/9-7/10)

Hari ni saya sangat berpuas hati kerana rakan yg dah lebih 20 tahun saya tak jumpa datang menjenguk saya di Pop Art Hostel. In fact lepas saya check in, saya mandi dan terlelap sekejap. Oh, lupa nak bagitahu yg tangga nak ke bilik saya sangatlah curam. Sama curam macam tangga rumah mak mertua saya di tokyo! Bila naik, saya kena pegang anak tangga atas dan bila turun, saya kena baca doa banyak-banyak!

"O" datang sekitar pukul 4 petang. Kami berpeluk sakan dilobi dan keluar mencari kedai kopi berdekatan. Bercerita mengenai kisah kami sewaktu bergelar pelajar, pulang kenegara masing-masing, cerita mengenai karier, cerita mengenai keluarga dan anak-anak yg sedang membesar dan banyak lagi....banyak persamaan rupanya.."O" lah yg sering masak dan menjamu saya dihujung minggu dan "O" jugalah yg sering menjemput saya di malam minggu sewaktu kami di Geneva dulu. Jasa baik beliau takkan saya lupa hingga bila-bila. Saya sempat berbual dengan isterinya yg juga saya kenali melalui talipon. Kami berjanji akan bertemu lagi samada di Bangkok ataupun di KL. 



Sewaktu check out pada pukul 6 petang dan menunggu hujan reda, saya sempat berbual dengan seorang lagi backpacker dari Germany yg sudah 15 bulan mengembara. Kami bercerita mengenai kesedapan makanan Thai yg sudah sememangnya authentic dan tak sama dengan dinegara kami. Saya gelihati bila "O" kata dinegaranya tak pernah wujud nasi goreng Pattaya! Hahahaha....mungkin sama dengan sirap bandung atau mee jawa yg tak pernah wujud di tempat asal masing-masing! Saya dan "O" berjalan pantas ke stesyen Hualamphong. Kami makan malam dulu sebelum "O" menyuruh saya menghabiskan makanan dengan cepat kerana terdengar announcement memanggil penumpang yg nak ke Nongkhai segera ke platfom 3. Kami sempat bergambar sekali lagi. "O" berjalan bersama saya ke gerabak no 2. Sekali lagi kami berpeluk sakan dan berjanji akan bertemu di masa akan datang.....

Nice Thai chic curry
Buat kesekian kalinya saya merasa nikmat dunia yg Allah kurniakan kepada saya terlalu hebat. Nilai persahabatan yg utuh ini harus saya pelihara. Saya amat bersyukur kerana dikelilingi oleh rakan-rakan sebegini....

Apakah destinasi saya esok selepas Nongkhai dan dimanakah saya akan menginap, biarlah saya rahsiakan dulu.....apakah saya akan menginap di hostel seperti Pop Art lagi? Siapakah yg akan saya bertemu esok? Silalah tunggu cerita sambungan saya. Yg penting anda doakanlah agar kesihatan saya terus baik....

Keretapi dahpun bergerak meninggalkan Stesyen Hualamphong. Esok 6.45 pagi saya akan sampai di tebing sungai Mekong. Saya pernah belajar tentang sungai ini dari cikgu Sabarudin Ahmad. Cikgu Sabarudin selalu sebat saya dengan pembaris tebalnya.....esok bila nampak sungai tu, saya nak ambil gambar dan hantar kepada beliau....hahahaha......Good night!

"Live Balanced Life To The Fullest"  
#unclefrommas

Khamis, Oktober 19, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 5

(cerita ini diambil dari entry saya di FB, trip 30/9 -7/10)

Alhamdulillah saya selamat sampai di Hualamphong Train Station dan seterusnya mencari kopi yg ke dua utk hari ini. Berehat sebentar di luar stesyen dan seterusnya meneruskan perjalanan utk mencari hostel yg saya tempah yakni Pop Art Hostel yg kedudukannya hanya 400 meter dari stesyen keretapi. Agak sukar mencari kerana ada terlalu banyak lorong tikus dan saya tersalah masuk kerumah orang tempatan! Fun hah?

Pop Art Hostel
Sewaktu berehat sambil minum kopi cicah croissant, saya membuat beberapa panggilan utk menetapkan waktu dan tarikh mesyuarat pada minggu depan dengan counterpart dari Bangkok. Selesai.
Sesampainya saya di hostel saya harus menunggu selama 30 minit sebelum dibenarkan masuk ke bilik dormitori. Bersama saya ialah pasangan pengembara dari UK yg dah setahun berkelana di Australia. Kami berbual sebentar dan ternyata pasangan muda ini suka mengembara spt saya. Haha....

Hualamphong Station

Hujan turun dengan lebatnya diluar. Selepas ini saya nak mandi dan kemudiannya berehat sehingga jam 6 petang sebelum bergerak semula ke stesyen pada pukul 6.30 petang nanti. Saya harap tak hujan!

Perjalanan masih jauh..

Oh ya...berapakah harga katil disini utk semalaman? Hanya rm19 tanpa sarapan...

Till we meet again....bye for now...

"Live Balanced Life To The Fullest"
#unclefrommas

Selasa, Oktober 17, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 4


(cerita ini diambil dari FB posting saya minggu lalu)

Pada saat saya sedang menulis/menaip ini, saya berada didalam 'sleeper train', katil bawah kelas 2 yg bertolak dari stesyen Hatyai tepat pada pukul 6.45pm. Kini telah hampir 30 minit keretapi ini berlepas dan saya terasa seperti diawangan. Terbuai-buai kekiri dan kanan. 

Pagi tadi saya memohon kepada pihak hotel utk check out sedikit lewat dari waktu kebiasaannya yakni pukul 2 petang. Tunggu di lobi hotel, kepala otak saya ligat berfikir apa yg harus saya buat bagi menunggu keretapi yg dijadualkan berlepas pada pukul 6.45pm. Saya menyandang beg di bahu dan kembali melangkah ke kedai Sulaiman untuk makan tengahari. Dua hari saya disitu utk minum, tidak kelihatan seorang pun yg mengunjungi kedai makan tersebut. Saya hairan..apabila berada disituasi sebegini, anda janganlah pergi bertanya kepada "tokmoh". Jawapan yg bakal anda terima ialah, 'terkena buatan orang' ataupun 'ada orang dengki'. Berdasarkan kepada jawapan clichè yg sering kita dengar, saya memberanikan diri utk memesan makan. Saya pesan ayam masak merah, nasi putih dan juga bistik (bistik? beef steak?) manakala minuman yg saya pesan ialah kopi ais. Oh, lupa nak bagitahu. Kehadiran saya langsung tak disedari walaupun saya melintas betul-betul disebelah gadis manis pekerja restoran tersebut. Beliau asyik bermain game di mobilenya....saya mengambil menu sendiri dan duduk di meja belakang berhampiran cashier...saya memanggil cashier dan memberitahu yg saya nak makan! To cut the story short, kesemua makanan yg saya pesan, tak sedap. Entah kenapa kesemua masakannya terasa tomato based! Terlalu 'kental' dan terasa spt tomato sauce jenama maggi yg dituang kedalam kuali dan dipanaskan. ...Seperti kebiasaannya, walaupun tak sedap, saya habiskan juga makanan yg saya pesan kerana menghormati tukang masaknya yg masak! Kini saya faham kenapa tidak ada kelibat seorang pun yg makan dan minum di restoran tersebut selama 2 hari saya disitu! Misteri terungkai sudah....

Selesai makan, saya berjalan longlai menuju ke stesyen keretapi. Cuaca sedikit redup dan agak dingin. Setahun yg lalu, diwaktu yg hampir sama, saya berjalan dengan Kamal Ariffin Yuya menyusuri sungai Chao Phraya di Bangkok. Terdetik dibenak saya, cepat masa berlalu....

Sesampainya saya di stesyen, saya terfikir, apa saya nak buat selama 4 jam sebelum keretapi bertolak? Kaki saya melangkah laju menuju ke Hatyai Train Station Hotel/Hostel. Di resepsi, saya mengambil katil di dormitory yg berharga baht150 utk 3-4 jam berehat. Depositnya baht300 dan akan dipulangkan semula apabila kita serahkan kunci sewaktu check out. Ada 4 katil didormitory tersebut. Ada penghawa dingin, tilam keras (saya selesa), bantal keras, selimut baru dikeluarkan dari plastik laundry, tuala mandi, sebuku kecil sabun mandi dan sepeket shampoo. Not bad....saya caskan mobile saya dan terlelap nyenyak. 

Jam 5.45pm saya terbangun dengan sendirinya. Bersiap dan turun ke resepsi utk mengembalikan kunci dan mengambil wang deposit saya semula. Terasa sedikit segar. Mungkin pada usia yg muda (muda?) sebegini saya memerlukan rehat yg cukup ketika berjalan jauh......hmmmmm.....

Usai membeli sebotol besar air mineral saya hampiri pintu masuk stesyen keretapi Hatyai dan scan beg sandang saya. Capai semula beg sandang, saya lihat keretapi ke Bangkok telahpun berada dilandasannya. Saya di koc bernombor 4 dan katil bawah saya bernombor 34. Tiket kelas 2 tempat tidur katil bawah ini berharga baht945. Obviously katil atas sedikit murah manakala ruang kepalanya sempit. Pilihan saya tepat. 30 minit bergerak, barulah pekerjanya menukarkan tempat duduk kami menjadi sebuah katil utk saya harungi perjalanan selama hampir 16 jam ini...Diberikan bantal, selimut, disisi saya ada reading light dan socket utk mengecas peralatan spt telefon bimbit. Sangat convenient. Tempat tidurnya selesa dan lebih lebar. Personally, saya prefer yg ini dari sleeper train ktm kita..

Malam ini saya akan cuba dapatkan rehat yg secukupnya kerana esok, hari saya amat panjang sebelum mengambil connecting train ke Nongkhai pada jam 8 malam, hari yg sama. Tapi seperti yg saya beritahu sebelum ini, di Bangkok saya akan bertemu rakan lama saya dan kemudian saya ada sedikit tugasan rasmi yg perlu diselesaikan sebelum mencari hostel murah utk saya berehat dan mandi sebelum bersiap utk perjalanan seterusnya...

Saya suka perjalanan seperti ini. Tidak ada dateline (tetapi harus selesaikan juga beberapa tugasan penting), menaiki keretapi seorang diri, bertemu rakan lama, singgah dibeberapa café dan hostel-hostel kecil yg murah, melihat kehidupan masyarakat setempat serta mengambil foto. MasyAllah...inilah yg sering saya nyatakan sebagai nikmat dunia! Good night people dan nantikan sambungan cerita saya esok yakni selesai pertemuan saya dgn rakan lama saya....SELAMAT MALAM!

"Live Balanced Life To The Fullest"
#unclefrommas

Image may contain: bedroom and indoor

Isnin, Oktober 16, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 3



(semua ini adalah diambil dari entry FB saya)

Seperti yg diberitahu, saya mencuri sedikit waktu utk ke Songkhla. Sebuah bandar kecil yg terletak ditepi laut. Lebih 10 tahun yg lalu saya pernah kesana buat pertama kalinya. Yang paling saya ingat disitu ialah rakan satu batch saya di Seremban dulu pernah bertugas disana sebagai Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla manakala masakan seafood di Songkhla juga amat terkenal sedapnya!

Saya dan laut bolehlah diibaratkan seperti rakan karib yg sukar dipisahkan. Saya pernah menetap di tebing laut sewaktu di Telok Mas, Melaka dulu sekitar tahun 1977. Disanalah saya mengenali Rohimi Che Lah. Dak Imi tu kurus kering sewaktu kecil.....sekarang kalau jumpa pon tak banyak bezanya....kami berdua adalah anak-anak warden Penjara Malaysia. Hahaha...
Tujuan saya ke Songkhla ialah semata-mata utk mengunjungi beberapa café menarik yg sering saya baca di web-web para pengembara dan juga listing di web café terbaik Songkhla. Saya suka melihat kreativiti pemilik café. Café pertama yg saya singgah ialah "Café der See". Terletak ditepi laut dan mempunyai pelantar yg bersambung dengan dermaga pelabuhan bot-bot besar tradisional yg digunakan utk menangkap ikan. Aktiviti nelayan jelas kelihatan. 
Cafe de See
Ternyata menu yg saya pilih disini ialah Padthai sekali lagi...(hmmm)....ramai pengunjung yg terdiri dari anak-anak muda tempatan mula memenuhi ruang dalam café ini...jika rating kelazatan makanan nak diberikan diantara 1-10 (terbaik), saya akan berikan 7! Rating saya ikhlas. Meenya kenyal. Tastenya 'well balanced'. 3 ekor udangnya fresh dan tidak hanyir serta serbuk kacang dan taugeh yg saya gaul memberikan adunan 'crunchiness' di setiap kunyahan saya. Sewaktu melangkah keluar saya menjenguk sedikit kedalam dapur. Yang mengagumkan saya ialah petugas didapur saya lihat rata-rata berumur diawal 20-an! 
Original Phadthai
Saya sengaja tidak minum kopi disitu kerana ingin mengunjungi café yg lain. Kawasan ini telah dijadikan seperti Jonker Street di Melaka dengan 'street art' nya dan banyak café-café kecil yg amat memuaskan hati dan citarasa saya.

Menyusuri lorong-lorong kecil terasa seperti berada di Florence, Italy sewaktu di pertengahan tahun 90-an sewaktu saya bercuti Easter selama seminggu dulu. Masyarakat di Songkhla amat ramah dan akan berhenti memberitahu saya jika ada sesuatu yg saya tanyakan.
Lyn's Cafe, Songkhla
Saya singgah disebuah café lagi yg dinamakan "The Secret Garden". Saya ada membaca tentang café ini dan kek-keknya yg enak, begitu juga dengan kopinya. Saya memesan double white lattè dan sepotong kek yg dilacedkan dengan madu yg dibawa khas (dikirim dengan pos oleh ibu pemilik) dari Poland. Sewaktu menghirup kopi pertama saya, saya ditemani oleh Kabir. Lelaki Poland yg juga pemilik café berkenaan sambil bercerita mengenai perjalanan kareernya sebagai pemilik café itu selama 5-6 tahun kini.. Impressive. Rating saya utk keknya ialah 6 manakala kopinya saya bagi 7!
Setelah menjelaskan bil, saya kembali mengatur langkah berjalan dilorong-lorong yg berselirat. Malam dah pun menjelang. Disalah satu lorong dengan cahaya berbalam, kelihatan seorang remaja sekitar umur 17 tahun sedang melakarkan hasil kreativitinya di dinding. Sewaktu saya bertanya, didalam susunan bahasa inggerisnya yg terhad, beliau memberitahu yg beliau sedang menghabiskan lukisan muralnya. Cantik dan saya kagum. Abstrak. Saya berikan masa selama 2 tahun lagi, saya pasti Songkhla bakal menjadi salah sebuah destinasi pelancongan yg terkemuka....jika anda mencari café seperti saya, disinilah tempatnya!
Inilah pengembaraan/percutian yang saya impikan. Inilah juga sebabnya saya singgah disini. Saya bukan nak ke Lee Garden utk shopping barangan yg boleh saya dapat di Kuala Lumpur. Saya ingin mencari café yg tumbuh seperti cendawan selepas hujan di sepanjang route perjalanan saya dengan keretapi.

Sebentar lagi saya akan check out dan menaiki keretapi pukul 6.45pm menuju ke destinasi seterusnya yakni Bangkok....disana saya bakal bertemu dengan seorang Chef asal Thai yg hebat yg suatu waktu sekitar tahun 90an dulu pernah belajar bersama-sama saya di Institut Hotelièr César Ritz, Le Bouveret, Switzerland..beliau jugalah yg sering menyajikan makanan-makanan enak kepada saya tatkala saya rindukan makanan Asia..
 
"Live Balanced Life To The Fullest"
#unclefrommas

Khamis, Oktober 12, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 2

#(diambil dari coretan saya di fb minggu lalu!)

Alhamdulillah saya sampai di Padang Besar stesyen tepat pada waktunya. ETS terlalu sejuk membuatkan saya sering berulang-alik ke tandas. Kelebihan tandas ETS ialah kerana tandasnya dibuat sekaligus utk oku. Pintunya besar utk menyorong kerusi roda masuk dan ada besi penghadang utk mengangkat badan setelah menggunakan tandas. 

Stesyen Pdg Besar tidak ada perubahan ketara. Masih seperti yg lama spt saya lalui dulu. Oleh kerana kaunter tiketnya dibuka pada pukul 2.30 petang waktu Thai, saya menghabiskan masa naik ke tingkat atas dan minum. Kelihatan ramai rakyat Malaysia yang tiba dari Hatyai sedang beratur di kaunter imigresen. Tepat pukul 2.30 saya melangkah ke kaunter tiket. Utk ke Hatyai harganya baht70 sahaja. Setelah pembelian, saya pula yg beratur masuk ke kaunter imigresen Malaysia utk dicop keluar dan seterusnya ke kaunter imigresen Thai utk dicop masuk sebelum saya melangkah ke platform dan menaiki keretapi yg hanya ada 2 gerabak. 

Keretapi ini mengembalikan kenangan saya ditahun 80-an dulu. Keretapi lama yg saya sering naik..saya cuba membandingkan kenangan saya sewaktu menaiki keretapi di eropah pula sekitar tahun 90an dan disini. Ternyata masih jauh tetapi setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing yg amat tersendiri dan unik.
Keretapi bergerak laju dan setelah 35 minit, saya sampai di stesyen Hatyai. Tidaklah terlalu besar. Diluar, banyak teksi sedang menunggu. Saya tidak bercadang utk menaiki teksi kerana jarak hotelnya hanyalah 100 meter dari stesyen. Berjalan terus mengikut panduan yg diberikan senior saya abg Bond, saya melewati beberapa barisan rumah-rumah kedai lama. Dibawahnya ada deretan kedai-kedai emas. Ramai makcik-makcik sedang tawar-menawar. Deretan kedai-kedai emas lama ini sedikit-sebanyak mengingatkan saya dengan kedai-kedai pajak gadai yg sering saya lewati di pekan Jelutong sewaktu mengikuti arwah mama utk membeli sayuran dan ikan di pasar Jelutong pada awal tahun 70-an dulu. 

Mendaftar masuk ke hotel Aloha mengambil sedikit masa kerana nama saya tidak tersenarai walaupun booking telah saya buat. Lama menunggu akhirnya registration card saya dijumpai tetapi nama saya ditulis didalam bahasa Thai. Ini membuatkan bunyi dan lenggok sebutan nama saya menjadi lain. Receptionist memohon maaf lantas menyuruh bellman membawa saya dengan pantas. Masuk saja ke bilik, hmmm not bad. A nice comfortable looking queen size bed menunggu saya. Nampak seperti baru lepas renovasi. Tidak terlalu besar tetapi cukup utk saya seorang. Almari dipojok, meja kerja yg kecil sesuai utk meletakkan laptop beserta plug point berhampiran meja tersebut amat sesuai utk tetamu yang mengembara seperti saya. Tv diletakkan sedikit tinggi dari aras biasa. Bilik airnya kemas. Ada long bath. Saya berpuas hati.
Saya tidak bercadang mahu kemana. Hanya mahu berehat sahaja dibilik kali ini sementara menunggu waktu yg sesuai utk keluar makan dikawasan persekitaran. Membuka laptop dan terus mengupdatekan perkara-perkara penting sambil sekali-sekala menjeling iklan tv Thailand yg saya rasa amat menarik.

Pukul 8 saya turun ke lobi dan memesan kenderaan utk ke restoran Sugar Rock. Jangan tanya saya dimana lokasinya kerana saya tak tahu..tapi ia hanya mengambil masa selama 15 minit dari hotel penginapan saya. Tidak ada menu lain yg saya sering pesan kecuali Padthai setiap kali saya di Thailand dan satu salad. Juga jangan ditanya nama salad tersebut kerana saya tak tahu nak sebut bagaimana. Didalamnya ada isi kelapa muda yg di potong kecil. Rangup, sedap, pedas semuanya ada. Saya suka tapi menyesal kerana tak menyuruh pekerja yg rekomen kepada saya, untuk menulis nama makanan tersebut. Hari ni nak cari dah tak tahu! Hahaha....

Restorannya packed dengan universiti students kerana hari itu merupakan graduation day mereka dan salah satu celebrationsnya ialah dengan keluar makan beramai-ramai.
Saya pulang ke hotel, kekenyangan...letih, sendat, mengantuk semuanya terikat menjadi satu...

Hari ini saya akan ke pekan Songkhla sekitar 30 minit dari sini dengan tujuan mencari padthai dan cafè hopping. Banyak cafè-cafè hipster tumbuh di pekan Songhla kini dan saya akan cuba singgah disatu atau dua cafè yg saya rasa bagus...ini yg saya enjoy sekarang...melawat cafè, melihat kreativiti menunya, konsep cafènya, harga menunya, servis, displaynya dan banyak lagi...
Esok saya akan menaiki keretapi malam (sleeper coach) dan bakal ke destinasi yg berbeza....haha......tak sabar rasanya!

"Live Balanced Life To The Fullest" #unclefrommas


Isnin, Oktober 09, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 1

(petikan dari entry di FB)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sejak berumur 13 tahun saya dah jatuh hati dengan perjalanan jauh menaiki keretapi. Bersekolah di Seremban dan hanya pulang ke kampung di Pulau Pinang setahun 3 kali membuatkan saya begitu dekat dgn keretapi.

Perjalanan kali ini adalah urutan daripada trip saya dengan Yuya ke Bangkok tahun 2016. Ini juga merupakan 'warmup trip' secara solo saya sebelum saya melangkah kaki dengan lebih jauh lagi. Saya mengimpikan 'solo long distance train trip' menjejaki "laluan sutera" hingga ke Rome. Laluan pedagang-pedagang merentasi benua dgn rempah-ratus, sutera dan juga gun powder. Itu ultimate aim saya. Bila? Bergantung kepada kesihatan dan juga kewangan saya.

Pagi ini saya menaiki ets jam 8 pagi dari KL Sentral menuju ke destinasi terakhir ets yakni di Padang Besar dan seterusnya mengambil connecting train dari sana terus ke Hatyai.
Train datang dan berlepas tepat pada waktunya. Didalam train ets ini, kenangan saya kembali menjurus ke tahun 1981 sewaktu mendapat konsesi ktm utk pulang bercuti setibanya musim cuti sekolah. Seminggu sebelum cuti tiba, fikiran saya tepu dengan pelbagai rencana. Pelajaran di kelas tak dihiraukan. Cikgu Sains Paduan, Yap Kar Hong sering menjeling kearah saya yg terlihat seolah-olah berada didunia sendiri yg sekali-sekala tersenyum tanpa sebab yg valid.

Perebutan utk mendapat tempat duduk didalam train adalah seperti berebut utk membeli tiket bolasepak di stadium merdeka sewaktu Selangor menentang Mohan Bagan (team terkuat bolasepak di India) waktu itu!
Saya melihat seniors membaling beg melalui tingkap even sebelum keretapi berhenti serta aksi-aksi akrobatik mereka melompat masuk melalui tingkap amat "adventurous" sekali. Kali pertama saya seperti 'culture shock' dan terus menggeleng-gelengkan kepala. Kali kedua mereka pulak menggeleng-gelengkan kepala kerana saya lebih pantas menerobos melalui tingkap! Hahaha...
Perjalanan ini bakal mengambil masa maksima selama 5 jam dan saya membeli tiket ETS Platinum yg kurang stesyen hentiannya. Tiket berharga rm120. Malangnya saya masih belum layak mendapat tiket warga emas walaupun tak lama lagi saya bakal meng arah ke situ!

Apa yg saya cari didalam PSTT saya kali ini? Saya ingin mencari diri sendiri. Bersendirian sebegini memberi ruang luas utk saya bermuhasabah diri. Peluang ini memberi saya kesempatan utk saya merencana perjalanan karier dan hidup saya. PSTT ini juga memberi saya kesempatan utk menukilkan perjalanan keluarga saya. Saya enjoy dengan cara saya ini. Sepanjang perjalanan ini juga saya bakal bertemu beberapa rakan lama saya. Kesemua ini akan saya ceritakan nanti.
Bunyi keretapi dilandasan amat menenangkan sekali. Therapautic! Alunan keretapi kembali membawa saya ke alam awal remaja....To all my beloved batchmates from class of 85', you guys are always in my thoughts....

"Live Balanced Life To The Fullest" #unclefrommas


Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...