Rabu, April 27, 2016

Kesihatan

Chelayer dan aku. Tak ada kena mengena dengan cerita..

Assalamualaikum wbt adik-adik sekelian dan pembaca yang budiman. Sekarang ni cuaca sungguh tidak menentu...Siangnya panas angkara musibah El Nino tetapi petangnya guruh berdentum-dentam menggegarkan suasana. Sesekali aku terkejut...hilang ngantuk sekejap!

Pagi semalam tak seperti biasa, aku bersemangat dan telah terjaga sekitar jam 5.30 pagi. Perlahan-lahan aku keluar rumah dan berjaya menghantar Yuya sebelum pukul 6.30 pagi. Oleh kerana waktu terlalu awal dan aku sedang bersemangat, aku teruskan perjalanan aku menuju ke gym. Bertukar pakaian dan terus meregangkan otot sebelum memulakan program senaman dengan "treadmill" selama 20 minit. Selepas panas, aku beralih untuk melakukan abs crunch. 300 reps dipecahkan kepada 6 sets. Nampaknya banyak tetapi tidak untuk yang berusia seperti aku bilamana metabolism rate sudah semakin perlahan dan pengumpulan lemak senang berlaku. Kebiasaannya aku buat 500reps dengan 50 setiap set. Hasilnya selepas 4 tahun, hahahahahah masih tak kemana! Target aku 1000 reps sehari!

Aku beralih untuk melakukan "bench press". Sedang melakukan bench press, datang seorang wanita berusia, menegur aku. Katanya dah lama tak jumpa aku...mana pergi, tanyanya...Aku jawab yang aku sering datang selepas waktu kerja dan bukan sebaliknya kini. Beliau mengangguk tanda faham. Itu geng "yoga" aku.....Hahahahahaha. Di awal pagi selain daripada yang ke gym sebelum masuk kerja, juga merupakan waktu yang paling baik untuk warga emas untuk exercise sebelum cucu bangun tidur ataupun selepas hantar cucu ke sekolah. Hahahahahaha...Aku masih belum sampai ke kategori tersebut ya!

Kenapa aku dah 4 tahun pergi ke gym/beriadah? Ini aku lakukan kerana sedar bahawa kesihatan amatlah penting. Arwah bapak meninggal pada usia 64 tahun. Sangat muda bagi aku. Arwah mama pada usia 74 tahun. Juga agak muda. Masyarakat kita tidak sedar bahawa kesihatan diri amat penting. Apabila kita mencecah usia 55 tahun ataupun selepas bersara, fikiran kita sentiasa berkata yang kita sudah tua. Begitu juga dengan mulut kita yang sering mengucapkan perkara yang sama kepada rakan-rakan apabila bertemu. Pantang terlupa sikit, akan timbullah ayat, "Tua-tua ni mana nak ingat lagi...". In fact ada yang baru mencecah 50 tahun sudah bercakap seolah-olah beliau telah berusia 70-an...Apabila kita telah sedar yang usia semakin meningkat, apa yang kita harus lakukan? Stop, pause and think....lihat semula apa yang kita makan...makanan merupakan salah satu punca kenapa kita mendapat begitu banyak penyakit. Of course keturunan juga memainkan peranan "nakal". Aku juga sering terlupa dan amat berselera sekali makan apabila bersama rakan-rakan. Tetapi bila balik ke rumah, mulalah teringat semula dan agak sesal dengan nafsu makan yang payah dibendung!

Semalam aku diambil darah untuk ujian kesihatan terutamanya kolesterol. Berita baik aku terima dihampir tengah malam. Dr Azwan mengirimkan snapshot keputusan ujian darah aku dengan message yang berbunyi "All good! Improved tremendously!". Kiraan kolesterol yang difotokan dihantar kepada aku tetapi seperti biasa, aku tak faham. Hahahahahahaa....selepas workout, aku menghantar message kepada beliau..."Tak paham...tolong explain.." Tengahari aku mendapat message dari Dr Azwan mengatakan bahawa kolesterol aku telah menurun dengan kadar yang baik walaupun dosage yang diberikan amatlah minima. Pesanannya kepada aku, "continue with the minimal dosage, eat well and exercise regularly!" Nah....tu yang aku semangat ke gym pagi tu! Hahahahahahaha....

2 orang kakak aku sudah mencapai usia 60 tahun. Malahan yang sulung telahpun didalam lingkungan pertengahan 60-an. Walaubagaimanapun, jika dilihat kepada strength yang ada pada mereka, kita juga akan terkejut. Mereka masih lagi giat berpesatuan dan bersukan. Setiap minggu mereka bermain badminton dengan rakan-rakan seusia. Jika dilihat kepada raut wajah mereka, senang-senang orang akan fikir usia mereka diawal 50-an! Kenapa jadi begitu? Btw, mereka juga sudah bercucu...seringkali aku ajukan soalan sebagai panduan untuk diri aku sendiri. Aku bertanya bagaimana mereka mampu mempunyai kudrat sebegitu dan sentiasa bersemangat setiap hari? Jawapan mereka sangat mudah..."it's all in your mind!". Jadi kesimpulannya, setiap kita mempunyai pilihan.....pilihannya ialah samada mahu 'positif' atau 'negatif'....stop, pause and think....have a great day people!

Selasa, April 19, 2016

815 Goes To Perhentian!


Trip kali ini telah dirancang sejak penghujung tahun lepas lagi. Diperhalusi beberapa kali, di bawak berbincang melalui whatsapp group hampir saban hari, dibuka booking kepada semua budak-budak 85 seawal tahun. Hangat dibicarakan saban hari berbulan lamanya. Akhir sekali pada bulan Februari, pembayaran dibuat kepada pihak hotel. Bermula dari situ, kami mula merangka apakah aktiviti santai yang bakal dilaksanakan sepanjang 3 hari 2 malam kami disana nanti. Gilos merancangkan segalanya secara terperinci. Beliau yang merangkap "ketua penyamun" pantai timur memang tak menang tangan. Pelbagai perkara harus diselesaikan dan dijadualkan. Mana dengan tugas seharian dan keluarga beliau sendiri. Tetapi oleh kerana penyamun-penyamun ni semua adalah rakan-rakan sekolah sejak kecil, segala usaha ditumpukan kearah kejayaan "outing" ini. Thank you Los!


 
Yang berkereta dari KL telah mula sampai ke Kuala Besut sehari sebelumnya. Aku dan Lan H mengambil penerbangan "kelip-kelip" pada pagi hari Jumaat dan kemudiannya di picked up oleh kawan "hantu" aku yang aku ceritakan minggu lepas! Hahahahaha...kami terus memecut ke Kuala Besut dan bertemu dengan yang lain. Rakan-rakan Kelantan yang tak turut serta dalam trip ni seperti Gapo dan Piterr tetap juga menunggu di jeti kb hanya semata-mata untuk bertemu rakan-rakan sejak kecil. 

Selesai sembahyang Jumaat, kami terus berjalan ke jeti dan menunggu bot "belalang". Tepat pada waktunya kami bertolak. Laut agak bergelora dan ini membuatkan kami terlompat-lompat diatas bot. Dalam laut yang agak kuat arus dan ombaknya, cerita-cerita lucu tetap terpacul keluar dari mulut masing-masing! Kami bergelak sakan walaupun dalam hati masing-masing aku rasa pasti risau melihatkan laut yang sebegitu! Semua tak sabar nak sampai ke jeti Perhentian Kecil kerana dah tak sanggup dengan cuaca tak menentu. Nampak macam ganas! Hahahahahaha

Sampai di jeti kami terus menuju ke Shari-La Resort. Proses check-innya amat cepat dan kami diberikan bilik masing-masing. Resort penuh dengan tetamu luar negara yang datang semata-mata untuk merehatkan minda (macam aku), snorkelling (macam aku) dan juga diving (bukan macam aku). Kejap saja meletakkan beg dibilik masing-masing, kami menuju ke 'private beach' untuk acara snorkelling yang pertama. Oleh kerana badan aku tak berapa nak sihat, aku tak terjun ke laut. Acclimatise dulu, kata orang putih...hahahahaha..

Rakan-rakan yang lain dah tak sedar diri. Semua rasa macam umur 17 balik! Sesekali mata liar memandang ke kiri dan kanan kalau-kalau ada warden yang menunggu nak menangkap kami. Hahahahahaha...

Lepas puas berendam, kami balik ke bilik, mandi dan menukar pakaian untuk makan malam. Nothing much waktu dinner kecuali semuanya lapar dan makan macam bukak puasa! Lepak sekejap sebelum masing-masing nak pergi minum pulak....kami terus ke OMBAK. Aku sukakan tempat ini kerana bagi aku ia memenuhi kriteria yang diperlukan oleh pelancong-pelancong asing. Tempatnya luas, bersih, kesemua pekerjanya memakai pakaian seragam lengkap, chef kemas dengan topi tingginya, staff sentiasa alert dan tidak hanya berlonggok ditepi bar sambil berbual kosong tetapi sentiasa bergerak manakala manager/ownernya pula seorang wanita muda yang berpakaian cantik/sopan sentiasa cuba memenuhi kemahuan tetamu. Wah...ini amat 'fresh' bagi aku kerana ditempat-tempat lain di pulau ini tidak sebegini. Kebiasaannya mereka lebih 'laid-back' dan tak 'aggressive'. Mungkin kerana tidak ada standard yang perlu dipatuhi dan juga tidak ada pemantauan tetapi amat berbeza dengan OMBAK. OMBAK memenuhi citarasa aku dan sekiranya aku kembali menjejakkan kaki ke Perhentian Kecil, sudah pasti OMBAK bakal menjadi pilihan aku untuk bersantai!



Selesai OMBAK, mata masih terang...ada juga yang melangkah pulang ke bilik masing-masing kerana terlalu letih memandu dan berjaga. Lain-lain tu termasuklah aku, mula mengatur langkah ke "Long Beach". Long Beach dipenuhi oleh mat salleh. Beberapa bar terletak dipantai dan suasana seolah-olah pesta! Jika rasa tidak sesuai, tak perlulah melangkah ke sana. Kami tak jadi nak melepak di Long Beach memandangkan tidak ada tempat untuk kami duduk selain hari pun dah nak ke tengah malam. Walaubagaimanapun aku tahu yang pestanya berterusan hingga ke dinihari!

Berpeluh-peluh kami berjalan naik bukit turun bukit didalam kegelapan malam. Sampai bilik, aku rasa tak selesa sebab berpeluh. Aku mandi dan cuci baju sikit! Melepak lagi di balkoni bersembang dengan rakan-rakan dari kecil merupakan satu nikmat yang tak reti nak aku ucapkan! Pukul 1 pagi (memang waktu tidur aku walaupun dirumah), aku masuk tidur. 

Lepas subuh aku mengatur langkah menuju ke pantai untuk melihat matahari naik. Sorang diri. Yang lain terus sambung tidur lepas solat dan aku tahu pastinya semua kawan-kawan aku terlalu letih. Tunggu dan tunggu. Dari pukul 6.15 pagi hinggalah ke pukul 7 pagi. Hari dah cerah tapi matahari tak nampak naik pulak! Tiba-tiba aku teringat yang matahari naik di pantai lain dan aku tunggu di pantai lain! Hahahahahahahahaha...macm ni punya manusia pon ada! Tapi cerita tu aku tak bagitahu sesiapa hari tu sebab aku pasti kena 'bahan'. Aku kenal sangat penyamun ni semua!

Lepas sarapan, kami bersiap untuk aktiviti snorkeling di 5 tempat berbeza. Semua tak sabar nak terjun especially yang kali pertama..hahahahahaha...Aku suka aktiviti ini. Berada bersama kumpulan rakan-rakan penyamun menyebabkan aku berasa sangat selesa dan seperti kata kawan aku, "rejuvenating". Demang dan Wak B terus buat 'diving' sebelah petangnya pulak. Gila budak-budak ni!

Pukul 2.30pm baru habis dan kami terus menaiki bot menuju ke kampung nelayan untuk minum dan makan ringan. Ringan ke kalau makan sotong goreng tepung yang besar dan panjang? Hahaha..Balik ke hotel kami makan lagi sebelum melangkah penat ke bilik masing-masing. Sekitar 5.30pm kami sekali lagi berkumpul dan melepak di beach. Modal untuk bercerita dan modal untuk 'mengutuk' rakan-rakan memang sentiasa ada! Puas!

Malamnya ada bbq dinner. Aku tak boleh nak makan banyak sebab sepanjang bersama rakan-rakan, kerja kami hanyalah makan dan makan dan makan. Duduk bersembang lagi macam tak ingat dunia. Sampai buffet semua habis diangkat pun kami masih bertenggek mengadap laut! Kali ni bila balik ke bilik kami dah tak bersembang panjang. Letak saja kepala, terus jalan!

Breakfast terakhir kami bersama rakan-rakan di Perhentian Kecil. Demang dan Wak B sekali lagi bergegas untuk 'diving' kali ke dua sebelum pulang. Kami hanya melepak di cafe dan kemudiannya di bilik sambil menunggu waktu untuk pulang. 

Berpeluk sakan dengan Rodhi sebelum pulang kerana kami tak tahu bila akan bertemu beliau lagi. Rodhi merupakan rakan sdara 85 juga tapi dah 15 tahun menginap di Pulau Perhentian. Banyak cerita dia. Memang seorang penglipurlara!

Di jeti Kuala Besut sekali lagi kami bid farewell untuk sementara waktu sebelum mengatur rancangan seterusnya. Yang pasti bulan October nanti kami akan bergerak secara berkumpulan ke JB. Apa programnya, akan aku update 6 bulan lagi. Hahahahahaha

To all my beloved blood brothers, Dr Min, Gilos, Iq, Lan H, Ma'e, Naha, Apam, Joe Rengkek, Ketat, Nyem, Demang, Wak Beng and Rodney (also to those who were not present), once again, love the friendship, love the company...you guys are awesome. Till we meet again....14/5 for another 'makan busat' hahahahahaha.....take care bradas!

Sabtu, April 09, 2016

2016/1985

Budak-budak baik 1985

2016

Gambar kat atas tu mengembalikan nostalgia aku ke zaman sekolah. Aku dan sekolah memang tak dapat nak dipisahkan. Bukan perihal kejayaan aku dibidang akademik (banyak main dari belajar) tetapi lebih kepada kehidupan aku di hostel yang membuatkan aku tak boleh nak lupa walaupun zaman tersebut telah berlalu 31 tahun yang lalu. Gambar tu menunjukkan yang kami sedang makan tengahari pada hari Jumaat (aku rasa...) sebelum bergegas ke dewan sekolah untuk solat jumaat. Hari jumaat menunya special sikit. Ada ice cream. Hahahahahaha...itu saja specialnya. Atau juga mungkin makan nasi minyak dan kurma ayam "loose" yang isi dan tulang telah terlerai dek kerana masak terlalu lama. Nasinya pulak berketul-ketul, di cedok dari kawah dapur dan dimasukkan ke dalam bekas plastik. Nasi tu kemudian harus diketuk-ketuk dengan piring plastik untuk dileraikan dan disenduk ke tray masing-masing. Oleh kerana kerja mengetuk-ngetuk nasi tu bukanlah tugas seorang senior yang macho, kebiasaannya akan ada seorang junior disetiap meja senior. Tugasnya ialah mengetuk nasi, menyendukkan nasi ke tray senior, menuang air, "mencari" kicap dan beberapa kerja kecil-kecil yang lain. Oleh kerana beliau lama bersama kami di dewan makan, makanya hubungan kami menjadi sangat akrab. Hubungan tersebutlah yang membuatkan kami masih berhubung saban hari melalui group satu batch, group gila rugby, group exco dan batch rep, group main futsal tengah-tengah malam, group "sembang berlapik" dan juga group "sembang tak berlapik!"

"Rakan-rakan penyamun" yang duduk disekeliling aku kini menjawat jawatan yang amatlah baik dibidang masing-masing. Ada sorang tu kini orang besar di SD, sebelah sorang lagi ialah peguam hebat diselatan tanahair, belah sana pulak ialah timbalan pengarah kesihatan di salah sebuah negeri. Hahahahahaha....kelakar gila aku tengok gambar ni..Sebelah sana sikit ialah orang besar oil and gas di timur tengah...ada juga sorang lagi yang tanpa kebenaran beliau, pesawat tidak boleh mendarat mahupun berlepas dan ada juga yang kini sedang berada di KSA untuk bekerjasama didalam pelbagai projek mega dengan kerajaan disana...hahahahahahaha. Oh mak aii...korang ni...macam tak percaya!

Pagi tadi rakan batch aku yang juga merupakan bekas konsul general di sebuah negara telah menalipon aku dan berborak selama 1 minit. Aku tanya dia, "Kau kat mana?" lantas dijawabnya, "Aku cuti daa....". Hahahahahahaha...macam ni punya kawan pon ada! Tak ada protokol langsung. Apabila bertemu, semuanya jadi "kepala/otak 85" walaupun ada antara kami yang telah mula mendapat menantu! Huh? Menantu? Are you kidding me? 

Sudah ada antara rakan-rakan batch aku bakal menerima menantu. Adoi...susah hati aku...Apakah topik perbualan kami nanti akan berkisar kepada cucu? Pergh......memang tak tercapai minda aku hingga kearah tu. Korang ni biar betul! Woit, baru 48 la!!!!!

1985

Sewaktu kami berada didalam tingkatan 5, tak pernah terlintas difikiran kami perihal apakah yang akan berlaku 31 tahun akan datang? Kepala otak orang lain mungkin ada rencana untuk sambung belajar ke luar negara dan sebagainya tetapi kepala otak aku masa itu yang groovy hanyalah ada "bola rugby!". Aku enjoy sehabis mungkin!

Entah aku pun tak tahu apa ada dalam kepala aku waktu tu. Semuanya "horey-horey". Warden-warden asrama tu aku nampak sebagai musuh yang harus dielak. Mereka bagi aku adalah ancaman. Guru-guru pula hanya menekankan aspek akademik. Letih aku. Hahahahaha...minggu lepas aku mendapat message mengatakan bahawa cikgu/warden yang aku sering elak dulu telahpun pencen secara rasmi. Dengan rendah hati aku mengucapkan selamat bersara kepada cikgu SA yang mengejar aku dulu. Kalau cikgu SA (pencen di Nyalas) tak kejar dan tak pelempang aku dulu, sampai ke sudah aku mungkin tak berapa nak menjadi...hahahahahaha walaupun hakikat sebenarnya, sampai sekarang masih tak berapa nak "jadi" hahahahahaha....

Timbalan Pengarah Kesihatan yang aku sebutkan diatas tu pula merupakan rakan satu blok aku yakni Bendahara. Ada suatu hari selepas tengah malam aku berpakat dengan beliau untuk menakutkan budak-budak. Dia panjat belakang aku dan bertenggek diatas bahu aku. Dengan memakai bedsheet, beliau kelihatan amat tinggi. apabila aku sedar ada budak-budak yang balik tengah malam dari belajar, aku mulalah mundar-mandir di koridor tingkat 1 dengan kawan aku ni. Sesiapa yang memandang pasti akan kecut dengan ketinggian beliau. Setelah selesai "bertugas" aku dan dia nak masuk bilik. Aku terlupa apabila beliau bertenggek atas bahu aku, ketinggiannya melepasi paras pintu. Oleh kerana muka aku ditutup bersheet, aku terus meraba-raba mencari pintu D7 untuk masuk. Berdegum kuat bunyinya apabila kepala kawan aku tersadung rangka pintu! Tergolek-golek kami jatuh dan habis satu bilik jadi kecoh! Yang tu memang aku tak boleh lupa. Hahahahahaha....TPKN kau sekarang ye!

To all my fellow bradas, thank you so much for being there. Dah kenal hampir 35 tahun dan meninggalkan sekolah dah 31 tahun tapi masih berhubung setiap hari...Anda semua adalah penyamun terbesar yang pernah aku jumpa...hahahahahah!












Mula dah.....

Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi ol...