Ahad, Julai 28, 2013

Untitled!

Marina tengah 'confuse' pilih baju!
 
Sekali lagi aku sempat bawak anak-anak aku membeli-belah. Gelagat anak-anak sewaktu memilih baju memang aku suka. Marina akan membelek-belek baju yang dirasakan sesuai dengan dia. Yuya pulak akan membuat keputusan dengan sangat cepat jika sudah bertemu dengan yang disukai. Manakala abang pulak akan terus bergerak dari satu kedai ke satu kedai. Oleh kerana abang mengambil masa yang sangat lama, makanya, pakaian abanglah yang sampai ke hari ni masih belum selesai!
 
Kesemua ini mengingatkan aku lagi kepada zaman aku kecil dulu. Jarang aku beli yang telah siap dikedai. Seluar aku kebanyakkannya akan ditempah bersama-sama dengan 3 orang abang-abang aku. Kalau di tahun 70-an, stylenya 'bell bottom' dan 'berkotak-kotak'@'chequered' makanya, kami berempat akan mempunyai seluar style yang sama. Gambar kami adik-beradik masih ada di Penang kalau tak salah aku. Tapi kami cuma posing 4 beradik ditepi longkang di belakang rumah! Oh ya, baju kami juga 'kotak-kotak'. Jadi kalau dilihat dari jauh, kami semuanya berkotak dari atas sampailah ke bawah. Kedai jahit tu pulak terletak di "simpang 6" di Pulau Pinang. Sederat dengan Kassim Nasi Kandar! Jadi setiap kali aku bersama-sama dengan anak-anak, segala tingkah-laku dan pergerakan mereka akan sentiasa mengingatkan aku kezaman kanak-kanak sewaktu aku berusia seperti mereka!
 

Kedai makan semua dah tutup!

Kami pergi taklah lama. Hanya sekitar satu setengah jam sahaja. Maklumlah dari rumah nak ke situ taklah jauh. Cuma masuk elevated highway dan terus ke parking pusat membeli-belah tersebut. 15 minit dah sampai. Jadi kalau kami nak kesana, kami dah tahu apa yang kami nak dan dimana kedai-kedainya! Sangat senang.....

Rajin mencuci pinggan..

Marina memang rajin cuci pinggan. Semalam bila aku suruh di berhenti, dia kata, "takpalah...biar Marina tolong Kak Wiwit!". Jadi lepas iftar malam tadi, Marina mencuci pinggan manakala Kak Wiwit mengelap dan simpan balik. Aku tersenyum sorang-sorang bila terkenangkan Marina. Teringat aku sewaktu kecil membantu arwah mama membasuh pinggan didapur sewaktu lepas makan malam. Aku akan mengambil papan memotong, letakkan didepan singki, berdiri diatas papan tersebut dan mula membasuh. Mama akan mengajar aku bagaimana nak mencuci dengan baik. Diwaktu yang sama, mama juga akan meninggikan suara bila air terpercik merata-rata diruang dapur yang sempit!

Warna kuning tu cantik pulak!

Bila aku ke gym aku akan parking motor aku di hadapan sebuah bank yang berdekatan. Beberapa hari yang lepas sewaktu aku selesai berhempas-pulas di gym dan mahu pulang kerumah untuk berbuka puasa, ada pulak sorang hamba Allah ni parking HD dia betul-betul dihadapan motor aku. Pergh...naik bulu roma aku tengok. HD ni memang menjadi idaman aku sejak dari dulu lagi. Dan yang ini rasa aku, mahu harganya mencecah RM100,000! Mak aii...mana aku nak cekau duit! Tak pa lah, aku kumpullah sikit-sikit. Tapi selalunya bila duit ada terkumpul sikit, setengah jalan, duit tu akan ter'kona' ke lain! Hahahahahaha....jadi sampai kesudah aku asyik dok pakai moto merah dan bukannya kuning!

Selasa, Julai 23, 2013

Ahad yang 'groovy'

Jana and me!

It has been a good 20 years since kali terakhir aku bertemu dengan Jana. Jana membuat latihan praktikal di Hilton sewaktu aku disana dulu. Merupakan graduan daripada UKM lulusan komunikasi kalau tak salah aku. Masih muda dan sangat bertenaga. Maklumlah 20 tahun dulu. Aku baru 25 dan Jana slightly muda daripada aku. Apabila aku ditugaskan untuk membuka Uncle Chilli's Fun Pub di Hilton dulu, Jana telah dicadangkan untuk bersama-sama aku. Bersama Tengku Farazil sebagai Chef de Cuisine, kami membuka UCFP dengan jayanya. Revenue setiap hari mencecah puluhan ribu ringgit dan diwaktu itulah aku kenal dengan lebih rapat lagi Alleycats, Headwind, Louis Pragasam, Jose Thomas, AsiaBeat Percussion, Soliano Sisters dan ramai lagi termasuk pemain sax terbaik dunia yakni Dave Koz yang pada suatu masa pernah membuat persembahan ditempat aku! Jana banyak membantu kerana beliau mahir didalam PR. Kami bertungkus-lumus kerja dari pagi sampai ke pagi setiap hari!
 
Pada Ahad yang lepas, aku membawa keluarga berjalan sebentar ke Bangsar Village. Masuk ke kedai PUMA, ada seorang wanita memandang aku sambil tersenyum. Aku membalas senyuman sambil menoleh ke belakang kalau-kalau senyuman wanita tadi bermaksud untuk orang dibelakang aku! Abang melihat-lihat baju dirak. Setelah selesai dan sewaktu aku nak melangkah keluar, seorang wanita menegur aku, "hai shahrir, lama tak jumpa!". Aku tergamam lihat wanita itu. Sedikit pun tidak berubah. Rambut, percakapan, raut wajah dan senyuman yang tetap sama 20 tahun dulu! Kami bersalam dan Jana introducekan aku kepada kakaknya (yang tersenyum tadi), ibunya dan anak lelakinya yang sudah sebaya dengan abang. Aku terus memperkenalkan keluarga aku satu persatu. PUMA dah jadi kecoh dengan cerita-cerita lama kami selama beberapa minit. Jika tidak kerana kami berpuasa, mahu perbualan kami disambung di mana-mana kedai kopi! Kami bersalam semula dan berjanji untuk bertemu dengan rakan-rakan Hilton yang lain yang telah kami tinggalkan 20 tahun yang lalu!

Marina=cheetah!

Petang tu kami cuma santai melihat-lihat kedai yang berselerak di Bangsar Village. Dah lama tak keluar sekeluarga jadi waktu sebegini sangat nikmat bagi aku. Mungkin kerana aku pernah menetap di merata-rata tempat, kerja dipelbagai tempat, selalunya kemana sahaja aku pergi, aku pasti terserempak dengan orang yang aku kenali. Samada orang itu bekas pekerja aku, rakan-rakan sekerja, teman-teman sekolah, seniors dan juniors ataupun rakan sepermainan aku sewaktu dulu. Semuanya secara kebetulan! Sebagai contohnya aku ke sebuah hotel di ampang beberapa hari lepas. Masuk sahaja ke hotel tersebut aku ternampak bekas rakan sekerja aku sewaktu di Hilton dulu. Bila bersembang dengan staffnya dan diajukan soalan tentang beberapa orang lagi, semuanya aku kenal! Hahahahahaha...lingkungan kami ni yakni 'hoteliers' pi balik...pi balik...muka tu jugak!

Marina membuat tiramisu!

Disebelah paginya pulak, selepas aku ke marrket, aku menghala ke HERO pulak. Ada beberapa benda penting yang aku nak beli. Abang kata yang dia nak buatkan tiramisu untuk aku berbuka petang tu. Marina pun menganggukkan kepala tanda menyokong. Aku terus ke HERO pada pukul 9 pagi. Aku beli unsalted butter sepeket, granulated sugar sepeket, cream cheese sepeket (gantian kepada mascarpone cheese), yoghurt sikit dan oreo (untuk biscuit base). Balik aku serahkan pada abang. Marina mengekor dari belakang. Abang pandai buat dessert seperti tiramisu dan cheese cake. Tapi pastilah aunty yang akan check sukatannya.....bila selesai buat, aku nampak abang memasukkan tiramisu kedalam tupperware asing, satu portion. Aku diam kerana sangkaan aku, akan dimasukkan kedalam peti ais. Tapi bila aku menghantar abang pergi ke KASTURI pusat tuisyen, aku lihat tupperware tiramisu tadi dibawanya bersama....sengaja aku mengusik abang, "eh, nak bagi girlfriend ke?". Abang cepat-cepat tutup pintu kereta dan meluru ke kelas tuisyen bersebelahan 7-11 di tapak Kelang Bus Stand dulu! Hahahahahahahaa...horey.....anak aku dah REMAJA!

Sabtu, Julai 20, 2013

Pagi Sabtu

Korean Bakery

Dah lama aku dok 'taram' kedai ni. Lama sungguh depa dok construction. Mula-mula aku tak tahu kedai apa yang akan dibuka. Tapi setelah menunggu sekian lama, aku dikejutkan suatu hari sewaktu lalu di Jalan Telawi. Tertulis "Tous Les Jours" yang membawa maksud 'setiap hari'. Decor yang bagi aku agak Perancis walaupun bakery ini berasal daripada Korea. Bakeriesnya, masyallah......melts in your mouth! Dah lama aku tak jumpa bakeries yang sebaik ini di KL. Banyak tempat yang aku dah pergi termasuklah di Hartamas tapi selalunya mengecewakan aku. Ini termasuklah The Loaf! Bakeries ni memang aku suka. Kemana-mana aku pergi, kalau menginap dihotel, bakerieslah akan menjadi sarapan aku. Kalau tidak ada bakeries yang bagus, aku akan merayau keluar dan mencari Deli ataupun Cafe kecil yang selalunya ada menjual croissant, pain au chocolat, danish dan lain-lain lagi.
 
Sewaktu aku bertugas di Langkawi dulu, aku meletakkan oven di dalam cafe. Setiap pagi sekitar pukul 6, aku akan arahkan pastry chef aku untuk bake roti-roti seperti croissant dan segala macam kat dalam oven yang berada di dalam restaurant. Ini 4 tahun dulu. Alhamdulillah, memang digemari tetamu sebab aromanya yang sungguh menawan dan membuka selera mereka. Bila aku ke Bali, aku akan selalu membeli roti di Kakiang ataupun Kafe Wayan di Ubud. Sedap apatah lagi bagi yang baru di masak!
 
Pada tahun 95 sewaktu aku bekerja di Geneva, jarak antara apartment aku dan hotel yang terletak di Rue De La Terrasiere ialah sekitar 2 kilometer. Aku jarang mengambil bas. Oleh kerana cuaca disana nyaman dan pemandangan sangat indah (cobble stone street, bangunan lama, cafe-cafe kecil dll) aku lebih suka berjalan santai untuk ke hotel. Didalam perjalanan untuk ke hotel, aku selalu terbau roti yang sedang dibakar. Bakeri tersebut bersebalahan dengan jalan yang aku selalu ambil untuk ke tempat kerja. Ianya merupakan cafe yang sangat kecil yang mempunyai 3 meja untuk 4 orang didalam dan lain-lain meja untuk 2 orang diletakkan di balcony tepi jalan dan disusun rapat-rapat. Kalau tetamu sebelah minum kopi sambil baca Herald Tribune, kita kat sebelah sini pun boleh tumpang baca mukasurat yang sama. Begitulah perumpamaan jarak antara meja yang diaturkan. Bau roti-rotinya memang akan membuatkan aku berhenti. Tak kira siang ataupun malam....sentiasa fresh dan sungguh 'seksi' (bahasa aku untuk melambangkan kesedapan, keunikan dan lain-lain yang tak terungkap!)
 
What I'm trying to say is, TLJ kini menjadi sebuah cafe favourite aku untuk mengopi selepas selesai workout di gym yang berdekatan! Oh yeah!
 
 
Bersama Tan Sri dan Puan Sri

Alhamdulillah, rezeki di bulan Ramadhan yang diberikan Allah SWT. Aku dijemput oleh Tan Sri Sanusi Junid dan Puan Sri untuk berbuka puasa bersama-sama dengan keluarga Tan Sri pada minggu lalu. Kami berbuka di The Gardens Hotel bersebelahan Mid Valley. Selain aku, teman aku Robby serta keluarga juga dijemput sama. Keluarga Robbie dan keluarga aku memang rapat apatah lagi Marina dan Sarah mengaku yang mereka adalah BFFE! Jadi buka puasa pada malam itu sangat meriah dengan keletah anak-anak. Tan Sri dan Puan Sri aku kenali sewaktu aku bertugas di Mekah lagi beberapa tahun yang lalu. Sering berkunjung ke Mekah sewaktu aku berada disana. Makanya sampai di KL aku masih lagi berhubung dengan Tan Sri dan Puan Sri. Alhamdulillah, aku masih diingati!Terimakasih Tan Sri dan Puan Sri...
 
 
 
Robbie dan Rabbak!

Yang menariknya, Robbie dan aku pernah bertugas di satu department sewaktu kami masih lagi di Renaissance KL. Diwaktu itu ada seorang pekerja lelaki yang kami panggil Sam bekerja sebagai Captain di department kami. Sam ni bagus kerjanya. Rajin dan tak curi tulang. Setelah semuanya membawa haluan masing-masing, aku di Mekah, Robbie beralih angin ke hotel lain manakala Sam pula di Brunei, kami dipertemukan semula dengan Sam secara tidak sengaja. Sewaktu kami berbuka puasa tempohari, tiba-tiba ada seorang budak tinggi lampai datang menyapa aku. Aku toleh dan terlihat muka Sam. Sam hulurkan tangan dan kartu nama. Aku bangga.....anak didik aku kini sudah merupakan Food and Beverage Manager di The Gardens! Kami bertiga duduk di balcony sebentar sambil minum teyy tarik dan bersembang sakan. What a small world. Malangnya aku tak sempat nak ambil gambar kami bertiga sebab terlalu seronok bersembang! Well done Sam...I'm very proud of you!
 
Bangkok train map
 
Yang kat atas ni adalah merupakan sistem transit keretapi di bandaraya Bangkok. Kenapa aku masukkan disini? Sewaktu aku kecil, aku berkeinginan untuk menjelajah kesegenap pelosok dunia untuk menimba ilmu dan mencari pengalaman. Sewaktu aku bersekolah di Seremban selama 5 tahun, ada saja rancangan aku setiap hujung minggu walaupun sekadar 'saturday outing' sahaja. Bila aku berumur 14 tahun, teman rapat aku yang aku panggil IQ berkongsi citarasa yang sama dengan aku yakni mengembara! Diumur yang sebegitu mentah, kami telah merancang satu perjalanan epik menaiki bas dari sikamat ke stesyen keretapi di seremban. Naik keretapi dari seremban sampailah ke butterworth. Naik bas sampailah ke kuala kedah dan naik bot ikan sampai ke langkawi. Semuanya kami laksanakan dengan perancangan yang teliti dan budget yang sangat rendah!
 
Tiba-tiba 2 bulan yang lalu, kami bertemu untuk sama-sama naik komuter ke seremban semata-mata untuk makan nasi lemak dan minum teh tarik di 'spot' yang sama yakni stesyen keretapi seremban sama seperti 31 tahun dulu! Dalam asyik makan dan bercerita pengalaman zaman remaja, aku bertanya apakah IQ masih larat untuk bersama-sama aku kembali mengembara. Muka IQ berubah girang. Senyuman kanak-kanak berumur 14 tahun kembali kelihatan di muka IQ. IQ bertanya, apakah destinasi pertama aku untuk tahun 2014? Aku jawab, bangkok! IQ senyum panjang kerana kami sudah lama tak menaiki keretapi bersama. Nah, sekarang kami sedang mengatur perancangan yang teliti untuk perjalanan kami yang akan bermula pada tahun depan yang kami panggil "An Epic Journey!". Tahun berikutnya kami merancang untuk 'backpacking' ke China. Tahun 2016 kami akan ke Tibet, 2017 akmi akan ke New Zealand untuk bertemu idola kami yakni All Blacks dan ini juga merupakan kampung halaman IQ kerana beliau pernah menuntut disana dulu! Bagi menyambut umur kami yang  ke 50, kami akan backpacking ke Europe!
 
People! Live your life to the fullest........and have a pleasant weekend with your loved ones!

Khamis, Julai 18, 2013

Cari baju Raya!

di concourse KLCC

Aku bekerja terus tanpa henti selama 2 minggu. Banyak yang aku dah berjanji pada anak-anak. Salah satunya ialah membawa mereka keluar untuk mencari baju raya. Ada satu kedai yang mula-mula kami pergi, Yuya jumpa seluar tak jumpa baju. Marina jumpa dress yang dia nak, tak jumpa kasut. Abang pulak tak jumpa apa-apa! Tak pa...masa masih panjang, kata aku. Anak-anak senyum. Beberapa hari yang sudah sewaktu semuanya ada dirumah, aku 'declare' dengan terangnya berapa budget baju raya untuk tahun ini setiap anak. Melopong mulut depa dengar. Aku tak pasti pulak samada mulut anak-anak melopong sebab duit yang aku bagi terlalu banyak ataupun anak-anak melopong sebab duit yang aku tawarkan terlalu sedikit! Hahahahahaha....Terpulang kepada kebijaksanaan anak-anak untuk menguruskan kewangan. Waima Marina sekalipun! Hahahahahaha


melentik Marina nak tengok baju!
 
Untuk aku pulak, sangat senang. Aku tak perlu belek apa-apa. Aku terus ke kedai yang aku suka, pegang baju yang aku suka, masuk fitting room yang aku suka, senyum-senyum, angguk-angguk, bayar. Hah...part ni aku tak berapa suka tapi depa cukup suka! Hahahahaha.....hajat hati nak belikan untuk anak-anak tapi bila tengok depa dok belek sana belek sini, aku capai baju sehelai, laju masuk ke fitting room. Keluar dari fitting room, Marina tanya aku, "Papa pergi mana?" Aku bagi duit dan baju yang aku cuba tadi kat Marina dan dia terus ke cashier counter dan bayar. Senangkan? Tak payah pening-pening nak ronda sampai 5 hari 4 malam semata-mata nak cari baju!
 
Then suddenly abang dengan Yuya bagitahu yang baju melayu depa dah kecik. Adoi, part baju melayu ni aku paling malas nak masuk ke Masjid India di bulan Ramadhan ni. Sesak satu hal, nak cari parking lagi satu hal.....tiba-tiba aku teringat yang betul-betul belakang rumah aku ada satu kedai jual baju melayu segala macam. Nama dia BMO. So, malam tu aku bawak Yuya beli baju melayu kat situ. Lega rasa....tunggu abang pulak balik this weekend dan aku akan suruh dia cari baju melayu kat situ jugak...la.....belakang rumah rupanya! Hahahahahaha....

3 boys!
 
Aku tak sangka yang nak mencari baju raya ni memeningkan kepala. Yuya ada fashion tersendiri...abang ada fashion remaja dan Marina pulak ada kemahuan nya sendiri...aku tengah-tengah jadi penin! Nasib baik bulan Ramadhan, jadi aku banyak bersabar! Tapi bila tengok muka anak-anak tersenyum lebar setiap kali masuk kedai, aku jadi cair.....tapi aku sempat pesan pada anak-anak agar jangan membazir. Tak perlu yang mahal. Apa yang penting, kita mampu dan selesa memakai. Tapi malangnya idea aku tak masuk ke dalam kepala otak depa! Sorang pun tak ikut aku dalam bab berjimat ni....aku heran.....depa ikut siapa ya?

kalau bermuzik kan bagus?
 
Setiap kali ke sini, Marina mesti menarik tangan agar aku sama-sama keluar ke taman. Jadi sebelum sampai yakni sewaktu didalam kereta lagi aku dah berpesan pada anak-anak....
 
"Kita pergi nak cari baju Raya.
Jangan melencong cari benda lain."
 
Anak-anak mengangguk tanda PROTES! Hahahaha....good luck with your kids, people!

Khamis, Julai 11, 2013

Seperti dulu-dulu..

Uncle Chai..

Pagi ini sewaktu aku menunggu nasi lemak yang aku pesan siap (bukan untuk aku tapi untuk tetamu), aku terpandang sebuah kedai disebelah kedai mamak. Sambil minum teyy aku amati betul-betul apa yang Uncle tu buat. Rupa-rupanya Uncle tu sedang mesin kelapa. Dah lama senario sebegini aku tak lihat. Apatah lagi kalau di Bangsar! Selalunya kalau dipasar sekalipun, yang mesin kelapa mestilah sorang pekerja berbangsa asing. Aku terpandang anak perempuan Uncle tadi sedang mengira sesuatu lalu aku ajukan beberapa pertanyaan. Anak perempuan beliau menjawab dengan penuh sopan didalam bahasa inggeris dan melayu dengan fasihnya. Aku tambah teruja untuk bertanyakan beberapa lagi soalan. Dia memberitahu aku yang kedainya selalu menjadi tumpuan oleh agensi pengiklanan untuk diambil gambar sebagai iklan di bangunan-bangunan mahupun majalah!

Bila melihat Uncle Chai melayan pelanggan, aku teringatkan kedai cina di Taman Intan, Alor Setar. Makcik aku tinggal disitu dulu. Dan makcik aku merupakan satu-satunya keluarga Melayu yang tinggal di kawasan perumahan Cina disana sebelum kedatangan ramai lagi keluarga melayu yang mula berhijrah kesitu. Makcik aku berniaga bedak sejuk dan dikenali sebagai Che Pah. Kalau kelihatan makcik-makcik berbangsa Cina menyidai baju di ampaian dengan berkemban dan muka bersalut bedak sejuk, maka bedak sejuk itu semuanya datang dari makcik aku, Che Pah. Di tengah-tengah Taman Intan ada sebuah kedai runcit Cina dan tokaynya aku panggil Ba. Ba dan isteri sangat ramah walaupun makcik aku kiranya minoriti di kawasan itu. Orang kampung sekeliling akan beli barangan di kedai Ba. Dan Ba ingat nama-nama pelanggannya! Kadang-kadang jika aku terlupa nak bawak duit, Ba akan kata, "tak pa aihhh...isok-isok bila ingat bayaqlah kat Tok Ba...". Begitulah ramahnya Ba yang fasih berbahasa Melayu Kedah dengan pekat! Makanya Uncle Chai mengingatkan aku pada Ba!

Ada tulisan jawi

Anak gadisnya yang peramah

Kak Nab minat balang2 ni

Kak Timah nasi lemak.

Kak Timah ni pulak jual nasi lemak di tempat yang sama setiap pagi yakni ditepi pokok kelapa disimpang lorong Maarof. Kalau keatas sikit lagi, sampailah ke kedai Chef Ismail! Aku belum pernah try nasi lemak ni tapi bila aku beli banyak-banyak, cepat pulak habisnya. Jadi, kesimpulan aku, nasi lemak ni memang sedap! Hari tu bila Yuya lawan bola, aku order nasi dari Kak Timah sebanyak 60 bungkus. Sekejap aje selesai. Bukannya habis kat players tapi semuanya diborong oleh parents yang datang tengok anak-anak lawan bola! Alhamdulillah!
Semasa aku masih kecil dan bersekolah di Francis Light, Pulau Pinang, setiap pagi waktu nak ke sekolah, arwah mama akan membelikan nasi lemak untuk kami adik-beradik. Nama makcik tu aku dah lupa tapi makcik tu merupakan mak kepada rakan-rakan abang aku. Nama depa sangat pelik bagi aku waktu tu. Donny, Jimmy, Elan dll. Mungkin mak depa suka tengok Donny Osmond Show tahun 70-an kot makanya nama anak-anak dia mengarah ke situ! Rumah makcik ni senerai dengan rumah aku cuma selang beberapa rumah sahaja. Anak-anak dia suka pakai motor besar. Dan keluarga depa sajalah yang ada motor besar waktu tu. Bunyi deruman engine motor yang 'seksi' akan membuatkan aku berlari pantas ke tingkap untuk melihat!
 
Makcik tu pandai buat nasi lemak. Arwah mama akan beli awal-awal pagi sekitar pukul 6 bila nasi baru siap dimasak dan sedang dicedok masuk ke dalam daun pisang untuk dibungkus. Baunya dan aromanya membuatkan kami tak lena tidur, malam sebelumnya....in fact sampai sekarang aku masih ingat lagi nasi lemak tu dan bagaimana kepulan asap berlegar diatas nasi bila disendukkan ke dalam daun pisang! Ikan bilis, kacang dan timun diletak sama rata. Bila dituangkan pulak sambal bawang yang merah, air liur aku mula meleleh! Kelihatan seperti larva yang mengalir turun setelah gunung berapi meletus! Begitulah hebatnya penangan nasi lemak Brown Garden tadi!
 
Nasi lemak Kak Timah ni apa kurangnya. Siap ada cawangan lagi kat Jalan Telawi! Kelas.......
 
Ok people, selamat berpuasa!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...