Selasa, September 27, 2011

School trip..

kawan2 yuya..

Yuya ada lawatan sekolah khas untuk pengawas. Exam dah habis dan cikgu tak masuk kelas....makanya, anak-anak murid semua horey-horey! Cerita pasai cikgu tak masuk kelas ni pun aku seronok cerita berulang-ulang...Bukan pasai apa, dulu-dulu kalau Mat Ali lawan boxing kat tv, tak kira la dengan sapa pun, waima Joe Frazier ka, Joe Bugner ka, dan kena pulak waktu tu waktu kelas, maka kelas akan riuh rendah sebab cikgu semua tak masuk mengajar. Depa akan penuh kat bilik tv dok tengok boxing! Hahahahahah sumpah aku tak tipu!

Scene 1
Yang ni berlaku masa aku masih di kindergarten kat brown garden. Cikgu pompuan tu comey. Tu yang aku sangat rajin pi tadika walaupun gurubesar dia yang jugak merangkap tokey kedai runcit sebelah tadika, tersangatlah garang.! Satu hari tu cikgu yang comey tu announce yang kami ada lawatan ke akuarium. Fuyoo...seminggu aku dok cerita kat arwah mama. Dia boring gila...pagi, petang, siang, malam aku tanya benda yang serupa...
."mama, nak pi akuarium boleh?".
 (*)Aku rasa waktu tu kalau mama waras, mahu dia menjerit sorang-sorang kat tengah padang depan rumah aku! Finally selepas 432X aku ulang benda yang sama selama seminggu, mama dengan pasrah merelakan pemergian aku.......aku naik bas dengan botol air selipang kat dada dan duduk dikerusi bersebelahan dengan Suriati (budak penang)! Hahahahahahahah...

2 hari lepas, Marina yang masih lagi selsema dan batuk khiang...khiang... datang jumpa aku kat dapur. Dia tanya dengan muka kesian...
"papa, swimming itte mo iii?"|
(papa....nak pi swimming boleh?)


depa di putrajaya

Scene 2
Masa aku sekolah menengah dan sewaktu aku cuti sekolah, aku balik ke alor setar. Kawan baik aku dari dulu sampai sekarang, si Munir ni rajinlah dok mai rumah aku dan aku kerumah Munir melepak sampai kena perambat balik sebab dah buat rumah orang macam rumah sendiri! Dalam banyak-banyak cuti penggal, ada satu cuti tu yang Munir organise kan kumpulan pengakap Kolej Sultan Abdul Hamid dia pergi camping kat satu pulau, somewhere in kedah. Aku dah lupa nama pulau tu. Aku cakap kat Munir yang aku tak minat nak pergi. Lagi pun trip tu selama 3 hari 2 malam. Pasti melelahkan aku. Tapi Munir ni sorang yang kuat semangat. 236X dia ajak aku dan bila dia sebut Girl Guide dari Convent pun ikut sama, aku melompat dan cakap....
",,,laaa.....awat tak habaq awai-awai..."
Munir sengih kat aku. Aku kenai sangat "sengih boya" dia tu! Kami horey-horey naik 2 bot ikan dan aku duduk sebelah Mashitah (budak aloq staq)! Hahahahahahahah.....

yuya ada style...dia yang ambik gambar ni. Aku jugak patut dapat credit sebab ini kamera aku....(aunty bagi pinjam 5 tahun sudah!)

Scene 3
Masa aku kat ITM di Dungun pulak, kami selalu ada trip ke Kuala Trengganu untuk menjayakan function-function diraja. Pi pagi dan balik malam lepas function. Part ni aku cukup tak tahan. Sebab bas masa tu bukannya ada air-cond. Encik Khamis (lecturer aku) selalu letak nama aku dulu dalam senarai walaupun dia tahu akulah yang paling malas dalam dunia bila ada trip yang jauh macam tu. Kat dungun tak ada pulak function yang macam ni. Sekali-sekala kami akan dapat jemputan dari Kerteh sebab SPBYDA sekarang dan pada masa tu selalu dok main golf kat Kerteh.....dan pernah aku tergolek depan Tuanku masa serve orange kat Tuanku lepas Tuanku main golf! Hahahahahah.....Anyway, Dan dalam banyak-banyak trip yang macam tu, seronok jugak aku bila dapat duduk sebelah Norizan (budak kl) ataupun Baizura (budak perak)! Hahahahahahahah.......


salah satu sudut pameran

Scene 4
Masa aku kat Switzerland, aku masih lagi mengikuti trip-trip yang dikelolakan oleh pihak sekolah. Banyak tempat kami melawat. Ini termasuklah tempat membuat cheese, ladang anggur, kilang jus anggur yang diperam, istana-istana lama, hotel-hotel bertaraf dunia seperti Baur-au-Lac dan sebagainya. Seronok aku bila sampai kat kilang cheese sebab tempatnya sangat cantik, bersih tapi cuma bau cheese saja yang agak kuat. Kalau kita biasa tengok di supermarket sejenis cheese yang bernama Gruyere, ini adalah merupakan sebuah pekan kecil di Switzerland. Ada castle ataupun didalam bahasa perancis dipanggil chateau. Disinilah Gruyere Cheese di buat. Aku sendiri berdiri sebelah pakcik tukang buat cheese tu tahun 94 dulu. Pakcik tu tak kenal aku tapi aku masih ingat nama pakcik yang bernama Pierre tu! I wonder where Pierre Andre came from?!@#. Bila aku balik ke bilik aku akan adalah 1-2 orang kawan-kawan melayu aku yang dok mai melepak kat bilik dengan harapan satgi aku masak nasi dan at least goreng teloq! Anyway, dalam salah satu conversations tu, ada sorang budak ni tanya kat aku....dalam senyuman puaka, aku jawab......."Nina (budak finland) sat next to me.....and she's FINNISH". Muka depa berkerut blurr! Hahahahahahah.....

Jumaat, September 23, 2011

Jangan nak kelentong!


Back to VI on Sunday

Kami sekeluarga selalu menunggu-nunggu hari Jumaat. Selain daripada bersemangat untuk kerja dan pergi sembahyang Jumaat, jugak sebab abang akan balik ke rumah pada petang tu. Kalau abang ada training bola, dia akan balik dalam pukul 6 atau 7 petang. Kalau tak ada training bola, pukul 3 dah siap terpacak kat depan pintu rumah. Malam tu pulak tentulah riuh-rendah dengan suara depa 3 beranak samada bergelak-ketawa ataupun bergaduh sakan! Btw, boot abang koyak-rabak lagi...baru beli 2 bulan sudah!!!

Aunty ada bagitahu aku beberapa bulan yang lepas yang abang nampak sedikit malas bila nak balik ke asrama. Ada saja alasan yang dicari. Tak sihat lah. Kawan-kawan tak best lah...prefect suruh pakai baju tu tapi abang tak ada baju tu lah dan pelbagai alasan lagi yang pada aku sengaja dibuat-buat untuk melengah-lengahkan kepulangan ke asrama. Aku tahu perasaan abang bila nak balik ke sana. Ada pulak tengah-tengah minggu pun dia talipon suruh ambik dia kat asrama sebab badan tiba-tiba rasa panas. Aku tahu semua "tactic" ni lalu aku ambik langkah pemulihan dengan cepat. Aku confront abang terus. But of course bersemuka dengan abang. Walaupun abang baru berusia 13 tahun tapi aku rasa dia suka kalau dilayan seperti remaja-remaja lain. Lebih kepada percakapan orang dewasa, aku mula berecerita pasal aku di SDAR dulu. Macamana perasaan yang sama selalu menghantui aku bilamana aku pulang ke seremban....aku jugak bercerita kat abang yang abang haruslah cepat menyesuaikan keadaan. Jangan duduk bersendirian sebab nanti mula datang rindu untuk balik ke rumah. Bergaullah secara sihat. Banyak bertemu rakan-rakan, mula dengan belajar berkumpulan...sedikit demi sedikit semua perasaan negatif tadi akan terhakis. Pelan-pelan abang angguk kepala....Nah, sekarang ni abang sudah tak bersuara negatif lagi. Hari Jumaat abang pulang dengan ceria dan hari Ahad pulang ke asrama juga dengan wajah happy!Aku tahulah semua tu...pasal aku sendiri dah lalui! Jangan nak kelentong!


Samalah macam aku dulu pada tahun 1981. Masa nak balik ke rumah daripada asrama, aku dah siap plan seminggu...tapi bila nak balik semula keasrama, adoi mak.....terasa sayu semacam. Kaki ni rasa berat nak jalan. Hati pulak teringin nak duduk lama lagi kat rumah! Perkara semacam ni lah yang membuatkan aku cuba mencari sebanyak alasan yang mungin untuk melengah-lengahkan kepulangan aku aku keasrama. Ada saja reason yang akan aku bagi. Badan tak sihat lah....itulah...inilah...Beberapa bulan yang lepas, aunty ada bagitahu aku yang abang selalu tak sihat badan dan tak nak balik ke asrama. Ada lah 2-3 kali dia bagitahu kat aku. Aku diam tapi kepala otak aku dok ligat berpusing. Pikir balik apakah ini "syndrom" yang serupa yang aku alami dulu masa tahun 81......Ada kemungkinan. Perkara semacam ni bukanlah sesuatu yang tidak baik. Ini cumalah "syndrom rindu". Rindu pada kedua papa dan mama. Rindu pada adik-adik. Rindu pada bantal dan tilam sendiri (walaupun 3 bulan tak cuci dan jemur!). Rindu pada ambiance dan environment yang sama. Selain daripada sedikit rasa "insecure" bila berada didalam lingkungan teman-teman yang baru.




Tempat abang buat masa ni

Yuya's burger!

Yuya kuat makan jugak. At one time, selera makan dia lebih daripada aku. Aku heran tengok dia makan. Dia heran jugak pasal apa tak kenyang-kenyang! Aku cakap ada cacing dalam perut.....Yuya gelak mengekek-ngekek tak percaya kat aku! Dia boleh makan 9-10 kali sehari dengan sebahagian daripadanya "full meal". Pergh.....biar betul ni! Dia cakap dia makan nasi lemak kat sekolah. Makan menatang lain pulak kat sekolah ugama. Balik rumah makan nasi sampai berpinggan-pinggan. Waaahhh....aku dah susah hati. Aku dengan aunty ada berbincang pasal perkara ni. Pada orang lain, memang depa ambik mudah. Tapi pada kami berdua, kami nak depa panjang umur....memanglah orang akan kata "ajal maut ditangan tuhan..." Tapi aku rasa kalau kita boleh jaga kesihatan dan penampilan kita, kenapa tak jaga? But anyway, pelan-pelan aunty tukarkan menu. Gula dikurangkan. Minyak dikurangkan. Santan dikurangkan (itulah pasal kari aku tak ada santan la ni!). Semuanya dibuat semata-mata untuk menjaga kesihatan anak-anak.Waktu makan pulak telah ditekankan supaya makan pada waktu yang betul. Kalau dinner pukul 7 malam, tiap-tiap hari kena makan time tu dan tak boleh skip. Kalau skip pukul 7 rasa lapar akan datang pukul 10 malam. Bila datang pukul 10 malam, lagi lah kita melahap. Selalunya double. Semua ini diceritakan pada Yuya. Yuya paham. Lama-kelamaan, Yuya dah boleh control dan la ni kembali ke weight yang sepatutnya untuk kanak-kanak berumur 10 tahun. Berat dah kurang tapi "drama" Yuya terus lebih hebat!

Last Wednesday dia ada training sukan kat sekolah. Excited habis nak masuk lompat tinggi, lompat jauh, lontar peluru dan acara lumba-lari. Sedar-sedar pukul 12, aunty bagitahu cikgu suruh datang pikap Yuya sebab cedera belakang akibat tersalah landing acara lompat jauh. Aunty kalut pi ambik Yuya. Masa malam tu aku balik, Yuya complaint kat aku yang dia sakit belakang. Aik...sama macam aku! Aku bagitahua kat Yuya kalau macam tu, esok (khamis) tak boleh lah ikut lawatan sekolah ke Putrajaya! Yuya jeling kat aku dan 10 minit lepas tu dia jalan pi balik-pi balik dan bisik kat telinga aku yang dia tiba-tiba rasa sihat!!! Malam tadi masa aku balik kerja, aunty sms aku yang dia nak bawak Yuya ke clinic sebab tak sihat. Dalam hati aku dok kata....last week depa cuti dari Jumaat sampai Ahad....minggu ni Yuya mesti dok try something new.....and true enough, hari ni dia dapat mc....Walaumacamanapun "jangan nak kelentong...". Semuanya dalam poket aku....! Jadi pada kamu semua, Papa nak pesan satu perkara....waalau apapun kita buat, walau dalam apa situasi sekalipun, ".......jangan nak kelentong...!". Papa tahu sebab Papa dah buat lagu tu dulu.....hahahahahahah!

Y.U.N.A (yuya and marina) pizza special!


Isnin, September 19, 2011

Utusan Malaysia 19/9/2011

Salam semua. Dibawah adalah petikan  daripada keratan artikel tentang salah satu daripada projek-projek yang sedang dijalankan. Banyak lagi yang akan menyusul. Tunggu saja pengumumannya nanti samada di blog ini ataupun di akhbar2 tempatan serta luar negara....hahahahahahahah (gelak orang kaya yang sombong dan lupa diri!!!)

 
KUALA LUMPUR 18 Sept. - Banglo berkembar, Jeumpa d'Ramo yang terletak di Bangsar di sini, kini membuka pintunya kepada pelancong-pelancong tempatan dan asing untuk menikmati konsep penginapan eksklusif ala Aceh.
Jeumpa d'Ramo menyediakan 18 buah bilik dengan tiga pilihan iaitu standard, deluxe dan suite selain kemudahan lain seperti kolam renang, dapur, bilik mesyuarat dan ruang majlis yang luas.

Pengurusnya, Shahrir Ali berkata, Jeumpa d'Ramo sesuai sekali untuk pelanggan menganjurkan majlis keraian dalam kelompok kecil seperti majlis pertunangan, perkahwinan dan majlis persendirian.

Katanya, Jeumpa d'Ramo unik kerana ia menawarkan kepada tetamu yang hadir suasana seperti berada di rumah sendiri selain berpeluang menikmati dekorasi Aceh yang jarang-jarang dijumpai.

"Banglo ini mampu menampung sehingga 300 orang tetamu pada satu-satu masa dan antara artis tempatan yang pernah mengadakan majlis di sini adalah Elyana dan Siti Sarah.

"Lokasi Jeumpa d'Ramo sangat strategik di tengah-tengah Bangsar menjadikan hotel mini ini sebagai pilihan tetamu yang mahukan suasana penginapan yang bebas,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Shahrir berkata, kemudahan yang disediakan di Jeumpa d'Ramo setaraf dengan hotel empat bintang tetapi harga yang ditawarkan jauh lebih murah.

Katanya, antara keunikan menginap di Jeumpa d'Ramo adalah tetamu boleh bersantai di ruang tamu, perpustakaan mini, di laman mini dan memasak sendiri di ruang dapur yang disediakan.

"Kebanyakan tetamu yang datang secara berkumpulan amat gemar dengan konsep yang kami tawarkan kerana lebih bebas berbanding hotel.

"Reka bentuk dan peralatan di Jeumpa d'Ramo juga sangat cantik dan sesuai pasangan mempelai bergambar di setiap sudut rumah terutamanya di bahagian tangga utama,'' jelasnya.

Mereka yang berminat untuk menginap di Jeumpa d'Ramo boleh menghubungi talian 03-20944522 untuk tempahan.

Khamis, September 15, 2011

Pokok Buluh/15454

bamboo garden at the back...

Masa aku kecik dulu, banyak pokok-pokok buluh yang hidup liar dalam perjalanan aku nak ke bukit botak. Petang-petang bila aku nak ke anak sungai di bawah bukit botak tu, aku akan lalu dikawasan pokok-pokok buluh yang tumbuh liar. Ada sorang pakcik yang selalu aku nampak, kayuh basikal dengan pelantar kosong, tapi bila dia balik, pelantar dia penuh dengan anak-anak pokok buluh yang masih kecik. Lama-kelamaan baru aku tahu yang pakcik tu pi ambik rebung yang memang tumbuh dengan melata! Aku pun selalu jugak pi kat kawasan buluh tu. Bukan untuk ambik rebung tapi semata-mata nak tebang buluh untuk dibuat sejenis permainan yang dipanggil "cak-pong". La ni aku rasa dah ramai orang yang tak tahu perihal permainan kampung ni. Tapi ada sekali tu aku dok menonton satu rancangan TV dan tiba-tiba ada satu program permainan yang hampir-hampir pupus cuba dibangunkan semula oleh masyarakat setempat di kampung tu. Aku jadi terpegun dengan documentary tu. Ni betul-betul mengingatkan aku pada tahun 74 dan 75 dulu! Depa panggil dengan nama lain tapi endingnya tetap ada "pong" kalau tak silap aku. Di kampung mana depa main, aku dah lupa sama-sekali!


behind the kitchen..

Bila semangat aku nak menanam bermula, aku akan jadi tak sabar nak tengok result dia. Aku tanam pokok bendi sebanyak 5 pokok dan kesemua 5-5 pokok tu naik. Bila dia mula berbunga, hati aku pun tumpang berbunga! Seronok tak terhingga melihatkan hasil tangan sendiri yang mula mendatangkan hasil. Bangga sambil kembang-kembang hidung! 2-3 hari ni, aku cuma dok meratah bendi yang aku tanam sendiri kat belakang dapur hotel. Tiap pagi aku akan siram dan buang rumput-rumput lama. Semai yang baru dan tunggu depa tumbuh. It gives me great pleasure!

i love bamboo..

2-3 malam yang lepas, aku baru nak masuk tidur lepas menonton program korea yang sangat mengasyikkan. Actually dulu aku heran pasai apa KL aku selalu tengok program korea dan la ni aku dah mula paham walaupun aku bukannya tengok drama depa tapi documentary dan jugak entertainment program korea. Bagi aku sangat menarik! Baru aku mula tutup tv dan bergerak nak masuk ke bilik, tiba-tiba lampu semua terpadam. Adoii.....not at this time!!!! Bila dah tengah malam baru dia buat gila terputus bekalan letrik! Aku tak risau untuk aku tapi risaukan Marina dan Yuya! Aku bingkas bangun dan menuju ke talipon lalu mendial 15454. Operator mangangkat dengan sopan dan particular aku dicatat. Pompuan tu kata dia akan hantar orang check punca kerosakan. Lepas 20 minit, aku talipon untuk mengetahui status pembaikan. Depa kata dah jumpa punca masalah dan akan mengambil maksimum 2 jam untuk baiki. Tapi cuma selepas lagi 20 minit, letrik dah kembali normal. Aku kagum dan berbangga dengan sikap professional depa. Cuma satu yang aku terkilan sebab aku tak sempat bagitahu depa yang letrik dah kembali normal dan ucapkan terimakasih kerana response depa yang sangat cepat! Kudos to TNB!. I should have called them just to inform....issyyy aku ni.....

bunga apa ni?

2-3 hari ni pulak, petang masa aku nak balik kerja saja mesti hujan...hujan pulak bukannya kecik anak! Ni hujan siap dengan ribut sekali. Habis patah tiang-tiang lampu jalan. Jenoh staff aku dok talipon suruh depa pasang balik tiang lampu dsbnya! So far alhamdulillah...the responce sangatlah efficient.

sinilah michelle yeoh dok lompat dalam "crouching tiger"

Dulu aku ada bercakap dengan sorang jemaah dari seberang tambak yang asal sebenarnya ialah dari Malaysia. Dia tanya aku dari mana? Aku kata yang aku dari Kuala Lumpur...jadi dalam ralit bersembang tu aku ada bertanya kat dia samada dia nak kembali ke Malaysia menghabiskan sisa-sisa hidup dia kat tanah tumpah darah dia sendiri......Dia kata mungkin tidak.....aku terus bertanya, kenapa tidak? Dia jawab, "Malaysia selalu letrik terputus.....". Aku sedih..........

Khamis, September 08, 2011

Sahabat Mekah/kahwin

Rahman dok order mandy kambing!

Lama sungguh aku tak berhubung dengan sahabat aku sorang ni. Kami sebenarnya kenal secara tak sengaja semasa aku di Mekah lagi. Rahman bertugas dengan TH. Jadi urusan kami adalah kebanyakkannya pasal business. beberapa kali terserempak di lobby hotel dan bertegur sapa. Ada sekali tu aku tengah dok kat dataran diluar masjidil haram dan tiba-tiba aku ditegur seseorang. Aku kaget, toleh dan terlihat Rahman yang dok tersenyum kat aku.  Beberapa hari yang lepas, aku tiba-tiba dapat panggilan dari Rahman jugak atas urusan kerja. Pertemuan diatur dan akhirnya kami bertemu di bangsar. Lama kami bersembang sebelum Rahman dengan sopan mintak diri nak ke tempat lain pulak. Isteri Rahman orang alor setar dan dari kawasan dekat-dekat bulatan telok wanjah kalau tak silap aku. Kat situ jugak ada mee abu tapi Rahman kata mee abu tu dah tak sedap! Aku kena percaya kat Rahman sebab dia baru balik dari alor setar!

Sisi pelamin

Ada akad nikah malam ni. Jadi malam tadi, dah sibuk buat pelamin dan set kan meja makan beradap.  Depa la yang buat...bukannya aku pun! Malam ni depa akan sampai dalam pukul 6 dan hopefully semuanya selesai sebelum midnight! Tadi majalah pengantin ada datang untuk ambil gambar dan menulis article pasal wedding malam ni. Hebat! Aku sikit confuse sebab bulan ni ada banyak request untuk wedding. Pasai apa pun aku tak tahu. Kalau open house lagilah kan....apa-apa pun guest aku semuanya akan pulang dengan senyuman yang panjang. Kedatangan depa aku personally sambut dan bila depa balik pun aku jugak yang akan bid farewell kat depa. Satisfaction guaranteed!


About time to change my camera!

Gambar kat atas tu pun pasai pelamin untuk malam ni jugak. Musim kahwin ka la ni? Ka ambik berkat Syawal? Cerita pasal syawal ni, aku teringatkan chef aku masa kami kerja kat swensen's damansara jaya dulu. Nama dia syawal. Kepala otak best sebab selalu dok mengarut sama-sama dengan dia. Swensen's tu restaurant kat bawah dan kitchen kat atas. Bila takdak guest, syawal bagi aku masuk dalam kitchen. Masa tu lah aku buat sendiri apa yang aku nak makan. Ice-cream specialist aku nama dia Sundra. Sangat positive dan dia ni lah yang mula-mula sekali tunjukkan aku buku-buku positive thinking yang last-last aku sudak ter hooked! Walaupun kerja dia cuma campur aiskrim kat belakang counter tapi, aku rasa dia one of the best dispensers with positive attitude that i've ever met! Salute to you Sundra!

Wokey...have a wonderful week ahead people!

Sabtu, September 03, 2011

Raya sakan..

adoi...10 tahun lagi?

Sehari sebelum aku ada bagitahu kat anak-anak aku yang kami akan beraya kat rumah anak menakan aku, Yan. Anak menakan aku sorang ni lah yang duduk sama dengan aku masa kat penang dulu selama beberapa tahun. Banyak kali aku cerita pasal Yan ni sampailah dia kahwin tahun lepas pun ada aku cerita kat sini. Bila aku dah bagitahu kat anak-anak aku pasal nak jalan-jalan ni, mulalah depa dok berangan....abang dengan yuya selalunya last minute dan bila aku dah siap berhias, baru Yuya keluarkan baju mintak tolong gosok...aunty muka dah senget! Abang pulak masa tu lah nak masuk toilet....tapi anak dara aku sorang tu pi mana? Melilau aku dok cari. Belakang curtain la....celah-celah rak kasut la...belakang tong gas la...tepi washing machine la....dalam sangkar hamster pun aku cari, tapi tak jugak jumpa! Last-last Marina ada kat dalam bilik aku tengah dok lentikkan bulu mata....pakai mascara!!!! Omak aiiiii apa lah nak jadi 10 tahun lagi?

aku dan teman biasa tapi mesra!

Aku tak dak baju raya. Errr, tipulah kalau aku kata takdak langsung...actually ada selai yang aunty belikan untuk aku. Dia kesian tengok aku dok pakai baju yang serupa dok pi balik...pi balik....tapi since aku nak makan banyak, baju slim fit yang aunty beli tu terpaksa aku gantung dulu kat bilik belakang.....kalau aku pakai jugak dan rembat makanan yang dok ada kat atas meja, buruk rupanya nanti! Hahahahahah...aunty pulak, macam biasalah....dia mix sana, dia match sini, last-last kena jugak.....tapi hari tu last-last aku pakai baju 2 tahun sudah! Hahahahahahah...


3 teruna idaman..

yang paling kiri tu zarif. Anak menakan aku. Baru form 2. Sebelah zarif dan 2 belah zarif tak payahlah aku habaq. Kami melawat anak menakan aku yang duduk kat tropicana area. Aku tahu tempat ni sebab dulu opis aku dekat-dekat situ. Selalu jugak lalu sana jumpa orang...hahahahahahah....tapi bila aku naik charley davidson aku, aku pasti tertunduk-tunduk sebab takut kot-kot ada bola golf tiba-tiba mai kat aku! Tertunduk-tunduk ni samalah dengan aku naik moto lalu kat jalan motor yang tepi highway tu. Kadang-kadang kalau lalu situ aku selalu tertunduk-tunduk sebab ada sign board yang melintang dari kiri ke kanan...Pasal apa aku tunduk aku tak tahu....satu lagi bila aku naik charley davidson dan lalu kot ampang elevated highway menghala ke ampang dari tun razak. Bila aku sampai kat tol dan bila sampai lorong moto, aku selalu tertunduk-tunduk jugak bila tengok palang tol nak turun walaupun aku tahu yang aku tak kan kena...hahahahahahahah!

outdoor studio!

Tahun ni aku langsung tak dak mood nak ambik gambar kat studio. Gambar kat atas aku ambik kat rumah kakak aku di SJ. Jadilah....siap ada natural plants lagi...studio mana ada! Sebelah kiri yang batang melintang tu actually pokok markissa. Kakak aku suruh bawak balik tapi aku lupa....anyway, nasib baik cameraman tak ambiik gambar kaki sebab aku pakai selipar...hahahahahah

yuya yang ambik gambar..

Tadi aku pi beraya kat rumah anak menakan aku, dia buat spaghetti. Adoi....spaghetti ni memang makanan aku.....jadi aku rasa banyak lah jugak aku makan...then lemang lagi, nasi himpit lagi...dan lagi...dan lagi....dan lagiii.....nasib baik tak pakai baju "slim fit!!!"

dari kiri cepat jalan tu, Yan si anak menakan aku, anak aku dan isteri Yan, Aniza
Yan has never changed. Dari dulu sampailah la ni...polite dan merupakan sorang yang makcik-makcik akan terpikat untuk dibuat menantu. Tapi bila aku kenang-kenangkan balik, apa bezanya Yan dengan aku? Hahahahahahah! Have a nice weekend people!

Khamis, September 01, 2011

Horey-horey Raya!

aku dan anak teruna, aku jealous sebab dia makan tapi tak gemuk!
Aku terkangkang lepas beraya sakan di rumah majikan aku. Makan dan makan bagai esok dah kena catu! Ni lah manusia yang lupa dunia! Lepas makan banyak nak mampus, aku menyesal tak sudah sebab seluar yankee aku ketat.....baju slim fit aku dah tak fit......hahahahahahah tak pa, 1-2 hari saja tu...esok aku strict diet lah balik! Mungkin deepavali nanti aku boleh pakai balik baju raya....tu pun raya jugak...1Malaysia...hahahahhah

3 teruna idaman...hahahahhah...

Dah besar rupanya anak-anak teruna aku. Banyak topik perbualan yang kami dah boleh share...."men's talk!". Seronok rasanya bila abang dan yuya mula "open" sikit dengan aku dan banyak bercerita pasal teman-teman depa. Tak lupa aku selalu berpesan agar pegangan kita tak dilupakan dan pelajaran sangat-sangat penting. Selain daripada BOLA! My motto remains....."WORK HARD, PLAY HARD!" Good luck boys!

pergh...sunway parade

Budak kecik yang buat aku hampir-hampir terbabas langgar lampu merah tiap-tiap hari sebab teringatkan dia setiap saat! Aku sayangkan anak gadis aku......aku jugak sayangkan anak-anak teruna aku! Jadilah anak-anak yang baik dan mampu berbakti kepada nusa dan bangsa......(patriotic sikit sebab coincide dengan merdeka!)

aku cair...walaupun tiap2 hari dia buat pasal...
Bab syahdu bila sayang aku cium tangan dan terus mintak duit raya tanpa mengulang skrip cliche...."maaf zahir dan batin..." hahahahahah
QPR? Hmmmmm...

Macamana nak bawak abang ke QPR? He has to go.....he has to do it.....to abang, papa nak pesan, "IMPOSSIBLE IS NOTHING!"

main gasing...

Gasing sekarang dah moden....tak sama dengan gasing pokok jambu aku tahun 1977. Masa tu habispokok jambu Mak Kiss aku hilang.....aku panggil Mak Kiss sebab belakang kereta dia ada sticker "YOU KISS YOU PAY". Hahahahahahahahah dan sampai kesudah aku tak ingat nama dia.ni..Mak Kiss ajar aku mengaji masa kat henry gurney dulu!

nak raya!

Anak-anak aku mengamuk sakan....habis batang penyapu patah 2! Aku kena beli lagi 2!

asam pedas raya!

Asam pedas ayam yang buat semua orang terbongkang pada hari raya ke 3! Melaka pun kalah......

muka sembab sebab kenyang asam pedas!

Aku cakap dah....in fact hari tu depa makan 2 round! Sekali sebelum swimming dan sekali lepas swimming! Errr, termasuklah "yours truly!"

kerabu kacang botoi
.Ini pulak kerabu. Siap hantar kat neighbour...terkejut beruk depa!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...