Khamis, Mac 31, 2011

Warsi

Aku berjalan dari jalan hanuman, pusing monkey forest dan sampai kat padang bola. Tempat tu menarik dengan kedai-kedai branded goods yang sangat menarik perhatian walaupun harganya lebih kurang dengan kita. Tergoda aku nak duduk kat situ. Aku toleh kiri dan toleh kanan, lintas jalan sikit, ada kedai baju Polo Ralph Lauren....alamak...lawanya...baju dia sama macam kat KLCC RM450 after conversion. Sebelah kanan pulak ada kedai CROCS. Aku masuk jugak. Dulu aku kata aku nak beli kat sini sebab kononnya murah...Tapi ternyata aku silap...harga dia RP700,000 which is equivalent to RM250. Sama jugak dengan tempat kita di Pavillion. Opposite the road ada Shisha Bar, Jazz Bar, Buddha Bar dan banyak lagi tempat-tempat menarik tidak termasuk tempat-tempat pertunjukkan acara tarian tradisional dan 5 minit berjalan dari istana raja ubud. Kepala otak aku dah berkira-kira nak duduk kat situ pulak dah. Congak pi congak mai, aku masuk sat pi tengok rumah tu. Alamak...cun jugak ni...boleh lah kalau nak pi tengok.

Aku jumpa tokay dia. Nama Pak Rai. Sembang-sembang dan kelentong sikit Pak Rai, Pak Rai cakap line clear...dan tanya bila aku nak usung beg-beg aku dan duduk tempat dia pulak? Aku cakap, kasilah aku chance nak kelentong rumah lama dulu....sebelum 7pm aku janji aku akan pacak kat depan reception dia. Aku isi borang apa-apa yang patut, nomor passporr lah...international driving license lah...aik? lesen pun ambik jugak? Rupa-rupanya Pak Rai ni sorang-sorangnya kat sini yang buat lagu tu sebab boleh katakan setiap kami ni ada motor samada yang dibeli ataupun dipinjam dan diletakkan di perkarangan rumah Pak Rai. Jadi dia nak semuanya selamat. Pasal dia buat lagu tu, jadi, aku pun rasa selamat..selain daripada situ, di switzerland jugak buat perkara yang serupa dan satu lagi kat suisse, setiap malam registration tetamu di hotel dan nombor kereta atau motor akan diambil oleh polis pelancong yang datang ke hotel setiap tengah malam. List punyalah panjang dan aku kena prepare sebelum pukul 12 sebab dia datang collect pukul 12.30 after midnight.

(ni kat depan rumah baru aku...amacam...klasik kan?)

Aku balik rumah, pack barang, bagitahu kat tuan rumah mulut becok yang buat nasi goreng aku campur semut 3 ekor tu yang aku nak check out. Dia prepare bill kat aku, aku bayar bill dia, staff aku dah tunggu dengan kereta nak bawak aku keluar dari situ dan check in tempat lain pulak...horey! Sebenarnya tak lah jauh pun rumah baru ni dari rumah lama. Tapi sekali ni rumah aku memang mengadap bendang. Tu yang aku ambik gambar pakcik tu masa dia dok tanam padi pagi tadi! Dia pun terkejut tengok aku ambik gambar dia..bila sengih kat aku, gigi dia rongak....cute lah pakcik!

(balcony yang sangat luas untuk aku melepak hampir 2 jam setiap pagi baca buku dan breakfast sebelum pi kerja....heaven!)

Pagi ni aku hantar laundry kat Pak Rai dan aku pesan nasi goreng untuk breakfast. Aku nampak isteri Pak Rai dah siap duduk kat dapur tunggu guest order. Depa prepare satu-satu dan bukannya semua serentak. Sebelah kanan rumah aku ada pasangan lelaki Thai dan istrinya dari Holland manakala kat sebelah kiri aku pulak lelaki amerika dan istri indonesia. Atas aku pulak ada sekeluarga jepun 3 beranak. Rumah di Warsi ni tak banyak. Cuma ada 8 unit tapi antara yuliati, ayu dan yang ini, aku rasa yang inilah yang terbaik untuk aku dan lokasinya yang sangat strategik sekali. I like this place very much. In fact aku kat Warsi ni pun dah seminggu dah....

(anti nyamuk bakar?)

Malam-malam lepas kerja, aku akan duduk melepak dengan partner aku kat balcony sambil sembang-sembang tak tentu hala. Merepet sana merepet sini sampailah pukul 11 malam sebelum kami bid farewell dan masuk bilik masing-masing. Aku masuk bilik dan tengok 1 movie. Jam 1, slamat.....hahahahahah

(alamak....ni sapa yang rambut tiba-tiba hitam ni?)

Minggu ni aku ada plan nak pergi ke tempat lain pulak. Thinking of renting a car and drive to Uluwatu. Saja nak tengok tempat tu yang katanya ada temple kat laut....aduuuuhhh assiiiikkkk.....

Selasa, Mac 29, 2011

Ngopi

(ladang strawberry)

Bedugul adalah sebuah kawasan yang sangat menarik. Kat sini pemandangan sangat cantik. Aku suka "ngopi". Jadi mana-mana aku pergi, dalam perjalanan, aku akan stop untuk "ngopi". Tak kiralah kopi apa...asalkan dapat ngopi, nikmati keindahan sekeliling, relax bersembang dengan aunty dan family members...that to me is a "HOLIDAY". Habit tu terbawak-bawak sampailah sekarang ni. Apalagi bila aku di Bali la ni dan banyak pemandangan menarik, jadi aku tambah suka berhenti kat tepi jalan dan minum kopi. Kopi Bali aku dah try...kopi Aceh aku dah minum...cappucino, mochacino, espresso, latte etc aku dah dok minum almost everyday. Kalau tak di cafe lain, staff aku yang akan buat. Everyday is a tasting day for me till aku puas dengan rasa dia...

Kat KL pun sama. Sat-sat aku nak berhenti "ngeteh". Aunty sampai naik boring dok ikut naik-turun naik-turun keta! Mamak tu lah...mamak nilah....semuanya aku sapu. Tapi taklah sapu mamaknya....sapu tehnya saja...hahahahahah. Perjalanan aku ke temple situ ambil masa selama 1 jam setengah melalui gunung-ganang dan kawah yang dah tak aktif lagi. Aku nak berhenti tapi kali ni aku tersepit kat celah-celah bas pelancong@pariwisata yang banyak melalui kawasan yang sama. Jalan yang sempit dan bengkang-bengkok membuatkan perjalanan sangat mencabar....kalau kat malaysia tu perjalanan yang macam tu mungkin ambik masa cuma setengah jam di highway...

(resort dilereng...Rumah Kaca..as they call it)

Ada satu resort kat tepi lereng bukit tu. Dan boleh aku lihat dengan jelas kalau aku duduk kat restaurant atas sambil minum. Nampak cantik sebab semua balconynya menghala ke arah gunung. Aku rasa pemandangan sunset kat situ mesti cantik sekali. Pintu dan dinding yang menghala ke gunung diperbuat dari kaca. Aku cuma melihat dari jauh dan tidak sampai ke situ sebab perlu turun balik ke bawah. Tak nampak pulak orang masuk keluar kat situ. Aku pun tak tanya pulak kat orang yang serve kopi kat aku pasal apa tempat tu kosong. Kalaulah aku ada duit, mahu aku buat renovation, marketkan betul-betul dan jual balik hotel tu. Buat duit sikit pun cukuplah...janji boleh tukar motor fake harley aku ke real harley!!!

Bila aku balik dan ceritakan pada staff aku pasal resort tu, depa terkejut. Melopong mulut depa bila aku cakap yang resort tu cantik dan strategic. Bila depa melopong dan mulut ternganga, aku pun turut sama melopong dan ternganga! Aku tanya, pasal apa depa diam dengar aku cerita? Pelan-pelan Santi bagitahu yang tempat tu sebenarnya dah 15 tahun ditinggalkan kosong walaupun biliknya ada banyak. Aku tanya pasal apa depa tinggal kosong? Dia bilang yang tempat tu sebenarnya berhantu. Setiap malam ada saja kejadian yang tak diingini berlaku dan lama-kelamaan orang semua tak mahu tinggal kat situ dan ownernya terpaksa gulung tikar dan biarkan tempat itu kosong. Selang 15 tahun, resort tu masih kosong. Menurut cerita, tempat tu mesti di bongkarkan dan dibuat baru serta tidak ada menunjukkan ciri-ciri resort lama supaya "bendasing" tu tak menginap disitu lagi.....hahahahahaha itulah ceritanya...ala-ala "Nyang Rapik". Aku rasa David Teoh boleh buat cerita menarik kat situ!

(the temple)

(offerings at the temple)

Temple ni sangat menarik sebab cuacanya yang dingin dan ada kombinasi masjid dipersekitarannya dan jugak temple untuk orang-orang hindu melakukan upacara keagamaan. Masa aku sampai kat situ dan duduk dibawah satu pondok sambil membaca buku dan mengadap pulak ke lake, ada sekumpulan lelaki masuk sekali dan bawak peralatan gamelan depa sama-sama duduk dengan aku. Selang 5 minit, aku dengar muzik gamelan dah pun dimainkan. Walaupun mata depa meliar tengok pelancong yang datang, tapi tangan tetap mengetuk gamelan dengan baik sekali. Lagu gamelan yang mengasyikkan buat aku terlupa kat partner aku yang sama-sama ada dengan aku. Asiiikkkk bangat! Cari-cari, partner aku rupa-rupanya dok pi tengok budak-budak dok memancing kat lake tu. Hahahahahah

(the sampans...at the lake)

Sampan-sampan yang ada kat situ mengingatkan aku pada polynesian countries yang memang pakai sampai dan perahu yang ada sayap macam tu. Aku tak tahu nak panggil apa, so aku panggil "sayap" sajalah...Dalam dok ralit kat situ, tiba-tiba aku dapat sms dari staff aku yang mengatakan depa ada surprise untuk aku bila aku balik ke Ubud nanti. Pelan-pelan aku bangun, masuk dalam kereta start engine dan bawak.....nah....kat situ lah mulanya kereta aku nak meletup tu!!! Hahahahahahah

Ahad, Mac 27, 2011

Bedugul dan danau Beratan

Malam tadi aku ke Kuta. Habis kerja dan tak tahu apa nak buat, kami sewa kereta, malamnya kami memandu ke Kuta. Macet bagai nak gila sebab jalannya memang sempit. Manusia punyalah ramai nak mampus. Lepas jumpa parkir di Centro, kami naik keatas dan tengok kedai-kedai yang ada kat situ. Hmm harga tak lah semurah yang disangka. Hampir sama dengan harga kat KL. Mungkin pasal sini semuanya tourist...jadi harganya pun tinggi jugak!

Passed by a club and heard this lady singer petik gitar sambil nyanyi macam Norah Jones....wow...memang best. It was packed and the response she got was wild!!!! Err, I was one of them. Left the place and went to Starbucks instead. Lepak kat situ berejam-jam sampai orang nak tutup kedai...hahahahah Took a slow drive passed HRC. Ingatkan nak masuk tapi pasal dah terlampau lambat, aku tak jadi nak stop...jalan terus dan hujan mula turun dengan lebat!

(nasi goreng strawberry...first time aku tengok!)

Pagi ni aku bangun, makan pagi, keluar lagi dan sekali ni ke Bedugul. Perjalanan sejauh satu jam setengah melalui gunung-ganang dan sawah yang terbentang luas. Cantik. Sorry aku tak ambik gambar kat situ sebab aku yang nyetirrrr...hahahahah.

Melewati satu kawasan peranginan dan aku berhenti minum kopi kat situ. Partner aku pulak dah nampak satu menu super-duper kat situ dan terus order. Aku tanya dia order apa tapi dia kata "hang tengok satgi..". La...rupa-rupanya dia makan "Nasi Goreng Strawberry!" Kelasssssssssssss. Katanya sedap. Aku cuma jeling-jeling kat pinggan dia...dia tak offer pun.....hahahahahah

(upacara keagamaan di pura)

Ada satu temple yang tersangat famous kat situ...memang sentiasa dikunjungi manusia bali untuk upacara sembahyang ataupun untuk beriadah sebab ada lake yang sangat cantik. Kalau nak bergambar kat situ pun memang hebat. Aku sewa kereta Karimun. Entah apa kereta pun aku tak tahu. Semalam masa bawak, AC dia sat-sat ada dan sat-sat hilang. Dia dok main "achilot" dengan aku! Hari ni pun serupa. Ada sekali aku toleh ke belakang, aku nampak satu group makciks pakai tudung bawak bekalan macam nak pi picnic. Ala-ala group WI tahun 70-an dulu. Make-up dan berkebaya cantik. Bedugul Lake ni adalah kawasan Islam. Ada masjid kat sini. Bali susah nak cari masjid....bukan macam kita. Dah nama pun pulau dewata!

(the very famous temple in bedugul. Gambar ni lah jugak yang depa slalu letak sebagai cover page untuk buku-buku pelancongan bali)

(2 kanak-kanak mengingatkan aku pada anak-anak aku kat KL)

Pemandangan kat situ tambah cantik bila ada anak-anak kecik pakai baju traditional depa. Very cute dan depa mengingatkan aku pada marina, yuya dan abang. Miss them lots..Ramai orang berjualan kat situ dan aku pun tergoda jugak nak membeli. Sabar banyak banyak dan jalan terus...kalau tidak mesti aku dah terbabas!

Selepas hampir 3 jam aku melepak kat situ, aku pun decided nak balik ke ubud. Malas kalau sampai rumah dah malam sebab nanti aku tak nampak jalan. Dah lah jalan sempit, lubang pun banyak pulak tu! Pelan-pelan aku bawak sebab hujan tersangat lebat dan kabus sangat tebal, maklumlah aku naik gunung! Jarak penglihatan cuma 10 meteran....slow aku bawak....

Masa dok turun gunung, partner aku tanya bau apa tu? Aku cakap bau tayar kot sebab kita turun gunung! Dia sengih...aku sengih....Kami turun lagi. Aku bawak pelan-pelan sebab jalan licin dan lori sayur banyak. Kali ni masa aku pusing stereng, tiba-tiba kereta mati engine. Aduh...dah lah jalan sempit....nak masuk ke kiri tak boleh...ke kanan tak boleh...last-last aku bukak bonet kat tengah jalan! Berasap-asap kereta! Tadi bukan saja kabus cuaca kat luar...kereta aku jugak kabus sebab dah nak terbakar!!!!! Hahahahahahah

Aku suruh partner tolak kereta ke tepi dan kat tepi jalan tu aku nampak ada tulis Woksyop Nyoman Agung....kami tolak laju pi kat situ dan tak toleh kiri kanan lagi dah....cepat...cepat....jalan dah macet sebab kami 2 dok tolak kereta. Tak pernah jadi kat aku kereta jammed tengah-tengah jalan...kalau motor pancit aku tahulah apa nak buat! Cepat.....cepat....tolak lagi....orang kat belakang kami tak marah sebab kami kat Bali...depa takut "karma", maksudnya kalau depa marah orang la ni, nanti anak-cucu depa pulak orang marah!!! Hahahahahah. Aku cakap kat partner aku, '..cepat...cepat...woksyop Nyoman dah dekat tu...cepat...cepat...", berpeluh-peluh kami tolak walaupun dalam kedinginan gunung! Kami sorong kereta karimun tu ke seberang jalan. Fuuuuh...lega dah sampai. Aku lap peluh kat dahi dan partner aku pun sama....aku senyum tengok dia dan dia pun senyum tengok muka aku.....legaaa dah sampai woksyop! Aku tutup pintu kereta, bukak bonet yang berasap-asap bagai nak gila tu, dan pusing tengok signage workshop tu lagi sekali.......aku tengok dia tulis..."Woksyop Nyoman Agung - Speda Moto". Ohhhhh tidakkkkkkkkkkkk !@#$%^&^&*.....

(kereta aku yang rosak masa balik tadi..)

Jumaat, Mac 25, 2011

Walk-walk@jalan-jalan..

(a good day for wedding yesterday...it's everywhere..)

Semalam ataupun dipanggil kelmarin disini, adalah merupakan hari yang baik untuk perkahwinan. Semua tempat yang aku lalu, asyik-asyik macet. Ke kiri macet...ke kanan macet...sampai otak aku pun jadi macet! Aku ke satu tempat yang dipanggil Kerobokan. Ada satu syarikat disini yang menguruskan peralatan dan barang-barang hotel yang aku perlu berjumpa buat kali ke-2 untuk confirmkan pesanan. Perjumpaan berjalan lancar dan kata putus hampir dibuat. Cuma beberapa documents yang perlu di finalize...then voila...it's done!

Dalam perjalanan ke sana, kami lewat kawasan perkampungan. Sawah terbentang luas dan bila aku tanyakan pada Pak Agung, dia mangatakan yang penanaman padi disini tidak mengikut musim tapi pastinya 2 kali setahun. In between, depa tanam pokok kangkung ataupun pokok jagung. Aku ada merasa kangkung fresh yang baru dipetik dari tanah sawah dan terus digoreng untuk aku. It's kangkung belacan dan depa panggil "Cah Kangkung". Makan di Art Cafe yang ada kat ubud ni. Makan sambil bersila gaya jepun sangat melegakan. Sorry aku lupa nak ambik gambar tempat tu. Banyak paintings untuk dijual dan disamping ti@disatu sudut, sorang pelukis professional menyiapkan "stroke" terakhir sambil sign nama dia kat bawah painting tu. Sangat cantik! Sawah kat sini yang tak mengikut musim tu dapat dijalankan sebab airnya tak perlu di kontrol. Air gunung sejuk sentiasa mengalir laju dan disalurkan masuk ke dalam petak-petak sawah dan kalau padi tak memerlukan air, depa tutup lubang batas@ban tu dan salirkan samada ke petak sawah sebelah ataupun ke parit berdekatan dan digunakan pulak oleh wanita-wanita kat situ untuk membasuh baju dan mencucu motor. Depa kata, tanah bendang perlu diselang-selikan penanamannya agar tanah subur sentiasa dan bagi sedikit ruang bernafas kepada tanah....

(Tegenung waterfall...20 minutes from my place in ubud...ramai tourists!)

Lepas lebih satu jam kami berbincang, kami terus keluar untuk cari makan tengahari. Entah macamana aku pi sebut KFC. Partner aku kata itu satu idea yang baik sebab lama kami tak makan ayam goreng sebab yang banyak kat sini cuma babi guling.....hahahahah. Pusing punya pusing, kami masuk dekat satu shopping complex yang macam Hankyu Jaya kat Aloq Setaq tahun 80-an dulu sebelah bus stand lama...cari KFC tak jumpa tapi yang jumpa cuma CFC!!!! Takut yang CFC tu tak jual KFC, kami mengarah ke Mc Donald. Makan dan makan dan makan sampai tak larat nak bangun...hahahahahah!

Lepas makan, kami masuk kat dalam supermarket kat sebelah dan disalah satu corner aku nampak Lea Jeans. Terus aku teringatkan kawan Jakarta aku yang punya perusahaan ni. Ada aku cerita dulu yang nama Lea Jeans tu bapak dia pakai sempena nama anak pompuan dia yang bernama Ley Puspa Sanjaja yang jugak merupakan teman sekelas aku masa di Suisse dulu. Aku jugak pernah menginap beberapa hari di apartment dia di Paris dulu yang berhampiran dengan Champs Ellysees..Sewaktu Ley pergi kerja, dia akan hantar aku ke tempat-tempat menarik sebelum aku ronda sakan sampai dia habis kerja...hahahahah. Aunty tahu cerita ni, cuma aunty tak pernah jumpa Ley lagi...
Aku pasti yang Ley sekarang ni sangat sibuk dengan perusahaan jeans dia dan jugak Club dia yang mnendapat sambutan hangat dari artist-artist Indonesia dan antarabangsa. So kalau sapa-sapa pi jakarta, look for "Immigrants" and hopefully you'll meet Ley there!!

(makcik2 berjualan kain segala...air botol kat sini jadi double!)

Kedai ni mendapat sambutan hangat dari tetamu yang ramai dok pi balik tengok airterjun. Harga air kat sini dah jadi double sebab sambil minum sambil tengok waterfall. Ramai tourists bawak towel turun kebawah untuk mandi. Sebelah tu jugak ada aktiviti "white water rafting", jadi bayangkanlah macamana arus sungai kat bawah tu..yang tu satu aktiviti yang aku tak berapa minat selain daripada bungee jumping. Aku masih waras dan aku takut kena heart attack masa tengah dok terjun...hahahahah

Budak-budak ramai yang berjualan kat situ. Berderet-deret depa ikut aku sambil dok jual miniature angklung. "Buy one Sir...for school.." maksudnya kalau aku beli, duit tu dia nak pakai untuk pi sekolah...aku diam dan jalan terus..."Buy one Sir....I can eat..." Amboi pandai sungguh depa ni. Well trained. Aku paham yang depa ni miskin tapi aku tak mahu beli...jadi cara terbaik, aku diam sajalah...tiba-tiba kawan budak tu tanya kat dia yang aku ni dari mana trus dijawab budak tu, "Dari Saudi kayaknya..." hahahahahahah!

(kat sebelah tu ada bengkel orang potong batu...cantik dia potong sebelum di ukir jadi kepala buddha!!!!)

Masa aku dok jalan keluar tu, ada satu bengkel batu dan aku nampak sorang tengah dok belah batu. Khusyuk sungguh dia sampai aku senyum pun dia tak tengok..kat sebelah tu pulak aku tengok ada tukang ukir yang dok mengukir kepala Buddha. Banyak dia buat. In fact beratus-ratus jumlahnya. Kreatif sungguh depa ni. Ni jugak merupakan satu perusahaaan yang menguntungkan untuk depa. Bukan untuk domestic tapi untuk antarabangsa termasuklah thailand, singapore, hong kong sampailah ke europe...untuk diletakkan dipusat-pusat yoga, buddha bars ataupun rumah-rumah persendirian. Harga dari ratusan US sampailah ribuan US satu kepala! Kalau depa tahu ukiran-ukiran tu semua datang nya dari mana......

Isnin, Mac 21, 2011

Ayu pulak..

Last Friday aku dah patah balik ke Bali pasal kerja. A nice place to be actually. Especially kat Ubud ni. This is already my 3rd visit here in Ubud. Rasa relax dan tenang balik mai sini..sekali ni aku tukar rumah. Dulu aku duduk kat Yuliati yang anak pompuan dia dok menari sakan sampai ke Jepun tu...tapi la ni aku duduk kat satu tempat nama Ayu.

Tempat ni lagi aku suka. Sebab dia berada betul-betul kat depan kedai makan yang paling famous kat ubud ni. Nama restaurant tu "Bebek Bengil". Kalau taip nama restaurant ni, pasti akan keluar macam-macam review pasal ownernya, kedainya dan jugak makanannya. Aku ada sekali pi makan kat situ. I had dinner there and the food was actually not bad! Tapi aku tak makan bebek....sebab terbayang kat mata aku yang dia dok berjalan berderet-deret kat tepi sawah tu sambil menyudu! Ada satu lagi nama restaurant yang aku rasa very cute is "Restaurant Bebek Tepi Sawah". Amacam, cute kan? Kalau aku lalu kat situ, aku ambik gambar. Hahahahahah.

Basic amenities tapi balcony dia memang besar. Siap boleh surfing lagi kalau nak...untuk bilik aku, aku masukkan tv sekali sebab kalau ikutkan memang tak dak TV dan aku pesan suruh letak reading light sama untuk aku sebab banyak aku nak baca..aku suruh letak TV tu bukan pasal apa, aku nak tengok Pelita Jaya lawan bola...ada Safee Sali. Semalam aku tengok dia main bagus tapi tak ada orang lorongkan bola dan depa kalah 0-1 semalam walaupun SS ada tanduk dan kena palang gol! Ciss...and in fact aku heran sebab malam tadi, cubaan Pelita Jaya, 4 kali kena palang gol...Tak pernah aku tengok dalam sejarah bola, 4 kali tendang kena palang! Last-last J-Lo bagi freekick satu dan terus masuk gol...aduh nangis-nangis Pelita Jaya sebab depa 75% dok attack. Aku yang tengok pun sampai nak kena heart attack! Yang tak syiok tu dalam half way tengok bola, tiba-tiba bola hilang...TV jadi blurr. Check punya check, rupa-rupanya tudung periok@satellite dish aku jatuh ke tanah...pagi tadi aku dah pesan kat depa suruh ikat kuat-kuat kat pokok chempaka kat tepi rumah aku...Pak Ketut angguk-angguk manja!!!!!

Sepanjang jalan nak ke Ayu, aku tengok banyak kedai-kedai hebat berderet-deret dikiri dan kanan. Ada jugak Pura dan aku tengok ramai tourists kat Pura tu sebab ada tarian kat situ. By now, aku dah jadi biasa dengan upacara-upacara yang ada kat sini. Cuma aku masih tak sempat nak ikut serta. Mungkin satu hari nanti aku ikut depa jugak..

Malam tadi masa aku dok ralit tengok TV, ada macam satu gegaran kecil kat sini. Terangkat jugak aku. Adalah dalam 5-10 saat katil aku bergoyang. 2 kali malam tadi hampir-hampir midnight tu.....ingatkan rumah sebelah tapi rupa-rupanya memang gempa. Tukar channel TV dan cari berita, aik, depa relax je tak dak pun cerita gempa kat dalam news....aku tutup tv sambung tidur...hahahahahh

(aku dan sarapan pagi di balcony sambil baca buku....i love this morning ritual..)

(buku nilah jadi peneman aku dari pukul 7 pagi sampai 8.30 pagi sebelum pi kerja....sambil minum kopi bali...pergh....kelasssssss)

(salah satu sudut balcony aku yang luas bak saujana mata memandang..)

(semut ni lah yang digoreng dalam nasi goreng aku...ada 3 ekor semuanya...kaki dah keatas masa aku jumpa dalam nasi goreng!)

Sabtu, Mac 19, 2011

Kenangan..

(gambar ni sewaktu menyambut perayaan shici-go-san untuk Yuya, aku masih lagi tembam masa ni)

(ini pulak perayaan shici-go-san untuk Azumi dan Yuya diribaan aunty..lihatlah muka dan badan aku yang ibarat kembang tak jadi tuh! hahahahah)

(ini aunty waktu kecil di tokyo)

(ini gambar aunty sewaktu muda, ambik kat studio tuuuuu)

(ni aunty dengan obaachan@nenek di kampung)

Tiba-tiba aunty rajin pulak nak scan gambar lama-lama. Boleh dikatakan setiap malam dalam diam-diam dia ambik gambar lama-lama dari album lama dia tu, pelan-pelan dia buat kerja...aku pun tak sedar. Tengok-tengok gambar dah keluar kat dalam fb dia...hahahahah. Aku pun ada banyak jugak gambar-gambar lama yang aku teringin sangat nak scan tapi sampai kesudah aku tak buat-buat....ni pasal terlampau rajin dan terlampau bijak...takpa...nanti aku jekk sikit aunty mintak tolong dia buatkan untuk aku. Banyak gambar-gambar aku kat negeri orang masa muda dulu yang boleh aku jadikan modal untuk bercerita...hahahahah

Tengok pada gambar perayaan shici-go-san anak-anak aku, tiba-tiba aku rasa masa sungguh cepat berlalu. Abang masa tu umur 5 tahun dan kemudian yuya pulak...la ni depa pun dah besar..besar cara aku la..besar orang lain, anak-anak depa semua dah kerja! Tapi itu tetap membuatkan aku sikit terharu. Manakala aunty pulak, sebenarnya banyak lagi gambar-gambar dia tapi cuma aunty pun tak sempat nak scan dan masukkan semuanya. Aku masih belum berkesempatan nak balik ke kampung dia lagi. Kampung aunty tu kalau musim salji, makk aiiii salji akan penuh sampai ke bumbung rumah...jadi aunty bagitahu kat aku, masa depa kecik dulu bila balik kampung, ikan dan daging yang depa beli, depa cuma sumb at masuk kat dalam salji tu. Habis semua beku dengan cepat. Tak payah pakai peti ais lagi dah. Tapi kalau salji dah cukup tebai sampai macam tu, aku tak boleh nak bayanglah kalau temperature dia pulak....entah berapa banyak minus lah suhu depa masa tu!

Aunty ada bawak satu buku jepun lama yang title dia aku dah lupa. Buku cerita tu lah yang aunty dok baca kat azumi masa azumi masih baby. Buku yang sama aunty baca pulak pada yuya bila yuya baby dan sampailah la ni aunty dok baca cerita yang sama pulak kat marina sewaktu azumi dan yuya berdengkur tidur kat sebelah....dalam diam aku masih lagi mendengar cerita tu. Aunty akan bercerita dengan nada suara yang sama, aunty akan berhenti pada jalan cerita yang sama, aunty akan menutup buku selepas berbisik bait-bait yang terakhir. Dalam diam aku senyum dan tidur...

Setiap kali aku dan aunty melalui bulatan kampung pandan, aku akan bercerita dan terkenangkan sebuah cerita kanak-kanak jepun yang menceritakan tentang perubahan waktu dan zaman. Cerita dia berkisar tentang sebuah keluarga disebuah kampung kecil. Keluarga ni hidup dalam keadaan harmoni, aman-damai dan tanpa gangguan...setiap hari depa melakukan kerja-kerja kampung. Setelah beberapa tahun, kampung yang aman damai itu telah mula berlaku pembangunan. Jalan raya mula diturap. Kawasan perumahan tumbuh bagai cendawan. Bangunan pencakap langit mula menguasai tanah-tanah terbiar. Dihadapan rumah sekeluarga tadi pulak, lebuhraya dibina. Akhir sekali rumah keluarga tadi yang diawal penceritaannya itu adalah sebuah rumah disatu perkampungan indah telah bertukar perlahan-lahan menjadi sebuah bandar metropolitan dan diakhir cerita dan illustrasi cerita kanak-kanak itu, dilukis gambar keluarga tadi yang mana kini rumah mereka berada betul-betul sedepa daripada highway dan ditepi rumah pulak ada lebuhraya lingkaran bertingkat. Pengakhiran cerita tadi, dia ada menyebut yang inilah harga yang kita harus bayar didalam menempuh arus pemodenan dunia....wow! sungguh terkesan sekali aku lepas tengok gambar terakhir tu. Kawasan dia sebijik macam kat bulatan kampung pandan tu. La ni kalau aku dengan aunty nak pi ambik abang kat asrama atau nak hantar dia balik, setiap kali melalui kawasan ini kami akan saling berpandangan dan memahami apa yang tersihat dalam hati dan fikiran masing-masing.....

Pasal tu lah aku suka tinggal kat Ubud ni. Rumah aku simple. Ada satu katil, satu almari dan satu meja make-up. Balcony aku luas untuk aku membaca, bersarapan dan jugak berkhayal mencari idea...burung masih lagi berkicauan betul-betul kat tepi tingkap aku. Setiap pagi, aku masih dikejutkan oleh bunyi ayam jantan berkokok. Orang-orang disekeliling masih menegur antara satu sama lain dan setiap kali aku ada pertanyaan, depa dengan muka senyum akan berhenti dan memberi bantuan. Kat ubud ni aku masih belum dengar lagi cerita merempit, belum terjadi lagi kes-kes ragut, tak berlaku kes rogol terhadap pelancong dan tetamu-tetamu disini. Malam tadi lepas kerja, aku berjalan sendirian dari tempat kerja, melalui jalan hanuman yang penuh dengan kedai-kedai hebat dikiri dan kanan jalan. Agak lewat tapi aku tengok pelancong mat salleh pompuan relax dok berjalan sorang-sorang dalam lorong yang agak gelap....dan bila kami berselisih jalan, dia tak pegang beg dia kuat-kuat...dia tak jalan dengan lebih cepat mencari arah lampu yang lebih terang.....and worst still, dia tak melintas ke seberang jalan sana dengan muka panic takut dia diragut, ugut, dilakukan gangguan seksual dll. Aku tak salahkan depa yang macam tu kat tempat kita...tapi itulah permodenan....pasai tu aku suka duduk kat Ubud la ni........if only my family is here....then it's perfect!!

Rabu, Mac 16, 2011

That Little Gerai

Last Sunday aku ada buat panggilan kecemasan kat sorang blogger pompuan yang aku sendiri tak pernah jumpa walaupun kami dah 1-2 tahun ni dok berbalas-balas comment kat dalam blog masing-masing. Heran sunggoh aku. Aku suka baca blog Catz sebab bahasa dan gaya penceritaannya yang sangat "groovy" aku rasa, senang dibaca dan senang mata melihat gambar-gambar yang dipaparkan. Kami buat appointment untuk berjumpa kat rumah aku. Catz sampai tepat pada waktunya...kalah orang Jepun nih...

Malam tu aku sekeluarga bawak Catz pergi makan malam kat melawati, taman permata. Jangan belok ke simpang nak ke giant tu...maksud aku, kalau dari ampang menghala ke UIA, giant taman permata kan ada kat sebelah kiri.....masuk lorong kiri tu tapi jangan cilok masuk kanan ke giant! Jalan terus dalam 100 meter ke depan. Mata sila jeling-jeling ke kanan yeeee...sebab dalam salah satu lorong tu ada Restoran Syed. Masuk kat Restoran Syed tu dan kat sebelah dia ada kedai tom yam nama Thiraa kalau tak silap aku. Ample parking space! Park and turun dan jalan ke kedai tom yam tu. Masa tengah dok jalan mesti nampak ada satu gerai yang cute-miut jual western food dan nama dia "That Little Gerai!". Dengan jalan lenggang kangkong, kami terus menghala kat situ.

Aku kenal chef adly adnan ni beberapa tahun yang lalu. Chef yang sangat berkaliber dan sangat tahu apa yang dia buat. Ini lah salah satu chef melayu hebat yang pernah aku jumpa...very outgoing, very humble dan memasak dengan jiwa dan raga...selalunya yang lain-lain tu teringin nak jadi celebrity saja....masak habuk pun tak dak....panjang cerita chef sorang ni...chef adly ni sebenarnya lepas sekolah dulu, berpeluang belajar kat US. Jadi berkelana lah dia sorang diri ke US.......bila sepatutnya dia balik ke malaysia, dia sudah pi buat U-turn la pulak..dia terus tinggal kat sana. Minat dia sebenarnya pun memang dalam hal memasak ni. Jadi dia pun kerja lah dari satu restoran ke satu restoran yang lain dan dari satu hotel ke satu hotel yang lain...sedar tak sedar, dia dah duduk kat sana selama 23 tahun! Memang gila chef sorang ni...

(long table tu..)

(tak boleh nak tolak ni..)

(dan ini..)

(special guest aku....CATZ!!!)

Chef adly ni sorang pakar didalam masakan-masakan barat dan juga italian serta lain-lain lagi. Ni semua aku confirm sebab pengalaman dia pernah bekerja selama beberapa tahun di Blue Fin Restaurant yang terletak di "W Hotel" Times Square New York telah banyak membantu. Masa aku makan kat sana, aku tengok kat dapur dia, chef adly ni menyediakan mashed potatonya sendiri. Bukan macam tempat-tempat lain. Even kat hotel pun mashed potato selalunya pakai yang serbuk. Chef datang bersembang dengan kami sekeluarga. Meja sebelah pulak aku tengok ada mat salleh pompuan dok makan lasagne..alamak, lepas ni aku ingat nak kena order lasagne lah jugak kot!

Pada sapa-sapa yang memang dok ada dalam kawasan tu, aku syorkan, pi lah makan kat situ. Harga murah....makanan sedap....and ada lagi satu bonus...kalau sapa-sapa nak suruh chef masak salmon, halibut, mackerel atau apa-apa saja, contact lah chef adly adnan kat facebook dan bagitahu kat dia. He'll be very happy to assist...oh y tak lupa, ada chef bagitahu kat aku hari tu, kalau ada mushroom lebih-lebih kat rumah dan nak suruh dia sautekan, bawak saja...tak dak hal punya!!! Huh...ambik...ada tempat lain buat lagu tu? Aku jamin satu kl tak kan jumpa tempat yang macam tu....btw, first time aku jumpa chef asly, masa dia pi umrah 2 tahun sudah dan tinggal kat tenpat aku kat mekah...very versatile....in fact, wedding anniversary aku next month, aunty dah pesan siap-siap nak buat makan kat situ!!!

Jumaat, Mac 11, 2011

Cerita gila!

(lan hassan...budak alai, melaka, prefect yang dok smuggle rokok kat aku dalam stokin dia...hahahahah)

(badang....yang terlepas ke gig di maldives main dengan heavy metal band dia....manelah badang ni blajar main gitar?)

(apam...gangster paroi jaya ni....slalu lepak rumah dia on weekends...lepas makan balik skolah..)

(judd....frust punya pasal, kami nak masuk air force....hahahahah crita 85!!!)

(aku la tuh...dok klentong depa semua!!)

Aku tak kan habis bercerita pasal summer camp aku kat sdar selama 5 tahun dari tahun 81 tu...last week, kudo ada organise a small TT session kat tempat biasa...apalagi kalau bukan pelita kat ampang point tu. Kami yang ad hoc committee ni pun pi lah bersembang sampai ke tengah malam...Lain cerita tak dak, asyik2 dok merapu...Tapi ada satu cerita yang buat kami ni gelak terbahak-bahak bagai nak gila sampai ke hari ni kalau bercerita pasal tu....

Cerita 1:

Ada sekali tu masa kat Penang, aku sakit perut yang amat sangat..ni semua gara-gara Hameediyah...(in fact satgi petang dapat lagi lauk hameediyah 15 ketul, courtesy abang aku yang datang dari penang. Dia seronok kalau aku gemuk dan sesak napas...heheheheh). Anyway, gastrik aku ni bukan nak datang siang-siang...dia selalu datang after 12 midnight...ngam-ngak kena bayar 50% extra after midnight charge baru dia mai sakit perut...hangin betul aku..so, aunty pun bising suruh aku pi clinic. Aku kata takpa, satgi hilanglah kot...aunty paksa jugak aku pi clinic sebab dia tahu, kalau aku sakit, aku akan kacau dia...tak bagi tidur...heheheheh jadi selalunya dia lah yang akan gosok belakang aku sampai tertidur dan dia tak tidur!!! Jadi oleh sebab "kerna terpaksa" macam lagu Francisca Peters tu, aku pun start engine dan keluar ke satu klinik yang nama dia Klinik Aman 24 Jam di pekan Gelugor dekat-dekat dengan 7-11 Glugor tu. Klinik ni dah lama ada kat situ..aku parking dan masuk kedalam. Aunty tunggu aku kat dalam kereta. Aku nampak pompuan sorang kat reception counter dan bagi ic aku seperti yang dia mintak. Dia pun register lah nama aku. Then tiba-tiba pompuan tu hilang...ada pulak suara yang panggil aku masuk dalam bilik. Aku masuk dan terkejut tengok pompuan yang serupa tadi kat reception rupa-rupanya doktor....jadi aku dengan ramahnya cubalah nak bersembang dengan dia...aku kata.."eh, i thought seconds ago i saw you at the reception..". Doktor pompuan tu pulak dengan muka serious dan dengan ekk dia, tak tengok langsung muka aku, dia kata dengan bongkaknya..."so...what's your problem?" Pergh....terbakar aku...telinga aku panas....hati aku panas...muka aku panas...tangan aku panas....wallet aku lagilah panas....rasa macam nak starlight aja dahi doktor tu tapi aku tetap sabar.....aku takut nanti kalu dia bagi ubat anti depression kat aku instead of ubat gastric, mampus aku...ada jugak aku teringat nak masukkan kat dalam newspaper tapi after 2-3 days, aku dah sabar balik....tapi kalau kami dok bercerita pasal doktor, doktor pompuan kat klinik aman 24jam di glugor ni lah akan menjadi topik cerita aku dan aku tak kan pi sana lagi dah.....sungguh aih...tak muhong nih...

Cerita 2:

Badang ni gila main gitar. Mana dia belajar pun sampai la ni dari tahun 85 masih lagi misteri. Badang ni ulat buku...bukan ulat gonggok atau ulat bulu...marrka pun tak dak ni masa sekolah dulu! Serious...aku tak tipu walaupun muka dia kalau marrka tengok, mahu tertelan sudu waktu nak suap nasi kemulut! Rupa-rupanya badang ni belajar senyap-senyap main gitar masa kat US dulu. Rambut sampai ke pinggang dan diikat tocang..sampai lah la ni..walaupun dah ada anak 5 tak salah aku..anyway, satu hari Badang ke klinik sebab katanya jari dia sakit. Mungkin sebab banyak "goreng gitar" kot ataupun jatuh motor dan tangan tersepit atau terseliuh...aku dah lupa....dipendekkan cerita, Badang pun pi lah kat satu klinik yang nama klinik, nama doktor dan alamat klinik terpaksa aku rahsiakan. Dia masuk jumpa doktor ni....doktor ni tanya kat Badang sakit apa? Badang pun dengan naive dan innocentnya, cerita lah dari A sampai Z apa yang dah jadi kat jari dia....doktor dengar dengan kusyuk bila Badang cakap dia jatuh motor....part tu kami masih dok bersimpati lagi dengan Badang...kesian kat dia sebab tangan sakit...Badang sambung cerita...tiba-tiba, Badang kata, doktor tu tanya dia.....

"Motor mana? Badang terkejut...
"Motor ada kat luar" Badang cakap..
Doktor bingkas bangun dan sambung..
"Tunjuk saya motor awak, saya nak check motor..." doktor cakap macam tu sambil usung jangkasuhu dengan apa menatang depa panggil yang letak kat telinga untuk dengar degupan jantung tu!!! Badang punyalah terkejut...Badang cakap,
"Doktor, yang sakit saya....bukannya motor...." Doktor tak ambik kesah dan mintak Badang tunjuk motor dia...Badang pun keluarlah sama-sama dengan doktor tadi dan tunjukkan motor kapchai dia....orang kat klinik tu semua terkejut.. Kami yang duduk dengar cerita Badang tepat pukul 12 malam kat pelita ampang point punyalah gelak sakan bagai nak pecah perut.....jawer cakap, inilah first time aku dengar cerita macam ni punya pelik...kami pun angguk mengiyakan cakap jawer.....sambil dok renggah gelak tak sangga tu, kami order lagi teyy tarik sorang satu.......hahahahahahahah!

Ahad, Mac 06, 2011

Happy Birthday Wakana!

(semua tunggu macam nak bukak posa!)

(peminat jumpa dengan aktor bollywood...hahahahah)

(anak sapalah yang pakai baju biru ni..)

(kat luar klcc sebab marina nak tengok air pancut...)

(2 minggu lagi aku bakal tinggalkan lagi budak kecik sorang ni....aku ingat nak pack masuk dalam hand carry, bawak pi bali.....)

Hari lahir aunty jatuh pada hari isnin depan. Tapi memandangkan abang tak ada kat rumah dan aku pun rasanya tak ada kat rumah selama beberapa hari, jadi aku decided untuk keluar makan malam ni...Buat kesekian kalinya, aku tanya aunty apa dia nak as a birthday present. Aku tanya sebab aku tak reti nak begi present kat aunty. Satgi beli merc, dia nak bm......kalau aku bagi bungalow, dia nak villa....kalut aku nanti...tapi sebagai orang yang dah lama aku kenal dan lama jugaklah hidup sama, aunty cakap dia tak mahu apa-apa.....tak mahu TODDS! Aku terharu dan terus bawak depa keluar makan kat Victoria Station....patutlah aku tengok muka abang panic masa aku cakap kita nak pi makan kat Victoria....abang ingat kami nak pi makan kat Victoria Institution! Heh3.....

VS ni boleh aku katakan almost tiap-tiap hari aku lalu pi balik...pi balik...tapi tak pernahnya aku stop pi makan. So malam ni aku buat reservation dan makanlah kami anak-beranak kat situ. Depa makan soup and followed by steak. Aku tak berapa minat makan steak sebab aku tak enjoy...jadi aku makanlah anak ayam spring....masa makan tu depa ada tanya kat aku, apa makanan pelik yang aku pernah makan...maklumlah dok kerja kat hotel ni...jadi aku pun cakaplah salah satunya, "steak tartare" yang merupakan daging cincang lumat yang mentah dan dicampurkan capers, onion, lemon juice etc....makan dengan melba toast...gulp, walaupun tak masak, tapi sedap...aku buat, aku makan sendiri...of sourse lah ikut resipi dan lecturer aku tunggu tengok aku buat sebab nak bagi markah....aku makan setengah....Mr Sweet makan lagi setengah....heh3...Yuya tanya steak tartare tui apa? Aku cakap steak tartare tu macam yang Mr Bean makan kat restaurant tu....yuya angguk-angguk buat macam-macam paham!

Aunty nampakya happy bila semua orang berkumpul sama-sama dan makan malam sama-sama. Bagi aku, kalau aku ada kat rumah, makan malam adalah satu acara yang harus dilakukan bersama-sama. Tak boleh makan sendiri-sendiri...aku tak suka. Sebab masa makan ni lah aku dapat tanya anak-anak aku dengan lebih personal...besides depa tak boleh nak lari dari soalan aku sebab dok makan lagi...heh3...

Lepas makan aku bagi kek sikit kat aunty sambil the whole restaurant staff keliling kat meja nyanyi sekali....heh3....aku pun nyanyi la jugak! Terasa muda sat!!! Ramai jugak kat restaurant tu tadi. Aku ingatkan restaurant ni kecik ja sebab kalau tengok dari luar dan ikutkan size entrance dia, memang kecik...tapi bila masuk ke dalam, mak aiiiiii....aku rasa 200 orang boleh masuk easily! Besar jugak...food dia oklah...nak bagi 2 thumbs up aku rasa tak boleh lagi kot...the one in black jacket came and reccommended their special yakni thick oxtail soup. Since manager yang suggest, aku pun order lah as my starter....baru satu sudu masuk mulut, aku panggil dia balik dan bagitahu kat dia discreetly..."excuse me, tadi you suggest oxtail soup dan you kata this is the restaurant specialty...I took your word.....now I'm telling you that this is the worst oxtail soup i've ever tasted!". Muka dia terus senget dan apologise dan bawak lari soup aku ke dapur. Dia keluar dan jumpa aku lagi dan tanya samada aku nak soup yang lain atau tidak...aku kata takpalah...hilang mood nak makan oxtail soup...aku terus makan spring chicken with bbq sauce aku! Taste dia ok. Chicken was tender and juicy. Untuk adik-adik yang selalu dok memasak, kalau nak masak ayam, pastikan ayam itu dimasak dengan betul....sebab kalau tidak, bacteria dia masih ada....jahat ni ayam ni...pasal tu mak dan pak ayam tak mengaku kalau ditanya depa tu mak sapa atau pak sapa? Depa tak pernah mengaku yang depa tu "mak ayam" atau "bapak ayam!". Heh3.....

Lepas makan, aku diam-diam pi bayar bill. Ajak depa keluar dan tiba-tiba yuya tanya samada aku dah bayar ke belum? Aku cakap, tak payah bayar...muka yuya blurrr!!! Dia tak perasan yang masa aku pi toilet, aku dah settle bill! Lepas keluar, kami ke KLCC sebab misi mencari boots abang belum selesai lagi. Kami terus ke kedai sukan yang nama stadium sebelah kinokuniya. Alamak, size 9 PUMA ada............try mana-mana yang patut dan abang berkenan dengan yang satu tu. Ada discount 40% lagi....try, jalan pi balik pi balik 34 kali, bayar dan bawak balik...abang senyum panjang....aku dan aunty senyum pendek! Kesian pulak kat yuya sebab boots dia tak bertukar lagi. Abang setiap 3 bulan kena tukar. Yuya dah 1 tahun dok pakai yang sama. Tapi tadi dia cakap, "Papa....boot yuya dah ketat!". Aunty kesian dan janji yang aunty akan belikan boots baru untuk yuya.....balik rumah yuya terus tidur sebab esok pagi dia ada "fitness test" pukul 8 sampai 11 pagi....

To aunty pulak, "Happy Birthday to you and may Allah be with you always...Love you!.

Selasa, Mac 01, 2011

Happy birthday to you......

Hari sabtu lepas aku duduk tak senang kat rumah. Aku tak kerja tapi sibuk menguruskan hal anak-anak. Mana dengan abang talipon mintak dia di pick-up dari asrama, mana dengan nak berlari ke marrrket dan mana dengan aku yang lately ni malas nak memandu! Macamanalah aunty dok buat sorang-sorang masa bertahun-tahun aku tak duduk kat rumah? Aku heran dengan tenaga dan pengorbanan dia. Tapi entry ni bukan nak cerita pasal aunty. Entry ni aku buat special tribute untuk kakak aku yang tersayang, kakak aku yang super-duper tu, yang selalu aku dok bercerita tapi tak pernah ada gambar. Rumah kakak aku nilah yang aku dok menumpang selama beberapa tahun kat DJ masa aku dok "kerja jual aiskrim" kat swensen's dulu.....

(heppi bessday kak anne...)

Kak Anne aku ni very the bestest! Masa aku sekolah kat seremban dulu, rumah KA lah akan menjadi tumpuan aku bila dapat bercuti. Weekend saja aku mesti ada kat rumah KA. Bila aku nak balik ke seremban, dengan KA lah aku buat muka welfare dan dalam dok jelin kat aku, KA hulur jugak RM15 masa hantar aku kat Puduraya untuk aku, dan aku balik naik bas SKS ke Seremban. Sekali-sekala KA akan melawat aku kat sekolah. Dalam entry aku yang lama dulu, aku ada bagitahu yang kakak aku, mama dan arwah bapak akan melawat aku kat sekolah dan bawak aku keluar makan tengahari kat Bilal Restaurant berhampiran dengan stesyen bas lama. Pekena beriani sepinggan, sendawa 2 kali, KA hantar aku balik asrama...masa nak balik tu lah hingus aku meleleh...sedih tak terhingga sebab tak tahu bila lagi nak dapat makan beriani pree!

(kak anne pakai baju pink sebab she's in the pink of health!!!)

Aku heran dengan perangai kakak aku ni sebab dia tak pernahnya marah atau bertanya bila aku bukak peti ais rumah dia cari makanan walaupun aku dah tak duduk dengan KA. Aunty dulu marah kat aku sebab aku dok selongkar (walaupun secara semulajadi bukan itu perangai aku...). Aunty cukup pantang kalau orang pandai-pandai geledah peti ais dia kecuali ahli keluarga. Bagi depa (orang jepun), itu sangat privacy...Jadi masa dia tengok aku buka peti ais KA dan cari makanan atau minuman, dia tarik aku kesebelah dan marah kat aku...after a while, aunty paham dan aku jugak mula paham culture dia. Berbalik pada KA, tak pernah sekalipun dia bertanya kat aku....oleh kerana KA ni selalu dok jamu kami adik-beradik makan, rezeki KA aku tengok, tak pernah putus....peti ais KA tak pernahnya kosong dan dapurnya sentiasa ada saja makanan. Amazing!!!!

(errr...yang ni tak kena mengena dengan kak anne ataupun cerita aku ni...)

Satu hal lagi berkenaan kakak sulung aku ni, tak pernah sekali pun aku dengar dia complaint tak sihat. Tiap-tiap kali aku jumpa, dia mesti cakap yang dia sihat. And true enough, memang dia sihat. Fizikal sihat sebab dia rajin bersukan. Kadang-kadang main badminton...kadang-kadang dia pi jogging...mental pulak sihat sebab masih lagi kuat bekerja walaupun dah hampir menjangkau 60 tahun! Masih rajin membaca dan menulis...Muka memang tak pernah aku nampak susah hati sebab KA selalu dok senyum....(bila berteman....KA tak senyum bila dia duduk sorang-sorang...heh3...). Oleh kerana hati dan fikiran dia yang sihat.....KA aku ni nampak muda dari usia dia dan lebih bertenaga dari orang-orang lain yang sebaya dengan dia. Amazing!!

Banyak sebenarnya cerita aku dengan KA. Tapi tak boleh nak tulis kat sini sebab terlampau banyak yang aku nak cerita pasal KA. Semuanya yang sangat menarik perihal KA. Tak dak satu pun yang tak kena pada pandangan aku. Arwah mama dulu pun KA lah yang paling lama menjaga. Rumah KA ni dah jadi macam HQ kami adik-beradik. Tempat kami berkumpul adik-beradik semua. So, to my beloved sister, wishing you a "Happy Birthday" dan semoga panjang umur dan diberkati Allah SWT sentiasa....

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...