Rabu, Disember 23, 2015

Hello Ain!

Assalamualaikum wbt sekali lagi kepada semua pembaca yang aku sayangi sekelian. Kali ini entry aku tak panjang. Beberapa hari yang lalu, aku mendapat satu komen dari seorang pembaca yang bernama Ain. Aku tak pernah kenal Ain.

Ain mungkin masih merupakan pelajar sekolah atau universiti. Aku tidak pasti. Tetapi Ain telah meninggalkan satu komen yang membuatkan aku sangat "tersentuh". Berikut ialah komen Ain kepada aku didalam entry aku yang bertajuk "3 dalam 1"

Tanpa nama berkata...

Hi Uncle.
Terimakasih kerana berkongsi ilmu.
Boleh tak Uncle besarkan sikit font dan buat banyak perenggan.

Baru senang sikit nak baca, sebab saya rabun, Uncle.

Thanks, Uncle
AIN

Masyallah...aku tersentuh. Kepada Ain, Uncle nak ucapkan berbanyak-banyak terimakasih kerana membaca cerita-cerita Uncle. Uncle akan cuba ikut saranan Ain untuk memudahkan Ain membaca dengan lebih seronok cerita pengalaman-pengalaman Uncle. Message Ain yang walaupun pendek telah menyentap perasaan Uncle. Sila contact Uncle jika ada kelapangan di ali.shahrir@gmail.com

Ahad, Disember 20, 2015

Well done SDARA 85!

dari kiri, mat bo, lan hasan, iq, joe rangkszc dan iron mat lani


Assalamualaikum wbt pembaca yang aku hormati dan sayangi. Sekali lagi aku bernasib baik dan berkesempatan untuk mengadakan perjumpaan dengan rakan-rakan sepermainan, sesama kongsi nasi kawah, sesama asrama, rakan-rakan yang sesama bersusah-payah bersama aku selama 5 tahun kami bersama dari tahun 1981-1985. Budak-budak ni semua dah lebih daripada pangkat rakan-rakan dan juga lebih daripada pangkat adik-beradik! Aku tak tahu nak cakap apa. "Blood Brothers" mungkin? Perangai sensorang memang kami dah tahu luar dan dalam. Apa yang bermain dalam kepala otak sensorang pun kami dah tahu sangat-sangat. Jangan nak kelentong! Kalau sorang ditimpa masalah, kami akan semua sebanyak-mungkin membantu.  Makan malam kali ni amat bermakna kerana ada yang datang dari Kelantan dan Johor. Masyallah...tengok muka sorang-sorang mengingatkan aku kembali kepada hari pendaftaran kami untuk masuk ke tingkatan 1 ditahun 1981. Aku tahu aku dah banyak kali menulis pasal budak-budak ni tapi aku tak boleh duduk diam setiap kali selesainya perjumpaan sebegini. Tangan mesti gatal nak menulis...hahahahahahaha....35 tahun oooo kenal penyamun ni semua! Cuma orang yang dah lalui pengalaman duduk diasrama saja akan paham apa yang aku rasa!

dari kiri, lan hasan, kudo dan aku


Pertemuan pada kali ini dilangsungkan di "That Little Gerai" ataupun nama singkatannya TLG pada 12/12/2015. TLG ni terletak di AU5. Berhampiran dengan Syed Bistro Taman Permata. Dikelolakan oleh 2 orang saudara yang kebetulan bersekolah di STF. TLG telah melalui banyak perubahan. Dari hanya sebuah gerai yang menumpang di kedai tomyam, kini mereka boleh berbangga kerana memiliki kedai makan yang telah dibesarkan agar pengunjung dapat menikmati suasana "al fresco". Chefnya bukan calang-calang orang. Chef Ray yang kini merupakan Executive Chefnya sangat berpengalaman. Merupakan pioneer didalam pembukaan restaurant berkonsepkan eropah/meditterranean sekitar bangsar suatu waktu dulu. Sangat mahir di dalam penyediaan pasta. Chef Ray juga merupakan salah sorang chef terawal bertugas di JW Marriott Kuala Lumpur sewaktu pembukaan hotel tersebut dulu. Setelah beberapa tahun disitu, beliau telah pack barang-barang dan merantau ke Eropah seorang diri selama beberapa tahun dan akhirnya kembali ke tanahair dan merupakan salah seorang perintis di TLG ini. Aku sukakan masakannya seperti kesemua jenis pasta, short ribs lah...lamb shanks lah...dan banyak lagi. Ok untuk lebih lanjut lagi, silalah kunjungi sendiri tempat tu. 

gambar masa kami form 1 tahun 1981 di t-shirt


Dah lama aku tak jumpa dengan Wak DD. Seorang yang berwajah serious but with an incredible sense oh humor! Dah bertahun tak muncul tetapi tiba-tiba entah macamana seminggu sebelum tarikh makan malam, tiba-tiba Wak DD muncul didalam group whatsapp kami. Semua jadi kecoh dan hampir setiap malam kami berwhatsapp tak ingat dunia. Pasangan masing-masing pasti hairan ingatkan kami berwhatsapp dengan pompuan mana sambil tersenyum sendirian. Jangan risau...kami tak "kearah" itu. Kami hanya nakal sesama kami didalam batasan yang dibenarkan. Belum ada yang terlanjur lagi! InsyAllah. Clean...Wak DD kini menjadi pakar bahasa Inggeris bilamana beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara selepas SPM dulu bagi mendalami lagi bahasa inggeris. JR yang juga lama dan jarang kami jumpa turut hadir bilamana beliau dapat meloloskan diri daripada jadual kerja padat yang memerlukan beliau ke luar negara selalu. KISS pada malam itu memberikan tazkirah mengenai betapa pentingnya kita menjaga kedua ibubapa. Kami terpukau dengan hujah-hujah beliau. KISS mendapat nama daripada kumpulan rock yang terkenal diseluruh dunia dengan lagu-lagu keras, seluar ketat dan muka berconteng! Beliau memang gilakan kumpulan tersebut. In fact kami juga!

ramai nak sebut disini. Gilos extreme left pakai ketayap..

Gilos ni merupakan sorang lagi rakan kami yang tak henti-henti support kumpulan ni walaupun dia duduk di Kelantan. Dah banyak kali dia datang ke KL semata-mata nak bersama adik-beradik yang lain. Memang gila si Gilos nih! Kapten rugby aku masa U15 dulu. Badan punyalah keras..."dummy" pon first class....nangis Dan Carter kalau tengok si Gilos main! Dulu dia ambik flight turun di Subang airport, jumpa kami, lunch, main bowling, minum teh tarik then ambik flight lepas tu balik KB! Kompom Gilos budak ni!

Fuuuhhh memang ramai betul kalau aku nak ceritakan satu persatu....Ada sorang lagi. Baik budaknya. Haq. Lawyer hebat di lembah kelang ni. Minggu lepas aku pergi kidnap dia ajak minum. Aku cuti sedangkan dia kerja..hahahahahaha....saja suka kacau kawan yang bekerja! Banyak kami bualkan. Hinggalah kepada topik menjaga kesihatan. Haq ni dah jadi "freak". Aku tanya dia, berapa kali dan berapa hari dia jogging seminggu. Dia jawab, "aku jog tiap-tiap pagi, Kel...". Pergh....satu tamparan paling hebat untuk aku yang sangat malas nak jogging.But thanks to you Haq, aku dah install "calory count" dalam mobile aku! Hahahahahahah....
ikatan selama 35 tahun..

Jadi, kepada kawan-kawan aku yang hadir pada majlis makan malam hujung tahun pada 12/12/2015 yang lepas (dan yang tak dapat hadir), aku nak ucapkan berbanyak-banyak terimakasih, aku doakan agar kesihatan masing-masing terpelihara dan apabila kesihatan kita terpelihara maka kita akan bertambah positif dan produktif...tambahkan amal jariah kita...Jangan lupa 26/12/2015 nanti sama-sama kita berkunjung ke Tg Malim untuk meraikan dua orang anak Betok yang akan menikah pada hari itu...Errr, aku rasa anak si Betok.....tapi lupa nak tengok betul-betul nama pengantin tu....entah-entah........"Tok, lu jangan buat gila, Tok!"

Sabtu, Disember 12, 2015

Hujung tahun

Marina (kiri) dan Fyra

Cerita 1

Semasa aku mula bekerja dulu, hujung tahun merupakan waktu yang tersangatlah sibuk. Sibuk dengan bookinglah, sibuk dengan menu barulah, sibuk dengan decorationlah dan pelbagai lagi. Itu juga waktu yang amat meletihkan aku terutamanya apabila bekerja dengan rakan-rakan yang celebrate x'mas. Bukannya apa, kawan-kawan yang celebrate x'mas tu akan bercuti. Jadi kami yang beberapa kerat nilah yang terpaksa bekerja lebih masa. Hahahahahha. Dari pagi sampai ke petang, sampai ke malam dan sambung lagi sampai ke pagi dan ke petang serta malam. Pusingannya menghampiri 48 jam. Pagi masuk kerja aku akan sibuk dengan reservations dan mengatur meja-meja untuk disambungkan. Petangnya sibuk dengan linen yakni table cloths, decorations dan lain-lain. Malamnya sibuk dengan dinner. After closing, sibuk dengan clearing dan preparation untuk breakfast pada paginya nanti. In between, kepala dah terhoyong-hayang! Sarapan dah mula tapi kebanyakkannya turun lambat sebab public holiday. Breakfast tutup pukul 11 pagi tetapi tetamu turun pukul 10.45 dan bertanya kenapa breakfast tutup awal! Hahahahahahaha....11.30 pagi terpaksa clearkan breakfast untuk disiapkan lunch atau sesetengah tempat dibuatnya "long hitea". Berderu lagi tetamu sampai dari jam 12.30 petang sampai jam 5. Aku tambah terhoyong-hayang....Buffet tutup pada pukul 5 petang. Sekali lagi aku sibuk untuk clear dan reset untuk satu dinner lagi. Begitulah kerja aku bila masuk ke hujung tahun. Selang beberapa hari, proses sama berulang untuk sambutan tahun baru pulak!

Pengajaran 1 untuk adik-adik

Apabila adik-adik sudah mempunyai jawatan yang lebih besar hingga membolehkan adik-adik menemuduga, sila pastikan bahawa adik-adik mempunyai pilihan pekerja yang seimbang. Ini untuk memudahkan kaum lain untuk pergi bercuti apabila tibanya waktu festive!

Cerita 2

Apabila masuk ke sambutan tahun baru di hotel-hotel pulak, sekali lagi aku menjadi tersangat busy dan sesekali timbul perasaan ngeri. Sambutan sangat meriah. Dekorasi mengalahkan majlis kahwin. Menunya dah berharga ratusan ringgit untuk seorang. Diwaktu begini, aku dah "mangli" dengan kesibukan dan kekalutan last minute. Aku lebih ngeri dengan rakan-rakan sekerja yang secara tiba-tiba "sakit perut" dan tak dapat datang bekerja! Ada berlaku kepada aku beberapa kali. Ini ialah kerana mereka nak bersuka-ria menyambut tahun baru di dataran merdeka....Daripada 3 orang yang harus menjaga satu station, terpaksa diubah kepada 2 orang menjaga satu station. Ada pernah berlaku 3 orang menjaga 2 stations! Memang parah! Mana dengan nak clearkan meja, resetkan meja, buffet harus di replenish sentiasa dan nampak cantik selain buffet equipments yang harus ditukar kepada yang bersih setiap 30-40 minit sekali! Wahhh...memang sibuk....

Pengajaran 2 kepada adik-adik

Pastikan adik-adik membuat schedule dengan teliti. Maksudnya, pada hari-hari dan waktu-waktu penting, adik-adik mestilah meletakkan para associates yang bertanggungjawab dan berdisiplin tinggi untuk bekerja pada waktu peak. Ini untuk mengurangkan "kejutan" apabila tibanya waktu puncak! Kepada yang "agak nakal", letakkan mereka di waktu pertengahan shift supaya mereka boleh membantu sewaktu late breakfast, setting up for lunch dan juga sebahagian setting up for dinner sebelum "orang kuat" masuk untuk dinner! Yang "kurang nakal" boleh diletakkan diwaktu pagi kerana waktu-waktu begini, tetamu kebiasaannya turun lewat. Jika mereka turun lewat, para pekerja yang shift dipertengahan tadi sudah bersedia...

Cerita 3

Ada juga berlaku, tetamu membuat tempahan untuk 4 orang tetapi yang datangnya 7 orang dan begitulah seterusnya. Ada yang baik hati memohon agar diberikan perhatian kerana mereka telah datang dan tidak mahu berasa malu kepada tetamu yang telah dibawa. Mereka memohon maaf kerana tidak memberitahu lebih awal. Ada juga yang tidak membuat tempahan tetapi datang secara tiba-tiba dengan harapan akan ada cancellation dan mereka boleh masuk. Ada juga yang perangainya memang tak pernah buat reservations langsung tetapi akan tiba untuk makan!  Ada juga sesetengahnya yang akan meninggikan suara dengan harapan associates akan gerun dan mula memberikan perhatian! Hahahahahaha....Aku dah lama buat benda ni makanya dah ribuan ragam dah aku lihat dan handle. Semuanya mengujakan dan pada masa yang sama menyeronokkan! Kebiasaannya alhamdulillah aku masih dapat memuaskan hati semua orang.

Pengajaran 3 kepada adik-adik

Apabila tetamu datang melebihi daripada yang sepatutnya, adik-adik jangan panic. Muka kena tenang kerana jika adik-adik mula panic, tetamu akan bertambah panic. Hahahahahaha...Lihat sekeliling dan cuba rangkakan ruang baru untuk tetamu. Of course mereka akan duduk dimeja yang sama. Jangan diasingkan kerana ini bakal menimbulkan kemarahan. Tunjukkan yang adik-adik mahu membantu. Jangan "tarik muka" seolah-olah berkata "kenapalah tetamu ni menyusahkan orang!!!". Bercakap dengan organiser sahaja. Jika adik-adik bercakap dengan orang lain, adik-adik akan mendapat 10-20 pendapat serta keinginan yang berbeza! Pening nanti! Explain pada organiser yang reservations dah penuh tetapi adik akan tetap cuba carikan penyelesaian. Jika bukan di tempat yang telah ditetapkan pada awalnya, mungkin disudut yang agak jauh tetapi dapat kumpul kesemuanya sekali. Uncle pasti usaha adik-adik akan terus diingati! Jika adik-adik menunjukkan kesungguhan untuk membantu, tetamu yang keras akan menjadi lembut. Tetamu yang panic akan menjadi tenang. Yang pasti, adik akan dikenang dan tempat adik akan sentiasa dikunjungi dan pada masa yang sama, mereka akan bercerita mengenai pengalaman hebat mereka kepada rakan-rakan yang lain! Free marketing for you!

Ada juga yang datang dan akan marah-marah kepada adik. Ada pelbagai teknik untuk menangani cabaran-cabaran sebegini. Yang penting bagi adik-adik ialah, be a good listener. Tumpukan perhatian kepada setiap patah perkataan yang diucapkan. Lihat mata mereka apabila bercakap ataupun mendengar. Jangan sekali-kali mengalihkan pandangan ke tempat lain sewaktu mereka bercakap dengan adik-adik. Itu kurang sopan.  Kerutkan sikit dahi sebagai tanda memberikan perhatian. Hahahahahahaa.....Anak mata jangan berubah ke tempat lain. Lihat betul-betul dan amati setiap apa yang diluahkan. Pada masa yang sama minta izin untuk menulis dan membuat catatan. Jangan berkata apa. Biarkan mereka habis bercakap. Rasa apa yang mereka rasai. Ini dipanggil "empathy". Setelah selesai, usulkan cadangan penyelesaian. Jika adik tak mampu membuat keputusan, dapatkan manager ataupun sesiapa yang boleh membuat quick decision. Tetamu yang not in a good mood tidak mahu menunggu lama. Mereka juga tidak mahu cabaran/masalah itu tergantung begitu sahaja. Itu bakal menyemarakkan lagi kemarahan mereka!

Kesemua yang Uncle terangkan diatas kebanyakkannya tidak ada didalam buku. Malangnya adik-adik harus tempuhi ini semua sebelum adik-adik boleh bijak menangani masalah. Oleh kerana itu, apabila adik-adik ditegur, anggaplah ia sebagai satu pelajaran berguna yang bakal membuatkan adik-adik lebih kental! 

Jadi kepada adik-adik lepasan SPM yang kini sedang bekerja part time dihotel-hotel ataupun restoran-restoran, enjoy and have fun....kesemua ini bakal menjadi pengalaman berguna kepada adik-adik sekelian! Hahahahahaahahahha.....Have a pleasant weekend people!



Sabtu, Disember 05, 2015

Positiflah

Hari ni, aku rasa bagus...(I feel good) walaupun half way tadi pagi, talipon aku tertinggal dirumah gara-gara mengecas talipon last minute. Aku terpaksa berpatah balik dan menempuh jalan Ampang sekali lagi dengan sia-sia kerana kelalaian aku sendiri. Dalam perjalanan kembali ke KL, aku terfikir balik bahawa setiap hari aku ada 2 pilihan....satu untuk positif dan satu lagi untuk negatif dan aku memilih untuk berfikiran positif. Ini pilihan aku. Tak ada sesiapa yang boleh menentukan masa depan aku kecuali diri aku sendiri dan semestilah dengan kehendakNya. Pilihan ditangan aku!

Nasir and me!

Alhamdulillah pada tanggal 12/12 nanti kami bakal mengadakan acara makan malam untuk sdara 85 di salah sebuah restaurant di AU5 yang sangat aku suka. Baru beberapa minggu yang lalu batch aku berjumpa dengan cikgu Azizi Sihab di Tanjung Karang dan kini sekali lagi bakal bertemu sambil makan bagi menutup kalendar tahun ini. Aku bersyukur kerana persahabatan ini sangat erat. Setiap hari, whatsapp menghubungkan kami. 24 jam sebenarnya. Tak pernah putus dengan cerita-cerita lama dan baru. Kini ada rakan kami yang anak-anaknya (2 serentak!) bakal melangsungkan pernikahan. Hahahahahaa....terbeliak biji mata aku dengar sebab aku rasa macam baru semalam kami bersalam dan berpelukan meninggalkan sekolah lepas SPM! Apabila aku renung muka aku dicermin barulah aku perasan yang aku dah menghampiri setengah abad! Hahahahahaha.....tak pernah rasa pun macam tu....dulu, kini dan selamanya hati tetap 17!

Semalam 2 katil bujang untuk anak-anak aku sampai. Diawal paginya tukang assemble ada talipon aku bertanyakan samada katil dah sampai ke belum? Aku jawab belum. Dengan sopan dia bagitahu namanya dan berjanji aku menalipon pemandu lori dan arrangekan waktu untuk dia pasangkan katil. Yuya sibuk mengemas biliknya dan tak sabar nak pasangkan katilnya sendiri. Marina sibuk membantu. Setelah 45 minit berlalu, aku lihat kedua-dua katil telah siap dipasang elok. Tilam diletakkan, bedsheet, pillowcase dipasangkan kemas. Aku tahu bahawa malam tadi Yuya tidur puas! Tapi yang tak puasnya ialah aku. Aku tak puas kerana aku dah bayarkan harga delivery dan pemasangan (katanya 2 team berbeza). Pukul 4.30 petang, 2 katil sampai. Tukang pasangnya tak sampai. Kata tukang hantar, tukang pasang akan sampai dalam masa satu jam lagi. Tunggu punya tunggu sampai kesudah tak sampai. Itu yang menyebabkan aku hilang sabar dan Yuya pasang sendiri. "Sebbel deh.....". Bila aku talipon ke nombor talipon yang digunakan pagi tadi untuk menalipon aku, katanya itu salah orang! Hello IKEA!!!!! Whats going on? Aku dah bayar ya untuk dipasang.....aku tahu pemasangannya sangat mudah. Tetapi aku bayarkan juga untuk pemasangan kerana tak mahu menyusahkan anak-anak aku. Dah ini pulak jadinya........! 

Cuaca dan disiplin kedatangan di hotel.

Sekarang ni musim hujan. Tak pagi, petang akan hujan....tak petang, malam akan hujan....dulu boleh kita kata cuaca ni tak dapat dijangka. Memang ada kebenarannya. Tetapi dengan teknologi terkini, setiap mobile phone (baru) kita sudah boleh membaca ramalan cuaca pada hari tersebut. Sangat mudah. Makanya setelah kita baca ataupun ramalkan yang cuaca pada hari itu akan buruk, haruslah kita mempersiapkan diri. Apabila Uncle mula bekerja dulu (sekarang juga), kedatangan dan ketepatan waktu amatlah penting untuk Uncle. Sewaktu Uncle tiada kenderaan dan bergantung kepada mini bus mahupun teksi sekitar penghujung 80-an dulu, Uncle akan pastikan yang Uncle keluar rumah 2 jam lebih awal. Jika bekerja pada pukul 3 petang, jam 1 Uncle dah keluar rumah. menunggu, menaiki dan berjalan dalam trafik yang baik mengambil masa selama sejam. Jika tidak baik mungkin sejam setengah. Jadi Uncle masih ada setengah jam untuk bersiap sebelum mula kerja. 2.45 petang harus berada di restaurant untuk briefing sebelum mula bertugas. Ini Uncle sentiasa amalkan. Lama-kelamaan ia menjadi kebiasaan untuk masuk awal. Jika Uncle terlambat keluar rumah (walaupun hakikatnya masih awal), Uncle akan menjadi resah. Nah...oleh itu Uncle ingin tegaskan kepada adik-adik sekelian agar jagalah disiplin kedatangan. Janganlah malas dan menganggap ketepatan waktu itu tidak penting. Sesetengah corporations atau mungkin kesemua syarikat antarabangsa memandang serius perkara ini. 

Ketepatan waktu bukan hanya terarah kepada kehadiran kerja semata-mata tetapi merangkumi semua perkara seharian kita. Mesyuarat, interview, menguruskan acara dan banyak lagi. Janganlah bagi alasan bahawa kalau dia boleh lambat kenapa saya tidak? Attitude sebegitu adalah seperti roda. Tiada kesudahannya dan dek kerana tabiat sebegitu, semua proses tidak akan menjadi lancar. Adik-adik tidak mahu dipandang sinis apabila menghadiri mesyuarat apatah lagi apabila adik-adik sudah menjawat jawatan tinggi! Adik-adik Uncle tidak boleh begitu ya...Morale of the story is, rancanglah setiap perkara didalam hidup kita. Dengan perancangan yang betul, kehidupan kita akan lebih positif dan bermakna! Have a pleasant weekend people!

Sabtu, November 28, 2015

Balik kampung!

25 Lintang Permai 2

Didalam beberapa entry yang lepas aku ada bercerita mengenai rumah peninggalan arwah bapak dan mama kepada kami adik-beradik. Rumah ini sangat dekat dihati aku kerana aku ada disitu sewaktu pembinaannya dan dibalkoni itulah aku akan melompat turun ke timbunan pasir yang ada dibawah. Kesemuanya aku ceritakan didalam blog ini. Alhamdulillah minggu lepas aku berkesempatan untuk balik ke Brown Garden di Gelugor, Pulau Pinang bersama-sama dengan kesemua abang-abang dan kakak-kakak aku untuk melihat, meninjau dan berbincang tentang apa yang perlu kami lakukan pada rumah tersebut. Dari luar kelihatannya tidaklah sebesar mana tetapi apabila melangkah masuk, masyAllah, payah aku nak gambarkan. Di living roomnya aku akan bermain bolasepak dengan menggumpalkan sebanyak mungkin kertas suratkhabar, dikeronyok dan dimasukkan ke dalam plastik merah, diikat dan dijadikan bola. Aku akan menendang "bola" tadi siang dan malam ke dinding sampai pecah. Lepas tu aku buat baru! Hahahahaha...Kakak-kakak aku dah mula masuk ke universiti...abang-abang aku berada disekolah menengah. Jadi tak ada sesiapa dirumah sewaktu aku kecil kecuali arwah mama yang sibuk kesana-kemari memastikan keperluan kami terjaga manakala arwah bapak bertugas di Pulau Jerejak. Sedari kecil aku dah melihat arwah bapak meninggalkan keluarga untuk mencari rezeki membesarkan kami. Mungkin itu yang turun ke aku apabila merantau ke luar negara untuk mencari rezeki yang halal bagi menyara keluarga aku pulak! Kemana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi!

Classic

Yang pasti, ini bukan milik aku...Sony Walkman ni aku jumpa sewaktu menyelongkar almari bilik. Aku rasa mungkin kepunyaan salah sorang abang-abang aku. Bayangkan kalau anak aku pakai Walkman ni. Pasti ramai yang akan terbeliak biji mata. Aku tak pasti samada ianya masih boleh digunakan ataupun tidak. Mungkin aku patut tanya pada SONY di Tokyo. Barangkali boleh dimasukkan ke dalam muzium mereka! Hahahahahahaha....

Gambar dibawah pulak ialah merupakan bilik kakak aku sewaktu mereka masih menginap disitu apabila pulang dari universiti. Seterusnya menjadi bilik aku apabila aku berada di tingkatan 6 tahun 1986 dan 1987. Ada pintu yang menganjur ke balcony. Pintu inilah yang aku buka dan seterusnya panjat penghadang dinding sekitar tahun 1974 untuk terjun ke bawah. Daripada pintu itulah juga jiran sebelah rumah aku si rizal akan memanjat balconynya dan masuk ke bilik aku melalui balcony aku! Kadangkala sewaktu aku mengulangkaji ditengah-tengah malam dia akan memanjat secara senyap dan mengetuk tingkap atau pintu sambil membuat pelbagai bunyi. Mula aku terperanjat tapi lama-kelamaan aku pulak yang panjat masuk ke balconynya! Begitulah akrabnya kami dulu dan sampai sekarang kami masih berhubung rapat. Hahahahahaha...


Adik-adik yang sangat Uncle sayangi. Berbalik kepada topik restoran dan hotel pada minggu ini, pada suatu ketika diwaktu permulaan kerjaya, seperti yang pernah Uncle ceritakan, Uncle bertugas sebagai "cleaner" di Shangri La Hotel Georgetown di Pulau Pinang. Kini dipanggil Jen Hotel kalau tak salah Uncle. Berhadapan dengan St Giles Wembley di Jalan Magazine. Masuk pagi, kami ada briefing. Mendengar dengan teliti kesemua arahan, menerima assignment, mendapat pesanan mengenai vip guests, diulangi standard operating procedures untuk masuk ke bilik dan sentiasa diingatkan agar berdisiplin, jangan panjang tangan dan sebagainya. Hampir setiap pagi Uncle akan mendengar perkara yang sama. Kebanyakkan orang akan memandang remeh kepada briefing yang diberikan setiap pagi. Mereka berbual dan tidak memberikan perhatian. Tidak bagi Uncle. Uncle memandang ini secara serious. Apa yang diberitahu akan Uncle catatkan. Makanya buku nota kecil dan pen amatlah penting sekali. Oleh kerana kerja ini merupakan "routine harian" sebahagian besar daripada mereka mula cepat berasa bosan. Apabila mereka bosan, mereka akan melakukan kerja dengan sambil lewa. Beberapa minit sebelum tamat waktu kerja mereka akan mula berkumpul, menolak trolley masuk ke pantry masing-masing dan mula menukar baju sambil menunggu waktu untuk balik.

Adik-adik yang amat Uncle sayangi. Uncle mengambil kesempatan diatas kelekaan rakan-rakan setugas tadi dengan bekerja bersungguh-sungguh. Uncle cari kesalahan mereka. Jika mereka sering masuk lambat, Uncle pastikan yang Uncle masuk awal. Jika mereka selalu mencuri waktu, Uncle pastikan yang Uncle selalu melebihkan waktu walau 10 minit sekalipun. Jika Uncle melihat mereka bersembang tak tentu hala tanpa topik yang bernas, Uncle akan buka buku nota dan rujuk kembali pesanan-pesanan supervisor. Bagi Uncle, these are all simple things that you can do untuk memastikan yang adik-adik sentiasa berada sedikit kehadapan berbanding dengan mereka. Ini bukanlah memencilkan diri ataupun anti sosial tetapi adik-adik harus ingat bahawa adik-adik dibayar untuk bekerja. 

Apabila Uncle masuk ke bilik untuk mengemas, Uncle akan pastikan yang barang-barang berharga tidak disentuh. Kadang-kadang terlihat wang yang berselerakan. Barang-barang kemas ditinggalkan begitu sahaja. Kebiasaannya jika ini berlaku, Uncle akan memanggil supervisor untuk menjadi saksi sewaktu Uncle mengemaskan biliknya. Supervisor yang berpengalaman akan mencatatkan barang-barang yang dilihat dan lokasinya sebagai catatan peribadi. Begitu juga Uncle. Ini untuk memastikan yang tidak ada apa-apa barang diubah tempatnya ataupun dibawa keluar daripada bilik. Jika supervisor sibuk, Uncle akan menutup pintu dan kembali lagi apabila supervisor mengiringi Uncle untuk masuk. Harus diingat bahawa setiap kali pintu bilik hotel dibuka, "bacaan"nya akan bermula. Door log boleh diambil untuk memastikan tidak ada pencerobohan bilik berlaku sewaktu ketiadaan tetamu. Didalam log tersesebut akan tercatat pukul berapa pintu dibuka, berapa lama terbuka dan pukul berapa ditutup. Jenis-jenis kunci juga boleh diketahui. Setiap kunci bilik yang diberikan kepada tetamu akan disetkan waktu masuk dan daftar keluarnya. Oleh itu apabila tetamu keluar kuncinya tidak boleh digunakan lagi. Tetamu lain yang masuk ke bilik yang sama selepas dibersihkan akan disetkan dengan kunci yang baru. 

Uncle paling suka jika ada tetamu dibilik sewaktu Uncle membersihkannya. Uncle akan mula berbual dengan mereka. Ini menambahkan ilmu pengetahuan Uncle mengenai negara asal mereka, apa yang mereka suka dan kemana yang mereka ingin lawati. Daripada situ Uncle akan bercerita mengenai tempat-tempat menarik yang ada di Pulau Pinang, makanan-makanan yang lazat serta budaya masyarakat setempat. Disitu Uncle membina keyakinan diri untuk bercakap dengan tetamu baru. Bijak mengatur topik yang sesuai untuk berbicara. Belajar mengenai body language setiap tetamu. Perkara-perkara tersebut menimbulkkan keinginan Uncle untuk membaca, mempelajari lebih dari satu bahasa dan seterusnya timbul keinginan untuk melancong seperti mereka. Adik-adik, bukankah ini semua perkara positif?

Pengajaran untuk adik-adik
  1. Tepati waktu - apabila adik-adik menjawat jawatan yang besar nanti, kelewatan adik-adik akan membuatkan adik-adik dipandang sinis. Bagaimana adik-adik mahu menjadi ketua sedangkan adik-adik sendiri tidak menunjukkan disiplin yang baik?
  2. Dengar arahan - apabila adik-adik menjadi ketua jabatan, adik-adik akan mula memberikan arahan. Apa akan berlaku jika para pekerja adik-adik tidak mendengar setiap arahan yang diberikan? Dimanakah "nilai" adik-adik pada waktu itu?
  3. Integrity - jujur dan amanahlah terhadap apa saja yang adik-adik lakukan. Jangan sekali-kali mengambil hak orang lain kerana suatu hari nanti hak adik-adik pula akan diambil! Laksanakan amanah yang diberikan itu dengan rasa tanggungjawab dan takut kepada Allah. Uncle sering melihat wang yang berkepuk ditinggalkan dibilik. Barangan kemas yang nilainya ratusan ribu ringgit diatas meja solek dan pelbagai lagi. Tetapi alhamdulillah, Uncle selalu teringatkan pesanan arwah Bapak untuk tidak sekali-kali mengambil kesempatan seperti itu.
Kepada adik-adik, Uncle ingin berpesan....lakukan setiap pekerjaan itu dengan bersungguh-sungguh dan jangan mengambil kesempatan diatas kepercayaan yang diberikan terhadap adik-adik untuk kepentingan diri sendiri. InsyAllah adik-adik akan berjaya....Have a pleasant weekend people.....

Khamis, November 19, 2015

Melawat Cikgu Azizi Sihab

Cikgu dan Zul Raymond. Sebak..


Idea untuk mencari cikgu-cikgu yang pernah mengajar kami suatu ketika dulu tiba-tiba berlegar didalam kepala aku. Lantaran itu, aku ajukan persoalan tersebut kepada ahli jawatankuasa batch aku yang lainnya. Tanpa disangka, idea yang aku anggap hanya cakap-cakap kosong, diterima baik oleh pihak ajk dan disyor agar diberitahu kepada ahli-ahli yang lain.. Bertitik-tolak daripada situ, aku menghubungi Cikgu Azizi dan bertanya apakah tarikh 8/11 sesuai untuk kami bertandang ke rumahnya di Tanjung Karang? Tarikh pertama tidak dapat diteruskan kerana Cikgu Azizi ada acara dan tarikh kedua yakni 15/11 telah dicadangkan dan alhamdulillah, Cikgu Azizi telah bersetuju. Kami hanya menurut kelapangan Cikgu sahaja. 


Setiap malam kami membuat perancangan demi perancangan untuk mendapatkan seramai mungkin bekas anak-anak murid Cikgu Azizi walaupun aku tahu amat sukar untuk mengumpulkan mereka memandangkan kesemuanya sibuk dengan kerjaya dan keluarga masing-masing. Tetapi alhamdulillah sokongan yang aku dapat amatlah memberangsangkan. Yang tak dapat pergi berziarah hanya mengirimkan salam dan aku pasti jika mereka tidak ada rencana keluarga sudah pasti program menziarahi Cikgu Azizi akan menjadi agenda utama mereka.


Cikgu Azizi Sihab

Dapat kami kumpulkan seramai 14 orang kesemuanya. Tempat pertemuan pertama ialah Cendol Bakar Tanjung Karang. Tepat pukul 11 pagi semua berkumpul disitu. Cikgu diberitahu yang kami sedang "menyendol". Sambil makan/minum cendol kami tak putus-putus bercerita mengenai Cikgu Azizi. Bagaimanalah rupanya nanti...bagaimanakah pula reaksi Cikgu Azizi yang bakal melihat bekas anak-anak muridnya lebih 30 tahun lalu diwaktu kami mula remaja. Berseluar pendek, berstokin panjang dan berkasut kulit hitam! Mencari rumah Cikgu Azizi bukanlah mudah. Walaupun menggunakan waze kami tetap harus berhenti dan bertanya. Salah satu tempat yang kami berhenti untuk bertanya ialah sebuah kedai runcit yang jaraknya hampir 1.5km jauhnya dari rumah beliau. Sewaktu menyebut sahaja nama Cikgu Azizi, penjaga kedai runcit tersebut terus menunjukkan jari kearah jalan yang harus kami lalui untuk sampai. Agak terpinga-pinga aku kerana sejauh itu masyarakat mengenali diantara satu sama lain walaupun Cikgu Azizi sendiri tidak pernah mengajar disekolah berhampiran! Hebat keakraban masyarakat disitu!


Seorang demi seorang mula sampai dan akhirnya perkarangan rumah Cikgu Azizi penuh dengan pelbagai jenis kereta dan motor berkuasa tinggi. Moto aku? Aku tinggalkan dirumah Iq dan carpool dengan beliau ke Tanjung Karang. Kalau aku naik cub aku, kemungkinan besar aku masih tak sampai walaupun dah melebihi 2 jam! Hahahahaha....Berpeluk sakan kami sewaktu bertemu.

Banyak cerita-cerita lama yang dibualkan. Nama cikgu-cikgu lama kami seperti Cikgu Sabaruddin, Cikgu Latif, Cikgu Mat Hashim, Cikgu Sazali Sam, Cikgu Malik, Ustad Shafie, Ustad Dollah dan ramai lagi membuatkan kami ketawa terbahak-bahak kerana ada banyak cerita-cerita nakal kami disebalik nama-nama tersebut. Mereka merupakan warden kami dulu termasuklah Cikgu Azizi sendiri yang terpaksa mendisiplinkan kami dari "fly" dan pelbagai kerja-kerja nakal kami.

Perancangan awal kami ialah untuk ke rumah Cikgu Azizi, minum, bawa beliau makan tengahari dimana-mana restaurant terbaik di Tanjung Karang yang beliau sendiri pilih, hantar Cikgu Azizi pulang ke rumah, solat zohor berjemaah dan farewell....walaubagaimanapun, kami pulak yang disurprisekan oleh Cikgu Azizi bilamana isteri beliau mula mengeluarkan lauk satu persatu. Ketam, kepah, lala, ayam, dipping sauce dan banyak lagi. Steamboat pon ada. Nasi putih satu periuk besar yang cukup untuk 20 orang makan! Mungkin Cikgu lupa yang kami dah berumur 47 tahun dan bukannya 17 tahun yang mempunyai selera makan yang amat besar! Hahahahahaha...Terimakasih cikgu.


Makan dan makan sampai lupa dunia. Ketawa terbahak-bahak bilamana Cikgu Azizi menceritakan bahawa isterinya dulu belajar di Maktab Perguruan Raja Melewar, Seremban....la.....MPRM tu kat atas sekolah kami. Dulu kami tunggu bas untuk ke pekan Seremban dari bus stop MPRM lah....siap tukar baju lagi sambil curi-curi isap rokok! Menurut kata isterinya, beliau sering menggunakan public phone di pak guard SDAR (rumah sewanya disebelah main gate SDAR dan waktu itu hanya bergantung kepada public phone) dan disitu jugalah pertemuan berlangsung dengan Cikgu Azizi hingga ke jinjang pelamin.....Phewiiittt...kami bersorak riuh! Hahahahahahaha......

Dipenghujung pertemuan, aku yang mewakili rakan-rakan lain menggenggam erat tangan Cikgu Azizi lalu memohon ampun dan maaf serta memohon keredhaan ilmu yang beliau ajarkan kepada kami berpuluh-puluh tahun dulu.....Berpeluk sedih dan airmata tergenang di kelopak mata masing-masing...masyAllah.....akhirnya misi pertama kami untuk bertemu guru-guru yang mengajar kami dari tahun 1981-1985 tercapai dengan Cikgu Azizi Sihab sebagai guru pertamanya. Puas hati aku bila dapat memeluk beliau, memohon ampun dan maaf kerana aku tahu aku (mungkin yang lain juga) telah banyak melukakan hati beliau secara sengaja maupun tidak sengaja.

Kami batch 81-85 dengan ini ingin mengucapkan jutaan terimakasih kepada Cikgu Azizi kerana telah banyak mencurahkan ilmu kepada kami selama kami menjadi anak murid beliau dulu. Nama cikgu tak pernah kami lupakan. Jasa cikgu terhadap kami akan sentiasa terpahat didalam jiwa kami.....

Jumaat, November 13, 2015

Seronoknya bila bertemu..

Amelia dan Marina



Alhamdulillah pada minggu lepas sewaktu sedang berlegar-legar selepas waktu kerja, aku terserempak dengan 2 orang associates lama aku yang kini kedua-duanya sedang meniti kejayaan didalam kareer masing-masing disalah sebuah hotel ternama di Kuala Lumpur. Mereka masih kenal aku walaupun rambut aku kini telah hampir putih keseluruhannya. Walaupun pertemuan tersebut sangat singkat dan kami tak sempat untuk duduk, minum kopi dan bercerita, tetapi cukuplah sekadar bertanya khabar keluarga  masing-masing. Singkat tetapi padat bagi aku lebih baik daripada panjang tetapi meleret-leret! To those 2 beautiful and gorgeous girls, keep up the good work and may you both have the best of health!



Semoga mereka berjaya!
Alhamdulillah, sessi pada minggu lalu berlangsung dengan baik tetapi aku rasa 3 jam yang diperuntukkan kepada aku adalah terlalu pendek. Banyak perkara nak aku sampaikan. Makanya aku terpaksa pecahkan kepada 3 bahagian. Bila dah dipecahkan, aku terpaksa "cramp"kan segala informations. Banyak perkara nak aku kongsikan bersama. Aku harap dan berdoa agar segala apa yang aku ceritakan dapat dipergunakan. Mereka adalah pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang telah dipilih berdasarkan merit untuk berkhidmat diluar negara. Menjunjung rukunegara dan membawa misi yang amat besar. Tanggungjawab yang sangat hebat. Mereka ini telah terpilih dan ternyata mereka inilah yang terbaik. Pelbagai program telah mereka lalui untuk mempersiapkan diri sebelum berangkat dan program aku merupakan yang terakhir rasanya. To all of you, all the best and to spouses yang akan ikut bersama, aku mohon dimanfaatkan pemergian ke luar negara selama 3 tahun itu dengan sebanyak mungkin ilmu mengenai negara yang bakal menjadi hos nanti dan itu merangkumi kebudayaan, bahasa dan pelbagai lagi! As long as anda semua enjoy buat apa yang ditugaskan, anda tidak akan merasa bebanan....again, all the best!


Pada entry yang lalu aku ada bercerita sedikit mengenai store. Kini aku akan bercerita sedikit mengenai "juice" pulak. Nampak seperti satu topik yang remeh especially untuk adik-adik yang berminat dengan bidang Food and Beverage ni. Sewaktu aku bertugas sebagai bussboy di Paya Serai, PJ Hilton, ada sorang bartender muka bengis yang bernama Abang Joe. Misainya tebal dan rapi seperti Tom Selleck. Jalannya sedikit bongkok dan tangannya mengepak. Abang Joe berasal dari Alor Setar. Gila memancing. Abang Joe tak masuk awal. Kebiasaannya bartender akan masuk pada pukul 9 pagi. Abang Joe akan datang ke Paya Serai (bar dibelah belakang restaurant sebelum ke dapur), muka bengis dan akan panggil aku. Abang Joe akan tunjukkan aku 2-3 tong oren, 2-3 tong tembikai, 2-3 tong honeydew dll. Aku akan usung semua tong-tong itu dengan trolley ke pantry, sediakan cutting board, tong sampah, glove, asahkan pisau, siapkan blender dan mula bekerja. Pada waktu itu, apabila dikatakan "freshly squeezed juice", minuman buah-buahannya memang freshly squeezed. Aku tahu sebab aku yang squeeze! Tetapi kini semuanya datang didalam tub berliter-liter siap dengan "pulp"nya sekali! Keasliannya? Hmmmm......walaupun aku pakai glove untuk memotong dan memerah buah, tetapi oleh kerana terlalu banyak, jari-jari aku menjadi kecut! Kebiasaannya aku akan mengambil masa selama 3-4 jam untuk selesai memotong dan memerahkan juice semua! Setelah selesai, aku akan labelkan, bersihkan semula pantry, hantar kepada Abang Joe dan selain daripada itu, dapat rasa buah-buah tersebut untuk memastikan kesegarannya serta dapat minum jus percuma perahan sendiri secara sorok-sorok daripada Abang Joe! Apa yang aku belajar daripada situ? Aku belajar mendengar arahan. Aku belajar cara-cara penyediaan perahan air buah-buahan yang segar. Aku juga belajar tentang kebersihan.

20 tahun kemudian (fast forward)
  • sewaktu aku bertugas sebagai Restaurant Manager/Food and Beverage Manager, Food and Beverage Director, setiap kali aku berkesempatan untuk bersarapan di cafe dan melihat associates aku menuangkan jus tambahan kedalam juice container di buffet, aku akan sentiasa terkenangkan Abang Joe dan jari kecut aku. Aku belajar mengenal discipline melakukan sesuatu tugas secara "routine". Ini adalah kerana potong dan perah buah merupakan tugas aku hampir setiap pagi! Dari situ aku belajar teknik yang betul. Dari situ aku belajar untuk bekerja secara smart. Apabila dah smart, aku akan lebih bersedia. Preparation teratur apabila mengetahui "Abang Joe Misai Melintang" akan cari aku nanti pukul 9.15am! Dari situ aku belajar erti "bersih" dan "freshly squeezed" dan apabila aku bertemu dengan tetamu, aku akan rekomen minuman segar tadi sebab aku tahu kesegarannya! Dari situ aku mula belajar bercakap dengan tetamu secara confident. 
  • apabila aku mula deal dengan beverage supplier, setiap tutur kata dan body language mereka aku tahu. Supplier tak boleh tipu aku mengatakan bahawa orange juice mereka tak ada gula kerana hanya yang aku perah sahaja tak ada gula. Again, aku tahu sebab aku yang perah sendiri! Hahahahahaha...Aku juga tahu berapa biji oren digunakan untuk mendapatkan orange juice segelas (highball glass). Selalunya supplier akan menghadapi kesukaran apabila berurusan dengan aku. Aku jadi lebih confident dan kebiasaannya aku akan berjaya untuk convincekan mereka dengan fakta-fakta aku berdasarkan daripada pengalaman aku memerah buah...
  • selain daripada itu, kebiasaannya para pengusaha restaurant yang tiada pengalaman dan juga yang masih baru akan terus membeli peralatan dapur dan bar tanpa banyak soal. Ini ialah kerana mereka tiada pengalaman ataupun mereka dinasihatkan secara salah oleh the so called "specialist" ataupun "expert". Ini membuatkan kos permulaan mereka melambung tinggi. Kebiasaannya aku akan berunding dengan supplier tadi. Setiap rundingan aku dengan supplier akan disertai oleh pegawai daripada finance department. Ini penting bagi aku agar tidak timbul cerita yang kurang enak dikemudian hari. Setiap apa yang dibincangkan terutamanya harga dan kontrak akan dicatatkan oleh beliau dan ini bakal menjadi proof bahawa deal tadi berjalan dengan transparent. Apabila aku bertugas sebagai General Manager, aku dapati bahawa bakeries yakni danish pastries serta croissant aku tidak menepati standard hotel bertaraf 4-5 bintang. Aku panggil supplier dan berbincang. Aku naikkan gramsnya dan dia naikkan harga untuk aku. (aku mengambil bakeries dari luar). Aku tak puas hati kerana kualiti masih rendah. Aku minta kontrak untuk diteliti. Aku dan DOF duduk berbincang untuk menamatkan kontrak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan supplier pertama ditamatkan perkhidmatannya. Supplier seterusnya masuk dan mahukan kontrak ditandatangani dengan segera. Aku letakkan syarat bahawa oven untuk membakar/memanaskan bakeries aku harus yang baik dan portable, diberikan secara percuma selama 2 tahun, training diberikan kepada associates aku, maintenance secara berkala, harga barangan ditetapkan selama 6-12 bulan tidak boleh dinaikkan. Agak payah tetapi akhirnya termeterai. Aku happy sebab aku dapat kualiti yang diinginkan. Aku happy sebab dapat oven secara percuma berserta training dan maintenance berkalanya selama 2 tahun. Aku happy sebab dapat panaskan danish pastries serta croissant aku didalam restaurant dan baunya sangat enak sewaktu sarapan pagi. Tetamu aku happy kerana mereka dapat menikmati yang freshly baked. Supplier aku happy sebab mereka tahu yang aku tak akan mengubah fikiran dan beralih kepada supplier lain selama 2 tahun! It's a "win-win situation". Apa yang aku nak sampaikan pada perenggan terakhir ini ialah, para pengusaha boleh bekerjasama dengan supplier dalam memastikan kos permulaan pembukaan restaurant itu dapat dikurangkan walaupun sedikit. Apa yang adik-adik perlu tahu ialah how the business runs. Adik-adik juga perlu tahu basicsnya. Adik-adik perlu ada minat yang mendalam, belajar untuk mendengar arahan (Abang Joe), belajar untuk negotiate, dan belajarlah daripada sumber yang benar (sekali lagi Abang Joe...). Berita terkhir yang aku dengar mengenai Abang Joe ialah, beliau kini merupakan pengusaha makanan di salah sebuah universiti di negeri Perak. Hahahahahaha.....rasanya kalau aku berjumpa dengan Abang Joe, sudah pasti beliau tak mengenali aku sebab rambut aku dah putih. Tapi kalau aku bernasib baik dan berjumpa Abang Joe, aku nak belanja dia minum oren jus sebanyak 8 gelas besar! Hahahahahaha.....
Banyak lagi perkara-perkara kecil yang akan aku sentuh nanti dan aku harap dan berdoa agar adik-adik yang berminat didalam bidang perhotelan ini akan gigih bekerja keras, berdisiplin, jujur, tidak menipu serta sentiasa berusaha untuk memberikan tunjuk ajar kepada para pekerja yang baru. Jangan sombong. Jangan lokek. Turunkanlah pengalaman dan pengetahuan adik-adik tadi secara ikhlas. Insyallah suatu hari nanti adik-adik akan berjaya.....sekali lagi aku dengan bangganya dan dengan muka tak tahu malunya ingin memberitahu bahawa aku bermula daripada jawatan sebagai "cleaner!" Have a pleasant weekend people!




Sabtu, November 07, 2015

3 dalam 1

Bersama Azman

Beberapa hari yang lalu aku sekali lagi diberikan kesempatan untuk memberi ceramah kepada sekumpulan pegawai kerajaan yang akan memulakan tugas di pelbagai agensi kerajaan diluar negara. Semasa aku bertanya, ada yang akan di tempatkan di Tokyo, Jakarta, Beijing, Paris dan juga Brussel! Wah...Brussel....memang hebat. Aku masih tak berkesempatan untuk menjejakkan kaki kesana lagi. Insyallah suatu hari nanti. Begitu juga dengan Budapest. Kenapa tiba-tiba Budapest menyinggah dikepala otak aku? Ini ialah kerana minggu lalu, telah berlangsungnya pertemuan alumni Cesar Ritz di Budapest. Aku lihat ramai rakan-rakan Eropah aku telah ke sana termasuklah rakan sekelas aku dulu yang gila berjalan melancong yakni Elaine Lee dari Hong Kong. Elaine ni memang super-duper. Sekejap dikirimkan gambar di Paris. Sekejap di Lisbon dan kini di Budapest. Ramai juga yang ke reunion disana. Terutamanya dari Spain, Turkey, Germany dan lain-lain. Aku memang teringin nak ke Europe sekali lagi tetapi memandangkan kadar pertukaran kini sangatlah mengerikan, aku rasa baik aku tangguhkan dulu...nah...makanya dalam kepala otak aku sekarang asyik terbayangkan Budapest!

Gambar aku bersama Azman diambil sewaktu berlangsungnya "talk" yang aku sampaikan itu di Istana Hotel. Azman pada tahun 2006/2007 merupakan Asst Manager kalau tak salah aku tetapi kini telah menjawat jawatan sebagai Banquet Manager. Alhamdulillah. Azman seorang yang berdisiplin dan tegas dan oleh kerana itu, aku tidak terkejut bilamana bertemu sekali lagi dengan beliau didalam posisi Banquet Manager ini. Tahniah Azman.

Bersama June

Gambar ini pulak aku ambil di Mezzo, Renaissance Hotel KL. June merupakan staff awal aku sejak tahun 1996! Bayangkan kini June telahpun bertugas selama 19 tahun di hotel yang sama. Talking about "loyalty!" Ada beberapa kali aku bercerita mengenai June yang setiap pagi menyiapkan aku kopi dan croissant untuk sarapan kerana selalunya aku tak berkesempatan. June seorang yang mudah diajar dan sentiasa positif. Sentiasa ceria walaupun bukanlah senang bekerja dengan aku. Aku ada cara tersendiri apabila bekerja. Ketegasan harus ada supaya sentiasa ada jurang pemisah. Ini penting bagi aku. Jurang tersebut bukanlah untuk membezakan pangkat tetapi lebih kepada batas-batas pergaulan serta perbualan supaya ada timbul sifat hormat-menghormati. Sewaktu mula bekerja June masih didalam umur belasan tahun. Kini anak sulungnya telahpun bersekolah menengah. Aku amat berbangga kerana mempunyai seorang pekerja yang sangat komited seperti beliau walaupun banyak kali juga beliau menangis sewaktu bekerja dulu. To June, please send my warmest regards to those who are still there. You guys are awesome! Insyallah kalau ada pertandingan rugby secara "live" aku akan singgah lagi. And yes, "neskepey" yang June buat merupakan yang terbaik di rantau ini!

Dah jadi stem!

Anak-anak dah aku stemkan. Puas hati. Dapat hantar ke serata pelosok dunia! Stok lain akan menyusul nanti. Hahahahaha...thank you very much kepada junior aku si Nadim di Pos Malaysia. Budak tu lah yang ke London menonton beberapa perlawanan Rugby World Cup tempohari! Memang gila budak tu! Bro Nadim, insyallah jumpa kita nanti dalam waktu terdekat. Btw, kalau sesiapa nak buat bbq kambing, si Nadim ni lah orangnya

Ok. Biar aku ambil kesempatan sedikit disini untuk sentuh berkenaan dengan kerja perhotelan sekali lagi, khas untuk adik-adik (mungkin pangkat anak-anak) dan juga kepada ibubapa yang mungkin agak risau dengan kerjaya pilihan anak-anak mereka ini..Kepada ibubapa, jangan risau....bidang perhotelan sama juga dengan bidang-bidang lain. Memerlukan disiplin dan komitmen yang tinggi untuk berjaya. Ada yang contact aku secara personal untuk bertanyakan beberapa perkara. Yes, tuan-tuan dan puan-puan, please do so. Aku sangat suka jika ada yang bertanyakan kepada aku secara direct. Disini aku ingin sentuh mengenai satu perkara secara spesifik:

Ada berlaku terhadap adik atau anak kita yang pada awalnya menunjukkan minat yang mendalam terhadap bidang perhotelan ini tetapi apabila masuk ke alam realiti, mereka menjadi sedikit skeptikal. Mereka merasakan bahawa apabila bekerja, segala-galanya berbeza! Tidak sama seperti apa yang mereka lihat di tv, di drama-drama ataupun melalui bacaan. Bagi aku, untuk berjaya didalam bidang ini, adik-adik mestilah bermula dari bawah. Mungkin sesetengah profession "work entry"nya bermula daripada executive ataupun assistant manager. Ini juga berlaku di bidang perhotelan tetapi amat jarang ataupun tidak berlaku didalam bidang food and beverage terutamanya "culinary". Apabila seseorang menceburi bidang culinary, mereka harus tahu asas-asasnya. Ada sesetengah pekerja-pekerja baru ini disuruh untuk check dan mengambil stok dari store selama beberapa minggu dan mereka cepat bosan dan akan mula malas untuk bekerja. Didalam situasi sebegini, adik-adik kena pandai mengambil kesempatan dan mengubahnya agar menjadi sesuatu tugasan itu menarik dan mencabar. Apabila aku ditugaskan begitu sewaktu di Hilton dulu (aku bussboy di Paya Serai, PJ Hilton tahun 1988 dan bukan di dapur) oleh Captain aku samada Che Lah, Manan, Nick, Jay, Norizan, Philip, Lat dll, aku akan ambil masa sikit untuk meneliti barangan yang diorder. Dimanakah kedudukan store tersebut? Kenapa store tersebut dipanggil sedemikian? Bagaimanakah cara susunan barangan distore? Bagaimana storekeeper membuat inventory? Kenapa store kebiasaannya hanya dibuka pada pukul 9-5? Apa yang perlu dilakukan apabila barangan dari store perlu diambil selepas waktu tersebut? Bagaimanakah procedurenya? Berapakah jangka hayat setiap makanan basah, kering dan tin yang boleh disimpan didalam store? Setiap persoalan itu memerlukan jawapan. Jadi apabila aku mendapat arahan untuk ke store, aku akan bertanya secara detail kepada captain aku. Perkara penting aku catatkan dibuku kecil aku yang sentiasa ada didalam poket. Apabila aku ke store, aku akan meneliti barangan di rak yang disusun rapi. Jika masih ada soalan, aku akan bertanya kepada storekeeper dan terus membuat catatan! Sesetengah pekerja menganggap bahawa ini tidak berfaedah malahan membuang masa dan tidak seperti yang mereka belajar di Universiti tetapi percayalah. Ini semua adalah seperti jigsaw puzzle. They come in small-small pieces. Ambil kesempatan tersebut, ingat, buat catatan, suatu hari nanti you'll be telling yourself how lucky you are kerana mempunyai sedikit pengetahuan tentang bagaimana nak mengambil barang di store.

Pengajaran kepada/daripada aku:
  1. apabila aku bertugas sebagai Director of Food and Beverage sewaktu di Al Safwah, Mekah dulu, store aku tidak cukup. Aku perlu menyediakan store yg banyak dan besar untuk menampung keperluan jemaah memandangkan musim puncak, tiada kenderaan dibenarkan masuk didalam jarak 1.5km ke Masjidil Haram pada waktu-waktu tertentu. Jadi bagaimanakah cara untuk aku menyimpan stock yang banyak dan lama? Sewaktu aku mencari idea sambil menggaru kepala yang tak gatal, pengalaman-pengalaman yang aku perolehi sewaktu bekerja di PJ Hilton tahun 1988 kembali secara tiba-tiba.....aku buat beberapa buah store yang besar di aras bawah tanah yang sememangnya kosong dan tidak digunakan.
  2. apabila aku bertugas sebagai General Manager, aku berkesempatan melawat kebeberapa buah hotel besar dan mendapat kebenaran untuk meninjau store-store mereka, aku dapati sebahagiannya tidak mempunyai keluasan yang sesuai. Tidak mempunyai pengudaraan yang baik. Ceiling yang rendah. Pencahayaan yang lemah. Rak-rak simpanan tidak menepati piawaian. Lokasinya juga tidak betul. Tidak baik untuk mereka tetapi baik untuk aku kerana segala pengalaman yang aku kutip ditahun 1988 digunakan dengan sebaik mungkin untuk perancangan hotel yang akan datang!
Adik-adik, ambil pengalaman yang kurang baik tadi, stop, pause and think....jika adik-adik menjadi General Manager untuk pembukaan sesebuah hotel, apakah yang adik -adik akan lakukan jika didapati bahawa architect yang mereka cipta bangunan tersebut tidak berbincang secara teliti atau kebiasaannya mengambil mudah dan tidak menyediakan store yang baik kerana menganggap bahawa storage tidak penting!

Aku selalu cuba "link"kan sesuatu perkara yang berlaku dengan perkara yang belum berlaku. Apakah kesinambungannya? Apakah pengajaran yang aku dapat daripada situ? Bagaimanakah aku nak mengolah sesuatu perkara agar dikemudian harinya, segala-galanya akan berjalan lancar?

Adik-adik yang amat aku kasihi, setiap perkara kecil itu, jangan diambil remeh. Stop, pause and think.....suatu hari nanti ia bakal menjadi pengalaman yang amat berguna kepada adik-adik....Have a pleasant weekend people!


Isnin, November 02, 2015

Abang dah SPM?

Briefing sebelum masuk dewan untuk SPM 2015

Aku jadi nervous....minggu ni tak ada idea....
ada rama-rama dalam perut aku secara tiba-tiba! Entah dari mana datangnya aku pun tak tahu dan aku datang kerja tak pakai stokin!

Sabtu, Oktober 24, 2015

Ragbi Piala Dunia 2015


Ragbi Piala Dunia yang sedang berlangsung di London sekarang bakal melabuhkan tirainya. Malam ini sudah memasuki peringkat semifinal dan perlawanan malam ini amat menarik. Diantara New Zealand All Blacks menentang South Africa Springboks pada pukul 11 malam ini di channel 837 (kena subscribe). Bagi aku, sudah pastilah aku akan menyokong pasukan idola aku yakni NZ All Blacks. NZ All Blacks ni sejak dulu lagi merupakan pasukan terunggul dunia. Bertahun-tahun menikmati tangga pertama ranking negara-negara ragbi dunia. Sering melahirkan pemain-pemain hebat seumur belasan tahun lagi! Disana, bermain ragbi merupakan tradisi. Permainan lain masih dimainkan tetapi ragbi tetap mendapat tempat dihati masyarakatnya. Baik pasukan lelaki mahupun pasukan wanita, permainan mereka sentiasa menakjubkan!

Sebelum aku mula bersekolah di Seremban dulu, tidak pernah terlintas difikiran aku perihal sukan ragbi ini. Sewaktu dibangku sekolah rendah, aku lebih kepada acara balapan dan bolasepak. Ini ialah kerana abang-abang aku semuanya mahir didalam kedua-dua sukan ini. Mereka mewakili Pulau Pinang dan kemudiannya Melaka di penghujung tahun 70-an dulu dan mereka bermain didalam posisi pertahanan bersama-sama Lim Teong Kim, Akob Itam, Isa Jantan dan lain-lain lagi. Aku sering ke stadium Kubu dan bertenggek di tangga ayam menyaksikan mereka bermain. Dari situ minat aku membuak-buak. 

Fast forward diawal 80-an, even sewaktu aku ditingkatan satu dan dua pun aku masih kurang berminat dengan ragbi. Aku tahu ragbi ialah sukan tradisi sekolah aku. Aku masih lagi dengan bolasepak dan takraw. Sewaktu aku di tingkatan 3, bersesuaian dengan saiz aku pada waktu itu, aku mula memegang bola ragbi. Masyallah, nikmatnya tak dapat nak aku gambarkan. Aku terlupa tentang bolasepak dan sepaktakraw secara total. Tumpuan lebih kepada permainan ragbi. Aku terus bermain ragbi hingga pelajaran aku tambah terabai. Aku katakan "tambah terabai" kerana sebelum aku bergiat dalam sukan ragbi pun pelajaran aku telah terabai! Hahahahaha....makanya aku sangat memahami apabila anak-anak aku mula menunjukkan minat yang sama terhadap permainan bolasepak. Aku tak mahu mereka melalui detik hitam aku dulu didalam bidang pelajaran!

Berbalik kepada ragbi, kebanyakkan orang mengatakan bahawa permainan ini sangat ganas. Bagi aku secara luarannya iya, benar. Nampak ganas. Tetapi permainan inilah yang membentuk disiplin diri aku. Membuatkan aku fokus kepada sesuatu perkara. Mengajar aku untuk merancang "goal" ataupun matlamat. Mengajar erti persahabatan, menitipkan rahsia keakraban sepasukan. Tidak menentang keputusan pengadil dan banyak lagi. Ia juga mengajar aku untuk bangun dan terus berlari setelah terjatuh! Banyak rahsia tersembunyi ada didalam permainan ragbi ini. Tolong-menolong, bantu-membantu dan banyak lagi yang boleh aku tuliskan disini. Sedikit sebanyak ia telah berjaya membentuk peribadi aku. Oleh itu, permainan ini sangatlah dekat dengan hati aku. 

Ada 2 perkara gila yang aku tahu rakan-rakan aku dah buat. Pertamanya ialah perihal beberapa rakan junior aku yang pergi ke London menyaksikan pembukaan Ragbi Piala Dunia baru-baru ini. Mereka ke sana selama 2 minggu dan menyaksikan beberapa perlawanan disana. Gambar-gambar yang dihantar membuatkan kami teruja. Err, sebenarnya jealous! Hahahahaha...

Seorang lagi pulak oleh kerana minatnya terhadap permainan ragbi, anak-anak beliau pun sama, beliau nekad menghantar kedua-dua anaknya yang masih kecil waktu itu, ke NZ. Dimasukkan mereka kesekolah ragbi disana dan mengikuti pelajaran disekolah sana. Kini apabila anak-anaknya pulang bercuti, mereka akan mewakili pasukan kebangsaan jika kebetulan ada perlawanan antarabangsa waktu itu. Itulah kegilaan yang sering berlaku apabila seseorang telah "hooked" dengan permainan ragbi ini.

Disiplin pemain-pemain ragbi sangat tinggi. Apabila melakukan kesalahan dan pengadil memberikan amaran ataupun memberikan kad kuning serta mengarahkan pemain tadi ke "sin bin", mereka tidak membantah. Tidak seperti permainan lain yang boleh bertengkar dengan pengadil walaupun beliau sedar yang beliaulah punca masalah! Juga sering berlaku apabila kedua-dua pasukan tiba-tiba bertengkar dan bertumbuk ditengah padang, pengadil tidak masuk campur dan hanya memerhati dari tepi. Ini adalah kerana para pemain tadi akan bersurai secara baik. Rakan-rakan akan meleraikan kekusutan dan tidak mengganggu pengadil lantas permainan akan diteruskan. 

Banyak yang aku dapat belajar daripada permainan ini. InsyAllah jika tidak ada aral melintang, malam ini aku dan beberapa rakan batch aku yang gilakan permainan ragbi akan berkumpul di Renaissance Hotel KL untuk menyaksikan perlawanan separuh akhir diantara New Zealand All Blacks menentang South Africa Springboks. Kepada kedua-dua pasukan, "may the better team wins" dan kepada rakan-rakan aku yang akan sama-sama menonton malam ini, "let's enjoy the game!". 

"J'espere que vous sayez un bon weekend!"


Isnin, Oktober 19, 2015

Roti Benggali


Tadi seperti biasa selepas aku selesai membeli-belah di marrket ampang, aku akan singgah sebentar untuk minum sementara menunggu aunty masuk beli buah dan bawang. Aku suka duduk minum di kedai kopi tu. Pemiliknya telah banyak kali bertukar ganti sepanjang beberapa tahun aku singgah disitu. Ada yang balik kampung, ada yang perniagaan kurang mendapat sambutan dll. Bagi aku lokasinyanya sangat sesuai. Di permulaan masuk ke pasar, berhampiran dengan sebuah sekolah, ada pasar dan dikelilingi oleh deretan kedai-kedai lama di pekan Ampang. Ada sebahagian struktur bangunan disitu yang telah menjangkau puluhan tahun tetapi masih berdiri teguh. Sekali-sekala aku akan berhentikan motor dan mengambil gambar. Aku suka bangunan-bangunan lama. Di Balad, Jeddah aku menghabiskan banyak waktu untuk duduk dan minum air tebu fresh sambil menikmati keindahan bangunan-bangunan lama. Mula berfantasi mengenai peristiwa beratus-ratus tahun dahulu...membayangkan masyarakat setempat waktu itu menjalankan urusan seharian dan sebagainya. Sewaktu aku bekerja di Geneva dulu, aku sering ke Vieille Ville. Hanya 15 minit berjalan dari apartment aku dan 7 minit dari tempat kerja. Disitu ada St Peter's Cathedral yang telah dibina sejak kurun ke 4 dahulu. Berhampirannya di pojok jalan cobble stonenya yang agak curam ada sebuah cafe kecil. Disitu aku akan membaca buku dan minum kopi. Kadang-kadang sampai 3-4 cawan aku minum. Dari black coffee ke cappucino bertukar ke latte dan begitulah seterusnya. Minum dan berada di kawasan yang berkurun usianya memberikan aku inspirasi seperti mendapat udara segar untuk bernafas! Sambil membaca sambil minum dalam cuaca awal Spring atau awal Fall dan sesekali melihat jalanraya yang diturap elok dengan batu-batan dan bangunan-bangunan lama yang mempunyai "bunker", sungguh menarik perhatian aku. Aku akan merasa tenang bila berada didalam suasana sebegitu...


Berbalik kepada marrket Ampang..setelah selesai semuanya dan aku pun dah bayar kat tokay kedai, aku mula mengatur tapak ke moto yang aku letakkan diseberang jalan diantara kereta-kereta yang diparkir rapat. Masukkan ayam dan ikan ke dalam bakul, gantungkan sayur di handle kiri dan gantung breakfast anak-anak dihandle kanan moto, pakai helmet dan baru nak start engine, aku terlihat sebuah van yang tertulis "Roti Benggali". Aku turun moto, bagitahu aunty yang aku nak ambil gambar dan mula berjalan ke van tersebut. Aunty mengekor dari belakang. Helmet masih dikepalanya! Aku menyeberang jalan dan singgah sebentar. Tak ada orang waktu tu. Aku mula bertanya perihal roti benggali ini seolah-olah aku tak tahu apa-apa sedangkan roti inilah yang aku sering makan sewaktu kecil dulu sewaktu aku duduk di Brown Garden, Gelugor, Penang. Penjual mula bercerita serba sedikit. Aku senyum nostalgia. Kepala otak mula menerawang ke zaman kecil lebih 40 tahun dulu! Aku sering ikut arwah mama kemana sahaja. Waima ke marrket Jelutong sekalipon. Banyak kali juga aku ikut arwah mama pergi "set rambut" di Helen Brown. Aku suka ke situ sebab keliling rumahnya ada banyak pokok rambutan. Walaupun bukan musim rambutan, aku akan tetap panjat pokok dan mengelamun seolah-olah aku kapten kapal memberi arahan untuk menyerang!


Aku beli 2 buku roti benggali dan bawak balik ke rumah. Aunty tak tahu apa rahsianya. Roti yang disliced berukuran sama diambil aunty lalu dipanaskannya diatas frying pan. Disapu mentega dan kaya dan dimakan. Aunty terkejut kerana kesedapan roti benggali ni sangat berlainan dengan roti Gardenia yang sedia ada. Crustnya sangat rangup tetapi dalamannya sangat lembut dan ringan (light). Bagi aku itulah cara makan yang original. Foto-foto yang aku ambil tadi aku masukkan ke dalam facebook aku dengan beberapa baris cerita pendek. Respon yang aku dapat sungguh menarik. Rakan-rakan aku satu persatu memberikan komen mereka. Aku tersenyum membaca. Tiba-tiba masuk respon daripada seorang wanita yang bernama Bita. Kemudian Anun. Seterusnya Hanita. Bita dan Anun merupakan adik-beradik. Rumah sederet dengan rumah aku sewaktu di BG dulu. Sewaktu aku di tingkatan 6, mereka masih lagi kanak-kanak dan bersekolah rendah. Aku baik dengan abang mereka yang bernama Syam. Pelajar di Penang Free School dan kini merupakan banker di Dubai. Bita dan Anun dah aku anggap seperti adik-adik aku sendiri. Sewaktu kecil mereka sering mengayuh basikal roda 3 atau 4 berhadapan rumah aku. Aku lihat mereka sejak zaman kanak-kanak. Kini mereka telahpun berkeluarga dan kami masih lagi berhubung sekali-sekala. Manakala Hanita pula merupakan bekas pelajar St Georges yakni sebuah sekolah ternama di Pulau Mutiara. Hanita dan aku naik bas yang sama untuk ke sekolah. Walaupun aku dah berada di dalam tingkatan 6, aku masih selesa menaiki bas sekolah setiap hari. Rumah Hanita waktu itu di Taman Saadon. Berhadapan dengan pasar. Setiap kali aku ke pasar malam, kami sering bertemu. Hanita juga telah berkeluarga dan anak sulungnya telahpun berada di Universiti. Suatu ketika sewaktu aku ke PP, kami sempat bertemu di Kopitiam dijalan Burmah. Bercerita dengan kawan lama bagaikan tiada penghujungnya. Bergelak sakan dengan cerita-cerita dizaman persekolahan. Alhamdulillah sehingga kini kami masih berhubung. Terasa seperti saudara kandung sendiri. Mereka inilah yang memberikan komen-komen kelakar didalam fb aku. Aku diperingatkan oleh Anun dan Bita yang ahli persatuan mamak-mamak roti menyewa sebuah rumah corner lot di BG tempat aku dan dari situlah mereka mula bergerak dengan moto setiap pagi dan petang untuk berjualan. Hahahahaha...aku tak ingat sebab dah lama tak balik ke BG di PP. Walaubagaimanapun, kami ada berjanji yang kami akan ke Malila Bakery dan Cafe di Transfer Road, PP untuk mengembalikan nostalgia "Roti Benggali"


Sebelah malamnya pulak kami tak masak kerana tengaharinya dah makan besar! Sambil menonton semifinal Rugby World Cup, aunty membakar roti-roti tadi dan disapunya mentega dan kaya. Dibawanya kedepan dan kami dijamu sampai kenyang. Masyallah. Kadang-kadang rezeki yang tak dijangka itu berjaya mengembalikan kita ke dunia kanak-kanak semula. Aku diberitahu (dan memang aku ternampak) yang van ini suatu waktu dulu ada di UOA Bangsar. Tapi selepas beberapa hari apabila aku mula mencari, dia menghilangkan diri. Kini rasanya aku terpaksa beli roti ni dalam kuantiti yang banyak supaya aku tak terputus bekalan. Hahahahaha...Have a nice week ahead people!



Sabtu, Oktober 10, 2015

Kampung

Homemade..

Aku jadi begitu sayu apabila anak-anak bertanya bila nak balik kampung? Baru-baru ni Marina ada bersuara. Katanya cuti sekolah nanti ramai kawan-kawannya akan balik ke kampung. Marina nak kemana? Malam tadi sedang Marina membuat revision dengan aku didalam bilik, tiba-tiba dia menoleh ke arah aku dan bertanya, "Papa...kampung kita kat mana?" Sekali lagi aku tergamam dan tak mampu menjawab. Kalau dulu arwah bapak dan mama masih ada, kami sering juga balik ke Pulau Pinang yang aku ceritakan sebagai kampung walaupun persekitarannya tidak melambangkan suasana kampung langsung. Tidak ada sawah padi, tidak ada sungai dan tidak ada bukit-bukau sebagai latar belakang pemandangan. 

Rumah keluarga kami di Pulau Pinang itu meninggalkan 1001 kenangan kepada aku. Disitulah aku membesar. Seingat aku sejak aku berumur 5 tahun aku dah menginap disitu. Rumah aku waktu itu masih dalam pembikinan. Aku tahu unit mana rumah yang bakal kami duduki kerana arwah mama dah bawak aku ke office developer di Jelutong (kalau tak salah aku). Setiap petang aku akan berlari ke situ dan berhenti didepan unit yang kami beli. Cuma ada tiang! Berhenti didepan rumah, aku akan mula mengelamun membayangkan bilik tidur aku nanti. Bilik air yang aku akan kongsi dengan adik-beradik aku. Berlari turun dari tingkat atas ke bawah, menyiram pokok di laman yang hanya sejemput, menonton tv bersama-sama dengan ahli keluarga, makan bersama-sama dan bermacam-macam lagi. Sebuah padang yang besar bakal diadakan berhadapan dengan rumah kami. Disitu ada 3 padang. Satu ada gelanggang badminton, satu ada taman permainan kanak-kanak dan satu lagi padang untuk permainan bolasepak. Waahhh...tak sabar aku!

Apabila sebahagian rumah kami telah siap, aku lihat bahagian bawah dan lantai tingkat 2 telahpun didirikan. Apabila pekerja pembinaan meninggalkan kawasan lebih kurang pukul 5 petang, aku ambil kesempatan tersebut untuk masuk ke dalam. Waktu itu masih belum ada pagar dan pintu. Timbunan pasir berlonggok didepan rumah. Aku meninjau satu persatu segenap pelosok rekabentuk rumah.. Ada satu bilik air di bawah dan ada satu bilik air diatas. Ada 3 bilik kesemuanya. Aku mula mencongak bilik mana aku akan tidur. Mencari sudut yang bersesuaian dengan usia kanak-kanak aku waktu itu. Seketika aku berlari ke dapur yang dibahagikan oleh dinding living area. Di belakang dapur ada kawasan menyidai pakaian yang tidak berapa besar yang kemudiannya kami letakkan reban ayam 2 tingkat disebelah kiri dan rak kasut disebelah kanannya. Di tengah-tengah ada pintu kecil untuk keluar ke belakang. Ini fikir aku untuk memudahkan aku masuk dan keluar selepas pulang dari kelas mengaji nanti! Aku naik semula ke atas. Ada sebuah bilik yang mempunyai balcony. Pintu masih tidak ada. Maka aku mampu untuk keluar sebentar dan berdiri di balcony. Ada dinding pemisah setinggi pinggang orang dewasa tapi diperbuat daripada kayu. Aku panjat kayu penghadang tersebut dan melompat ke atas bumbung yang kemudian merupakan bumbung porch untuk meletakkan kereta. Ketinggiannya dari situ ke bawah ialah sekitar 12 kaki. Aku merangkak hingga ke hujung lantai dan melihat kebawah...aku jadi gayat! Tapi dibawahnya ada selonggok pasir! Aku mula terfikir bagaimana caranya orang terbang? Ingatan-ingatan gila itu membuatkan adrenalin aku kencang. Aku mengelamun lagi. Apa rasanya orang terbang? Apa rasanya bila jatuh ke bawah? Apa bakal terjadi jika aku tidak jatuh tetapi terus terbang seperti burung? Bermacam-macam perkara bermain di fikiran aku. Menggelongsor semula ke belakang. Tak lama aku berfikir sebelum membuat keputusan. Dari atas bumbung garage aku melompat turun ke timbunan pasir. Aku jadi seronok selepas berjaya buat kali pertama. Timbunan pasir berselerak tetapi masih bertimbun! Aku berlari ke atas lagi dan mengulangi aktiviti yang sama. Aku tambah seronok dan tak puas...berulang-ulang aku buat sampailah timbunan pasir tidak berupa timbunan pasir lagi gara-gara impak terjunan aku. Setelah hampir 17 kali aku naik terjun, naik terjun, aku perasan yang langit dah mula gelap! Waktu itu baru aku perasan yang kira-kira 20 minit tadi aku ada kedengaran azan maghrib. Aku bergegas membersihkan diri ala kadar. Seluar aku, baju aku kesemuanya penuh dengan pasir. Muka, tangan dan kaki juga begitu. Rambut aku pun ada. Aku menggoyang-goyangkan badan untuk meleraikan kesemua pasir-pasir binaan. Selipar aku sebelah saja ada dan sebelah lagi tak kelihatan. Mungkin tertinggal didalam rumah dan aku dah tak berani nak masuk ke dalam kerana cuaca dah gelap! Tersenyum puas dan merancang untuk aktiviti yang sama keesokan harinya, aku mula mengatur langkah berjalan pulang..

Sesampainya aku dirumah, arwah mama dah kelihatan dengan rotan ditangan. Cekak pinggang. Aku nampak muka arwah mama dah macam 3 hari tak melibas aku! Menakutkan....aku bagi salam dan cuba menyelit melalui pintu depan. Belum sempat aku melangkah masuk, betis aku dah berbirat. Aku nak lari tapi tangan kiri aku dipegang erat. Inilah masalahnya bila arwah mama selalu tengok "wrestling" di tv! Aku menjerit melolong macam kena sampuk. Siappp...siapppp....2-3 round lagi dibilasnya betis aku! Aku lari masuk ke bilik. Masuk mandi. Tukar baju dan terus tidur! Tengah malam aku terjaga kerana arwah mama tengah menyapukan minyak angin di betis aku. Cepat-cepat aku tutup mata rapat-rapat takut arwah mama kembali bertukar fikiran...hahahahahaha....

Begitulah kisahnya aku dengan rumah kami di Pulau Pinang yang aku anggap dah sebagai kampung. Kini rumah tersebut kosong tak berpenghuni. Setiap kali aku balik dan singgah, aku mula terbayang arwah bapak dan mama, kakak-kakak aku sewaktu mereka remaja, abang-abang aku diusia mereka belasan tahun dan aku lantas menjadi sayu. Cepat masa berlalu. Dulu aku berusia 5 tahun. Kini 47 tahun! Makanya apabila Marina membuka mulut bertanyakan perihal kampung kami, aku menjadi sebak. InsyAllah bulan November nanti aku akan cuba mencuri waktu untuk kesana bersama-sama dengan kakak-kakak aku dan abang-abang aku yang lain dan fikirkan apa yang mampu kami buat. Sayang kalau ditinggalkan begitu sahaja....Bukan untuk aku. Bukan untuk keluarga aku. Tetapi untuk kami adik-beradik yang seramai 6 orang ini. Hiishhhh...tiba-tiba mata masuk habuk pulak!

Have a pleasant weekend people and don't forget to watch Rugby World Cup....quarter finals coming up!

Sabtu, Oktober 03, 2015

Jerebu

Beberapa tahun lalu!

Cuaca sungguh buruk sekarang ni. Ramai yang terganggu kesihatan mereka dan aku tidak terkecuali. Teruk betul. Sekejap ok dan sekejap tidak. Suhu badan aku pun jadi tidak menentu. Aku rasa inilah jerebu yang paling teruk pernah berlaku, seingat aku. Dulu kalau jerebu pun dalam 1-2 minggu sahaja dan kemudian pulih semula. 2 hari yang lepas, sesampainya aku dirumah, mata kanan aku terasa gatal. In fact dari atas moto lagi mata kanan aku dah rasa pelik. Masa berhenti kat traffic light aku sempat tengok kat cermin sisi. Alamak merah sikit...balik saja ke rumah, bila aku tengok cermin sekali lagi, masyAllah dan menyala-nyala! Cepat-cepat aku titiskan ubat mata dan tunggu 30 minit. Alhamdulillah. Gatal hilang dan mata mula kembali ke warna asal. Risau aku sebab lepas itu aku ada kelas yang perlu aku attend. Risau kalau-kalau depa ingat ini conjunctivitis dan boleh merebak. Kelas tak ramai malam tu. Cuma 6 orang saja yang attend. Aku dah miss satu kelas maka aku agak terkapai-kapai nak menyampai ke level pelajar-pelajar lain. Alhamdulillah. Aku tak mengambil masa yang lama. Sekejap saja aku dah boleh bersaing. 

Sewaktu aku diluar negara dulu, Saudi merupakan sebuah negara yang aku rasa agak payah untuk aku dapatkan rawatan-rawatan kecil. Seingat aku, tak pernah aku jumpa klinik-klinik seperti dinegara kita. Ataupun aku tak berjumpa, sebenarnya! Haha..Ada sekali kulit muka aku bermasalah. Penat aku fikir apakah ini disebabkan oleh pemakanan aku yang tak betul ataupun kekurangan air? Selang beberapa hari ia tambah merebak dan ini menyulitkan aku kerana kerja aku menuntut aku untuk bertemu tetamu hotel setiap saat. Amat memeritkan untuk berdepan dan bercakap dengan tetamu. Aku bertanya kepada Chef dari Morocco aku yang bernama Aidil Bou Naser. Dia kata nanti petang lepas zohor dia akan bawak aku berjumpa doktor menunggang moto cub buatan China. Tepat pada waktunya, kami menunggang moto tanpa topi keledar menuju ke klinik. Lama juga aku naik moto. Rupa-rupanya aku dibawa ke sebuah hospital. Aku lupa namanya. Nasib baik Aidil ada bersama-sama aku. Jadi pendaftaran berjalan lancar tanpa masalah. Dah masuk waktu Asar dan musollah penuh dengan jemaah. Doktor pun ada! Manusia punyalah ramai, masyAllah...aku ingat kalau wanita sarat mengandung, mungkin dah lama bersalin kat situ. Sekali lagi aku jeling nombor giliran. Pergh....jauh lagi! Aku sempat terlelap sekejap di kerusi dengan kaunter reception. Chef Aidil kejutkan aku 7 kali. Lebih pesakit wanita daripada lelaki! Aku melangut. Apa aku nak buat? Kalau aku pergi minum, nanti dipanggilnya nombor aku! Aku jalan mundar-mandir kat reception. Pergi-balik saja kalau dihitung mungkin dah menjangkau 2-3 kilometer! Aku tanya Chef Aidil, bila nak panggil? Dia kata, sabar...kejap lagi akan dipanggil....Tunggu punya tunggu dah masuk waktu Maghrib. Aku solat jemaah di musollah berdekatan. Aku tunggu lagi. Aku tanya Chef Aidil, bila nombor aku akan dipanggil. Sekali lagi Chef Aidil ke kaunter pertanyaan dan bertanya. Jawapannya masih sama....sabar...kejap lagi akan dipanggil! Aku terlelap buat kali ke 78. Aku tersedar bila Chef Aidil cuit aku ajak sembahyang Isyak. Hahahahahaa....aku dengan fikiran masih berkecamuk terus mengekor. Lepas solat Isyak, barulah nombor aku dipanggil. Aku masuk ke dalam. Doktor wanitanya dari Egypt. Muka aku dibelek kiri dan kanan. Doktor bercakap dengan Chef Aidil beberapa saat dan tersenyum. Aku terpana melihat mata doktor yang sangat cantik! 2 minit bertemu doktor, aku pun keluar. Doktor prescribe kat aku satu ubat sapu dan satu sabun muka! Pergh.......

Sewaktu aku berkesempatan ke JW Marriott Shanghai dulu, aku juga lihat hampir kesemua penduduknya yang menunggang basikal menggunakan "face mask". Pada waktu itu construction berlangsung dengan hebatnya di bandaraya tersebut. Sesak nafas aku sewaktu keluar berlegar-legar di kedai berhampiran untuk mencari roti bagi mencicah dengan "Brahim" product yang aku bawa. Jerebu disitu memang lain macam. Hampir sama dengan jerebu kita hasil pembakaran hutan.. Aku diberitahu yang jerebu disana berpunca daripada projek-projek pembangunan yang pesat berjalan. Wa...hebat Shanghai waktu itu. Apakah keadaan Shanghai pada waktu ini tidak aku ketahui. Apakah keadaannya sama berjerebu seperti dulu?

Diawal tahun 90-an tatkala aku mula menjejakkan kaki di Tokyo, aku menjadi hairan kerana ramai juga menggunakan face mask sedangkan cuaca disana sangat baik dan tiada pula pencemaran. Agak lama aku perhatikan. Ada juga aku bertanya kepada rakan-rakan yang pergi bersama-sama aku tetapi jawapan mereka menghampakan. Setelah beberapa minggu disana dan aku dah mula mendapat kawan Jepun, aku beranikan diri untuk bertanya. Mereka menjawap bahawa society mereka adalah sebuah society yang tak suka menyusahkan orang. Maka oleh itu, apabila ada diantara masyarakatnya mendapat sakit seperti demam ataupun selsema, mereka secara automatik akan memakai face mask. Aku melopong mendengar dan mengangguk kagum. Kita disini tak pedulikan itu semua. Bila bersin pun tangan kita tidak menutup mulut dan apabila bersin, suara akan dilaungkan sekuat-kuatnya! Hahahahaha....tetapi alhamdulillah sekarang aku dapat melihat yang masyarakat kita juga telah mula memakai face mask apabila ada masalah kesihatan kecil.....pesanan aku kepada semua pembaca sekelian, jagalah kesihatan....banyakkan minum air, gunakanlah pelindung agar kita tak dijangkiti sebarang jenis penyakit sewaktu cuaca tidak menentu ini. Have a nice family break people!







Reunion

Awal 20an Tak putus-putus 'reunion' datang dan pergi. Seperti yang selalu berlaku, sewaktu aku lepas sekolah/universiti dulu, top...