Sabtu, Mac 27, 2010

Dah balik..

(fish feeding..budak2 happy!)

(cantik sungguh ikan ni)

(depa panggil bukit gorilla)

(serene...)

(dah besar anak-anak aku)

(masa pergi mangrove tour)

(marina yang ambik gambar orang paling hensem kat pantai chenang!)

(depa tak habis2 cari siput)

(miss chenang..)

(posing ganas....apa nak jadi 10 tahun lagi?)

Amboi seronok sungguh anak-anak aku hari tu. Aku pun tumpang seronok bila tengok depa seronok. Sebenarnya aku pun tak pernah ronda banyak-banyak tempat kat sini. Tapi aku memang dok tunggu depa datang sini sebelum aku pun sama-sama horey dengan depa. Tak lah banyak sangat tempat yang aku bawak depa tapi cukuplah untuk depa balik dengan senyum ataupun mengigau ingatkan tempat ni.

Tapi bila depa dah balik, aku pulak mengigau ingatkan depa! Malam sebelum depa balik aku sempat bawak depa makan kat satu seafood restaurant kat Kuah yang katanya bagus sesangat. Aku sampai kat situ tapi orang masih tak ramai. Cuma ada satu meja Mat Salleh kat situ. Lepas aku, ada family India datang. Lepas tu family Tionghua datang berderet-deret.....kemudian family Melayu pun datang duduk sebelah meja aku. Wah....ni mesti bagus ni...sangkaan aku tak meleset. Memang bagus kat situ. Harganya ok dan makanannya sedap. Bila dah bagus dan sedap, aku pun makan tak ingat dunia. Lepas makan Lala Cili sepinggan besar, aku teringat yang anak-anak aku cuma dok tengok aku makan! Aku cuma perasan kat depa bila sepinggan dah habis! Heh3...kangkung belacan lagi sepinggan pun habis kat aku jugak...malam tu pulak makan chocolate yang abang dan yuya beli. Makan lagi...dan lagi...dan lagi...esok pulak aunty kata nak makan laksa. Aku pecut kereta macam race kat Bahrain. Stop kat depan masjid untuk makan laksa. Laksa dan cendol habis kami bedal. Petang masa nak hantar depa kat airport, kaki kanan aku dah rasa lain macam. Aku heran...berdenyut-denyut rasanya. Sampai kaki kanan aku kena seret masa nak jalan. Pergh...ni kacau ni!

Lepas hantar depa, aku talipon kat staff aku mintak tolong bawak kereta sebab aku dah tak boleh nak tekan minyak. Dia tolong bawak pergi klinik kat Pdg Mat. Tutup la pulak malam tu...banyak-banyak malam dia tak nak tutup pulak! Laju staff aku pecut kereta walaupun malam tu entah macamana hujan turun lebat. Kami terus ke Kuah. Ada satu lagi klinik bukak sampai pukul 10 malam. Dia tengok kaki aku terus dia cakap ni pasal seafood! Aku angguk-angguk kepala. Ish....macamana dia tahu ni? Dia ada bela ka? Dia suruh aku londeh seluar, dia cucuk aku sedas.....dia suruh aku balik. Esoknya aku lega. Masa lepas jumpa doktor dan sebelum aku balik malam tadi, doktor tu sempat pesan kat aku, "Shahrir...bila umur meningkat, makanan kena jaga...". Aku jeling doktor tu siiiaaaap....siiiaaaapppp........malam tu aku tak boleh tidur lelap....kata-kata dia terngiang-ngiang kat telinga aku!

Kat sini aku ada kawan yang aku kata "pandai makan". Bukan pasal apa, kalau cerita pasal makanan apa sekalipun, dia mesti tahu mana nak cari. The next day tu kami bertiga pergi Perak sebab ada urusan. Cerita dalam kereta tak dak lain. Semua cerita pasal makan. Habislah aku sekali ni! On the way nak kesana saja, ada 2-3 tempat kami stop. Makan nasi kandar la....segala! On the way back pulak, kawan aku teringat kat cendol. Kami pecut kereta Myvi laju membelah highway. Sebelum cilok satu selekoh nak ke Kuala Perlis, kami sempat berhenti kat tepi jalan dan makan cendol dengan tapi kat kedai "Joe Cendol". Memang magic sungguh Joe ni. Sedap bagai nak gila!

Lama tak naik bot. Seronok pulak rasa. Aku terlena dan sedar-sedar dah sampai jeti Kuah. Nasib baik ada orang tunggu. Dia tanya kaki aku sihat ka? Aku angguk-angguk. Dah tak larat nak cakap. Bukan pasal letih, tapi pasal kenyang! Sampai bilik, aku naik pelan-pelan. Masuk toilet pelan-pelan...tutup pintu pelan-pelan...naik weighing scale pelan-pelan......jeling pelan-pelan....mata aku terbeliak. Sekali ni aku jerit kuat-kuat.....heh3...

Sabtu, Mac 20, 2010

Lawatan

(abang dengan marina dok srrooot...srrrooot air kat oriental village)

(cantiknya....)

(lagi satu pemandangan ngeri dari gondola aku)

(kalau sorang, memang sah aku tak sanggup naik!)

(highly reccommended!)

(dari cable car)

(aku tengah control gayat!)

(pun muka gayat macam aku jugak!)

(2 gadis pingitan kat pantai kok)

(abang tengah kumpul siput)

Keluarga aku datang melawat aku kat Langkawi sempena cuti sekolah la ni. Aku happy. Aku pergi ambil depa kat airport pukul 9 malam lepas aunty talipon yang depa dah sampai. Ala...susah-susah saja datang dari jauh! Cuma satu jam perjalanan dari KL. Bayangkan kalau kat KL satu jam tu cuma dari Ampang Point ke rumah aku kat Taman Cahaya kalau berlaku hujan lebat! Sekarang ni satu jam dah boleh datang dari KL ke Langkawi....pergh...hebat!

Semalam aku sempat bawak depa ke Pantai Kok. Bila sampai kat Pantai Kok, aku tersedar yang handphone aku tertinggal kat hotel. Aku tinggalkan depa kat beach, aku pecut kereta balik hotel semata-mata nak ambik balik handphone aku. Bayangkan penangan handphone la ni! Err, btw, ni lah satu-satunya handphone aku yang dah banyak berjasa walaupun kedai talipon cuma sanggup nak bayar aku RM20 kalau aku nak trade-in! Aku rasa lagi 3 bulan boleh masuk museum kot handphone aku ni. Abang ngeri tengok hp aku. Heh3...

Sampai balik kat beach, aku tengok depa dok pegang sorang satu plastic bag. Depa dok kutip siput rupanya! Ish....siput babi kat rumah sorang pun tak mahu kutip! Aku ajak depa pergi tempat lain pulak. Semua salin baju dan terjun masuk dalam kereta. Alamak, aku lupa nak cakap suruh cuci kaki dulu.....nampak gaya esok lusa kena hantar cuci lah kereta ni....aku pecut lalu kat Burau Bay. Masa aku lalu kat depan BB, aku teringatkan kawan lama aku si Iskandar yang dah ada kat BB sama lama dengan hotel tu jugak. Petang tu aku ada talipon si Iskandar ni. In fact dalam entry-entry aku yang terdahulu pun aku ada tulis pasal Iskandar ni. Bagus sungguh budak ni. Sama-sama menyamun dengan aku dulu masa kat Hilton. Sama-sama kerja sebagai waiter atau dalam bahasa melayu, depa panggil pramusaji. Mana depa dapat pramusaji, aku pun tak tahu! Kami berjanji yang kami akan berjumpa lagi bersembang sampai pagi over a cup of coffee! Dan tak lupa masing-masing akan jumpa dalam perlawanan bola yang kami akan organise sama-sama nanti. Macam tahun 91 dulu masa kami main satu team kat Padang A&W PJ dan in fact abang pun main bola kat padang yang sama untuk Piala Sultan Ahmad Shah! What a coincidence....

Lepas lalu kat BB, aku cilok ke Cable Car. Kononnya saja nak check price...tapi bila sampai kat situ, kami teringin nak naik pulak. Kami sampai pukul 6.50pm dan last gondola akan naik tepat pukul 7 petang. Aku beli tiket. Kena RM60! Masa nak naik, Marina pulak nak pergi toilet....tinggallah 5 minit lagi. Duit dah bayar, orang jaga gondola dah dok menguap sakan! Marina dengan aunty berlari sakan keluar dari toilet. Kami naik gondola yang last dan depa pesan kat kami yang kami tak boleh turun kat mana-mana station. Kami kena duduk diam-diam dalam gondola, naik, turun dan jangan lupa doa! Heh3...Aku sebenarnya tak berapa gemar naik tempat tinggi ni. Tak confident pun ada jugak...bila tengok gondola tu Made in Suisse, aku lega sikit. Tapi bila gondola bergoyang kuat, aku pun baca doa kuat jugak! Pengalaman naik bukit ni memang menarik. Sama macam aku naik nak main ski dengan si Rio dari Indonesia dulu. Masa tu Sami ada kat Saas Fe dan kami pergi sana pun nak melawat Sami sama. Depa ni pun aku ada cerita dulu. In fact gambar Sami pun aku ada masukkan. Sami dah jadi GM kat Dubai la ni. Rio pulak, mungkin masih kat Jakarta Hilton lagi...

Naik atas 25 minit. Turun pulak 12 minit. Tapi aku rasa masa naik tu macam 2 jam dan turun pun sama....kecut habis aku. Marina tengok aku sambil sengih-sengih! Mahu kena piat telinga nanti budak ni!

Lepas habis semua, kami balik ke hotel dan makan pizza kat tepi laut. Amboi seronok rasa kalau depa ada selalu kat sini dengan aku. In fact sekolah pun aku dah tanya. Kot-kot depa nak duduk dengan aku kat sini. Katanya no problem. Manakala aunty pulak, hmmm, mungkin aku ubah satu office dia mai sini kot. Senang sikit aku. Balik bilik, aku ingatkan depa dah ngantuk sebab dalam kereta tadi dah tergolek-golek....sampai-sampai bilik, mata depa semua celik. Kecoh nak mampus....alahai...aku nak kerja la esok.......

Sabtu, Mac 13, 2010

Saturday

(ni gambar masa depa kat tokyo dulu dengan nenek..)

(depa selalu dok tanya kat aku, bila nak beli moto ni?)

(Peter Cech in the making..)

(masa depa pi lawan kat pahang, kalau tak silap aku)

(yuya bersemangat nak pakai baju scout...macam aku jugak tahun 77 dulu kat bandar hilir melaka)

Surprise! Aku ada kat KL la ni. Cuma beberapa hari sebab ada beberapa perkara yang aku nak kena buat. Termasuklah nak tengok sikit hal anak-anak yang lebih kurang sebulan setengah aku tak jengah! Kesian jugak kat depa.

Perjalanan menaiki kapalterbang dari Langkawi ke LCCT sangatlah mudah. Ticket ready dalam masa setengah jam. Yang penting, duit mesti ready...yang lain-lain tu pasti beres....Masa aku naik Air Asia, aku tengok, mak aii...ramainya budak sekolah naik kapalterbang! Maklumlah la ni musim cuti sekolah selama seminggu. Lagipun cuti depa memang dah tetap sejak awal. Tak macam kita yang selalunya tak dapat dirancang! Tiket dah murah kalau beli 3 bulan lebih awal. Good for them. Flight was very smooth and it was on time. Dari berlepas sampailah arrival. Semuanya tepat waktu. Aku kagum sungguh dengan Datuk Seri TF.

Aku sangat kagum dengan DSTF ni. Dari orang yang didalam bidang muzik, sampailah menjadi tokay kapalterbang. Aku berbangga bila dapat berjumpa dengan DSTF di Parlimen, suatu hari dulu. Macam aku cerita dulu, aku dijemput untuk ke Parlimen. Aku tak tahu pasal apa tapi bila aku sampai rupa-rupanya depa jemput aku untuk datang tengok pelancaran F1 dan sidang akhbar disana. Masa tu lah aku berjumpa bertentang mata dengan DSTF. Kami sempat ber shake hand dan aku sempat bersembang sikit dengan DSTF. Bila balik, aku cerita kat aunty. Dia terkejut beruk dan sudah tentulah jealous dengan aku. Heh3...

Ni bukannya apa, saja aku nak cakap sikit pasal DSTF ni. Ni salah satu daripada bintang di negara kita yang tengah bersinar. Yang ni aku nak adik-adik jadikan tauladan. Bukan senang nak senang. Dia dah bersusah-payah nak dapatkan apa yang dia dapat la ni. Jadi kita hendaklah melihat dari segi positif. Apa yang tak elok tu janganlah ikut. Kalau nampak yang dia tu berusaha gigih, adik-adik ikutlah....kalau nampak dia tak pernah mengaku kalah, adik-adik ikutlah....kalau adik-adik nampak yang tak elok, adik-adik ambillah jugak tapi jadikan sempadan supaya adik-adik tak buat kesalahan yang serupa! Be smart!

Anak-anak seronok tengok aku. Marina tak berkelip-kelip mata! Depa sanggup datang jemput aku kat terminal walaupun aku bagitahu tak payah sebab aku dah besar dan tahu balik sendiri...heh3...mungkin depa takut aku tak tahu naik teksi kot! Heh3...seronok tengok muka depa. Seronok tengok keletah depa. Tak habis-habis depa dok cerita aktiviti sekolah dan bola kat aku. Marina pun sama naik dok cerita pasal sekolah dia walaupun dia masih belum bersekolah! Apalah yang dok dalam kepala otak dia!

Abang sibuk dok tunjuk but bola, baju, seluar, stokin semuanya adidas sponsor dari cimb. Pergh...lawa gila....aku dulu tak pakai pun adidas...paling dekat yang aku dapat cuma sadida! Heh3...Yuya pun sama naik. Dok bagitahu yang glove dia koyaklah macam-macam lagi. Aku cakap yang koyaklah Peter Cech suka.....Yuya diam terus! Balik rumah, masa tengok tv, ada pulak Peter Cech keluar dalam iklan adidas kat tv...aku tengok yuya....yuya tengok aku....kami senyum saja...heh3...Marina pulak tak habis-habis posing depan tv. Tangan kilas kiri lah, kilas kananlah....isyhhh manalah budak ni belajar! Mak dia kot....aku dan aunty sama-sama setuju yang Marina ni akan jadi tinggi lampai. Hopefully! Jangan jadi macam aku yang kembang setaman ni sudahlah!

Tadi aku ada dapat message dari penyamun aku kat saudi. Chef Adil dok bertanya bila aku nak pi sana lagi. Katanya depa missed aku. Heh3...baru depa tahu bila aku tak dak.....tapi entah-entah depa pun drama kot....ala...penyamun.....macam-macam cerita boleh buat. Tapi frankly speaking, CA ni memang bagus sangat. Muda, creative dan senang diajak berbincang.

Ada jugak aku dapat message dari beberapa lagi penyamun. Jadi kepada Komrad-komrad aku yang masih dok kat sana belajar macam Sarjan Asnawi, Koperal Rashid dan Sarjan Meja Lotfi, heh3....aku tunggu disini yea....hangpa toksah dok buat gila menyamun sana-sini. Nanti nama Ketua Penyamun akan rosak! Heh3...Pada yang akan habis belajar, jangan ikut si Sarjan Meja tu.....dia tu pemastautin tetap sana!

Macam biasa, esok hari ahad. Aktiviti biasa aku pagi ahad ni ialah, pi marrrket! Lepas tu pi breakfast, hantar abang lawan bola Piala Sultan Ahmad Shah kat Astaka PJ, nak lari pi tengok mama sat, nak tengok Lee Chong Wei, then Alice in Wonderland kalau sempat.....amboi, horey-horey sungguh walaupun 1-2 hari saja.....errr, moto aku, alhamdulillah sihat.....

Ahad, Mac 07, 2010

Happy Birthday To You

(cable car)

(sayup cc dari bawah...berani ka aku?)

(salah satu lorong kat tepi laut)

(panas lit-lit ni)

(sebahagian daripada pantai)

(panas gila ni)

(aku melepak sat kat sini sambil baca paper)

(habis BH aku baca kat sini)

(kawasan letak kereta)

Hari ni aunty menyambut hari jadi dia. Aku dah ucapkan selamat hari jadi pada dia pagi tadi. Aku tahu yang aunty sunyi dan nak sambut hari jadi sama-sama sebagai satu keluarga. Tapi apa nak buat, aku kat sini dan dia pulak kat sana! Dulu pun macam ni jugak...aku pun tak tahu sampai bila benda ni nak berakhir. Dah bertahun-tahun kami dok macam ni. Takpalah...ni semua cabaran dan kami sanggup tempuh sama-sama demi masa depan kami dan anak-anak.

Aku kenal aunty sejak dari tahun 92. Jadi bermakna dah 18 tahun.Sejak kami muda belia sampailah kami la ni dah berkerut kat dahi, hitam pelupok mata dan rambut kami pun dah sama-sama beruban. Tapi bagi aku ni semua tak pulak menjadi masalah. Sebab aku kenal hati budi aunty. Kami "aged" bersama-sama. Susah-senang kami bersama. Aunty paham aku dan aku pun paham aunty. Aunty dah banyak sangat berkorban untuk aku. Lepas aku balik ke sini dulu, aunty susah-payah kumpul duit untuk datang menjenguk aku di KL. 2 kali aunty pergi KL melawat aku. Dari mula sebagai kawan biasa, kami dah mula jadi kawan rapat. Talipon 2 minggu sekali dah menjadi kemestian kami. Kadang aku talipon, kadang aunty pulak yang talipon. Walaumacamanapun, kami tak pulak meluahkan perasaan masing-masing. Cuma sekadar nak berjumpa saja....

Aunty tak banyak kerenah. Dia suka duduk kat Melia Hotel KL dan aku selalu kesana kalau dia ada kat situ. Aku park motor kapchai aku betul-betul kat tepi "disco" Melia! Special parking kat situ untuk aku. Sampai dari doorman ke FOM semuanya aku kenal. Ada sekali tu depa siap ajak kami pergi tengok bola Selangor lawan lagi! Punyalah rapat kami ni...ada sekali tu aku cakap kat aunty yang aku nak ajak dia jalan-jalan kat KL dan aku akan pick up dia kat lobby hotel lepas habis kerja. Aunty pakai baju cantik. Bila aku sampai, aku nampak yang aunty dah tunggu aku kat lobby. Happy dia dan bersemangat nak keluar sama-sama. Dia tanya aku, kereta kat mana? Aku cakap ada kat luar. Bila sampai kat tepi motor, aku bagi helmet hitam kat dia dan aku pakai helmet merah! Dia terkejut tapi pakai jugak. Aku melancung satu KL naik Honda Cub C70 aku! Kami happy......dalam hati aku, aku dah kata, mungkin ni lah calon untuk aku sebab dia tak merungut pun kalau naik kapchai dengan aku. Hujan ka panas ka, dia redah jugak sama dengan aku.

Masa aku sambung belajar kat luar negeri dulu, dia bertungkus-lumus kerja over time semata-mata nak kumpul duit untuk melawat aku. Aku tahu yang aunty kerja siang dan malam. Aku tahu dia letih. Aku tahu masa tu yang dia sayangkan aku...horey! Oleh sebab dia dah berkorban sampai macam tu, aku pun kumpul duit jugak, kerja masa weekend Sabtu dan Ahad dari pagi sampai ke malam semata-mata nak simpan duit dan beli tiket kapalterbang paling murah dalam dunia!

Masa aku kerja kat tempat lain bertahun-tahun, aunty lah yang bertungkus-lumus menjaga keluarga. Membesarkan anak-anak kami sorang-sorang dia. Aku tahu dia letih. Aku tahu bila kadang-kadang dia talipon sambil menangis. Tapi dia tak pernah komplen. Dia kata tu tanggungjawab dia. Mana aku nak cari kalau macam ni? Masa mama duduk dengan aku sekejap, aunty lah yang mandikan mama lepas dia balik dari kerja. Aunty jugaklah yang sapu ubat kat kaki mama sebab mama ada sikit kencing manis. Aunty jugak yang bangun malam-malam tolong buat susu kalau mama lapar tengah-tengah malam. Aku bersyukur sangat. Mana aku nak cari orang macam ni dalam dunia ni? Bukannya takdak, mungkin ada tapi nak cari yang sanggup berkorban dengan aku dan serasi, susah kot....tak tahulah aku sebab aku pun tak pernah teringat cari lain!

Masa di airport dan masa nak datang sini tempohari, aku ada bertanya kat aunty. Macamana dia boleh percaya kat aku? Macamana dia sanggup berkongsi hidup dengan aku dan macamana dia sanggup tinggalkan ugama dan keluarga dia semata-mata nak kahwin dengan aku? Frankly speaking, aunty menangis masa tu. Aunty cakap yang dia percaya kat aku sebab aku ikhlas. Dia sanggup kahwin dengan aku sebab aku bukan penipu ataupun hipokrit. Dan dia jugak cakap yang dia nampak yang aku ni seorang yang boleh dipercayai dan bukan main-main. Fuyoo.....happy aku. Tapi aku panic sebab dia nangis sikit masa dia cakap kat aku. Couple sebelah meja aku dok jeling-jeling ingatkan kami ni dok bergaduh ka....aku janji nak kahwin tapi tinggalkan dia ka....nasib baik marina pun ada sama....heh3...

Aku janji pada aunty yang aku takkan sia-siakan dia. Aku janji dengan aunty yang aku akan jaga dia sampai kehujung hayat dan aku janji pada aunty, cuma dialah sorang yang aku sayang....so, to my beloved wife, "I love you with all my heart. Happy Birthday!"

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...