Rabu, April 30, 2008

Bukit Tinggi @ Rabbit Farm





Dalam perjalanan pulang dari Janda Baik tempohari aku terus membawa keluarga aku melencong ke Bukit Tinggi kerana Marina masih belum berkesempatan bermain dengan arnab lagi. Kami check out awal dari D'Ark iaitu pada pukul 10 pagi dan terus menuju ke sana.

Simpang pertama kami terlepas walaupun ini bukanlah kali pertama kami ke sana (pertama bagi Marina). Kami buat U-turn di tol yang aku tak berapa ingat namanya tetapi menghala ke Kuantan. Selepas detour kami lebih berhati-hati lagi. Sesampainya kami disana, aku lihat banyak motor besar sedang berkonvoi menuju ke destinasi yang sama. Geram.....geam sebab sehingga kini aku masih lagi dengan kapchai aku. Masih tak mampu hendak membeli Kawasaki ataupun Harley yang menjadi idaman aku sejak dulu. FYI Kawasaki 1100cc hanyalah berharga SR59,000 disini (KSA) manakala HD dalam lingkungan yang sama.

Anak-anak aku sangat suka bermain dengan binatang jinak ni. Marina picit-picit perut arnab yang gebu sebab geram sampai ditegur oleh pekerja Nepal! Cuaca panas menyebabkan tidak berapa ramai orang berkunjung ke situ, lagi pula arnab dah pun berkurangan dari tahun-tahun yang lepas. Yang ada cumalah 20-30 ekor sahaja. Cafenya ditutup. Nasib baik kami bawak bekalan sedikit. Marina berlari kesana-kemari dan melompat. Aku pun dah tak kenal mana satu Marina dan mana satu arnab. Nampak macam sama!

Lepas 2 jam kat situ, semuanya nampak puas jadi kami pun bertolak balik ke Ampang. Took us slightly less than one hour to reach home. Sampai aje rumah, abang kata dia nak pergi training bola pulak. Alamak, dah minat, kenalah hantar jugak walaupun aku memang letih gila! Abang? Tak letih langsung kalau dapat main bola!Eh aku dulupun macam tu ke?

All in all, hujung minggu tu merupakan satu weekend yang sungguh meriah dengan aktiviti bersama keluarga!

Selasa, April 29, 2008

SDAR Part 2

Sewaktu di KL tempohari aku sempat bertemu rakan-rakan SDAR aku yang lain, batch 815 yang telah agak lama tidak aku jumpa. Selalunya aku akan menelefon Kudo untuk mengetahui perkembangan-perkembangan terbaru batch aku kerana memandangkan Kudo adalah Presidennya. Pertemuan pada malam minggu tersebut telah mendapat sambutan yang agak ok dengan jumlah keseluruhannya seramai 9 orang yang hadir, Kudo, IQ, Jawer, Ma'e, Zey, Mat Bo, Dino, Apam dan aku. Apabila bertemu tak sah kalau cerita-cerita lama tak dibentangkan semula. Venuenya, Pelita Ampang Point dan selalu sessi tersebut dipanggil TT@PAP yang lebih kurang bermaksud "Teh Tarik at Pelita Ampang Point!"
Kami bertemu jam 9 malam dengan dimulai oleh Kudo dan IQ. Aku yang ketiga menyusul dan kemudiannya Jawer. Baru 4 orang tt aku dah sampai ke gelas yang ketiga. Ketawa berdekah-dekah mengenangkan masa silam. Ada saja topic yang dibincangkan. Kami habis jam 3 pagi!
Ada sorang kawan kami yang selalu sakit dan tinggal di Sick Bay. Oleh kerana selalu sakit, melekat namanya sebagai Alan Bay! Kalau sesiapa yang tak kenal, memang sah ingat budak ni anak Mat Salleh mana. By the way kalau tak salah aku Alan Bay sekarang ni is doing very well dan tinggal di Ipoh. And to be frank, nama betulnya aku tak ingat sampai sekarang!
Ada sorang lagi pulak kami panggil Boyo. Masa sekolah dulu memang banyak girlfriend. Jeles kami. Disapunya pulak kembar! Budak perempuan tu tinggal dibelakang sekolah kami dan tiap2 hari akan melalui tepi pagar di blok D. Entah macamana dalam ramai-ramai pelajar, boyo yang menjadi idaman………"alah melepas lah kami…" (macam lagu SM Salim). Boyo buat Architecture tapi tiba-tiba aku terkejut sebab dia bertukar arah dan bekerja dengan Singapore Airline dan menetap disana. Dia ada datang melawat aku sekali di Renaissance KL sewaktu dia bercuti but that was eons ago. Boyo dah pun berumahtangga and he's doing very well, kata IQ yang sempat bertemu Boyo di Singapore tempohari, Boyo is very sharp in what he says and dah pun menunaikan Haji! Huh……Boyo? Apa dah jadi ni? Anyway aku doakan semoga Boyo berjaya dalam apa saja bidang yang diceburinya. Amin.......

Ahad, April 27, 2008

Dah 11 tahun?



Dah 11 tahun aku kahwin rupanya? La...tak sangka pulak lama tu! Wakana ada menghantar sms kepada aku yang mengatakan bahawa 11 tahun dulu dia selalu mencabut rambut ubanku yang agak jarang-jarang tapi sekarang dah tak boleh sebab 70% dah putih, beruban! Kalau dia cabut jugak alahai....apalah yang akan tinggal nanti?

Aku bercadang untuk berkahwin sewaktu ditahun terakhir aku di Switzerland lagi. Pada waktu itu aku dah pun berumur 27 tahun. Sekembalinya aku ke Malaysia, aku terus mula bekerja di Renaissance Hotel KL. Setelah setahun bekerja dan berjaya menyimpan sedikit wang, aku terus melamar Wakana di rumah kedua ibubapanya di Tokyo. Aku ingat lagi, aku memakai suit kesana. Mereka menerima aku dengan tangan terbuka walaupun kami berlainan agama (Wakana convert di masjid besar Tokyo). Aku bejanji kepada kedua orang tuanya yang aku akan menjaga Wakana sebaik mungkin dan tidak ada apa-apa yang akan berjaya memisahkan kami.

Ibu mertuaku menangis gembira manakala bapa mertuaku pulak mengesat airmata yang bergenang. Adik lelakinya hanya tersenyum. Tiba-tiba bapa mertuaku membuat satu panggilan telefon ke salah sebuah restoran disana dan kami terus keluar untuk makan malam bagi meraikan saat yang sungguh menggembirakan itu. Banyak cerita yang kami kongsi bersama sewaktu makan malam dan aku mula mengetahui sedikit-sebanyak latar belakang mereka.

Aku berkahwin pada tanggal 27hb April 1997. Ibu mertua memakai baju kurung berwarna hijau (hijau lagi!) jahitan tangan Wakana manakala bapa mertua dan Masato memakai baju batik yang kami beli di..........aku dah lupa!

Masa berlalu begitu pantas dan setahun kemudian kami dikurniakan dengan seorang anak lelaki yang kami namakan Arman Azumi. Beberapa tahun kemudian lahirlah Kamal Ariffin Yuya dan yang terakhir sekali Marina Ayumi. Kehidupan aku bolehlah dikatakan baik. Taklah banyak duit tapi cukuplah untuk kami sekeluarga hidup dengan ala kadar.

Kasih-sayang aku pada Wakana tidak pernah berkurang selama ini malah telah berlipat kali ganda jumlahnya memandangkan kini kami tinggal berjauhan. Begitu juga dengan kasih-sayang aku terhadap anak-anak aku. Mereka menangis ketika menghantar aku ke KLIA minggu lepas.

Kepada Wakana, ingin aku mengucapkan "Happy 11th Wedding Anniversary"

Jumaat, April 25, 2008

Dubai dan Janda Baik




Lama sangat dah aku tak postkan cerita-cerita terbaru disini. Selalunya begitulah apabila aku pulang ke KL. Tapi kini aku dah kembali semula ke KSA ataupun Madinah precisely. Perjalanan dari KL kalau nak diikutkan memang very smooth. Tapi yang tak seronoknya apabila aku terpaksa transit lebih kurang 15 jam di Dubai. Habis semua tempat aku pergi. Dari Gate 1 hinggalah ke Gate 50. Semua tempat aku tidur dan aku bahagikan setiap kerusi yang aku duduk aku habiskan masa selama 2 jam supaya setelah 7 kerusi aku selesai, masa untuk bertolak telah tiba!

Seperti biasa selama di KL, aku sentiasa bersama2 keluarga tersayang. Merata tempat aku pergi bersama termasuklah ke Janda Baik buat kali ke dua! Anak2 aku memang suka mandi sungai memandangkan sungai dah berkurangan sekarang ni....sesampai saja di Janda Baik dan selepas check-in, Yuya terus menanggalkan pakainnya dan memakai swimming trunk dan terus melompat. Air agak deras. Marina ketawa mengekek manakala Abang membuat gua pasir. Aku dan Wakana seronok melihat keletah mereka. Sungguh tenang rasanya melihat ketiga-tiga mereka bermain didepan mata dan tak dapat aku bayangkan samada 10 ataupun 20 tahun lagi adakah kemeriahan sebegitu masih milik kami?

Rabu, April 09, 2008

Yukari from Japan




Hi dah lama aku tak blog kat sini. Sekali lagi bukannya apa, tapi apabila balik ke KL rutin harian aku bertambah sibuk dengan anak-anak. Tak puas rasanya duduk bersama mereka yang semakin membesar dan bijak berbicara.

Di hari-hari terakhir sebelum aku pulang ke KL kawan Wakana dari Jepun (kini bertugas di Hong Kong) datang melawat keluarga aku di KL. Dia datang bersama suami, anak dan ibunya. Kali terakhir dia melawat kami ialah sewaktu perkahwinan aku dulu. Memang rapat sungguh persahabatan mereka. Wakana kata itu kawannya sewaktu dibangku sekolah lagi....

Sewaktu disini mereka dibawa melawat ke Zoo Negara, Batu Caves dll tempat menarik di KL lagi. Aku tak berkesempatan berjumpa mereka kerana sampai KLIA tengah malam sedangkan mereka bertolak pulang pada tengahari dihari yang sama!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...