Khamis, Oktober 22, 2009

Leadership values

(langit tak selalu cerah!)

(cantik..)

(supv aku si Bakar, tengah check sebelum makanan masuk bilik)

(intensive training berlangsung)

(barang dah mula sampai dengan lori)

(kumpulan haji pertama yang aku nampak tengahari tadi)

(spaghetti bolognese)

(grilled hammour with bechamel sauce)

(cold cuts)

Masa aku kecik dulu aku sangat lasak. Ala...semua budak-budak macam tu...tapi aku berada dalam kelas tersendiri. Super lasak. Tapi dalam kelasakan tu dan dalam kumpulan kecil aku, aku selalu disuruh menjadi "kepala". Aku rasa mungkin pasal aku badan besar kot.....ataupun mungkin suara aku kuat kot....masa aku kat Melaka dulu dan masa main bola dengan Aman, Betuk dan ramai lagi, duit yang depa kumpul depa akan bagi kat aku untuk simpan. Aku tanya untuk apa? Depa kata nanti bila dah cukup RM27 boleh beli bola kat pekan Umbai! Aku blurr. Pasal apa aku? Pasal apa tak bagi kat penyamun yang lain? Aku simpan duit depa dalam tin Milo. Tiap-tiap malam aku kira sebab takut hilang 10 sen...dan kalau aku tersalah kira, aku tak boleh tidur malam tu. Lama-lama aku belajar, ooo yang ni ka yang dipanggil "tanggungjawab..."

Then masa aku darjah 6, yang macam aku cerita dulu, aku dilantik untuk menjadi Ketua Pengawas kat Sekolah Bandar Hilir. Aku terima dengan bangga sampai kembang hidung aku. Aku suka jadi Ketua Pengawas sebab selalu jumpa Cikgu Rafeah. Cikgu Rafeah ada anak perempuan yang comel masa tu....kat situ aku belajar sikap tanggungjawab dan belajar menjadi ketua yang baik...tiap-tiap hari aku kutip sampah. Tiap-tiap hari aku tulis nama budak datang lambat. Kat situ aku belajar sikap "disiplin" dan tak datang lambat.

Dalam pada tu macam aku dok cerita dulu, aku ada kawan yang sangat daif satu kelas dengan aku. Malam-malam aku teringat kat budak ni sebab dia takdak kasut sekolah dan baju sekolah. Mama heran tengok mata aku terkelip-kelip malam-malam buta. Esok pagi aku cakap kat mama. Mama bekalkan baju sekolah lama aku dan kasut sekolah lama untuk aku bagi kat kawan sekolah tu. Disitu aku belajar sikap "tolong-menolong".

Masuk sekolah menengah aku jadi jemuan. Dalam pada jadi penyamun tu pun aku masih lagi dapat memegang jawatan sebagai Ketua Pengakap dan Ketua Rumah Bendahara. Dua-dua jawatan tu mengajar aku sikap-sikap sebagai ketua walaupun aku tahu aku tak sempurna mana dari pelbagai segi. Dalam permainan rugby yang aku minat gila tu, aku belajar sikap "bantu-membantu, sepakat dan mematuhi undang-undang" sebab permainan ni memerlukan ketahanan fizikal dan mental yang sangat tinggi. Quick thinking, split second decision dll. Masa aku kat Jepun pun aku dilantik sekali lagi untuk menjadi ketua mewakili sekumpulan group aku. Kat situ aku dah tak payah tulis nama kalau lambat sebab semua dah dewasa. Heh3...cuma disana, aku selalu kena bagi ucapan dalam bahasa Jepun dan Razimah ataupun Neng atau Razali akan gelakkan aku sebagai masa berdiri kat depan dan cakap, tangan aku menggeletar gila.....kat situ aku belajar "public speaking".

Bila aku mula berkerja dari bawah, aku mula belajar kesusahan. Dulu tak berapa susah sebab arwah bapak dan mama serta kakak-kakak aku selalu membantu tapi bila kerja dan mula ada duit sendiri, aku terkenangkan arwah bapak dan mama yang bertungkus-lumus mencari rezeki untuk membesarkan anak-anak. Aku kerja teruk. Aku tak ada masa nak buat benda-benda lain. Masa aku banyak habis kat tempat kerja dan padang rugby. Situ aku mula belajar erti susah. Kemudian aku tanamkan sikap tak mahu mengalah. Mengorak langkah satu demi satu. Berani merantau sorang-sorang dan berani melakukan apa yang orang lain tak berani nak buat. Aku tanamkan sikap-sikap positif dalam diri aku.

Sewaktu bekerja, walaupun tiap-tiap hari aku tengok benda yang tak betul, aku akan fikir balik. Kalau benda tu tak betul, macamana aku nak betulkan balik? Kalau bos-bos aku ada value yang tak bagus, aku akan fikir lagi, nanti kalau aku jadi kepala penyamun pulak, aku takkan buat benda-benda salah yang depa buat tu....jadi benda-benda yang negatif aku dah tukarkan menjadi positif. Bila bangun pagi, aku rasa bersemangat dan sebelum tidur aku akan mengenang nasib lagi sekali selama 5 minit. Fikir sepanjang hari tadi apa yang aku dah buat salah dan cuba atasi keesokan harinya...aku nak capai cita-cita aku dalam bidang perhotelan bila aku genap umur 45tahun. Aku ada 4 tahun lagi. InsyAllah dan aku mesti bekerja kuat dari sekarang. Kat rumah pun serupa. Aku nak jadi sorang Bapak yang dihormati dan disegani dan disenangi dan disayangi oleh anak-anak aku. Aku nak jadi sorang suami yang terbaik untuk isteri aku. Aku cuba menjadi ikon terbaik untuk depa walaupun masih banyak kelemahan aku. Aku tahu aku tak sebagus orang lain, tapi keinginan untuk berubah dan kegigihan untuk berubah tak pernah padam dari jiwa aku.

Aku cerita ni bukan pasal apa, cuma aku sedih bila tengok adik-adik yang baru lepas sekolah tu semua duduk melangut tak buat apa-apa....aku sayangkan adik-adik tu semua. Aku teringin nak cakap kat depa, pergilah kerja kat petrol station ka....pergi lah kerja kat KFC ka.....pergi lah jual goreng pisang ka....pasal kerja-kerja tu lah yang akan membentuk "Leadership Values" kita nanti....kerja-kerja yang macam tulah yang akan membina sahsiah dan jati diri kita nanti.......

52 ulasan:

My Life berkata...

salam.. insyaallah moga uncle dapat capai cita2 uncle sebelum umur uncle 45...

zorro berkata...

Boss,
Spot on....i remembered your good values those days especially when the first day i was in the lounge where u gave me the cocktail book...i appreciate it so much...you rock...

Uncle berkata...

Dear ML.
Sama-samalah kita bekerja kuat dan insyAllah cita2 ML pun akan tercapai...."Ku Petik Bintang2..." ala-ala lagu Kenny, Remy dan Martin!

Uncle berkata...

Dear Zorro.
Cherish the good values.....Thanks Zorro, you ROCK too mannn...

olive oyl berkata...

salam uncle..

seronok baca cerita uncle ..bila sampai kat ending rasa sedih,,rasa sedih sbb dah ending...betul uncle..kita kena mula kerja dari bawah.learn from mistake..betoi dak uncle??ton yakin uncle pasti achieve ur dream soon...ameen

cantik sungguh DILL di atas spaghetti ..rasanya klu gambar uncle masuk pertandingan ..mmg dah layak menang award ni.

uncle mlm esok ton akan berangkat ke amsterdam..flight 11.59.kalini bawa lappy...uncle take care ok..jgn lupa healthy living..and selamat menyambut jemaah haji to uncle and team..........bye bye uncle..takut esok tak sempat masuk blog uncle...uncle..krm salam pada kakak wakana.....

Uncle berkata...

Dear Ton.
Memang betul garnishing tu actually is DILL. Horey... Ton dah pandai!

La....Ton nak pi mana pulak dah? Jangan lupa ambik gambaq hotel kat sana ok! Stay healthy, body, mind and soul....(soul tu maksud dia, jangan lupa sembahyang!)

Take care, have a nice trip and come back with more stories!

rezeki berkata...

salam uncle,

sesungguh kehidupan ini mengajar kita menjadi dewasa dan matang . Mengambil iktibar dan pengajaran dalam mengharungi kehidupan di dunia yg fana ini yang semakin mencabar.
Jika lemah, kita akan tewas .

Sesungguhnya saya mengerti dan merasakan apa yg uncle rasakan, kerana saya juga bermula dari bawah dan berusaha dan terus berusaha memajukan diri

apabila melihat gambar pertama diatas yang sarat dgn maksud yg tersirat"langit tidak selalu cerah"
sering mengingat saya bahawa semua yg kita miliki hanya pinjaman.Menginsaf diri .

semoga diri uncle dan kita semua sentiasa dibawah perlindungan dan kerahmatan Allah SWT.

ps: geram tgk grilled hammour tu ...

hajah zainab bt abdullah berkata...

Salam Uncle,

Nostalgia zaman dulu-dulu...kak nab pun orang susah jugak...arwah ayah drebar lori risda..arwah ibu jaga & masak utk kami ber7!! Alhamdullilah..syukur di atas nikmat yg kami dapat tu..
uncle..u r a good man!!

Uncle berkata...

Dear Rezeki.
InsyAllah Rezeki akan mendapat rezeki yang setimpal...Uncle doakan.

Bermula dari bawah membuatkan kita matang, memahami, luas dan lebih kukuh untuk menghadapi cabaran. Pedulikan apa orang kata selagi kita dilandasan yang betul.

Uncle berkata...

Dear KN.
Kesusahan tu lah yang banyak mengajar kita supaya lebih berhati-hati dan tak alpa.

Teringat kat lagu "Better Man" which is still one of my favorite songs yang mana salah satu part ending tu berbunya ".....to be a better man...."

My Life berkata...

to dear uncle

"ku petik bintang-bintang..biarpun banyak halangan.. "(-__-)


to olive oyl

ada blog tak?
jaga diri kat tempat org.. dan mcm kata uncle "jangan lupa sembahyang"

My Life berkata...

dah lama uncle tak letak gambar untie,abang,yuya&baby marina.. terasa rindu akan mereka dan membaca entry mereka..

Uncle berkata...

Dear ML. Actually Uncle ni tak boleh tidur lepas pekena teyy tarik dgn si Lotfi and the gang malam tadi ni...la ni dah nak masuk 5 pagi! Kejap lagi nak kerja, alahai...ni si Lotfi la punya pasal ni...siap dia!

Uncle berkata...

Dear ML.
Nanti Uncle cuba tanya kat aunty kot2 ada gambar baru yea...mmm, uncle lagi lah rindu!

kucingorengemok berkata...

uncle, apa kata bila balik malaysia nanti uncle usahakan islamic hotel yang f&b dia alcohol-free...? i think with your experience it should be a snap!

kami menyokong padu dari ruang komen blog uncle :)

Uncle berkata...

Dear KOG.
There was a proposal on this matter before but I don't really know where it led to. Lots of study to be done and has to be shariah compliance...I don't mind running it but the challenge is, "okane ga nai.....ore wa BIMBO des!" (btw, BIMBO in japanese means tak ada duit yea Puan-Puan...) heh3...

uncle pet..!! berkata...

btui3.. experience create ourself..
tp dan lg celah tu jd jemuan.. ahaksss..

Uncle berkata...

Dear UP.
Tu masa zaman jahiliah tu.....insyAllah kita berubah kearah kebaikan....errrr...sama-sama...

PINATBATE berkata...

Uncle..
balik sini sok saya nak panggil Uncle bagi ceramah kat budak-budak sekolah bleh..? Depa ni kadang tak tau nak buat hala tuju..lepas SPM lepak tunggu mak bapak hulur duit..maklum anak orang berada..anak orang tak berada pun kadang tak mau usaha..terikut-ikut kawan..isyy!!

Meh basuh sikit otak depa ni Uncle..
err..bersemangat pulak pagi Jumaat ni

Uncle berkata...

Dear Pinat.
That sounds interesting.....heh3...ada ka orang nak dengar nanti?

My Life berkata...

minum teh tarik tak leh tido ka uncle??? lutfi and the geng datang dekat uncle upanya.. lepas nie pasti ada gambar dari uncle nie.. heheheheheh...

My Life berkata...

alahai uncle.. pasti uncle dapat keje walau dlm apa jua keadaan sekalipun.. kan uncle kuat orgnya.. insyaallah..

Uncle berkata...

Dear ML.
Lepas minum teyy dah jadi active pulak....alamak dah nak pukul 6 ni! Habislah....try to take a nap....aduhai....

Uncle berkata...

Dear ML.
Kalau ada rezeki, insyAllah akan Allah lorongkan. Janji niat mesti bersih.....same goes to you too!

Yattisa Roslan berkata...

Dear Uncle:

Oh BIMBO, saya memang BIMBO sekarang ha ha ha...

Great blogpost, memang indah dan sedap dan mahu di baca. I strongly agreed on yr opinion about leadership values. Semoga uncle terus cemerlang. Saya mahu mencontohi anda.

Bravo!

Tanpa Nama berkata...

Mudah-mudahan nama Uncle akan tercatit dalam buku alma mater wajah-wajah dipuncak macam anuar zain


az(shah alam)

My Life berkata...

insyaallah.. betul apa yg ucle cakap tu.. apa yg kita buat mesti dengan hati yang bersih....insyaallah semua nya akan dipermudahkan..

taj berkata...

salam uncle,

yesss... u are always to be better man...
anyway thanks a lot...and your words has give encouragement me...

Uncle berkata...

Dear Yatt.
Sama-samalah kita mendoakan satu sama lain untuk kejayaan. Oooo BIMBO yea....tengah bulan yea....

Uncle berkata...

Dear Az TN.
Uncle confuse kat buku "alma mater" tu. Anuar Zain ada apa? Tolong cerita sikit...but I like his fashion sense..

Uncle berkata...

Dear ML.
Love of the job, passionate about your job dan bersih jiwa raga and without realising, you'll be there...bak kata QUEEN "we are the champion, my friend..."

Uncle berkata...

Dear Taj.
Alhamdulillah Uncle seronok kalau dapat membantu dalam apa-apa cara sekalipun. Tak perlu dengan wang ringgit segala. Let's remind each other on "Good Values".. semuanya bermula di rumah. I.e good values to your spouse, good values to your kids, to your in-laws, to your neighbours etc...

olive oyl berkata...

hi uncle...salam
uncle ada nak kirim apa apa tak dari sana?klu ada bgtahu ton yer..

to ml..
tadi kak ton dah masuk blog ML..kakak juga dah komen kat sana..eeehh rasa tak sesuai pula kak ton..kak olivelah glamour bling bling sikit...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Thanks a lot...memang Uncle nak kirim macam-macam. Buah pala 15 kilo....lempok dereyan 27 batang...belacan goreng 43 buku...heh3...

No, nothing for me. Ton pi-balik selamat, Uncle dah happy!

olive oyl berkata...

hahaha..adoi...uncle brg brg yg uncle kirim tu rasanya utk percutian ke balik pulau ,penang...uncle suka buat lawaklaa......hehehe...

Uncle berkata...

Dear Ton.
Uncle salah destination la kalau macam tu...by the way, Uncle tengah dok pikiaq mana nak bawak anak2 nanti Disember in Malaysia for a short break...any suggestions?

olive oyl berkata...

salam uncle ..
jom kita ckp jepun...
spaghetti bolognese oishisou...hehe
utk oyatsu no jikan??hehe...

nti ton nak sapno...

uncle betul tak ayat ton??
hehe

olive oyl berkata...

salam uncle...
ton rasakan uncle...
dtg belah utara uncle...langkawi??uncle dan family pernah ke lgkawi??marina mesti suka..ada kilim geopark dan tasik Dayang Bunting
boleh scuba..pastu...boleh bg ikan,helang mkn...
pastu boleh history and tour..mcm makam mahsuri..beras terbakar,telaga 7..pastu boleh naik cable car..mesti kak wakana,yuya,marina dan abg enjoy...
kak wakana boleh shopping pinggan mangkuk mcm corell ke..hehe...

Nas berkata...

Salam Uncle....
Sgala cerita uncle dlm cerita kali nie mmg byk mgajar dan mgimbau kembali kngan silam... Moga2 apa yg dipaparkan mampu memberikan cetusan smangat dan idea kpd kami..
Btllh dlm sukan ragbi mmg byk benda yg dpt dipelajari dan bguna utk pjlnan hdp.. Thanks uncle

olive oyl berkata...

some info yg ton sempat google td

http://www.malaysiavacationguide.com/pulaulangkawi.html


http://www.langkawi-geopark.com/
mangrove tourpun best gak..marina boleh tgk helang

http://www.malaysiavacationguide.com/makam-mahsuri.html

http://www.langkawi-info.com/attractions/cable-car.htm


http://www.langkawi-beaches.com/beras-terbakar.html

hanya ni je yg sempat ton google utk percutian uncle
and family

Uncle berkata...

Dear Ton.
Cakap Jepun? Boleh apa salahnya...heh3...Uncle pon dok belajaq lagi cakap Jepun tapi selalu aunty malaih nak layan sebab semuanya tunggang langgang. Heh3...maklumlah pandai lebih daripada native speaker...

Penggunaan perkataan "oisyiyou" tu membawa maksud nampak sedap.....dan teringin nak makan. Ia digunakan sebelum makan. For example, Ton nampak spaghetti dihidangkan diatas meja atau nampak gambar spaghetti yang sangat menyelerakan....then, your espression will be....."(nama makanan)oishisou des ne...".

Selamat belajar!

Uncle berkata...

Dear Nas.
Bagus kalau boleh dijadikan panduan. Uncle pun berpesan pada diri sendiri jugak tu sebenarnya. Jangan sombong dan bongkak. Share your knowledge with everyone...

Malas Uncle nak cerita pasal rugby ni pasal tak ada kesudahan! Btw, Kahui is another player to watch!

CATZ berkata...

blog ni dah makin cantik..meriah..
saya baca tulisan uncle, banyak benda yg saya fikir dan belajar..
tulisan santai yg banyak isi dan makna...dah jadi kipas-susah-mati..
dgn gambar yg mantap meletops...

p/s: tentang gambar amenities tuh ada amik, tapi selalunya malas nak bubuh hiks..takpe..nanti next trip saya bubuh ye..tapi kalau cantik la..

and thanks for the answer for quest pasal mengendap-ngendap amik gambar kat buffet table..
hihihihi..
uncle tau tak..kdg tu kan..iskk...saya bukan nak makan sgt tau..tapi nak amik gambar desserts cantik...susunan mknn, salad dll.. tapi takut kena sound kangggg..pernah lah amik, tapi dgn sgt cepat...tak best..

tu jeles lah dgn uncle, 24 jam bleh amik gambar food yg cantik...
isk..ada keje kosong tak?..kitchen helper oso can..
uhuks.

Uncle berkata...

Dear Catz.
Uncle suka tengok gambar2 yang Catz tangkap masa melancung tu especially persekitaran hotel, kat lobby, kat bilik dll. Uncle renung dan cuba gambarkan pada situasi Uncle pulak....

Apa nak jelesnya, dah kerja Uncle macam ni.....btw, malangnya Mekah dan Madinah, perempuan tak boleh kerja. Tapi Catz kan dah kerja, melancung pun dah banyak tempat....oklah tu! Important is, enjoy doing what you are doing now! Errr, berapa ringgit kalau package Air Asia ke Australia? Cerita sikit!

My Life berkata...

dear uncle..

datang kelantan ler uncle.. bawak untie dgn anak2 datang sini... dari sini boleh ke cameron & ipoh.. boleh rehat2 sikit.. hhihihihi

Uncle berkata...

Dear ML.
Kelantan is a nice serene place. Memang teringin sesangat balik ke sana tapi driving dalam musim hujan yang tak tahan tu!

My Life berkata...

balik ler unkel.. insyaallah tak hujan kalau uncle datang.. heehhehe

Uncle berkata...

Amboi..macam Pang Chin Fei baca ramalan cuaca kat TV3!

siti berkata...

byk sbb sebenarnya sy suka bc blog uncle ni..
tak terkira lah byknya.selain dr dpt tgk gmbr2 mekah yg fresh from oven
thumbs up!
tp yg plg sy suka bila masuk bab yg uncle tulis dlm entry ni..yeah!ganbate ottosan!! :D lakukan yg terbaik!!

Uncle berkata...

Dear Siti.
Amboi Siti suka noooo...takpa nanti Uncle cerita lagi. Ni ottosan tengah dok gambatte la ni sampai naik puteh habeh rambut!

CATZ berkata...

uncle,
baru perasan akan pertanyaan uncle tu pasal cost trip aussie..
kalau naik air asia, nak murah sket kena book berbulan-bulan-bulan sebelum pegi tixnya..tips..bangun malam, kul 2-3 pagi ngendap2 laman web air asia..or mengendap2 setiap jam..hehehenampak murah beli terussssss..
(kena set dah tarikh nak pegi and aim tix yg murah..).
masa saya pi tuh, tix semua sekali sorang around 2k (KL-melben- perth-KL)

hotel..
biasanya book online tru banyak laman web tempahan hotel. cthnya tripadvisor dll..google je..biasanya murah kdg sampai 30-40% dari harga published di laman web sebenar hotel.
(uncle lebih tahu hal ni rasanya)..

Uncle berkata...

Dear Catz.
Thanks for the tips...Uncle akan cuba nanti. By the way, jangan lupa Swiss Garden Lumut tu yea...nanti cerita sikit kat Uncle. Teringin nak pi main golf la....heh3....

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan...