Rabu, Disember 19, 2018

IQ (dari 13 ke 50)

jr, iq dan boyo

Iq ni budak 03. Sama macam saya. Tapi 03nya terus bermastautin disitu sedangkan saya tidak! Saya hanya mengenali beliau setelah kami masuk kedalam kelas yang sama, yakni 1 Putih (of all the names - hahahha) pada tahun 1981 dan guru kelas kami ialah Cikgu Azizi Sihab. Saya tak ingat apakah kami pernah duduk bersebelahan, tetapi kami sering bersama jika ada kesempatan. Ke kantin diwaktu rehat dan usai prep malam, ke surau, ke padang disebelah petangnya, melepak dibilik mahupun mencuci baju! Kami jadi akrab. 

Saya tak menyangka walaupun beliau budak pantai timur dengan pelat yang pekat, sebahagian dari dirinya juga sebenarnya berdarah Negori. Lebih spesifik sekali, Kuala Pilah! Kadang-kadang Iq ada juga mengajak saya pulang ke kampungnya di KP. Saya masih ingat lagi yang kami menaiki bas dari stesyen bas lama menuju ke Pilahdelphia (panggilan kami dulu). Kalau tak salah, rumahnya separuh papan dan separuh batu. Ada tanah luas dengan rumput menghijau dan pokok buah-buahan. Saya suka kesitu kerana suasananya amat kampung. Anak-anak ayam masih berlari kesana-sini. Amat mendamaikan.  Iq juga sering mengajak saya pulang ke kampungnya di Kuala Krai dan sering menceritakan cerita-cerita indah berkenaan air terjun di Lata Rek dan saya sungguh kesal kerana sehingga kini saya masih belum pernah melawat kampungnya disana!
 

Gambar atas menunjukkan kami pada tahun 1985. Dah pun tingkatan 5 waktu itu. Iq duduk disebelah kiri sekali manakala saya disebelahnya. Sebelah saya ialah Chico, Mat Jeng (prefek), Ketard. Depan Iq yang tengah menyuap itu ialah Izamin manakala disebelahnya pula ialah Anje. Iq ni memang kena dengan panggilan namanya. Iqnya memang tinggi. Merupakan salah seorang pelajar batch 85 yang bakal menyinar didalam peperiksaan SPM. Saya rasa semua guru-guru dan pihak sekolah dah dapat mengagak keputusan positif yang bakal beliau dapat. Samalah juga macamana pihak sekolah amat susah hati dan dah boleh mengagak keputusan negatif yang bakal saya dapat. Hahahahahahaha! What a contrast.....

Salah satu yang saya puji tentang Iq ni ialah daya konsentrasinya yang amat tinggi. Didalam kelas, jika pelajaran itu berdurasi selama 2 period 40 minit, maka selama 80 minit itulah pandangan dan juga tumpuannya tak terganggu. Berlainan dengan saya yang konsentrasi saya hanya berdurasi selama 3 minit dan seterusnya saya akan mengganggu orang lain! Beliau amat serius dengan setiap apa yang dilakukannya. Prep petang dan prep malam dia samada membuat homework ataupun sibuk mengulangkaji pelajaran. Saya, samada saya bersembang atau buat-buat sibuk. 

Selain dari satu kelas sejak dari tingkatan 1, kami juga terus berada dikelas yang sama sehingga ke tingkatan 5. 5 Al Tabari. Kelas budak-budak hebat! Hahahahahahahaha....selain dari itu, kami juga didalam kumpulan pengakap yang sama. 

Setiap masa santai yang terluang, kami sering bercerita mengenai pengembaraan. Iq merupakan rakan yang mengikuti saya mengembara ke Langkawi dari Seremban sewaktu kami di tingkatan 2. Saya ada menceritakan perkara ini didalam masukan blog saya yang terdahulu. Seorang yang amat adventurous dan pada umur-umur sebegitu, semuanya jadi mencabar tanpa memikirkan risiko!

Iq merupakan bukan orang pertama yang akan saya cari jika terputus bekalan "asap" malah beliau merupakan bantuan terakhir yang akan saya dapatkan kerana jenamanya ialah Benson sedangkan kami semua Marlboro.  Tetapi seperti kata pepatah, "tiada rotan, akar pon jadi", BH pon BH lah...........hahahahahahahaha.......
 

  
Gambar diatas menunjukkan kami sedang menunggu pasukan ragbi dari Thailand untuk sampai ke sekolah nasi kawah kami. Berdiri dari kiri ialah Judd, Apam, Dino, Kuyat, Chico, Iq, BuG, Uncle dan yang berdiri segak dengan memakai blazer ditengah panas, Demang. Dari dulu sampai sekarang Demang masih pakai blazer!

Setelah tamat peperiksaan, Hampir kesemua mereka telah mendapat sponsorship untuk melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sebahagian kecil di universiti tempatan dan seperti yang dijangkakan, saya tak mendapat apa-apa. Hahahahahahaha...............Dan Iya, Iq, seperti yang dijangkakan, melanjutkan pelajaran ke New Zealand. Sepanjang beliau disana, kami terputus hubungan. 

Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, teknologi canggih telah memudahkan kami untuk bersatu semula. Seorang demi seorang mula kembali ke tanahair dan bekerja dengan sponsor masing-masing. Berita pertunangan rakan-rakan mula sampai ke telinga saya. Selang setahun dua, kad jemputan ke majlis perkahwinan pula menyusul. Saya tak tahu saya berada dimana tetapi saya tidak menghadiri majlis perkahwinan Iq. Seorang demi seorang mendapat anak. Anak-anak pula kemudiannya mula masuk ke sekolah dan begitulah seterusnya.
 

Apabila masa mengizinkan, Iq akan datang membantu saya dan ahli Unggas KL yang lain di MJ. Membungkus makanan, mengagihkan makanan serta memberi pakaian pada yang memerlukan. Tahun lalu saya mendapat jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan anak sulung beliau yang dilaksanakan di Ampang. Berhampiran dengan rumah saya. Saya hadir. Kami berpeluk sakan, menggenggam erat tangan masing-masing sambil mengucapkan tahniah. 

Kini, saya mendapat berita gembira dari Iq. Beliau bakal menimang cucu tak lama lagi. Saya tumpang seronok. Pada masa yang sama, sambil minum neskapeyy, saya tersenyum sendirian mengenangkan perjalanan hidup kami. Bertemu sewaktu berumur 13 tahun ditahun 1981. Berada didalam kelas yang sama, pasukan pengakap yang sama, minat mengembara yang sama, dilahirkan dinegeri yang sama, menetap dikawasan yang hampir sama kini....dan kini beliau bakal mendapat cucu! Hahahahahahahaha........Iq dimata saya masih merupakan seorang budak 13 tahun yang saya kenal 37 tahun dulu. Berbadan kecil tetapi bercita-cita besar. Wow.........Iq bakal menimang cucu.......tak tercapai akal saya dan inilah yang sering membuatkan saya tersenyum sendirian tatkala menghirup neskapeyy panas.....

 #livebalancedlifetothefullest
#43daystogo

Selasa, Disember 11, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali bah 18 (akhir)






Assalamualaikum semua. Mohon maaf kerana dah lama saya tak menulis. Yang sebenarnya, secara tiba-tiba saya kehilangan mood untuk menyambung blog ini tetapi entah kenapa sewaktu menunggang kapchai untuk ke tempat kerja, kenangan saya bersama Tan Sri terus-menerus menerjah ke fikiran saya. Tambahan pula tatkala melalui jalan dihadapan IJN.

Saya masih ingat pada suatu pagi tanggal 8hb Mac 2018, Tan Sri mengirimkan pesanan ringkas kepada saya bahawa pada sebelah petangnya bakal diadakan satu mesyuarat bersama dengan rakan-rakan serta ahli persatuannya. Seperti biasa, saya membalas, "Baik, Tan Sri".  Sejam sebelum mesyuarat bermula, saya menghidupkan enjin moto saya dan memecut laju menghala ke arah Bangsar. Ada satu gerai kuih yang saya selalu singgah dan beli untuk Tan Sri. Ia terletak di Lucky Garden, sedikit ke tepi diantara Mahbob dan Giant Hypermarket kalau tak salah saya. Saya beli goreng pisang, cucoq kodok, cucoq ubi. Ada lah 3 peket besar. 

Tan Sri sampai dan memulakan mesyuaratnya. Saya ada disitu. Sesuatu yang saya amat hormat kepada Tan Sri ialah, walaupun kami banyak perbezaan pendapat didalam beberapa isu, tetapi Tan Sri tak pernah menyuruh saya tunggu diluar ataupun jangan berada didalam tempat mesyuaratnya. Walaubagaimanapun, saya faham. Jika ada sesuatu yang Tan Sri agak kurang selesa dengan adanya saya, dari mimik muka dan pandangan sepintas lalu, saya faham bahawa itulah cara sopan Tan Sri memberi isyarat berhemah untuk saya tidak berada bersama. Pernah sekali saya dibawa untuk menghadiri satu mesyuarat. Oleh kerana disana terdapat beberapa tokoh besar,  saya memohon izin daripada Tan Sri untuk hanya menunggu diluar. Selang 10 minit kemudian, pengiring kepada salah seorang tokoh besar itu keluar dan memanggil saya untuk sama-sama berada didalam. Tan Sri menyuruh saya duduk disebelahnya dengan memperkenalkan saya sebagai seorang penulis blog! Saya terkebil-kebil. Tangan saya berpeluh! Dalam hati, saya berdoa agar mereka tidak bertanya jenis apakah cerita-cerita yang saya tulis didalam blog? Yang pasti, kebanyakannya, tak berjenis...satu jam tiga puluh minit yang amat menyiksakan bagi saya! Ditangkap cikgu Azizi dan cikgu Sabarudin kerana tak pergi kelas pon taklah se ngeri ini...

Berbalik kepada mesyuarat Tan Sri tadi, ia berjalan dengan amat rancak. Sesekali diselangi dengan gelak tawa kecil dari semua. Saya turun dan menuju ke arah dapur/pantry. Bancuh kopi untuk diri sendiri dan menjamah sedikit kuih yang berbaki. Tiba-tiba Tan Sri datang dan menegur saya. Katanya, "Shahrir,   sedap sunggoh kuih hari ni....ada lagi ka, pi tambah sikit lagi...". Saya hairan lantas berkata, "Tan Sri, kuih ni lah yang saya selalu dok pi beli kat Tan Sri selama 7-8 tahun ni. Baru hari ni Tan Sri habaq sedap kat saya..." Kami bergelak sakan.....Tan Sri naik keatas dan menyambung mesyuaratnya. Saya masih dibawah mengelamun. Seketika kemudian sekali lagi Tan Sri turun dan kali ini kami makan goreng pisang dan cucoq ubi bersama dari satu piring sambil minum kopi....

Keesokannya, diawal pagi, saya mendapat panggilan daripada salah seorang anak-anak Tan Sri yang memberitahu saya bahawa AYAH dah tiada sewaktu sedang menunggu masuknya waktu subuh. Saya segera bersiap dan terus menuju ke rumah Tan Sri.

Al fatihah



Jumaat, Oktober 05, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali bah 17


 

Assalamualaikum dan bertemu sekali lagi kita pada kali ini setelah agak lama saya mendiamkan diri mengumpul bahan. Sewaktu saya dan TS masih disana, kami telah bertemu dengan seorang tokoh besar negara secara kebetulan. TS dan 'tokoh besar (TB)' ini terus sambung berbual manakala saya pula yang tiba-tiba tenggelam punca tak tahu apa nak buat, memulakan conversation saya dengan salah seorang pengiringnya. Kami bertukar nombor talipon. Malamnya saya menghantar pesanan ringkas kepada beliau dan mengajak beliau keluar makan tetapi ditolaknya dengan sopan kerana harus mengiringi TB untuk makan malam....

Sewaktu saya pulang ke KL dan bertemu sambil berbual dengan rakan saya Jamsari, saya ceritakan kepada beliau bahawa sewaktu saya disana, saya telah bertemu dengan TB tersebut dan ada berhubung pula dengan pegawai khasnya merangkap pengiring TB tadi......Jamsari yang mendengar cerita saya dengan khusyuk tiba-tiba tersenyum sambil memberitahu saya, "Ohhhh itu R....adik bongsu saya tu!" sambil menunjukkan saya foto keluarga mereka yang diambil sewaktu raya sebelumnya! Hahahahahahaha.....saya tampar dahi, mulut saya melopong! Dalam fikiran saya  berfikir, "macamana buleh jadi lagu ni?"

Saya bukanlah kaki shopping. Jika saya pergi dengan 3 helai baju, begitu jugalah apabila saya balik. Tidak ada apa yang saya beli untuk diri sendiri. Kecuali untuk anak-anak. Bagi saya, cukuplah dengan mengambil foto dan menulis diblog sebagai bahan bukti yang saya pernah menjejakkan kaki disana. Saya lebih kepada cafe hopping, melihat bangunan-bangunan lama serta baca novel di park dan alhamdulillah Landen merupakan tempat ideal untuk saya melaksanakan apa yang saya suka ditambah pula dengan cuacanya yang nyaman.



2 minggu berada di kota Landen membuatkan saya tambah memahami diri seorang tokoh besar negara ini. Sewaktu menaiki pesawat untuk pulang, fikiran saya kembali melayang memikirkan bahawa TS merupakan seorang tokoh yang melihat sesuatu bukan hanya dengan mata kasar. Seorang tokoh yang menilai dan terus menilai setiap sesuatu yang hendak disampaikannya. Bagi kebanyakan orang, tokoh ini bolehlah dikatakan sebagai satu figura serius setiap kali berbicara tetapi bagi saya, tidak. Of course beliau seorang yang tegas dan serious tetapi sisi yang saya kenali merupakan sisi luarbiasa beliau yang tak mungkin dapat dilihat oleh orang lain. Cara pertuturannya, mimik mukanya, 'chamdek'nya, buah fikirannya, cara kerjanya, cara pemakanannya, sahsiah dirinya, hubungannya dengan orang sekelilingnya. Amat menakjubkan saya. Sesungguhnya saya amat bertuah kerana dapat mengenali beliau dengan lebih dekat. Lebih dekat daripada orang lain yang mengenali beliau. Kenangan saya bersama beliau selama 8 tahun terus tersemat jauh disudut hati saya. Al fatihah...

#livebalancedlifetothefullest

Jumaat, September 07, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali bah 16





Perjalanan saya kesana telah menemukan saya dengan seorang rakan lama saya yang sama-sama makan nasi kawah dengan saya dulu disekitar tahun 80an. Kami pernah bersekolah rendah yang sama sewaktu di Melaka dan surprisingly sewaktu saya masuk ke sekolah menengah nasi kawah di Seremban, beliau merupakan senior setahun saya. He is no other than my beloved brother ML (lain mak dan lain bapak) yang dah berpuluh tahun bermastautin di kota Landen. Anak-anak ML dah besar dan bersekolah disana.....message saya kepada ML ialah, "you better stay there......senang aku nak pergi!" hahahahahahaha...

Since saya dan TS berjanji untuk bertemu dan bersarapan bersama, saya tanya ML pada malam sebelumnya apakah beliau available untuk bersarapan dengan kami? Alhamdulillah dipagi harinya ML memberitahu saya bahawa beliau free dan akan menjemput saya di hotel. ML menunggu didepan lobi dengan kereta barunya. Saya tak perasan kereta yang mana satu kerana kereta yang dipandunya hebat....hahahahahahaha....ML keluar dan menggamit saya. Hahahahahahaha....sekali lagi saya rasa macam orang kaya! ML memecut laju kearah mana pun saya tak tahu tapi matlamat kami ialah untuk menjemput TS. 

Kami bersarapan disebuah restaurant yang saya pon tak ingat namanya. Kami bertiga. Minum, makan, bergelak-ketawa. Minum, makan, bergelak-ketawa. Itulah TS. Tatkala kami duduk, takada cerita serious yang dibincangkan. Semuanya cerita-cerita santai yang kesudahannya happy ala-ala cerita Bollywood. Mungkin pada waktu-waktu tertentu TS juga mahu bercerita perihal perkara-perkara tak masuk akal dan lawannya bercerita ialah saya...hahahahahaha....Banyak ceritanya...tersangat banyak hingga tak mampu saya ceritakan disini. Kadang-kadang bila saya duduk sorang-sorang,  saya akan terfikir kembali dan mengangguk-angguk kepala seorang diri mengiyakan apa yang TS pernah ceritakan kepada saya.. 

TS berpesan kepada ML untuk mengunjungi beliau bila-bila ML pulang ke KL dan kalau tak salah saya ada sekali kami bertiga bertemu di KL. Di Coffee Bean. TS seorang yang kuat daya ingatannya. Selalu menebak saya dengan kembali bertanya sesuatu perkara yang dah berlalu beberapa bulan yang lalu. Jika dari segi umur sepatutnya saya lah yang lebih banyak ingat.....hahahahaha tetapi ini tidak. Saya pulak yang banyak lupa! TS juga acapkali mengesyorkan saya untuk membaca banyak buku untuk menguatkan ingatan saya, katanya!

Ada sekali kami berjanji untuk bertemu sambil minum petang disebuah tempat yang 'best'. Setelah hampir pada waktunya, saya mula melajukan langkah saya menuju ke tempat tersebut kerana tidak mahu terlambat. Alhamdulillah saya tidak lambat apabila bertemu TS dihadapan bangunan besar tersebut. Saya bertanya kemanakah tujuannya dan TS hanya tersenyum sambil mengenyitkan mata kepada saya. Hahahahahahaha.....best ni...kami masuk ke dalam dan sewaktu sampai di hadapan restaurant, TS memberitahu yang beliau ada reservation. Kami dibawa ke meja kami. Memesan makanan dan minuman, saya memandang sekeliling....alamak, tak ada yang berpakaian macam saya...hahahahahaha....semuanya diambil jacket mereka sewaktu sampai! Kasut mereka berkilat-kilat...kasut saya bertompok-tompok.....jacket mereka nampak berkelas.....jacket saya cuma dari UNIQLO saja.....tapi takpalah.....jadi lah!

Seronok minum kat situ sebab mat salleh yg served saya....selalunya saya yg serve mat salleh...hahaha....

Petang tu angin kuat...menggigil saya....since lama tak exercise, saya mintak diri untuk jalan kaki pulang. Oleh kerana cuaca dingin, perjalanan santai pulang saya tak terasa lamanya....sedar-sedar dah dekat sejam setengah saya jalan. Eh, ada yg tak berapa kena nehh...datang tadi 20 minit je, apasal balik sampai sejam lebih? Saya mula garu pipi.....nak sms tanya TS saya segan sebab tadi diajaknya saya balik sekali tapi saya eksyen! Sekarang padan muka saya....hahahaha.....

al fatihah
#livebalancedlifetothefullest

Selasa, Ogos 21, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 15

Sakura di London

Saya amat biasa dengan sakura di Jepun. Pernah dengar tentang sakura  di Washington (hasil pemberian Maharaja Jepun kepada Amerika - kalau tak salah saya) tetapi tidak pernah tahu tentang sakura di London. Jadi, tatkala terlihat sakura banyak menguntum di sepanjang jalan di Holland Park ( terimakasih kepada yang mengingatkan saya tentang Holland Park ni), saya rasa teruja untuk berhenti dan mengambil gambar. Terasa seperti nak meninjau lebih dekat lagi tetapi takut disalah erti kerana pokok-pokoknya ditanam didalam halaman rumah orang. Nanti diingatnya saya ni 'intruder'. Hahahahahahahaha......

Cuaca amat 'comfortable' tetapi jaket saya terlalu nipis dan angin pula bertiup agak kuat sewaktu saya disana. Jadi saya sentiasa menggigil. Untuk menghilangkan rasa sejuk buat sementara waktu, saya akan masuk kemana-mana kedai yang ada disepanjang jalan selama beberapa minit sebelum sambung semula berjalan. Cuaca sebegini, saya suka berjalan...TS ada memberitahu saya untuk berjumpa beliau untuk makan tengahari disalah sebuah restoran masakan Malaysia di London. Berhadapan dengan sebuah kompleks membeli-belah yang besar, berdekatan dengan sebuah hotel. Seperti biasa, nama shopping mallnya saya lupa. Kami makan tengahari disitu ala kadar. I'm not going to elaborate much about this restaurant....hmmmm....Lepas makan, kami masuk ke mall. Besar dan ada beberapa tingkat. Kami naik ke atas dan terlihat ada cafe yang bagus diatasnya. Penat meronda, kami berhenti disalah sebuah cafe untuk minum. Sebenarnya saya ni bukan kaki ronda di shopping mall. Kurang tenaga tapi kalau diajak ke padang rugby, insyAllah saya mampu. Hahahahahaha......Anyway, saya dan TS duduk disatu sudut sambil menikmati kopi London kami. Hanya kami berdua. Tak ada orang yang kenal TS. Kami berbual dari satu topik ke satu topik yang lain. Nah...disitu saya mengenali TS dengan lebih mendalam. Pelbagai topik kami bualkan. Dari sekecil-kecil topik hinggalah sebesar-besar topik. Tak ada 'tapisan'. Jika ada sesuatu yang saya kurang setuju, saya akan nyatakan pendapat saya dan TS mendengar dengan teliti justification saya. Saya masih ingat dengan jelas bahawa ada satu perkara yang kami bincangkan, sedikit panas. Saya sedikit 'emosi' sewaktu menjelaskan huraian saya kepada TS. TS hanya mendengar dan menganggukkan kepala. Kami diam seketika. Saya hirup latte saya, TS hirup lattenya. Selang beberapa minit, TS menegur saya, " Shahrir, you seemed to be very upset trying to put forward your points...." Alamak, saya termalu sebentar. TS perasan ka? Mungkin nada suara ataupun mimik muka saya menunjukkan saya kecewa. Sewaktu kami berdua meninggalkan cafe tersebut untuk pulang, TS menepuk bahu kanan saya sambil berkata, "It's ok to feel upset....". Saya tunduk dan kami sama-sama melangkah keluar. 

Hari dah mula senja. Ini menunjukkan bahawa kami dah menghabiskan masa selama beberapa jam. Berbual, bercerita, dan ketawa. Diluar, cuaca dingin mula menerjah ke muka saya. Telinga mula kebas. Hahahahahahahaha.....Sewaktu kami melintas jalan, saya terpandang sebuah hotel diseberang jalan. MasyAllah, inilah hotel yang saya pernah bercita-cita nak kerja dulu. Saya berhenti sebentar dan memandang sebuah hotel agam dengan binaan lama facadenya tersergam indah didepan saya. Saya seperti bermimpi. TS perasan yang saya terpegun. TS bersuara, "Let's have our last coffee for the day, there. At the Hilton". Wow, seperti orang mengantuk disorongkan bantal, saya mengangguk dan mengekor!

Wah inilah hotel Hilton diluar Malaysia yang saya pernah mohon untuk bekerja dihujung tahun 80-an dulu tetapi tidak mendapat sebarang balasan. Kami masuk ke dalam dan terus menuju ke lounge. Memesan kopi dan terus bercerita. Mata saya meliar melihat 'id' nya, menunya, para pekerjanya, set-upnya dll. Walaupun saya tidak dipanggil untuk bekerja di situ tetapi kini saya berada disitu untuk minum kopi. Mat salleh yang serve saya...hahahahahaha...saya terasa "kaya" sebentar walaupun bilnya selepas itu dibayar oleh TS.

Usai minum kopi, TS kemudiannya pulang ke tempat penginapannya yang terletak tidak jauh dari situ. Sebelum part ways, TS bertanya samada saya memerlukan teksi tetapi saya dengan nada confident lantas menjawab, "It's ok TS i'd rather walk back to my hotel..." Bunyinya seolah-olah saya enjoy berjalan pulang didalam cuaca dingin tetapi pada hakikatnya tidak, saya terpaksa berjimat sebab duit yang saya bawak tak sebanyak mana! Maklumlah....selalu backpacking! Hahahahahahahaha.....

Selang 25 minit berjalan, saya sampai dihotel penginapan baru saya. Naik ke atas dan bersalin pakaian. Tak jadi mandi sebab masih sejuk! Sewaktu berbaring diatas katil,  saya teringat points yang cuba nak saya nyatakan kepada TS petang tadi. Saya rasa bersalah kerana menekankan point-point saya dengan sedikit keras dan malu kerana saya rasa air muka saya berubah di depan TS. Saya jadi resah. Golek kiri golek kanan, tengok tv, semuanya serba tak kena. Finally, saya ambil mobile phone dan menghantar satu pesanan ringkas memohon maaf kepada TS diatas perkara yang berlaku. Perasaan resah saya kini bertambah kerana TS masih belum membalasnya. Selepas hampir 1 jam, saya terima satu sms dari TS. "It's ok. A good conversation. See you tomorrow for breakfast". Saya tersenyum. Saya kagum dengan TS. Lega.......saya terus tertidur!

to be continued

#livebalancedlifetothefullest



Jumaat, Ogos 10, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 14

Kedai buku yang saban hari saya kunjungi selama disana kerana banyak buku-buku yang saya tak dapat disini.


Dah lama saya tak melakukan perjalanan jarak jauh dengan pesawat. Setiap kali saya terfikir, bakal timbul 2 perasaan bercambur-baur. Pertama ialah keseronokan kembali menjelajah ke tempat baru dan yang kedua ialah risau duduk lama-lama dalam pesawat kerana ponggong saya cepat lenguh..Kalau setakat 1 jam setengah ke Krabi atau 3 jam penerbangan ke Bali saya masih ok dan masih mampu tersenyum tatkala menerima sebungkus kacang penghilang lapar. Tapi kalau travel jauh-jauh ni saya kembali ngeri. Ke Tokyo 6 jam. Ke Jeddah 9 jam. Selalunya saya travel ringan dan hanya menggunakan satu knapsack dengan membawa keperluan asas sahaja berserta ubatan. Semua pakaian, akan saya gulung kecil. Banyak yang saya tak bawa apatah lagi sambal ikan bilis, rice cooker dll. Nak makan nasik dan sambal ikan bilis, baik duduk rumah! Itu hanyalah pandangan peribadi saya sahaja...alhamdulillah tekak saya boleh adapt dengan apa-apa jenis makanan dan travel saya bukanlah semata-mata untuk makan..bagi saya, local street food is always the best.

Cuaca masih sejuk kerana kami disana pada musim spring (luruh). Lama saya tak 'spring'. Bila sekali-sekala kena spring, kering dan gatal habis satu badan! Hahaha...Anyway, sesampainya kami di sana sementara menunggu transport, kami sempat minum kopi dulu. Walaupun didalam lapanganterbang Heathrow, saya masih kesejukan. Menggigil. Pemandu menghantar saya dulu ketempat penginapan. Tan Sri kata, "wahhhh not bad tempat you Shahrir". Hahahahahaha....TS tak tahu bahawa bilik saya ialah bilik yang paling murah ditempat tu! Anyway, TS mengekor saya sampai ke lobi. Setelah saya mengambil kunci, TS pon mengorak langkah meninggalkan saya sambil kami berjanji bertemu untuk makan malam.

Next day, TS sms saya bagitahu kata beliau otw ketempat saya dan kami akan breakfast bersama di luar. Banyak cafe disitu.  Next day bila TS sampai di lobby, saya dah tercegat tunggu macam saya tunggu TS di lobi hotel di Mekah dulu. Bila saya nak mula melangkah keluar, TS kata, "Shahrir, show me your room!". Adoiyai...part ni parah.....No worries. Bilik saya sentiasa bersih dan saya kemas setiap kali bangun walaupun lepas tu ada housekeeping staff akan datang kemaskan..TS ikut saya. Instead of naik keatas, saya bawak TS turun ke bawah. Dah sampai bawah, saya bawak TS turun lagi....TS mula heran. "Katanya,, "Ni nak pi mana ni?". Saya jawab, "Bilik saya TS!". Sampainya dibilik saya, TS pon masuk dan duduk dihujung katil saya. "Toilet mana?". Saya jawab, "Tang tu TS. Haluih..celuih la saya sorang". TS geleng-geleng kepala dan mengajak saya naik semula ke lobi. Sampai dilobi, TS berbisik kepada saya dengan nada tegas. "You check out later from here, i'll put you up somewhere else better than this...". 

Nah..itulah TS yang saya kenal. Amat prihatin. Bagi saya bilik di basement itu sudah memadai bagi saya yang selalunya travel backpacking on a very-very tight budget. Cukuplah ada katil, hot water, wifi dan heater dimusim sejuk. Itu dah kira 'luxury' untuk saya. Makan, saya tak kesah sangat. Tak makan nasi pon takpa. Roti cicah kopi can be my meal throughout the day...btw saya pernah tidur di stesyen keretapi di Florence (Firenze) dulu, juga pada musim spring! In this case, TS tak sampai hati tengok saya duduk disitu. TS suruh saya check out segera lepas breakfast walaupun bayarannya telahpun saya buat.....persahabatan dan kenangan saya selama 8 tahun bersama TS akan saya kenang sampai bila-bila...

to be continued....

Al fatihah

#livebalancedlifetothefullest

Jumaat, Ogos 03, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 13


Saya sungguh tidak menyangka yang perkenalan singkat saya dengan Tan Sri di tanah suci Mekah dulu bakal berterusan sekembalinya saya disini. Malah hubungan tersebut masih terjalin dengan ahli keluarganya kini walaupun Tan Sri telahpun tiada. 

Pernah beberapa kali sewaktu kami berkesempatan untuk duduk berbual, saya bertanya, "Tan Sri, awat Tan Sri dok aktif lagi sampai ke la? Eloklah berehat saja" . Tan Sri terdiam sebentar. Selepas meneguk double shot latte, Tan Sri berkata, "Saya ni kalau tak aktif saya akan lagi cepat sakit...". Oh begitu rupanya! Saya tak tanya lagi...

Mempunyai character yang amat 'colorful' bagi pandangan saya. Kehidupan beliau sejak kecil tidaklah seindah yang disangka. Berasal dari keluarga susah dan membesar di sebuah perkampungan kecil di Yan banyak mengajar beliau tentang pahit-jerih kehidupan. Usaha keras, tidak takut gagal, disiplin yang tinggi merupakan sebahagian daripada kunci utama seorang anak kampung ini berjaya hingga mampu menjejakkan kaki hampir ke seluruh  dunia. 

Kesempatan untuk duduk sambil bercerita dengan Tan Sri amat saya nanti-nantikan. Tatkala kami bertemu, perbualan kami sering berkisar kepada kehidupannya disebalik "pangkat dunia". Cerita-cerita sewaktu beliau kecil memberikan banyak inspirasi kepada saya untuk menulis.

Pada suatu hari sedang saya menikmati makan malam bersama keluarga saya, saya menerima pesanan ringkas daripadanya. Tan Sri bertanya apakah paspot saya masih valid. Saya menjawap ya dan pada masa yang sama berasa hairan kenapa Tan Sri bertanya sedemikian. Itu merupakan kali pertama Tan Sri bertanya berkenaan paspot saya. 

Message seterusnya yang masuk kepada saya ialah, "would you like to go to London with me? ". Saya tergamam. Tangan masih menggenggam mobile fon saya. Saya baca sms dari Tan Sri beberapa kali lagi kalau-kalau saya tersalah baca....diajaknya saya ke Port Dickson tapi saya terbaca London. Hmmmm tidak sama sekali....ini betul. Saya belum pernah sampai lagi kesana walaupun pernah menetap di Eropah beberapa tahun sebelumnya. Satu lagi sms masuk kepada saya. Mesaagenya, "see me in the office tomorrow, we have lunch and talk further". Jawapan saya hanyalah, "Baik Tan Sri."

Itulah Tan Sri yang saya kenal. Seorang yang amat-amat low profile, humble yet colorful and unpredictable. Juga seorang yang amat appreciate hubungan silatulrahim. Jika nak diikutkan, siapalah saya kepada beliau. Hanya seorang pekerja hotel yang menjaga makan-minum sepanjang penginapannya di Mekah dulu. Kepada pembaca blog ini yang sering mengikuti cerita-cerita saya sejak 2007 pasti pernah terbaca mengenai perjalanan saya ke London dulu tanpa saya sebut dengan siapa. Inilah kali pertama saya beritahu dengan siapa saya kesana. 

Nanti bila saya free sikit saya akan cerita apa yang berlaku disana. Oh ya..gambar diatas itu ialah merupakan sebuah butik hotel yang sedang saya usahakan. Bukan milik saya ya....milik orang...saya hanya diberikan kepercayaan dan saya sendiri tidak berminat untuk memiliki hotel sendiri....ia tidak semudah yang disangkakan...ini 'baby' saya kini. 

Al Fatihah

#livebalancedlifetothefullest

Jumaat, Julai 13, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 12






Setiap kali saya ke pejabat Tan Sri, saya hanya sering berseluar jeans. Saya tidak memakai sepatu seperti nak masuk mesyuarat kerana saya hanya menunggang motosikal kapchai. Walaubagaimanapun, kasut saya sentiasa tersimpan rapi dibeberapa tempat untuk saya gunakan jika perlu. Begitu juga dengan kemeja saya, tie saya dan cufflink untuk melengkapkan pakaian saya. Semuanya bersesuaian dengan acara. Tetapi apabila saya tidak ada appointment, saya hanya berseluar jeans, tee shirt dan kasut santai yang kadang-kala warnanya agak 'ang-ang' (menyala). Kasut yang saya pakai tu saya sendiri tak reti nak describe sebagai kasut jenis apa....tak bertali. Orang Kedah kata, "serelom" saja. Kasut ni amat casual dan saya sukakan warna yang agak terang. Pada waktu itu kebetulan aunty belikan kepada saya yang warna merah untuk harijadi saya! Hahahahahaha...

Pada suatu pagi saya mendapat message daripada Tan Sri yang memanggil saya untuk bertemu beliau dengan segera. Tanpa berlengah lagi, saya pon terus ke pejabat Tan Sri dari tempat saya di Bangsar. Saya masuk ke pejabat. Di pejabat Tan Sri, kasut diletakkan di rak kasut. Kalau di rumah Jepun tempat untuk masuk ke rumah dan letakkan kasut dipanggil "genkan" dan/tetapi disebut sebagai "gengkang". Saya seperti biasa, meletakkan kasut saya di rak. Terus ke pintu pejabatnya dan memberi salam. Tan Sri mengangkat kepala dan menjawab. 

"Hah...cepat sampai", katanya...
Saya tersenyum dan membalas, "moto Tan Sri, tu yang cepat".

Tan Sri menyuruh saya tunggu sebentar. Selang beberapa minit, Tan Sri keluar dan mengajak saya mengikutnya untuk satu mesyuarat penting katanya. Huh? Mesyuarat? Habislah saya. Dahi dah sedikit berpeluh. Saya tak bersedia kerana tidak diberitahu. Nasib baik saya pakai kemeja. Tan Sri sarungkan kasutnya. Saya sarungkan kasut saya. Sewaktu nak berjalan menuju ke lif, Tan Sri memanggil saya. 

"Shahrir!!!!!, awat kasot rona merah????"


al fatihah.....

Live balanced life to the fullest..

Rabu, Julai 04, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 11


TS merupakan seorang tokoh yang amat senang saya hubungi. Setiap sms yang saya kirimkan pasti berjawab didalam waktu yang singkat. Walaupun beliau sibuk, pesanan ringkas saya tidak pernah diabaikan. Kadang-kadang saya terlupa yang TS ada ceramah ataupun bermesyuarat kerana beliau tidak pernah memberitahu saya agar tidak mengganggu perjalanan programnya. Kecuali kadang-kadang jawapan pendek yang saya terima ialah, "Shahrir, saya di Jakarta..". TS pada kacamata peribadi, boleh diibaratkan sebagai seorang tokoh yang amat saya hormati. Hormat dengan tutur katanya, hormat dengan caranya, hormat dengan pandangan-pandangan tajam, sinis dan advancednya, hormat dengan kesederhanaannya dan banyak lagi.  Nasihat-nasihat beliau kepada saya boleh diibaratkan sebagai nasihat/teguran daripada seorang ketua kepada pekerjanya ataupun dari seorang bapa kepada anaknya.

Oleh kerana TS sering ke luar dengan tugasan rasmi negara (sewaktu berkhidmat dengan kerajaan dulu), saya pasti TS selalu makan makanan yang enak-enak. Mungkin juga yang mahal seperti daging KOBE dll yang tak mampu saya rasa kerana harganya yang amat mahal. Pada suatu hari, sedang kami berbual santai, saya bertanya kepada TS........."TS, apa makanan yang TS teringin sangat-sangat nak makan dan dah lama TS tak makan?". TS berhenti sejenak berfikir, memandang tepat kearah saya dan lantas terpacul dari mulutnya, "Saya teringin nak makan sardin dengan sayoq bayam tomeh ayaq". 

Selang 2 hari setelah saya check jadual TS yang agak free, saya mengajak TS makan tengahari. Sebaik TS melangkah kemeja makan, saya lihat ada senyuman dibibirnya....saya masakkan apa yang TS beritahu saya 2 hari lalu dan TS makan dengan berselera. "Tambah nasik sikit lagi...", katanya kepada saya. Hahahahaha... 

al fatihah....

Live balanced life to the fullest!

Jumaat, Jun 29, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 10


Setiap kali saya melihat koleksi buku-buku TS, saya jadi tak tahu mana saya nak mula baca dulu. Pegang yang kiri tertengok yang kanan, pon menarik. Last-last takdak satu pon yang saya sempat habis baca. Tapi ada bacalah perkara-perkara pokok yang penting. Buku-buku yang saya belek dan baca, hampir kesemuanya ada tanda-tanda garisan berulang. Ini saya pasti merupakan hasil kerja TS ketika beliau membacanya. Ada 2 kemungkinan. Satu, mungkin baris ayat tersebut berjaya menarik perhatiannya manakala yang kedua pula mungkin ada pengajaran penting yang ingin diingatinya mahupun diulang bacanya.

Saya juga perhatikan setiap kali TS mengunjungi library peribadinya, saya pasti TS akan mengambil semula salah satu buku lama daripada koleksi puluhan ribu buku-bukunya untuk selama beberapa hari dan perkara ini tak sempat nak saya tanya kepada TS kenapa. Tapi saya rasa ia ada kena mengena dengan 'isu semasa' dan juga perkara-perkara yang ingin 'ditekankannya'.

Blog Tan Sri telah habis saya baca. Saya amat gemar membaca penulisan TS melalui masukan-masukan diblognya. Banyak perkara yang saya pelajari dan yang membuat saya paling terharu ialah salah satu blog 'entry' yang ditulisnya sebaik saja beliau pulang dari mengerjakan haji pada tahun 2009 ialah....


40. Pengalaman di Makkah di bulan puasa yang lalu dan pengalaman mengerjakan haji pada tahun ini telah mengenalkan saya kepada banyak kawan-kawan baru. Istimewa sekali ialah Tuan Haji Shahrir yang menjadi pengurus Food & Beverage ( Makanan dan Minuman ) dan House-keeping ( Urusan bilik ). Khidmat beliau begitu cemerlang sehingga ramai penghuni hotel-hotel berdekatan yang datang ke Al Safwah untuk makan tengahari dan malam. Menteri dari Nigeria begitu kagum dengan khimat di Al Safwah dan berjanji akan memindahkan rombongan rasmi negaranya dari hotel kelas tinggi berdekatan ke Al Safwah.

Al fatihah..
 

live balanced life to the fullest...

Rabu, Jun 06, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 9

Iftar Perdana sabtu lalu di sekolah nasi kawah
Sepanjang perkenalan saya dengan TSSJ, banyak yang saya pelajari. Salah satunya yang pasti ialah beliau amat banyak membaca. Tak terikut saya dengan habit beliau. Setiap kali berkesempatan untuk ke luar negara, sudah pasti beg buku-buku yang dibelinya lebih berat daripada beg pakaian beliau suami-isteri. Kemana saja beliau pergi, sudah pasti sebuah buku akan kelihatan digenggamannya. Sedikit-sebanyak saya merasa kagum.

Ada sekali pernah TS mengajak saya ke rumahnya pada satu petang. Saya pon tanpa berlengah masa terus mencapai topi keledar, celapak naik diatas moto kapchai saya dan memecut laju ke rumahnya. Setelah masuk dan duduk, TS turun perlahan dari tingkat atas dan apabila ternampak muka saya, terus diberikannya salam. Begitu lah Tan Sri. Amat menghormati tetamunya. Kami mula bersembang. Tan Sri menceritakan kepada saya waktu-waktu beliau mula belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar dahulu dan bagaimana muscularnya Headboy beliau pada waktu itu (Yang diPertua Negeri Melaka kini). Cerita-cerita beliau amat lucu. Seperti biasa, mukanya tetap serious sewaktu menceritakannya kepada saya tetapi apabila saya mula ketawa, TS juga akan turut ketawa....Saya rasa mungkin TS ingin menguji samada saya faham ceritanya atau apakah saya faham sense of humor didalam perceritaannya..

Ada suatu ketika saya diajak untuk minum kopi (kami sering minum kopi...haha) di One World Hotel, Bandar Utama. Kami terus ke loungenya dan duduk sambil bercerita. TS memesan kopi dan saya juga begitu. Setelah dibawakan kopi, apabila ingin menggunakan 'artificial sugar', tiba-tiba TS perasan yang beliau terlupa nak bawa gula tersebut. Oleh kerana latarbelakang saya bekerja di hotel dan kini saya sering bertemu beliau, saya pastikan yang saya sentiasa membawa artificial sugar tersebut didalam beg sandang saya ataupun sekurang-kurangnya ada 2-3 peket kecil didalam poket saya setiap hari sebagai langkah berjaga-jaga apabila diperlukan. Kita tak boleh menjangka bila hal-hal 'darurat' akan berlaku. Ini telah menjadi kebiasaan saya sejak dulu lagi terutamanya apabila sering menjaga VIP hi hotel dan tahu apa yang mereka boleh dan tidak boleh makan/minum, saya jadi terbiasa untuk bersedia. Alhamdulillah. Timing saya amat tepat. Sedang TS mencari-cari gula didalam beg kecilnya, saya sudahpun dapat membaca pergerakannya lantas menghulurkan 2 peket EQUAL sugar ke piring kopi TS.  TS menoleh dan mengucapkan terimakasih kepada saya sambil berkata, "you read my mind". Walaupun ia hanyalah ucapan yang amat kecil bagi TS, tetapi bagi saya, ia sesuatu yang besar dan kekal diingatan saya sehingga kini...al fatihah..

Live balanced life to the fullest

Jumaat, Jun 01, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 8

InsyAllah saya bakal ada disana...

Setiap hari Jumaat, kami sering bersolat Jumaat di Bangsar. Jika Tan Sri awal, beliau akan menghantar pesanan ringkas kepada saya untuk bertemu beliau di Coffee Bean dilantai bawah (street level) BV. Saya pula akan memecut laju moto kapchai saya menuju ke destinasi yang diberitahu. Kebiasaannya Tan Sri ditemani oleh FN. Seorang yang amat dipercayai Tan Sri. FN merupakan seorang ilmuwan dan kini sedang menghabiskan tesis PHDnya disalah sebuah universiti hebat tanahair di bidang WAKAF. Saya pasti jika Tan Sri ingin berbahas topik ilmiah, FN lah pilihannya bukan saya...hahahahahahaha.....

Jujur saya katakan bahawa setiap kali kami bertemu, jarang sekali kami berbincang mengenai topik-topik sensitif. Selalunya lebih kepada cerita-cerita santai semasa. Ini membuatkan perbualan kami bertambah 'enak'. Saya rasa Tan Sri tahu mengenai keluarga saya lebih daripada orang lain. Saban tahun kami berbuka puasa bersama. Tan Sri bersama keluarganya dan saya bersama keluarga saya. Kebiasaannya kami akan berbuka puasa disekitar Mid Valley kerana mudah untuk Tan Sri pergi dan balik selain daripada menggemari makanan yang dihidangkan disana..

Berbalik kepada solat Jumaat. Setelah selesai kami minum, kami akan berjalan perlahan menuju ke masjid. Tempat favourite untuk Tan Sri duduk ialah di bahagian bawah tepi tangga jika naik dari pintu kecil yang kini boleh masuk dan menuju ke foodcourt kecil. Jika masuk dari pintu kecil tersebut, Tan Sri hanya perlu melangkah sebanyak 15 tapak saja untuk sampai ke 'hot seat' favouritenya. Saya yang mengekor disebelah pada mulanya amat hairan kenapa Tan Sri sering ke situ. Selain daripada agak payah nak memanjat anak-anak tangga yang agak steep untuk sampai ke ruang solat. Apabila saya ajukan soalan kepada Tan Sri, berikut adalah jawapannya kepada saya...."Dok tang ni senang...satni kita mati depa dah kenai kita....". Saya hairan....2-3 minit saya cuba mencari jawapan. Melihatkan saya kebingungan, Tan Sri lantas mencuit saya lalu menunjukkan jari ke pintu tempat beliau bersandar sambil memuncungkan bibirnya...saya dongak dan terlihat tulisan yang berbunyi, "BILIK MANDI JENAZAH"

Have a pleasant weekend people!

Live balanced life to the fullest

Isnin, Mei 28, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 7

baby grand..





Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali dan hormati merupakan seorang yang sangat simple. Banyak sungguh pengalaman beliau dan jika kita duduk bersembang dengan beliau kita akan mendapat banyak pengetahuan..bukan sahaja perkara-perkara didalam negara bahkan perkara-perkara luar juga.. Oleh kerana saya sering bertemu Tan Sri, saya bernasib baik kerana sebahagian daripada kesemua cerita-ceritanya saya tahu. 

Tan Sri ada sedikit masalah gula dan mengikut kata doktor (saya difahamkan), tidak digalakkan mengambil kopi. Mungkin kerana kafeinnya dan harus mengambil sejenis gula special bagi menggantikan gula sedia ada. Even artificial sugar pun masih dianggap manis. Suatu hari Tan Sri menalipon saya. Katanya, "Shahrir, where are you? I'll pick you up and we go for Korean lunch somewhere near Marriott KL". Saya tergamam...sebagai menunjukkan rasa hormat, saya menawarkan diri untuk menjemput beliau dan dibawa ketempat yang diingini. Ia ditolak. Selang beberapa minit kemudian kelihatan Tan Sri memandu sendiri....dan kami berbual panjang didalam kereta menuju ke Marriott. Selesai makan, kami menuju ke valet untuk mengambil semula kereta dan Tan Sri bakal memandu untuk pulang. Baru saja kunci kereta diterima, Tan Sri menoleh kepada saya dengan airmuka yang kurang selesa..Saya lantas bertanya, "something's wrong Tan Sri?". Tan Sri mengangguk kepala dan mengajak saya keluar semula dari kereta dan menyerahkan sekali lagi kunci kereta kepada valet service lalu kami menuju ke Marriott Cafe dan memesan double shot latte. Kami minum dan diwaktu yang sesuai, saya bertanya, "kenapa Tan Sri ajak saya minum?". Lama Tan Sri termenung.....tiba-tiba terpacul dari mulutnya, "saya kurang gula!" Saya lega.....kami sambung bercerita dan bergelak sakan...hahahahahahahaha...

Apabila duduk bersembang dengan Tan Sri, saya harus betul-betul concentrate. Ini kerana setiap apa yang diucapkannya adalah merupakan idea baru, sangat inspirational atau juga bahan sejarah! Harus faham cerita-ceritanya kerana dengan muka yang serious akan diselitnya perkara-perkara lucu. Dan kelebihan saya ialah saya dapat 'menangkap' cerita-cerita lucu Tan Sri didalam kesiriusan mukanya!

Pernah sekali sewaktu kami sedang minum latte, tiba-tiba Puan Sri terpacul disebelah meja kami.......Puan Sri dengan nada lembut tetapi tegas bertanya, "Ayah....kenapa Ayah minum kopi? Kan Ayah tak boleh minum kopi?".  Dengan muka paling selamba dan serious yang pernah saya tengok, Tan Sri menjawab, "Shahrir la ni yang order!" sambil menunjukkan jari kearah saya. Puan Sri memandang tepat ke arah saya. Saya blurr! Hahahahahahahaha.....

Khamis, Mei 24, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 6

sebahagian drpd 30,000 judul bukunya.

Tan Sri suka minum kopi. Setiap kali kami bertemu, Tan Sri pasti akan memesan kopi. Jika di PMK, kami sering minum di Secret Recipe ataupun sekali sekala di Starbucks. Kami juga acapkali mengunjungi kedai mamak yang bernama BANANA yang letaknya bersebelahan dengan McD. Petugas SR sudah tahu apa yang Tan Sri mahu. Tak perlu ditanya lagi...Kejadian lucu selalu berlaku tatkala kami ke kedai yang dinamakan BANANA ini. Mungkin tak ramai yang tahu bahawa Tan Sri boleh bertutur didalam bahasa Tamil. Jadi sewaktu kami dikedai tersebut Tan Sri akan menunjukkan skilnya berbahasa Tamil. Oleh kerana bahasa Tamilnya merupakan bahasa baku, ramai pengunjung kedai yang fasih akan beralih kepada kami dan sebahagiannya akan menunjukkan tanda 'thumbs up'. Waktu sebegitu Tan Sri akan bercerita dengan pelayan kedai itu tentang bintang filem Tamil dan saya suka melihat reaksi muka pekerja tersebut yang 'blurr' kerana pelakon yang Tan Sri sebutkan merupakan pelakon-pelakon Tamil di tahun 50-60an dan kesemua pekerja-pekerja itu masih belum lahir lagi...hahahahahaha

Ada sekali Tan Sri mahu berangkat ke luar negara dan saya lihat tidak ada buku baru yang dibelinya. Perlahan-lahan saya keluar dan menuju ke One Kiara (begitulah namanya kalau tak salah saya) dan diatasnya suatu waktu dulu ada sebuah kedai buku MPH disitu. Kecil. Saya buntu tak tahu apa yang nak dibelikan kepada Tan Sri untuk menghilangkan bosannya didalam penerbangan. Saya teringatkan buku 'sudoku' yang diusungnya kemana-mana sahaja beliau pergi. Saya belikan "SUDOKU for TRAVELLARS" sebagai ole-ole.....juga sebagai peneman didalam pesawat...hahahahahahha. Sewaktu beliau pulang, saya lihat kesemua mukasuratnya telah diconteng....terlintas dihati yang usaha saya telah berhasil....tetapi setelah itu saya kembali mushkil kerana seingat saya buku itu dipegang oleh salah seorang daripada berbelas cucunya yang masih belum sekolah!!!!!!


Live balanced life to the fullest
#unclefrommas

Selasa, Mei 15, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 5






Sebelum Tan Sri berangkat meninggalkan Mekah pada tahun 2008-2009 (saya lupa tarikh sebenar), Tan Sri ada bertanya secara santai kepada saya kenapa saya tidak mahu pulang ke tanahair? Saya terdiam sebentar sambil memberitahu Tan Sri bahawa tidak ada lagi tawaran yang sesuai buat saya di tanahair. Perbualan kami terhenti disitu....

Arwah mama pada waktu itu sudah sangat tidak sihat akibat 'dementia' yakni hilang daya ingatan sedikit demi sedikit. Ini merupakan salah satu penyebab utama yang membuatkan saya bercadang untuk pulang. Selain itu obviously kerana anak-anak saya yang sedang membesar pada waktu itu.  Diingat-ingatkan kembali zaman saya dahulu, sewaktu saya sedang membesar dipenghujung tahun 70an, arwah bapak tiada disisi kerana bertugas di Pulau Jerejak dan tatkala remaja pula, 5 tahun saya habiskan waktu di sekolah nasi kawah di Seremban..jadi saya tak mahu ia berulang kepada anak-anak saya...saya mahu melihat  mereka membesar didepan mata saya.

Setelah pulang ke Kuala Lumpur, saya membuat temu janji untuk bertemu Tan Sri. Kami bertemu di sebuah kedai kopi dan menghabiskan beberapa waktu bertanya khabar. Saya terperanjat. Kebiasaannya orang-orang kenamaan yang saya jaga termasuklah artis Malaysia, sewaktu di luar negara hanya berjanji untuk bertemu apabila pulang. Tetapi setelah pulang ke tanahair, seolah-olah mereka dah tak kenal kita! Hahahahahahaha......btw, ada juga artis yang memesan (air liur - kini masih berlakon) kepada saya 'abaya' yang harganya ribuan ringgit dan hanya boleh dibeli digedung membeli-belah mewah di ZamZam Tower di Mekah.....bukan ditempat lain...hahahahahha...saya tak beli.....tapi sewaktu saya pulang, saya ada membuat courtesy call kepada beliau.....setelah mengetahui yang saya tak belikan abaya mahal itu untuknya seperti yang dikehendaki, panggilan saya tak diendahkan.....hahahahaha...banyak ragam manusia yang menginsafkan...Tetapi tidak dengan Tan Sri Sanusi Junid. Pengalaman saya bersama Tan Sri dan Puan Sri amat berbeza. Saya sungguh bernasib baik.

Sewaktu Tan Sri di KL, saya menerima sms yang beliau menjemput saya untuk makan malam disatu destinasi ditengah-tengah ibukota dan diminta saya membawa isteri kerana ingin berkenalan, katanya. Saya membalas RSVP tersebut. Pada hari dan waktu yang telah ditetapkan, saya dengan pakaian yang santai dan ditemani isteri, menuju ke satu destinasi makan malam yang telah ditetapkan. Saya sampai 30 minit lebih awal kerana tidak mahu tersangkut jem dan tidak mahu dianggap tidak menghormati tetamu. Sewaktu cuba menghabiskan waktu diluar, ada 4 buah kereta mewah sampai. 3nya ada driver dan satu tidak. Saya tergamam! Saya risau apakah saya berada  di tempat yang salah? 13 kali saya baca sms dari Tan Sri dan 14 kali saya tanya isteri apakah kami berada ditempat yang betul? Jawapan yang saya terima masih sama.....saya tambah risau....

Tan Sri keluar dan menjemput kami semua masuk. Saya kenal kesemua mereka. Mereka adalah tokoh-tokoh politik dan tokoh korporat negara. Mereka jugalah yang saya jaga sewaktu di Mekah sewaktu mereka menunaikan umrah dan juga haji. Hanya kami 12 orang di meja makan panjang. Oleh kerana saya kenal kesemuanya, saya terasa santai sewaktu berbual tetapi tidak kepada isteri saya yang sangat tension waktu itu. Itulah kali pertama isteri saya berdepan dengan isteri-isteri pembesar negara, mantan menteri dan isteri tokoh korporat..beliau terus blurr....hahahahahahaha.....kesian jugak saya tengok...

Begitu lah Tan Sri yang saya kenali. Tidak pernah membezakan pangkat dan keturunan. Saya yang menjaga makan-minumnya dalam tempoh singkat sewaktu di Mekah dianggap sebagai rakan seolah-olah telah lama dikenali.....baik arwah Tan Sri mahupun Puan Sri, mereka berdua amat special pada pandangan saya......banyak lagi cerita yang bakal saya tulis.....

Al-fatihah...

Live balanced life to the fullest!








 

Khamis, Mei 10, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 4


Setiap kali Tan Sri ada waktu senggang setelah menunaikan tanggungjawab, kami sering bertemu. Samada dilobi mahukan di restoran di tingkat atas. Saya tahu bahawa Tan Sri merupakan mantan menteri tetapi apakah kami perlu berbual topik yg sama dan bersangkutan? Saya pasti walaupun tak pernah berhenti berbicara tentang politik negara, Tan Sri juga mahu bercerita dengan seseorang yg tiada kena mengena dengan politik. Yang sering bercerita santai dengan topik-topik tak masuk akal! Orang tersebut ialah SAYA dan saya bernasib baik dipertemukan dengan Tan Sri.

Ada sekali sewaktu kami minum kopi, tiba-tiba terpacul satu soalan bodoh saya yg berbunyi, "Tan Sri, saya teringat satu cerita sorang VIP ada kes di KLIA quite sometime ago dengan staff satu penerbangan....sapa ya?". Saya naive dan betul-betul terlupa siapakah orangnya....lantas Tan Sri menjawab, "Sayalah orangnya..." sambil tersenyum dan menghirup cappucinonya....Saya jadi malu sendiri...

Kami sering duduk dimeja tepi cermin menghala Masjidil Haram tak kiralah diwaktu mana sekalipun...seingat saya kami tidak pernah menyentuh mengenai topik-topik sensitif bersangkutan politik. Tetapi apabila hampir-hampir tersentuh, kami akan cepat-cepat di tegur Puan Sri yg tidak suka berbicara mengenai topik tersebut...sering diingatkan, "........kita datang ni untuk lain....". Begitulah pesanan Puan Sri setiap kali kami hampir terbabas bercerita! Saya lihat bahawa Puan Sri merupakan seorang wanita yg amat lembut tutur bicaranya...tetapi amat tegas! Senyuman tidak pernah lekang dari wajahnya sehingga kini setiap kali saya bertemunya.

Tan Sri saya ibaratkan sebagai seorang yg sangat kuat daya ingatannya...setiap apa yg saya cerita pasti Tan Sri ingat. Salah satu soalan yg ditanya Tan Sri diawal perkenalan kami di Mekah dulu ialah, "Shahrir, kat sini mana ada kedai buku?". Saya akan memberitahu Tan Sri kedai-kedai buku yg saya tahu ada di Mekah dan beliau akan berjalan perlahan-lahan selepas solat waktu dan apabila terserempak di lobi, pasti kelihatan 4-5 buku ditangannya yang baru dibeli...saya ada sekali menduga apakah Tan Sri baca apa yang belinya dan Tan Sri akan bercerita panjang lebar mengenai isi kandungan buku tersebut. Saya tak tanya lagi lepas tu...

Sewaktu mahu pulang ke Jeddah dan seterusnya ke destinasi lain, Tan Sri menalipon saya. Kata Tan Sri, "Shahrir, saya dah nak balik satni....saya ada 3 luggage bags yang saya nak bawak pi ...... tapi kat bilik ada lagi 4 untuk dihantar balik ke KL. Can you please make the arrangement with TH?". Saya setuju. Setelah menghantar Tan Sri ke kereta yang bakal membawanya ke Jeddah, saya bergegas ke biliknya utk check 4 lagi luggage yang perlu saya uruskan. MasyAllah 4 luggages tersebut punyalah berat.....selang beberapa minit saya mendapat panggilan dari Tan Sri. "Shahrir, lupa nak habaq. Beg-beg saya berat....semuanya buku-buku yang saya beli..". Mulut saya melopong sambil mengangguk. Saya terlupa Tan Sri bukan didepan saya melihat saya mengangguk kepala!

Pada awal perkenalan saya dengan Tan Sri, saya sering ditangkap....setelah bercerita agak lama, Tan Sri akan tiba-tiba berhenti bercakap untuk beberapa saat.....tiba-tiba terpacul dari mulutnya....."Shahrir, where was I?"

Selasa, Mei 08, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 3



Sewaktu arwah Tan Sri berada di Mekah untuk melaksanakan umrah mereka, saya kebetulan tidak pulang bercuti. Lagipun ia di bulan Ramadhan yakni bulan yang amat sibuk untuk kami yang mengusahakan hotel di Mekah. Tambahan pula ianya jatuh pada 10 hari terakhir Ramadhan. Maksudnya, Tan Sri serta Puan Sri bakal berada bersama kami sehinggalah 1 Syawal sebelum pulang ke tanahair.. Selepas waktu sibuk berbuka puasa dan jemaah telah ke Masjidil Haram dan saya selesai meronda memastikan semua jemaah yang berjumlah 1500 itu selesa dengan layanan kami, saya duduk sebentar di salah satu restoran sambil minum 'syai haleep'. 

Tiba-tiba saya terlihat kedua tetamu istimewa saya ini masuk ke restoran dan duduk di meja tepi. Pekerja saya menghampiri kedua-duanya dan sejurus kemudian membawa sedikit minuman. Dari sudut satu lagi, saya pasti yang mereka ingin berehat sebentar mungkin kepenatan. Kelihatan Tan Sri duduk didalam keadaan yang kurang selesa dengan lenggok badan dan mimik muka serta gerakan tangannya yang dapat saya baca. Saya bingkas kearah mereka dan bertanyakan apakah Tan Sri memerlukan sedikit bantuan.  Ternyata benar. Tan Sri merasa kurang selesa dan setelah mendapat kepastian Puan Sri ubat apa yang perlu dicari, saya bergegas ke farmasi Al Nahdi yang dibuka 24 jam di Madinah dan Mekah. Kebetulan Al Nahdi berada di bawah Al Safwah dan mereka telah kenal saya. Dalam keadaan sesak dengan orang ramai, saya menjerit memanggil nama Abd Rahman yang sedang sibuk melayan tetamu, berada dibelakang kaunter. Abd Rahman keluar dari kaunter, mendapatkan saya. Saya serahkan kertas yang tertulis nama ubat dan buatannya kepada Abd Rahman. Beberapa saat kemudian Abd Rahman memberikan saya ubat tersebut dan diserahkan ke tangan saya dan saya kembali berlari pantas ke tingkat atas hotel dimana Puan Sri sedang menunggu. Ubat diberikan dan beberapa minit kemudian, Tan Sri mula berbicara. Alhamdulillah. Saya lega dan berdoa didalam hati agar kedua Tan Sri dan Puan Sri diberikan kesihatan yang baik. Tahun lalu sewaktu saya mengerjakan umrah, saya pergi dapatkan Abd Rahman. Kami berpelukan didalam farmasi..... 

Kini Syawal telah tiba. Saya merancang untuk sediakan makanan istimewa untuk tetamu istimewa saya ini. Beberapa hari sebelum itu saya telah memanggil 2 orang chef Asia saya dan mula berbincang. Chef Abdullah berasal dari Jakarta dan telah hampir 20 tahun bermastautin di Mekah manakala Chef Eka Saputra berasal dari Karangasem, Bali. Mereka berdua memang hebat. Beritahu saja apa menu yang saya nak tukarkan kepada tetamu, semua boleh dimasak termasuklah kari kepala ikan salmon (disukai jemaah Singapura) malah kangkong goreng belacan sekalipun. Kepada jemaah Indonesia, saya sediakan menu "GUDEK"....(seperti nangka masak lemak) dan mereka pasti tersenyum panjang....

Kedua-dua chef saya mencadangkan agar disediakan lontong kepada tetamu istimewa ini dipagi Raya selepas solat sunat Aidil Fitri. Saya rasa berpuluh ribu jemaah membanjiri Masjidil Haram. Saya pula? Hanya bersolat di lobi hotel sahaja. Itupun sesak dan tak boleh nak bergerak. Santan didalam kuah lodeh tu diimprovisekan sedikit agar tidak terlalu pekat hingga boleh mengganggu kesihatan. 

Saya menunggu dilobi hotel kepulangan ke dua tetamu saya dari Majidil Haram dan terus dibawa keatas di sebuah bilik khas untuk tetamu saya dan kami bersalaman serta makan lontong disitu dengan ditemani 2 chef saya tadi yakni Abdullah dan Eka.  Tan Sri dan Puan Sri nampak sihat dan ceria kerana tengahari nanti akan pulang ke Jeddah sebelum mengambil penerbangan malam pulang ke Kuala Lumpur..

Perkenalan saya dengan arwah Tan Sri tidak berakhir disitu. Banyak lagi kisah menarik saya dengan Tan Sri akan saya ceritakan satu persatu.....insyAllah.

Jumaat, April 20, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 2

Pada suatu pagi, saya mendapat panggilan daripada Tan Sri Sanusi Junid. Bunyi nada suaranya amat cemas. Katanya, "Shahrir, where are you? You have to assist me...come to my room now..." Saya pon tanpa banyak soal, terus bergegas ke bilik Tan Sri di tingkat yang agak tinggi dan menekan loceng dipintu. Jantung saya berdegup kencang kerana khuatir sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Sebagai contohnya, masalah kesihatan Tan Sri dll. Alhamdulillah lega apabila terdengar suara Tan Sri menyuruh saya tunggu sebentar di luar. 

Perlahan-lahan daun pintu terkuak dan saya melihat kelibat Tan Sri hanya memakai tee dan berkain pelikat. Kelihatan Puan Sri duduk membaca Al-Quran sambil mengadap ke Masjidil Haram. Puan Sri menoleh dan saya senyum sambil menganggukkan kepala tanda hormat. Puan Sri kembali menyambung bacaannya....

Saya diberitahu bahawa safe boxnya tidak dapat dibuka. Mungkin kombinasinya telah tersalah dan banyak dokumen penting ada didalam seperti passport dll. Saya cuba menukar bateri tetapi tidak berjaya. Akhir sekali saya tepaksa memanggil Engineering team saya dan meminta bantuan dari mereka.  Safe box tadi dirongkah skrunya dan dibawa ke pejabat Engineering kerana peralatan lebih canggih diperlukan untuk membuka. Pada masa yang sama, saya memberitahu Tan Sri bahawa saya sendiri yang akan memantau kerja-kerja membuka safe box itu tetapi Tan Sri masih insist yang beliau mahu berada disitu untuk melihat sendiri. Saya akur. Hampir 3 jam kami duduk bercerita sementara menunggu pekerja Engineering saya cuba membuka safe box tersebut tetapi hampa. Akhirnya mereka terpaksa menggunakan 'chain saw' untuk memotong safe box tersebut. Berjaya...hahahahahahaha...

Sepanjang 3 jam kami duduk menunggu Eng team saya membuka safe box tersebut, banyak yang kami bincangkan. Dari keluarga saya, hinggalah kepada keluarga Tan Sri. Dari cerita sewaktu saya kecil sampailah ke cerita bagaimana saya terperosok di KSA. Manakala Tan Sri pula bercerita mengenai arwah ayahnya yang suatu waktu dulu memandu lori ikan, cerita beliau menjadi tukang karut sambil menjual "makjun kuat", bekerja sebagai caddy dan pencuci pinggan, mckk dan banyak lagi...hahahahahaha......cerita kami amat santai. Tidak menyentuh langsung perkara-perkara sensitif..sedar tak sedar, safe box itu telah berjaya dipotong. Tan Sri berpuas hati manakala saya pula menjadi kalut kerana terpaksa menyiapkan report kenapa safe box itu terpaksa di "paksa buka!" Hahhahahahahaha...



Selasa, April 17, 2018

Tan Sri Sanusi Junid yang saya kenali - bah 1

Saya telah mengenali Allahyarham Tan Sri Sanusi Junid  dengan lebih dekat sejak tahun 2008. Pada waktu itu saya mendapat panggilan daripada pihak Tabung Haji di Jeddah menyatakan bahawa Tan Sri bakal menginap di hotel tempat saya bertugas yakni di Hotel Al Safwah Royal Orchid. Hotel yang berkedudukan paling hampir dengan Masjidil Haram. Saya jadi tergamam. Ini adalah kerana ia merupakan kali pertama Tan Sri menginap ditempat kami dan kali pertama juga untuk saya berhadapan dan menjaga Tan Sri sepanjang berada di Mekah. Seperti kebiasaannya, saya akan membuat homework sebelum kedatangan tetamu-tetamu VIP saya. Saya terus mencari data dan membaca segala macam berita tentang Tan Sri agar lebih mudah untuk saya menjaga tetamu saya ini nanti. 

Tan Sri tiba tepat pada waktunya bersama dengan wakil daripada pejabat Tabung Haji di Jeddah. Dilobby hotel, saya telah menunggu. Check in, saya uruskan lebih awal agar prosesnya dapat dipendekkan. Tidak perlu beratur panjang di kaunter. Hanya perlu duduk santai dilobi sambil menghirup welcome drink sementara saya uruskan express check-in nya. Tak sampai 2 minit semuanya telahpun siap. Sepanjang perjalanan dari lobi ke bilik, kami sempat bersembang sekejap. Bertanya khabar dan Tan Sri mengajukan soalan bertubi-tubi kepada saya.  Sudah berapa lama bekerja di Mekah, sudah berkeluarga atau belum dan banyak lagi. Mungkin dari hanya beberapa soalan itu Tan Sri telah berjaya menebak karektor saya. Maklumlah orang lama....

Saya memberikan nombor talipon peribadi saya kepada Tan Sri agar saya dapat dihubungi 24 jam sepanjang tempoh Tan Sri menginap bersama kami. Nombor saya sering saya beri kepada tetamu terutamanya dari Malaysia. Sepanjang berinteraksi pendek dengan Tan Sri didalam perjalanan naik ke bilik, saya dapati Tan Sri merupakan seorang yang amat soft spoken. Mendengar setiap butir percakapan saya sambil mengangguk kecil. Kadangkala timbul perasaan malu kerana ada beberapa perkara yang Tan Sri ceritakan kepada saya, saya lupa, sedangkan apa yang saya ceritakan kepada Tan Sri terus diingatinya. Bagaikan ada "storage" yang berkapasiti besar di minda Tan Sri. Saya kagum.....timbul perasaan ingin mengetahui lebih lanjut tentang Tan Sri. Tidak mengapa. Saya bakal bertemu Tan Sri setiap hari. Kemana lagi tetamu akan pergi selain Masjidil Haram, restoran kami dengan makanan yang enak serta bilik-bilik kami yang tilamnya empuk! Saya punya banyak waktu bersama Tan Sri....insyAllah..

.....bersambung


Image result for sanusi junid dan shahrir ali

Ahad, Mac 18, 2018

Pagi yg indah!


Alhamdulillah pagi ni sempat turun berlatih bersama-sama dengan Lions Vet yg lain. Walaupun hanya latihan ringan bagi saya, tetapi sebaik saja saya pulang ke rumah dan mandi, keseluruhan badan saya terasa amat "ketat". Hahaha....ini semua nikmat dunia....

Temperature badan saya asyik naik dan turun....terasa letih dan lemah hari ini...nasib baik dah mandi. Kalau tidak kompom saya malas.....hahaha....


Rabu, Januari 24, 2018

Memasak?


Beberapa hari yg lalu rakan lama saya ada menalipon dan bertanya dimanakah saya belajar mengenai masakan. Sejujurnya saya memberitahu beliau bahawa saya tidak pernah mengambil jurusan masakan tetapi masih tetap harus melaluinya kerana merupakan sesuatu yg amat perlu kami tahu...

Saya mengambil jurusan Hotel Management. Didalam jurusan tersebut kami belajar tentang semua perkara yg bersangkutan dengan bidang perhotelan. Ini merangkumi operasi setiap department dan juga cara-cara pengurusannya. Persoalannya sekarang, dimanakah saya belajar memasak? Didalam jurusan saya, salah satu bidang yg harus saya ambil/belajar ialah "European Classical Cooking". Subject ini amat menarik perhatian saya kerana ia mencakupi sejarah, nama-nama penting serta chef-chef terhebat dulu serta cara-cara masakan dan penyediaan makanan yg sungguh klasik. Jadi, disitulah saya mula belajar tentang masakan....

Walaubagaimanapun saya tidak serious bekerja didapur kerana saya lebih suka berada di 'depan' yakni front of the house jadi masa saya banyak dihabiskan di pelbagai department.

Kepada adik-adik yg berminat nak belajar bidang perhotelan diluar negara dan ibubapa kebetulan mampu, saya sarankan agar memohon utk belajar di Switzerland kerana banyak pendedahan yg adik-adik bakal perolehi berbanding disini. Persaingan hebat dari para pelajar seluruh dunia akan melonjakkan keupayaan adik-adik....namun begitu ia juga bergantung kpd berapa kuatnya disiplin adik-adik dan matlamat adik-adik utk berjaya....

Kepada adik-adik yg berminat, silalah layari  https://www.cesarritzcolleges.edu/en

Saya dulu belajar dikampus Le Bouveret...

Live balanced life to the fullest
#unclefrommas

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...