Isnin, Mac 30, 2009

Personal touch..

(kawasan sa'e yang masih dalam construction)

(belakang Haram yang dalam projek pembesaran)

(satu lagi gambar kaabah)

Tadi petang aku pergi ronda-ronda kat floor sebab 2-3 hari lagi ada VIP nak datang. Check betul-betul bilik dia. Study layout dulu sebab aku nak setkan dining area untuk 8 orang. Takpa, hari ni Housekeeping masuk dulu. Esok F&B pulak masuk kerusi dan meja. Satu hari sebelum arrival aku setkan terus meja. Few hours before meal, aku touch-upkan balik setting dia just in case kalau dia tukar menu. VIP treatment mesti ada. Itu aku punya personal touch yang aku sendiri akan bagi. Sapa kata bila dah jadi Director boleh goyang kaki duduk kat office? Aku pastikan yang aku sendiri bukak kan pintu dan menjadi orang pertama yang akan greet important guest tu nanti dan bukannya waiter atau Manager aku. Itu aku punya kerja. Tun Musa punya pintu kereta pun aku bukakkan dan air dia pun aku yang tuangkan......

Ingat tak guest aku yang dari Morocco tahun lepas masa bulan Ramadan? Last week dia datang balik untuk 10 hari for umrah. Masa lepas Ramadan tahun lepas, aku hantar dia balik kat lobby hotel. Selang 2 hari aku hantarkan e-mail ucapkan terimakasih sebab menginap kat hotel kami di Mekah. Aku tulis macam-macam dalam e-mail tu, tapi pendek je lah....masa dia datang last week, first thing dia cakap kat aku, "I came back because of your small touch last year!" Masyallah, hidung aku kembang masa tu jugak, aku ingat masa tu, 2 jari boleh masuk...heh3...macam tulah kerja kami. Pastikan yang makan dan minum tetamu yang menginap kat sini dijaga.Yang membezakan hotel kami dengan hotel-hotel bertaraf 5 bintang lain kat sini ialah "service". Semua tu aku titik-beratkan. Sangat penting bagi aku. Hari ni dalam training kami bincangkan pasal set-up. Memang senang nampaknya, tapi benda-benda kecil semacam tulah yang penting. Aku tak risau kalau busy, tapi aku risau kalau tak busy. Sebab masa tulah kesalahan-kesalahan kecil akan ketara.

Teringat aku masa kat Tokyo Bay Hilton dulu, bila guest check out dan naik bas, aku (masa tu kat front office) akan keluar kat depan dan melambai tangan ucap selamat tinggal pada tetamu dan lepas tu tunduk tanda hormat. Semua tu adalah budaya orang Jepun. Kita pun ada budaya-budaya semacam tu tapi tak dipraktikkan. Itu yang membuatkan kita sedikit ketinggalan didalam hospitality! Masa aku di Bangkok dan tinggal disalah sebuah hotel mewah kat sana, setiap doorman mesti mengingati nama-nama guest yang akan sampai. Bayangkan bila aku sampai, doorman cakap "Welcome to ....Hotel, Mr. Shahrir!" Tak ka kembang hidung kita dibuatnya? Macamana dia kenal aku? Disana, setiap reservation yang ada limo service dari airport akan menelefon hotel dan bagitahu yang orang so and so dah sampai dan naik limo bernombor sekian-sekian. Bila depa dapat information tu, depa akan pass the information to all the doorman. Setiap doorman akan dapat list kedatangan guest. Bila nombor limo yang dah disebutkan tadi sampai, cepat-cepat doorman tadi akan check arrival list yang ada kat tangan dia dan terus simpan. Bila dia bukak pintu, terus dia sebut nama kita....that is what you call, "Wow effect!"

Husin dah mandi...

(Husin dan Azli baru nak mandi!)

(ni lah styye dia....pergh...kelas...)

Heh3....saja aku letak tajuk yang suspense tu. Bukannya si Husin tak pernah mandi tapi hari ni aku, Azli dengan Husin makan nasi mandi. Semalam aku ajak Husin pergi dinner tapi maklumlah kalau mai umrah, programnya memang banyak. Selain ke Haram dan berceramah, depa ada program ziarah ke tempat-tempat bersejarah yang sampai la ni aku tak sampai-sampai lagi!. Since semalam aku dah boring sebab seminggu tak keluar hotel langsung, aku dengan partner in crime decided to have dinner elsewhere. A decent food, bukannya makanan hotel. Kami masuk Zam-Zam Ala Kazam kat sebelah, pergi kat restoran Citarasa. Nak makan tapi yang ada cuma untuk group saja. Walk-in counter dah ditutup. Kami jalan lagi dan jumpa pulak restoran Indonesia. Bila tanya dia kata SR30 sorang. Tak berbaloi kalau tengok makanan dia. Sedih....Kampung Baru lagi best. Memang sah lauk tengahari yang depa perangat! Aku ingat nak makan Burger King (penuh BK!), tapi pikir-pikir balik, dari aku makan BK kat ZZ, baik aku order RS saja. So kami pun jalan lah lagi keluar dan nak masuk Restaurant India kat belakang ZZ. Alamak, penuh jugak. Azli cakap ada satu lagi tempat makan. Kami pun pergi kat situ. Kami makan nasi putih, kari ayam, kari kambing, dhall dengan potato, teh satu, air mineral 2. Baru SR31. Siap cakap Melayu pekat lagi orang tu! So sebelum tu lah aku talipon Husin tapi rupa-rupanya Husin ada aktiviti panjat gunung. Husin pergi Gua Hira'. Aku tanya, amacam ok ka? Dia cakap penat sungguh! Nasib baik dia panjat malam-malam...kalau siang? Masa aku talipon aku ada tanya esok after zohor buat apa? Dia kata dia free. Ok set, tunggu kat tiang jam depan Haram lepas zohor....

So tadi since aku off, after 2 weeks, aku pergi Haram. Ramai orang lagi. Esok kalau sempat, aku postkan gambar-gambar kat sana pulak. Aku jumpa Husin. Dia tak perasan aku sebab aku pakai mask. Sekali tengok, aku memang macam Antonio Banderas! Aku bawak Husin pergi Hilton beli mandi. Then balik bilik aku. Bentang sapra (actually it's an arabic word, pandai orang Penang panggey sapra nooooo...) Aku dengan gelojoh makan sampai tak ingat dunia. Husin sorang yang bersopan-santun. Makan dengan slow. Mungkin Husin segan kot...cuba letak nasi kandaq tengok, mesti Husin nombor 1! Makan sambil duduk bersila ni memang sungguh menyegarkan. Tokak pulak cabai hijau 2-3 biji. Mmmmmm heaven....

Lepas makan kami sembang-sembang kosong. Cerita tu cerita ni...macam-macam ada. Dari duduk kat kerusi, kami duduk kat lantai. Dari duduk kat lantai, kami ambil bantal pulak baring-baring....hah...ni semua punca la ni! Mata makin lama makin kecik! Wah kacau ni kacau...tak boleh buat selalu ni! Satgi carca-marba! Husin sempat layan e-mail sekejap. Update sana update sini. Pukul 3.30pm Husin mintak diri nak balik sebab dia nak pergi Haram untuk solat Asar. Aku ucapkan terimakasih kat Husin sebab meluangkan masa datang jumpa aku. Aku cakap kalau ada masa kita jumpa lagi. Alhamdulillah, dari tak kenal Husin, dari dok berhubung melalui blog, of all the places, kami jumpa kat Mekah. Kalau kat KL bukannya tak boleh jumpa sebab Husin kat Kelana Jaya dan Kak Anne aku kat DJ. Kalau nak jumpa kat pasar malam Taman Saadon kat Penang pun boleh jumpa, kalau nak, tapi tak jumpa-jumpa jugak! Bukan ka dekat tu kalau nak jumpa? Tapi ni semua kuasa Allah...kami jumpa di Haram...dibumi Allah...to brother Husin, please keep in touch even when you are in KL. Take care and have a nice trip back home. Enjoy nasi lemak, enjoy roti canai banjir........slurp...slurp!

Ahad, Mac 29, 2009

Dapat hadiah...

(tu kepala tengah cat kaler hitam tu!)

(ala...baru collect 3 cuff link...aku suka perfume CK Summer yang oren tu...)

(perfume baru guest bagi tadi..)

(horey...St Dupont!)

Selalu kita membantu orang sebab orang tu dalam kesusahan. Orang tu mungkin orang yang kita tak kenal. Tapi mungkin sifat kita yang sentiasa ingin membantu dengan ikhlas menyebabkan ada jugak orang yang nak membantu kita balik dengan ikhlas jugak. Selalunya apa yang aku buat adalah apa yang aku panggil "service". Dalam hal ni, aku nyatakan "service" didalam konteks positif dan didalam bidang pekerjaan aku.

2-3 hari lepas sewaktu tengah busy, aku ada turun sekali-sekala kat lobby untuk tengok keadaan Moroccan Tea Lounge aku. Memang busy sungguh keadaan kat situ. Macam marrket Chowrasta pun ada, macam marrket Tsukiji kat Tokyo pun ada! Dalam aku dok lalu celah-celah orang seramai konsert "Sure Heboh" aku terserempak dengan "partner in crime" aku, si Azli. Kalau tak silap aku, dia yang bagitahu aku ada satu guest Malaysia tak ada bilik. Guest tu booking kat tempat lain tapi agent dia hantar kat hotel aku. Ala....biasalah kat sini...kan aku dah cakap dulu, ulat memang banyak! Ni Mekah ni....bukan Puduraya tau! Aku tengok guest aku tu muka dah senget. Dalam ihram pulak tu! Aku approach dia, dia cakap ulat@agent hantar kat situ dan dia datang dengan isteri dan anak-anak. Aku approach dia tanya nak makan dulu ka? Dia kata anak-anak dia lapar. Aku bagi depa makan buffet. Aku bawak depa naik atas sementara Dak Li organise bilik dia. Dum dam dum dam lepas lamalah jugak berperang kat bawah tu, Dak Li dapat jugak bilik 16. Guess what? Dalam 30 minit Dak Li dah ubahkan bilik tu jadi bilik untuk satu family siap ada extra bed sekali. Kelas....number one in the world la Dak Li ni...

Depa happy sebab finally dapat bilik. Aku bawak guest tu pulak makan kat restaurant. Since dia nak buat umrah, aku bagi light meal kat dia. Chicken S/W, lapik perut sikit...then Dak Li buat surprise gila kat dia lagi. Dalam sibuk-sibuk tu Dak Li dapat pulak organise satu lagi bilik with Haram View! Dak Li transfer guest tadi and the family masuk bilik tadi dalam tak sampai 2 jam lepas check in...kelas....okay-okay....memang guest tadi bayar rate yang tinggi untuk tinggal kat hotel ni. Memang tinggi okay! Guest tu punyalah seronok tak terhingga....horey!

Tadi aku keluar pergi makan malam dengan Dak Li kat restoran kat belakang Zam-Zam tu. Aku macam biasa dah lupa nama dia! Balik kat bilik saja terus aku tengok you tube cerita jepun. Pergh.....memang syok cerita dia. Tajuk ngeri sikit lah...."1 litre of tears". Memang tear jerker giler ni....kalau Qasyah yang kat Jeddah tengok mesti guling-guling ni. Heh3...dalam dok lepak-lepak kat bilik, tiba-tiba Dak Li masuk bawak beg Ghazzaz. Eh sapa bagi jam ni, aku kata...Dak Li cakap guest Malaysia tu yang bagi. Hah? Bila aku bukak, bukannya jam but it's a bottle of perfume. Memang aku suka, I like........St Dupont, Paris lagi......kelas.....macam orang kaya-kaya!

Jumaat, Mac 27, 2009

Mama

(family aku dan mama)

(aku bawak mama breakfast kat Guoman dulu)

(mama yang dah tak ceria)

Mama aku sorang yang sangat cekal. Mama besarkan kami 6 beranak dan menjaga kami bagai menatang minyak yang penuh. Abang aku sorang namanya Anuar dan meninggal di Kelantan sebelum aku lahir. Sampai sekarang aku tak pernah tengok macamana rupa abang aku sorang tu. Gambar pun tak ada. Mungkin mama simpan dan tak bagi aku tengok. Mama agak strict orangnya tapi bertempat. Maklumlah arwah Bapak seperti yang aku cakap dulu tak selalu ada dengan kami. Posting ke Pulau Jerejak, posting ke Pulau Bidong, dan selalu pergi tempat lain kerja. Kadang-kadang kalau aku flash back balik, lebih kurang sama macam aku jugak la ni.

Masa aku balik KL tempohari, aku bawak Mama duduk dengan aku selama 2 bulan. Kadang-kadang aku baring dengan mama. Urut badan dia, picit kaki dia, sapu minyak kat tangan dia....dan selalu jugak mama baring kat paha aku dan peluk aku kuat-kuat dan mama kata, "Shah duduk dengan mama na....". Aku jadi sebak. Mama yang aku kenal memang tak macam ni. Mama sorang yang energetic dan sangat suka bersembang. Di KL kalau aku pergi office, Marina akan teman mama. Main-main dan tidur dengan mama waktu tengahari ataupun petang lepas makan.

Lately mama tak lalu makan. Ubat pun tak mahu makan. Mama sakit belakang, ostoeporosis, kata Doktor. Bila mama tak makan ubat, sakit dia datang balik dan mama akan mundar-mandir kat dalam rumah aku walaupun pukul 2 pagi. Aku suruh mama banyak-banyak mengucap, berdoa, sembahyang segala. Semua mama buat tapi sakit tak hilang jugak. Pagi-pagi aku kadang-kadang jalan kat depan rumah dengan mama 2-3 round lepas aku hantar Yuya pergi sekolah ugama dengan HD aku. Bila mama sakit, mama akan menangis, menjerit dan aku jadi sayu tengok mama. Mama jadi cepat marah, cepat merajuk malah cepat lupa. Aku selalu pesan kat Aunty dan anak-anak aku, bila jaga mama, jangan sekali-kali tinggikan suara, jangan sekali-kali muka berubah, aku jugak pesan kat Aunty suruh dia sendiri tanya kat mama kalau ada baju yang nak dicuci, apa nak makan...walaupun Wiwit ada dan boleh tolong. Masa aku balik sini tempohari aku jumpa mama dulu mintak izin, mintak ampun, mintak maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki, mintak diampunkan segala dosa aku pada mama sepanjang mama menjaga aku dari lahir sampai aku ada anak 3! Mama senyum dan angguk kepala. Aku faham....mama tanya aku lagi sebelum aku keluar dari rumah Kak Lit malam tu, "Bila nak tengok mama lagi..jangan lupa doa kat mama depan kaabah nanti naa..." Aku angguk, apa lagi yang lebih afdal selain daripada amal ibadat dan doa untuk mama dengan arwah bapak..

Semalam aku talipon Kak Anne bertanyakan hal mama. Kak Anne kata, mama sakit lagi kuat. Malam dok meraung sakit dan 2-3 hari lepas dah bawak mama jumpa Dr. Sakinah. Mungkin hari ni ada satu appointment lagi. Masa kat hospital pun mama berkeras dan meronta (kalau aku boleh guna perkataan ni..)dan ramai nurse yang datang tolong. Dalam perjalanan balik ke rumah Kak Anne pulak, mama jadi active dan nak jumpa doktor balik. Semua jadi kalut. Kak Anne ambik cuti untuk jaga mama. Perubahan mama sangat mendadak untuk kami sekeluarga. Kami risaukan kesihatan mama. Kami takut fikiran dia terganggu. Jadi kami adik-beradik bersepakat untuk jaga mama bergilir-gilir, kata Kak Anne semalam masa aku talipon.

Semalam kali kedua aku talipon mama. Anak-anak dan cucu-cucu semua duduk keliling mama. Sembang nak ceriakan mama tapi masa aku talipon, Kak Anne bagi aku dengar suara mama kat talipon tengah dok menangis...sekali lagi aku pun nak menangis...sebelum habis cakap dengan Kak Anne, aku mintak Kak Anne bagikan talipon kat mama. Dah lama aku nak cakap kat mama dan semalam aku dapat bagitahu mama..."...mama....Shah sayang kat mama..."

Rabu, Mac 25, 2009

Husin...





This entry is a tribute to Husin. Aku tak kenal Husin tapi kami mula kenal bila Husin berhubung dengan aku melalui blog aku. Husin ada bagitahu yang dia akan datang ke Mekah, tapi tak tahu bila. Itu pun tahun lepas. Then early this year dia ada bagitahu lagi yang mungkin March dia akan sampai untuk melakukan umrah buat kali ke 2. Basically date Husin ada nyatakan pada blog aku yang terdahulu. Jadi semalam semasa aku sedang duduk dengan Headwaiter aju kat restaurant berbincang tentang meal plan, staff aku ada bagitahu yang ada sorang lelaki dok tunggu aku. Actually aku dah nampak Husin kat entrance restaurant, tapi mati-mati aku ingat dia ni Arab. Suddenly Husin datang dan perkenalkan diri dia. Aku terkejut. Eh dah sampai....

Kami bersembang sakan bertanya khabar. Husin nampak ceria dapat sekali lagi menjejakkan kaki di bumi Allah. Aku bersyukur. Jumpa lepas Asar dan kami sembang sampai nak masuk Maghrib. Aku seronok dapat jumpa rakan Malaysia apalagi orang yang selalu mengikuti cerita-cerita aku kat sini. Lepas minum aku ajak Husin datang kat bilik aku. Aku tunjukkan dia pemandangan sisi dari tingkap bilik aku. Husin orang Penang. Mai dari Jelutong. Rumah Tok dia kat tepi Pejabat Pos Jelutong. Aku tahu sangat area tu sebab kat situ lah Mama selalu usung aku pergi marrrket masa kecik-kecik dulu. Masa Mama bawak aku pergi marrket, Mama selalu parking kereta kat stesyen minyak BP kalau tak silap aku. Lepas beli ikan, Mama selalu pergi kedai rempah Alagappa yang ada sederet dengan kedai minyak tu. Rempah pilih sendiri dan dia mesyin kat situ jugak. Kalau tak pun boleh suruh dia campur dalam plastik. Memang kelas...la ni mana ada...kat situ lah jugak Mama selalu isi minyak kereta kalau dah habis dan kadang-kadang aku tidur kat dalam Volswagen BP 4538 color biru tu tunggu Mama beli ikan. Heh3....aku ingat lagi tu semua...Kalau tak beli ikan kat situ, aku dengan Mama selalu pergi marrket Chowrasta. Ni bukan Bob Marley punya ok....yang tu Rastafan! Heh3...kat Chowrasta pulak, aku suka pergi kedai buah kat tingkat satu sebab tu lah satu-satu kedai Apek yang aku dapat makan nangka free! Kembong perut senang hati....sampai belahak (sendawa)aku. Apek tu kalau tengok muka aku mesti bagi aku nangka free....aku ni muka nangka ka?

Back to Husin, kami janji nak jumpa lagi sebelum dia balik KL. Husin kata ok....so to Husin, welcome to Mekah dan kalau ada masalah apa-apa selama kat sini, call lah Uncle....I am available 24 hours...you have my number and you even know my room number. Sekali-sekala adik-adik mai Mekah, Uncle seronok. Taklah tension pasal kerja selalu.....

Selasa, Mac 24, 2009

For Sale

(buy 1 get 1)

(special offer, buy 1 get 2!)

Macam-macam Sale ada la ni. Ada "mega sale", ada "car boot sale", ada "Super saver"..sampai aku sendiri dah tak terikut. Nasib baik lah aku ni tak gila sales! Setengah orang tu sampai dok tunggu bila lagi nak sale ni? Siap ada paper cutting lagi bagitahu bila sale nak start! Kelas.....Aku bukannya tak suka, tapi aku kurang gemar dengan crowd masa sale ni. Letih aku. Aku ni jenis yang tak boleh tunggu lama-lama...kalau nak beli tu aku akan usyar 1-2 bulan dulu, then bila aku ready baru lah aku beli terus dan balik. Satu kedai tu sajalah yang aku pergi. Sama macam kedai kacang aku. Malas nak jalan-jalan lagi dah...ada sekali tu aku dah usyar shorts rugby Canterbury kat ala......shopping complex kat tepi Ikea tu, sorry aku tak ingat nama, harga adalah dekat RM120 tapi kalau tak silap aku offer jadi RM90. Dia siap longgok kat depan lagi...pergh aku kalau tengok shorts rugby ka, jersey rugby ka, bola rugby ka even mouth guard rugby pun mulalah nafsu aku membuak-buak...teringat masa active dulu...aku faham, keinginan aku tetap tinggi walaupun kederat, aku rasa dah kurang sikit...eh, sikit ka? Busy nak balik sini punya pasal aku terlupa nak beli. Nasib baik aku tak beli. Kalau beli nak pakai pergi mana? Nak jogging? Memang sah-sah aku dapat naik Etihad one way!

Masa kat negeri Sakura dulu aku dengan Aunty suka sangat-sangat pergi kat kedai UNIQLO. Ala kedai tu lah satu-satunya yang murah pun.....habis semua aku beli. Dari turtle neck, winter jacket, glove, sampai yang pakai kat dalam pun aku beli sekali. Memang murah giler! Bayangkan jeans yang aku pakai sampai rabak tu aku beli tak sampai RM60! Mana boleh dapat kat Tokyo....so pada sapa-sapa yang nak pergi kat sana, google lah dulu kat www.uniqlojapan

Then masa aku kerja kat tempat orang putih pulak, aku cukup sayang kan H&M. Aunty pun sayang kat dia. Aku suka pergi situ dengan Aunty sebab tram lalu kat depan kedai. So kami selalu pergi minum kopi dulu lepas turun dari tram then straight menghala ke H&M. Pergh.....geramnya.......harga tu kira oklah....kalau bulan ni tak sempat beli, aku tunggu bulan depan lepas dapat gaji sekali lagi....amboi... sampai la ni aku terbayang lagi kedai tu. Betul-betul tengah bandar lama....Rue de la Terrasiere.....pergh kelas...macam orang kaya-kaya...

Kalau dulu-dulu mama selalu pergi sale jugak. Selalunya kat Mun Loong ka, "Globe Silk Store" ka, memang meriah sale kat situ.....sekarang ni aku rasa 2-2 kedai tu dah tutup. Sayang, memang nostalgia sungguh 2-2 kedai tu!

Ahad, Mac 22, 2009

Arab News

(look at the price...ayooo!)

Aduh...sedih tak terkata bila aku baca Arab News semalam. Bukannya sedih pasal tak reti baca, tapi tengoklah sendiri flight ticket Etihad tu....rasa macam la ni jugak aku nak pack barang balik KL sat. Malam ni balik, esok whole day main dan layan anak-anak aku, lusa balik Mekah. Kelas...macam orang kaya-kaya...aku harap harga tiket ni macam nilah selalu. Kalau harga macam ni, aku tak kesah transit kat Abu Dhabi 4-5 jam pun...janji aku sampai KL still in one piece! Aku terbaca article tu masa nak tidur semalam..tapi masa time tidur, tak pulak aku mimpi pelik-pelik. Heh3... Lepas tu next month boleh plan pergi India ka, Europe ka...kelas...macam orang kaya-kaya jugak! Walau macamanapun aku tetap tak kaya-kaya. Ada duit sikit, bayar hutang, ada duit sikit, dia kona pi kat tempat lain. Bila nak ada duit ni? Tapi kalau kaya pun, musuh ada keliling pinggang buat apa? Duduk tak kena, bangun tak kena, tidur tak kena....mmmm, lepas aku timbang-balik, takpa lah, aku tak kaya pun tak apa. Macam ni pun dah alhamdulillah. Cukup makan pakai. Hutang rumah dengan kereta tu biasalah...hutang dengan orang tak ada lagi. Alhamdulillah...

(ala...hai tengoklah harga dia...kalau convert lagi...lah murah...)

Then aku ternampak satu article lagi pasal kereta pulak. Pergh...Dodge tu....kereta ni memang nampak ranggi. Macam mami jarum yang selalu nampak ranggi...heh3...tengoklah harga dia...Avanza aku yang ciput tu lagi mahal...memang aku teringin jugak kat si Dodge ni, tapi kat sini aku nak pakai pi mana? Aku nak keluar beli kacang pun tak sempat! Ni pulak bila ada kereta. Aku ingat cuma sempat pusing kat dalam carpark sajalah kot..tu pun mungkin tak sempat jugak. Off day aku dah ter automatic cancel sebab kami la ni dalam lingkungan 90-100%. Bayangkan...aku cuma sempat break masa time solat. Then balik balik kalau awal dah 10.30 malam. Apa lagi yang boleh aku buat? Nak pergi tengok tempat kiswah (kelambu kaabah) pun tak sampai lagi ni dari tahun lepas...orang datang umrah dah jalan-jalan pi tengok unta la...minum susu unta lah...aku kat sini asyik duduk kat dalam hotel saja...so nak beli kereta? Nak beli Harley? Mmmmmmm tak payah lah kot!

(lari dari KL dia mai kat Mekah!)

Aku ingatkan aku lari dari KL penyakit ni dah tak ada, rupa-rupanya dia ikut aku jugak! Ngeri ni penyakit ni. Aku dah kena dulu, tu yang aku tahu. Kak Anne aku kena yang berdarah tu, aku kena yang biasa lepas balik Raya dari Alor Setar dan Penang dulu, Kak Ipar aku pun kena jugak. Pergh letih tak bermaya ni penyakit ni. Jadi bila aku baca paper yang kat sini pun ada penyakit ni, aku dah terbayang terlantar kat hospital...ngeri...ngeri...

Jumaat, Mac 20, 2009

Letih nya...

(cashier Saudi aku yang nama Dodd...mungkin anak Al Fayed tapi lain mak ni)

(3 cashier dan Mainul, Manager aku yang janji nak bagi kari ikan sampai la ni tak dapat-dapat!)

(gambaran Haram 2 hari lepas lepas Zohor)

Diam tak diam dah dekat 2 minggu aku balik kat sini. Cepat ka? Aku rasa tak jugak...lambat ka? Pun aku rasa tak jugak..tiap-tiap hari aku cuba menyibukkan diri. Bukannya untuk apa, supaya badan dan fikiran aku letih pasal kerja jadi aku tak payah nak pikir-pikir pasal benda lain yang akan buat aku sayu. Anyhow, semalam dari breakfast sampailah dinner aku busy non-stop. Pagi sibuk dengan breakfast. Right after breakfast aku ada Management meeting sampai 3 jam dari 10.30 pagi. Memang penting meeting tu mengenai hala-tuju kami sebagai satu team. Habis dah pukul 1.30 petang. Berhenti solat sekejap. Then sambung check dapur, cafetaria dan restaurant. Lunch dah beratus orang makan. Pukul 3 petang aku ada meeting dengan budak-budak Room Service lepas tu 4 petang aku ada meeting dengan FB section head sampailah pukul 6 petang. Aku break Asar then Maghrib. Lepas Maghrib group dah start masuk dinner. Lepas tu stop Isyak. Hah...lepas Isyak memanglah berduyun-duyun jemaah turun makan. Maklumlah datang makan kenduri...malam minggu pulak tu...seronok makcik ooiii...pukul 9 malam aku dapat call bagitahu yang group Indonesia dan Kuwait tak dapat masuk Mekah lagi sebab bad traffic dan depa mintak tangguh dinner sampai pukul 12.30 malam. Huh? Aku takada masalah. Ni kan kerja aku..luckily pukul 11 malam semua dah sampai. Last 2 groups tu tak ramai cuma 100 orang saja. By 12 midnight semua habis makan dan aku pun cakap kat Executive Chef aku, tutup buffet. Aku balik bilik pukul 12.30 malam. Tutup lampu 1.30 pagi. Golek sana-golek sini tak boleh tidur sampai pukul 4 pagi....alamak macamana ni? Satgi pukul 6 dah nak breakfast....jadi, tu lah routine aku tiap-tiap hari kerja hotel ni...jadi pada sapa-sapa yang nak kerja hotel, sendiri mahu ingat. Kalau tak boleh kerja lebih 12 jam, baru 10 jam dok buat muka 44, terimakasih sajalah....dan pada sesiapa yang ada boyfriend atau husband yang kerja hotel, tolong lah faham-faham sama...letih tu....

Jadi moral of the story, aku memang tak sempat nak buat entry......heh3.....

Rabu, Mac 18, 2009

Sewaktu di Haram

(terbaring kat sebelah anak-anak)

(muka masih bulat)

(macam biasa, walaupun busy, blogging tetap blogging)

Semalam waktu Isyak aku sempat ke Haram. Aku pergi setengah jam awal. Dah lama rasanya tak berada kat depan Kaabah. 7.30pm aku dah terpacak kat depan kaabah. Cari saf yang sesuai. Since aku tak berapa sihat 2-3 hari ni, aku pakai mask. Orang masih ramai. Kat dataran tu aku tengok memang ramai orang terutamanya dari Turki. Musim dia la ni....orang dari Emirates, Qatar dll cuma akan sampai esok atau lusa. Jadi kalau nak katakan sekarang ni aku tak sibuk memang tak boleh sebab occupancy sentiasa berada di dalam lingkungan 65% on weekdays dan 90% and above on weekends. Nampak gaya aku terus menerus akan sibuk sampai habis musim haji gamaknya.

Berada betul-betul didepan kaabah membuatkan aku terasa diri ini sangat kerdil. Aku peruntukkan waktu yang singkat itu untuk berdoa sebanyak mungkin dan membaca surah-surah sebanyak mungkin. Memang waktu tak panjang tapi cukup untuk aku memanjatkan doa kepada Allah SWT memohon dan berdoa untuk aku sekeluarga dan tak lupa kepada rakan-rakan aku. Agak bersesak, tapi Allah Maha Kaya, ada jemaah memberi laluan untuk aku bersembahyang bersama-sama. Alhamdulillah...apabila ada orang lain pulak menyelit, aku pulak yang memberi laluan untuk sebaris dengan aku. Petugas wanita sibuk check para jemaah wanita. Dekat anak tangga menuju ke Kaabah, ramai orang duduk melepak sambil menunggu waktu. Petugas tinggikan suara supaya mereka yang berada ditangga memberi laluan. Sampai terpaksa dia tinggikan suara tetapi masih dalam keadaan sopan. Aku tak salahkan dia sebab dia cuma menjalankan tugas dan cuba untuk memberikan keselesaan pada semua.

Bumbung masih ditutup. Banyak lagi pembinaan yang belum siap. Terutamanya ditempat sa'e. Aku harap-harapkan semua akan lengkap apabila masuk Ramadan nanti. Tahun lepas hotel ni cuma buka 400 bilik sebab yang lain masih tak siap lagi tapi sekarang inventory dah masuk hampir 800 bilik maksimum. Jadi bayangkan kalau diambil average 2.5 per room.....jadi jumlah itulah yang akan makan kat tempat aku nanti. Nak tak nak, aku terpaksa bersiap dari sekarang mencakupi semua segi. Training masih berjalan walaupun kadang-kadang aku sendiri agak berlari kesana-kesini. Nak buat macamana, ini kerja aku. Ini yang aku pilih untuk mencari rezeki untuk anak-anak aku dan Aunty. Keluarga aku memang sedih. Aku bertambah sedih bila anak-anak aku berkali-kali menyuruh aku balik ke KL dan kerja disana macam dulu. Aku tahu perasaan mereka. Mereka sedang membesar dan memerlukan tunjuk ajar aku dan Aunty. Aku kadang-kala serba salah. Sedih semuanya bercampur-aduk. Hati bagai disiat-siat sewaktu meninggalkan KL tempohari. Tapi rezeki aku sekarang ni di bumi Allah. Dan inilah yang akan aku buat dan disinilah aku akan berada sebelum aku ditugaskan ditempat lain. Pada anak-anak aku dan Aunty, aku pohon sejuta kemaafan sebab tak sempat berada bersama-sama kamu semua disaat-saat ini. InsyAllah kalau ada rezeki, kita jumpa lagi dihujung tahun tapi ingat, kasih-sayang Papa pada kamu semua tak pernah berbelah-bagi....

Selasa, Mac 17, 2009

Marhabah...marhabah...

(dia nak bagi kacang masuk angin)

(dia keluarkan kacang fresh dalam almari)

(siap posing lepas tawar cuff link)

(aku suruh dia tunggu esok!)

Semalam aku teringin nak makan cashew nut. Aku dan Siti Tanjong panggil kacang janggueh. Aku ada kedai aku sendiri kat sini. Bila dia tengok muka aku, memang benda lain aku tak mintak, asyik-asyik kacang tu saja. Lepas makan berkilo-kilo, pagi ni aku tengok muka aku dah ada jerawat satu...maklumlah remaja...heh3...actually petang semalam masa aku tengah ronda tu aku terperasan yang aku dok ronda pusing-pusing dah 3-4 kali. Eh mamun kot..since tengah dok ronda, aku pun jalan sekali kat shopping complex kat bawah hotel ni. Banyaknya kedai jual kain. Tapi macam biasa, jangan suruh aku beli sebab aku memang tak reti nak beli hadiah-hadiah ni. Kena pulak benda-benda perempuan, lagi lah....present kat Aunty pun aku kena tanya specifically, kalau tak memang aku tak tahu nak beli apa kat dia.

Aku turun terus kat kedai bawah sekali pergi kedai cashew nut. Aku tahu dia simpan kacang fresh kat dalam cabinet. Heh3...jangan nak kelentong aku Mohd ooiii...aku siap bukak sendiri almari dia. Dia sengeh, aku pun sengeh...macam biasa, SR10. Aku makan boleh tahan 3 hari. Sebelum tu aku makan dulu kacang-kacang kat kedai dia yang dia display. Ada la dalam SR3 kot. Aku cakap " halal...halal...ya Mohd...". Dia pun cakap "Halal...halal...ya Sheikh...". Since dia halalkan, aku pun khalaskan kacang dia SR3! Heh3...Steven Covey cakap "Win Win Situation!". Aku tak salah...aku tak salah...

Dulu masa sebelum aku balik KL, kat kedai ni lah aku beli kacang, chocolates dan Yemeni Honey. Price berbaloi. Memang aku rasa murah kat kedai dia sebab aku tak pernah pergi kedai lain...heh3...macam-macam ada kat sini. Sebut saja kurma apa nak, semua ada. Tapi kurma ayam dengan kurma kambing dia tak jual kat sini!

Lepas tu aku ronda lagi pergi kedai lain pulak. Sekali ni aku pergi kedai yang jual cincin sebab aku nak cari cuff link. Aku la ni suka pakai baju ada cuff link pulak dah...rasa kemas semacam pulak! So aku tanya si penyamun tarbus tu, dia cakap SR80...aku cakap SR15. Dia cakap SR60, aku cakap SR15....dia cakap SR30, aku cakap SR15 jugak. Dia cakap SR15, aku cakap esok aku datang!

Isnin, Mac 16, 2009

Mandi Kambing

(lunch dah sampai..)

(mandi aku, kambing sembunyi kat dalam nasi!)

(aku mintak cabai hijau 3 biji, puas...)

Semalam aku off. Seperti yang aku cakap, dalam seminggu aku makan nasi sekali. Ni gara-gara terlebih makan nasi masa kat KL dulu. Aku ingat kalau boleh kira nasi kat dalam perut aku, mahu dah bergantang-gantang ada kat dalam perut. Breakfast aku nasi goreng, tengahari nasi kandar dan maybe malam nasi dengan lauk lain pulak. Badan aku pun naik bergantang-gantang! Jadi masa aku balik sini, the last rice meal I had was in the flight. Azam memang kuat nak maintain tapi bila tengok nasi-nasi kat sini, adoi...selera membuak-buak...kambing fresh, ayam comel-comel...habis macamana?

Masa off day aku semalam, masa Aunty talipon barulah aku terjaga. Puas....then tengahari perut aku dah nyanyi lagu "bengawan solo" maklumlah aku duduk kat sini solo, jadi lagu lain memang dia tak nak nyanyi. Heh3...lunch sampai pukul 1. Orange aku mintak satu gelas, tapi budak aku hantar i liter. Pergh, meriah....nyap-nyap, bila dah habis, aku terlentang. Mata dah kuyu. Tapi disebabkan aku dah ada lap top sekarang ni, aku layan pulak baca blog-blog yang lain. Sedar-sedar dah Asar, sedar-sedar dah Maghrib. Lepas Asar lagi aku dah rasa tekak aku perit, gatal dll. Badan rasa panas. Maybe perubahan cuaca kot ataupun sini sekarang ni angin kuat dan banyak habuk. Lepas Maghrib aku telan ubat. Rest sekejap. Bila dah start heavy lunch, dinner aku pun heavy jugak. Aku order burger pulak tapi orange tengahari tadi ada lagi, minum, aku tak order apa.

Lepas Isyak, badan terasa lagi panas...aku mandi, tutup laptop, baring atas katil dan baca buku Paulo Coelho. Cuma dapat 4 chapter, mata aku dah surrender tak boleh nak bukak lagi. Aku rasa by 9pm aku dah terlelap kot....lama tidur semalam. Bagusnya, tekak aku rasa lega sikit walaupun tak banyak. So sekarang sebelum aku masuk office, aku update dulu apa-apa yang patut. Takkan nak buat kat office kan....Mintak-mintak hari ni demam dan sakit tekak aku akan baik. InsyAllah...

Ahad, Mac 15, 2009

New Layout...

(baru balik kerja malam tadi, siap bawak balik Arab News)

(working area aku kat bilik bujang!)

(syyyyy...dinding yang aku tebuk untuk gantung gambar anak-anak dan Aunty)

(another angle gambar katil aku yang kepala mengadap kaabah..)

2 hari lepas sambil dok sembang-sembang dengan kawan aku, kami ada cerita pasal bilik ni yang kami dah boring tengok. Asyik-asyik tengok benda yang serupa tiap-tiap hari. Pagi, petang, siang, malam. Ish.....boring...boring...so semalam kawan aku cakap nanti petang pukul 3 staff dia datang ubah bilik aku and of course bilik dia sekali. Aku pun ok, that's good..so pukul 3 sharp, 4-5 staff datang dan ubahkan bilik aku. Katil ubah, head board ubah, writing table ubah, luggage rack ubah, tv console ubah, lampu ubah, aku tebuk kat dinding untuk gantung gambar anak-anak aku. Hah..barulah lega rasanya...so semalam masa aku tidur, memang aku tak ingat dunia...ataupun dunia tak ingat aku! Time tidur bilik sorang-sorang ni, teringat aku masa time sekolah dan tidur kat dorm.

Masa aku F1 tak salah aku kami ada sampai dekat 30-40 orang dalam satu bilik. Bilik pulak memang daif....katil double decker...pusing sikit, "kriok.....kriok..." bunyi dia. Bila tutup lampu pukul 10 malam semua naik katil, sembang-sembang sampai kena jerit baru diam. Then toilet pulak kat luar, lampu pulak malap, ngeri....kadang-kadang terkejut sebab terserempak seniors yang diam-diam pergi study kat bawah lampu tangga ataupun store sebab dah nak SPM masa tu. Then masa aku F3 ada satu blok tambahan kat tepi Dining Hall tu. Hah yang tu Block D dan aku lah kepala Block D tahun 85. Heh3....D7......Block baru, best, masa tu bilik aku dah kecik sikit. Ngam-ngam untuk 20 orang kot (kecik ke?). Baru lah rasa ok tapi tak selesa jugak sebab air selalu tak ada! Parah betul kalau air tak ada ni, nak mandi susah, nak membasuh susah....nak pergi toilet lagi lah masalah...

Masa kat ITM Dungun aku tinggal kat bangunan lama. Bangunan ni pun kalau si Suhaimi Baba tengok, mesti ambik Maya Karin berlakon. Memang naik tangga pun dah "kriok-kriok...". Block aku mengadap jalan besar Dungun ke Kuala Trengganu. Laluan penting untuk bas ekspres dan lori-lori. Sepanjang jalan macam R&R Ipoh, memang meriah sebab orang ramai berniaga. Nasi dagang....oooo heaven! Tengah-tengah malam bila dok study tu tiba-tiba dengar "bedeboom.." bas ekspres langgar lembu.....seminggu mesti ada 2-3kali kat situ sampai aku dah lali dengan accident kat situ.

Then masa aku kerja jual ice cream kat Swensen, aku duduk rumah Kak Anne (hq kami in the family). Aku malas nak duduk atas sebab kena naik tangga dan ganggu kakak aku dan anak-anak dia nak tidur, lagipun aku selalu balik tengah malamkan...so aku cakap kat KA, takpalah aku tidur jelah kat dalam bilik store kat bawah. Senang nak masuk-keluar rumahkan....then ada sekali neighbour kakak aku datang dan tanya aku, "Berapa sewa bilik ni?" Heh3.....

Lepas tu kat Jepun aku duduk kat Gotanda. Hotel tu nama dia Toko Hotel, betul-betul tepi stesen keretapi. Senang aku nak pergi kerja. Dok kat hotel senang, tak payah kemas bilik....tapi punyalah mahal. Kalau convert RM4000. Kecik nak mampus...nak bukak tv aku cuit dengan ibu jari kaki je...bayangkanlah besar mana bilik aku tu. Tapi bilik tu banyak cerita. Nombor bilik, aku ingat sampai sekarang...yong, zero, san..

Then masa kat luar dulu dapatlah bilik yang elok sikit. Ada heater (aku pulak gantung stokin kat heater!), then ada dapur lagi, pergh kelas....maklumlah dah mengajar...dapatlah bilik studio! Duduk sorang-sorang ni memang best...siapa pun tak kacau. In fact bilik aku sekarang ni pun ok. It's big and meant for a family. Ni pun boleh masuk 6 orang lagi kot....aku jengok kat luar tingkap, orang tak ramai. Mungkin yang datang dari UAE dah balik kot...jalan lengang, perkarangan masjid pun lengang. InsyAllah kalau rajin nanti aku pergi jalan-jalan sikit. Ambik gambar sikit buat modal next entry!

Malam minggu

(posing tepi family)

(terlebih photogenic...)

(tu aku lah tu!)

Hari ni pun sama macam 2 hari yang lepas, aku jadi busy gila. Patutnya dah kurang, tapi aku masih lagi tak kurang. Lebih ada la kot. Macam semalam jugak breakfast 1200 orang. Yang patut check out tak jadi check out. Extend satu malam lagi. So tambah nyut-nyut lah kaki aku...bayangkan dari restaurant bukak pukul 6 pagi sampai 8 pagi dah 800 orang makan kat restaurant. Tak haru-hara jadi tempat aku? Walaupun dalam keadaan darurat, guest-guest aku semua masih cakap yang semuanya bagus. So aku pun sampaikan message yang sama kat budak-budak aku termasuklah chef-chef yang berpeluh kat belakang dengan budak-budak steward aku yang terkemut-kemut basuh pinggan.

Lunch time aku slow sikit. Lega...tu pun adalah dalam lingkungan 300 pax. Kalau aku kat Vogue Cafe RKL dulu, mahu kalut aku jadinya. Dah lah capacity kat VC tu kecik, ala...bolehlah masuk 120 orang. Kalau aku maximise kan maybe 160 kot...macam bulan Ramadan. Tapi record aku kat VC dulu 210 orang masuk untuk bukak puasa! But anyway, Restaurant aku kat sini actually at one go boleh masuklah 400 orang. Kalau ramai sangat aku bukak lagi 2 restaurant macam Ramadan dengan Hajj hari tu. Tapi sekarang 1200 tu aku boleh turn over kan restaurant a few times sebab breakfast orang tak datang serentak. Actually ni semua nampak senang tapi coordination memang penting kat sini. Selain daripada tu mis-en-place mesti complete untuk 4-5 kali turn over. Kalau tak stewarding tak sempat nak cuci sudu-garpu. Eh bukan senang ok, teaspoon tak ada pun boleh dapat 2 pages complaint letter dari guest! Jadi apa aku buat? Every afternoon aku akan duduk dengan Executive Chef aku, Chief Steward aku, Manager-Manager aku dan key personnel yang lain. Sambil minum kopi, aku akan bentangkan masalah, kalau 1200 orang makan, apa kita nak buat? Then depa pun cakaplah, buat itulah, inilah, macam-macam idea keluar. Then dari situ aku ambik yang best, then elaborate point tu sampai semua paham. Aku cerita dari guest masuk sampailah guest keluar. Semuanya in detail. Important points aku tekankan lebih. Then coordinate menu pulak sebab setiap etnik ada menu masing-masing. Main menu aku kekalkan tapi group Asean aku masukkan nasi lemak for breakfast. Satu item. Arab guest aku masukkan foul lah, Moroccan aku selitkan yang lain pulak. Semua satu-satu item, tapi yang main items tetap sama. Masih ada ommelette, scrambled egg , sausages beef strips etc. Sini breakfast depa makan salad, so salad aku memang berlambak-lambak macam lembu nak makan rumput. Heh3...

Petang aku balik bilik sekejap. Sempatlah mintak tolong member aku ambikkan gambar. So 3 gambar tu aku posing kat dalam bilik je lah....nak pergi luar tengoklah malam nanti. Then malam since aku dok berjanji nak pergi Haram, aku pergi masa Maghrib tadi. Tak sempat nak pergi sampai kat Kaabah sebab orang ramai sangat. Ramai lagi ni...so aku sembahyang kat dalam masjid tapi kat bawah. Atas bumbung depa tutup lagi. Aku masuk dalam group Turki masa sembahyang tu. Lepas sembahyang aku pergi kat Hilton sekejap. Lama tak tengok kedai-kedai kat situ. Ni first time aku pergi situ sejak balik sini. Kedai beriani ada lagi kat belakang Burger King. "Eh apasal sini takde boikot American products?" Tok-tok Arab sini masih lagi minum Bepsi masa lunch, KFC penuh, Burger King penuh.....mmmmmm.....

Kat luar tu aku sempat tengok hotel Hijaz sebab nanti cousin aku nak datang sini. So aku dah tahu kat mana nak jumpa cousin aku nanti. Dalam pada tu aku berhenti sekejap beli roti salut telur. Satu SR2. Actually roti tu lah yang aku makan masa mula-mula sampai dulu tahun lepas...murah tapi sangat mengenyangkan...then aku pergi tengok kedai body shop sekejap. Price is almost the same as in KL tapi range is very limited. Especially for men. Yang ada cuma for hair yang lain-lain products tak ada. Aku ingat maybe tak sampai lagi kot...(bagi sedap hati). So malam ni apa dinner aku? Roti telur tu lah sekeping! Esok siap, sebab esok hari aku makan nasi....siap kau mandi kambing!

Jumaat, Mac 13, 2009

First Friday

(marina terlentang kat atas, aku terlentang kat bawah!)

(hai baby...)

(seafood fountain aku dengan Chef Adil. Tiap-tiap kali ambik gambar, dia mesti selit!)

Hari ni hari Jumaat pertama aku kat Mekah untuk tahun ni. Aku tengok dari tingkap, orang dah berpusu-pusu pergi ke Haram walaupun awal lagi. Ramai guest dari Turki, Morocco dan Emirates. Katanya Indonesia dan Malaysia ramai bulan depan. We'll see..Pagi ni memang ramai orang breakfast. Adalah dalam lingkungan 1200 orang. Semalam according to partner in crime aku, pukul 11.30 malam orang ramai lagi nak check in. Malam minggu..aku dah tak larat nak pergi lobby sebab kaki dok "nyut-nyut" lagi...lama tak jalan banyak. Balik bilik pukul 10.30 malam, mandi, baca blog kawan-kawan, tengok you tube 6 Nations Rugby, terus tutup lampu dan tidur. Pukul 5 pagi aku dah terjaga. Teringat pulak kat heavy breakfast. Today dah ok sikit sebab semalam aku dah meeting tergampar dengan semua orang on the arrangment untuk crowd ni. Kalau tak kacau, aku jadi kacau sebab budak-budak jadi relax terlebih..so bila kacau sikit semalam, tinggi suara sikit semalam, hari ni aku tengok, budak-budak dah alert sikit. Lama aku tak ada kat sini, depa dah naik lemak sikit! Semalam masa dinner ada sorang dari group yang ada bagitahu aku yang food aku kat sini lebih baik dari Zam-Zam. Aku sengeh, dia pun sengeh...tengoklah 1-2 hari ni aku nak spotcheck kat Hilton pulak then InterCon then Meridien. Kena buat survey sikit, kalau tak, kita jadi syok sendiri pulak, ingatkan kita ja yang elok..

Cuaca kat sini dah clear. Sambil buat blog ni aku tengah dengar lagu Jepun dari Ken Hirai. Very the sedap and soothing....time-time macam ni, teringat aku kat Aunty. Ada sekali tu the day sebelum aku kena admitted kat Shinagawa Hospital for a minor operation, Aunty ajak aku jalan-jalan kat Muzium di Ueno. Dari situ aku mula minat pergi Muzium. Kalau tidak sebelum ni tak pernah sampaipun..Lepas muzium, kami jalan-jalan kat Ueno, pergi Asian market, jalan lagi menyusur stesen keretapi sambil bercerita. Weather at that time was good. A bit windy sebab nak masuk Autumn. Kami bercerita pasal kehidupan masing-masing...Aunty encouraged me to be strong. Dia cakap jangan risau walaupun esoknya aku nak masuk hospital. Then masa kat hospital tu aku ada bagitahu kat kawan aku si Rahman (kalau tak silap) sekarang ni kerja kat Equatorial KL as FOM yang aku teringat kat Aunty. Then si Rahman pulak terbagitahu kat Aunty. So the next day tu, Aunty melawat aku kat hospital dan bawak makanan dan CD lagu kalau tak silap aku. From then onwards aku dah rasa ada chemistry kat situ....So to Wakana, if you are reading this, I don't know how many times I've told and whispered to you, "It's just like yesterday that I first met you, I love you dear!"

Ok, aku baru lepas heavy breakfast. Makan mee, potato, scrambled egg and 2 croissants and 2 glasses of juices. Banyakkan.....I've changed my diet routine. Now I'm taking heavy breakfast, moderate lunch and light dinner. And you guess what? Masa aku sampai sini hari tu berat aku dalam lingkungan 76.8kg and this morning sebelum aku masuk office, aku timbang dah jadi 74.9kg. Amazing kan? One of the reasons tu, aku stop ambik nasi. Ala...baru 6 hari....dah turun almost 2kg! Bayangkan kita ni yang 24 jam makan nasi. Lepas tu berlemak lagi. Aku ni actually very conscious dengan weight aku. Takut jadi macam yang selalu kita dok baca dan tengok. Yelah aku tahu yang ajal maut tu ditangan Tuhan tapi kalau kita boleh jaga pemakanan, aku rasa, baiklah aku buat..

Aku sekarang ni tengah tunggu nak sembahyang Jumaat. Then lepas tu perang sikit lagi masa lunch. Petang ni ada meeting dengan budak-budak R&F pulak. Just to say thank you to them for working so hard while I was away. Malam pulak ada group dinner lagi. Esok reda sikit lah...taklah busy sangat. So aku decided to take my day off on Sunday. Nak rest, update blog, jalan-jalan sikit kot then of course...makan nasi...horey!

Letih ronda

(tray yang takde orang tu aku punya. Makan dgn budak-budak aku..)

(Mainul berhenti kat floor terus sembahyang Asar!)

(Ni nama roti Syaaban)

Pagi ni aku masuk awal. Sebelum pukul 7 aku dah terpacak check breakfast yang aku cakap semalam macam nak kenduri kahwin tu. Pergh....suasana sungguh meriah....rombongan cik kiah ada, rombongan din putu mayom ada, rombongan cik sri siantan pun ada...maklumlah datang kenduri...gedebuk-gedebak, tengok-tengok dah 800 orang makan pagi ni. Hah ambik kau! Ni tapak kaki aku dah dok "nyut-nyut" ni...actually sekarang aku tengah tunggu Isyak. Tu yang cilok sekejap tu. Lepas Isyak nanti turun sekejap perang lagi. Then lepas tu ada fellow blogger kata nak jumpa. Horey! Memang lama aku tak jumpa dia...maklumlah dia pun sibuk...siapa dia tu? Bagi suspense sikit. Esok aku cerita pasal dia.

Masa aku ronda-ronda kat bakery pagi tadi, tiba-tiba Chef Syaaban tahan aku suruh rasa roti yang dia baru prepare. Hangat lagi tu. Aku pun rasa, pergh, tak payah cicah marmalade! Mengalahkan Lady Marmalade...ada ka? Aku bawak roti balik office. Gambar 2 botol jem tu on trial untuk tukar. Yang lama aku pakai Hero tapi saja nak try D'arbo pulak, taste was equivalent and even slightly cheaper. Austrian product.

Then masa aku tengah round kat tingkat 2 tiba-tiba si Mainul cakap dia tak sembahyang Asar lagi. So aku cakap, sembahyanglah, aku dah buat tadi. Sebelum aku sempat cakap apa-apa, dia terus bukak kasut dan sembahyang kat corridor...lah, pulak! Tapi macam ni lah kat sini. Ada sekali tu lepas sembahyang Asar kat luar Haram (dekat clock tower), aku pun tunggu nak buat solat jenazah. Punyalah lama tunggu tak ada jugak signal. So aku pun bangunlah jalan pergi Zam-Zam ground floor kat kedai jam. Baru sampai kat entrance tiba-tiba depa start sembahyang jenazah. Aku terkejut, orang kat shopping complex tu semua stop dan terus buat saf masing-masing dan terus ikut Imam masjid. Aku pun ikutlah jugak. So itulah first time aku sembahyang kat concourse shopping complex!

Tadi lepas Maghrib aku pergi check cafetaria sekejap lagi. Budak-budak aku panggil makan. Alamak macamana ni? So since aku dah terbabas kat situ dan budak-budak pulak dah ajak, aku pun tumpang lah sekaki. Still no rice ok! I had penne and grilled chicken. Ni tengah dok kenyang ni..tray besi yang takde orang tu aku punya la tu. Sebelah kanan aku Samir, budak Myanmar tapi dah duduk sini zaman-berzaman (macam lagu To'ki) then depan dia Mubarak budak kacukan Saudi Myanmar..si Samir tu order taker aku dan Mubarak tu budak lounge aku. Baik sungguh depa ni. So aku pun tak sampai hati bila orang dah ajak makan sama-sama. Aku tanya Samir, family dia berapa orang? Dia cakap ala....sikit ja.....aku tanya lagi berapa orang? Dia jawap 7 lelaki dan 7 perempuan! Hah, ambik kau labu!

Khamis, Mac 12, 2009

Kerja jangan tak kerja..

(tengah check sebelum naik bilik)

(beratur macam nak pi kawad!)

(hot box ready? Yes, ready Sir!)

Kepada followers aku yang tak cukup 1 jari nak dijadikan 10, aku susun 10 jari pohon ampun dan maaf sebab tiba-tiba followers aku hilang dari blog aku. Magic sungguh. Sat ada, sat tak dak...aku tak perasan sampailah Vy hantar message kat aku petang tadi (mungkin malam kat KL). Nanti aku off day, aku repair balik apa-apa yang patut sebab currently aku jadi ter busy pulak. Ni dah pukul 11.05 malam dan aku baru balik ke bilik. Semalam ok lagi, pukul 9 malam dah sempat balik. Busy dengan set-up untuk esok. Meeting dengan chef aku dan chief steward aku pasal breakfast esok, lunch dan dinner for the next couple of days. Maklumlah sini weekend....so takut tak sempat nak buat entry esok, aku fast forward kan entry esok pada hari ni.

Berapa ramai breakfast aku esok? Ala...tak lah ramai sangat, cuma 700 pax ja....ala-ala kenduri kahwin anak Pak Menteri ja....cuma yang lainnya aku tak dak kompang segala kat sini. Aku bukak 3 full buffet counter. Aku ready? Mesti....kalau tak ready pun mesti cakap ready sebab budak-budak kalau tengok aku tak confident, depa lagilah tak confident! Fruit basket aku hari ni? Tak banyak cuma 150 saja.....sampai la ni budak-budak aku dok hantar lagi, tak habis-habis. Masa aku check pukul 10 malam tadi, ada lagi 50 bilik! Habis kalau budak-budak aku dok bertungkus-lumus buat kerja, aku nak balik????

Welcome drink aku untuk Kuwaiti Group pun tak habis serve lagi kat Lobby. Ada yang sampai terus buat umrah, ada yang sampai terus masuk bilik ada yang sampai terus nak tidur...macam-macam ada....tapi aku suka kalau busy macam ni. Badan penat, otak penat, tutup mata tidur terus....ala...macam aku kat sekolah dulu....kelas siang tidur, prep petang tidur, prep malam pun tidur. Heh3...

Rabu, Mac 11, 2009

Apa aku buat?

(meeting dengan penyamun tarbus...)

(gambar aku yang fail dengan FB dari Shohadah)

(chef Tariq siap bawak Rana datang meeting sebab dia off)

Semalam aku rasa masa berlalu sangat cepat. Pagi-pagi macam biasa, aku akan turun pergi check restaurant, pergi check back of the house, room service, amenities, check floor, sembang dengan guest aku sikit kat restaurant, check lounge, check staircase, kitchen, check stores....tengok-tengok jam dah pukul 11 pagi. Then ada pulak F&B Manager dari Al Shohadah Hotel datang melawat aku sebab katanya dia dengar aku baru balik Mekah. Wah hebat ni....Dia cakap kat aku awat balik lama sangat? Aku tanya dia balik, hang tak cuti ka? Dia jawap aku balik, "I just came back from 2 months vacation!" Laa pulak, habis tanya aku buat apa? Memang nak kena "star light" dengan aku ni....lunch time hari ni taklah busy sangat. Jadi aku ambik kesempatan tu untuk melawat cafetaria dan duduk bersembang dengan staff yang makan untuk dapatkan feedback. Aku duduk dengan budak-budak HR, Eng, Housekeeping, Steward etc. Amboi rasa macam wakil rakyat nak pancing undi....rata-rata budak-budak ni rasa dihargai bila kita duduk bersembang dengan depa. Selalunya benda macam ni tak pernah berlaku depa kata! Mmmm kesian pulak kat depa. Bayangkan sampai depa kata depa sentiasa berdoa supaya aku dan crimne partner aku cepat balik sini. Depa takut kami pi tempat lain. Isyh3.....terharu ni....tak habih lagi...

Semalam aku nak lari masa Maghrib pergi Haram, tiba-tiba ada pulak urgent meeting pasal group Kuwait yang nak masuk hari ni....alahai....aku janji hari ni mesti pergi. Sayang, dah ada depan mata tapi tak sempat lagi...nak buat macamana?

OMG...aku baru tengok luar tingkap. And guess what? It's ribut pasir. I can't even see the sa'e area! Nanti sat aku ambik gambar! Ok dah tangkap. Amacam ada nampak apa-apa selain daripada kelabu je? 2-2 gambar dari tingkap bilik aku. Kan aku cakap, dari bilik pun aku nampak Kaabah...memang dekat giler....Habis macamana nak keluar ni? Ingat nak pergi beli pistachio sekejap kat tepi Ajyad Street tu....mmmmm, aku
mimpi jelah...so kepada sesiapa yang plan nak datang Mekah, kalau cuaca macam ni berlaku, aku reccommend, stay in jelah dan minum air banyak-banyak. Don't push yourself. Nanti daripada boleh buat banyak amal-ibadat, terlentang atas katil pulak nanti...then kalau nak keluar jugak, jangan lupa pakai cermin mata dan mask!

Petang dan malam pulak aku ada banyak meeting dengan lain-lain department. I have to keep the relations. Kita ni bukannya kerja sorang-sorang! Nanti terkejut-tergempak nak kena mintak tolong dekat penyamoonz tu jugak. Pukul 9 malam baru aku melangkah tapak jalan kat corridor nak masuk bilik aku yang sepi.....mandi, salin baju, masak maggi kari, rebus telur, minum diet 7-up, mengadap laptop lagi. By 11pm mata aku dah melekat-lekat macam ada glue gajah!



Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...