Isnin, April 28, 2014

Sakit

Tea boiled together with clove, cardamon, cinnamon, ginger and finished with honey!
 
Alhamdulillah...itu yang dapat aku ucapkan. Apalagi yang mampu aku ucapkan selain daripada alhamdulillah? Ini semua punya Allah. Termasuklah kesihatan aku. Walau sering ke gym, menjaga pemakanan (kadang-kadang tergelincir jugak), membaca artikel-artikel kesihatan, minum air yang banyak, tidur awal dan bermacam-macam lagi tetapi jika tidak diizinkanNya aku beroleh kesihatan yang baik, maka sakit lah aku. Selama seminggu kebelakangan ni aku berulang alik ke tempat kerja didalam cuaca yang tak menentu. Pergi kerja hujan lebat. Keluar sekejap ke bank, panas terik.....pulang ke rumah hujan lagi. Badan yang baru nak segar kembali lemah! Walaupun sempat bertemu rakan-rakan, muka senyum aku sebenarnya menyembunyikan sesuatu. Tekak terasa sangat perit. Penghawa dingin yang suhunya sekitar 23 darjah pun sudah mampu menyebabkan aku menggeletar dan tak tentu arah. Apalagi kalau kurang daripada itu? Peluh seperti nak keluar tak nak keluar! Gerammmmm...ini cuma satu dugaan sekecil zarah!
 
Semasa aku berada dinegara matahari terbit sekitar tahun 92 dulu, aku sering mendapat tonsilitis yang kronik. Dimasukkan ke Hospital Shinagawa, di diagnose, lantas diarahkan untuk dibuang dengan segera. Tak pernah aku dengar buang tonsil kena duduk wad selama 10 hari. Tapi didalam kes aku, itulah yang berlaku. Duduk dibilik persendirian pada mulanya mengasyikkan. Terasa seperti sedang bercuti mewah apabila semua makanan aku akan dihantar ke bilik. Pakaian aku digantikan. Aku juga diberikan penterjemah yang akan bersama dengan aku dari jam 9 pagi sampai 5 petang untuk memudahkan aku berurusan dengan pihak hospital! Tapi setelah 2 hari begitu, aku mula berasa rimas..aku mula keluar dari bilik dan mundar-mandir di reception counter, bersembang dengan pakcik yang sedang menonton 'yakyu' di bilik tv dan melepak di taman kecil ditepi bangunan. Kesempatan untuk menghilangkan rasa bosan dengan berinteraksi dengan pesakit tempatan telah membolehkan aku belajar bahasa mereka dengan lebih cepat!
 
Aku pernah duduk dan bersembang dengan sorang pakcik didalam sebuah hospital. Pakcik tersebut menghidapi penyakit yang tidak membolehkan beliau hidup lama. Bersembang dengan pakcik berkenaan menyebabkan aku melihat sebarang penyakit yang dihadapi, daripada pandangan yang berbeza. Pakcik begitu bersemangat bercerita kepada aku betapa kehidupan beliau tidak sedikit pun berkurang setelah mengetahui beliau mengidap penyakit tersebut. Aku teruja....kenapa tidak? Pakcik yang hanya diberikan waktu singkat untuk hidup tidak meraung dan meratapi nasibnya yang berbaki beberapa bulan sahaja lagi. Malah pakcik berkenaan masih lagi mampu 'live life to the fullest!'. Katanya kepada aku, semua yang sihat akan sakit.....tetapi apakah kita hanya harus duduk, menangis, meratap apabila diberitahu yang kita sakit? Pakcik tadi melipat-gandakan amal ibadatnya, berjumpa seberapa ramai sedara yang dah lama tak jumpa, memberi ceramah-ceramah kesihatan dsbnya. Selepas itu aku dah tak jumpa pakcik tu lagi. Mungkin masih ada ataupun mungkin sudah tiada. Tapi bagi aku, pakcik tadi telah cuba menghabiskan sisa-sisa berbaki dengan sangat positif!
 
Setiap kali aku bercuti kemana sahaja, didalam mahupun diluar negara, kesihatan aku sering terganggu. Terutamanya apabila berlaku pertukaran cuaca dari panas ke sejuk ataupun sebaliknya. Sebagai langkah berjaga-jaga, aku akan sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan sebelum berlepas dan membawa bekalan ubat yang mencukupi. Setidak-tidaknya aku mesti tahu nama dan jenama ubat tersebut! Aku pernah mendapat sakit gigi yang teruk sewaktu berada diluar negara. MasyAllah....amatlah menyiksakan. Sekali lagi aku bernasib baik kerana insurance aku sewaktu kenegara itu merangkumi dengan insurance pergigian (tidak termasuk cosmetic surgery yakni untuk mencantikkan gigi). Wisdom tooth aku mula memberi masalah. Ia naik secara horizontal instead of vertical seperti kebiasaannya. Pembedahan kecil terpaksa dilakukan. 30 minit digunakan untuk mencabut gigi geraham aku terasa seperti 6 jam....akhirnya berjaya dicabut dan pipi aku bengkak selama seminggu!
 
Beberapa tahun yang lalu sewaktu aku masih bertugas di RKL, aku mendapat demam denggi. Memang menyiksakan. Seminngu aku ditahan diwad dan seminggu selepas itu aku tersadai dirumah kerana terlalu lemah tak bermaya. Sejak daripada itu aku sentiasa berhati-hati diawal pagi dan lewat petang kerana waktu itulah nyamuk aedes bermaharajalela! Hampir 2 minggu yang lalu aku demam. Setelah agak reda, aku kembali demam. Aku fikir mungkin cuaca yang tak menentu menyebabkan suhu badan aku juga naik dan turun. Hari Jumaat lepas tiba-tiba tekak aku rasa seperti terbakar. Suhu kembali meningkat. Pada hari Sabtunya pula aku mengambil cuti kerana harus menguruskan beberapa perkara di sekolah anak. Hujan pulak petang itu. Sewaktu aku pulang ke Ampang hujan masih renyai-renyai. Badan tambah tak selesa. Ahadnya aku ke klinik dan bacaan keputusan darah aku tidak baik. Semuanya dibawah paras normal...white blood count aku dibawah......hemoglobin di bawah......platelet aku juga dibawah.....terus doktor mengesyorkan aku kembali membuat pemeriksaan darah 24 jam selepas itu kerana bacaan darah aku memang mengarahkan kepada denggi. Pesanan doktor hanyalah minum air banyak-banyak. Hari ni memang aku kerap ke toilet. Kalaulah toilet rumah aku ni jenis toilet dbkl yang kena bayar setiap kali pakai, aku rasa mungkin dah hampir RM200 aku bayar hari ni! Alhamdulillah berkat doa rakan-rakan dan kali pertama aku dengar cakap doktor untuk minum air banyak-banyak, semua bacaan pada hari ini telah meningkat kedalam lingkungan 'normal' walaupun tak banyak. Badan masih lemah. Insyallah jika aku mendapat rehat secukupnya, aku pasti lusa aku sudah boleh kembali ke pejabat.
 
Alhamdulillah! Sakit dan sihat semuanya daripada Allah...kita hanya mampu berusaha!
 
 
 
 
 
 

Sabtu, April 19, 2014

Renaissance Hotel, KL

Renaissance Hotel KL, 1996. Aku duduk di sebelah Mika Hori
 
Aku mula bertugas di RKL setelah pulang ke sini sebaik sahaja tamat belajar dan tamat bersuka-ria...Sebenarnya aku sekadar mencuba nasib apabila mendapat tahu yang RKL ada membuat 'open interview' di site officenya yang terletak diseberang jalan berhadapan dengan RKL sekarang ni. Aku hadir hanya dengan tujuan untuk mengisi borang dan tunggu untuk dipanggil temuduga. Meletakkan motor aku dibawah pokok besar yang rendang ditepi jalan, aku mengatur tapak ke pejabat HR. Mengambil borang dan terus isi. Aku tak bawa apa-apa sijil. Position yang aku apply ialah "Fine Dining Restaurant Manager". Borang yang siap diisi aku serahkan kepada pegawai HR yang ada disitu, Abang Tahir. Selang beberapa hari aku menerima satu panggilan dari Puan Zaleena yang menyuruh aku datang untuk interview pertama.
 
Ist Interview
 
Aku menunggu agak lama sehinggalah datang seorang lelaki yang berpakaian kemas yang bernama Kesang Sugatsang berasal dari Tibet dan menetap di Germany masuk dan memanggil aku. Banyak yang dia tanya dan soalan terakhir yang beliau tanya ialah apakah position yang aku apply? Aku pun jawablah yang aku apply sebagai Restaurant Manager di 'Marche Meditteranean Restaurant.' Beliau menarik nafas panjang dan kembali membelek resume dan application form aku. Dengan pandangan mata yang tajam, beliau memberitahu aku bahawa position yang aku minta itu ialah position yang beliau sandang! Aku telan air liur....memohon maaf dan terus memberitahu yang aku sedia menerima apa saja position yang masih ada tetapi aku mahukan restaurant kerana itu merupakan 'forte' aku. Kesang Sugatsang menganggukkan kepala dan menyuruh aku balik dan datang semula keesokan harinya untuk interview seterusnya.
 
2nd Interview 
 
Aku tak boleh tidur lena malam tadi menantikan hari ini. Pelbagai perkara bermain difikiran aku. Apakah soalan yang bakal ditanyakan dan apakah dan bagaimanakah harus aku jawab. Akhirnya aku terlelap juga. Sekali lagi aku memecut motor aku dari DJ menuju ke Jalan Ampang. Terus ke pejabat HR dan menunggu. Seorang lelaki berbangsa Suisse keluar dari pejabat dan memanggil aku masuk. Lengan baju beliau disinsing ke lengan dan ada sebatang pensel terselit ditelinga kanannya sambil tangannya memegang borang permohonan kerja aku. Alamak.....telan air liur lagi! beberapa soalan diajukan kepada aku. Semuanya mengenai pengalaman kerja aku sebelum ini. Alhamdulillah semuanya ok. Ditanyanya kepada aku apa position yang aku minta dan kali ini aku menjawab Coffee House Manager setelah tahu yang Marche Restaurant telahpun ada calonnya! Lama beliau merenung aku dan akhirnya beliau menggeleng-gelengkan kepala dan memberitahu bahawa Coffee House Manager juga telah diisi! Adoi...parah aku. Apalah nasib aku kali ni. Terasa hampa dan longlai.
 
Dalam keadaan yang agak tak tentu arah, pintu pejabat beliau diketuk dari luar dan masuk seorang lagi lelaki mat salleh, Robert Aschwanden. Robert Aschwanden merupakan GM di RKL yang pertama. Berbangsa Suisse/German. Muka garang dan berbadan besar. Berbual dengan orang yang interview aku tadi didalam bahasa German dan kemudiannya memandang kearah aku. Mukanya masih lagi serious. Bertanya aku beberapa soalan dan soalan yang terakhir beliau tanya ialah, "You studied in Switzerland? Which school?". Belum habis aku menjawab, dia terus menghulurkan tangan untuk berjabat sambil berkata, "Welcome on board!". Aku tergamam.....aku tergamam kerana pertama, begitu cepat beliau membuat keputusan dan keduanya, dimana aku akan diletakkan nanti kerana ke dua-dua restaurants telahpun diisi! Ketiganya kerana kami masih belum berbincang tentang gaji! Hahahahahahaha!
 
3rd Interview
 
Robert faham yang aku bingung lalu dipanggilnya aku untuk bertemu beliau keesokan harinya. Aku sekali lagi ke RKL. Semua kebimbangan, aku utarakan kepada beliau. Beliau sangat memahami. Aku diberikan jawatan Room Service Manager. Tugas aku ialah memastikan semua pesanan makanan dan minuman yang dihantar kebilik memenuhi piawaian. Dihantar dalam tempoh yang telah ditetapkan. Menjawab panggilan talipon dengan standard yang telah diberikan. Aku juga diberikan jumlah sales yang perlu dicapai didalam sebulan. Wah.....ini cabaran baru untuk aku. Aku tak pernah bekerja di RS. Kecualilah membantu menghantar makanan dan minuman ke bilik jika pekerja RS sibuk ataupun kurang. Kali ini aku sendiri yang harus menguruskannya! Tapi ini bukan yang aku minta. Robert memberitahu aku bahawa beliau personally akan menilai kerja aku dan dari situ dia akan melakukan pertukaran ke tempat yang sesuai untuk aku jika prestasi kerja aku baik.....Bagaimana pula dengan gaji? Aku dibayar sebanyak RM2700 sebulan dan akan meningkat jika prestasi aku baik. Itu janjinya. Aku mengangguk tanda setuju. Pada tarikh yang ditetapkan, dengan motor cabuk aku, kasut hitam baru yang dibungkus elok didalam kertas suratkhabar dan dimasukkan kedalam plastik, stokin hitam baru yang juga dibungkus sama, aku masukkan ke dalam bakul motor. Manakala aku pula hanya memakai selipar jepun untuk ke tempat kerja! Hahahahahaha.......enjoy the weekend people!
 

 
 

Sabtu, April 12, 2014

Fine Dining

Peserta wanita..

Minggu lepas tiba-tiba aku dikejutkan dengan satu panggilan talipon daripada seseorang yang aku tak kenali. Beliau memperkenalkan diri. Dahi aku berkerut cuba mengingati. Akhirnya beliau memberitahu yang kami pernah bertemu disalah satu acara yang telah dianjurkan. Aku lagi confuse! Namun begitu, wajah beliau masih tak dapat aku cam! Ini lah masalah aku lately. Cepat lupa....keluar rumah pakai helmet tak bawak kunci motor.....bawak kunci motor, tertinggal helmet kat rumah.....mobile tertinggal lah....dompet tertinggal lah....aku cuba memperbaiki dengan membuat checklist otak bilamana aku nak keluar rumah. Setakat ni alhamdulillah walaupun kadangkala letih jugak nak mencongak satu persatu! Lama jugak kami berbincang di talipon. Beliau bertanyakan samada aku masih memberikan ceramah mengenai topik yang aku gemari yakni "Fine Dining" dan aku mengatakan 'ya' dengan cepat! Topik Fine Dining adalah satu topik yang sangat dekat dengan hati aku. Ini adalah kerana topik ini merupakan topik utama yang aku perlu pelajari sewaktu di suisse dulu. Belajar dan melakukannya secara practical dibawah kendalian pensyarah yang berwibawa bernama Horst Antosch. Beliau banyak mengajar aku erti FD yang sebenarnya. Bagaimana cara duduk, makan, minum, menuang, berbual, dan semua topik yang berkaitan. Waktu terluang, aku akan bertemu dengan beliau dibilik pensyarah dan kami akan terus berdebat sehingga aku mendapat jawapan yang aku mahu. Banyak waktu yang aku luangkan bersama beliau. Sewaktu beliau meninggalkan suisse untuk mengajar disalah sebuah cawangan sekolah kami di washington, secara diam beliau telah menulis surat kepada Paul Walls yakni Director disekolah perhotelan Cesar Ritz agar mengambil aku sebagai tenaga pengajar.

Kesemua peserta yang menunggu giliran 'posting'

Aku dijadualkan untuk memberi ceramah kepada pegawai-pegawai terpilih yang akan berangkat ke luar negara dalam waktu terdekat. Tepat jam 2.30 petang ceramah aku bermula. Aku diberikan selama 3 jam untuk berceramah. 3 jam bagi aku adalah amat singkat. Banyak yang perlu aku kembangkan. History of Fine Dining perlu diterangkan sedikit. Sesuatu perkara yang dilakukan ada sejarah dan ceritanya tersendiri. Aku rasa semua itu penting agar pendengar tahu apakah sebab sesuatu perkara itu berlaku atau dilakukan! Ini semua aku belajar sewaktu disana dulu. Apabila aku disajikan dengan cheese GRUYERE, aku akan terhenti sebentar, mengelamun seketika mengingati tempat proses dan membuat cheese yang berada di suisse yang telah aku kunjungi dulu. Semuanya masih bermain dimata. Bercerita mengenai ladang anggur juga mengingatkan bagaimana aku menenggek dibelakang lori diawal pagi menyusuri lorong-lorong kecil di ladang anggur di France lalu memetik buah-buah anggur yang kemudiannya akan dikumpulkan. Semuanya sekali lagi masih bermain dimata aku. Kebanyakan tenaga pengajar tidak mempunyai pengalaman sebegitu. Kebanyakkannya hanya bermodalkan pengetahuan yang mereka belajar dan lihat di TV ataupun video sedangkan aku tidak. Aku bernasib baik kerana pernah berada disana dan melakukannya sendiri. Makanya segala pengetahuan dan pengalaman yang ada pada aku akan aku curahkan semuanya. Aku juga mengalu-alukan peserta untuk bertanya apa juga soalan dan pastinya aku akan menjawap setiap soalan dengan sebaik mungkin.
 

Meja tuan penceramah..

Aku disediakan segala kelengkapan yang diperlukan. Wah hebat.....dah agak lama aku tak berceramah. Kesempatan sesekali sebegini membuatkan aku sangat teruja. Walaupun dulu sering membuat perkara yang sama, perasaan nervous masih lagi bersarang. Ini adalah kerana rata-rata peserta adalah didalam lingkungan umur 35 tahun keatas dan merupakan pegawai-pegawai tinggi kerajaan! Aku gagahkan juga. Muka mesti confident.....nota diberikan. Penerangan diceritakan dan tibalah masa untuk practical pulak. Disinilah banyak kelemahan dan kesilapan akan berlaku. Bangun dari meja dan memberitahu ingin ke tandas juga merupakan satu kesalahan kecil. Salah menggunakan gelas dan cutleries juga begitu. Minum dengan cara yang betul juga aku terangkan satu persatu secara terperinci. Pengalaman aku sewaktu bertugas dan bertemu dengan pelbagai kerenah tetamu yang pelik juga aku ceritakan sehingga sesekali riuh dengan hilai tawa peserta. Aku bercerita pengalaman aku didalam penerbangan. Ada seorang passenger duduk disebelah aku sewaktu nak ke Dubai. Gayanya hebat. Memakai suit walaupun perjalanan agak jauh. Setelah pesawat agak stabil, beliau membuka laptop dan memulakan kerjanya. Pramugari datang bertanyakan minuman dan tanpa memandang wajah pramugari beliau memesan japanese tea. Japanese tea disajikan dengan cara paling sopan. Beliau menekan punat diatas kepala dan memanggil pramugari datang. Pramugari datang dengan muka senyum bertanya. Suara lelaki disebelah aku tinggi bertanyakan kenapa tidak disajikan gula? Aku diam sambil mendengar. Gula diberikan. Pramugari berlalu pergi. Sekali lagi lelaki disebelah aku menekan butang memanggil pramugari. Dengan suara marah beliau bertanya kenapa tak diberikan susu? Kali ini aku pula yang rasa meluat! Pramugari masih lagi tersenyum dan menjelaskan bahawa Japanese tea tidak diminum dengan gula ataupun susu....ia harus diambil begitu sahaja. Beliau terdiam mungkin malu. Mengucapkan terimakasih , berpaling ke arah aku dan menguntumkan senyuman....Aku juga senyum....bukan sahaja japanese tea tidak diambil dengan gula mahupun susu. Bahkan kesemua jenis herbal tea adalah sedemikian...

Mengingatkan aku sewaktu mengajar dulu..

Soalan daripada para peserta semuanya sangat menarik. Aku jawap dan kupas satu persatu. Tidak boleh hanya mengatakan "tidak'. Aku haruslah memastikan yang mereka tahu apakah sebabnya tidak diboleh melakukan sedemikian. Sebagai contohnya kebanyakan wanita akan melihat cermin kecil selepas makan dan ini dilakukan untuk melihat samada lipstick masih ok, ada makanan terlekat dicelah gigi dan sebagainya. Kesemua ini tidak boleh dilakukan dimeja makan. Harus meminta diri, pergi ke tandas berdekatan dan lakukanlah apa saja disana. In fact kita juga tidak dibenarkan meminta 'toothpick' dan mencungkil gigi dimeja makan. Ini sangat tidak 'sopan'. Banyak lagi perkara yang telah dibincangkan dan harapan aku agar para peserta akan mendapat sedikit pengetahuan dan lebih confident apabila menghadiri jamuan makan rasmi apabila berada diluar negara kelak! Have the best weekend ever people!

Ahad, April 06, 2014

Weekend!

 
Sekembalinya aku dari Cameron Highland tempohari, Marina ada membisikkan ditelinga yang dia dah lama tak ke Zoo. Aku mencongak waktu lagi. Nasib baik aku masih lagi bercuti pada waktu itu. Pagi tu selepas ke pasar dan sebelum kami ke zoo, aku sempat singgah minum pagi dulu di salah sebuah kedai kopi tepi jalan. Wajah riang kelihatan di wajah Yuya dan Marina sewaktu sedang berbual sambil menunggu roti canai! Abang ada dirumah. Pada umur remaja sebegitu, tidak mungkin abang akan mengikut aku ke zoo!

 
Sejajar dengan kenaikan harga tiket, kebersihan zoo dan prasarana telah diberikan perhatian serius. Kali ini aku benar-benar kaget kerana harimau dan singa semuanya berjalan mundar-mandir didalam kandang dan sekali-sekala menuju ke kawasan berair disekeliling kandang untuk minum ataupun berenang. Selalunya harimau dan singa akan hanya terbaring lesu menunggu makanan! Cuaca sangat baik untuk aku melawat dari satu ke satu kandang. Redup dan sesekali angin bertiup nyaman! Aku berhenti sebentar di kedai minum. Walaupun peralatannya agak 'dated' tetapi aku lihat susun atur kerusi dan meja serta kaunter makanan semuanya rapi. Persepsi aku berubah 360 darjah serta-merta. Tahniah kepada pengurusan zoo yang telah bertungkus-lumus cuba mengindahkan kawasan persekitaran dibantu oleh ramai pekerja sukarela! Sedang leka melayan keletah anak-anak, aku terpandang satu papan tanda jalan yang tertulis Ismail Hutson. Perlahan aku sedekahkan al fatihah kepada arwah. Datuk Ismail Hutson yang aku kenali adalah seorang pelakon serba boleh yang hebat. Banyak drama-drama beliau aku tonton sewaktu ditahun 70-an lagi. Pada masa yang sama beliau juga merupakan pencinta haiwan dan menjadi orang kuat Zoo Negara. Pemergian beliau adalah satu kehilangan besar!

sdar U15

Seperti biasa jika aku berkesempatan, aku akan menyusur masuk ke VI selepas waktu kerja. Dari tempat kerja aku di Bangsar untuk ke VI hanya mengambil masa 15 minit dengan motor. Aku sukakan laluan ke VI kerana aku harus masuk ke Brickfields yang mengingatkan aku tentang gerai-gerai makan di sekeliling YMCA. Gerai-gerai makan itu sering aku kunjungi sewaktu aku mengambil kursus bahasa Jepun dan tinggal di Wisma Belia sekitar tahun 92 dulu. Disebelahnya pula merupakan pusat urut yang dikendalikan oleh pakar-pakar urut yang buta penglihatan. Dari situ aku terus melalui jalan susur disebelah KTM dikirinya dan Klang Bus Stand di depannya. KTM memang mengembalikan nostalgia aku berkeretapi dari KL ke Butterworth manakala Bus Stand Klang pula merupakan tempat aku menaiki bas untuk ke rumah Kak Anne di DJ pada waktu dulu sekitar tahun 1981! Belok ke kanan dan menaiki bukit ke Stadium Merdeka kembali mengimbau kenangan aku bersama arwah bapak menonton perlawanan bolasepak diantara pasukan Malaysia menentang pilihan professional dari India, Mohan Bagan juga awal-awal tahun 80-an dulu. Melewati stadium merdeka disebelah kanan, ialah Stadium Negara. Aku pernah menyaksikan konsert Zainal Hijau di Stadium Negara....motor dilencongkan ke kanan dan aku masuk ke VI. Ada pertandingan rugby 10 sebelah sebenarnya pada sabtu dan ahad. Dan yang paling penting, SDAR juga menyertai pada kali ini. Aku meletakkan motor di pavilion dan berjalan turun ke padang untuk melihat score board. Nama SDAR terpampang didalam kelompok pasukan 'maut'. Dalam hati aku mendoakan kejayaan adik-adik aku!

Wan Bon yg gila rugby!

Mata aku liar mencari orang yang aku kenali. Di bawah khemah pengadil, aku terserempak dengan cikgu rugby SDAR yang juga merupakan salah seorang pengadil pada kejohanan pada kali ini. Aku bersalam dan bertanyakan tentang perkembangan adik-adik. Kali ini prestasi mereka kurang memberangsangkan. Sedikit kecewa tetapi aku yakin bahawa untuk menempa kejayaan, banyak cabaran dan kegagalan yang harus dilalui. Maka dengan itu, berusahalah adik-adik....aku masih ligat mencari kelibat yang pasti aku kenal. Langkah diatur mencari jersi yang tertera nama SDAR. Dihujung padang kelihatan sekumpulan pemain yang sedang mendengar arahan daripada jurulatih. Aku senyum dan merapati kumpulan tersebut. Aku terpandangkan Wan Bon. Junior aku disekolah dulu. Wan Bon bagi aku merupakan seorang bekas pelajar yang 'gila'. Gila dalam pelbagai segi. Walaupun sibuk dengan pekerjaan, kesempatan terluang pasti dicuri beliau untuk turun ke padang di sungai gadut memberi tunjuk ajar kepada adik-adik didalam permainan rugby. Komitmen yang ditunjukkan beliau amatlah hebat. Aku tak termampu melaksanakannya. Ada adik yang tercedera dikening dan terpaksa diberikan 5 jahitan. Wan Bon dengan penuh rasa tanggungjawab memastikan yang jahitan dan balutannya rapi sebelum beliau bergegas ke gerai ditepi padang yang menjual 'head gear' untuk dipakaikan kepada adik tadi supaya tidak tercedera lebih lagi! Timbul perasaan bangga....that is what i call 'responsibility'. Pancaran matahari mula terik. Aku berjalan membelah padang dan menuju ke motor aku yang diletakkan di pavilion. Menepuk seat motor beberapa kali, memakai topi keledar, menghidupkan enjin, perlahan-lahan meninggalkan padang menuju ke Jalan Imbi, Kampung Pandan dan pulang ke rumah di Ampang. Sepanjang perjalanan, aku mendoakan agar adik-adik aku kembali bersemangat merampas kejuaraan!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...