Jumaat, Jun 21, 2013

Bahagia!

Eastern and Oriental Hotel

Hotel diatas ni dah berusia beratus tahun. Lebih kurang sama dengan Raffles Hotel. Berbentuk kolonial dan masih mengekalkan facade asal, menaikkan lagi seri hotel E&O. Harga bilik masih di peringkat 'affordable'. Tapi bagi sesiapa yang rasa inginkan penginapan yang lebih murah tapi selesa, bolehlah buat tempahan di 'Anggerik Lodge' yang terletak di Gelugor. Sepelaung dari AL merupakan sebuah tempat sarapan pagi (Taman Saadon) yang sangat famous di PP.
 
Pada hari terakhir aku di PP sebelum pulang ke KL, abang Eddie membawa aku makan mee goreng Hameed Pata di Gurney Drive. Seperti biasa aku cuma jamah-jamah sahaja dan habis 2 pinggan! Kalau aku makan, baru 4 pinggan! Lepas makan, aku rasa amat bersalah terhadap diri sendiri dan meminta izin abang aku untuk aku bawa diri berjalan sorang-sorang macam orang hilang akal balik ke rumah dia. Abang angguk tanda simpati tengok aku makan mee sampai 2 pinggan. Dia balik dulu. Aku menyusul kemudian perlahan-lahan. Jarak taklah jauh mana, cuma lebih kurang 3 kilometer sahaja dari Esplanade. Tak dapat treadmill, jalan kaki tengah rembang pun lebih kurang sama lah...cuma aku perlu berhati-hati dengan beca yang tak pakai signal bila membelok!
 


Dari balcony rumah (almost maghrib)

Hajat hati aku nak menginap di hotel bersama-sama dengan para pemain bolasepak dan juga ibubapa para pemain yang datang menyokong. Tapi bila abang aku cadangkan agar aku menginap bersama-sama dengan keluarganya di apartment baru mereka, aku jadi teruja. Abang baru saja pindah seminggu yang lalu. Barang-barang masih didalam kotak tapi memadai dan selesa untuk bermalam disitu. Tidur malam aku dibuai bunyi ombak. Menambahkan lagi nostalgia aku kepada zaman kanak-kanak di Henry Gurney, Telok Mas, Melaka. Aku di Melaka mengikut arwah bapak aku yang bertugas disitu sekitar tahun 77-79. Rumah kami di lereng tebing dan dibawahnya laut. Jarak antara rumah dengan tebing hanyalah sekitar 10 meter dan setiap malam dan pagi bunyi ombak laut mengiringi tidur aku. Berada di rumah abang membuatkan aku tidur lena. Tak perlu pasang penghawa dingin. Malah kipas juga aku tutup manakala tingkap dibiarkan terbuka luas agar angin malam menerobos masuk mendinginkan suasana malam dan subuh!

Selepas solat subuh, aku terus berjaga. Duduk di balcony sambil menghirup kopi panas dan memandang jauh ke kaki langit yang mula menampakkan cahaya tambah menguatkan lamunan aku kepada kisah-kisah misteri dan penyiasatan buku-buku Enid Blyton yang mengembara ke pulau Kenari kepunyaan ayah George (Georgina), terserempak dengan lanun yang sedang menggali harta-karun dan membawa lari ke sampan-sampan yang menunggu di tepi pantai. Bedanya kali ini aku lihat nelayan-nelayan kita telah mula keluar ke laut. Bunyi enjin Johnson memecah keheningan pagi. Membelah laut tenang menuju ke tengah untuk mencari rezeki bagi menyara anak isteri dirumah. Aku kagum dengan semangat hidup mereka yang sekelumit pun mungkin tidak ada pada aku. Dalam diam aku panjatkan doa agar mereka selamat pulang bersama rezeki tangkapan disambut keluarga dengan riang, senja nanti! Aku bersyukur dengan segala apa yang aku ada......walaupun banyak kurang dari lebih!

 

Motor aku pon ada nama ni!

Sewaktu didalam perjalanan pulang daripada Esplanade, dengan peluh membasahi dahi, aku melalui sebuah bangunan yang tersergam indah di seberang jalan sana. Nama dibangunan itu sangat familiar.  Nama ini lah yang melekat di motor pertama yang aku beli dengan titik peluh aku sendiri. HONDA CUB C70. Aku berhenti sebentar dihadapan sebuah rumah indah ditepi jalan yang mengadap dengan Wisma Boon Siew. Dalam pada itu aku sempat mengelamun sebentar. Aku teringatkan motor honda cub pertama yang aku beli pada tahun 1989 yang bernombor pendaftaran BDH 517... Pada waktu itu, motor tersebut lah harta aku yang paling bernilai. Lama jugak aku berangan disitu sambil tersenyum sendirian. Oleh kerana motor aku waktu itu baru, ada beberapa features yang aku kurang tahu. Salah satunya ialah 'handle lock'. Setelah engine dimatikan dan kunci dipulas habis, bukan sahaja engine nya ditutup, malah handlenya juga dikunci supaya susah untuk dicuri. Motor aku di parking diluar rumah Kak Anne. Sewaktu nak keluar rumah, aku ternampak anak dara orang depan rumah sedang bersiap nak memandu. Bila mata bertentang mata, aku senyum dan dia pun senyum. Aku dengan bangga celapak dan hidupkan enjin. Bila enjin berjaya dihidupkan, aku 'koyak' minyak.....aku terlupa nak pulas kunci tadi sampai habis. Walaupun enjin berjaya dihidupkan, handle aku masih berkunci. Bila aku dah koyak minyak, maka berpusinglah motor aku tapi tak kemana. Aku tersungkur dan gadis manis tadi tersenyum....aku malu tapi buat-buat tak malu.....Dalam aku mengelamun, ada orang sergah dari belakang...

Orang: Encik tunggu apa sini?
Aku: tak ada apa.......cuma tengok Wisma Boon Siew, orang kaya Penang nih...
Orang: Encik tak boleh duduk sini lama-lama
Aku: pasal apa?
Orang: sebab ini rumah Boon Siew.....nanti sekejap anak-cucu dia balik
Aku: whoooooooo.....

Jalan Sultan Ahmad Shah

Bangunan disini semuanya lama-lama dan aku sangat kagum melihat binaannya. Sepanjang Jalan Sultan Ahmad Shah, semuanya bangunan-bangunan heritage. Bungalow-bungalow di jalan ini mempunyai laman yang sangat luas. Bak 'chateau' di negara Perancis. Berjalan kaki sepanjang jalan tersebut menuju ke Gurney Drive, sekali lagi fikiran aku melayang ke zaman kanak-kanak. Diwaktu itu arwah pakcik (Ismail Rejab) aku merupakan 'drebar' kepada menteri besar Kedah waktu itu, circa 1975. Setiap kali MB Kedah selesai menaiki pesawat dari Bayan Lepas, pakcik aku akan mengambil aku di Brown Garden dan dibawanya aku ke Istana Hinggap Kedah yang terletak di Jalan Sultan Ahmad Shah. Setelah pakcik yang aku panggil 'Lang' siap parkir, aku akan berlari ke padang didepan rumah dan mengejar belalang dan rama-rama. Padang tersebut sangat luas. Boleh memuatkan sebuah padang bolasepak bawah 12 tahun saiznya. Hebat sungguh rumah ni fikir aku....siapalah tuanpunya rumah agam ni.......

Jog sampai sini dan patah balik!

Oleh kerana aku berniat untuk makan nasi kandaq sewaktu di Penang, 'homework' mestilah aku siapkan. Sebelum keluar jog di sepanjang Gurney Drive selepas keluar dari apartment abang, aku timbang berat badan aku (digital weighing scale memang aku usung kemana-mana aku pergi....waima ke Bali sekalipun!). Berat ok dengan ketinggian aku. Tapi pastinya berat aku bertambah jika aku balik ke PP. Aku bersiap, tukar t-shirt, pakai kasut jogging dan stokin, jalan perlahan-lahan menyusur tepi pokok-pokok besar sebelum sampai ke tepi laut GD. Aku mulakan dengan stretching. Lepas badan terasa panas setelah 15 minit stretching, aku mulakan dengan berlari anak. Jam menunjukkan tepat pukul 4 petang. Jangkaan aku, masuk waktu Asar, aku sudah berada di rumah. Perlahan-lahan aku jog. Di kiri aku ada kedai nasi kandar KHALEEL 24 jam...cabaran.......aku jog lagi. Separuh jalan aku nampak G Hotel. Hotel ini lah yang aku teringin untuk menginap. Tapi bila difikirkan, apartment abang lebih enak kerana ada 'private beach' didepannya! Aku jog lagi tanpa henti....hinggalah sampai di persimpangan Sunrise Tower. Disitulah terletaknya segala jenis makanan yang tak akan mampu kita tolak nikmatnya! Aku berhenti sebentar menjawab panggilan daripada 'orang penting' dari Melaka. Setelah semuanya diatur dengan rapi hanya melalui panggilan talipon, aku lega dan memulakan larian pulang ke rumah. Peluh membasahi tubuh. Rasa aku, baju aku sudah boleh diperah dan dibilas 4 kali. Inilah peluh terbanyak melebihi yoga dan larian di treadmill. Aku lihat jam dan terkejut kerana jam sudah pun menunjukkan pukul 5.30 petang! Bermakna sudah satu jam setengah aku berjogging. Patutlah berpeluh sakan. Sampai dibilik, perkara pertama yang aku buat ialah menimbang berat badan...masyAllah......turun 900gm! Aku lega....lega bukan kerana berat air aku turun, tapi terkenangkan nasi kandar yang bakal aku makan nanti. True enough, aku habiskan 2 pinggan nasi kandar di Hameediyah, Campbell Street, Penang! MasyAllah!!!!!

Sabtu, Jun 15, 2013

Penang

Mahkamah Tinggi

Aku ke Pulau Pinang untuk menyokong dan memberi semangat kepada anak aku yang bermain bola disana. Anak-anak bertolak ke PP sebelah pagi, aku bertolak ke PP sebelah malam. Pada petang Isnin yang lalu, aku dapat sms dari MAS mengatakan bahawa flight aku dipercepatkan sebanyak 20 minit. Alhamdulillah kata aku dalam hati sebab selalunya flight ni 'delay' dan bukannya dipercepatkan waktu penerbangannya. Selepas selesai function pada petang harinya, aku bergegas pulang sebelum ke KLIA. Cadangannya aku sepatutnya berada di KLIA pada pukul 8.30 malam dan penerbangan pada 9.30 malam. Just nice fikir aku. Satu jam saja, cukuplah untuk aku check-in, perlahan-lahan jalan ke departure gate dan mungkin juga sempat tengok perfume kat 'duty free' zone....Aku ambil beg, galas laptop dan berjalan ke check in counter. Bagi kad pengenalan dan MAS associate kat kaunter tu tanya aku, "Encik ada padat sms dari MAS?". Aku kata "ada...flight dipercepatkan 30 minit dari jadual..". "Eh, ada lagi sms lepas tu Encik..." Aku dah rasa tak sedap...dan dah mula boleh mengagak. "Jadi, pukul berapa flight saya?". "Katanya, "kalau ikutkan, flight ke Penang akan berlepas pada pukul 11.45 malam!" Pergh......power gila! 3 jam whhooooo....3 jam.......kalau naik bas dah sampai Taiping!

E&O

Berlepas seperti yang dinyatakan, yakni 11.45 malam. Aku menguap....penumpang depan aku menguap....dan aku pasti 'drebar' kapalterbang pun menguap jugak macam kami! Kalau naik bas ataupun kapalterbang, aku akan minta seat di 'aisle' sebab aku nak lunjur kan kaki. Lega rasa dan kali ni aku diberikan ruang yang agak baik tapi yang tak baiknya ialah seat aku bersebelahan dengan 'pintu kecemasan'....makanya kerusi aku tak boleh nak diturunkan. Jadi, tegaklah aku sepanjang perjalanan ke Penang selama 50 minit...nasib baik cuma 50 minit...Sesampainya aku di lapanganterbang, anak menakan aku dah tunggu. Kesian sebab dia menunggu dari jam 12 malam. Keluar dari airport dah pun pukul 12. 30 malam. Since aku kat Penang, selera makan dan minum bertambah-tambah. Dalam perjalanan pulang ke rumah, kami sempat singgah di Khaleel 24 jam di Gurney Drive. Tak makan pun...cuma minum teyy tarik segelas. Sampai rumah dah hampir pukul 2. Aku kena bangun awal pulak pagi nanti. Selalunya selepas subuh, aku dah jadi malas nak tidur balik. Pusing dalam rumah dari depan ke belakang sebanyak 23 kali, tengok jam, dah hampir pukul 8 dan aku harus ke USM menonton perlawanan bolasepak!

What a steamy name!

Satu perkara yang aku sangat susah hati kalau nak ke PP ni ialah pasal makanan. 24 jam makan dan makan. Cakap saja apa nak makan, semuanya sangat menyelerakan! Dari nasi kandaq, ke pasembor, ke mee goreng, ke laksa, ke cendol, ke cucoq udang dll. Pening aku nak menahan nafsu! Nafsu lain masih boleh aku bendong tapi nafsu makanan di PP ni memang sungguh payah!

Comel

Tidak banyak perubahan ketara yang aku lihat di PP ni. Padang Brown tempat makan satay 35 tahun dulu masih daif. Food Court di Esplanade juga sangat daif. Pasar Chowrasta masih kotor seperti dulu. Yang tambah meriah ialah dari Padang Kota Baru @ Gurney Drive menghala ke Batu Feringgi. Kondominium mewah dengan jogging track ditepi jalanraya mengindahkan lagi kawasan elit yang sudah cukup indah. Oleh kerana tujuan aku ke PP kali ini ialah untuk menyokong pasukan abang yang bertanding, maka waktu santai aku agak terhad. Pagi dan petang aku berada di padang memberi sokongan. Cuma breakfast dan dinner saja aku sempat merayau!

 
Old abandon building

Dalam sedikit waktu yang terluang itu aku sempat lari ke Brown Garden sebentar untuk melihat rumah arwah mama dan bapak. Banyak yang perlu dibuat. Beberapa ketika berada dirumah itu mengimbau kembali kenangan-kenangan aku sewaktu berumur 6 tahun dahulu. Terbayang di fikiran arwah mama sibuk memasak untuk kami 6 beradik dan arwah bapak dok baca suratkhabar kat buaian di depan rumah apabila beliau bercuti dari bertugas di Pulau Jerejak! Semuanya masih segar dalam ingatan walaupun sudah 39 tahun berlalu!

3rd best in SEA!

Sewaktu di PP juga aku berkesempatan berhubung dengan 2 orang kawan lama sewaktu aku kecil tetapi malangnya mereka berdua sangat sibuk dengan tugasan dan keluarga masing-masing. Tak mengapa kerana talipon masih ada sebagai penghubung silatulrahim. Sewaktu aku lalu di Jelutong, aku teringatkan kawan aku yang bernama Charles Chan. Sewaktu aku lalu di Weld Quay, aku teringatkan kawan berbangsa Tionghua bernama Keat. Sewaktu lalu di Air Hitam teringat si gadis manis bernama Christine. Bila lalu di tepi Masjid Negeri, teringatkan Gwendoline. Lalu pulak kat Bukit Dumbar, teringatkan Lee Kuan Yew. Ini semua kawan-kawan aku yang pernah bersama-sama aku belajar di Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Chung Ling selama 2 tahun di tahiun 86 dan 87. To all my friends wherever you are, I am taking this opportunity to wish all of you the very best of health!

Ahad, Jun 02, 2013

Pilah Delphia!

Station keretapi seremban

Dalam perjalanan aku ke jb tempohari diatas urusan penting, aku sempat melencong ke Pilah. Transit kat station keretapi seremban buat beberapa saat. Pandangan dah banyak berubah, Gerai makan yang selalu aku melepak sebelum balik ke Penang dari tahun 81 sampai tahun 85 dulu telah diubahsuai sesuai dengan keadaan semasa dalam memberikan keselesaan kepada para tetamu. Aku cuma mampu menjengah dari pintu keretapi yang terbuka saja.

Padang sekolah TMS

Kawan aku si KUDO tolong bawakkan aku ke tempat-tempat yang menjadi nostalgia bagi kami sewaktu bersekolah dulu. Ini lah merupakan padang rugby yang menjadi igauan kami waktu tu sampai sekarang sebab kami ke padang tu untuk perlawanan separuh akhir MSSNS B18 dengan langkah yang sangat konfiden untuk menang besar menentang sekolah TBS. Even orang kampung kat area tu pun bagitahu yang kami akan menang besar dengan TBS tahun 1985 tu. Tapi entah macamana, kami kalah tipis dengan satu 'try' kalau tak silap aku. Menangis kami sewaktu naik bas balik ke sekolah sebab memang kami semua konfiden yang kami akan menang besar dan bergerak ke perlawanan akhir peringkat NS!


Ladang terung dan jagung

Manakala ini pulak merupakan ladang jagung beliau yang diusahakan sama dengan seorang lagi rakan kami dari sekolah yang sama. Ini hanyalah 20 ekar daripada berpuluh-puluh ekar tanah yang sedang diusahakan mereka....Kudo ni belajar sampai kat australia manakala rakan sorang lagi, Ying pulak belajar kat usa dulu. Selepas berpuluh tahun bekerja keras dipejabat demi kareer masing-masing akhirnya mereka mengambil keputusan untuk berbakti kepada tanah....'back to the basics'. Alhamdulillah usaha mereka tidak sia-sia kerana telah mula menampakkan hasil! Well done guys!

Kacang botol

Manakala disepanjang pagar yang merentang, kacang botol tumbuh meliar. Idea yang sungguh segar kerana tumbuhan menjalar ini hanya memerlukan cahaya matahari dan juga hujan yang sentiasa membasahi bumi Pilah Delphia! Tak memerlukan perhatian rapi seperti jagung....kata KUDO dengan panjang lebar!

Di belakang ladang

Sewaktu aku dari belakang hutan kat belakang ladang berjalan menuju ke bangsal mesyuarat mereka, ada sebatang anak sungai sedang mengalir. Air tak berapa jernih tapi 3 anak-anak ini begitu senang berhibur disitu. Bagi kanak-kanak ini, tidak ada apa yang boleh merencatkan keseronokkan mereka bermain air di situ. Pemandangan ini mengingatkan aku kepada zaman kanak-kanak. Walaupun berumur sekitar 9-10 tahun, tapi terjun 'tiruk' dalam keadaan bogel adalah perkara biasa....indahnya zaman kanak-kanak di kampung!

Rakan sekolah dari tahun 81-85 (form 1 sampai form 5)

Inilah rakan-rakan aku yang sudah berjaya didalam bidang masing-masing tetapi mengambil pusingan 360 darjah, balik ke kampung dan berbakti pada tanah. Aku salute kepada rakan-rakan aku ni. Berdiri ditengah ialah KUDO budak Pilah dan paling kanan ialah YING juga warga Pilah original.....aku tak pernah tahu yang didalam hati kecil mereka berdua pernah terdetik yang mereka akan pulang bertani dan memajukan pertanian di Pilah. Mendengar cerita mereka berjaga sampai pukul 3 pagi menembak babi hutan, aku jadi geli hati tapi aku tahu rakan-rakan aku ni semua memang nekad dan berhati waja. KUDO dulu yang sering sakit-sakit dan masuk ke hospital kini nampak lebih ceria dan bertenaga duduk bersembang dengan aku di bangsal ladang. Perubahan suasana yang tidak stress dan tidak tertekan dengan traffic jam membuatkan rakan aku ni lebih bersemangat. Alhamdulillah. Allah bless!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...