Jumaat, Disember 08, 2017

Mula dah.....


Setelah saya menulis tentang buku minggu lalu, tiba-tiba minat membaca saya telah kembali terangsang. Mungkin kerana saya dikelilingi oleh peminat-peminat buku...haha...

Saya mula dengan membaca buku yg berjudul, The Success Principles karya Jack Canfield. Tajuknya amat simple. Apa yg diketengahkannya juga merupakan sesuatu yg kita selalu hadapi/harungi...seperti salah satu topik kecilnya yg bertajuk: 'You Have To Give Up Blaming'. Katanya, anda tidak akan berjaya selagi anda berterusan menyalahkan sesuatu/seseorang hanya kerana anda tidak mahir melakukannya! (you will never become successful as long as you continue to blame someone or something else for your lack of success). Bagi saya ia 'spot on'. Haha....sungguh menarik sekali....

Satu lagi tajuk kecilnya di ms 11 berbunyi, "You Have To Give Up Complaining". Katanya, orang yg sering komplen itu kebiasaannya adalah merupakan 'punca' kpd segala masalah...haha menarik bukan? Maka oleh itu, kita harus mencari kesalahan kita terlebih dahulu sebelum menuding jari kepada orang lain kerana kita masih belum pasti samada orang itu bersalah mahupun tidak!


Banyak menyedarkan saya dan pada masa yg sama juga, ia membantu kita utk memperbaiki diri sendiri. Mulakanlah dengan diri sendiri dahulu...

Have a pleasant weekend, people!

live balanced life to the fullest
#unclefrommas




Khamis, November 30, 2017

Buku


Membaca itu amatlah penting sekali. Tak kiralah apa jenis buku dan apa jenis genre (bunyinya 'jon-rer'). Banyak kelebihan apabila kita banyak membaca. Saya tidaklah begitu rajin jika nak dibandingkan dengan majikan saya. Tetapi saya terus membaca dari satu buku ke satu buku yang lain. Yang membuatkan saya bernasib baik ialah majikan saya mempunyai beribu-ribu naskhah buku pelbagai tajuk. Bacaannya tidak menjurus kesesuatu arah sahaja. Diperpustakaan peribadinya, terdapat 30,000 tajuk buku yang tersedia di 2 lantai bawah rumahnya. Kepada yang minat membaca, saya pasti apabila berpeluang mengunjunginya mungkin tak perlu keluar library selama seminggu! Hahahahahahahaha.

Ada beberapa rakan saya yang juga merupakan pengarang dan buku mereka sedang hangat dipasaran kini. Yang pertamanya ialah Lutfi Lokman. Seorang ustaz yang 'hip' yang saya kenali sejak dari tahun 2008 sewaktu kami sama-sama bermastautin di Mekah dulu. Manakala seorang lagi ialah junior saya yang bernama Arif. Arif menulis mengenai pengalaman beliau mengikuti konvoi menghantar ambulan ditanah bergolak di timur tengah dulu. Mereka berdua ini hebat...Saya suka membaca autobiography. Banyak yang saya pelajari disitu. Tolong jangan bagi saya 'science fiction' kerana saya tak paham dan terus mengantuk.... 

Apa yang saya nak buat lepas pencen nanti?  Saya nak menulis buku dan juga membaca banyak buku di holiday home saya yang ditepi laut tu..... Hahhhahahahahaha...bila nak pencen nehhh?

Isnin, November 20, 2017

Jam tangan

Sejak kecil saya dah mula memakai jam. Jam tangan merupakan 'hadiah' bersunat kami..haha..waktu itu jam saya ada lampu. Bila tekan punat, lampu menyala....wahhh luarbiasa!

Apabila mula bekerja, saya merasakan bahawa jam merupakan aksesori yg penting dan stylish...waktu itu tidak ada talipon bimbit utk saya jeling pada waktunya...pernah sekali saya ditegur sewaktu meeting kerana memakai jam swatch berwarna-warni...harganya sekitar rm200. Hahaha......

Waktu silih berganti dan saya mula membeli jam. Paling mahal pon rm400. Paling mahal pernah saya beli. Itu pun setelah jam sebelumnya rosak akibat masuk air sebab saya naik moto dlm hujan! Hahaha.....

Fast forward, sewaktu saya bertugas di Hotel Al Safwah, saya ada menjaga sebuah keluarga arab sepanjang mereka menginap disitu. Sebelum mereka pulang, "Syeikha" memanggil saya ke biliknya (corridor) dan saya dihadiahkan sebuah jam tangan berharga ribuan ringgit..alhamdulillah, luarbiasa!

Kini setelah adanya mobile phone yg canggih, saya pon dah tak pakai jam tangan lagi...dah bertahun...2 hari lalu Marina pulang dari 'lawatan sejarah' di JB. Sesampainya kami dirumah, Marina memberikan saya sesuatu yg di pek kemas. Saya buka dan terkejut..ia merupakan sebuah jam tangan....Marina kata jangan ditanya berapa harganya....saya senyum, ucapkan terimakasih dan cium dahinya.

Thank you Marina. It doesn't matter berapa harganya...Papa akan pakai jam ini sentiasa dengan bangganya...didalam mesyuarat juga...dengan bangganya...

live balanced life to the fullest
 #unclefrommas

No automatic alt text available.

Isnin, November 06, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 10

(dipetik dari posting di fb saya)

Alhamdulillah, dah hampir selesai dan kini sedang berada di lapangan terbang antarabangsa di Vientiane, Lao sebelum berlepas pulang ke KL. Pengembaraan ini amat menakjubkan. Walaupun hanya seminggu, ia merupakan satu pengalaman indah yg tak dpt saya luahkan dgn kata-kata. Indah kerana saya melakukan persiapan yg amat rapi. Hampir setahun saya dah merancang utk kesini. Kepada sesetengah orang, persiapan saya ini agak keterlaluan tetapi tidak bagi saya. Ini ialah kerana saya lakukan hanya diwaktu senggang. Apabila free, saya mencari route keretapi. Bila free, saya mencari cafĂ© yg ingin dikunjungi. Bila saya free, saya membaca dan mengkaji mengenai budaya setempat. Saya mesti tahu "do's and don'ts" budaya tempatan dan tempat yg bakal saya singgah. Saya tidak boleh menganggap yg budaya saya (kita) boleh diterima disemua tempat....bagi saya, itu "arrogant". 

Saya juga dipersimpangan jalan..
Semalam selepas rakan kami menghadiri tugas rasmi, kami keluar sekali lagi utk makan malam sambil melihat keindahan bandar Vientiane di waktu malam. Tongxay dengan ramah dan sopan menjawab semua pertanyaan kami dengan baik sekali. Beliau merupakan bekas graduan universiti di Luang Prabang didalam bidang Accounting. Pulang ketempat penginapan, kami sambung bersembang sehingga jam 2 pagi sebelum kami beredar ke bilik masing-masing dan berkemas serta melelapkan mata sebentar.
Saya terjaga pada jam 5.30 pagi. Membersihkan diri, bersiap dan turun kebawah. Tuan rumah telah menyediakan sarapan berat utk kami. Tongxay juga akan bersama pada pukul 6 pagi sebelum kami bersalam serta mengucapkan terimakasih kepada beliau. Tuan rumah sendiri bangun pada pukul 4.30 pagi utk memasak sarapan berat kami. Beliau jugalah yg menghantar kami ke kereta sebelum Tongxay memecut laju membawa kami ke lapangan terbang. Hospitaliti hebat yg pasti saya tak mampu membalasnya. Kenangan ini akan saya simpan sebagai satu "Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan" yg terindah in so many ways utk saya. 


Thank you so much His Excellency Mohd Aini Atan, thank you so much Aidias Salihin, thank you Lan Hasan and last but not least thank you Tongxay dan Do for driving us around and making this trip a reality!

"Live Balanced Life To The Fullest" #unclefrommas"

Jumaat, November 03, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 9


(dipetik dari fb saya)

Pagi ni sekali lagi saya bangun awal. Jam 5 pagi mata dah celik walaupun hanya tidur cuma 5 jam. Banyak program yg sedang/telah diatur utk hari Jumaat ini. Hari terakhir saya di Vientiane, Lao. Bersarapan hanya ditempat penginapan hari ini. Ringkas sahaja sebelum Lan, Aidi dan saya mula mengatur langkah menyusuri lorong di depan tempat penginapan. Belok ke kanan, tidak banyak tempat menarik yg ada kecuali kedai-kedai kecil seperti kedai-kedai kayu kita di tahun 70an. Walaubagaimanapun saya amat senang...

Hampir-hampir ditangkap!
Kami berpatah balik dan jalan kearah bertentangan. Kali ini kami cuba untuk mengunjungi Patuxay Arch yg menjadi mercu tanda di bandar Vientiane ini. Arch ini mengingatkan saya kpd Arc de Triomphe di kota Paris yg pernah saya lawati ditahun 94 dulu. 30 minit digunakan utk berjalan pergi. Saya puas kerana hampir seminggu berkelana, inilah kali pertama saya berjalan dan berpeluh. Archnya cantik dan kami menaiki anak-anak tangga yg berselekoh utk sampai diatas. Pemandangan dari atas amat indah. Hampir keseluruhan bandar Vientiane dapat dilihat dengan jelas ditambah dgn cuaca yg baik hari ini tambah memudahkan kami berjalan kaki pergi dan balik. 

Masa khutbah ada karaoke...sebelah masjid!
Saya berpeluh sakan. Mandi dan terus bersiap sementara menunggu Tongxay mengambil kami utk bersolat jumaat di Masjid Jamek bersebelahan Ibis Hotel. Ia juga hampir dengan sungai Mekong. Khutbah dilaksanakan imam muda yg membacakan teks didalam bahasa Arab. Bersebelahan masjid pula nyanyian karaoke berkumandang......toleransi kaum amat penting dan sikap saling menghormati harus ada. Saya dapati yg masyarakat disini amat sopan. Bukan dibuat-buat. Mereka amat menghormati tetamu dan sedia membantu pada bila-bila masa. Satu lagi yg saya perhatikan ialah rata-rata masyarakatnya tidak gemuk. Semuanya langsing dan berkulit cerah mulus. Setelah dikaji dan hasil perbualan saya dengan Do, saya diberitahu bahawa sayur-sayuran merupakan makanan penting didalam setiap sajian mereka. Saya kagum!

Payah hilang - senang nak cam..
Selepas makan tengahari, kami berangkat ke tebing sungai Mekong dan menyaksikan pertandingan lumba perahu panjang. Keadaan persekitaran amat sesak dan terasa spt pesta pulau pinang dipenghujung tahun 70an dulu. Setelah penat, kami berhenti di restoran Nazim. Saya minum masala tea....in fact kini kami masih direstoran Nazim. Duduk bersembang ttg pelbagai hal. Inilah masa yg kami ada utk merapatkan tali silaturrahim. Alhamdulillah trip kami sentiasa 'aman'.....haha....Bil dah dibayar. Kami nak bergerak balik ke tempat penginapan sebelum sekali lagi keluar dengan 'bos' besar utk malam terakhir saya disini....Esok awal pagi saya akan bertolak balik dgn penerbangan AA.......

"Live Balanced Life To The Fullest"
#unclefrommas

Khamis, November 02, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 8


Saya tidur dengan nyenyaknya semalam. Hujan lebat menambahkan lagi nikmat melepaskan lelah setelah beberapa hari berkeretapi. Dari pengembaraan ini apa yg saya dapat belajar ialah saya tidak boleh membuat perjalanan terus menerus. Saya harus ada beberapa stopover utk melepaskan lelah. Saya harus berehat secukupnya dan menjaga makanan saya agar sentiasa bertenaga. Jika 30 tahun dulu mungkin ok. 

 
Oleh kerana saya tidur cukup dengan nyamannya, saya terjaga pukul 5 pagi. Mata terkebil-kebil celik. Saya tarik kerusi dan letakkan di balkoni. Relax dan menunggu langit bertukar cerah. Hujan dahpun reda. Cuaca dingin mencengkam hingga ke tulang. Saya duduk bersila diatas kerusi empuk. 


Sebentar kemudian terdengar lagu kebangsaan Laos dimainkan dengan diiringi suara gemersik anak-anak kecil. Tahulah saya bahawa disebelah tempat penginapan saya ada sebuah sekolah rendah...ini mengingatkan zaman kanak-kanak saya. Setelah selesai, saya bingkas bangun dan masuk mandi.


Tepat jam 7.45 pagi saya dijemput seorang lelaki Lao bernama Do utk dibawa ke lapangan terbang antarabangsa Vientienne. Seperti kebiasaan, saya sampai awal dan minum kopi disalah sebuah cafè di tingkat bawah lapangan terbang di ruang 'arrival'. Lega...
Tepat pukul 8.25 pagi, rakan-rakan nasi kawah yakni Lan H dan Aidi Salihin pula sampai. Saya terkejut kerana kehadiran Aidi Salihin yang memang tak saya ketahui. Mereka berdua menyimpan rapi rahsia dan ingin membuat kejutan kpd saya. Haha....anda berjaya! Do membawa kami ke money changer utk menukar wang dan dari situ kami ke Lao Telecom utk 2 rakan saya membeli sim card tempatan. Kami pulang ketempat penginapan selepas itu. 

Kini kami baru saja selesai makan tengahari. Mata dah layu dan petang nanti akan mula merayap kebeberapa tempat. Btw, pada pagi ini ramai masyarakat menuju ke temple utk memberi 'alms' kepada sami. Cantik pakaian mereka terutama kaum wanitanya. Berkain sutera 3/4 menutupi paras lutut menambahkan lagi keayuan mereka. Saya kagum. Kemanakah arah tujuan saya/kami selepas ini, sila tunggu...

"Live Balanced Life To The Fullest" #unclefrommas

Khamis, Oktober 26, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 7


Alhamdulillah saya selamat sampai di Vientienne kini. Selepas naik keretapi malam tadi, saya terus terlelap. Apabila saya terjaga, jam dah pun menunjukkan pukul 11.30 malam waktu Malaysia yg juga bersamaan 12.30 malam waktu Thai. Saya terlelap dengan nyenyak. Deep sleep kata orang kampung saya.

Thanaleng to Vientiane
Tepat jam 7 pagi saya sampai di Nongkhai. Nongkhai ialah sebuah pekan kecil bersempadan dengan Lao. Saya lantas membeli tiket berharga Baht50 dan mula beratur utk melepasi immigresen Thai. Seterusnya saya kembali menaiki keretapi utk menyeberangi sungai Mekong untuk masuk ke Lao. Tatkala saya menyeberangi sungai Mekong, saya mengambil gambar dan mengirimkan pesanan nakal kepada cikgu Sabarudin Ahmad yg selalu menyebat tangan dan ponggong saya dengan pembaris lagendanya yg tebal pada tahun 1982-1983 dulu.......hahaha...berikut ialah message nakal saya kepada cikgu SA..

[10/4, 07:50] mohd shahrir ali: assalamualaikum cikgu.....ni sungai mekong!
[10/4, 07:51] mohd shahrir ali: dulu geografi ada cikgu ajar....umur nak masuk 50 baru saya sampai....hahaha....errr, cikgu dah sampai?💨💨
[10/4, 08:36] Cikgu Sabarudin: Untungla kau uncle...den dah pencen lon dapek lae nengok...

Begitulah akrabnya kami kini. Dulu? Hahahaha....walaubagaimanapun saya dah peluk dan cium tangan cikgu SA sambil memohon maaf dan alhamdulillah sambil menggosok kepala saya mcm kepala kucing, beliau memaafkan saya. Saya doakan cikgu SA diberikan kesihatan yg baik....

Breakfast with HE Mr Ambassador


Keretapi berhenti di Thanaleng Station dan sekali lagi saya beratur utk dicop paspot saya masuk ke Lao. Prosesnya tak lama. Dalam pada itu ada seorang makcik tua yg saya bantu sewaktu turun dari keretapi bertanyakan sesuatu kpd saya didalam bahasa Perancis. Beliau terkejut kerana saya menjawab didalam bahasa Perancis!

I'm safe!

Saya mengambil van menuju ke Vientienne utk bertemu rakan satu nasi kawah batch saya di Seremban dulu. Beliau kini bertugas sebagai Duta Besar Malaysia di Lao. Kami berjabat tangan dan berpelukan sebelum saya disajikan kopi oleh pegawai wanita kedutaan. Waahhh saya terasa besar....kawan saya HE Mr Ambassador.....haha....hidung saya kembang tatkala menandatangi buku rasmi kedutaan....haha! Kami lantas keluar utk bersarapan sebentar. Breakfast dgn Duta tau.....kalau cikgu Sabarudin atau cikgu Azizi Sihab baca, mereka pasti turut berbangga! Seriously!
Apa aktiviti saya disini? Nanti saya ceritakan. Meanwhile saya nak rest dulu......

Depan bilik saya di kediaman Duta Besar


"Live Balanced Life To The Fullest"

#unclefrommas

Isnin, Oktober 23, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 6


(cerita ini diambil dari  fb saya, trip 30/9-7/10)

Hari ni saya sangat berpuas hati kerana rakan yg dah lebih 20 tahun saya tak jumpa datang menjenguk saya di Pop Art Hostel. In fact lepas saya check in, saya mandi dan terlelap sekejap. Oh, lupa nak bagitahu yg tangga nak ke bilik saya sangatlah curam. Sama curam macam tangga rumah mak mertua saya di tokyo! Bila naik, saya kena pegang anak tangga atas dan bila turun, saya kena baca doa banyak-banyak!

"O" datang sekitar pukul 4 petang. Kami berpeluk sakan dilobi dan keluar mencari kedai kopi berdekatan. Bercerita mengenai kisah kami sewaktu bergelar pelajar, pulang kenegara masing-masing, cerita mengenai karier, cerita mengenai keluarga dan anak-anak yg sedang membesar dan banyak lagi....banyak persamaan rupanya.."O" lah yg sering masak dan menjamu saya dihujung minggu dan "O" jugalah yg sering menjemput saya di malam minggu sewaktu kami di Geneva dulu. Jasa baik beliau takkan saya lupa hingga bila-bila. Saya sempat berbual dengan isterinya yg juga saya kenali melalui talipon. Kami berjanji akan bertemu lagi samada di Bangkok ataupun di KL. 



Sewaktu check out pada pukul 6 petang dan menunggu hujan reda, saya sempat berbual dengan seorang lagi backpacker dari Germany yg sudah 15 bulan mengembara. Kami bercerita mengenai kesedapan makanan Thai yg sudah sememangnya authentic dan tak sama dengan dinegara kami. Saya gelihati bila "O" kata dinegaranya tak pernah wujud nasi goreng Pattaya! Hahahaha....mungkin sama dengan sirap bandung atau mee jawa yg tak pernah wujud di tempat asal masing-masing! Saya dan "O" berjalan pantas ke stesyen Hualamphong. Kami makan malam dulu sebelum "O" menyuruh saya menghabiskan makanan dengan cepat kerana terdengar announcement memanggil penumpang yg nak ke Nongkhai segera ke platfom 3. Kami sempat bergambar sekali lagi. "O" berjalan bersama saya ke gerabak no 2. Sekali lagi kami berpeluk sakan dan berjanji akan bertemu di masa akan datang.....

Nice Thai chic curry
Buat kesekian kalinya saya merasa nikmat dunia yg Allah kurniakan kepada saya terlalu hebat. Nilai persahabatan yg utuh ini harus saya pelihara. Saya amat bersyukur kerana dikelilingi oleh rakan-rakan sebegini....

Apakah destinasi saya esok selepas Nongkhai dan dimanakah saya akan menginap, biarlah saya rahsiakan dulu.....apakah saya akan menginap di hostel seperti Pop Art lagi? Siapakah yg akan saya bertemu esok? Silalah tunggu cerita sambungan saya. Yg penting anda doakanlah agar kesihatan saya terus baik....

Keretapi dahpun bergerak meninggalkan Stesyen Hualamphong. Esok 6.45 pagi saya akan sampai di tebing sungai Mekong. Saya pernah belajar tentang sungai ini dari cikgu Sabarudin Ahmad. Cikgu Sabarudin selalu sebat saya dengan pembaris tebalnya.....esok bila nampak sungai tu, saya nak ambil gambar dan hantar kepada beliau....hahahaha......Good night!

"Live Balanced Life To The Fullest"  
#unclefrommas

Khamis, Oktober 19, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 5

(cerita ini diambil dari entry saya di FB, trip 30/9 -7/10)

Alhamdulillah saya selamat sampai di Hualamphong Train Station dan seterusnya mencari kopi yg ke dua utk hari ini. Berehat sebentar di luar stesyen dan seterusnya meneruskan perjalanan utk mencari hostel yg saya tempah yakni Pop Art Hostel yg kedudukannya hanya 400 meter dari stesyen keretapi. Agak sukar mencari kerana ada terlalu banyak lorong tikus dan saya tersalah masuk kerumah orang tempatan! Fun hah?

Pop Art Hostel
Sewaktu berehat sambil minum kopi cicah croissant, saya membuat beberapa panggilan utk menetapkan waktu dan tarikh mesyuarat pada minggu depan dengan counterpart dari Bangkok. Selesai.
Sesampainya saya di hostel saya harus menunggu selama 30 minit sebelum dibenarkan masuk ke bilik dormitori. Bersama saya ialah pasangan pengembara dari UK yg dah setahun berkelana di Australia. Kami berbual sebentar dan ternyata pasangan muda ini suka mengembara spt saya. Haha....

Hualamphong Station

Hujan turun dengan lebatnya diluar. Selepas ini saya nak mandi dan kemudiannya berehat sehingga jam 6 petang sebelum bergerak semula ke stesyen pada pukul 6.30 petang nanti. Saya harap tak hujan!

Perjalanan masih jauh..

Oh ya...berapakah harga katil disini utk semalaman? Hanya rm19 tanpa sarapan...

Till we meet again....bye for now...

"Live Balanced Life To The Fullest"
#unclefrommas

Selasa, Oktober 17, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 4


(cerita ini diambil dari FB posting saya minggu lalu)

Pada saat saya sedang menulis/menaip ini, saya berada didalam 'sleeper train', katil bawah kelas 2 yg bertolak dari stesyen Hatyai tepat pada pukul 6.45pm. Kini telah hampir 30 minit keretapi ini berlepas dan saya terasa seperti diawangan. Terbuai-buai kekiri dan kanan. 

Pagi tadi saya memohon kepada pihak hotel utk check out sedikit lewat dari waktu kebiasaannya yakni pukul 2 petang. Tunggu di lobi hotel, kepala otak saya ligat berfikir apa yg harus saya buat bagi menunggu keretapi yg dijadualkan berlepas pada pukul 6.45pm. Saya menyandang beg di bahu dan kembali melangkah ke kedai Sulaiman untuk makan tengahari. Dua hari saya disitu utk minum, tidak kelihatan seorang pun yg mengunjungi kedai makan tersebut. Saya hairan..apabila berada disituasi sebegini, anda janganlah pergi bertanya kepada "tokmoh". Jawapan yg bakal anda terima ialah, 'terkena buatan orang' ataupun 'ada orang dengki'. Berdasarkan kepada jawapan clichè yg sering kita dengar, saya memberanikan diri utk memesan makan. Saya pesan ayam masak merah, nasi putih dan juga bistik (bistik? beef steak?) manakala minuman yg saya pesan ialah kopi ais. Oh, lupa nak bagitahu. Kehadiran saya langsung tak disedari walaupun saya melintas betul-betul disebelah gadis manis pekerja restoran tersebut. Beliau asyik bermain game di mobilenya....saya mengambil menu sendiri dan duduk di meja belakang berhampiran cashier...saya memanggil cashier dan memberitahu yg saya nak makan! To cut the story short, kesemua makanan yg saya pesan, tak sedap. Entah kenapa kesemua masakannya terasa tomato based! Terlalu 'kental' dan terasa spt tomato sauce jenama maggi yg dituang kedalam kuali dan dipanaskan. ...Seperti kebiasaannya, walaupun tak sedap, saya habiskan juga makanan yg saya pesan kerana menghormati tukang masaknya yg masak! Kini saya faham kenapa tidak ada kelibat seorang pun yg makan dan minum di restoran tersebut selama 2 hari saya disitu! Misteri terungkai sudah....

Selesai makan, saya berjalan longlai menuju ke stesyen keretapi. Cuaca sedikit redup dan agak dingin. Setahun yg lalu, diwaktu yg hampir sama, saya berjalan dengan Kamal Ariffin Yuya menyusuri sungai Chao Phraya di Bangkok. Terdetik dibenak saya, cepat masa berlalu....

Sesampainya saya di stesyen, saya terfikir, apa saya nak buat selama 4 jam sebelum keretapi bertolak? Kaki saya melangkah laju menuju ke Hatyai Train Station Hotel/Hostel. Di resepsi, saya mengambil katil di dormitory yg berharga baht150 utk 3-4 jam berehat. Depositnya baht300 dan akan dipulangkan semula apabila kita serahkan kunci sewaktu check out. Ada 4 katil didormitory tersebut. Ada penghawa dingin, tilam keras (saya selesa), bantal keras, selimut baru dikeluarkan dari plastik laundry, tuala mandi, sebuku kecil sabun mandi dan sepeket shampoo. Not bad....saya caskan mobile saya dan terlelap nyenyak. 

Jam 5.45pm saya terbangun dengan sendirinya. Bersiap dan turun ke resepsi utk mengembalikan kunci dan mengambil wang deposit saya semula. Terasa sedikit segar. Mungkin pada usia yg muda (muda?) sebegini saya memerlukan rehat yg cukup ketika berjalan jauh......hmmmmm.....

Usai membeli sebotol besar air mineral saya hampiri pintu masuk stesyen keretapi Hatyai dan scan beg sandang saya. Capai semula beg sandang, saya lihat keretapi ke Bangkok telahpun berada dilandasannya. Saya di koc bernombor 4 dan katil bawah saya bernombor 34. Tiket kelas 2 tempat tidur katil bawah ini berharga baht945. Obviously katil atas sedikit murah manakala ruang kepalanya sempit. Pilihan saya tepat. 30 minit bergerak, barulah pekerjanya menukarkan tempat duduk kami menjadi sebuah katil utk saya harungi perjalanan selama hampir 16 jam ini...Diberikan bantal, selimut, disisi saya ada reading light dan socket utk mengecas peralatan spt telefon bimbit. Sangat convenient. Tempat tidurnya selesa dan lebih lebar. Personally, saya prefer yg ini dari sleeper train ktm kita..

Malam ini saya akan cuba dapatkan rehat yg secukupnya kerana esok, hari saya amat panjang sebelum mengambil connecting train ke Nongkhai pada jam 8 malam, hari yg sama. Tapi seperti yg saya beritahu sebelum ini, di Bangkok saya akan bertemu rakan lama saya dan kemudian saya ada sedikit tugasan rasmi yg perlu diselesaikan sebelum mencari hostel murah utk saya berehat dan mandi sebelum bersiap utk perjalanan seterusnya...

Saya suka perjalanan seperti ini. Tidak ada dateline (tetapi harus selesaikan juga beberapa tugasan penting), menaiki keretapi seorang diri, bertemu rakan lama, singgah dibeberapa café dan hostel-hostel kecil yg murah, melihat kehidupan masyarakat setempat serta mengambil foto. MasyAllah...inilah yg sering saya nyatakan sebagai nikmat dunia! Good night people dan nantikan sambungan cerita saya esok yakni selesai pertemuan saya dgn rakan lama saya....SELAMAT MALAM!

"Live Balanced Life To The Fullest"
#unclefrommas

Image may contain: bedroom and indoor

Isnin, Oktober 16, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 3



(semua ini adalah diambil dari entry FB saya)

Seperti yg diberitahu, saya mencuri sedikit waktu utk ke Songkhla. Sebuah bandar kecil yg terletak ditepi laut. Lebih 10 tahun yg lalu saya pernah kesana buat pertama kalinya. Yang paling saya ingat disitu ialah rakan satu batch saya di Seremban dulu pernah bertugas disana sebagai Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla manakala masakan seafood di Songkhla juga amat terkenal sedapnya!

Saya dan laut bolehlah diibaratkan seperti rakan karib yg sukar dipisahkan. Saya pernah menetap di tebing laut sewaktu di Telok Mas, Melaka dulu sekitar tahun 1977. Disanalah saya mengenali Rohimi Che Lah. Dak Imi tu kurus kering sewaktu kecil.....sekarang kalau jumpa pon tak banyak bezanya....kami berdua adalah anak-anak warden Penjara Malaysia. Hahaha...
Tujuan saya ke Songkhla ialah semata-mata utk mengunjungi beberapa cafĂ© menarik yg sering saya baca di web-web para pengembara dan juga listing di web cafĂ© terbaik Songkhla. Saya suka melihat kreativiti pemilik cafĂ©. CafĂ© pertama yg saya singgah ialah "CafĂ© der See". Terletak ditepi laut dan mempunyai pelantar yg bersambung dengan dermaga pelabuhan bot-bot besar tradisional yg digunakan utk menangkap ikan. Aktiviti nelayan jelas kelihatan. 
Cafe de See
Ternyata menu yg saya pilih disini ialah Padthai sekali lagi...(hmmm)....ramai pengunjung yg terdiri dari anak-anak muda tempatan mula memenuhi ruang dalam cafĂ© ini...jika rating kelazatan makanan nak diberikan diantara 1-10 (terbaik), saya akan berikan 7! Rating saya ikhlas. Meenya kenyal. Tastenya 'well balanced'. 3 ekor udangnya fresh dan tidak hanyir serta serbuk kacang dan taugeh yg saya gaul memberikan adunan 'crunchiness' di setiap kunyahan saya. Sewaktu melangkah keluar saya menjenguk sedikit kedalam dapur. Yang mengagumkan saya ialah petugas didapur saya lihat rata-rata berumur diawal 20-an! 
Original Phadthai
Saya sengaja tidak minum kopi disitu kerana ingin mengunjungi café yg lain. Kawasan ini telah dijadikan seperti Jonker Street di Melaka dengan 'street art' nya dan banyak café-café kecil yg amat memuaskan hati dan citarasa saya.

Menyusuri lorong-lorong kecil terasa seperti berada di Florence, Italy sewaktu di pertengahan tahun 90-an sewaktu saya bercuti Easter selama seminggu dulu. Masyarakat di Songkhla amat ramah dan akan berhenti memberitahu saya jika ada sesuatu yg saya tanyakan.
Lyn's Cafe, Songkhla
Saya singgah disebuah café lagi yg dinamakan "The Secret Garden". Saya ada membaca tentang café ini dan kek-keknya yg enak, begitu juga dengan kopinya. Saya memesan double white lattè dan sepotong kek yg dilacedkan dengan madu yg dibawa khas (dikirim dengan pos oleh ibu pemilik) dari Poland. Sewaktu menghirup kopi pertama saya, saya ditemani oleh Kabir. Lelaki Poland yg juga pemilik café berkenaan sambil bercerita mengenai perjalanan kareernya sebagai pemilik café itu selama 5-6 tahun kini.. Impressive. Rating saya utk keknya ialah 6 manakala kopinya saya bagi 7!
Setelah menjelaskan bil, saya kembali mengatur langkah berjalan dilorong-lorong yg berselirat. Malam dah pun menjelang. Disalah satu lorong dengan cahaya berbalam, kelihatan seorang remaja sekitar umur 17 tahun sedang melakarkan hasil kreativitinya di dinding. Sewaktu saya bertanya, didalam susunan bahasa inggerisnya yg terhad, beliau memberitahu yg beliau sedang menghabiskan lukisan muralnya. Cantik dan saya kagum. Abstrak. Saya berikan masa selama 2 tahun lagi, saya pasti Songkhla bakal menjadi salah sebuah destinasi pelancongan yg terkemuka....jika anda mencari café seperti saya, disinilah tempatnya!
Inilah pengembaraan/percutian yang saya impikan. Inilah juga sebabnya saya singgah disini. Saya bukan nak ke Lee Garden utk shopping barangan yg boleh saya dapat di Kuala Lumpur. Saya ingin mencari café yg tumbuh seperti cendawan selepas hujan di sepanjang route perjalanan saya dengan keretapi.

Sebentar lagi saya akan check out dan menaiki keretapi pukul 6.45pm menuju ke destinasi seterusnya yakni Bangkok....disana saya bakal bertemu dengan seorang Chef asal Thai yg hebat yg suatu waktu sekitar tahun 90an dulu pernah belajar bersama-sama saya di Institut Hotelièr César Ritz, Le Bouveret, Switzerland..beliau jugalah yg sering menyajikan makanan-makanan enak kepada saya tatkala saya rindukan makanan Asia..
 
"Live Balanced Life To The Fullest"
#unclefrommas

Khamis, Oktober 12, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 2

#(diambil dari coretan saya di fb minggu lalu!)

Alhamdulillah saya sampai di Padang Besar stesyen tepat pada waktunya. ETS terlalu sejuk membuatkan saya sering berulang-alik ke tandas. Kelebihan tandas ETS ialah kerana tandasnya dibuat sekaligus utk oku. Pintunya besar utk menyorong kerusi roda masuk dan ada besi penghadang utk mengangkat badan setelah menggunakan tandas. 

Stesyen Pdg Besar tidak ada perubahan ketara. Masih seperti yg lama spt saya lalui dulu. Oleh kerana kaunter tiketnya dibuka pada pukul 2.30 petang waktu Thai, saya menghabiskan masa naik ke tingkat atas dan minum. Kelihatan ramai rakyat Malaysia yang tiba dari Hatyai sedang beratur di kaunter imigresen. Tepat pukul 2.30 saya melangkah ke kaunter tiket. Utk ke Hatyai harganya baht70 sahaja. Setelah pembelian, saya pula yg beratur masuk ke kaunter imigresen Malaysia utk dicop keluar dan seterusnya ke kaunter imigresen Thai utk dicop masuk sebelum saya melangkah ke platform dan menaiki keretapi yg hanya ada 2 gerabak. 

Keretapi ini mengembalikan kenangan saya ditahun 80-an dulu. Keretapi lama yg saya sering naik..saya cuba membandingkan kenangan saya sewaktu menaiki keretapi di eropah pula sekitar tahun 90an dan disini. Ternyata masih jauh tetapi setiap satu mempunyai kelebihan masing-masing yg amat tersendiri dan unik.
Keretapi bergerak laju dan setelah 35 minit, saya sampai di stesyen Hatyai. Tidaklah terlalu besar. Diluar, banyak teksi sedang menunggu. Saya tidak bercadang utk menaiki teksi kerana jarak hotelnya hanyalah 100 meter dari stesyen. Berjalan terus mengikut panduan yg diberikan senior saya abg Bond, saya melewati beberapa barisan rumah-rumah kedai lama. Dibawahnya ada deretan kedai-kedai emas. Ramai makcik-makcik sedang tawar-menawar. Deretan kedai-kedai emas lama ini sedikit-sebanyak mengingatkan saya dengan kedai-kedai pajak gadai yg sering saya lewati di pekan Jelutong sewaktu mengikuti arwah mama utk membeli sayuran dan ikan di pasar Jelutong pada awal tahun 70-an dulu. 

Mendaftar masuk ke hotel Aloha mengambil sedikit masa kerana nama saya tidak tersenarai walaupun booking telah saya buat. Lama menunggu akhirnya registration card saya dijumpai tetapi nama saya ditulis didalam bahasa Thai. Ini membuatkan bunyi dan lenggok sebutan nama saya menjadi lain. Receptionist memohon maaf lantas menyuruh bellman membawa saya dengan pantas. Masuk saja ke bilik, hmmm not bad. A nice comfortable looking queen size bed menunggu saya. Nampak seperti baru lepas renovasi. Tidak terlalu besar tetapi cukup utk saya seorang. Almari dipojok, meja kerja yg kecil sesuai utk meletakkan laptop beserta plug point berhampiran meja tersebut amat sesuai utk tetamu yang mengembara seperti saya. Tv diletakkan sedikit tinggi dari aras biasa. Bilik airnya kemas. Ada long bath. Saya berpuas hati.
Saya tidak bercadang mahu kemana. Hanya mahu berehat sahaja dibilik kali ini sementara menunggu waktu yg sesuai utk keluar makan dikawasan persekitaran. Membuka laptop dan terus mengupdatekan perkara-perkara penting sambil sekali-sekala menjeling iklan tv Thailand yg saya rasa amat menarik.

Pukul 8 saya turun ke lobi dan memesan kenderaan utk ke restoran Sugar Rock. Jangan tanya saya dimana lokasinya kerana saya tak tahu..tapi ia hanya mengambil masa selama 15 minit dari hotel penginapan saya. Tidak ada menu lain yg saya sering pesan kecuali Padthai setiap kali saya di Thailand dan satu salad. Juga jangan ditanya nama salad tersebut kerana saya tak tahu nak sebut bagaimana. Didalamnya ada isi kelapa muda yg di potong kecil. Rangup, sedap, pedas semuanya ada. Saya suka tapi menyesal kerana tak menyuruh pekerja yg rekomen kepada saya, untuk menulis nama makanan tersebut. Hari ni nak cari dah tak tahu! Hahaha....

Restorannya packed dengan universiti students kerana hari itu merupakan graduation day mereka dan salah satu celebrationsnya ialah dengan keluar makan beramai-ramai.
Saya pulang ke hotel, kekenyangan...letih, sendat, mengantuk semuanya terikat menjadi satu...

Hari ini saya akan ke pekan Songkhla sekitar 30 minit dari sini dengan tujuan mencari padthai dan cafè hopping. Banyak cafè-cafè hipster tumbuh di pekan Songhla kini dan saya akan cuba singgah disatu atau dua cafè yg saya rasa bagus...ini yg saya enjoy sekarang...melawat cafè, melihat kreativiti menunya, konsep cafènya, harga menunya, servis, displaynya dan banyak lagi...
Esok saya akan menaiki keretapi malam (sleeper coach) dan bakal ke destinasi yg berbeza....haha......tak sabar rasanya!

"Live Balanced Life To The Fullest" #unclefrommas


Isnin, Oktober 09, 2017

Pengembaraan Solo Tanpa Tujuan - part 1

(petikan dari entry di FB)

Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Sejak berumur 13 tahun saya dah jatuh hati dengan perjalanan jauh menaiki keretapi. Bersekolah di Seremban dan hanya pulang ke kampung di Pulau Pinang setahun 3 kali membuatkan saya begitu dekat dgn keretapi.

Perjalanan kali ini adalah urutan daripada trip saya dengan Yuya ke Bangkok tahun 2016. Ini juga merupakan 'warmup trip' secara solo saya sebelum saya melangkah kaki dengan lebih jauh lagi. Saya mengimpikan 'solo long distance train trip' menjejaki "laluan sutera" hingga ke Rome. Laluan pedagang-pedagang merentasi benua dgn rempah-ratus, sutera dan juga gun powder. Itu ultimate aim saya. Bila? Bergantung kepada kesihatan dan juga kewangan saya.

Pagi ini saya menaiki ets jam 8 pagi dari KL Sentral menuju ke destinasi terakhir ets yakni di Padang Besar dan seterusnya mengambil connecting train dari sana terus ke Hatyai.
Train datang dan berlepas tepat pada waktunya. Didalam train ets ini, kenangan saya kembali menjurus ke tahun 1981 sewaktu mendapat konsesi ktm utk pulang bercuti setibanya musim cuti sekolah. Seminggu sebelum cuti tiba, fikiran saya tepu dengan pelbagai rencana. Pelajaran di kelas tak dihiraukan. Cikgu Sains Paduan, Yap Kar Hong sering menjeling kearah saya yg terlihat seolah-olah berada didunia sendiri yg sekali-sekala tersenyum tanpa sebab yg valid.

Perebutan utk mendapat tempat duduk didalam train adalah seperti berebut utk membeli tiket bolasepak di stadium merdeka sewaktu Selangor menentang Mohan Bagan (team terkuat bolasepak di India) waktu itu!
Saya melihat seniors membaling beg melalui tingkap even sebelum keretapi berhenti serta aksi-aksi akrobatik mereka melompat masuk melalui tingkap amat "adventurous" sekali. Kali pertama saya seperti 'culture shock' dan terus menggeleng-gelengkan kepala. Kali kedua mereka pulak menggeleng-gelengkan kepala kerana saya lebih pantas menerobos melalui tingkap! Hahaha...
Perjalanan ini bakal mengambil masa maksima selama 5 jam dan saya membeli tiket ETS Platinum yg kurang stesyen hentiannya. Tiket berharga rm120. Malangnya saya masih belum layak mendapat tiket warga emas walaupun tak lama lagi saya bakal meng arah ke situ!

Apa yg saya cari didalam PSTT saya kali ini? Saya ingin mencari diri sendiri. Bersendirian sebegini memberi ruang luas utk saya bermuhasabah diri. Peluang ini memberi saya kesempatan utk saya merencana perjalanan karier dan hidup saya. PSTT ini juga memberi saya kesempatan utk menukilkan perjalanan keluarga saya. Saya enjoy dengan cara saya ini. Sepanjang perjalanan ini juga saya bakal bertemu beberapa rakan lama saya. Kesemua ini akan saya ceritakan nanti.
Bunyi keretapi dilandasan amat menenangkan sekali. Therapautic! Alunan keretapi kembali membawa saya ke alam awal remaja....To all my beloved batchmates from class of 85', you guys are always in my thoughts....

"Live Balanced Life To The Fullest" #unclefrommas


Selasa, September 26, 2017

Dah dekat.....part 2

Gambar tak kena mengena..
Assalamualaikum. Kini tinggal hanya beberapa hari saja lagi sebelum aku memulakan perjalanan aku. Satu perjalanan solo yang memang dah menjadi passion aku sejak kecil lagi yakni berkeretapi seorang diri tanpa hala tujuan melihat negara orang dan cuba berbual dengan bahasa yang asing!

5. Kesihatan

Minggu lalu aku dah masukkan 4 perkara yang sering aku buat sebelum aku kemana-mana. Ada beberapa perkara lagi yang sering aku lakukan sebelum berangkat yakni membuat pemeriksaan kesihatan.  Alhamdulillah setelah diperiksa darah aku, tahap kolesterol aku berada di paras yang baik. Pemeriksaan kesihatan ini tidaklah aku buat selalu. Cuma kali ini ianya berlaku secara kebetulan. Memang aku dah due untuk buat pemeriksan darah pun. 

Satu lagi yang due ialah pemeriksaan gigi aku. Ini pon dah dekat 14 bulan aku tak jumpa Singh untuk dia check gigi aku. Kebetulan pulak beberapa hari yang lalu, aku rasa gigi aku belah bawah terasa ngilu. Gosok gigi dan tonyoh dengan ubat gigi sensitif (Singh yang bagi...) sakitnya hilang. Sebentar kemudian datang lagi....tak serius tapi sedikit-sebanyak mengganggu! Setelah berjumpa Singh, (ni baru balik dari klinik sri sinar, segambut dalam), dia kata, 'tampalan lama pada gigi aku dah tertanggal' dan katanya itu tampalan sejak dari sekolah rendah.....hahahahahahahaha, jadi Singh buat yang baru untuk aku...hoyeahhh hoyeahhh......di koreknya gigi aku, dicungkilnya tampalan lama, digerudinya celah-celah gigi aku dan akhirnya selepas Singh bergelut, dia pon tampal dengan yang baru. 

Scaling pulak dilaksanakan selepas itu. Berdarah gusi aku. Habis plak-plak dan kotoran disagatnya si Singh...hahahahahahahaha....aku percaya kau Singh....

Berbalik kepada persiapan aku, ubatan dan supplements aku dah sediakan Isnin lalu. Taklah banyak...hanya yang penting sahaja. Yang lain-lain aku pasti, boleh didapati disepanjang perjalanan.  

Begitulah sikit-sebanyak yang aku sering lakukan apabila nak berjalan. Apatah lagi apabila berjalan seorang begini. Aku lebih suka bersedia (merancang) daripada membuat kerja secara last minute. At least apabila dah bersedia, aku akan lebih 'ready'. 

6. Rakan-rakan

Seperti mana aku pernah bercerita dulu, aku ni ramai kawan. Dan kawan-kawan aku ni dah wujud sejak aku kecik lagi. Dari sekolah rendah, sekolah menengah, universiti, tempat kerja dll. Hampir kesemuanya masih aku hubungi. Alhamdulillah jika kita menjaga persahabatan dan menjaga hubungan silaturrahim serta jujur dan ikhlas, aku pasti kita akan sentiasa didekati.  InsyAllah. 

Sepanjang perjalanan aku nanti, aku bakal bertemu dengan beberapa orang rakan-rakan sekolah serta Universiti. Kami hanya akan keluar minum kopi, makan sandwich ataupun enjoy padthai sesampainya aku ke destinasi tertentu dan sebelum aku berangkat ke destinasi seterusnya. Sebagai contohnya di Bangkok nanti, insyAllah aku akan bertemu beberapa rakan Thai, untuk minum kopi sebelum aku cari tempat untuk mandi kemudiannya berangkat dengan keretapi seterusnya... Alhamdulillah. Aku dah contact mereka beberapa bulan yang lalu. Unless kalau ada perubahan disaat-saat akhir. Buat masa ini semuanya diramalkan baik...

Satu yang aku tak sabar ialah untuk bertemu sorang lagi rakan lama aku di Vientienne nanti. Siapakah dia dan dimanakah aku akan tinggal, aku tak nak cerita lagi....biarlah ia menjadi 'RAHSIA'.......ianya hanya bakal terungkai pada 4/10 nanti. Pada yang nak mengikuti siri "Kembara Solo Tak Tentu Hala" aku secara daily, bolehlah ikuti fb aku, 'Mohd Shahrir Ali' kerana aku akan update status dan cerita aku disitu dulu sebelum dikumpulkan ke dalam blog atau jika tidak, aku masukkan entry yang sama juga ke blog...i'll see what's best...

Have a pleasant day ahead people!

Selasa, September 19, 2017

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah



Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku dah pon mencongak apakah destinasi aku seterusnya selepas ini dan berapakah belanja yang akan aku perlukan nanti. Memang perancangan aku kebiasaannya amat lama. Aku memang begitu. Ini untuk memastikan yang aku tidak tertinggal apa-apa. Apakah dan bagaimanakah plan yang aku sediakan untuk kali ini?

1) Destinasi


Ini perkara pertama yang aku akan buat. Tanya diri sendiri apa yang aku nak lihat. Apa yang aku nak cari. Satu persatu destinasi aku baca. Aku tak suka melancong ke negara yang dah membangun. Aku lebih suka kawasan-kawasan yang masih perlahan pembangunannya agar aku dapat melihat sendiri sisi lain negara tersebut. Masyarakatnya, budayanya, makanan dan minumannya, agama dan anutannya dan banyak lagi. Oleh kerana aku suka naik keretapi, aku mencari 'route' keretapi sambungan daripada perjalanan aku tahun lalu ke Bangkok.  Apakah sambungan dari Bangkok daripada stesyen yang sama atau aku harus ke stesyen yang lain? Ternyata destinasi yang aku pilih, sambungannya berpunca dari stesyen sama last stop aku nanti. 

2) Tarikh


Ini amat penting agar ia tidak bertembung dengan jadual kerja aku. Apabila aku mencari tarikh, aku akan mula melihat keadaan cuaca pada waktu itu dan cuaca kawasan yang bakal aku lalui serta trend-trendnya. Aku harus pastikan yang ianya bukan didalam lingkungan musim hujan kerana jika musim hujan, sesetengah landasan akan ditenggelami air dan perjalanan aku akan tergendala. Apabila tergendala, kosnya bakal meningkat. Selain daripada itu, tempoh perjalanan juga bakal menjadi lebih lama dan ini bakal mengganggu kerja aku.

Aku juga akan check apakah perjalanan aku bakal bertembung dengan apa-apa perayaan besar. Ini aku lakukan agar aku tidak perlu menempuh lautan manusia nanti. Tarikh perjalanan ini aku pilih kerana ia 2 minggu lebih awal daripada upacara pemakaman raja Thai di Bangkok nanti.

3) Budget

Oleh kerana aku suka mengembara dengan berkeretapi sahaja dan perjalanan aku amat santai, jadi tempat penginapan aku juga sangat murah. Tempat-tempat penginapan yang bakal aku lakukan 'pitstop' nanti  berharga kurang daripada RM80 semalam. Tetapi ini bukanlah hostel dan aku tidak perlu berkongsi bilik air. Ia sebuah bilik dan lokasinya berhampiran dengan stesyen keretapi. 

Kiraan kewangan aku bermula daripada point aku mula hinggalah kedestinasi dan pulang semula ke point pertama. Selain itu ada juga budget untuk misc seperti makan, minum, sewa basikal, sewa moto, sightseeing, souvenir dll. Aku hadkan jumlahnya. Jadi, untuk misc, aku harus berbelanja pada jumlah yang ditetapkan seharian itu. Makan dan minum ni aku tak berapa nak kisah sangat. Bagi aku, nak makan sedap silalah masak sendiri. Jadi makan dan minum aku hanyalah sekadar mengalas perut. 

4) Insuran

Ini amat penting. Ramai yang tidak mengambil endah hal ini. Insuran ini penting untuk semua travellars yang merancang untuk pergi kemana-mana. Aku selalu mengambil insuran daripada agen yang sama setiap kali aku nak ke luar negara. Kali ini insuran untuk 8 hari hanyalah berjumlah RM65. Ia merangkumi coverage bermula dari point keluar pertama hinggalah point masuk terakhir yakni bagi aku ialah Padang Besar (keluar)  dan KLIA (masuk). Apakah yang terkandung didalam coveragenya? Hospitalisation, kematian, accident, demam, keracunan makanan, hilang beg, perjalanan tergendala dan banyak lagi. Hanya dengan membayar RM65 untuk 8 hari, aku ada coverage sebanyak itu. Hebat bukan? Ramai yang menganggapnya remeh. Remeh jika tidak kena dibatang hidung kita. Jika kena? Sewaktu aku di Bali dulu, program aku penuh dari pagi sampailah ke malam. Aku dehydrated selama 3-4 hari. Tak bertenaga langsung untuk kemana-mana. Bil klinik aku mencecah hingga RM400....itu belum diambil darah untuk dihantar ke lab.

Aku tinggalkan dulu topik ini disini. Biar ia tergantung...hahahahahahaha....minggu depan sebelum berangkat aku akan buat satu lagi entry....tunggu ya.....sementara tunggu entry yang baru, anda semua bolehlah merancang perjalanan idaman! Hahahahahahahaha...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...