Rabu, Disember 25, 2013

www.quaysidehotel.com.my

HRC Melaka.

Dengan santai aku memandu ke Melaka pagi ini. Tujuan aku ke Melaka ialah untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudara aku di Taman Noorbar. Pernah aku ke sana dulu di tahun 1981 sewaktu abang aku bertunang dengan Kak Ngah aku yang berasal dari sana. Itu tahun 1981. Kini 2013 dan aku pun dah lupa macamana nak kesana! Hahahahaha.....Hasrat aku nak tinggal dimana-mana rumah tumpangan yang banyak terdapat di tebing sungai Melaka. Unik dan sangat menarik perhatian aku dengan konsep-konsep simple dan minimalist. Rumah-rumah tumpangan ini berharga sekitar RM50-RM65 semalam. Sangat basic dan aku senang menginap ditempat-tempat sebegini. Banyak mengingatkan aku sewaktu diluar negara dulu!
 
Pencarian aku untuk menginap di rumah tumpangan berkubur apabila tiba-tiba salah seorang rakan lama aku yang juga merupakan GM di hotel tersebut memberitahu bahawa beliau kini mengendalikan sebuah gudang lama ditebing sungai Melaka yang kini dijadikan sebuah 'boutique hotel'. Aku google nama Quayside Hotel dan membaca komen-komen tetamu yang pernah menginap disana dan ternyata kesemuanya sangat baik. Aku tertarik dengan konsep gudang yang diubahsuai dan dijadikan hotel. Unik dan sangat berkesan. Hiasan dalaman mencerminkan yang tuanpunya boutique hotel yang mempunyai 38 buah bilik ini mempunyai citarasa yang tinggi dan aku mengkagumi beliau. Quayside Hotel terletak betul-betul dihadapan Casa Del Rio dan juga bersebelahan dengan replika kapal Flore De La Mar. Amat sentral untuk para tetamu. 2 minit berjalan kekiri menuju ke Jonkers Street manakala 2 minit berjalan ke sebelah kanan pula, kita akan sampai ke fort A Famosa.

 
Lobi. Quayside Hotel, Melaka

Sesampainya aku dihotel, aku terus mendaftar masuk. Alhamdulillah arrangement telah dibuat oleh sahabat aku dan aku dibenarkan check in awal. Lobi yang luas dan berbumbung tinggi menyebabkan ruang sekitar kelihatan amat lapang. Warna lantai dan sofa sangat berpadanan. Perabut kayu yang digunakan menimbulkan suasana 'rustic' yang tidak mengingatkan kita kepada 'gudang' yang dahulunya dijadikan tempat penyimpanan rempah-ratus di zaman dahulu-kala! Dekorasi yang minima sekali lagi memberikan impak yang sungguh ekslusif. Transformasi yang bagi aku amat berjaya. Tatarias moden dengan sofa kolonial ditingkat atas berserta dengan anak-anak tangga 'spiral' sekali lagi menimbulkan suasana yang sungguh istimewa dan menyerlahkan lagi keperibadian pemiliknya!
Apabila aku masuk ke bilik sahaja aku terus merasa kagum dengan penggunaan ruang yang maksima. 2 bilik aku digabungkan dengan sebuah pintu yang membolehkan anak-anak aku masuk kebilik aku dan didalam bahasa hotel ianya dipanggil 'connecting room'. Penggunaan 'warm light' didalam bilik memberikan efek yang sangat menarik. Begitu juga apabila berlantaikan 'parquet', keadaan tiba-tiba berubah kepada suasana tenang dan nyaman. Apabila bidai tingkap dibuka, kelihatan bot-bot pelancong menyusuri sungai Melaka. Bilik airnya luas dan lapang. Bilik mandi diasingkan daripada tandas dengan pintu dan dinding kaca. Dwi tona cream yang polos dan cokelat pekat memberikan 2 dimensi warna berbeza apabila masuk saja ke ruang mandi. Siling tinggi dan pancuran air daripada 'cromed rain shower' memberikan aku kepuasan yang tidak terhingga!




Nice cafe along the river..

Dibahagian luarnya disebelah hujung pula ada sebuah restoran yang diberi nama HALIA Inc. Banyak menggunakan perabot kayu dan terbahagi kepada 3 ruang. Ruang dalam merangkumi meja-meja makan dan buffet serta 2 meja pool dan sebuah bar yang rasanya mampu menampung seramai 60 orang tetamu manakala  ruang kedua pula ialah dibahagian luar yang mampu menampung seramai 100 orang dan boleh diadakan majlis-majlis private dan berkonsepkan gerai ataupun dipanggil 'stall concept' dan yang terakhir ialah ditebing sungai mengadap sebuah lagi hotel mewah. Disediakan juga payung-payung kecil untuk tetamu duduk menikmati suasana romantis matahari terbenam sambil menghirup kopi latte ataupun cappucino!
 

Aku menulis dari meja ini!


Confirmed aku di Melaka!

Tidak sah ke Melaka jika tidak melihat beca yang dihias indah berkumpul di hadapan bangunan merah serta persimpangan jalan ke Jonker's Street. Pelancung penuh mengerumuni beca-beca ini samada untuk mengambil gambar ataupun mengambil peluang bersiar-siar disekitar kawasan Banda Hilir. Harga yang dikenakan juga berpatutan. Bukan sahaja hiasan yang menyebabkan para pelancung teruja. Muzik yang dialunkan juga ibarat berada disebuah konsert di Stadium Melaka! Terletak tidak sampai satu minit berjalan kaki daripada Quayside Hotel.
 
Untuk pertanyaan lanjut, Quayside Hotel di Melaka boleh dihubungi melalui 06-2841001 ataupun e-mail sahaja ke hello@quaysidehotel.com.my dan anda semua pasti berpuas hati dengan lokasi, tawaran-tawaran menariknya serta harga bilik yang berpatutan. Bagi aku pula, penginapan kali ini adalah merupakan salah satu penginapan bercuti bersama keluarga yang terbaik buat penutup tahun 2013!

 


Sabtu, Disember 21, 2013

Panic!


Mak-pak

Pukul 10 pagi aku dah terpacak kat sekolah anak aku yakni VI. Mak dan pak yang lain masih ramai yang belum sampai. Semuanya sibuk sebab hari keputusan keluar jatuh pada hari bekerja. Perlahan-lahan aku parking motor cabuk aku kat tepi office jurulatih bolasepak kat tepi padang berdekatan dengan pavilion sekolah. Bawah pokok. Teduh sikit motor aku. Kereta mak bapak mula berderu-deru masuk. Macam-macam jenis aku tengok. Kejap audi merah...kejap audi putih...ada yang datang dengan driver....dalam hati aku berkata, amboih, hebat mak-bapak depa! Berapa ratus ribulah harga kereta tu semua....pasti banyak gaji depa sampai dapat beli kereta semewah itu. Motor aku yang harga RM7,000 (waktu tu) pun tercungap-cungap aku nak bayar. Instalment sampai 2 tahun! Hahahahahaha.....Kelebihan motor aku, senang nak pergi marrket...traffic jam free...dan parking pon free...hahahahaha (aku gelakkan depa) tapi aku tahu bila turun hujan, depa pulak ambik kesempatan untuk gelakkan aku! Takpa...adatlah tu...janji aku happy sebab aku "hutang free!".
 
Pemain-pemain bolasepak bawah 15 semuanya berkumpul diluar dewan ramai-ramai. Kami mak-bapak pemain bolasepak pun serupa. Bila semuanya dah masuk dewan, barulah aku langkah kaki masuk dewan sambil menggalas beg merah yang aku pinjam dari Yuya 6 bulan sudah! Perasaan bercampur-baur. Sama macam waktu aku pergi mengambil keputusan Yuya dulu. Mengambil keputusan peperiksaan anak-anak adalah sesuatu yang sangat penting bagi aku. Walau sesibuk mana sekalipun, aku akan cuba mencuri waktu untuk bersama-sama anak-anak berkongsi kegembiraan ataupun kesedihan sewaktu mengambil keputusan. Aku tawakkal dan berkata pada diri sendiri, apapun keputusan anak-anak, aku harus terima. Aku dah berpesan dulu pada anak-anak semua, keputusan yang akan diterima melambangkan apakah pengorbanan kita ikhlas ataupun tidak. Sewaktu didalam kelas apakah kita benar-benar faham ataupun tidak. Apakah kita telah menipu kepada ibubapa masing-masing dan juga guru-guru masing-masing ataupun tidak. Aku tidak pernah mengajar anak-anak aku menipu. Jadi apa juga keputusan yang bakal mereka terima adalah penghasilan daripada setiap keringat, usaha dan juga doa mereka. Jika keputusan tidak baik maksudnya itulah sahaja usaha yang telah mereka laksanakan. Jika keputusan mereka baik, itu jugalah merupakan keputusan yang menunjukkan bahawa mereka benar-benar belajar, mendengar nasihat dll! 'Results don't lie'....seperti juga kata-kata 'figures don't lie!'

Anak-anak

Para pelajar mula masuk ke dalam dewan dan berkumpul dibahagian belakang. Wah...dah besar panjang semuanya. Ada juga yang tak tinggi ke atas tetapi melebar ke tepi....sama lah seperti masa depan mereka. Tak akan ada yang sama! Diwajah para pelajar ini aku nampak harapan yang sangat besar. Merekalah bakal memegang tampuk teraju negara suatu hari nanti.Tiba-tiba timbul perasaan bangga didalam hati aku. Abang berdiri depan mengikut kelas masing-masing. Cikgu Farah sudah mula mengambil tempat diatas pentas dan mula memberikan kata-kata aluan kepada kesemua muka-muka cemas...Keputusan peringkat negeri diumumkan diikuti oleh keputusan setiap matapelajaran. Ada peningkatan dan penurunan didalam setiap matapelajaran yang diumumkan berbanding dengan tahun yang lalu! Pelajar-pelajar bertambah cemas. Kalau tak salah pendengaran aku ada lebih daripada 40 orang pelajar yang mendapat keputusan A didalam kesemua matapelajaran. Nama-nama yang mencapai keputusan 8A diumumkan satu persatu. Berpeluk sakan mereka anak-beranak kegembiraan. Alhamdulillah. Pelajar-pelajar lain pula diarahkan untuk mengambil keputusan masing-masing mengikut kelas. Abang dihadapan sekali. Mungkin kerana namanya bermula dari huruf A. Aku turut serta kedepan menanti dalam debaran. Cikgu kelas tersenyum sewaktu memberikan abang kertas keputusan PMR. Cikgu mengucapkan tahniah. Mata aku terbeliak melihat tulisan-tulisan halus yang payah aku nak baca. Abang mendapat 6A didalam kesemua matapelajaran teras manakala B didalam 2 matapelajaran yang tertera dikertas. Aku mengucap panjang. Bersyukur. Aku tahu abang telah belajar bersungguh-sungguh walaupun sibuk dengan latihan dan perlawanan bolasepak yang hanya berakhir 2 bulan sebelum peperiksaan....Alhamdulillah. Kami berpelukan dan aku mengucapkan tahniah kepada abang. Abang tersenyum panjang. Puas! Lega! Bercampur-baur..

Anak dan pak

Ada yang meraikan kejayaan tetapi ada juga yang nampak kecewa dengan keputusan yang mereka dapat. Itu lumrah. Setiap tahun dan setiap zaman perkara sama akan berulang-ulang. Aku juga tak terkecuali. Sewaktu disekolah rendah keputusan peperiksaan aku sangatlah baik. Didalam kelas sentiasa berada didalam lingkungan 3 teratas. Melangkah ke sekolah menengah, aku mula lalai dengan lebih banyak bermain daripada mengulangkaji pelajaran. SRP, aku hanya mendapat 15 aggregat. Aggregate yang sangat lemah bagi standard SBP walhal rakan-rakan aku yang lain hampir kesemuanya mendapat aggregate dibawah 10! 2 tahun berselang aku menduduki peperiksaan SPM. Masih lagi ligat bermain bolasepak dan ragbi dan aku mendapat 35 aggregate dan jatuh ke pangkat 3. Berselang lagi 2 tahun aku menduduki peperiksaan STPM pula dan hanya mendapat 2 Prinsipal. Aku kecewa. Tetapi kekecewaan aku telah menzahirkan 'semangat juang' yang tinggi. Malu untuk bersemuka dengan rakan-rakan seusia yang bakal pulang ke tanahair selepas melanjutkan pelajaran ke luar negara! Aku berusaha keras. Siang kerja dan malamnya aku mengambil kelas tambahan. Aku berjaya lulus Bahasa Perancis setelah 2 tahun berhempas pulas di Alliance Francaise. Setiap usaha keras dengan niat yang baik sentiasa dijanjikan dengan ganjaran yang setimpal. Alhamdulillah aku diterima masuk ke ITM dan seterusnya melanjutkan pelajaran di luar negara....

Dunia pekerjaan pula tidak menjanjikan bulan dan bintang jika kita tidak berusaha bersungguh-sungguh. Ada yang mempunyai kelulusan yang hebat tetapi tidak berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan. Alhamdulillah, bidang perhotelan mengalir pekat didalam darah aku. Dulu, kini dan selamanya....Apa yang aku cuba sampaikan disini ialah, keputusan peperiksaan disekolah tidak menjanjikan masa depan yang gemilang. Keputusan yang baik hanya menjadi landasan untuk mempercepatkan proses mengejar apa yang kita mahu. Samada kita akan berjaya ataupun tidak, itu perkara yang kita sendiri tak dapat tentukan. Nah, kepada anak-anak yang tidak mendapat keputusan yang cemerlang didalam peperiksaan UPSR dan PMR, jangan berterusan kecewa. Perasaan kecewa itu harus ditukarkan dengan semangat juang untuk bersaing kembali dengan rakan-rakan yang lain. Percayalah....jika ada  dua calon yang aku temubual untuk mendapatkan hanya satu jawatan di hotel aku akan memilih seseorang yang mempunyai semangat juang tinggi daripada seseorang yang hanya mempunyai kelulusan yang tinggi! (pendapat ini hanyalah pendapat persendirian dan tidak mewakili syarikat-syarikat yang pernah aku bertugas!)

Pak dan anak

Aku akan sentiasa memberikan pelajaran yang terbaik untuk anak-anak aku walaupun aku sendiri tidak mempunyai sebarang simpanan dan walaupun aku hanya bermotor cabuk. Aku tidak mampu memberikan kemewahan wang ringgit sewenang-wenangnya kerana bagi aku ini akan melalaikan mereka. Cukuplah dengan pendidikan dunia serta akhirat yang maksima. Aku mahu anak-anak aku sedar bahawa rewards dari segi wang ringgit akan datang secara semulajadi dengan kerja keras dan usaha yang berterusan tanpa mengenal jemu. Have a nice weekend people!

Sabtu, Disember 14, 2013

Homestay

'Tanpa tujuan'

Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberikan kesihatan yang baik buat masa ini. Dalam tempoh seminggu setengah ini telah 4 projek homestay yang berjaya aku lawati. Kesemuanya mempunyai kelebihan tersendiri. Unik dalam erti kata sebenar. Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang harus di baik pulih secepat mungkin selaras dengan kedatangan Tahun Melawat Malaysia yang akan menjengah kita beberapa hari sahaja lagi! Sempatkah mereka? Sempat atau tidak, kerja aku harus dibereskan sebaik mungkin. Aku bukan bercuti. Aku bukan berlibur bersama keluarga tetapi menjalankan satu tanggungjawab serta amanah yang diberikan kepada aku oleh sebuah agensi. Syukur dan terimakasih juga harus aku ucapkan kepada majikan aku yang memberi kebenaran kepada aku selama 2 minggu untuk turun ke padang, merasai dan mengalami sendiri pengalaman kehidupan homestay di Malaysia.

'Dipersimpangan jalan'

Homestay pertama yang aku lawati ialah Kampung Pachitan di PD. Tak jauh. Cuma dalam 30 minit memandu dari Litar Sepang! Aku tak pernah tahu pun ada homestay kat situ..Kebudayaan Jawa sangat tebal disana. Keramahan dan besar hatinya tuan rumah memang tak dapat digambarkan. Tak cukup syarat jika aku tak makan dirumah mereka walaupun aku tahu mereka sangat sibuk. Dalam masa 30 minit makcik dah siapkan makan tengahari berupa telur dadar, asam pedas ikan selar kuning dan ulam-ulam. Aku tak mampu mengelak. Dimakan dengan nasi panas dan cuaca kebetulan pulak dingin membuatkan aku tak malu untuk menambah nasi walaupun hati, perasaan dan fikiran aku berkata tidak, tangan aku begitu panjang mencapai nasi tambah...akhirnya, bila aku balik ke rumah dan timbang berat, masyallah.....memang kampung Pachitan punya salah! Hahahahaha


Damai..

Selang 2 hari, aku berkereta ke Kampung Lonek di Jempol pulak. Juga pengalaman yang tak dapat dilupakan kerana musim buah-buahan memang tengah menjadi. Pokok rambutan yang beratus-ratus jumlahnya sedang sarat dengan rambutan masak ranum. Buah durian boleh dicapai dengan tangan. Manakala manggis bertaburan diatas tanah kerana tuanpunya tak menang tangan nak mengutip dan menjual di pasar ataupun ditepi jalan menuju ke Bahau. Kawasan rumah dijaga rapi dan kata salah seorang tuan rumah disitu, kampung mereka juga sering dijadikan tempat penggambaran filem dan terbaru, rumah seperti yang tertera diatas dijadikan prop untuk salah sebuah cerita seram! Aku pun tiba-tiba jadi seram! Hahahahahaha....

Sekali lagi keramahan tuan rumah menjadikan aku terlupa dunia sebentar. Aku lupa yang aku tak boleh tengok makanan. Aku lupa yang aku tidak ke gym pada hari itu. Tiba-tiba aku menjadi ghairah dan sangat berselera apabila dihidangkan dengan daging salai masak lemak. Disudahi makan tengahari itu dengan rambutan yang baru dipetik sebagai pencuci mulut! Alhamdulillah...

Cantik..

Daging salai

Kampung ke 3 yang aku lawati ialah Kampung Kuala Medang di Kuala lipis, Pahang. Sangat kampung bilamana sesampainya aku kesana, aku dijemput menghadiri jamuan kenduri tahlil dan khatam Quran yang kebetulan berlangsung sewaktu aku tiba disana. Perjalanan dari Kuala Lumpur selama 2 jam membuatkan aku tak menoleh ke kiri dan kanan apabila menjamah hidangan ubi kayu cicah tempoyak! Masyarakat setempat yang berjumlah hampir 200 orang adalah hanya merupakan sebahagian daripada ahli keluarga tuan rumah. Itu katanya belum dijemput orang kampung lagi. Semuanya berjalan secara gotong-royong. Dari memasak, menghidang sampailah membasuh. Semuanya dilakukan oleh adik-beradik yang hadir. Suasana sangat harmoni dengan hilai tawa para tetamu. Aku perlu cepat bangun...jika tidak aku tak akan dapat berhenti makan!

Pusat ICT kampung

Kampung Lonek juga menyediakan pusat ICT kepada anak-anak kampung dan sewaktu aku melawat, memang ramai anak-anak disitu. Penuh semua komputer....main GAME! hahhahahaha...I don't blame them!


 Menggairahkan...

Beratus-ratus pokok rambutan dengan buah yang masak ranum melambai-lambai tetamu. Aku cadangkan agar dibina pondok-pondok kecil diatas pokok rambutan sebagai tarikan para pelancung. Aku juga cadangkan agar pelancung dikenakan bayaran minima sebagai contohnya RM5 seorang, diberikan bakul, petik dan makanlah sebanyak mungkin tapi tak boleh dibawa balik. Kalau di luar negara, begitulah cara mereka....

Seksi..

Aku geram sangat-sangat bilamana durian boleh dicapai dengan tangan. Aku tak tahu species apa durian ni semua tapi nampaknya sangat jinak dan bergayut-gayut panggil aku....cepat-cepat aku berjalan keluar sebab aku tahu dan dapat rasa yang seluar aku bertambah ketat sejak 2 minggu aku melawat homestay-homestay ni semua! Parah!
 
Semalam barulah aku selesai menjelajah 4 homestay di seluruh negara. Yang terakhir ialah Kampung Ulu Legong di daerah Baling di Kedah. Aku berharap agar cadangan-cadangan untuk penambahbaikan homestay di negara kita yang aku usulkan diterima pakai oleh pihak Kementerian dan pengusaha-pengusaha di negara ini. InsyAllah. Aku cuma mencadangkan hasil daripada pengamatan aku dan pengalaman aku melihat dan merasai homestay-homestay di negara ini dan negara-negara lain. Terimakasih tidak terhingga aku ucapkan kepada kesemua makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang melayan aku selama 2 minggu ni. Have a great weekend people!

Sabtu, November 30, 2013

3 orang budak!

NIKE Officials

Pasukan bolasepak bawah 15 tahun VI memang bernasib baik kerana NIKE masih lagi mahu menaja mereka. Kelmarin bertempat di padang sekolah VI, pihak pengurusan NIKE telah pergi dan memberikan latihan khas kepada mereka dengan membawa seorang jurulatih terpilih daripada NIKE untuk mengajar para pemain aspek-aspek penting seorang pemain bolasepak remaja. Kesemua pemain VI yang mewakili negara bagi peringkat umur bawah 15 tahun berkumpul walaupun mereka sedang didalam percutian kini. Jurugambar professional daripada NIKE juga dibawa bersama dan katanya gambar-gambar tersebut akan dimuatkan di ruang berita NIKE peringkat antarabangsa. Alhamdulillah dan sekali lagi aku bersyukur kerana mereka diberikan perhatian yang baik oleh pihak penaja. Katanya lagi setiap 3 bulan pihak NIKE akan pergi melawat mereka disekolah dan asrama untuk mengikuti perkembangan mereka. Dan yang menariknya, pengarah mereka yang muda dan bersemangat tinggi yakni Robin juga menyertai fb pemain bolasepak ini untuk menyelami kegiatan harian mereka didalam dan di luar padang!

Kata-kata penaja

Usai latihan keras yang dijalankan selama satu jam setengah, para pemain dikumpulkan ditepi padang dan diberikan penerangan dan bersoal jawab. Soalan-soalan mereka adalah seperti, sebagai pemain bolasepak, apakah aspek-aspek kasut bola yang mereka lihat...pelbagai jawapan diterima pihak NIKE dan kesemuanya dirakamkan. Ini adalah untuk disalurkan ke ibupejabat NIKE bagi proses R&D pengeluaran boots-boots baru nanti. Para pemain dan pihak penaja nampak serasi dan sangat mesra kerana selain daripada faktor umur yang didalam lingkungan 20-an, para pengurus NIKE ini juga sangat rapat dengan para pemain. Mereka mengikuti setiap perkembangan pemain bolasepak bawah 15 tahun VI dengan teliti dan mereka juga sering berhubung di hujung minggu. Aku nampak hubungan sukan ini sangat positif dan pihak NIKE juga mengucapkan jutaan terimakasih kepada kami yakni ibubapa (VIPSG - Victoria Institution Parents Support Group) yang sentiasa berada dipadang walaupun para pemain hanya menjalani latihan biasa dan bukannya perlawanan. Aku berharap agar hubungan sihat antara pemain-NIKE-VIPSG akan berlanjutan.

Mendapat tajaan kasut Hiper Venom dan bola!

Selesai latihan dan pep talk, pihak pengurusan NIKE sekali lagi membuat kejutan kepada para pemain, mula-mula dengan pemberian sebiji bolasepak NIKE setiap pemain disusuli dengan pemberian 'goody bag' dan katanya Robin, sebagai hadiah hujung tahun kepada pemain. To their surprise apabila goody bag tersebut dibuka, para pemain terperanjat apabila mendapati yang goody bag tersebut berisi dengan kasut bola NIKE HIPER VENOM yang mahal harganya sepasang setiap pemain! Kami ibubapa turut berbangga dan terhutang budi dengan pihak NIKE. Sekali lagi aku nak ucapkan terimakasih kepada mereka yang setakat ini telah berbelanja besar termasuk membawa NEYMAR bertemu dan bermain futsal dengan anak-anak ini dihari raya haji yang pertama dulu. Alhamdulillah!
 
Yuya leka

Yuya kini sedang meniti usia awal remaja apabila beliau berjaya menamatkan sekolah rendah sebulan yang lalu dan begitu juga dengan sekolah agama. Aku masih ingat sewaktu kecil Yuya akan merengek meminta izin untuk tidak ke sekolah dengan pelbagai alasan diberikan dan kebanyakkan alasan-alasannya tidak masuk akal! Disebelah paginya Yuya harus bangun awal dan bersiap untuk ke sekolah agama. Muka masih mengantuk sebab bangun awal. Sekembalinya dari sekolah agama Yuya harus bersiap dalam masa 30 minit kerana van akan datang menjemput Yuya untuk ke sekolah kebangsaan pula. Pada mulanya aku sangat kasihankan Yuya tetapi memikirkan yang pelajaran sangat penting, aku gagahkan juga perasaan sayu aku dengan memberikan Yuya kata-kata semangat untuk terus kesekolah. Yuya pernah meminta izin daripada aku untuk tidak menyuruhnya kesekolah agama. Yuya minta diberhentikan dari sekolah agama. Aku tersandar memikirkan alasan kukuh yang harus aku berikan kepada Yuya.

Ar Rahmaniah khatam Quran

2 minggu selepas majlis khatam Quran disekolah kebangsaan, sekali lagi Yuya dan rakan-rakan diraikan. Kali ini disekolah agama Ar Rahmaniah pula bilamana mereka mengadakan majlis khatam Quran bagi para pelajar sekolah agama dan sekali lagi Yuya melaluinya. Perasaan bangga dan puas terpancar dimuka Yuya tatkala beliau sedang membacakan ayat-ayat suci Al Quran diatas pentas! Aku sangat berbangga dengan pencapaian ini. Daripada malas dan mahu berhenti sekolah agama, akhirnya Yuya telah berjaya menghabiskan 6 tahun belajar di sekolah agama Ar Rahmaniah dan khatam Quran. Hilang penat aku selama 6 tahun ini mengikuti perkembangan persekolahan rendahnya. Aku menyuapkan pulut kuning ke mulut Yuya sebagai tanda simbolik khatam dan Yuya aku lihat puas! Tahniah Yuya kerana berjaya menghabiskan 30 juzuk walaupun mengambil masa selama 6 tahun! Papa sangat berbangga!

Beberapa minggu yang sudah, sekali lagi Yuya kesekolah. Tapi kali ini adalah untuk mengambil keputusan peperiksaan UPSR. Aku jadi berdebar kerana aku tahu matapelajaran Yuya adalah seperti permainan yo-yo. Apabila aku memberi perhatian, markahnya akan menjadi baik tetapi bila aku sibuk dan tidak sempat menelaah pelajaran bersamanya, markah peperiksaan Yuya akan menjunam turun. Guru-guru Yuya juga amat risau. Banyak kali aku pergi berjumpa guru-guru kelasnya dan kesimpulan yang para guru dan aku dapat rumuskan ialah, aku terpaksa duduk bersama-sama Yuya setiap hari dan mengulangkaji pelajarannya bersama-sama. Jadi setiap malam pukul 8 hinggalah 10 aku akan bersama-sama Yuya duduk dimeja dan bersama-sama melakukan latihan-latihan daripada matapelajaran yang ada. Kesemua matapelajaran aku baca dan ikut. Sama seperti Yuya. Selepas subuh pula kami akan duduk selama 30 minit sebelum Yuya ke sekolah semata-mata untuk sekali lagi bersoal jawab dengan Yuya untuk mengetahui samada Yuya faham ataupun tidak pelajaran yang kami belajar malam sebelumnya! Alhamdulillah keputusan Yuya membanggakan aku walaupun Yuya hanya mendapat 4A1B tapi aku tahu Yuya telah berusaha keras dan bersengkang mata bersama-sama aku setiap malam dan subuh mengulangkaji pelajaran! Tahniah sekali lagi dari Papa!

Tidur sendiri sekarang!

3 malam yang lepas, Marina bagitahu aku yang dia mahukan tilam sendiri, selimut sendiri dan bantal sendiri. Dia tak mahu berkongsi katil lagi sebab katanya dia dah besar! Dia nak tidur sendiri dibawah dan minta jangan diganggu. Wow...dah besar rupanya anak gadis aku ni....Bila aku balik kerja, budak ni lah yang akan buka pintu. Bunyi enjin moto aku pun dia dah tahu. Dari mula dia bukak pintu, mulut dia akan terus bercakap sampailah waktu dia tertidur! Yuya akan datang kat aku dan komplen, "Papa tolong suruh Marina diam sekejap.....sekejap pun jadilah...aman kejap rumah ni.." Aku tak tahu samada nak ketawa ataupun nak marah. Tapi dengan muka serious aku akan panggil Marina duduk atas riba dan bagitahu bahawa setiap orang akan bercakap, perlu bercakap dan mahu bercakap. Tapi ada juga orang yang mahu keadaan tu aman dan hening....Marina cebik mulut kat aku, terjun turun dari peha aku dan meluru masuk bilik. Yuya lega....tapi selang 5 minit dia keluar dengan muka tak bersalah dan sambung bercerita pasal Masyitah....kawan kelas dia. Yuya naik angin...aku senyum sendirian!
 
Dah 2 malam Marina tidur sendirian dengan Minnie Mouse dan Crocky (buaya) di tilam bawah. Dan 2 kali juga setiap pagi bila aku bangun nak mandi Marina sudah terperosok diatas katil bahagian tepi! Sambil mandi aku tersenyum sendirian lagi. MasyAllah.....dulu Azumi seperti ini. Sekarang dah berumur 15 tahun. Yuya juga mengekor dan kini sudah 12 tahun. Marina masih baby dimata aku, kini sudah 7 tahun umurnya....semuanya akan membesar dengan cepat dan seorang demi seorang akan meninggalkan aku dirumah....kesayuan mula bersarang......Have a great weekend people!

Isnin, November 25, 2013

SDAR vs VI

Coach Lan, Cikgu Farah dan Cikgu Hidayah yg banyak membantu!

2 minggu yang sudah, aku telah menganjurkan perlawanan bolasepak dan ragbi bawah 15 tahun bertempat di padang VI. Ini aku laksanakan demi untuk pembangunan sukan kedua-dua sekolah. Kenapa VI? Kerana abang bersekolah disana dan bermain bolasepak untuk pasukan bawah 15 tahun VI. Dan kenapa SDAR? Jawapannya sangat senang. Sebab aku bersekolah disana selama 5 tahun dari 1981 hingga 1985. Aku berpendapat bahawa kedua-dua pasukan akan mendapat faedah hasil daripada perlawanan persahabatan yang aku anjurkan. VI memang terkenal dengan sejarah bolasepak dan banyak mengungguli dan melahirkan pemain ternama negara manakala SDAR pula merupakan sebuah sekolah yang mempunyai sejarah ragbi yang unggul sejak dari dulu lagi. Penyatuan kedua-dua pasukan ini dapadang sekolah VI tempohari telah banyak memberi kesan positif kepada keempat-empat pasukan yang bertanding.  SDAR belajar banyak daripada VI didalam perlawanan bolasepak manakala VI belajar juga didalam perlawanan rugby. It was a win-win situation and at the end of the day, coaches and players of both teams enjoyed the games that I organised. Alhamdulillah!


Pasukan bolasepak VI B15

Pasukan bolasepak bawah 15 tahun VI adalah merupakan juara KL dan juara kebangsaan pada tahun 2013. 3 bulan sebelum PMR mereka tidak dibenarkan bermain bolasepak bagi memberi masa kepada mereka untuk mengulangkaji pelajaran. Kelas tambahan banyak diadakan untuk para pemain bolasepak ini kerana pihak sekolah amat prihatin dan pada masa yang sama amat risaukan apakah keputusan PMR budak-budak bolasepak ni nanti! Aku tak terkecuali kerana sepanjang tahun program latihan dan perlawanan mereka sangatlah padat. Aku cuma mampu menasihati dan berdoa agar abang dan rakan-rakannya nanti beroleh kejayaan yang mampu membanggakan ibubapa dan juga pihak sekolah! Tetapi setelah 3 bulan tidak bermain, kami telah dapat mengenalpasti banyak kelemahan-kelemahan yang memang dijangkakan. Pemain tidak lagi alert dan sharp seperti sebelumnya dan yang amat merisaukan ialah kelemahan dari segi stamina dan pertambahan berat badan masing-masing. Nampak gayanya, coach pada tahun depan haruslah berusaha lebih lagi. Para pemain juga mesti menambahkan waktu latihan dan kontrol apa-apa yang dimakan setiap hari!

Pasukan ragbi SDAR B15

Kehebatan pasukan rugby SDAR memang tidak perlu dipersoalkan lagi. Pada tahun ini saja mereka telah menjuarai kejohanan rugby bawah 15, 16 dan 17 peringkat Negeri Sembilan dan yang terbaru, pasukan bawah 15 tahun menjuarai peringkat kebangsaan yang berlangsung di Perlis pada minggu lalu. Syabas adik-adik yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah. Aku sangat berbangga! Sekarang ini mereka mempunyai pelbagai kemudahan sukan yang tak pernah aku dapat dan rasai dulu. Jersey sahaja dah complete set. Waktu aku dulu, jerseynya dibeli di Thailand dan seluar kami pulak memang tidak seragam. Bertampung-tampung warna seluar ditengah padang. Mereka kini juga mempunyai sebuah gym yang serba lengkap dengan segala kemudahan untuk memantapkan stamina dan bentuk fizikal. Tahniah kepada adik-adik yang menjadi johan kebangsaan minggu lalu! Kami sebagai bekas pelajar sangat berbangga!

Coach Lan membentuk strategi baru..

Coach Lan akan meninggalkan pasukan ini pada tahun depan dan beralih kepada pembangunan bolasepak peringkat bawahan yakni menjaga pasukan tingkatan 1, 2 dan 3. Pasukan bawah 15 tahun sekarang mencapai matlamat sekolah dengan pencapaian-pencapaian yang sangat membanggakan hasil kerja keras Coach Lan selama 3 tahun. Program pembangunan bolasepak kelolaan Coach Lan sangat berhasil. Para ibubapa ada menyatakan kegusaran mereka jika Coach Lan tidak lagi menjadi jurulatih mereka pada tahun depan. Mereka risau yang jurulatih baru tidak mampu mencapai pencapaian baik Coach Lan. Para pemain juga berpendapat sama. Aku hanya mendengar luahan perasaan mereka. Dalam diam aku cuba mengatur satu lagi perlawanan pada pertengahn disember nanti dengan sebuah sekolah sukan dari Negeri Sembilan. Harapan aku agar sedikit sumbangan tenaga aku seperti ini dapat memberikan hasil kepada anak-anak itu nanti! InsyAllah. Kini aku lebih selesa bergerak sendirian. Ini aku lakukan agar segala perancangan aku tidak terganggu. Aku akan berusaha agar setiap bulan akan ada satu perlawanan berkualiti sehinggalah kehujung tahun 2014. Ini bermakna mereka akan bermain 12 perlawanan berkualiti bermula Januari depan. Harapan aku juga agar para jurulatih, pihak sekolah dan para ibubapa akan menyokong usaha-aku ini. Hanya inilah saja yang aku mampu sumbang untuk sekolah ini.

SDAR rugby team mendengar arahan..

Walaupun telah lama aku meninggalkan bangku sekolah yakni tahun 1985, tetapi jauh dilubuk hati aku, ketika bersama-sama dengan rakan-rakan, kami masih seperti berumur 17 tahun. Bercerita mengenai kisah-kisah lama walaupun cerita-cerita tersebut sudah diualangi beribu-ribu kali. Alumni kami sangat kuat. Bekas pelajar seperti aku mempunyai Yang DiPertua yang sangat komited. Aku rasa dia meluangkan masa lebih kepada Persatuan Bekas Pelajar dan juga sekolah daripada di pejabatnya sendiri. Setiap majlis yang dianjurkan oleh bekas pelajar, dia akan berada bersama-sama dan jika ada apa-apa majlis disekolah, dia juga akan berada disana! Setiap batch pula mempunyai ketua masing-masing. Dan ketua-ketua inilah yang akan bermesyuarat dengan YDP sekerap mungkin. Pelbagai aktiviti diadakan bersama. Selain daripada itu, setiap batch dan juga setiap negeri akan menganjurkan sessi TT (teh tarik sesssion) setiap bulan kalaupun tidak setiap minggu. Sessi-sessi sebeginilah yang kami gunakan sebaik mungkin untuk bertanya khabar, berbincang mengenai business dan pelbagai topik lagi dan tidak terkecuali apakah yang dapat kami sumbangkan kepada adik-adik SDAR di Sungai Gadut? Apa juga kejayaan yang dicapai oleh adik-adik disekolah akan kami rai kan sebagai kejayaan kami juga. Begitu juga apabila adik-adik kami disekolah mempunyai masalah, masalah itu akan dikongsi bersama dengan abang-abang seperti kami dan akan dibincangkan di FB dan jalan penyelesaian akan dicari!
 
Baiklah sehingga berjumpa lagi, selamat malam, have a nice and productive week ahead people...good night!

Sabtu, November 16, 2013

Reunion di Suisse

Lobby di Cesar Ritz

Masa berlalu begitu pantas. Sedar tak sedar sudah lebih 20 tahun aku meninggalkan Cesar Ritz yakni salah sebuah sekolah perhotelan yang terbaik didunia! Cesar Ritz melahirkan ramai hoteliers ternama dunia. Pergi saja kemana-mana didunia ini terutamanya hotel-hotel berjenama besar dan antarabangsa, pasti aku akan bertemu alumni daripada Cesar Ritz. Didalam batch aku, telah ramai yang menjadi General Manager dan ramai juga yang operate hotel-hotel besar diseluruh dunia. Dari Monaco ke Paris ke London ke New York ke Hong Kong Ke Tokyo ke Afrika, ke Vietnam ke Jakarta dan banyak lagi yang aku tak tersebut kesemuanya! Aku berbangga dengan pencapaian rakan-rakan aku semua. Tak aku sangka rakan-rakan aku yang dahulunya malas belajar, setiap malam mabuk di bar-bar berdekatan dan perpeleseran, kini menjawat jawatan-jawatan tinggi yang aku tak terduga lebih daripada 20 tahun dulu!
 
Diawal januari 2013, aku mendapat email yang menjemput aku dan rakan-rakan lain diseluruh dunia untuk sekali lagi berkumpul disekolah lama kami di Switzerland. Surat jemputan datangnya daripada Christos, seorang budak Greek daripada kelas aku yang berkahwin dengan Raphael, gadis Suisse yang juga senior kami 2 tahun. Christos dan Raphy (panggilan kami kepada Raphael) kini merupakan pengusaha hotel di Switzerland yang mana tetamu-tetamu mereka adalah merupakan orang-orang ternama termasuklah pembesar-pembesar negara yang berkumpul di Davos tempohari! Aku sangat berbangga dengan pencapaian mereka. Mereka juga dikurniakan dengan anak-anak yang comel hasil perkahwinan campur antara Greek dan Suisse!

Sebuah kilang cokelat

Aku tidak bernasib baik kerana kali ini aku tidak dapat mengikuti mereka didalam pertemuan yang julung-julung kali diadakan. Teman aku Elaine dari Hong Kong, Masato dari Jepun, Georgina dari Malaysia yang kini menetap di kota London, Jordi dan Luis dari Sepanyol dan ramai lagi telah berkumpul disekolah yang banyak mengajar kami erti hospitaliti, sekolah yang banyak mengajar kami bergaul dengan para pelajar yang datangnya daripada beratus-ratus negara dan juga sekolah yang mengajar kami supaya berdaya saing dan tahan lasak tentang sepak-terajang dunia korporat dan perhotelan yang sentiasa mencabar. Kami ke sana dengan komitmen yang sangat tinggi. Sewaktu mengambil keputusan yang kami akan menyambung pelajaran didalam bidang perhotelan, kami telah tahu bahawa kami tidak akan mempunyai waktu yang terluang untuk keluarga. Waktu kami akan menjadi terhad. Bekerja sehingga 16-18 jam sehari menjadi kebiasaan bagi kami. Tidak bercuti sewaktu musim perayaan juga merupakan perkara biasa bagi kami. Kami tidak merengek-rengek meminta kebenaran untuk bercuti dan pulang ke kampung halaman. Kami tidak membuat muka sembab tatkala permohonan cuti ditolak majikan dan kami tidak juga berhenti kerja semata-mata kerana tidak dapat cuti raya selama 2 hari! Semua itu adalah perkara biasa. Semua itu mengajar kami erti berdikari, berdisiplin memotivasikan diri dan pelbagai perkara-perkara positif yang lain. Pokok pangkalnya ialah "PASSION". Kami sayang apa yang kami lakukan. Mengemop lantai, mencuci tandas, mengemas katil, membuang sampah, memasak, dan lain-lainnya bukanlah pekerjaan yang bermartabat rendah. Itu semua hanyalah sebahagian daripada pekerjaan yang pernah aku lakukan. Adatlah...semuanya bermula dari bawah. Bagi aku, you have to be comfortable dengan kerja-kerja bawahan sebelum melangkah ke atas menaiki tangga korporat. Alhamdulillah aku telah melaksanakan kesemuanya dan pernah juga merasa melaksanakan tugas dengan baik dan meraih berpuluh juta ringgit pendapatan hotel setahun. Ini adalah pekerjaan mulia. Aku pernah sekali bertanya kepada seorang sheikh di Masjidil Haram apakah aku 'tidak baik' dan 'tidak bagus' kerana tidak berkesempatan melaksanakan solat terawikh setiap malam bulan ramadhan secara berjemaah di Masjidil Haram? Jawabnya, buatlah pekerjaan aku yakni memberi dan menyediakan makanan serta minuman kepada lebih 1500 jemaah setiap waktu makan. InsyAllah ganjarannya lebih besar lagi! Aku tergamam! Terus sambung bekerja walaupun terawikh sedang berlangsung di Masjidil Haram waktu itu!

Student bar, The Dog And Lamppost

Ini merupakan tempat yang paling 'happening' disekolah aku. Bar ini dijalankan dan diuruskan oleh para pelajar sendiri. Segala promosi, penjualan dan pengambilan stok hanya dilakukan oleh para pelajar. Maka oleh itu ramai yang setelah graduate dari Cesar Ritz menjawat jawatan sebagai Bar Manager dihotel-hotel seluruh dunia. Ini adalah kerana di bar itulah mereka dilatih untuk melakukan segala macam pekerjaan. Namanya yang cukup unik, mengembalikan nostalgia kami sewaktu bergelar pelajar dulu.


Duduk kiri Luc Hegetscweiler dan Harold Fracheboud

Matapelajaran-matapelajaran yang diajar sangatlah memenuhi citarasa dan kemahuan aku. Aku paling gembira bilamana aku berada didalam kelas 'service'. Walauypun penat kerana bekerja 16 jam sehari tetapi lecturer aku seperti Luc dan Harold sangat-sangat bagus dan baik hati. Mereka akan bersama-sama aku siang dan malam. Bila aku letih, merekalah yang sentiasa memberi perangsang kepada aku untuk bangun dan berusaha lebih keras. Sehingga kini jika aku masih ada kemushkilan tentang service atau apa-apa pertanyaan tentang hotel, merekalah menjadi buku rujukan aku! Aku juga tidak ketinggalan memakai baju seperti budak-budak diatas. Selepas sekolah, aku diterima untuk bekerja di Geneva. Sebuah bandaraya hebat, khas untuk orang-orang kaya tetapi tidaklah sebesar yang aku jangkakan. Setelah kontrak aku hampir tamat, aku telah dipanggil semula untuk kembali ke Cesar Ritz dan menjadi pensyarah dan bersama-sama dengan Luc serta Harold mengajar pelajar-pelajar yang datangnya dari segenap pelosok benua. Dari berdua didalam gambar, kini Luc dan Harold mempunyai seorang lagi tenaga pengajar yang juga merupakan bekas pelajar mereka dulu yakni ALI!

Classmate aku dulu, Elaine!

Elaine sangat bijak didalam subject accounting. Apa saja masalah accounting akan ditangani oleh Elaine dengan sangat mudah! Elaine duduk dihadapan sekali didalam kelas manakala aku duduk dibelakang sekali didalam kelas bersebelahan dengan Karin Scmidt (Germany). Setiap kelas hanya mempunyai seramai 19-20 orang pelajar. Jumlah yang sangat kecil bagi aku yang datang dari Malaysia! Setiap pelajaran akan mempunyai 2 waktu selama 40 minit setiap satu dan 10 minit break ditengah-tengahnya. Didalam waktu rehat itu, kami dibenarkan turun ke cafe untuk minum kopi ataupun menghisap rokok. Sangat bebas dan santai. Kami juga bebas bersoal jawab dengan para pensyarah yang kesemuanya amat baik dan sentiasa mendengar pendapat kami. Kami juga bebas berdebat dengan para pensyarah dan pada malamnya pula kami akan sama-sama berkunjung ke restaurant untuk makan malam bersama. Sering juga kami dipanggil ke rumah mereka hanya untuk minum petang!
 
Memang sangat menyeronokkan apabila dapat bertemu kawan lama. Pada minggu lalu aku bertemu seorang kawan lama di alam maya, AiYi. AiYi merupakan junior aku sewaktu aku mula mengajar disana. Lama tidak mendapat kabar berita dan kini rupanya Ai Yi bekerja dengan sebuah syarikat perhotelan antarabangsa yang sangat besar berpengkalan di Singapura untuk Asia Pacific dan beliau sedang mencari seorang General Manager untuk sebuah hotel antarabangsa yang sedang diambil alih oleh syarikat beliau di Melaka. Beliau ada bertanya samada aku berminat ataupun tidak. Aku jawab terimakasih dan tidak. Aku sudah menjawat jawatan itu sewaktu aku di Langkawi. Cukuplah sekali......

Sabtu, November 09, 2013

Music 2

Shan, Loga, David, Hock, Meng dan Frances

Aku memang minat dengan Alleycats. Siapa yang tidak? Walaupun kesemuanya berbangsa asing tetapi mereka sangat hebat. Daripada mengenali mereka melalui corong-corong radio ataupun kaset yang dibeli di kedai sehinggalah aku mula bertemu mereka secara 'live' apabila aku bekerja di PJ Hilton sekitar tahun 1980-an dan mereka membuat persembahan di kelab disana yang bernama "Reflections". David, Loga, Ah Hock, Ah Meng, Frances dan Shan akan datang ke Paya Serai bilamana selesai persembahan mereka. Pada waktu itu aku bekerja malam dari 11 malam sampai ke 7 pagi selama 6 bulan kerana itu membolehkan aku menghadiri kelas bahasa Perancis di Alliance Francaise pada awal malamnya. Persembahan mereka akan berakhir sekitar jam 1 pagi. Shan akan datang dan order makanan untuk abang-abangnya, Loga dan David. Bagi aku, kumpulan ini merupakan kumpulan yang tersangat baik dan sopan. Tak pernah marah-marah dan tak pernah meninggikan suara ketika order 'nasi goreng kampung' dengan aku. Apatah lagi Ah Hock dan Ah Meng. Semuanya cakap Melayu dengan fasih dan tak pernah aku dengar mereka bertutur didalam bahasa orang putih kecuali kalau didatangi tetamu luar negara. Senyuman tidak pernah lekang dari wajah terutamanya Ah Hock dan Ah Meng! Lagu-lagu mereka meruntun jiwa. Ada sekali sewaktu aku di Mekah dan tidak pulang berhari-raya ditanahair bersama keluarga, lagu-lagu Alleycats dan video clip mereka menjadi peneman aku sebelum tidur.....

Flybaits

Aku tak kenal dengan mereka secara dekat tetapi aku kenal amat dengan Fredo yakni penyanyi mereka. Mana tidaknya, sewaktu Fredo berpecah dengan Flybaits dan menubuhkan kumpulan baru bernama 'Fredo And The Flinstone', mereka bermain di Piccadilly, Damansara Jaya.  Aku jual nasi lemak dan teh tarik betul-betul didepan Piccadilly bersama-sama dengan Bob dan Sulaiman. Fredo setiap malam akan datang menjamah nasi lemak Bob. Kalau dia busy dan sibuk dengan peminat dia kat atas, 'bouncer' akan bagitahu pada aku dan aku akan bungkuskan nasi lemak dan teh tarik untuk Fredo. Aku dapat special pass sebab hantar supper kat Fredo. Hahahahahaha....Lagu-lagu Fredo juga meruntun jiwa dan raga. Beberapa hari yang lalu aku terbaca satu article di salah sebuah suratkhabar tentang Fredo. Katanya Fredo kini sudah berusia 60 tahun tetapi masih menyanyi! Hahahahahahaha......dah lama rupanya cerita Fredo perform kat Piccadilly.....cuma aku saja yang tak perasan bahawa usia aku jugak meningkat sama! Hahahahahaha....

Dah Datuk!

Tahniah aku ucapkan kepada penyanyi bersuara lunak merdu ini kerana dianugerahkan gelaran Datuk. Aku rasa Jamal memang layak. Dia seorang 'living legend'. Suaranya tiada tandingan dan tidak akan berjaya diganti. Aku masih ingat pada Bintang RTM peringkat akhir bilamana Jamal merebahkan badan dan melutut sambil mendendangkan lagu Alleycats dengan gayanya yang tersendiri. Keesokan harinya lagu Alleycats itu menjadi siulan aku sewaktu ke sekolah. Aku mula kenal Jamal Abdillah sejak tahun 1980 pada ketika aku di darjah 6 sekolah rendah iskandar di alor setar. Gaya Jamal dan suara dalamnya turut menjadi ikutan aku pada waktu itu walaupun aku cuma berada didalam darjah 6.

Roy dan Fran

Satu pasangan yang terbaik bagi aku pada waktu itu. Keserasian mereka mendendangkan lagu serta keharmonian suara mereka membuatkan nama mereka cepat melonjak naik apatah lagi mereka merupakan pasangan duo bukan melayu. Roy akan bermain piano manakala Fran akan menyanyi disebelahnya. Pada mulanya ramai yang beranggapan bahawa mereka merupakan pasangan yang lebih daripada 'teman tapi mesra'. Tapi hingga kesudah impian para peminat menyaksikan mereka berkahwin tidak kesampaian apabila Roy berhijrah ke Australia dan memulakan karier nyanyiannya disana dan Fran mula membuat album-album solo dan seterusnya berkahwin. Walapun sudah berpuluh tahun lagu mereka berkumandang, tetapi para peminat masih teruja apabila mendengar nyanyian dan dendangan mereka berdua.
 
Aku suka mendengar lagu. Tidak kiralah samada ianya lagu tempatan, asing atau lagu-lagu etnik sekalipun asalkan ianya merdu dan sedap untuk didengar, aku akan terus meminatinya. Lagu-lagu inggeris yang beremtak rock dan heavy metal serta new wave juga menjadi halua telinga aku pada suatu ketika. Tetapi apakah aku lalai tatkala mendengar lagu-lagu tersebut? Alhamdulillah tidak. Allah telah memberikan kita akal dan fikiran untuk berfikir. Makanya, pertimbangkanlah dengan sewajarnya! Have a great weekend people! By the way, badan aku seram sejuk seminggu ni. Nak demam tak demam....ishhhhh!

Isnin, Oktober 28, 2013

Music Part 1

Boney M

Aku bernasib baik kerana dibesarkan didalam genre muzik yang pelbagai. Bermula dengan tahun 1970-an bilamana Boney M sedang bermaharaja-lela waktu tu. Aku ingat lagi sekitar tahun 1977-1979 apabila setiap kali aku balik sekolah, abang-abang aku akan pasang lagu-lagu Boney M didalam bilik mereka sambil menari tanpa baju. Dari situ aku mula mencuri-curi menyusup kedalam bilik abang-abang aku dan melihat album-album Boney M didalam bentuk kaset. Bilamana abang-abang aku keluar untuk latihan bolasepak di padang Henry Gurney Telok Mas, aku sekali lagi akan perlahan-lahan masuk ke dalam bilik mereka dan memasang kaset Boney M. Aku terkejut mendengar lagu RASPUTIN. Rentak yang rancak menyukarkan aku untuk faham lagu tersebut. Tetapi oleh kerana lagu-lagu Boney M dipasang selama 24 jam bertahun lamanya, aku jadi lali dan mula menggemari kumpulan 4 orang penyanyi ini. Boney M dianggotai oleh Marcia Barrett, Liz Mitchell, Maizie Williams dan Bobby Farrell di West Germany pada tahun 1975 (aku darjah 1). Kumpulan original ini pernah datang ke Kuala Lumpur sekitar tahun 1977 kalau tak salah aku. Aku ingat kedatangan mereka sebab abang aku ponteng sekolah 2 hari dan naik bas ke Stadium Negara, KL!

Minggu lalu sewaktu aku sedang berpeluh di gym, aku terdengar lagu-lagu Boney M versi baru dimainkan di gym. Sambil berlari diatas treadmill, aku tersenyum sorang-sorang. Aku senyum sebab teringatkan zaman kanak-kanak aku sekitar tahun 70-an di Melaka dulu. Manakala di treadmill sebelah, makcik tu jugak aku lihat menguntum senyum. Mungkin cerita kami sama.......

ABBA

Kakak-kakak aku pula pada waktu tu sudahpun menuntut di Universiti. Apabila mereka pulang bercuti, aku akan terdengar lagu-lagu kumpulan daripada Sweden yakni ABBA berkumandang dimainkan di radio bilik mereka ataupun dinyanyikan sewaktu mandi. Lagu-lagu ABBA lebih mellow bagi aku. Iramanya yang catchy boleh diterima telinga kanak-kanak seperti aku waktu itu. Agak lembut dan kadang-kala meruntun jiwa. Makin lama makin sedap pulak lagu-lagu ABBA nyanyian Bjorn Ulvaeus, Benny Andersson, Agnetta  Faltskog dan Anni Frid Lyngstad dari Sweden ni. Aku mula terikut. Lagu-lagu seperti Super Trouper dan Voulez Vous menjadi kegilaan ramai pada waktu itu. Dan setiap kali ada karaoke di tempat aku kini, pasti akan ada lagu-lagu irama 70-an ABBA yang akan diminta. Ini mengembalikan aku semula ke zaman kanak-kanak sekali lagi!

Beberapa bulan yang lepas sewaktu aku ke KLCC, aku sempat masuk ke kedai yang menjual cd dan membelek beberapa album-album lama ABBA seperti Solid Gold dan lain-lain. Hahahahahaha...mungkin nanti kalau aku ke sana lagi aku akan beli sebagai koleksi lagu-lagu kenangan aku membesar!

 

Stylistics

Di penghujung tahun 70-an, abang-abang aku mula menyanyikan lagu-lagu daripada kumpulan Stylistics. Kumpulan ini memang hebat dan kadang-kadang aku akan mendengar lagu-lagu mereka dimainkan sewaktu aku memandu. Aku juga minat dengan kumpulan ini. Lirik-lirik lagu mereka yang diprintkan dibelakang kulit kaset akan aku tulis semula didalam buku-buku rampaian sekolah aku. Jika aku terlupa nak koyak, makanya buku yang tertulis lirik itu akan terus sama-sama dihantar kepada cikgu. Ada sekali tu, aku tertinggal sekeping kertas yang mempunyai lirik lagu bertajuk "You Are Everything". Aku hantar kepada cikgu seperti biasa dan selang beberapa hari aku dapat balik buku tersebut bersama-sama sebuah nota dengan gambar tangan kanan yang digenggam dan ibu jari dinaikkan keatas sebagai tanda 'good' pada kertas yang tertulis lirik lagu tersebut. Sampai sekarang aku tak pasti apakah maksud isyarat 'good' daripada cikgu pompuan aku tu...........hahahahahahaha!
Deep Purple

Apabila aku meniti usia remaja dan tinggal pulak dengan rakan-rakan sekolah 24 jam, aku jadi terikut dengan fahaman muzik mereka. Bunyi sedikit keras yang seolah-oleh mengerang seorang diri, aku cuba dapatkan intipati daripada muzik-muzik itu. Lama jugak untuk aku mula memahami lenggok kepala dan badan mereka apabila mendengar. Oleh kerana aku tinggal di asrama, makanya kami tidak dibenarkan membawa alat-alat muzik termasuklah cassette player untuk memainkan lagu-lagu kegemaran kami. Walaubagaimanapun, ada juga yang berjaya di 'seludup' masuk ke asrama. Deep Purple merupakan salah sebuah kumpulan muzik yang sangat terkenal pada zaman aku. Ditubuhkan di Hertford pada tahun 1968 oleh Roger Glover, Ian Paice, Ian Gillan, Don Airey dan Steve Morse. Lagu-lagu terkenal mereka ialah seperti 'Highway Star' dan juga 'Smoke On The Water' boleh kita dengar hingga ke saat ini terutamanya jika ada konsert-konsert secara live. Memang sangat evergreen lagu-lagu Deep Purple ni. Sebenarnya ada cerita disebalik lagu 'Smoke On The Water' tu. Ia berkenaan dengan seorang lelaki yang sangat fanatik dengan sebuah kumpulan muzik sewaktu berlangsungnya sebuah konsert di Montreaux, Switzerland. Lelaki berkenaan oleh kerana terlalu asyik mendengar lagu yang dimainkan, telah meletupkan 'flare gun' yang kemudiannya mengena tepat ke siling casino sehingga tempat tersebut terbakar. Casino tersebut terletak betul-betul di tepi tasik Geneva yang juga dipanggil Lac Le Man. Bersempena dengan kejadian tersebut, kumpulan Deep Purple yang kebetulan berada disitu terus membuat lagu berdasarkan kepada kejadian benar itu. Hingga sekarang lagu "Smoke On The Water' sangat sedap didengari walaupun mempunyai elemen-elemen rock yang agak keras!
 
Aku bernasib baik kerana berjaya melanjutkan pelajaran di salah sebuah sekolah perhotelan yang terbaik di dunia yakni Institut Hotelier Cesar Ritz (www.ritz.edu) yang terletak di Le Bouveret, Switzerland. Jarak tempat aku dengan Montreaux hanyalah 20 minit jika memandu kereta menyusuri tasik Geneva dan melewati Chateau de Chillon. Sewaktu disana aku sempat melawat banyak tempat bersejarah dan salah satunya ialah casino tadi dan sambil menghirup kopi panas di sebuah taman di tepi tasik Geneva (the place where Montreaux Jazz Festival is held), aku terkenangkan cerita dan peristiwa kebakaran tadi......hahahahaha!

Uriap Heep

Kumpulan ini juga merupakan sebuah kumpulan rock yang hebat sewaktu aku dizaman persekolahan circa tahun 80-an dulu. Tengah-tengah malam jika aku ke tandas dan melewati bilik-bilik senior, aku pasti akan terdengar lagu-lagu ini dimainkan dengan volume yang amat kecil. Kecil kerana takutkan warden seperti Ustad Shafie, Cikgu Sabarudin, Cikgu Azizi ataupun Cikgu Adnan yang lalu ketika meronda tengah-tengah malam terdengar dan cassette player akan dirampas! Kumpulan Uriah Heep ini ditubuhkan di London pada tahun 1969-70 dan dianggotai oleh Mick Box, Bernie Shaw, Phil Lanzon, Russell Gilbrock dan Davey Rimmer. Manakala lagu yang meruntun pendengar-pendengar muzik rock  pada waktu itu pastilah  lagu 'Lady In Black'.

Aku membesar dengan muzik-muzik yang seperti ini. Muzik-muzik sebegini telah meninggalkan impak yang amat besar pada waktu dan ketika aku sedang membesar. Itulah waktunya aku mula terdedah dengan kepelbagaian dan warna-warni kehidupan. Daripada situ juga aku belajar menilai apa yang baik dan apa yang buruk melalui penelitian terhadap lirik-lirik lagu yang dimainkan. Rentak yang keras mahupun yang lebih 'mellow' cuba aku baca dan kaji. Melihatkan kepada pengikut-pengikut rangkaian lagu-lagu sebegini juga amat menarik bagi aku. Cara pemakaian dan juga cara percakapan mereka kadangkala menjurus kearah sesebuah kumpulan yang disukai. InsyAllah dientry-entry yang akan datang aku akan cuba menulis lagi berkenaan lagu-lagu dan kumpulan-kumpulan muzik yang agak mempengaruhi aku suatu ketika dahulu serta peralihan genre keras ke genre yang lebih melodious dan seterusnya ke genre ketuhanan. Kesemua ini mematangkan aku......till then people, have a great week!
 

Khamis, Oktober 24, 2013

Jagalah kesihatan!

Celebrity Fitness, Bangsar

Sekali lagi aku terpanggil untuk bercerita serba sedikit mengenai kesihatan walaupun aku bukanlah pakar yang patut dicontohi! Hahahahahaa....Segala-galanya bermula 15 bulan yang lalu. Kesihatan aku sedikit terganggu dengan sakit dibahagian belakang badan, demam dan selsema setiap bulan. Aku jadi rimas. Setiap bulan aku terpaksa berjumpa doktor dan setiap kali itulah aku akan diberikan paracetamol, antibiotics dan juga pain killer. Badan menjadi letih. Nafas tercungap-cungap dan aku seperti tak bertenaga. Aku ambil vitamin C. Aku ambil pelbagai supplement setelah membaca beberapa articles yang kononnya mujarab. Banyak medical journal yang dah aku baca walaupun aku bukanlah berminat sangat. Di waktu terluang aku akan mencari-cari website kesihatan. Jawapan dan hasil yang aku dapat tidak mampu memuaskan hati aku. Berat badan semakin bertambah. Selera makan juga bertambah. Anak-anak masih kecil.

Lepas workout..

Seperti yang aku pernah cerita dulu, aku terpanggil untuk kembali berjinak-jinak dengan workout di gym 2 tahun yang sudah. Di waktu sekolah, aku sangat aktif bersukan. Sampaikan dalam kepala otak aku pun 24 jam pikir pasal sukan dan bukannya Chemistry, Biology, Physics apatah lagi Additional Mathematics! Bila aku memandang ke papan hitam ataupun memandang muka Miss Chin didalam kelas Chemistry, bukan bermakna aku tengah concentrate mendengar fakta-faktanya tetapi kepala otak aku terus menerawang ke padang rugby. Berangan macamana aku nak buat tendangan penalty ataupun conversion. Berangan bagaimana aku nak 'dummy' opponents aku dengan 'side steps' ataupun larian-larian deras. Aku tertangkap dengan Miss Chin bilamana beliau berubah tempat sedangkan mata aku masih tertumpu ke dinding yang tak membawa makna! Beberapa kali Miss Chin menghalau aku keluar dari kelas. Alhamdulillah...result aku didalam Chemistry tidaklah seteruk yang Miss Chin jangkakan! Hahahahahaha.....Tapi begitulah aku. Asyik sangat dengan sukan...sampaikan pelajaran aku terus terabai pada waktu itu!

Original bicep tanpa bahan terlarang!

Pada tahun lalu genap 15 bulan yang lalu, aku nekad untuk mendaftarkan diri di Celebrity Fitness. Mulanya bulan Ramadhan, aku pun mula dengan latihan-latihan aku di gym. Ramai yang kata aku gila tetapi bagi aku, Ramadhan merupakan bulan yang terbaik untuk aku mula melakukan sesuatu. Ia menguji mental dan fizikal aku. Tepat jam 5.45pm aku dah terpacak di gym. Mula dengan regangan, kemudian berlari anak di atas treadmill dan akhir sekali menggunakan dumb bell untuk menguatkan otot yang dah sangat kendur! Di waktu bulan Ramadhan, aku mengunjungi gym sebanyak 3 kali seminggu sahaja. Manakala di bulan-bulan yang lain jika aku sempat aku akan ke gym sebanyak 5-6 kali seminggu. Setiap kali aku ke gym aku akan membuat latihan pada bahagian badan yang lain. Sebagai contohnya, Isnin untuk bahagian atas badan. Selasa cardio dengan berlari diatas treadmill selama 40 minit dan pada speed yang sesuai. Rabu aku akan lakukan lower body iaitu paha depan dan belakang serta betis. Khamis aku akan menyertai kelas pada pukul 7 pagi selama 1 jam. Ada pelbagai kelas disini untuk disertai. Jumaat ialah Bosu Yoga. Memang letih dan badan akan mula terasa sakit. Disinilah terletaknya disiplin. Apabila badan mula terasa sakit, janganlah dimanjakan sangat dengan berehat selama 4-5 hari. Badan yang sakit bermakna ia sedang bekerja setelah puas 'tidur' selama bertahun-tahun! 

45 year old boy. No supplements here people!

Aku sering melihat dan membaca disuratkhabar berita-berita tentang masyarakat yang bertubuh besar, gempal dan obese. Aku baca dengan penuh minat. Mengkaji dan terus mengkaji kenapa masyarakat kita masih tidak mengambil iktibar daripada berita-berita tersebut dan keadaan sekeliling yang tidak sihat? Setiap kali kita keluar minum dan makan diwarung-warung, kita akan lihat anak-anak sekitar umur 20an yang mempunyai rangka tubuh badan yang besar. Aku akan sentiasa rasa terpanggil untuk duduk bersama mereka dan cuba menyelami apa yang menyebabkan mereka begitu? Aku pernah berada di paras bahaya 15 tahun dulu. Aku pernah sampai ke 95 kilo. Dan aku baru di dalam lingkungan 30an! Mengerikan. Aku tidak kata aku kurus. Aku kata aku semakin sihat dan bertenaga. Alhamdulillah.

Aku sedih melihat adik-adik yang tak menjaga kesihatan dengan mengatakan mereka kesuntukan masa. MasyAllah. Kita diberikan 24 jam sehari. Makanya, jadualkan masa untuk beriadah sebaik mungkin. Bila balik ke rumah walaupun sudah senja, apa salahnya kalau berjalan ke masjid berdekatan untuk bersembahyang maghrib ataupun isyak. Kalau masjid tu agak jauh lagi bagus. Selain sihat, bertambah juga pahala! Setidak-tidaknya tanamlah pokok karapoley dibelakang dapur. Selain daripada boleh berpeluh, boleh jugak dibuat rencah untuk kari! Menyapu laman rumah ataupun mencuci kereta juga baik untuk kesihatan. Yang tak baiknya apabila lepas berpeluh kita minum teh ais 2 gelas besar! Hahahahaha...Itu untuk yang dewasa. Kepada adik-adik, Uncle nak berpesan.....kebanyakan penyakit berpunca daripada apa yang kita makan dan minum selain daripada penyakit yang malangnya kita dapat daripada ibubapa kita. Sayanglah kiranya adik-adik yang masih muda, berbadan besar dan gempal kerana adik-adik akan merasa terpinggir, rendah diri dll lagi. Come on adik-adik.....do something! Ini Uncle cerita ni bukannya Uncle nak suruh beli produk apa-apa....Uncle sendiri tak jual ubat kurus. Niat Uncle hanyalah supaya timbul kesedaran untuk kita menjaga kesihatan. Sentiasalah ingat mengingati diantara satu sama lain.
 
Ada sorang doktor 'gynae' yang juga akan ke gym pada waktu yang sama dengan aku yakni 6.45 pagi. Didalam locker kami selalu bersembang tentang kesihatan. Dia banyak menasihati aku dan dia jugak banyak mengajar aku cara-cara betul membuat latihan. Selalu kami berjumpa. Tapi sampai ke hari ni aku tak tahu nama dia....hahahahaha.....nak tanya kali ke 4 segan pulak.....disiplin beliau sangat tinggi. Dia dan 3 orang lagi rakannya akan sentiasa mendorong satu sama lain setiap pagi. Latihan yang mereka buat juga amat berat bagi aku. Untuk berbaring dan mengangkat dumbbell ke atas serentak kedua-dua tangan aku cuma mampu dengan 18kilo sebelah tangan sedangkan mereka sudah melebihi daripada 30 kilo. Sebab itulah aku tengok lengan masing-masing dah sebesar peha aku! Hahahahahaha...ok people, stay positive will ya!

Rugby dan pengajarannya.

Pasukan Alumni Sdar Lions Cerita 1. Aku memang sejak dari dulu lagi amat berminat dengan permainan rugby. Tatkala aku menjejakkan k...