Sabtu, Jun 21, 2008

Musim Hujan

Musim hujan ni betul-betul menyusahkan aku. Mana taknya, tiap-tiap hari aku ke pejabat menunggang motosikal dan sudah pastilah aku basah kuyup. Sekarang ni aku demam, sakit tekak, selsema dll. Ini semua gara-gara berhujan. Anak-anak aku pulak sekarang ni dah berjangkit

Semalam aku sempat ke klinik untuk mengambil ubat. Doktor suruh aku ambil ubat kumur, aku cakap tak payah sebab boleh kumur dengan air garam, then doktor cakap nak bagi lozenges tapi aku cakap tak payah sebab memang tak effective untuk aku. Dia kata dia nak kasi ubat batuk tapi aku sekali lagi kata yang ubat dulu masih ada lagi. Last sekali yang aku ambil cuma antibiotics sahaja. Aku pun bukannya apa, cuma lately ni kena budget sikit.......maklumlah minyak dah mahal.....

Masa aku kecil-kecil dulu di Penang, musim hujan aku akan mandi hujan kat belakang rumah. Mama mesti bising sebab takut aku sakit tapi masa tu aku kecil lagi, peduli apa, janji dapat main hujan....siap pakai sabun dan shampoo rambut lagi...aku mandi betul-betul kat sebelah reban ayam dan sekarang reban ayam dah tak ada. Mama dah extend buat dapur.....jadi sekarang ni kalau musim hujan, pasti aku teringat cerita mandi kat tepi reban ayam tu.

Rabu, Jun 11, 2008

Good Reading


Ini buku yang aku baru beli last weekend kat Ikano Popular Bookstore. Katanya bagus dan aku masih tak sempat nak baca lagi. Aku dok try nak habiskan GUIT dulu, another 3chapters to go before I can start with the newly bought.

Mengikut apa yang aku baca dalam website, ia berkenaan dengan 2 orang pengembara yang terdampar kat Pakistan setelah gagal mendaki gunung Everest. Dia orang sampai kat sebuah perkampungan miskin tetapi dilayan dengan baik sekali oleh masyarakat Islam setempat. Yang menyedihkan sangat 2 orang pengembara mat salleh ni ialah kekurangan sekolah untuk kanak-kanak belajar. Jadi dia orang ni balik ke negara masing-masing dan memulakan kempen untuk membina sekolah-sekolah di Pakistan dan sampai sekarang dah beratus-ratus sekolah yang dia orang dah berjaya bukak!

Wow kalau mat salleh yang berlainan agama sanggup buat benda-benda macam ni, kadang-kadang aku tertanya-tanya jugak apa kah sumbangan yang aku dah buat untuk bangsa dan agama aku?

Yellow House


Ini rumah aku di Brown Garden Penang. Rumah inilah aku dibesarkan. Disini jugaklah banyak insiden menarik berlaku. Kenangan bersama arwah Bapak juga disini. Kembalinya aku ke Penang tempohari bersama-sama yang lain menyebabkan anak-anak aku sungguh seronok. Abang dan Yuya seronok sebab didepan rumah ada padang besar untuk mereka bermain bola.

Rumah kami yang berwarna kuning memang senang untuk di kenali kerana rumah itulah satu-satunya yang berwarna kuning yang ada kat situ. Rumah ni Arwah Bapak dan Mama beli pada tahun 1972 dengan harga RM18,000 dan beberapa tahun yang lepas harganya telah melambung ke RM400,000!

Hall rumah memang besar walaupun pandangan dari luar agak sempit. Ada kolah takungan air yang besar di toilet bawah yang anak-anak aku ingatkan "ofuro". Kelam kabut anak-anak aku keluar dari kolah selepas kena sergah dengan Tok Mama! Ofuro tu kalau kat Jepun, tempat orang berendam selepas membersihkan diri diluar kolah. So bila dah bersih barulah terjun masuk untuk relax....Abang dan Yuya yang tak tahu apa-apa pun straight melompatlah masuk dalam tu. Ingatkan rumah nenek kat Tokyo!

Kat rumah ni jugaklah kaki aku tertusuk paku. Kat situ jugaklah aku kena tanduk dengan lembu dan disitu jugaklah aku tergolek kat depan rumah masa lintas jalan sebab kencing kat longkang depan rumah. Mals nak balik kencing. Sampailah ada parut kat lutut kanan aku sampai sekarang......Peh...banyak sungguh nostalgia!

Selasa, Jun 03, 2008

David Beckam in Penang



Aku berkesempatan untuk pulang ke Penang selama beberapa hari bersama-sama Mama, Kak Anne, Kak Lit, Izat, Azumi dan Yuya. Peluang ini aku ambil kerana anak-anak aku bercuti sekolah pada waktu itu. Pada hari ketiga aku disana, kami telah ke Botanical Garden. Dulu kami boleh memandu kedalam untuk bersiar-siar tapi kini tidak lagi. Jadi kereta hanya diparking diluar dan kami terus berjalan masuk.

Tempat ini mengingatkan aku kepada zaman kanak-kanak aku disana dulu bersama-sama arwah Bapak dan Mama. Banyak sungguh monyet. Kini anak-anak aku pulak yang seronok dan ini menambahkan lagi nostalgia aku. Apek yang ambil gambar "atas tangan" ada lagi kat situ. Dia dah tua dan dah tak ramai pelanggan lagi....kesian Apek...

Anak-anak aku dan Izat seronok tengok monyet yang datang dengan berbagai-bagai gaya dan yang paling mencuit hati tentulah yang bergaya macam David Beckham. Tengok rambut dia, fuh...memang kelas! Kami bertuah sungguh sebab dapat jumpa David Beckham di Penang. Eh, Posh mana?

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...