Sabtu, Ogos 31, 2013

Ke sekolah anak-anak

 
Aku terpaksa mengambil satu hari cuti gantian setelah 2 minggu bekerja untuk memungkinkan aku menghadiiri acara di sekolah anak-anak. Nasib aku baik kerana Marina dan Yuya disekolah yang sama dan abang di VI mengadakan hari penyampaian hadiah juga pada hari yang sama yakni Khamis 29.8.2013. Diawal pagi aku bangun seperti biasa. Jam 6 pagi sudah menghirup udara nyaman. Bersama-sama Yuya selama 30 minit mengulangkaji pelajaran sebelum Yuya bergegas ke sekolah. Marina tak bersekolah hari ini kerana acara disekolahnya ialah pendaftaran bagi program Kementerian Pendidikan serta hari berjumpa guru kelas secara serentak. Jam 8 pagi seperti yang dijadualkan, aku dah terpacak di sekolah Marina dan Yuya. Bersalaman dengan guru-guru yang memang aku dah kenal sejak zaman abang lagi, aku terus mendaftarkan diri. Selepas mendaftar, aku keluar sebentar untuk bersarapan. Kembali kesekolah dan terus bernasib baik kerana ke dua-dua guru Marina dan Yuya berada di pejabat. Aku dapatkan buku lapuran Yuya dulu. Cikgu kata keputusan Yuya turun-naik seperti 'yoyo'. Dalam hati aku mula terfikir, mungkin ada kebetulan dengan nama dia! Hahahahahaha.....Yuya cuma ada 2 minggu sahaja lagi sebelum menduduki peperiksaan UPSR. Dia tenang....aku cemas!!!! Seterusnya aku ke meja lain pulak di pejabat itu. Kali ini bertemu dengan cikgu kelas Marina. Dibawanya aku ke hujung pejabat dikawasan yang agak lengang. Cikgu berkata yang Marina lebih banyak bercakap daripada mendengar! Aku dah dapat mengagak sebab kalau di rumah, kami semua jadi pening dan kadang-kadang kena suruh dia diam daripada bercakap! Marina akan berhenti selama 5 saat dan kemudian ada-ada saja bahan yang dibualkan. Daripada cerita pasal kawan-kawan, hinggalah kepada cerita katak di dalam longkang di tepi rumah, jatuh basikal, main anak patung, panjat pokok cempaka dan bergaduh dengan Mashitah disekolah. Makkk aiii...tak habis-habis budak ni. Bila cikgu kelas pun cakap benda yang sama, maka aku pahamlah! Banyak yang aku bualkan dengan guru-guru tadi. Pasal Yuya dan pasal Marina. Ada juga yang bertanyakan tentang pelajaran abang kerana abang juga bersekolah disitu dulu dan merupakan anak didik mereka juga! Aku doakan kejayaan terbaik untuk anak-anak dan sekolah pada peperiksaan UPSR nanti. Alhamdulillah semuanya selesai. 

 
Selepas beberapa jam di sekolah Taman Nirwana, aku bergegas pulak ke VI. Letakkan moto aku dibawah pokok, aku berjalan menuju ke dewan. Masuk ke dalam, semuanya telah ada. Murid-murid dan para guru sedang mendengar ucapan. Kelewatan aku boleh dimaafkan kerana aku ke sekolah Yuya dan Marina dan bukannya ke kedai kopi untuk bersarapan! Cikgu Lan yang juga merupakan jurulatih pasukan bolasepak bawah 15 tahun menegur aku. Kami bersalaman sebentar dan bertanya khabar sebelum aku melangkah ke dalam. Pelbagai aktiviti berlangsung. Abang dipilih untuk menerima hadiah bagi mewakili pasukan bolasepak yang telah berjaya didalam banyak pertandingan beberapa bulan yang lalu. Aku sempat mengambil gambar abang. Tapi yang melucukan ialah apabila disebut nama pasukan, abang telah meluru naik ke pentas untuk menerima hadiah sedangkan guru yang bertindak sebagai emcee masih lagi membaca kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh pasukan. Abang dah pun turun stage tetapi emcee masih lagi menyingkap sejarah pasukan bolasepak tersebut. Apabila emcee menyebut, " dipersilakan arman azumi naik ke pentas untuk menerima hadiah bagi pihak pasukan bolasepak bawah 15 tahun", Abang sebenarnya telahpun turun dari stage dan telah berada ditepi dewan! Emcee tidak sedar dan ditunggunya abang kerana disangkanya abang masih belum naik! Aku tersenyum melihat adegan tersebut! Apabila emcee mendongak, kelihatan guru besar memberi isyarat untuk emcee membacakan nama kedua.....supaya berjalan cepat! Hahahahahaha...

 
Selesai acara di dewan, aku melencong ke gerai yang dikelolakan oleh murid-murid sendiri. Makanan tidak dijual tetapi diagih-agihkan bersama sempena bulan kemerdekaan dan juga  InsyAllah. bagai menyambut syawal. Macam-macam makanan dibawa oleh murid-murid. Aku ditawarkan makanan tetapi aku menolak dengan sopan kerana lebih baik anak-anak yang makan daripada aku yang makan! Kesempatan itu aku gunakan sebaik mungkin untuk bertemu dengan guru kelas abang dan bertanyakan perihal pencapaian abang disekolah. Seperti yang dijangkakan, memang banyak yang abang perlu lakukan didalam tempuh 2 bulan ini sebelum PMR kerana banyak pelajaran yang telah tertinggal dek penangan bolasepak yang mengambil masa separuh daripada masa pelajaran disekolah. Aku hanya mampu menasihatkan abang dan mendoakan agar abang mendapat keputusan yang cemerlang dan aku berdoa dengan kejayaan abang didalam bidang akademik, ini akan menjadi pendorong kepada Marina dan Yuya untuk juga berusaha dengan lebih gigih bagi menyamai ataupun melebihi pencapaian abang. Aku berdoa dan terus berdoa. Sedikit terkilan kerana aku tidak mampu membantu abang didalam pelajaran kerana abang berada diasrama dan hanya pulang pada hujung minggu......"Ya Allah ya Tuhanku, permudahkanlah usaha anak-anak ku semua. Mudahkanlah mereka menerima pelajaran dan mudahkanlah mereka menghadapi peperiksaan nanti.....".


Selasa, Ogos 27, 2013

Kawan-kawan

Ramai sungguh kawan-kawan aku yang telah berkelana ke luar negara membina kerjaya professional mereka. Salah sorangnya ialah Syamzani. Kawan aku yang sama-sama naik bas sekolah Achit sewaktu di Penang dulu. Syam di sekolah Penang Free manakala aku pula melanjutkan pelajaran di tingkatan 6 di Chung Ling High School di Air Itam, berdepan dengan Balai Polis Air Itam. Kami tinggal dikawasan perumahan yang sama yakni Brown Garden. Syam merupakan satu-satunya anak lelaki kepada mamu Hussain. Seorang kapten kapal yang jarang ada dirumah. Oleh kerana kami naik bas sekolah yang sama, makanya kami menjadi agak akrab. Ini ditambah pula dengan latihan ragbi pasukan Pulau Pinang yang aku main waktu itu memang diadakan di padang PFS dan Syam menjalani latihan pancaragam sekolah diwaktu yang sama. Kami selalu bertemu. Kalau aku tak kerumah Syam, Syam akan kerumah aku pulak. Duduk melepak dan bercerita kosong. Selalunya topik perbualan kami banyak berkisar kepada cerita Syam dan marka-markanya! Hahahahahaha....Aku kenal rapat dengan kesemua ahli keluarga Syam. Nak dijadikan cerita, kami terputus hubungan sejak dari tahun 1987. Aku merantau ketempat lain manakala Syam pula melanjutkan pelajaran ke Amerika selama beberapa tahun. 3-4 hari lepas sewaktu aku selesai melakukan senaman angkat besi di gym, mandi dan bertukar pakaian sebelum pulang kerumah, tiba-tiba hati aku terdetik untuk menaiki escalator turun ke bawah. Selalunya aku akan naik lift sampai ke bawah. Aku melencung ke escalator. Sewaktu nak sampai ke tingkat 2, seperti dipanggil-panggil, aku mendongak semula ke tingkat 3. Tiba-tiba aku terlihat kelibat sorang lelaki dengan 2 orang anak sedang window shopping. Aku sah orang tu aku kenal. Aku naik semula ke atas dan dengan kuat aku panggil nama Syam. Dia menoleh dan jugak menjerit nama aku....seperti kebiasaan orang-orang Penang, perkara pertama yang mereka akan ucap adalah perkataan yang bagi aku sangat tak masuk akal!

"Woi Shah.....hang ka?" Syam kata.
"Woi Syam.....hang ka?" aku pulak kata!
 
Dan kami sebenarnya berdiri mengadap masing-masing!
Kami bersalam dan bertanya khabar lebih kurang, sebelum bertukar-tukar kad nama. Berjanji yang kami akan berhubung lagi. Alhamdulillah Syam yang selalu dok bercerita kat aku pasal marka-marka dia dulu kini sudah berkahwin dan bukan dengan marka-marka yang diceritakan dulu, mempunyai beberapa orang anak, menetap di Dubai dan bekerja di First Gulf Bank sebagai Head of Islamic Banking Division. Hahahahahaha....nak jadi cerita....macam boria Kampong Dodoi!

Anak Syam ambik gambar! Hancogg...hahahahaha

Ada sorang lagi pulak kawan aku ni selalu jugak aku bercerita pasal dia di blog aku. Cerita-cerita kecil....sekadar iklan! Walaubagaimanapun, sebulan yang lalu aku mendapat sms daripada salah sorang kawan aku masa di eropah dulu. Azrul. Katanya Lilian akan balik ke Malaysia untuk bercuti bersama keluarganya dan kesempatan tersebut akan Azrul gunakan sebaik mungkin untuk mengumpulkan seramai mungkin geng-geng Cesar Ritz di Switzerland dulu. Sms kedua, aku terima menyatakan lokasi makan malam kami yang bertempat di Madam Kwan, KLCC untuk sama-sama berbuka puasa. Lilian datang bersama suaminya Sebastian, 2 anak lelakinya yang sudah pun remaja dan seorang sepupunya yang gila marathon! Panjang kami berbual sehinggalah Zed memberitahu yang dia terpaksa beransur dulu kerana nak pulang ke JB untuk berhari-raya. Lilian kalau tak salah aku berasal dari Johor. Orang disekeliling meja kami di Madam Kwan semua terkejut kerana 4 orang jejaka tampan lagi terlebih hemmsemm bertemu dan belanja sorang ah moi makan malam sambil berbuka puasa! Hahahahahahaha......mana ada barrier...inilah erti persahabatan bagi aku. Tidak ada topik sensitif yang kami bincangkan kecuali cerita-cerita lama kami di Le Bouveret dulu sambil bergelak sakan!
Sampaikan anak-anak Lilian dan Sebastian tumpang seronok dengan keakraban kami. Sebenarnya kesemua mereka itu adalah merupakan senior aku satu semester sewaktu disana. Mereka masuk dimusim panas manakala aku pulak masuk dimusim salji. Makanya rambut aku kelihatan keputih-putihan! Hahahahahaha.....Azrul kini menjaga kesihatan dengan menunggang kuda dan juga mendaki bukit dan gunung. Lilian dengan zumbanya kerana beliau sekarang merupakan jurulatih 'zumba' di Germany. Faizol tengah gila dengan marathon 42km (maximum) sampailah sanggup pergi ke Singapore semata-mata nak berlari! Zed pulak sentiasa gila dengan kereta volvo lama dia. Bila bercerita dengan Faizol pasal Marathon, dialah yang membakar semangat aku untuk menyertai marathon tahun depan. Cukuplah dengan 10km dulu, katanya!

Azrul, Zed, Lilian, Faizol dan George Clooney!
 
 
 
 

Jumaat, Ogos 16, 2013

Raya Aidilfitri 2013

3 Teruna Lara!

Ramadhan berlalu pergi dengan pantasnya. Begitu juga dengan Syawal yang mula meninggalkan kita perlahan-lahan. Aku terlalai seketika. Lalai dengan makanan dan minuman yang dijamu didepan mata. Aku tak mahu makan. Tapi apakan daya kakak-kakak aku semuanya memang terra bab masak memasak ni. Di masaknya beriani ayam. Aku makan. Dimasaknya Laksa Penang. Aku makan. Minuman jangan cerita lah...semuanya yang bergas dan manis-manis! Walaubagaimanapun, alhamdulillah aku ucapkan kerana rezeki yang Allah SWT bagi pada aku.

Pose sama setiap tahun!

Baju yang kat dalam gambar tu merupakan pemberian daripada Chef Adiel Bounaser. Chef dari Morocco yang juga merupakan Executive Sous Chef aku di Al Safwah, Mekah dulu. Dia tanya apa yang aku teringin kalau dia pulang ke Casablanca? Aku jawap aku teringinkan jubah dan kasut aladdin warna kuning pekat. Cerita itu berlalu. Selang beberapa bulan, dibawaknya satu beg dan diserahkan pada aku. Katanya ada present dari Casablanca untuk aku. Rupa-rupanya Chef Adil kirimkan pada adik perempuannya yang kebetulan datang ke Mekah untuk melakukan umrah. Alhamdulillah!

Aku dan Nyamuk 85

Di hari raya pertama lagi aku sudah bernasib baik kerana sempat bertemu dengan rakan aku sewaktu di zaman sdar lagi. Nyamuk merupakan kenalan lama dari tahun 1981 lagi. Berlainan kelas tapi tinggal di blok yang sama. Bijak pandai orangnya. Senang berkawan dengan Nyamuk sebab dia seorang yang amat suka membantu. Persahabatan kami kekal sehinggalah kami meninggalkan sekolah. Nyamuk merupakan salah sorang pelajar terawal UUM di Sintok. Bila ada kelapangan, Nyamuk akan melawat aku di Penang. Nyamuk dan keluarganya jugalah merupakan 'turning point' untuk aku kembali membuka buku dan belajar. Ada aku ceritakan dulu. Waktu itu circa 1988. Nyamuk di UUM dan aku yang asyik "main" kat sekolah dulu, agak terbabas dan bekerja sebagai 'waiter' di Paya Serai, PJ Hilton. Nyamuk dan keluarga datang makan. Aku yang jaga 'station' tu tak sempat nak lari bilamana Nyamuk tegur aku dulu! Mula dari situ, aku nekad nak sambung belajar dan aku mengambil kelas malam! Kami kembali bertemu sewaktu berada di Mekah. Pertemuan secara tak sengaja. Aku nak ke masjid dan Nyamuk nak kembali ke hotel! Nyamuk kini masih lagi di Riyadh. Auditor besar disana dan sudah 6 tahun berkelana di KSA. Alhamdulillah!


Perabih duit!

Marina mati-mati nak ke KLCC. Nak jugak...nak jugak...Niatnya cuma satu. Nak beli patung kucing yang sangka aku kecil dan murah. Marina merengek dan merayu. Aku jadi lemah dan cair. Terkulat-kulat melihat keletah Marina. Aku bersiap dan kami ke KLCC. Sasaran Marina cuma satu. Nak ke Toys R Us dan gomol kucing gebu tu. Aku mengekor dari belakang sebab Marina dah terlampau laju kerana tak sabar. Dipeluknya kucing tadi dan di heretnya ke cashier counter. Cashier sengeh tengok aku. Sangkanya aku 'bapak mithali'. Sebelum sempat Marina bayar pakai duit rayanya, aku sempat tengok tanda harga. Pergh...terbeliak bijik mata aku. Bersembur lemang dan rendang yang aku makan pagi tadi lepas solat sunat! Harganya pada orang lain mungkin murah tapi tidak pada aku......ianya tertulis RM699.........kami tarik tangan Marina ketepi dan cuba berbisik dengan harapan Marina akan bertukar fikiran. 34 minit kami berhempas-pulas. Akhirnya Marina setuju dengan anak kucing yang sebesar ibu jari aku yang berharga RM23. Mak aiii.....besar tu pun RM23?

Electronic Monopoly

Yuya pulak dah lama 'taram' monopoly ni. Nak sangat-sangat. Dilihat harganya, masyallah...aku lari dulu. Tapi Yuya being a true gentleman berkata pada aku, "Yuya guna duit sendiri...". Pergh.....maksudnya, banyaklah duit raya tahun ni rupanya! Hahahahahaha.....Takpa...aku ikut lagu Saloma...Saloma kata, "Setahun hanya sekali...merayakan hari yang mulia ini...". KOPAK!

Baju Melayu berusia 16 tahun!

Gambar ni pulak merupakan gambar yang diambil sebelum abang bermain bola dengan Neymar pada hari raya ke 2 tempohari. Aku pakai baju melayu kerana yang pertamanya aku masih berhari raya. Keduanya aku nak bagitahu indirectly bahawa baju kuning tu merupakan baju melayu aku yang dah berusia 16 tahun.......hahahahahahahahaa.....Have a nice weekend people and selamat hari-hari raya! Maaf zahir dan batin!

Isnin, Ogos 05, 2013

Dah nak Raya woooo.....

Famous Amos di Sg Wang Plaza

Semalam sewaktu mengambil abang dari pusat tiusyen Kasturi, aku sempat bertanya pada abang samada dia nak ke Sg Wang ataupun tidak? Abang kata, "ikut Papa lah..". Aku pun masuk ke Jalan Imbi dan masuk parking motor. Kali pertama aku terpaksa menunggu motor lain keluar baru motor aku boleh masuk! Maksudnya, tersangatlah sesak! 10 minit jugak aku menantikan ruang kecil untuk aku parking motor aku. Ini lah penangan nak Raya! Bila dah dapat, kami bergegas masuk. Tapi kami masuk dari pintu belakang. Orang tersangatlah ramai sampai berhimpit-himpit! Masuk kedai baju, masuk kedai kasut, masuk kedai seluar dan banyak lagi. Keadaan susun atur SWP tak banyak berubah dengan keadaan SWP yang aku kenali lebih 30 tahun dulu!  Yang masih kekal melekat kat dalam kepala otak aku ialah kedai Famous Amos di tepi escalator dan kalau tak salah aku, berada ditingkat 2. Jadi, semalam bila aku lalu kat depan FA, aku mengambil kesempatan untuk mengambil sekeping gambar.
 
SWP ni banyak mengingatkan aku kezaman remaja aku sekitar 13-17 tahun circa 1981-1985 dulu. Kesempatan yang ada akan aku penuhi dengan kemahuan naluri remaja. Aku akan naik bas mini nombor 12 dari rumah Kak Anne dan berjalan kaki sampai ke SWP. Di tingkat bawah SWP pada waktu itu ialah kedai 'video games' dan aku akan menghabiskan sedikit wang aku disana. Lepas main video games, aku akan berjalan kaki untuk menonton wayang di panggung Cathay yang kini merupakan tapak kosong berhadapan dengan Royal Bintang Hotel. Selesai menonton, aku akan kembali ke SWP untuk beberapa jam lagi. SWP ialah tempat yang 'happening' pada waktu itu. Hahahahaha.....shoping complex yang setaraf dengan SWP hanyalah Ampang Park, Pertama Complex dan juga Jaya Supermarket ss14 di Petaling Jaya. Kalau orang tanya tadi kemana, menjawap dengan bangga lah aku, "err, tadi ke SWP!!!!!" Hahahahahahaha...Apabila semalam aku naik motor dengan abang dan ke sana buat seketika, banyak cerita-cerita yang menerjah kat dalam kepala otak aku......rupanya dah lebih dari 30 tahun berlalu!


Shark attack!

Pagi Ahad yang sendu, seperti biasa aku akan ke marrket dengan makcik, yang membonceng kat belakang. Sampai kat pasar, kami terus ke gerai menjual barang kering. Beli ubi, bawang, belacan dan lain-lain kemudiannya ditinggalkan disitu. Jalan ke depan, aku ke gerai ayam. Beli 2 ekor, tulang ayam 2 portion (untuk buat chicken stock) dan tinggalkan jugak kat situ. Ah Kong tukang jual ubi dan bawang dah tahu. Sam tukang jual ayam dah tahu. Aku bergegas ke gerai ikan pulak. Ikan temenung@kembong RM10 sekilo. Kira murah lah tu....aku beli 2 kilo sebagai stok just in case kalau tiba-tiba nak buat laksa pulak! Ikan banyak minggu ni  dan kebanyakkan gerai yang aku tanya, rata-rata depa kata akan tutup pada raya pertama dan kedua nanti. Ok tak pa lah...depa pun nak raya jugak! Dalam pada tu, aku terus ke gerai menjual telur. Aunty Leng dah menunggu dengan 20 biji telur berharga 38 sen setiap satu. Dah naik sikit dari 36 sen! Kadang-kadang telur ni sampai 40-50 bijik seminggu kat rumah aku. Kalau tak goreng, direbus. Kalau tak dimasak, cukup setakat sandwich telur untuk bersahur! Tu yang jadi banyak! Tambahan pulak, abang yang balik dihujung minggu suka membuat kek. Lagilah cepat habis! Hahahahaha.....bila dah habis membeli, aku akan buat satu pusingan lagi untuk kutip makanan-makanan seperti ayam, sayur dan barang-barang kering yang aku dah beli tadi. Tak larat aku nak usung semua sekali gus masa mula-mula membeli! Aku tiba-tiba teringin nak makan kari kepala ikan untuk berbuka puasa. Jadi, aku berpatah balik ke gerai ikan dan membeli satu kepala ikan merah yang dibelah dua berharga RM15 sekilo. Makcik yang akan masak nanti malam dan aku sorang yang akan makan sambil sedut, "seroooot...serooottt..." kepala ikan tu....heaven! Bila aku nak makan kari, otak aku mesti teringatkan arwah mama. Ramai yang berguru dengan arwah mama. Termasuklah abang-abang aku semuanya. Makanya, abang-abang aku memang pakar memasak walaupun depa masak hanya untuk keluarga sendiri dan adik-beradik yang tahu depa pandai memasak! Jangan terkejut kalau ke rumah abang-abang aku dan melihat yang depa lah yang selalu berada didapur! Hahahahahaha....even anak-anak depa pun akan suruh pak depa masuk dapur!
 
Dikesempatan yang tak seberapa ini aku ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog aku yang selama ini tak jemu-jemu membaca cerita mengarut aku ni dan jika terdapat apa-apa salah dan silap samada sengaja ataupun tidak sengaja sekali lagi aku dengan rendah hati ingin memohon maaf. Terima lah ucap "Selamat Hari Raya" daripada aku dan keluarga. InsyAllah jika ada waktu di musim Raya ni, aku akan tuliskan entry baru! "Selamat Hari Raya serta Maaf Zahir dan Batin, People!!!!"


Nak pesan sikit...

it's a long road... Assalamualaikum aku ucapkan kepada adik-adik yang membaca tulisan-tulisan aku dan juga kepada kakak-kakak dan a...