Rabu, Disember 28, 2011

Eating Spree!

Gardens lagi..Korean food lagi...

Kali ke-2 kami ke Gardens. Aku mula suka tempat ni sebab banyak toko-toko yang menarik ada disini. Tak beli pun takpa asalkan aku dapat melayan keinginan yang meluap-luap! Dari hotel aku cuma mengambil masa 5 minit untuk parking dan berada di Gardens. Senangkan! Jadi kesempatan cuti yang tak seberapa (tak ada function hari tu..) aku gunakan sebaik-baiknya untuk bawak rombongan W.I. kecik aku berjalan-jalan meredah KL yang lengang! Dalam dok berjalan-jalan, aku masuk ke kedai yang menjual tali leher. Belek sana belek sini, aunty belikan aku 2 lai......horey....walaupun aku tak tahu bila aku nak pakai tie! Sejak setahun kat KL ni aku rasa ada la sekali aku pakai tie kot...yang lain-lain meeting tu semua aku agak santai...

The Famous 5 by Enid Blyton!

Tiba-tiba lepas makan abang ajak ambik gambar kaki. Aku pun celapakkan jugak kaki tak gabai aku masuk frame....sah-sah kaki abang paling besar sebab kasut bola dia pakai size 9!!!! Manakala aunty dengan Marina aku rasa setahun lagi boleh share baju, skirt dan kasut.....

Marina at Kuriya

Sebelum berlangsungnya satu function di hotel, aku berkesempatan bawak family pergi lunch kat Kuriya di Bangsar Shopping Center. Booking aku dah buat awal-awal. Aku sms kat manager dia dan dia reply OK! Nama manager dia KUDO! Aik....sama pulak dengan nama President batch 815 aku....dakara...(oleh itu...), dalam mobile, aku kena tulis yang satu KUDO TOKYO dan satu lagi KUDO KL! Kalau tak kompiuss aku...hahahahahah. Kami order 5 set lunch selain daripada separate order of tempura, sushi dan temaki. Lepas 20 minit, semua yang ada kat depan mata, licin kena bedal! I like the food...I like the ambiance...I like the service...and I like the people there...friendly lot! Ini bukanlah kali pertama aku ke sana. Dah berkali-kali...tapi tak pernah jemu! Hmmm...we are thinking of ordering their "special noodle" for new year nanti...btw, tambah seronok dan sedap sebab aunty yang bayar....hahahahahahahah.....aku bisik kat aunty dan tanya bila nak pi lagi??? Mulut dia muncung!

She finished them all..

Yang aku suka sebab soba disitu dibuat sendiri oleh master chef depa. Ada diletakkan buku berkenaan dengan master chef disitu dan sejarah pembuatan soba depa! Sangat menarik.

Kuriya, Bangsar Shopping Center

Restaurant ni dah jadi macam restaurant favourite aku. Selain daripada dekat dengan hotel, aku boleh pre-order dengan hanya sms ataupun call. Bila nak siap dia akan sms aku dan aku akan kesana dengan "charley davidson". Makan, bayar dan balik ke hotel. Bagus kan? Mana nak jumpa restaurant lain yang macam ni? Meja kami pun selalunya ditempatkan di tepi supaya aku boleh tengok orang yang lalu-lalang...

Marina's at Swensens Bangsar!

Petangnya selepas function di hotel, aku bawak family aku pulak makan icecream kat Swensens. Aku suka rangkaian Swensens sebab kat Swensens Damansara Jaya lah career aku berputik walaupun sebelum tu aku kerja cuci toilet dan bilik di Shangri-la sekitar 80-an dulu! Kembalinya aku ke Swensens, kenangan aku dengan Sundra (banyak baca buku zig zigler walaupun dia cuma ice cream dispenser!), Lilian Supervisor (garang tapi penyayang), sharifah (agak kelelakian sikit tapi masih baik...sama-sama buang sampah), bob (lepas kerja malam, dia bukak gerai nasi lemak depan piccadilly disco...fredo flinstones selalu makan nasi lemak dia), sulaiman (geng perilly's aku), syawal (chef yang kepala otak gila) dan rashid (tukang cuci dengan aku yang melanjutkan pelajaran ke salah sebuah universiti terbaik di jepun). Aku tengok menu, teringat cerita-cerita lama. Menu masih ada Coit Tower, Banana Split dan banyak lagi yang masih tak bertukar walaupun menu depa la ni dah mempunyai selection yang banyak! Dulu setiap hari aku makan "sticky chewy" dan malam tu aku order "Sticky Chewy Sundae".....nostalgia betul!

Sekarang ni dah masuk tahun baru...jadi dikesempatan yang tak seberapa ni, aku nak ucapkan selamat tahun baru 2012 kepala semua pembaca blog aku yang aku sayang dan semua manusia yang dok ada dengan harapan agar tahun baru ini akan memberikan kita pencapaian yang lebih baik lagi. Have a productive weekend people!

Sabtu, Disember 24, 2011

Cuti sekolah buat apa?


Marina in apron and bandana yang aunty buat.

Seminggu ni aku jadi tak ketahuan sebab banyak perkara yang harus diuruskan. Anak-anak nak masuk sekolah. Permohonan kemasukan semula abang ke asrama untuk bolasepak harus aku lakukan secepat mungkin sebab la ni terlalu ramai pemain bolasepak dilahirkan. Untuk masuk VI sahaja, budak-budak 12 tahun dah turun sepanjang almost 2 bulan cuti sekolah. Berlatih dan berlatih dan ibubapa pulak menunggu di tepi padang dengan harapan anak-anak akan diterima masuk ke pasukan bolasepak VI. Bila diterima masuk, depa akan ditempatkan di asrama. Setiap petang akan ada latihan selama 2 jam kendalian cikgu-cikgu yang juga merupakan coach-coach pasukan bolasepak negeri. Kebanyakkan pemain-pemain negeri pun datangnya daripada sekolah ni. Setiap tahun semua pemain harus renew contract asrama. Mungkin ada pemain yang bermasalah dan sebagainya jadi pihak sekolah akan menilai semula prestasi setahun lepas untuk kemasukan pada tahun depan....very strict but I looiiikkkeeee.....itu busy dengan abang! Belum dengan Yuya  lagi..

Hasil kerja Marina yang Anthony Bourdain iktiraf

Yuya pulak sekarang ni sangatlah sibuk dengan training bolasepak bawah 12 tahun. Cikgu Mat coach bola Sekolah Taman Nirwana ni pulak aku rasa patut diberikan sedikit penghargaan. Sebab apa aku kata lagu tu? Sepanjang musim cuti sekolah penggal ke-3 ni, Cikgu Mat tidak mengambil cuti, sebaliknya berlungkus-lumus menguruskan latihan dan perlawanan persahabatan untuk pasukan Taman Nirwana. Oleh itu aku berpesan pada abang, sila bantu Cikgu Mat kali ni sebab abang adalah merupakan product dan anak-didik Cikgu Mat sampai abang diterima main untuk pasukan Selangor bawah 12 tahun lepas!! Jadi setiap pagi abang dan Cikgu Mat akan melatih pasukan bolasepak bawak 12 tahun untuk perlawanan tahun depan. Yuya balik training dan complaint yang glove dia dah koyak! Jadi sat lagi aku kenalah pergi carikan glove kat Al Ikhsan untuk Yuya...hahahahahah!



2 bakal chef michelin tak lama lagi!

Marina dok sibuk tanya kat aku bila dia nak masuk sekolah. Aku cakap kat dia yang tahun depan dia akan masuk "Tadika Wiwit!". Marah sakan dia kat aku sebab katanya dah 2 tahun dia dok mengekor Wiwit sekeliling rumah! Hahahahahah! Marina la ni dah tambah petah bercakap. Macam-macam dia dok bercerita bila aku sampai ke rumah selepas habis kerja. Dia tarik tangan aku, dia duduk atas riba aku, dia tolehkan kepala aku kalau aku mengadap ke lain waktu dia bercakap dengan aku dan banyak lagi aksi-aksi Marina yang sangat membuatkan aku rasa "selesa dan bahagia". Masalah dengan Marina bilamana dia bangun pagi. Setiap pagi dia akan marah kat aku. Dia tolak tangan aku bila aku nak peluk dia kat atas katil....dia tendang kaki aku kalau aku cuba geletek belakang dia......tapi bila lepas dengan aunty dan battery dia dah re-charged, dia akan datang balik kat aku......part ni aku heran sungguh...kalau dalam bahasa Jepun, depa kata, "FUSHIGIIIII.....". Walau macamana pun, ketiga-tiganya anak-anak aku yang amat aku sayang dunia dan akhirat. Darah daging aku yang akan membawa nama aku dan aunty kemana-mana saja depa pergi nanti. Cuma satu pesan aku dan seperti jugak pesanan-pesanan aku sebelumnya, buat kerja dengan jujur dan ikhlas....jangan menipu dan jangan sekali-kali mencuri walaupun sekecil mana sekalipun. Jaga tingkah laku, hormati guru-guru, ibubapa, orang yang lebih dewasa, rakan-rakan.....dan yang agak penting jugak, hormatilah WIWIT sebab kalau tidak, dia tak mengemas dan masak kat kita semua.......hahahahahahah!

















































 Nasib baik dia tak nampak Wiwit!


























































































Khamis, Disember 15, 2011

Safari Park...part 2



The next day tu setelah tidur dengan nyenyak, kami bangun lambat. Kejutkan Yuya yang tidur sendirian di bilik sebelah. Dia happy dan mintak ditambah lagi selama beberapa hari! Wiwit dah tak ada kat bilik. Aku pikir dia pergi jogging tapi rupa-rupanya dia turun bawah pi bancuh kopi untuk kami bersarapan. Ops...apa kami nak makan pagi ni? Yang ada cuma twisties, cheezels etc saja...aku bergegas keluar A'Famosa dan cari di kawasan-kawasan sekitar. Bayangkan pukul 8.30 pagi nasi lemak kat gerai-gerai semuanya dah habis! Makcik nasi lemak senyum panjang manakala kami pulak muka senget!

Yuya diserang kambing!

Lepas sarapan, kami bersalin dan mula mengatur langkah nak ke Safari Park pulak. Marina dan Yuya sangat teruja sebab ni lah kali pertama depa masuk safari park. In fact aku pun sama jugak! Selalunya kami masuk zoo tapi kali ni katanya lebih adventureous! Dah beli tiket lepas beratur panjang, kami sekali lagi kena beratur tunggu lori nak bawak kami masuk jumpa rimau..
Group photo!

Yang paling kami seronok bila dapat masuk ke Chicken Farm. Marina mengekek-ngekek gelak. Aku dah biasa tengok sebab dari kecik arwah mama selalu beli anak-anak ayam bagi kat kami sorang sekor dan bila sampai musim raya nanti, arwah mama akan suruh orang sembelih dan tanya apa kami nak makan dengan ayam-ayam peliharaan kami sendiri! Jadi kalau kami ada 6 beradik, maknanya kami akan ada 6 ekor ayam dengan masakan yang berbeza pada pagi raya nanti....Horey!
itu bukan coin aku...

Selesai ronda dengan lori masuk jumpa rimau dan boya serta singa, kami ambik keputusan untuk berjalan pulak. Tapi bukan berjalan masuk ke kandang rimau tapi cuma ke kandang kambing....beli makanan kambing dan bagi sorang sikit kat Marina dan Yuya. Seronok depa dok bagi makan, tiba-tiba ada sekoq kambing betina pi serang Yuya! Mungkin pasal dia tak dapat makanan kot....Yuya terkejut dan aku sempat snapped gambar yang Yuya tengah dok angkat tangan sambil dok menjawab soalan bertubi-tubi dari kambing!



Ada orang cuba potong "QUEUE"

Hampir setengah hari aku dok melayan anak-anak dengan binatang.. letih tak terkira. Tapi dalam keletihan aku rasa puas sebab dapat bawak depa jalan-jalan walaupun taklah sejauh manapun! Yang terkilannya cuma pasal abang tak dapat ikut serta. Selesai menyabung nyawa di Safari, kami bergegas balik ke rumah penginapan dan berkemas untuk balik ke KL pulak. Wiwit dah siap dengan semua barang-barang. Oh ya, masa pergi ke safari tadi sengaja aku tak bawak wiwit sekali sebab takut jadi makanan singa!



Boya sungguh depa ni...

Aku perasan yang haiwan kat sini lebih bertenaga dan fresh kalau nak dibandingkan dengan yang ada kat zoo. Aku rasa mungkin disebabkan oleh persekitaran depa yang lebih bebas membuatkan depa nampak ceria bila tengok aku!!!




Kami pelan-pelan bertolak balik ke KL dalam keadaan cuaca hujan lebat. Masuk saja aku ke highway, mata aku dah juling itik. Aku kenyit mata ke aunty dan membelok masuk ke R&R. Tukar drebar. Sepanjang-panjang perjalanan aku tertidur dan sedar-sedar aku dah sampai kat kedai anak-mami kat tepi rumah. Aunty berhenti untuk aku turun dan beli teyy yang selama 2 hari 1 malam aku tak berkesempatan nak minum! Penat sungguh kali ni pasal aktiviti kami sekeluarga sangat padat tapi dalam masa yang sama aku ternampak yang muka anak-anak aku gumbira dapat berjalan jauh sikit selain daripada setiap hari dok pusing keliling rumah! Have a productive weekend people!

Isnin, Disember 12, 2011

A'Famosa Part 1

Dah lama aku dok bercerita dengan aunty perihal tempat peranginan keluarga ni. Setiap kali aku ke Melaka dan melewati signboard A'Famosa, aku akan berkata pada aunty, "Jom pi sana bawak budak-budak!". Setiap kali tu lah aku tak berkesempatan nak kesana. Tapi kali ni tiba-tiba aku diberi kesempatan untuk melawat AFR dan aku bagitahu pada aunty. Dia kata "Amboi finally pi jugak after so many years!". Jadinya, semalam bersamaan dengan hari sabtu, selepas menghantar abang ke padang selayang di belakang NSK, aku bergerak perlahan-lahan menghala ke selatan. By the way, abang ada tournament di Ipoh selama tempoh yang aku nak ke melaka tu. Kesian kat abang dia tak dapat ikut! Aku tak mampu tukar date lagi sebab lepas ni weekend aku dah agak-agak sama macam week days dah!
Di depan deretan kedai di sebelah balai polis simpang ampat!

Perjalanan yang sangat santai mengambil masa selama 1 jam 10 minit tanpa henti. Aku exit di tol Simpang Ampat dan membelok ke kiri dan seterusnya hanya mengikut signboard yang banyak terpampang di tepi-tepi jalan. Sewaktu menikmati kelazatan nasi ayam kat satu kedai tu, aku susulkan pulak dengan satu panggilan ke Encik Ali yang merupakan caretaker bungalow yang akan aku inap nanti. EA kata dia tunggu aku kat entrance. Terus aku ke toilet, keluar, bayar dan ke kereta di depan kedai. Aku panic 10 saat sebab cari kunci kereta tak jumpa. Melilau dan hampir-hampir nak buat laporan polis, Marina menyeringai kat aku dari tepi kereta dengan ditangannya tersangkut kunci kereta kami! Adooiiii.......pelan-pelan aku tarik cuping telinga dia. Marina gelak!


Aku ditunda Yuya...

Cuaca sangat baik untuk kami sekeluarga tidak berehat lama-lama di rumah. Bungalow penginapan kami ada 6 bilik semuanya, dapur yang serba cukup, ruang makan, ruang tamu dan menonton serta satu lagi area untuk berehat siap dengan set sofa yang lengkap. Kesemuanya ada air-cond kecuali toilet! Hahahahahah....Kemasan dalaman sangat menarik. Kami letakkan barang kedalam bilik masing-masing, bersiap dan terus bawak Marina dan Yuya ke Waterpark. Beratur tak lama sebab orang ramai dah masuk dari pagi sedangkan kami masuk dah jam 3! Aku bergilir-gilir jaga barang dengan aunty walaupun locker berbayar ada disediakan.  Kalut dok jaga Marina, Yuya pulak hilang. Lama jugak aku tunggu. Last-last Yuya datang bagitahu kat aku yang dia pergi ke "Slide".




Seronok sungguh budak ni..

Penat depa merela kat situ. Tepat pukul 6 aku ajak depa balik bungalow penginapan kami sebab Wiwit nak bukak posa. Aku harus pastikan yang ada makanan dan minuman untuk Wiwit berbuka nanti. Eh, aku jaga ok....in fact insurance coverage untuk dia pun aku beli......anyway, Wiwit bukak posa dengan kari ayam malam tu! Bila tiba part yang macam ni, aku teringat kata-kata Bill Marriott.  BM suruh kami (waktu aku kerja dengan group depa dulu) menjaga dengan baik para pekerja kami dan seterusnya apabila depa dijaga dengan baik, depa ni pulak akan menjaga tetamu hotel kita dengan baik....dan sampai sekarang aku masih berpegang pada kata-kata tu!. Pernah aku tengok hotel yang sudah-sudah bilamana management tidak menjaga kebajikan para pekerja dengan baik, masyAllah...tetamu hotel dijaga dengan sambil lewa sahaja.....dan end of the day, itulah kali pertama dan terakhir tetamu tu datang menginap!


Marina khusyuk menonton X Factor!

Masa kami sedang menunggu X Factor, tiba-tiba cuaca kat luar bertukar menjadi gelap. Aku sangkakan lampu terpadam tapi bila aku keluar ke depan, aunty menjerit tunjuk yang bulan sudah setengah ditutup. Ini dipanggil "eclipse". Masa tu jugak aku teringatkan lagu Bonnie Tyler yang bertajuk "Total Eclipse of The Heart". Pulak dah...aku panggil Yuya dan Marina, 4 beranak menikmati keindahan alam ciptaan Allah sampailah bulan ditutupi sepenuhnya. Bila gelap lagu tu, tiba-tiba bunyi macam guruh berdentum. Aku ingat nak hujan, tapi rupanya "cowboy town" ada pertunjukkan malam tu. Ada "cowboy parade" yang disudahi dengan dentuman bunga api yang kuat! Macam tu punya kuat, Wiwit tetap tarik selimut.....selamba betul tidur walaupun tempat penginapan kami terletak berhampiran dengan pekan koboi tadi! Hahahahahah....
                                   
Tengok X Factor dan puas hati sebab penyanyi yang kami sepakat rasa tak patut ada sampai semifinal pun dah terkeluar! Pergh....dahsyat budak tu sampai hampir-hampir ke semi! Half way through, Yuya dan Marina pun dah terbongkang.....kesian kat depa. Letih sangat. Kalau abang ada, tentu abang akan tolong dukung Marina! Aku tak larat sebab takut pinggang terpeleot lagi! Malam kami berakhir bila program yang aku tengok pun selesai.....ok esok -esok aku cerita lagi pasal trip aku tu dalam Part 2....sila tunggu!





Selasa, Disember 06, 2011

Banyak cerita ni...

Cerita pasai abang di BH hari ni

Pertama sekali aku nak ucapkan terimakasih banyak-banyak kepada BH especially kepada kawan aku si.......(you know who you are!) kerana memberikan aku kesempatan sekali lagi untuk muncul didalam bahagian RATU walaupun aku bukan RATU! Hahahahahah...

Uncle Pet dan Aunty Pet berkunjung!

Last weekend hari Ahad kalau tak salah aku, ada 2 orang tetamu special datang jumpa aku kat rumah dengan tujuan menjemput kami sekeluarga untuk berhorey-horey dihari "gumbira" depa pada 25 hb nanti. Terimakasih tak terhingga aku pada Uncle Pet dan bakal isteri kerana menjemput kami. UP ni aku kenal melalui blog....aku berkesempatan berjumpa dengan Aunty Pet bilamana Aunty Pet mengunjungi aku di Mekah usai melaksanakan umrah beberapa tahun yang lalu. By the way, aku lupa nak tanya sapa nama kawan Aunty Pet yang sama-sama pi umrah dengan dia......kirim salam yea....hahahahahahah...

MPSJ
Minggu lepas jugak Yuya mewakili CIMB YFA ke pertandingan anjuran MPSJ dan obviously di SJ! Perlawanan menjadi sengit sampai dibawak ke tendangan penalty. Aku cukup risau bila penalty sebab gk dia Yuya...kalau orang lain tu aku tak kisah sangat....tapi lepas dia kalah, aku tepuk bahu dia dan pegang kepala dia sambil cakap "Papa bangga dengan Yuya..." dia heran sebab apa aku cakap benda tu tapi last-last dia sedar jugak sebab masa tendangan penalty tu, Yuya berjaya menyelamatkan gawang dari dibolosi sebanyak 4 kali! Khairul Fahmi pun tak pernah buat! In fact Sepp Maier di tahun 70an dulu pun tak pernah.....kan aku dah cakap, mana aku tak bangga? Hahahahahah... 

Jogo Lupo Brazil ( Betoi ka aku eja ni?)

Ada team brazil buat friendly dengan KL Piala Malaysia team dan depa aku dengar menang besar. Masa Yuya main kat SJ, team ni dijemput untuk mengadakan klinik bolasepak. Pemain-pemain depa hebat-hebat belaka. Ada 4 bekas pemain Piala Dunia Brazil minus Socrates. Skill depa sangat hebat...Aku dan Yuya terpaksa pakai kain tuala Marina sebab lap air liur yang meleleh tengok depa tunjuk skill dengan mulut kami melopong sebesar-besarnya!

 
Ini lah rupa bekas pemain Piala Dunia Brazil dulu dan jugak bekas pemain Barcelona dan sekarang dah pencen untuk peringkat antarabangsa dan cuma melakukan klinik-klinik bolasepak seluruh dunia...

 
 Marina dan jugak bekas pemain brazil...sampai kesudah aku tak sempat nak ambik gambar untuk diri sebab dok sibuk mengambil gambar orang dan ini termasuklah orang di belakang-belakang aku yang sibuk dok pass kamera! Hangin aku!




Kami berkampong kat padang hari tu. Panas lit-lit tapi kami tak jemu menyokong Yuya. Hari Khamis nanti Yuya akan ada friendly di sekolah dia. Lawan team mana aku tak tahu lagi tapi aku tumpang tak sabar nak pi tengok dia main!

Sabtu, Disember 03, 2011

Hubungan di tempat kerja..


Minggu lepas aku berkesempatan membawa anak-anak aku dan aunty berjalan-jalan kat The Gardens. Aku dah lama tak kesana, mahu bertahun jugak kali terakhir aku menginjakkan kaki disitu. Dulu TG pun belum ada lagi kalau tak salah aku dan yang ada cumalah Mid Valley. Yang buat aku malas nak ke MV tu ialah untuk masuk dan untuk parking. Selain itu aku jadi letih berjalan dari satu hujung ke satu hujung yang lain. Oleh kerana letih nak berjalan pergi dan balik, makanya aku lebih gemar ke KLCC yang bagi aku untuk berjalan kat situ aku cuma perlu naik dan turun saja! 



Seronok bawak anak-anak berjalan sebab banyak kerenah depa yang dapat aku lihat. Sorang nak yang itu, sorang lagi nak yang ini dan satu lagi nak benda lain pulak....last sekali kami bersetuju pergi makan kat food court di robinsons...lega sebab banyak pilihan selain daripada tempatnya yang bersih! Ada makanan Iran, ada makanan Jepun, ada makanan Korea, ada macam-macam jenis makanan yang kita cuma perlu pilih saja dan bayar!


Kesempatan yang sebegini aku rasa sangat healthy untuk aku melepaskan stress yang sentiasa ada dimana-mana. Nahh...inilah yang aku nak bagitahu. Cerita sikit tentang perkara ni. Dalam entry yang lepas-lepas ada aku bagitahu yang aku akan bercerita sikit pasal perhubungan ditempat kerja dan aku rasa ini sangat penting untuk semua orang. Ramai orang yang tidak dapat membezakan rakan sekerja di tempat kerja, keluarga, suami/isteri dirumah dan sebagainya. Menyalahkan pasangan kerana tidak memahami adalah suatu "escapism" yang senantiasa dijadikan alasan untuk menjalinkan hubungan ditempat kerja..sangat menyedihkan apabila pekerja ini tadi disogokkan dengan kenaikan pangkat, bonus dihujung tahun dengan hanya meluahkan perasaan diatas kesedihan, kesunyian dan sebagainya, bos-bos ini tadi mula memasang perangkap. Bos-bos ditempat kerja mencari kesempatan. Pantang ada pekerja yang ingin meluahkan perasaan ataupun yang dilihat bermasalah, mereka mulalah memasang perangkap yang selalunya tidak disedari oleh mangsa.


Para pekerja memberi alasan bahawa kerja yang menimbun menyebabkan mereka menghabiskan lebih banyak masa di pejabat, Walhal ini sebenarnya tidak berlaku jika kita pandai menguruskan masa dengan baik dan mempunyai disiplin kerja yang sangat baik! Mereka menghabiskan masa untuk menyelami hati budi masing-masing. Sangat menyedihkan...lebih menyedihkan lagi apabila bos itu tadi sudah mempunyai isteri dan keluarga manakala pekerja wanita itu pula sudah bersuami dan mempunyai anak-anak yang mengharapkan kasih-sayang ibu mereka! Anak-anak ditipu.....suami atau isteri yang dirumah juga ditipu....ada saja alasan diberikan seperti overtime.....office dinner...farewell party.....office outing dan sebagainya...walhal mereka berdua yang datangnya dari pejabat yang sama sedang menghabiskan masa berdua dengan mengambil cuti setengah hari!


Aku bercerita disini oleh kerana aku pernah melihat perkara-perkara sebegini berlaku didepan mata aku. Ada yang aku nasihati dan ada juga yang aku transferkan keluar. Tak kurang pasangan mereka menalipon aku untuk bertanya perihal suami/isteri mereka yang mereka rasa agak berlainan ketika dirumah! Aku ingin berpesan kepada diri aku sendiri dan juga adik-adik diluar sana agar menjauhkan diri daripada hubungan terlarang sebegini. Kecualilah adik-adik masih bujang trang-tang-tang yang tu aku tak boleh nak cakap banyak tapi aku rasa masih boleh dinasihati. Ada staff aku dulu yang aku cakap, kalau ada affair, jangan dibawak ke hotel. Ini girlfriend pergi lunch break, boyfriend pun nak jugak sedangkan pada waktu yang sama tenaga dia diperlukan.


Kepada adik-adik (yang sudah berkahwin) yang membaca entry ni, Uncle nasihatkan, segeralah bertaubat. Lihatlah ke mata pasangan masing-masing betapa adik-adik adalah merupakan harapan pasangan dan harapan anak-anak....jangan dimusnahkan kerukunan rumahtangga adik-adik yang telah sekian lama didirikan. Keseronokan berkasih-sayang sebegitu adalah sementara. Adik-adik akan terus berfantasi...akan terus hayal.....dan apabila berada dirumah, adik-adik akan hilang tumpuan pada suami/isteri ataupun anak-anak. Adik-adik akan terus berkhayal...mengusung mobile phone sampai ke toilet, mencuri-curi menghantar sms, chatting secara rahsia dan paling menyedihkan kalau adik sampai sanggup mengambil cuti menipu suami/isteri/anak-anak yang ingat adik-adik ketempat kerja sedangkan adik-adik tidak! Selalunya pasangan adik-adik akan mampu menelah yang "sesuatu" sedang berlaku. Apakan tidak setelah bertahun-tahun makan dan tidur bersama, takkanlah pasangan tak dapat melihat perubahan sikap adik-adik? Nauzubillah adik-adik...jangan lakukan itu semua...Uncle mintak tolong sangat-sangat!

 

Apabila hubungan terlarang ditempat kerja berlaku, ini bermaksud adik telah meruntuhkan sendiri institusi perkahwinan adik. Adik telah memusnahkan harapan pasangan adik dirumah. Adik menghancurkan kepercayaan dan rasa hormat anak-anak dirumah. Untuk mendapatkan kepercayaan semula amatlah payah. Kadang-kadang bertahun dan ada juga kes yang adik terus tidak dipercayai lagi. Jangan begitu adik. Jangan jadikan diri adik sampai terlalu murah begitu! Banyak jugak berlaku yang perkara ini berlanjutan sehingga kepada perceraian. Uncle mintak dijauhkan perkara sebegini daripada berlaku...


Kepada adik-adik, Uncle ingin berpesan jauhi hubungan sebegini kerana ianya membawa lebih kesengsaraan daripada kebahagiaan. Sayangilah keluarga.....sayangilah pasangan masing-masing dengan perasaan tidak berbelah bagi. Ingatlah pada janji yang adik-adik buat sewaktu mula berkahwin dahulu! Have a nice weekend people!

Khamis, Disember 01, 2011

Paint for Fun

Karya hebat kanak-kanak!

Semalam Uncle jadi sibuk tak tentu arah. Sibuk pasal menguruskan program "Paint for Fun" untuk kanak-kanak berumur dibawah 10 tahun....therefore, Marina pun qualified walaupun hampir-hampir disqualified! Hahahahhahah...Planning untuk buat program ni kami rancang dalam tempoh tak sampai seminggu untuk cuba memenuhkan tuntutan anak-anak di sepanjang cuti sekolah yang nampak gayanya macam tak berkesudahan! Pening Uncle bila 3 orang anak-anak dok ada kat rumah. Lari lintang pukang Marina dengan Yuya bila kena sergah dengan Abang. Jerit, pekik, melolong , menangis semua jadi satu. Marina la ni dah pandai pasang ps2. Lagi lah kecoh! Nasib baik Yuya ada training bola setiap pagi di sekolah dan Abang menyusul sebab nak membantu Cikgu Mat dan Cikgu Fauzi train budak-budak bawah 12 tahun mempersiapkan diri untuk tahun 2012. Abang membantu coaches tu sebab terhutang budi dengan 2-2 orang cikgu dan sekolah taman nirwana yang banyak membantu abang dalam pelajaran dan sukan! Well...papa and mama are very proud of you abang!

Cantik kalau diletak di dinding..

Barbalik pada cerita "Paint for Fun" tadi, Kami dibahagikan kepada beberapa group. Ada yang kerja pi beli barang-barang melukis walaupun dia sendiri tak kenal batang berus dengan batang chopstick! Ada yang kerja administration yang terpaksa buat banyak kerja-kerja untuk registration dan penerimaan wang yuran dan ada jugak yang ditugaskan untuk memasak serta menghias....Aku kena beli barang-barang melukis. Jadi aku pi beli di The Gardens kat kedai "The Art Friend" tingkat 4 Robinson kalau tak salah aku. Banyak aku borong...cuba aku tak beli sekali dengan cashier depa! Hahahahahahah....Aku yang serba-serbi tak tahu pasal melukis ni la ni dah jadi pandai sesangat kalau ada orang tanya harga canvas....harga berus...dan harga arcrylic paint! Hebatkan?

Arcrylic paint boleh beli di "The Art Friend" The Gardens...

Masa disekolah dulu aku tak pernah teringat yang aku ada melukis kat kain canvas mahupun drawing block. Semua hasil karya aku terpampang didinding kelas dan bilik termasuklah bilik air! Kawan-kawan aku tengok dan tak paham apa aku lukis.....tapi bila aku pikir-pikir balik, apa bezanya karya aku dengan karya-karya Van Gogh, Picasso, waima allahyarham Datuk Ibrahim Husin sekalipun.....tapi aku percaya yang aku ada bakat melukis dan "hanya jauhari mengenal maknikam!"

Bakal pelukis hebat dunia!

Pertandingan melukis untuk kanak-kanak yang kami anjurkan tu mendapat liputan sebuah akhbar terkemuka. Jadi disini aku nak ucapkan berbanyak-banyak terimakasih diatas jasa baik pihak penerbitan yang bertungkus-lumus datang ambik gambar dan jugak tolong buat cerita sikit untuk pertandingan dan kativiti kali ni. Sambutan tu jangan cerita lah...makkk aiii ada lah dalam 60 orang kanak-kanak yang serbu tempat aku. Berlari manja kami sekeliling kawasan nak organisekan benda-benda ni semua! Ada jugak yang mendapatkan khidmat pembantu rumah untuk membantu....Aikkk, tak achi naaaaaa......hahahahahahah...

Ada banyak lagi series yang akan menyusul!

It was soo successful yang kami secara tiba-tiba dah mula merancang untuk mengadakan pelbagai series lagi termasuklah "Bake 4 Fun!" sebagai serie ke-2 dalam projek kami untuk kanak-kanak ni.....semuanya dalam perancangan. Kalau kami planning seminggu dah jadi berjaya macam ni, apalagi kalau planning berminggu-minggu! Hopefully it will become better! And you know what? Hadiah pertama akan mendapat penginapan percuma bersama keluarga seramai 4 orang di SUITE! Fuyooo.....hebat...hebat......dan gambar-gambar yang menang nanti aku akan letakkan di "Kids Corner" di salah satu sudut di hotel ni! Dan mungkin jugak aku akan cuba convincekan board untuk membeli canvas board yang lebih besar supaya aku dapat letakkan di easel sebagai pameran! Fuyoooo...fantastic!

Dari lukis kat dinding baik lukis kat kanvas!

Sebenarnya program ni tercetus bila aku dok pening kepala dok pikir mana nak cari paintngs yang "NAIVE" untuk aku letakkan dibilik yang mana aku akan buat "kids corner" later on....plan aku ni aku ceritakan pada board yang aku cuma nak ajak anak-anak kami saja satu petang, lepak kat tepi pool, sambil makan-makan pasemmboorrrr ka, sambil budak-budak dok contiang-contiang kertas....So total is about 5 small kids saja. Bila plan ni diceritakan pada Board, owner kata, awat tak buat besaq sikit? Nahhh........tup-tap tup-tap yang mai sampai 60 orang! Fuyoo......malaysia meriah! Jadi to all kids and parents out there.......2nd serie is coming to you soon! Have a good day people!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...