Tapak berniaga nasi lemak..
Tapak kat atas ni ialah satu tapak paling syahdu untuk aku bila dikenang-kenangkan balik. Disinilah aku tolong BOB, kawan aku berniaga nasi lemak dan teyy tarik hampir setiap malam selepas pukul 11 malam sampai pukul 2-3 pagi. Waktu tu aku bekerja di SWENSEN's kedai aiskrim di Damansara Jaya yang kat sebelah tepi extreme right berhampiran dengan Sparkman Shop lama. Sorry tak nampak dalam gambar ni! (di Sparkman Shop tulah Bon Zainal ambik measurement untuk suit aku dulu masa nak ke luar negara dan sekarang Bon Zainal dah ada jenama sendiri!). Tempat makan ni memang happening masa tu sebab ada disko dihadapannya dan Fredo and the Flinstone selalu main kat situ. Nasi lemak Bob lah yang tiap-tiap malam dia makan. Begitu jugak dengan artis-artis lain yang buat performance kat disko di kompleks ATRIA di damansara jaya tu. Aku selalu dapat masuk sebab tolong hantarkan nasi lemak dan teyy pada bouncers yang ada kat situ. Jadi bila aku lapang, aku akan jumpa depa dan dapat masuk free....since aku tak ada duit, aku akan capai gelas kosong dari mana-mana meja dan jalan pi balik...pi balik kat dalam tu....orang tak perasan yang gelas tu kosong sebab dalam tu gelap. Tujuan aku masuk semata-mata nak tengok live band main kat situ! Sempat jugak tengok SEHA@FREEDOM dan ZAINAL@HEADWIND main kat sana....hahahahahaha!
|
8 ulasan:
seronokkan jumpa seseorang dari masa silam kita..
seolahnya kita bertemu dengan paksedara yg lama kita tak jumpa rasanya...
Salam Kak.
Saya sangat suka bercerita tentang peristiwa yang berlaku didalam hidup saya. Dan saya akan terus menulis dan menulis sampai jari dah tak larat mengetup dan mata dah tak nampak! Peristiwa2 tu semua akan membuatkan saya tersenyum bila dah tersangat tua nanti!
With more years behind me I share your interest in going back in time. The hard time and the joy of the past come back. What saddens us all is to realise some of the likeable players have left us. How we love to see them again. Such is life.
Salam Al Manar.
tepat sekali. Saya suka bercerita tentang orang-orang yang pernah saya temui sepanjang perjalanan hidup saya.....dan true enough, ada yang telah pergi meninggalkan saya!
1. Dah boleh kancing tu uncle oklah... tang rambut kalau ikut bapak kakak org muda cepat beruban itu org banyak duit. Org Cina kata ada Ong:)
2. Pakcik tu terharu sebab uncle masih mengingati dia...
Salam Kakzakie:
Alhamdulillah amiiinnn.....semoga kata2 Kakzakie tentang duit tu menjadi kenyataan! Hahahahaha
Saya jugak terharu sebab dia masih ada disitu!
Hello Uncle, just dropped by to wish you and family selamat hari raya haji, and happy holidays.
You keep well, best regards.
Lee.
Salam Uncle...
lama dah tak tinggal komen...sibukk lah konon...hihihi
uncle, oklah rambut putih tu, wlpun putih, muka nampak mude...steadylah uncle...
Catat Ulasan