Selasa, Februari 19, 2013

Baru 45!

Ishhh...makin lama makin banyak pulak lilin!

Aku baru saja menyambut hari lahir aku yang ke 45, minggu lalu yakni pada tanggal 9hb Februari. Seperti yang aku katakan dulu, hari lahir aku sama dengan Erra Fazira. Aku kenal sangat dengan budak pompuan ni tapi dia tak kenal aku....tapi tak pa....aku tetap minat dia. Bagi aku dia mempunyai raut wajah yang sangat ayu! As long as dia tak pakai topi! Aku menyampah betul...hahahahahaha sangat ayu bila dia berkebaya! Anyway, ini entry bukannya nak cerita pasal dia....dah 45 tahun rupanya aku meniti hidup. Entah berapa lama lagi aku pun tak tahu. Harapan aku agar biarlah semuanya berjalan lancar dan anak-anak dapat membesar didalam lingkungan kasih sayang. Sedih sangat bila aku tengok anak-anak terbiar dan tak dilindungi. Apa-apapun semuanya tergantung kepada bagaimana kita mengasuh mereka. 45 tahun jangka hayat aku ni taklah lama pun dan tak jugak baru! Azam tetap aku tanam agar aku sentiasa berfikiran positif dan sentiasa mengejar cita-cita. Personally, aku nak tambah berjaya daripada apa yang aku ada sekarang. Kesihatan yang baik. Ya...kesihatan yang baik amatlah penting. Aku ada menerima panggilan daripada seorang rakan rugby aku dulu bertanyakan kenapa sekarang posting di FB aku banyak berkisar kepada kesihatan? Aku katakan bahawa biar aku memanjat usia....tapi kesihatan dan susuk badan aku biar terjaga. Banyak contoh yang sudah kita lihat disekeliling kita. Ada kaki yang dipotong disebabkan oleh masalah gula, ada yang pada usia yang muda meninggalkan kita dek kerana sakit jantung...dan sebagainya. Adakah itu yang kita mahu?

Pon ada ka....

 
Aku sekarang ni sangat tergila-gilakan workout. Boleh dikatakan sekurang-kurangnya 4 kali seminggu aku akan mengadap cross trainer, free weights, dan lain-lain. Perubahan dapat aku rasakan dari segi kecergasan tubuh badan dan minda. Aku cuba tidur pada pukul 12 malam setiap hari dan minum air putih sebanyak mungkin....gila aku ini aku sifatkan gila yang positif. Daripada aku tergila-gilakan bintang pilem atau artis K-Pop dan jugak gila judi, lebih baik aku gila ke GYM! Ada faedahnya....Kebiasaannya awal pagi aku akan keluar rumah dan terus menuju ke gym. By 7.15am aku dah menukar pakaian dan bersedia untuk warming up. Warming up aku ialah dengan stretching selama 10-15 minit dan terus ke atas cross trainer selama 30 minit. Pada speed yang didalam lingkungan 9-10, aku berjaya membakar calories sebanyak 100 setiap 10 minit. Jadi kalau dah 30 minit bermakna aku berjaya membakar sebanyak 300 calories dan jarak yang aku buat ialah sejauh 3-4km. Sebaik selesai aku panaskan badan, aku akan terus buat bench press sebanyak 4 set dan setiap set sebanyak 10 repetitions. Ini penting untuk menguatkan otot-otot dada. Shafiq (trainer) kat situ kata dada aku moncong....menyampah betul aku sebab 25 tahun dulu aku tak macam ni. 25 tahun dulu built aku sangatlah atheletics! Hahahahaha...Nah, oleh kerana itu, banyak exercise aku menjurus kepada upper waist. Yakni merangkumi perut, dada, bicep dan jugak tricep serta shoulder dan lower back! Dulu aku meletakkan sasaran selama 2 tahun untuk mendapatkan susuk badan seperti Danial Craig dan sekarang 6 bulan sudah berlalu! Yang tinggal cuma lagi 18 bulan sahaja untuk aku membentuk susuk seperti beliau. Hahahahaha...."you are dreaming....", kata setengah orang...dan jawapan aku, "yeah you bet I am.........", kalau tak, sampai bila pun aku tak kan mempunyai azam yang kuat....
,
Kepada sesiapa yang berminat, ayuh, kita sama-sama menjaga kesihatan. Boleh kita bersoal-jawab tentang pemakanan, training, dan apa juga topik berkaitan dengan kesihatan. Kurangkan gula...kurangkan susu pekat...kurangkan santan....kurangkan junk food seperti snacks dsbnya.....let's get into the right mode of mind. "Live A Healthy Lifestyle People!"



 

16 ulasan:

norh berkata...

Happy belated birthday uncle..

Uncle berkata...

Thanks Norh....when is yours?

ummi_khalish berkata...

Assalam uncle...wahhhhh kebetulan...besday uncle sama dengan my abah..09/02/1952...dulu kami sellau usik dia..besday abah sama dnegan primadona...boleh genglah..hehehehe..
Sanah Helwa Ya akhi..kullu antum bikhair..nak bg hadiah jauh..dil doa dari bumi anbia ni..:-)

p/s:besday dil 20/3....nnti boleh uncle bg hadiah kt sy bila balik m'sia..heheheheh...sy just nk jmpa anakdara yg sgt cumilll tu..boleh?uncle ada fb?blh dil add....

ummi_khalish berkata...

ada komen tdi....x taulh ada ke x....huhuhuhu..happy belated uncle yg sama besday dgn my abah...hehehehhe

Uncle berkata...

Salam ummi_khalish.

FB ada....taip saja nama Uncle yang sebenar...mesti tersembul! Hahahahaha....btw, selalunya kalau date harilahir tu sama, maknanya depa tuh semua bakal menggegar dunia! Hahahahaha...

Balik KL tolong bagitahu. btw, Dil duduk mana la ni? Makkah? Jeddah? Dubai?

Uncle berkata...

Ummi.

Yes Uncle dapat comment tu....

Nini D.. berkata...

happy belated birthday,uncle!

Uncle berkata...

Thank you NINI!

ummi_khalish berkata...

uncle..dil dok alexandria,egypt...hubby bljr cni...:-)

Yours truly berkata...

Assalam

Happy Belated Birthday Uncle..
bila baca uncle dah start workout, ni yg jeles coz i x start2 lagi..stamina pun dah kurang rasanya..adeeii.. sibuk buat kek, badan pun dah bolat! huhuhu (FYI, umur kita lebih kurang je..)

Uncle berkata...

Salam Ummi.

Wahhhh Alexandria.....boleh lah jual nasi lemak kat pyramid tu! Hahahahahaha...

Uncle berkata...

Salam Yours Truly.

Aik, sama ka? Muda lagi lah kalau lagu tuh...and yes....baru pagi tadi pukul 7 Uncle ke gym...workout sket! Hahahahaha....ni tengah sore satu badan nih..

faradia berkata...

salam uncle,

appy belated besday,semoga dpanjangkan umur dmurahkan rezeki n sentiasa dlm rahmat'-Nya..

rezeki berkata...

salam uncle

moga dipanjang umur , dimurahkan rezeki dan diberikan kesihatan yang terbaik serta berbahagia disamping keluarga tercinta

45 ke 54 hehehe

dilabangiWORLD berkata...

Happy belated behday Uncleeeee

Uncle berkata...

Dila.

Thanks a million!

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...