Sabtu, Februari 02, 2013

Abang dah 15 tahun!

Muka lapar sebelum beriani MAHBUB

Abang baru saja meraikan hari lahir yang ke 15 pada 31hb Januari yang lepas. Untuk melahirkan abang, aunty terpaksa melalui banyak sangat procedure yang menyakitkan. Pada mulanya abang dijangka dilahirkan secara normal. Selepas aunty berhempas-pulas dan aku pulak kat tepi katil pucat-lesi dan habis lengan aku calar-balar, doktor cakap tak boleh.......dia gunakan "vacuum". Selepas beberapa lama vacuum pun tak keluar-keluar jugak, terus doktor berpaling kat aku dan suruh aku sign surat. Aku bagitahu doktor yang aku akan ambil masa sikit untuk baca dan fahamkan isi kandungan. Doktor Nik kata, tak ada masa..."ini bukan S&P!". Aku terdiam. Sign surat tu macam aku berserah pada takdir pulak.......apa nak jadi, jadilah...itu yang aku terpikir kat kepala otak. Tapi memandangkan yang aunty sangat azab waktu tu, aku terus capai pensel dan sign....sebelum nurse bagi aku pen pulak untuk sign!
Depa kata kami serupa!

Selepas doktor jahit balik apa yang dah dipotong awal tadi, aunty terus diusung kedalam oerating theater. Kali ni aku tak dibenarkan masuk....aku lega sebab kalau aku yang masuk, bertambahlah drama kat dalam tu.....abang dilahirkan dengan cara caesarian. Aunty tenang walaupun dia berbisik, "sakit...". Melihatkan wajah abang pada waktu lahir, kami berdua berpeluk dan menangis. Indah sungguh ciptaan Allah! Kami berjanji yang kami akan membesarkan abang dengan penuh kasih-sayang dan akan memberikan abang yang terbaik dari segi dunia dan akhirat. Aku dan aunty sepakat! Perlahan-lahan aunty menunjukkan parut bukaan dan jahitan diperutnya. Aku sayu......Selang beberapa hari, abang kami bawa pulang. Tapi sekali lagi kami diuji apabila abang tiba-tiba jaundice. As a first timer, kami panic. Tapi aunty tenang sebab dia banyak membaca. Abang dimasukkan ke wad semula dan selang beberapa hari selepas itu, abang boleh dikeluarkan. Aku puas kerana kali ini abang dibawa pulang dan kini segalanya terletak diatas bahu kami tanggungjawab dan amanah Allah yang sangat besar!

Marina buat muka nakal!

Menjaga abang diperingkat awalnya bukanlah mudah. Abang kuat menangis. Kekadang sampai 3-4 jam tak berhenti. Sekali lagi kami panic kerana dia mula menangis sewaktu bermulanya waktu Maghrib! Coincidence bagi aku.....macam-macam usaha kami ikhtiarkan. Hembus sana...hembus sini.....tanya orang tua-tua....dan waktu itulah kami diberikan penerangan panjang lebar..."Jangan itu.....", "Jangan ini..." dan pelbagai jangan lagi. Kami pening dan apabila tiba waktu Maghrib, kami akan tenggelam punca sebab abang akan mula menangis macam tak ingat dunia! Walaubagaimanapun, lepas habis ikhtiar dengan jampi serapah, kami bagi abang minum "GRIPEWATER" pukul 4 petang setiap hari......masalah abang selesai! Abang kembung perut@colic saja!


Just a simple family occasion, as usual!

Kelahiran abang 15 tahun dulu menelan belanja yang sangat besar bagi aku. Bagi orang lain hampir-hampir RM8,000 merupakan jumlah yang tersangat kecil. Tapi Allah sentiasa mendengar doa umatNya/ Sewaktu abang mahu dilahirkan, aku menerima bonus hampir-hampir 3 bulan gaji beserta dengan wang cash berdasarkan prestasi kerja. Alhamdulillah. aku langsaikan apa-apa bayaran sebaik membawa abang keluar! Poket kembali kosong......Abang ditatang bagaikan minyak yang penuh. Segala keperluan abang akan cuba kami penuhi walaupun mengambil waktu yang panjang. Kami akan memberitahu abang kenapa kami mengambil waktu yang lama untuk memenuhi permintaan abang. Kami cuba terangkan walaupun kami tahu yang abang mungkin tidak faham. Hinggalah ke hari ini, apa saja permintaan abang yang tak tertunai, kami akan memberitahu abang kenapa itu berlaku dan kami berharap agar abang faham......

Adik dan kakak! Huh?

Sekarang abang dah pun mengjangkau umur 15 tahun. 15 tahun itu adalah merupakan satu jangka hayat yang masih awal. Perjalanan abang masih jauh. Banyak lagi liku dan ranjau yang abang harus lalui. Dunia persekolahan, dunia universiti, dunia pekerjaan dan seterusnya. Papa dan mama sentiasa mendoakan kejayaan abang. Belajarlah dengan rajin. Ingatlah, tak semua yang kita impikan akan terhidang didepan mata. Berusaha dan terus berusaha.....tanamkan disiplin yang tinggi didalam diri abang. Set kan matlamat dan halatuju yang betul. Berusaha dan terus berusaha....jangan sombong dan lupa diri.....Once again to abang, "happy birthday to you, remember....we always love you!"

17 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam uncle,
hari ni besday fara...so same ngan abg..aquarius..hehe..fara doakan smoga abg dmurahkan rezeki n dpermudahkan segalanya...

Uncle berkata...

Salam Fara.
terimakasih diatas ucapan Fara. Uncle juga ingin mengucapkan perkara yang sama agar Fara dipermudahkan segala urusan, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan diberi kesihatan yang baik! InsyAllah...happy birthday to you too!

rezeki berkata...

salam uncle

alhamdulillah
kasih sayang ibu bapa buat anak2 tak ternilai , moga abg berjaya mencapai cita2nya dan menjadi anak yg soleh yg mendoakan kedua org tuanya
insyallah

sampaikan salam saya buat abg
happy birthday abang

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
Begitulah impian semua orang....terimakasih Rezeki!

Hayati Harun berkata...

salam..
memang betul...bapa dan mmg serupa

Uncle berkata...

Salam Hayati.

That's just a camera trick! Hahahahahaha...

kucingorengemok berkata...

aunty maintain lah, tak macam ada anak 15 tahun... apa rahsia anda? ;)

Uncle berkata...

Salam KOG.
Makan beriani Mahbub!

Kakzakie berkata...

Mesti terharu abang baca N3 ini. Kakak yg sekadar teman alam maya pun terharu apa lagi yg diraikan.

Happy birthday abang. Dengan papa memang nampak anak tapi dgn mama memang betul macam adik dgn kakak (jgn marah uncle - auntie awet muda betul)

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.

Again, it's all about "camera tricks!" Hahahahahaha...

nadz berkata...

Assallamualaikum Uncle,

Happy Birthday kepada 'Abang'.
Dah besar panjang anak kamu uncle..tengok kot jalan mungkin mcm 2 beradik berjalan sebab saiz dekat nak sama besaq.


Uncle berkata...

Salam Nadz.
Terimakasih banyak2....

awang berkata...

Salam pak cik dan mak cik

happy birthday abg....
moga abg menjadi anak yg soleh seperti yg diharapkan oleh pak cik dan mak cik.........

awang berkata...

salam pakcik

selamat ulang tahun Abg?
semoga abg menjadi anak yg soleh, sepertimana yg diharapkan oleh pakcik can mak cik,,,,,,,,

satu lagi,,,,rambut napa cat color putih,,,,,hehehehe gelak penyamun.

Uncle berkata...

Salam Awang.

kaler putih tu punca rezeki...depalah kata...

Tanpa Nama berkata...

Salam Uncle Shahrir. Happy Birthday to Arman. Sorry for the late wish, uncle. Hehehe. Send my regard to arman! To marina, aunty and also yuya. ((Hi Uncle, I'm Arman's Friend)) Hehehe xoxo

Uncle berkata...

Salam Arman's friend.

It's never too late to send a birthday wish.....thank you very much!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...