Sabtu, Mei 11, 2013

Puas!

 
Alhamdulillah aku telah berjaya melaksanakan tugasan aku untuk mengundi pada hari minggu yang lalu. Semua teka-teki sudah pun terjawab. Aku tak mahu mengulas panjang perihal keputusan tersebut. Yang penting undi aku mungkin merupakan undi penentu samada seseorang calon itu menang mahu pun kalah. Penting bagi aku menjalankan tugas sebagai salah seorang daripada jutaan rakyat berbilang kaum dinegara ini yang cintakan keamanan dan kestabilan dari pelbagai segi. Aku ke tempat mengundi dengan menunggang motosikal kerana sangkaan aku akan berlaku kesesakan yang teruk. Ternyata sangkaan aku meleset sama sekali. Jalanraya di KL amat lengang. Sekali-sekala terasa yang aku menunggang di pagi Raya! Jalan Tun Razak lengang. Depan IJN lengang. Jalan Maarof lengang dan begitu jugak di Damansara. Aku mengundi di Damansara kali ini. Sesampainya aku di pusat mengundi, tidak kelihatan pun orang berbaris panjang. Mungkin awal lagi. Aku masuk ke perkarangan SRDJ untuk menyemak nama aku. Ada....sewaktu beratur aku sempat bersembang dengan 2 orang senior citizen didepan aku. Rasanya kedua-dua mereka berpangkat. Ini hasil daripada tinjauan aku selepas berborak dengan mereka selama 1 jam. Seorang akan berangkat ke Warsaw pada malamnya untuk bertugas manakala seorang lagi akan ke Hatyai pada malam itu jugak. Mereka akur beratur bersama-sama aku. Segala-galanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang cacat-cela. Suasana seakan-akan pesta! Semuanya sangat mesra bersembang walaupun kesemuanya berbeda pendapat!

 
Selesai mengundi, tepat jam 11 pagi aku memecut motor menghala ke Bangsar dengan tujuan untuk ke gym. Didalam perjalanan aku sempat melihat "kawasan panas - Lembah Pantai" yang juga sunyi....aku lantas memecut laju ke gym. Gym kosong seperti ada perayaan besar! Tapi kelas Zumba masih berjalan seperti biasa. Sambil menunggu selepas workout aku sempat minum kopi secawan di cafe yang terletak di tingkat 2. Sempat jugak posing bergambar. Kali ni aku tak segan sebab yang ada hanyalah beberapa orang saja. Aku jeling ke jari hantu mereka dan ramai yang tidak bercalit dakwat. Aku jadi meluat....kalau bercerita, mereka ini mungkin lebih pandai daripada politikus. Tapi bila perihal tanggungjawab, ternyata "nol!"

 
Sewaktu di gym, kebiasaannya aku akan mendaftar masuk dahulu sebelum terus ke locker room untuk bersalin pakaian. Setelah berpakaian sukan, aku akan terus ke treadmill ataupun meregangkan otot dulu selama 10-20 minit. Jika mood aku baik, aku akan berjalan laju ataupun jog diatas treadmill selama 40 minit. Memang meletihkan tapi azam aku kuat untuk kembali membina otot-otot badan yang dah sangat terbengkalai selama berpuluh-puluh tahun. Sewaktu dizaman remaja dulu berat aku hanyalah didalam lingkungan 65-70 kilogram. Saat badan aku terabai adalah setelah aku meninggalkan permainan rugby dan mula bekerja di Hilton. Tugasan yang tak berkesudahan membuatkan aku terleka dengan makanan dan minuman yang tersedia didepan mata. Diwaktu itu berat aku melonjak ke 90 kilogram. Menjadi penat sentiasa walaupun aku hanya berumur dilingkungan awal 20-an! Walaupun seberat itu, kesedaran masih belum timbul! Sewaktu melanjutkan pelajaran aku masih lagi dengan habit lama yakni makan dan minum sentiasa! Timbul kesedaran untuk mengurangkan berat badan apabila ayah aku meninggal dunia. Tapi setakat keinginan tanpa keazaman sahaja tidak memadai....hanya setelah aku berada di KSA barulah aku mula terfikir yang berat badan merupakan musuh pertama aku. Keinginan untuk mengurangkan berat badan tetap ada tapi usaha pula yang tidak kunjung tiba!



 
Kini aku kembali didalam "mode sihat" dan alhamdulillah, hampir 9 bulan aku ke gym dan sedikit demi sedikit perubahan sudah mula kelihatan. Di saat aku menaip entry aku yang ini, abang sedang behempas-pulas dipadang Shah Alam di peringkat separuh akhir pertandingan bolasepak Manchester United Premier Cup dan kini sedang menentang NS! Aku doakan semoga abang dan rakan-rakan yang lain akan berjaya didalam pertandingan ini dan terus mewakili negara keperingkat Asia selepas ini bagi mengejar cita-cita menjadi juara MUPC! InsyAllah!
 

2 ulasan:

rezeki berkata...

salam uncle

badan uncle dah mula berotot dan nampak fit

saya pun baru seminggu start jogging semula keliling kampung, semput juga psl lama juga berhenti krn hari tu backpain menyerang kembali hehe

Uncle berkata...

Salam Rezeki.
alhamdulillah....semoga anda juga memulakan aktiviti sihat. Bangga saya setelah menulis betapa pentingnya kesihatan, telah 4 orang yang saya kenal telah "terjebak" untuk sama-sama menjaga kesihatan...alhamdulilah...

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...