Isnin, Mei 13, 2013

Ini juga Kejayaan!

Akan mewakili Malaysia ke peringkat ASIA!

Aku panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana memberikan kesihatan yang baik kepada kita semua terutamanya pemain-pemain bolasepak B15 Victoria Institution yang mana akhirnya mereka telah berjaya menjadi juara peringkat kebangsaan didalam pertandingan Manchester United Premier Cup yang berakhir pada hari Sabtu yang lalu. Suara masih hilang kerana bersorak dipadang!
Barisan pemain yang selalu terlepas pandang oleh pegawai-pegawai atasan pemilihan!

3 tahun pemain-pemain ini dikumpulkan di sebuah sekolah, sebuah asrama, makan nasi kawah beramai-ramai, sembahyang berjemaah bersama-sama, berjalan menuju ke kelas sama-sama, menghadiri kelas tambahan sama-sama, berlatih bolasepak sama-sama, menghadapi suka-duka bersama-sama....dan akhirnya mereka telah berjaya menjadi JUARA!
Bersedia untuk menentang Perak selepas membelasah Pulau Pinang.

Badan mereka kecil. Tidak sebesar pemain-pemain Kelantan. Tapi determination, discipline serta hungry for victory lah membezakan mereka daripada pasukan-pasukan lain. Ada pemain forward yang hanya setinggi paras dada pemain negeri lain tapi pemain inilah yang mendapat trophy bergelar "Pemain Harapan Kejohanan".
Kecil tapi very2 skillful!

3 tahun bersama dan berlatih 5 hari seminggu selama 3 tahun bukanlah satu jangka masa yang pendek. Pemain-pemain ini tidak ada waktu untuk menjalani kehidupan santai sebagai remaja. Melihat mereka berlatih setiap hari dan mengambil serta menghantar mereka pulang ke asrama setiap hujung minggu terdetik dihati dan jiwa aku yang mereka membuat pilihan yang tepat sejak dari kecil lagi.
Juara Kebangsaan

Kini pasukan ini telah bergelar juara. Kesemua mereka telah terpilih untuk mewakili negara pada kejohanan peringkat Asia yang akan berlangsung di Pulau Pinang dari 11hb Jun sehingga 14hb Jun 2013. Jika mereka berjaya diperingkat Asia nanti, mereka akan terpilih untuk berada di Manchester United pula untuk kejohanan yang lebih besar lagi! Ahirnya NIKE telah sudi untuk menjadi penaja utama poasukan bolasepak ini. Tahniah..
Anak bapak...hahahahaha...

Kami sebagai ibubapa sentiasa berada dibelakang para pemain sekelian, menyokong dan terus menyokong. Kami juga sedang berusaha membantu mencungkil dan menjual raw talents ini ke luar negara. InsyAllah!

8 ulasan:

Kakzakie berkata...

Terharu kakak membacanya. Pasti bukan ayah-ibu saja yg bangga tapi pihak sekolah juga. Pengurusan pun cantik kalau tak mana mungkin NIKE sanggup jadi penaja.

Tahniah dari kakak...

Uncle berkata...

Salam Kakzakie.
Alhamdulillah akhirnya mereka berjaya. Ini semua adalah berkat usaha anak-anak itu sendiri yang sentiasa memperbaiki permainan. Ini jugalah pasukan sama yang saya bawa ke Bali dec lepas dan menjadi juara disana! Coaches are very talented....anyway, boleh disimpulkan sebagai kejayaan para pemain, barisan jurulatih dan ibubapa yang sentiasa menyokong!

faradia berkata...

salam uncle,

tahniah...all the best..semoga kejayaan akan sentiasa mengiringi pasukan abang...jangan mudah putus asa...

Uncle berkata...

Salam Faradia.
sekarang keinginan tinggi para pemain dah tak dapat dibendung lagi....mereka sudah tak sabar nak beraksi lagi...

faradia berkata...

salam uncle,

tiba2 teringat cerita kartun jepun kickers..sentiasa positif..chaiyok2 VI..fara doakan semoga segala dpermudahkan..good luck..
semoga mereka ini nanti dpt mewakili malaysia &mjdkan mlaysia setaraf negara2 hebat bola sepak..

Uncle berkata...

Salam Fara.

Berkat kerja keras dan doa semua ibubapa pemain serta sokongan moral daripada pihak sekolah dan lain-lain yang tahu akan bakat pemain2 ini semua, ya.....mereka semua telah terpilih untuk mewakili pasukan kebangsaan Malaysia pada kejohanan peringkat Asia di Pulau Pinang nanti pada bulan June. NIKE telah melihat bakat mereka dan bersetuju untuk menjadi penaja utama!

faradia berkata...

alhamdulilah..kita da mempunyai pelapis yg mampu melonjakkan nama negara..good luck abg..

Uncle berkata...

Salam Fara.

Yes. Mereka ini memang hebat. Makanya FAM harus memberi lebih perhatian kepada peringkat umur sebegini dan menyediakan pwlan jangkamasa panjang untuk mereka maju, 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun dan 20 tahun supaya ada kayu pengukur kecemerlangan..

Aunty dan mangga

Pokok mangga ni ditanam oleh aunty kat atas rumah aku. Oleh kerana aku di ground floor dan ada tanah lapang didepan, aunty kat atas...