Sabtu, Disember 14, 2013

Homestay

'Tanpa tujuan'

Aku bersyukur kehadrat Ilahi kerana diberikan kesihatan yang baik buat masa ini. Dalam tempoh seminggu setengah ini telah 4 projek homestay yang berjaya aku lawati. Kesemuanya mempunyai kelebihan tersendiri. Unik dalam erti kata sebenar. Walaubagaimanapun, ada beberapa perkara yang harus di baik pulih secepat mungkin selaras dengan kedatangan Tahun Melawat Malaysia yang akan menjengah kita beberapa hari sahaja lagi! Sempatkah mereka? Sempat atau tidak, kerja aku harus dibereskan sebaik mungkin. Aku bukan bercuti. Aku bukan berlibur bersama keluarga tetapi menjalankan satu tanggungjawab serta amanah yang diberikan kepada aku oleh sebuah agensi. Syukur dan terimakasih juga harus aku ucapkan kepada majikan aku yang memberi kebenaran kepada aku selama 2 minggu untuk turun ke padang, merasai dan mengalami sendiri pengalaman kehidupan homestay di Malaysia.

'Dipersimpangan jalan'

Homestay pertama yang aku lawati ialah Kampung Pachitan di PD. Tak jauh. Cuma dalam 30 minit memandu dari Litar Sepang! Aku tak pernah tahu pun ada homestay kat situ..Kebudayaan Jawa sangat tebal disana. Keramahan dan besar hatinya tuan rumah memang tak dapat digambarkan. Tak cukup syarat jika aku tak makan dirumah mereka walaupun aku tahu mereka sangat sibuk. Dalam masa 30 minit makcik dah siapkan makan tengahari berupa telur dadar, asam pedas ikan selar kuning dan ulam-ulam. Aku tak mampu mengelak. Dimakan dengan nasi panas dan cuaca kebetulan pulak dingin membuatkan aku tak malu untuk menambah nasi walaupun hati, perasaan dan fikiran aku berkata tidak, tangan aku begitu panjang mencapai nasi tambah...akhirnya, bila aku balik ke rumah dan timbang berat, masyallah.....memang kampung Pachitan punya salah! Hahahahaha


Damai..

Selang 2 hari, aku berkereta ke Kampung Lonek di Jempol pulak. Juga pengalaman yang tak dapat dilupakan kerana musim buah-buahan memang tengah menjadi. Pokok rambutan yang beratus-ratus jumlahnya sedang sarat dengan rambutan masak ranum. Buah durian boleh dicapai dengan tangan. Manakala manggis bertaburan diatas tanah kerana tuanpunya tak menang tangan nak mengutip dan menjual di pasar ataupun ditepi jalan menuju ke Bahau. Kawasan rumah dijaga rapi dan kata salah seorang tuan rumah disitu, kampung mereka juga sering dijadikan tempat penggambaran filem dan terbaru, rumah seperti yang tertera diatas dijadikan prop untuk salah sebuah cerita seram! Aku pun tiba-tiba jadi seram! Hahahahahaha....

Sekali lagi keramahan tuan rumah menjadikan aku terlupa dunia sebentar. Aku lupa yang aku tak boleh tengok makanan. Aku lupa yang aku tidak ke gym pada hari itu. Tiba-tiba aku menjadi ghairah dan sangat berselera apabila dihidangkan dengan daging salai masak lemak. Disudahi makan tengahari itu dengan rambutan yang baru dipetik sebagai pencuci mulut! Alhamdulillah...

Cantik..

Daging salai

Kampung ke 3 yang aku lawati ialah Kampung Kuala Medang di Kuala lipis, Pahang. Sangat kampung bilamana sesampainya aku kesana, aku dijemput menghadiri jamuan kenduri tahlil dan khatam Quran yang kebetulan berlangsung sewaktu aku tiba disana. Perjalanan dari Kuala Lumpur selama 2 jam membuatkan aku tak menoleh ke kiri dan kanan apabila menjamah hidangan ubi kayu cicah tempoyak! Masyarakat setempat yang berjumlah hampir 200 orang adalah hanya merupakan sebahagian daripada ahli keluarga tuan rumah. Itu katanya belum dijemput orang kampung lagi. Semuanya berjalan secara gotong-royong. Dari memasak, menghidang sampailah membasuh. Semuanya dilakukan oleh adik-beradik yang hadir. Suasana sangat harmoni dengan hilai tawa para tetamu. Aku perlu cepat bangun...jika tidak aku tak akan dapat berhenti makan!

Pusat ICT kampung

Kampung Lonek juga menyediakan pusat ICT kepada anak-anak kampung dan sewaktu aku melawat, memang ramai anak-anak disitu. Penuh semua komputer....main GAME! hahhahahaha...I don't blame them!


 Menggairahkan...

Beratus-ratus pokok rambutan dengan buah yang masak ranum melambai-lambai tetamu. Aku cadangkan agar dibina pondok-pondok kecil diatas pokok rambutan sebagai tarikan para pelancung. Aku juga cadangkan agar pelancung dikenakan bayaran minima sebagai contohnya RM5 seorang, diberikan bakul, petik dan makanlah sebanyak mungkin tapi tak boleh dibawa balik. Kalau di luar negara, begitulah cara mereka....

Seksi..

Aku geram sangat-sangat bilamana durian boleh dicapai dengan tangan. Aku tak tahu species apa durian ni semua tapi nampaknya sangat jinak dan bergayut-gayut panggil aku....cepat-cepat aku berjalan keluar sebab aku tahu dan dapat rasa yang seluar aku bertambah ketat sejak 2 minggu aku melawat homestay-homestay ni semua! Parah!
 
Semalam barulah aku selesai menjelajah 4 homestay di seluruh negara. Yang terakhir ialah Kampung Ulu Legong di daerah Baling di Kedah. Aku berharap agar cadangan-cadangan untuk penambahbaikan homestay di negara kita yang aku usulkan diterima pakai oleh pihak Kementerian dan pengusaha-pengusaha di negara ini. InsyAllah. Aku cuma mencadangkan hasil daripada pengamatan aku dan pengalaman aku melihat dan merasai homestay-homestay di negara ini dan negara-negara lain. Terimakasih tidak terhingga aku ucapkan kepada kesemua makcik-makcik dan pakcik-pakcik yang melayan aku selama 2 minggu ni. Have a great weekend people!

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

salam pak cik

waaa,, cuti sakan pak cik, dah sampai hulu lengong kut la nak lajak tengok homestay kat belah sini,,,,

tq awang

Uncle berkata...

Salam Awang.
Amboih...ingat cuti ka? Kereja la.....tak dan nak kona pi mana!

Ibu n Abah berkata...

Bestnyer uncle..
Masakan yg dihidangkan tu tiada di restoren besar... Tp kesedapannya.... Sgtlaaaaa menyelerakan..
Bagus uncle share pengalaman uncle...
Ingatnya nak ikut jajak uncle laaa

Uncle berkata...

Salam Ibu N Abah.

Saya cuma membantu sahaja! Hahahahaha...

faradia berkata...

salam uncle,

itu durian memang sangat seksi...nasib baik baru pas gian...hehehehehe

O J O L A L Y berkata...

kita suka homestay..buat diri kita dekat dengan masyarakat dgn alam sekitar yg masih terjaga...kalau inginkan kedamaian dan merasai suasana kampung , homestaylah tempat yg harus dituju.

Kerjasama antara hotel dan homestay atau mana2 badan pelancongan perlu ditekankan bg mengalakkan sektor pelancongan di negara kita. Setuju dengan uncle pasal cadangan caj pelancong mengenai kebun buah2an tu. kat oversea pun kita gagah bayar $$ utk petik epal, berry, anggur etc kiranya kat negara sini pun haruslah bayar utk menikmati kenikmatan memetik sendiri buah2an tempatan di samping meningkatkan ekonomi penduduk setempatkan...

wahh bayangkan pelancongan berkonsepkan Experiential Tourism...bukan kenangan sahaja yg pelancong domestik n antarabangsa bawak balik ke tempat masing2 malah keramahan, keikhlasan dan semangat kerjasama dan bersatu padu juga menjadi pengalaman yang berharga buat diri masing2...

uncle tak nak cuba 'pelancongan keretapi'? banyak potensi utk tarik pelancong dari singapura..dari singapura-wakaf baru Kelantan....boleh rasa durian kunyit,mandi air terjun Lata Rek di Kuala Krai,melawat kraftangan tembikar Mambong (seni 100 tahun), panjat gunung stong di Dabong yg mempunyai air terjun yg tertinggi di asia..ramai pelancongan dari singapura yang dah explore gunung stong...eh rupa2nya masih banyak produk pelancongan yang boleh diketengahkan ?

Uncle berkata...

Salam Faradia.

Anda sangat bernasib baik berbanding dengan Uncle yang sentiasa dicebik anak-anak apabila membawa durian balik ke rumah. Ada sekali dalam diam Uncle makan di luar dan bila dalam kereta dengan anak-anak Uncle "ter" burp......habis pecah rahsia dan sepanjang perjalanan Uncle kena tegur dengan Marina! Sangat tidak bernasib baik!

Uncle berkata...

Salam OJOLALY.

Terimakasih kerana menulis dengan panjang lebar dan memberi cadangan-cadangan yang bernas. Uncle telahpun menghantar 'report' ke jabatan dan kementerian yang bertanggungjawab. Terpulang kepada mereka untuk melaksanakan atau pun tidak. Walaubagaimanapun Uncle tidak berputus asa dan Uncle akan membuat susulan kepada mereka 1-2 minggu lagi. Let them 'digest' dulu report yang Uncle hantar tu...report yang Uncle hantar itu semuanya berdasarkan kepada pengamatan Uncle yang telah berada di bidang perhotelan antarabangsa selama lebih daripada 25 tahun merantau kemerata ceruk dunia!

faradia berkata...

salam uncle,

kami satu keluarga memang GILA durian...cuma adik lelaki jer xsuka...hehehehee...aunty suka durian juga tak?..nanti kita lepak SS2 PJ...ada durian buffet..rm9 makan sampai kenyang...peh uncle..syok...ahhaahahahahahah

Uncle berkata...

Salam Faradia.

Dalam hal ni Uncle tidak bernasib baik kerana kesemua mereka tak makan durian. Jadi tinggallah Uncle tanpa pasangan! What a sad story indeed!

catz berkata...

nice...!
teringin la nak stay kat homestay cam nih..
tapi my mom said..ehh umah mak ko nih bkn mcm home stay ke???
sah2 kat kampung.
hahha

Uncle berkata...

Salam Catz.

Wow...lama tak nampak nama ni muncul sejakCatz sibuk ditengah2 padang! Yes...suasana yang mendamaikan dan silalah berkunjung....if I may be of help, kindly let me know....boleh I tolong bagi location dan nombor talipon.

faradia berkata...

salam uncle,

no worries...fara is here....hahahaha...agak2 mengidam...just give me a call...memang akan terpacak kat SS2 tue...kecuali fara balik melaka la..ehehehhe

Uncle berkata...

Salam Faradia.

Is it the one which is near the Police Station? Kalau betul, that's my area tunggu bas mini ke PJ Hilton back in the late 80's....maybe you were not born yet!

faradia berkata...

salam uncle,


aa..belakang balai polis...dekat dengan caltex...peh heaven uncle..siap ada kelapa pandan lagi...(ayat saja bakar line)...i was born 1985..zaman2 kegemilangan uncle kat PJ hilton...hehehehe

Uncle berkata...

Salam Fara.

1985 I was in form 5 and you were just born.....hahahahahah...kenapa Fara suka ke ss2? Tinggal disitu? Dekat Chow Yang? ss2 tu tempat Uncle berkeliaran suatu waktu dulu sebab kakak sulung Uncle tinggal di 22/37 DJ at one time...masa tu lah Uncle kerja kat Swensen's Damansara dan malamnya meniaga nasi lemak depan Piccadilly.

Lady Windsor berkata...

Salam Uncle
tak mo buat lawatan ke homestay sg long ka? kikiki

Uncle berkata...

Salam LW.
Homestay Sg L terlalu hebat untuk dinaiktarafkan.....tak gitu?

faradia berkata...

salam uncle,

fara suka dekat SS2 sebab fara tau kat situ je durian bufet...fara tinggal shah alam..tapi demi cinta kepada durian..sanggup meredah jam..heehehehe

Uncle berkata...

Salam Fara.

Satu hari nanti kita pakat2 pi makan kat sana...Uncle belanja!

Dah dekat...part 1

Hampir 3 tahun sudah Aku dah merancang perjalanan ini hampir setahun yang lalu. Sewaktu aku ke Bangkok bersama Yuya tahun lalu, aku d...