Jumaat, Januari 24, 2020

Sibuk betul!






Ini merupakan route saya pergi dan balik kerja setiap hari. Dah lama saya nak berhenti dan ambil gambar tetapi oleh kerana jalan agak sesak dan selalu juga cuaca kurang memuaskan, saya terpaksalah batalkan hasrat saya. Tetapi pagi ini jalanraya lengang. Orang dah mula bercuti dan balik kampung. Cuaca yang panas pula menaikkan seri langit yang biru tanpa setompok pun awan. Cepat-cepat saya rapat ke bahu jalan, keluarkan talipon bimbit saya dan snap. Puas. Simpan talipon dan terus memecut menuju ke destinasi kerja. Haha, akhirnya dapat juga saya ambil gambar bangunan 2 ni..

Pagi tadi saya mencari dokumen penting yang saya amat-amat perlukan untuk satu tugasan maha penting pada minggu depan. 2 jam saya selongkar meja , shelves dan laci sekeliling saya. Tak berjumpa. Menarik nafas panjang dan sekali lagi memulakan pencarian. Masih tak berjumpa. Tak mengapa saya harus ke tempat satu lagi di Bukit Damansara dan cari disana. Saya konfiden yang dokumen yang saya cari ada disana. Juga sama. Selongkar sini dan sana tetapi masih tetap hampa. Total pencarian ialah selama 2 jam dipejabat sekarang dan satu jam dipejabat lama. Jumlahnya 3 jam! Saya sakit hati.

Balik semula ke office dan  bersiap untuk ke masjid berdekatan untuk solat Jumaat. Dalam perjalanan ke masjid, saya berdoa agar saya temui dokumen penting itu. Berdoa dan terus berdoa. Usai solat saya berhenti digerai tepi jalan untuk membasahkan tekak. Saya terus sambung berdoa.

Naik ke pejabat, saya bersandar sambil memikirkan dimanakah dokumen tersebut saya letakkan...Dah habis semua tempat saya selongkar dan saya pasti. TIDAK ADA. Saya mula menulis sesuatu didalam buku nota saya untuk semua appointments saya minggu depan. OUT TRAY saya agak semak dengan beberapa fail. Saya keluarkan semua fail, ketuk-ketuk untuk ratakan hujung kesemua fail,  Tiba-tiba saya ternampak dokumen yang saya cari seluruh pagi tadi rupanya ada diatas meja saya, di OUT TRAY dan difail yang paling atas......masyAllah......alhamdulillah...syukur saya jumpa....kalau tidak, sia-sia kerja saya hampir dua setengah tahun ni. Dan dibanyak-banyak tempat, ia berada betul-betul diatas meja saya.....Aduuhhhhhhhhhh (setelah merata saya pergi cari)

2 ulasan:

Umi Nazrah berkata...

alhamdulillah akhirnya jumpa juga ^_^

Uncle berkata...

Umi Nazirah, sila beralih ke fb saya pula. Taip nama saya, Mohd Shahrir Ali dan silakan membaca.....terimakasih..

Tewas

Harap maaf betul kerana saya tak termampu nak ipdate cerita-cerita saya disini. Banyak sebenarnya nak dikisahkan. 2. Walaubagaimanapun say...